Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, April 30, 2018

AF 117:PERJALANAN KE BINTANG

PERJALANAN KE
BINTANG



DARAHKU BUKAN DARAH PAHLAWAN

Setakat yang aku ketahui, tiada dari kalangan ahli keluarga ayahandaku ke atas yang memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya. Polis mungkin ada. Maknanya aku tidak mempunyai asal usul keturunan darah pahlawan. Tapi tidak diketahui jika ada nenek moyangku (yang berasal dari Pulau Jawa (Indonesia) yang pernah menjadi askar. Tidak juga terbaca kalau-kalau ada nenek moyangku yang sama-sama belajar bersilat dengan Taming Sari atau ada kalangan saudara-mara di Indonesia yang menyertai perjuangan Bung Karno melawan penjajah Belanda.

Kalau warga kampungku (Parit Lapis Mahang) memang ramai yang menyertai ATM. Antaranya ialah Salikin bin Tamsiran (menyertai Rejimen Renjer di awal tahun 70an sebelum bertukar ke TUDM dan bersara PW1) dan anak saudaranya Nor Md Diah (Normadiah) bin Mohamad (menyertai TUDM sebagai Pemandu dan bersara PW2). Kedua-duanya adalah jiran sekampungku. Manakala anak kampungku yang pertama menjadi pegawai ATM ialah Jasni bin Mughari. Jasni, dua tahun lebih muda dariku tetapi menyertai ATM lebih awal dariku. Jasni menyertai latihan Pegawai Kadet pada bulan Mei 1979 iaiatu selepas tamat SPMnya pada tahun 1978.

Ahli keluargaku yang terdekat yang pertama menyertai dunia ketenteraan (militar) ialah sepupuku sebelah emak (anak kepada adik emak). Namanya Amir bin Agos. Amir ketika berusia 9 tahun (1967) telah diambil oleh almarhum bapakku lantaran masalah keluarga ibunya. Mulai dari situ Amir menjadi sebahagian dari ahli keluargaku. Kami menganggap dia sebagai adik beradik kami. Layanan oleh kedua emak dan bapak kami terhadap Amir tidak dibezakan dengan kami adik beradik.

Setelah tamat SPM (1975) Amir menyertai latihan rekrut TUDM di Port Dickson pada tahun 1977. Amir menyertai ketukangan Air Frame (Rangka Kapal Terbang) dan pernah menjalani latihan teknikal di Northorp, USA dan bersara di TUDM Kuantan dalam tahun 1999 dalam pangkat PW1.

Selepas mendapat keputusan SPM (1976), aku melanjutkan pelajaran ke UTM KL dan gagal dua tahun kemudian. Setelah menganggur setahun aku mengambil keputusan untuk menyertai TUDM dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet di SPK Port Dickson (SPK PD) pada bulan April 1980.

Semasa aku melapor ke SPK PD (Kem Segenting)- Intake TJP37, aku diketemukan dengan Jasni yang telah menjadi seniorku (Intake TJP36). Waktu itu, dia tinggal beberapa hari sahaja untuk ditauliahkan. Jasni ditauliahkan dalam Rejimen Artileri DiRaja (RAD). Dia ditauliahkan dalam bulan Mei 1980 manakala aku pada Jan 1981. Kami bertemu semula di Maktab Turus ATM (MTAT) dalam tahun 1999 semasa sama-sama berpangkat Mejar. Ketika artikel ini ditulis Jasni berpangkat Lt Kol.

Kenapa aku memilih tentera sebagai kerjayaku.

Kampung Boy- Bocah Gĕmbeng

Semasa menjalani kehidupan kanak-kanak di kampung, aku bukanlah seorang kanak-kanak yang cergas atau aktif. Aku agak terkenal dalam keluarga sebagai budak yang kememeh (bahasa Jawa - gembeng). Walaupun dalam keluarga aku dididik dengan kekerasan (almarhum ayahku terkenal di kampung dengan kegarangannya), aku mempunyai emosi yang lembut dan sensitif. Pantang diusik atau disakat sikit, aku akan menangis. Nak kata bakat sebagai bakal anggota tentera memang ZERO.


Image result for PUTERA LAPIS MAHANG KAMPUNG BOY
PUTERA LAPIS MAHANG KAMPUNG BOY


Awal persekolahanku juga agak negatif. Aku tidak suka sekolah. Minggu pertama persekolahan (Darjah 1), aku asyik menangis. Kakakku (Siti Rahimah) terpaksa menunggu di tepi kelas (kelas yang tidak berdinding). Bila kelibat kakakku hilang (kerana dia terpaksa masuk kelas dia) aku akan menangis. Selepas seminggu baru aku dapat menerima persekitaran dan rakan-rakan sekelas. Poor boy.

Dulu di sekolah ada 3 penggal dan tiga kali peperiksaan. Pencapaian pelajaranku dalam satu pertiga tahun pertama atau Penggal 1 agak sederhana (average) tetapi semakin meningkat apabila memasuki Penggal 2 dan 3. Pencapaian sehingga Darjah 3 masih tidak konsisten. Bermula dari Darjah 4 (1969) kedudukanku di tempat pertama dalam Kelas tidak pernah dicabar. Semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 (1970), aku menjadi penuntut terbaik dengan keputusan 3A1B1C. 1C itu menyebabkan aku gagal terpilih ke sekolah berasrama.

Semasa di sekolah rendah aku mula berminat dengan pasukan beruniform iaitu Budak Pengakap (dulu dipanggil Anak Serigala). Tetapi almarhum bapakku tidak mengizinkan. Dia tidak mahu pelajaranku terganggu.

Walaupun masa kecil dulu tak ada cit-cita nak jadi askar TAPI antara perkara yang paling menyeronokkan ialah apabila melihat trak tentera lalu depan rumah. Budak2 kampung akan melambai-lambai atau memberi tabik kepada abang-abang askar dalam trak itu.

Dalam tahun 60an/70an, kampung aku adalah laluan anggota tentera yang menjalani latihan asas komando. Sasaran terakhir untuk mereka sampai ialah pantai Tg Labuh, Batu Pahat (lebih kurang 10 km dari kampungku. Di situ mereka menerima beret hijau. Satu kumpulan demi satu kumpulan akan melalui kebun-kebun dalam kampung. Masa itu kampung-kampung pendalaman Mukim 11 masih banyak belukar. Mereka berhenti untuk memasak dan makan. Budak-budak seronok dapat makan biskut dan jem askar. Tak tahu, satu ketika nanti aku kena bawa itu semua dalam haversack masa latihan hutan.

Mengasah Kepemimpinan

Apabila memasuki sekolah menengah (Sekolah Tunku Mahmood Iskandar atau STMI), aku mula menunjukkan belang. Bukan untuk berbangga diri tetapi sekadar mengenang pencapaian silam.

Semasa di Tingkatan 1 hingga 3, aku sentiasa dalam kedudukan Top 5 di kalangan hampir 150 penuntut dari 8 buah sekolah rendah di kawasan sekitar Senggarang, Parit Raja dan Rengit. Selain dari STMI sekolah-sekolah menengah di kawasan itu ialah Sek Men Senggarang, Sek Men Tun Ismail Parit Raja dan Sek Men Tan Sri Sardon Rengit.

Related image

Dalam peperiksaan SRP (1974), aku menjadi pelajar ke5 terbaik selepas Zalila (Agg5), Jainudin (Agg7), Kamisan (Agg8) dan Rahman (A10). Kesemuanya mendapat tawaran ke SBP. Aku mendapat A11 tidak mendapat tawaran kerana tidak mendapat Distinction dalam Matematik (Ilmu Hisab). Aku menolak tawaran ke aliran Sains di SDBL Batu Pahat kerana aku kurang berminat dengan Ilmu Sains, lalu kekal di STMI mengambil jurusan Sastera.

Aku berminat untuk ke RMC tapi tidak menerima tawaran. Lalu aku memohon ke AFATS. Aku berjaya dipanggil menghadiri temuduga di AFATS Port Dickson tetapi gagal terpilih kerana masalah perubatan. Maka aku kembali ke kampung dengan kekecewaan untuk menjadi seorang pelajar sekolah tentera. Tetapi kekecewaan ini terubat setelah aku menyertai ATM dan ditauliahkan dalam tahun 1981. Rupanya AFATS bulan melatih untuk menjadi pegawai tetapi Perantis untuk menjadi Juruteknik. Hanya beberapa orang sahaja pelajar AFATS yang terpilih menjalani latihan Pegawai Kadet.

Semasa di STMI aku aktif dalam banyak persatuan termasuk Pergerakan Pengakap. Semasa di Tingkatan 2 aku sudah menjadi Ketua Patrol dan mendapat Sijil Pengakap Raja semasa di Tingkatan 4. Selain adri itu aku aktif sama ada sebagai Pengerusi atau Setiausaha Persatuan seperti Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah, Peratuan Agama Islam dan Pustakawan.

Related image  
Image result for PUTERA LAPIS MAHANG TOHARUDIN  

Oleh kerana yang bijak pandai semua telah terpilih ke SBP, aku berjaya mengungguli kedudukan pertama berterusan setiap peperiksaan di Tingkatan 4 dan 5. Dalam peperiksaan SPM yang menjadi pengukur persekolahan seseorang (1976) aku berjaya mendapat Agg16 dengan 4A4B dan ditawarkan melanjutkan ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Alam Shah (SAS), Cheras.

Mengubah Haluan Hidup

Perjalananku di Tingkatan 6 Rendah (T6R) di SAS sangat singkat, lebih kurang sebulan sahaja. Selepas SPM aku telah memohon untuk mengikuti kursus Senibina (Architecture) di UTM dan permohonanku berjaya . Aku meninggalkan rakan-rakan Tingkatan 6 yang belum kukenali sepenuhnya dan mendaftar di UTM. Bagaimanapun setelah lebih 30 tahun barulah aku temui satu persatu classmates T6R SAS dan kini di penghujung usia persahabatan kami masih teguh bertaut.

Perjalananku di UTM bagaikan seperti perniagaan yang tidak mendapat ROI. Dua tahun selepas berhempas pulas siang dan malam membawa impian untuk menjadi seorang Arkitek, perjalanan ku menemui jalan mati. Aku gagal satu sabjek sahaja iaitu Matematik Tambahan, subjek yang aku tak pernah belajar masa di sekolah dulu. Kegagalan ini adalah atas kesilapanku sendiri yang terlalu menumpukan subjek Architecture hingga kerap ponteng kelas Matematik. Satu pelajaran yang baik dalam hikayat hidupku.

Related image

Setahun juga aku menganggur di kampung, kembali membantu keluarga di kebun getah, kelapa sawit dan kopi. Malu dengan kegagalanku di UTM, aku memerah otak mengenai masa depanku. Mohon ITM? Mohon Maktab Perguruan?, Kerja? setelah membuat pelbagai perkiraan, aku memutuskan untuk menyertai latihan Pegawai Kadet ATM. 

Dalam bulan Disember 1979 aku mendapat tawaran temuduga awal Pegawai Kadet pengambilan ke 37 di Kem majidee, Johor Bahru. Aku berjaya melepasi semua peringkat temuduga pertama dan dipanggil untuk memulakan latihan sebagai Pegawai Kadet ATM di Sekolah Pegawai Kadet (SPK) pada 2 Apr 1980 dan mengangkat ikrar taat setia pada 5 Apr 1980.  Maka bermulalah kerjayaku dalam ATM. Setelah 9 bulan  memerah keringat di atas padang kawad, menerima sepak terajang dan pekik para jurulatih, meredah hutan belantara di penuhi onak dan duri, mendaki bukit bukau dan menuruni lembah, pagi petang, siang dan malam.

Image result for putera lapis mahang tjp37 spk  
Related image  

Pencapaianku semasa latihan Pegawai Kadet adalah sederhana sahaja (average). Sekadar lulus semua ujian yang ditetapkan sama ada latihan medan atau akademik (pengajian tentera).

Cita-cita dalam ATM. Semasa menjalani latihan Pegawai Kadet (PK), tengok Kapten (jurulatih) pun dah amat besar dan powerful (pangkatnya). Kapt boleh sepak terajang PK Masa tu, rasanya kalau dapat jadi Kapt pun dan mencukupi.

The Life and the Risks of Flight Cadet

Aku tidak ditauliahkan pada 24 Jan 1980 bersama skotku yang lain kerana kami Pegawai Kadet TUDM yang terpilih untuk mengikuti latihan asas penerbangan terpaksa akur dengan polisi terkini TUDM. Senior kami TJP36 ditauliahkan dulu sebagai Lt Muda (Udara) baru mengikuti latihan penerbangan, tetapi kami tidak. Mulai TJP37, kami menjalani latihan asas penerbangan sebagai Pegawai Kadet (Udara) -PKU atau Flight Cadet. Sungguh malang, bukan sahaja kami meneruskan elaun Pegawai Kadet semasa latihan, bahkan kehidupan sebagai Pegawai Kadet sudah tentu amat berbeza dengan Leftenan Muda. Jika kami gagal, sakit, cedera semasa latihan atau masalah peribadi, kami boleh diberhentikan begitu sahaja tanpa mendapat sebarang faedah atau ganjaran yang selayaknya diperolehi oleh seorang pegawai.

Seminggu sebelum ditauliahkan, ketika skot-skot yang lain sedang ghairah menjalani raptai perbarisan pentauliahan di padang kawat Kem Segenting, kami PKU (yang telah lulus ujian Aircrew Medical sebelum melapor ke SPK) diangkut dengan trak 3 ton ke Stesen Keretapi Seremban untuk menaiki keretapi menuju ke TUDM Alor Setar. Kami diarahkan untuk melapor ke Pusat Latihan Terbang 1 untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Dua minggu kami mengikuti Ground School dan setiap malam kami dibuli (ragged) atas nama orientasi kepada pelatih baru. Senior kami TJP36 sedang menjalani latihan asas penerbangan menggunakan pesawat Bulldog 100 manakala TJP35 sedang mengikuti latihan lanjutan (advanced flying) dengan pesawat Cessna 402B.

Perjalanan hidupku di PULATIBANG 1 tidak lama. Baru dua minggu di Alor Setar, aku bersama enam lagi PKU telah terpilih untuk mengikuti latihan asas penerbangan helikopter (rotary wing) di PULATIBANG 2, TUDM Kluang. Sekali lagi kami diberi waren keretapi untuk pulang ke kampung selama seminggu sebelum melapor ke TUDM Kluang. Bersama-sama aku ke PULATIBANG 2 ialah PKU Kamarulzaman, PKU Lukman, PKU Abd Rahman, PKU Saaib, PKU Raveen dan PKU Selvarajah.

  Related image

Riwayat hidupku di PULATIBANG 2 juga tidak panjang. Lebih kurang 4 bulan sahaja. Mungkin aku dilahirkan bukan untuk menjadi seorang juruterbang (I am not born to be a pilot) sebagaimana yang aku impikan sejak aku diterima menjadi Pegawai Kadet dan lulus Aircrew Medical test dulu. Setelah terbang bersama jurulatih selama lebih kurang 20 jam, aku gagal ujian untuk membolehkan aku terbang SOLO. Jurulatihku ialah Kapten (U) Syed Busri bin Tengku Bujang. Orang Sarawak. Aku tak mahu bercerita tentang cara dia melatih. Tetapi aku memang tidak serasi dengan caranya. Semakin diajar aku menjadi semakin bodoh semakin hilang keyakinan. Puncak kebodohanku telah sampai. Walaupun selepas itu aku dibawa terbang oleh jurulatih yang lain untuk mengubah suasana, namu tetap gagal untuk menaikkan semula semangat dan keyakinanku. Akhirnya aku diisytiharkan gagal untuk meneruskan latihan penerbangan.

Leftenan Muda Membina Kerjaya

Setelah gagal, aku ditumpangkan ke Cawang Logistik TUDM Kluang. OC Logistik pada masa itu ialah Mej Mohamed bin Hussein (allahyarham).  Tidak lama kemudian (lebih kurang bulan Julai, kawat dari MINDEF pun sampai  untuk memberi kuasa pentauliahan sebagai Leftenan Muda (Udara).

Aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) mulai 1 Julai 1981, tetapi tarikh kekananan pada 24 Ianuari 1981.

Pemakaian pangkat dilangsungkan di dalam bilik Komandan. Padana masa itu Komandan (Lt Kol (U) Hussein bin Suian) berkursus di MPAT. Tugasnya dipangku oleh Ketua Jurulatih, Mej (U) Abdul Razak bin Abd Aziz. Maka bermulalah kehidupanku sebagai Pegawai Bertauliah.

Dalam bulan Sep 1981 aku menerima arahan untuk berkursus di TUDM Kinrara selama sebulan. Latihan Air Movement Module bersama pelatih-pelatih Kursus Pengurusan Pegawai Logistik Udara (KPPLU) Siri 20. Dalam kursus itu terdapat skotku dari TJP37 iaitu Khairudin Zahari, Othman Haron, Zolkeple Ayub dan Yohanez Ahmad (Othman dan Zul adalah dropped-out dari PULATIBANG 1). Ada juga junior dari TJP38 seperti Shamaun Yushak, Ahmad Aseri dan Azri Mohd Zain.

Terdapat 7 pegawai iaitu 3 dari TJP39 dan 4 dropped-out flying yang menyertai modula Air Movement ini; iaitu Lt M (U) Zambri Ahmad (TJP33). Lt M (U) Sulaiman Idris, Lt M Othman Md Jahim (TJP37), manakala Mohd Sakir Yusof , Radzali Ratin dan Rusli tnya Ibrahim dari TJP39. Setamatnya kurusu ini kami masih lagi belum qualified sebagai Logistic Officer. Hanya untuk tugas khas di Air Movement sahaja. Ketua SEKLOG ialah Mej (U) Nik Hishamuddin Ibrahim dan 2icnya ialah Kapt (U) Azizan Shaari. Itulah kali pertama aku mengenali Azizan Shaari.

Tamat kursus Air Movement Module itu, aku dihantar ke TUDM Kuching untuk membuat tugas sebagai Duty Air Movement Officer (DAMO) bersama dengan Lt M (U) Zambri Ahmad.

Aku berkhidmat di TUDM KUCHING mulai Okt 81 hingga Apr 83. Satu pengalaman yang cukup berharga. Perkara pertama yang tidak akan kulupai sampai akhir hayat ialah RAGGING. Kedua DOSA-DOSA sebagai pegawai muda dan ketiga, pengalaman mengikuti penerbangan ke lokasi yang tidak pernah dijangkakan. Pernah mengikuti penerbangan Nuri ke Labuan, Sibu Niah, Bau dan Tekajung. Mengikuti penerbangan pesawat Caribou ke Pontianak dan mengikuti pesawat C130 ke KK.

Semasa bertugas di Kuching aku bertunang dengan Adibah binti Hj Taha, gadis TIGS Batu Pahat yang aku kenali melalui cinta pandang pertama tahun 1975, tetapi tidak pernah berjumpa sehingga tahun 1982. Dating pun disebabkan untuk menetapkan hari peminangan.

Di Kuching juga aku mendapat lesen memandu FREE atas pertolongan rakan-rakan di Unit Angkut. Peristiwa PAHIT yang aku alami ialah kematian Lt M (U) Sugudev Dass akibat ragging di Mes Pegawai. Mendiang Sugudev adalah seniorku (TJP36) semasa mengikuti latihan penerbangan di Kluang.

Pada bulan April 1983 aku dipanggil untuk mengikuti Kursus Pengurusan Pegawai Logistik Udara Siri 22 di ITU Kinrara selama 6 bulan. Dari segi seniority, aku bersama rakan Air Movement Module telah ketinggalan dengan skot-skotku dalam kerjaya Logistik. Kursus Siri 21 adalah junior intake (TJP 40, 41 dan 42). Ketika aku melapor ke ITU, coursemates aku adalah TJP43 yang baru beberapa hari ditauliahkan.

Ketua SEKLOG masa itu ialah Mej (U) Ng Poh Wah dan 2icnya ialah Kapt (U) Azizan Shaari.

Image result for PUTERA LAPIS MAHANG KAMPUNG BOY
Lt Muda (Udara) Toharudin


Tamat KPPLU 21 di melangsungkan perkahwinan dengan Adibah semasa satu minggu cuti sebelum melapor ke unit baru. Aku dinikahkan di rumah Adibah di Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat pada 16 Okt 1983.

TUDM KUANTAN adalah unit pertama setelah aku bergelar sebagai Pegawai Logistik yang qualified. Aku melapor diri pada 25 Okt 83, lewat sehari kerana masalah keluarga. Ada hantar telegram tapi alasan tidak diterima. Aku kena hukuman Duty Officer satu minggu. Sebagai pegawai muda yang baru melapor diri, itu biasa je. Buat, abis cerita.

Di Kuantan, aku bekerja di bawah Mej (U) Nik Hishamuddin bin Ibrahim (allahyarham). Mej Nik adalah Ketua Sekolah Logistik semasa aku mengikuti kursus Air Movement Module tahun 1981 dulu. Jawatan hakiki aku di TUDM KUantan ialah Ketua Skn Pergerakan Udara tetapi aku diberi tugas sebagai Ketua Skn Domestik. Kira jadi Ketua Stor la, jaga pakaian, perabut dan alat tulis.

Lebih kurang 7-8 bulan membuat tugas Ketua Skn Domestik, ada rombakan dalaman, aku ditukar menjadi Ketua Skn Kenderaan (MTO). Tapi tidak lama di jawatan itu. Sebulan sahaja, aku diminta bertugas di PULATIBANG 3 (3 FTC). Mej Nik cuba tahan aku dan tukarkan dengan pegawai lain tapi Komandan 3FTC berkeras mahukan aku juga. Kira-kira aku dah ada harga lah tu. Maka aku mula bertugas (tumpangan) di 3FTC sebagai Pegawai Logistik.

Pada 24 Januari 1985, cukup 4 tahun kekananan dalam pangkat Lt M (U), aku pun dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara). Itu pun ada kesilapan teknikal, dalam kawat  (utusan) yang pertama, namaku tidak ada. Setelah disemak dengan MINDEF baru disahkan dan diperakui bahawa namaku tercicir dari senarai.

Sejak aku ditukarkan ke TUDM Kuantan pada Okt 1983, jawatan hakikiku ialah dalam pangkat Kapt (U). Masa berpangkat Lt (U) di 3FTC, Komandan sokong aku untuk dinaikkan ke Pemangku Kapten tapi tidak disokong oleh Panglima Formasi. Alasan ialah penilaian oleh CO terlalu tinggi. Pelik. Komandan buat penilaian sekali lagi. Tapi semasa dalam proses itu, aku mendapat tawaran ke ITM.

Lebih kurang bulan Apr atau Mei 1986, Mej Nik bertukar keluar dan diganti oleh Mej (U) Azizan Shaari. Aku pula ditukarkan balik ke Cawang Logistik. Tiada penggantiku di 3FTC. 

Masa yang singkat di Cawang Logistik, cadangan untuk Gaji Pangkat Tinggi (GPT) dimajukan. Tapi tidak disokong oleh CO dengan alasan aku telah mendapat tawaran ke ITM. Sepatutnya GPT itu bermula Jan 1985 hingga tarikh aku ke ITM. Bidalan Melayu ada menyebut mengenai Lebai Malang. Sana tak kena, sini tak kena.

Aku tidak lama berkhidmat di bawah Azizan kerana pada bulan Jun 1986 aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian DBS di ITM Shah Alam. Maka bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar IPT. Terima kasih ATM kerana memberi aku peluang untuk aku menebus kegagalan di UTM pada tahun 1979 dulu.

Di awal tahun 1980n, peluang ke IPTA merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi kepada mana-mana pegawai yang terpilih. Pada masa itu, terlampau sedikit pegawai TUDM yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat Diploma ke atas.

TUDM Kuantan (1986) adalah Unit TUDM yang terakhir aku bertugas dalam perkhidmatan. Selepas Kuantan aku tidak pernah lagi bertugas di Unit.

Semasa di ITM, dalam tahun 1987, gelaran pangkat TUDM dipinda dari Lt (U) kepada Lt TUDM.

Alhamdulillah setelah 3 tahun berhempas pulas, aku berjaya mendapat Diploma dan ditukarkan ke Markas Pertahanan Udara (MPPU) sebagai PS3 Log mulai Ogos 1989. Kalau ikut kekananan, aku sudah layak dinaikkan ke pangkat Kapten TUDM mulai 24 Jan 1989. Tapi Lebai Malang ini hanya dinaikkan ke pangkat Kapten TUDM pada 1 Ogos 1989. Ini bermakna, aku telah hilang seniority berbanding skotku selama lebih 6 bulan. Hanya disebabkan oleh pergi berkursus. Unnecessarily I lost my seniority.

Di MPPU aku mula-mula di Sel Log 3 yang menguruskan persenjataan dan bahan letupan, kemudian ditukar ke Sel Sistem Pesawat (SISAIR C) yang menguruskan pesawat C/PC130, MB339 dan PC7. 

Keluar Dari Selut Lumpur

Tugas di MPPU hanya dua tahun lebih sedikit sahaja. Dalam bulan Dis 1991, aku telah dipanggil temuduga (kerjaya) oleh PS1 SISLOG (Lt Kol Ahmad Haidir TUDM). Lanjutan dari temuduga itu, aku ditukarkan ke Bhg Latihan, Departmen Tentera Udara (DTU) sebagai PS2 Kewangan tetapi kekal dengan pangkat Kapt TUDM. PS1 Latih ialah Lt Kol Yusof bin Abd Kadir TUDM.

Di sini aku membuat tugas merancang belanjawan latihan TUDM, mengawal/memantau perbelanjaan disamping diberi tugas mengendalikan kursus-kursus di United Kingdom dan Jordan. Pada waktu itu adalah TUDM baru memulakan kerjasama latihan dengan Jordan dan pada masa yang sama pelaksanaan kursus-kursus di UK  begitu aktif di bawah Projek MOU UK . Cabaran utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh pelatih-pelatih TUDM (kejuruteraan) untuk hidup di UK dengan elaun yang kecil serta kos sara hidup yang amat tinggi di sana.

Malah, semasa berpangkat Kapten ini aku pernah diberi amanah memberikan taklimat kepada lawatan oleh delegasi Jordanian Air Force.

Semasa bertugas di DTU-Latih ini, aku menerima GPT Mej mulai 1 Mac 1993 (menggunakan jawatan PS2 Beli). Pda tahun itu juga TUDM membuat penstrukturan semula organisasinya secara besar-besaran di bawah PTU yang baru, Lt Jen Dato Abdul Ghani Aziz TUDM. Pada tahun 1993 juga aku dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM mulai 1 Jun 1993 dan ditukarkan  ke Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara (nama baru DTU) sebagai

PS2 SISMAT C (dulunya PS2 Anggota C di bawah Pengarah Anggota). Tugas menguruskan Sumber Manusia. PS1 SISMAT ialah Lt Kol Mohd Fazim Ismail TUDM. AKS Materiel pada masa itu ialah Brig Jen Hj Abdul Rahman Rais TUDM (allahyarham).

Setahun sahaja aku bertugas di SISMAT. Tidak sempat menyempurnakan idea dan inspirasi. Waktu itu sibuk memenuhi keperluan pengisian reorganisasi TUDM. The whole Air Force became chaos. Terutamanya di peringkat unit-unit di Pangkalan. Di peringkat pusat (MTU) dipusatkan (centralised). MPPU dimansuhkan, semua perintah dan kawalan operasi dari PTU. Di pangkalan pula, Ketua Skn Operasi (penerbangan dan AD) dinaikkan taraf menjadi CO,  begitu juga dengan Ketua Pegawai Kejuruteraan dan Ketua MATRA dinaiktaraf menjadi CO dan bertanggungjawab terus kepada Panglima Divisyen.Base Commander tiada kuasa operasi. Hanya menjalankan peranan sebagai Camp Commandant dan bertangungjawab terus kepada Staff Officer di MTU (Operasi). Pada pendapat peribadiku, inilah kerosakan besar (biggest damage) dalam sejarah TUDM.

Pada bulan Jun 1994 aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah (Diploma Lanjutan in Business Administration)  dengan pengkhususan Human Resources Management (HRM) di ITM Shah Alam selama 2 tahun. Pada mulanya ada halangan. Lembaga Udara tidak meluluskan pemergianku. Rayuan melalui saluran rasmi, gagal. Setelah berusaha sendiri akhirnya berjaya dengan kelulusan khas PTU. Itu mungkin antara kelebihan yang ada pada diriku, buat apa yang orang lain tak berani buat. Tapi, yang penting aku tidak pijak kepala orang dan tidak mencurah pasir ke periuk nasi sesiapa.

Alhamdulillah dapat menamatkan dengan jayanya dan mendapat anugerah Best Student pada bulan Jun1996. Pada waktu itu, ITM telah dinaikkan ke taraf Universiti dan nama Diploma Lanjutan telah ditukar menjadi BBA(Hons)(HRM).

Setamatnya kursus di ITM, aku ditumpangkan sementara di MTU-SISMAT kerana menunggu untuk mengambil-alih jawatan Ketua Cawang Materiel TUDM KL dari Mej Rosly Misbah TUDM. Tetapi AKS Materiel pada masa itu, Brig Jen Dato' Mohd Idris bin Saman TUDM telah mengubah pendirian. Beliau amat senang dengan tugasku di situ dan aku dikekalkan di SISMAT kerana beliau memerlukan khidmatku di situ. Lebih mudah tugasku apabila Pengarah Materiel waktu itu, Kol Othman Majid TUDM juga dapat menerimaku dengan baik. Di situ aku mula membina nama. Mulanya hanya sebagai PS2 SISMAT B dan C, membuat tugas lama tahun 1993. Apabila PS1 SISMAT masa itu, Mej Mohd Zahari Jamaludin TUDM dipilih untuk membuat tugas ADA di MALAWAKIL London (Ogos 1997), Pengarah terus memilih aku memangku tugas PS1 SISMAT sehingga Dis 1998 apabila aku mengikuti kursus di MTAT.

Semasa bertugas di SISMAT untuk kali kedua ini  antara Jun 96 - Dis 99, satu persatu pembaharuan yang aku cadangkan dan diterima.

(1)   Mencipta Pekeliling APTU Materiel (PAPTUM).

(2)   Mencipta Lembaga Temuduga Pra- Kenaikan Pangkat LLP Materiel di Unit-unit.

(3)   Menstruktur semula PLPL , termasuk mengambil alih elemen Pengurusan Stor Peluru dari SSBL (Butterworth)- tetapi pergerakan ditangguhkan kerana ketiadaan ruang di PLPL Subang. Mencipta nama PLPL (di PU Subang) yang kemudian pindah semula ke Kinrara pada tahun 2001 (tempat asal sebelum 1994) di bawah PM Mej Ahmad Zaini Mohd Ali TUDM.

(4)    Memperkasakan latihan-latihan di bawah Program MOU TUDM-OUM.

Masa bertugas di SISMAT ini dapatlah juga merasa pergi oversea dua kali. Pertama buat PDI peralatan radio di Chandigargh, India (1997) dan kali kedua PDI Alenia Radar (PSR) di Rome/La Spezia, Italy.

Making Business in Staff College

Setahun di MTAT pun banyak menimba pengalaman, khususnya pengalaman perniagaan. Selain dari dapat ramai kenalan baru, khsuusnya dari TDM, TLDM serta peserta luar negara, MTAT banyak mengajar time management.  Komandan masa aku melapor ialah Brig Jen Hidayat Shariff (RAMD) yang memang popular di kalangan rakan TDM sebagai Jeneral yang mulut tak ada insurans. CDS ialah Kol Megat Mohd Yusof (RAMD). Dua Kolonel yang lain ialah Kol Ramli Nik (RSD) dan Kol Pawanteh (RRD). My ACDS (Air) was Lt Kol Lim Tiow Yew TUDM.

Oleh kerana hobbyku adalah menulis, maka Commandant Paper (UM Research Paper) tak jadi masalah langsung. My advisor form UM was Prof Dr Roziah Omar. Oleh kerana aku cepat selesaikan setiap tugasan dan juga paper maka aku banyak masa free. Aku mebuat nota untuk setiap subjek UM Module. Jadi setiap kali tukar tajuk, aku dah siap dengan nota lengkap (bertaip), aku print kemudian hantar fotokopi 150 set. Esok pagi aku jual nota kepada course participants. Itulah kerja aku. Sambil berbakti sambil cari extra income (buka biznes untuk kaya cuma ambil upah menaip malam-malam buta dan kos fotokopi sahaja).

Tamat MTAT dan tak ada cita-cita untuk jedi Best Student pun. Tapi untuk Pengajian UM, aku dapat no 4 terbaik. 3A 2B.

Mengenal Sepak Terajang Sektor Awam dan Dunia Korporat

Pulang dari MTAT aku mendapat arahan bertukar ke Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan (BPPK), Perbendaharaan Malaysia (MOF) mulai 1 Jan 2000 bagi menggantikan Mej Kabol bin Surat TUDM.  Banyak pengalaman baru di MOF selain dari persekitaran baru bertugas dikelilingi oleh orang awam, aku dapat banyak kawan baru, khasnya dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan juga kalangan korporat yang berurusan di BPPK MOF. 

Tahun 1999 adalah tahun perpecahan UMNO, apabila Anwar Ibrahim dipecat dari TPM/Menteri Kewangan dan juga UMNO. Menteri Kewangan diambil alih oleh Dr Mahathir dan kemudian diserahkan kepada Tun Daim Zainudin. Pada masa itu memang wujud golongan anti Mahathir di kalangan staf MOF yang telah biasa dengan Anwar. Cukup lah itu sahaja komen aku.

SUBPK masa aku melapor ialah Puan Kamariah bt Hussein (Datuk) kemudian digantikan oleh Dato' Kamesah bt Abu Bakar. Seronok bertugas di BPK ini. Selain dari memproses keperluan TUDM (khususnya berkaitan bantuan pesawat), di sini aku juga mengendalikan keperluan yang sama dari Unit-Unit  TLDM, Tentera Darat (PUTD), PDRM dan JBPM (Unit Udara Bomba). Terdapat juga keperluan pesawat dari SPR (sewaan helikopter untuk pilihanraya Umum dan Negeri- khususnya di Sarawak) dan Jabatan Orang Asli (kontrak untuk perkhidmatan Doktor Udara).

Semasa di MOF aku berpeluang membuat pengajian luar kampus di UKM untuk MBA dan selesai  dalam masa 18n bulan (2001 - 2003).

Image result for PUTERA LAPIS MAHANG KAMPUNG BOY


Kurang 2 tahun di MOF, aku mendapat maklumat bahawa aku akan ditukarkan semula balik ke TUDM untuk menjawat PS1 Pembaikan di No 3 Div Udara. Tapi aku menolak dan menulis surat kepada AKS Materiel masa itu (Brig Jen Datuk Ali Nasirudin TUDM). Akirnya cadangan pertukaran tersebut dibatalkan.

Sepanjang di MOF aku mendapat peluang beberapa kali ke luar negara untuk tugas rasmi, antaranya:

(1)   PRM Projek Helikopter  Generasi Baru Super Lynk TLDM di Yeovil, UK

(2)   PRM Projek Low Observation Helikopter (LOH) PUTD) di Milan/Venice, Italy

(3)   Acceptance Check pesawat Global Express 1 di Tucson, USA

(4)   PDI Green Aircraft Global Express 2 di Toronto, Canada

Tugas di MOF tamat pada Feb 2004 dan aku kembali ke MTU-Materiel untuk mengambil-alih jawatan PS1 SISMAT sekali lagi dan dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel TUDM mulai 1 Feb 2004.

PS 1 SISMAT Kali Kedua

Di MTU-Materiel (SISMAT) untuk kali ke 3. AKS Materiel (dulu APTU Materiel) ialah Brig Jen Amir Hashim TUDM dan Pengarah Materiel ialah Kol Azizan Shaari TUDM. Kedua-duanya bukan orang baru bagiku. Dulu aku memperkenalkan PAPTUM, bila aku keluar dalam tahun 1999, hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja, lepas itu mati. Aku hidupkan semula dengan nama baru Memo AKS Materiel (MAKSMA).

Semasa berkhidmat kali ke 2 sebagai PS1 SISMAT ini aku teringat paper penstrukturan semula PLPL pada tahun 1997/1998 dahulu. Dengan kerjasama Mej Wahab Enok TUDM- PM PLPL masa itu aku dapat semula salinan Arahan Tadbir tersebut. Dengan back-up dari AKS Materiel, aku mengambil langkah berani menarik keluar elemen latihan pengurusan stor bahan letupan di SSBL (di Butterworth) ke PLPL Kinrara. Walaupun menimbul kekecohan di kalangan pegawai kanan di Cawang Kejuruteraan, tapi mereka tak dapat berbuat apa-apa. Ini sama seperti peristiwa Downing Raid di London oleh Tun Mahathir pada buan Sep 1981. Inilah satu-satunya yang menjadi Kebanggaan Peribadiku sepanjang perkhidmatan untuk Materiel.

Setahun lebih sahaja sebagai PS1 SISMAT, telah berlaku rombakan di Bhg Materiel untuk memperkasakan Cawangan Kontrak. Mengambil kira pengalaman di MOF aku ditukarkan ke situ. Alhamdulillah misi sebagai PS1 Kontrak juga berjaya. Tapi  setahun lebih sahaja aku di situ.

Semasa bertugas di SISMAT memang tidak berpeluang ke oversea. Ada sekali nama dicalon untuk PDI ASRS ke Jepun, tapi tidak diluluskan. Semasa di Kontrak, berpeluang mengikuti trip ke luar Negara berikut:

(1)   Program Pertukaran lawatan Pegawai TNI-AU/TUDM di Indonesia,

(2)   Seminar Pacific International Logistic (PILS) di Hickam AFB; dan

(3)   PDI Camera ROI di Chicago.

TSUNAMI TUDM 2006 melanda Markas Logistik Udara (MLU). Berlaku rombakan besar-besaran di sana. Hampir 70% pegawai MLU dikeluarkan dan sebahagiannya ditamatkan perkhidmatan. Aku menjadi insan yang malang kerana terpilih untuk mengisi kekosongan tersebut. Panglima Logistik yang baru, Brig Jen Ackbal Abdul Samad telah diberikan tanggungjawab oleh PTU untuk membuat reformasi dan transformasi besar-besaran di MLU.

Image result for PUTERA LAPIS MAHANG KAMPUNG BOY

Cabaran Getir (Reformasi dan Transformasi)

Kali pertama melangkah kaki ke MLU setelah 27 tahun berkhidmat dalam TUDM. Biasanya mana-mana pegawai Materiel akan berpeluang berkhidmat di MLU (dulu MABANUD) atau Pusat Materiel Udara (dulu Depot Bekalan) semasa menjadi pegawai muda (Lt/Kapt). Tapi aku membuat kerja staf sejak tahun 1989. Tapi amanah perlu dilaksanakan.

Pada bulan April 2007, aku ditukarkan dari PS1 Kontrak (di MTU-Materiel) ke MLU sebagai PS1 Pembaikan. Panglima Logistik yang masuk 2 bulan lebih awal dariku ialah Brig Jen Dato' Ackbal Abdul Samad TUDM dan Ketua Staf Khidmat (KSK) ialah Kol Azizan Shaari TUDM manakala Ketua Staf Sistemm (KSS) ialah Kol Abdul Razak Khairan TUDM.

Aku menjadi PS1 Pembaikan dari Feb 2007 hingga Jul 2008. Pada bulan Jul 2008, KSK, Kol Azizan telah ditukarkan ke MTU untuk mengambil-alih tugas AKS Materiel dari Brig Jen Dato' Roslan Kasim TUDM. Aku diamanahkan untuk memangku tugas KSK. Aku memangku tugas sehingga 1 Jun 2009. Setahun membuat tugas Kolonel tanpa apa-apa imbuhan sama ada menanggung tugas atau GPT. I Jun 2009 baru aku dapat jawatan tersebut secara rasmi dan dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM.

Kenaikan pangkat aku menjadikan masa itu ada 3 pegawai berpangkat Kolonel TUDM. Kol Kamarudin Mohamad TUDM (sejak 2004) dan Kol Mohd Zaki bin Ishak (2002). Zaki akan bersara pada tahun 2014 manakala Kamarudin pada tahun 2015. Tarikh persaraanku (60 tahun) ialah 2019. Pada masa itu juga ada dua pegawai Materiel berpangkat Brig Jen TUDM iaitu Brig Jen Dato' Amir Hashim (2004)- akan bersara 2016  dan Brig Jen Dato' Azizan Shaari (2008) akan bersara pada tahun 2015.

Buatlah perkiraan sendiri. Kalau aku tulis, nanti orang kata aku syok sendiri.

Aku tahu, kenaikan pangkat aku ini, tidak menyenangkan ramai orang, khususnya pegawai-pegawai Materiel yang lebih senior dariku. Ramai seniorku yang telah lama menyandang pangkat Lt Kol TUDM, malah telah mempunyai kelulusan MPAT telah kulangkahi. Itu ketentuan Allah. Aku tidak pernah melobi, tidak pernah meminta atau merayu-rayu atau slow talk atau menulis surat kepada pegawai atasan untuk minta dinaikkan pangkat. Aku tidak main golf, tidak juga suka berkaraoke, tidak juga membela atau dibela oleh kontraktor. Aku juga tidak pernah ditanya oleh pegawai atasan tentang orang lain, tentang senior-seniorku.

Itu semua kerja Allah. PTU, TPTU, PANGOP dan lain-lain itu hanya alat yang menjalankan tugas dan bidang kuasanya.

Image result for PUTERA LAPIS MAHANG TOHARUDIN

Antara reformasi dan transformasi yang dilaksanakan dan aku terlibat secara langsung sepanjang tempoh khidmatku di MLU.

(1)   Establishment and publication of new Air Publication (PU) 9109-003 (Perintah-perintah Panglima Logistik Udara).

(2)   Establishment of 'Repair Module' in SPKB R5 (formerly all the process were done manually- only the data kept in the computer)- Mej Muhammad Shafiq Zulhilmi Khee.

(3)   Settlement of backlog billing of repair works as far as 2002 with roughly cost RM150m.

(4)   Preparation of 'fail meja' for each individual in MLU.

(5)   Establishment of Approved Vendor List (AVL) for AIROD Sdn Bhd (ASB).

(6)   Establishment of Bonded Store in ASB to monitor and control the movement of components for aircraft under ASB maintenance- Lt Col Mohd Nazir TUDM (CPR).

(7)   Establishment of 'Special RMAF Officer' in ASB Procurement Division.

(8)   Designing of TCI Integrated Logistic Curriculum for the RMAF bases- Col Md Zaki TUDM.

(9)   Construction of central SURAU for MLU.

(10) Conducting Lean Management Course in Port Dickson with the cooperation of Goodrich Control, Australia- Col Md Zaki TUDM.

(11) Establishment of e-Log Card for Life Component (Col Zaki).

(12) Establishment of e-RFQ in Purchasing Department of MLU (will be improvished into web-based quotation system)- Lt Col Zainal Manaf TUDM.

(13) Redesigning the flow of components process in MATRA 1- constructing cages, counters and other secutity matters - Mej Wan Fisal bin Wan Sulaiman.

(14) Improving of component outbound and inbound process.

(15) Repair Work Process- PU9109-003.

(16) SPKB Module for Repair Services.

(17) Computerization of Filing System (SPKD) in CKP and Admin.

(18) Smart filing storage system for CKP.

(19) Special Project for Outstanding AIROD Billing.

Dicelah pelbagai kejayaan yang dicapai untuk memperbetulkan landasan sistem kerja di MLU, telah dicacatkan oleh kesah sedih kehilangan 2 buah enjin. Peristiwa yang menggemparkan Negara itu turut memberi pengalaman yang pahit untuk diriku. Terlbat dengan penyiasatan oleh pihak PDRM, Lembaga Penyiasatan TUDM dan JK Kira-kira Wang Negara (PAC). Syukur kepada Allah yang mempermudahkan urusanku. Semoga ia menjadi pelajaran kepada semua warga TUDM dan ATM. Pengajaran ini menunjukkan bahawa di kalangan orang-orang yang sama-sama bekerja dengan kita sehari-hari terdapat pengkhianat Negara, sanggup menjual maruah Negara dengan RM yang tidak seberapa.

Tempoh hamper 4 tahun di MLU aku dapat beberapa kali bertugas di luar Negara:

(1)   Penerimaan (PDI) ILS alatganti SU30MKM dan menghadiri Roll-out ceremony untuk pesawat SU30 yang pertama - 2007

(2)   Lawatan ke fasilitet pembaikan Rolls-Royce Viper Engine (MB339) di Bristol dan Ansty, UK.- 2007

(3)   Pre-Delivery Inspection (PDI) Viper Engine di Ansty, UK - 2008

(4)   Project Review Meeting (PRM) for RR Ardour Engine, Hawk di Bristol, UK -2009

(5)   Joint Provisioning Review Meeting (JPRM) di Lytham, UK - 2009

(6)   Logistics Support Meeting (LSM) CN235 di Bandung, Indonesia - 2010

(7)   LSM dan Technical Coordination Group (TCG) MiG29 di Moscow - 2010

(8)   Provisoning Review Meeting PC7 di Stans, Switzerland - 2010

Aku insan biasa, ada kelemahan ada kekurangan. Tapi dalam dunia memang terlalu banyak dugaan. Ada yang kita kalah dan ada yang kita menang. Tidak ketinggalan juga, ramai yang mengambil kesempatan menambah kuah dan sambal, malah ada yang menambah pasir supaya yang sakit akan bertambah tenat.

Bulan awal Okt/Nov/awal Dis aku berada di Haramain untuk menunaikan Rukun Islam Kelima. Setelah selesai ibadah Haji dan sebelum bertolak ke Madinah, aku menerima mesej dari PAku, Kpl Latif bahawa aku telah ditukarkan dari MLU ke tugas baru sebagai Pengarah Pengurusan Strategi TUDM. Satu jawatan yang belum pernah wujud sebelum ini.

Pioneer BPS- Air Force Next Generation

Setelah 3 tahun 8 bulan berkhidmat di MLU, aku memulakan tugas baru di MTU (Bahagian Pengurusan Strategik) pada 2 Jan 2011. Ia satu jawatan yang baru diwujudkan untuk menangani pelaksanaan Air Force Next Generation (AFNG) yang diilhamkan oleh PTU (Jen Tan Sri Rodzali bin Daud TUDM) semasa mengambil-alih jawatan PTU pada bulan Sep 2009. Think Tank Group ini diketuai oleh Brig Jen Dato Karim Abdul, siapa ahlinya, aku pun tak tahu. Aku tak pernah terlibat dalam mana-mana perbincangan.

Bermula dengan ZERO, aku  merancang pembangunan organisasi dan prasarana BPS. AKS BPS (on paper) ialah  Brig Jen Dato' Abdul Karim Abdul TUDM (bersara Mej Jen) pada ketika itu masih memegang jawatan Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiapsiagaan (KPBK) MOU.

Tanpa pejabat, hanya menumpang meja pantry Sel Operasi, Bhg Perancangan dan Pembangunan yang bakal diserap ke BPS, tanpa staf (pegawai atau LLP), aku bergerak keseorangan tanpa hala tuju. Kerja guna laptop sendiri. Bila nak cetak baru tumpang mana-mana printer pejabat orang. Pandai-pandai je. Membuat survey mencari ruang pejabat, mereka bentuk ruang pejabat dan mencari peralatan. Lepas itu, satu persatu pegawai ditukar masuk untuk membantu. Mej Norazam, Mej Aryati, Mej Isahim, Mej Azuan, Mej Mah, Mej Rahman dll. Itulah permulaan penubuhan BPS TUDM.

Tugas utama menyediakan Pelan Transformasi AFNG TUDM, membuat road show bagi membolehkan warga TUDM memahami apa itu AFNG, menerbit dan melancarkan buku. Puas juga bergerak secara solo dari satu base ke satu base. Daripada hanya tahu TAJUK apa itu AFNG, aku telah menjadi pakar rujuk AFNG. Aku dijemput untuk memberi taklimat dalam pelbagai seminar dan bengkel.  Sehinggalah terbit buku ini pada bulan Mei 2011. Apa pun terlalu banyak untuk diceritakan sebelum buku ini berjaya diterbitkan. Rakan sekerja yang sama-sama di BPS ialah Kol Ismail Manuri TUDM (bersara Brig Jen Dato) dan Kol Mohd Fadzil Ismail TUDM (DA Moscow).

Kesah utama BPS ialah Internal-Leadership Conflicts.  Bagaimana mahu transform/mengubah organisasi kalau pemimpin organisasi itu sendiri tidak mahu transform dirinya. Masih kuat berpegang kepada prinsip "Boss is always RIGHT.

Struktur BPS sentiasa berubah-ubah setiap bulan, nama pun kerap bertukar. Who answerable to whom pun tak tahu. Itulah sejarah penubuhan BPS yang penuh dengan dugaan yang menggelikan.

Apa pun aku tetap mengukir sejarah tersendiri dalam TUDM sebagai Pengarah Pengurusan Strategi yang pertama. Kemudiannya juga menjadi penyandang jawatan Pengarah Pengurusan Transformasi yang pertama. Tidak sia-sia mendapat Diploma in Defence and Strategic Studies dari UM pada tahun 1999 dulu.


Image result for PUTERA LAPIS MAHANG TOHARUDIN



MLU Siri 2

Pada awal Feb 2012, aku dipanggil oleh PTU (Tan Sri Rodzali) di pejabatnya. Pertemuan empat mata.  Beliau menyampaikan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di MLU dalam masa satu tahun selepas aku bertukar keluar. Pada masa yang sama beliau memahami situasi (conflict) di BPS. Beliau memohon (bukan paksa) agar aku menerima tawarannya untuk kembali ke MLU untuk membantu Panglimanya, Mej Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM memperbetulkan keadaan di sana.

Sebagai pegawai ATM, aku tidak pernah engkar perintah - apa lagi perintah itu dari PANGLIMA TENTERA UDARA. Maka kembalilah aku ke pejabat lama yang aku tinggalkan setahun yang lalu. Pusingan kedua bertugas di MLU ini, aku lebih berhati-hati menangani persekitaran.

Semasa bertugas di MLU kali ini, aku berpeluang mengikuti trip ke luar Negara berikut:

(1)  LSM/TCG CN235 di Bandong, Indonesia - 2012

(2)  LSM/TCG MiG29/SU30MKM di Moscow - 2012

(3)  LSM Thales di Paris, France - 2012

Antara pencapaian dan projek yang dimulakan semasa bertugas sebagai KSK kali kedua ialah:

(1)  Projek Component Tracking System (CTS) - Mej Shafiq Khee (PS1 Pembaikan)

(2)  Projek Contract Monitoring System (eCMS) - Lt Kol Zainudin Sahak TUDM (Zico) -(PS1 R n P)- Projek ini dibangun pada akhir 2013 dan berjalan lancer pada tahun 2014 dan dicadang untuk masuk bertanding dalam Anugerah Inovasi TUDM dan KEMENTAH 2015. Malangnya projek ini telah dicuri hak miliknya oleh orang lain.  Setelah aku bertukar keluar (Ogos 2014), nama aku hilang dari senarai pengasas (walaupun waktu itu kemajuan projek sudah mencapai tahap melebihi 30%). Projek ini telah memenangi tempat pertama Anugerah Inovasi Peringkat KEMENTAH tahun 2015. Maka dengan bangganya individu berkaitan menerima piala dan sijil di atas pentas. Begitulah pentas dunia, cara mudah mencipta nama.

(3)  Projek Life Item Alert System (MLULIAS) di MATRA 3 - Mej Saiful Safrim (KM 3 Butterwoth).

Perjalanan di MLU kali ini tetap meninggalkan titik merah dalam kerjayaku. Tapi kali ini atas nama kebenaran dan integrity.

(1) Pertama kes perlantikan MTO di MATRA 1. Penambahbaikan telah dibuat pada tahun 2010, system telah diperbetulkan. Tetapi kes yang berlaku sebelum 2010 ada yang masih belum selesai. Sepatutnya KM 1 yang bertanggungjawab, tapi beliau elok sahaja dilepaskan bersara. Kes menjadi AP59. AKS Materiel telah mencadangkan kepada PTU, supaya aku menjadi salah seekor kambing hitam dijadikan penama kes AP59 itu. RM2.5 juta!!!!. Alhamdulillah selesai dalam tahun 2016. Tapi tetap tidak menyenangkan kerana dalam Surat Amaran dari KSU seolah-olah aku yang melanggar prosedur.

(2)  Kedua, kes MATRA 2. Aku telah dapat mengesan salah guna kausa Perolehan Terus oleh KM 2. Kes pecah kecil yang melampau. Sebagai KSK/Pegawai Memerintah aku enggan meluluskan pesanan rasmi (kerana aku yang kena Pengerusi JTP). Aku laporkan kepada Panglima Logistik masa itu, Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM. Lalu perkara itu dilaporkan kepada PTU. Siasatan (Verifikasi) dijalankan. Macam kes no 1, KM 2 dilepaskan untuk besara dengan aman walaupun meninggalkan hutang hampir RM3 juta ke atas perkhidmatan yang telah dibuat tetapi belum ada pesanan Kerajaan. Ironinya, AKS Materiel masa itu dengan rasa tanggungjawab dan bijaksana telah mencadangkan kepada PTU supaya aku (sebagai KSK) yang dipertanggungjawabkan dan perlu diambil tindakan.

Tapi waktu aitu, aku masih blank, tidak menyangka apa-apa. Hanya yang aku PERASAN, AKS Materiel tidak gembira (beliau yang aku kenali sejak lebih 30 tahun lalu memang tidak pernah marah) dengan tindakanku dalam menangani kes MATRA 2. Beliau mahukan aku COVER UP kes KM 2, bukan mendedahkan. Itu hanya sangkaanku waktu itu.

Itulah, antara perkara yang perlu dipikul oleh seorang pemimpin. RESPONSIBILITY and ACCOUNTABILITY. Dan kita kena REDHO dengan ketentuan Allah. Tidak semestinya BUAT BAIK dibalas BAIK.

Sebulan sebelum aku bertukar keluar, nama MLU telah ditukar menjadi Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).

2nd In Line: Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang

Pada bulan Julai 2014, aku ditukarkan ke MTU-Materiel untuk menjawat jawatan Pengarah Materiel. Satu jawatan terkanan selepas AKS Materiel. Sepatutnya aku ditukarkan ke KOMLEK untuk menggantikan Kol Hj Kamarudin Mohamad TUDM. Kamarudin dibawa balik ke TUDM untuk menjawat Pengarah Materiel dan dicadangkan untuk dinaikkan pangkat Brig Jen TUDM. Percaturan itu tidak menjadi, maka aku mengambil tempat Kamarudin dan Kamarudin kekal sebagai Pengarah Bantuan Khidmat di KOMLEK.

Sebagai Pegawai Materiel, pastinya aku gembira diberi peluang ke jawatan kedua terkanan dalam organisasi Materiel itu. Aku tidak sama sekali mempunyai prasangka di belakangnya. Aku melapor ke MTU-Materiel di penghujung Ogos kerana terpaksa memangku jawatan Panglima Bantuan Udara yang bertugas ke luar Negara.

Semasa bertugas sebagai Pengarah Materiel ini aku dapat merasai 'kelainan' kerana ini adalah kali ke 4 aku bertugas di Bahagian ini. Sebagai Pengarah aku hanya menjaga SISMAT (aku pernah jadi PS1 SISMAT dua kali- sudah amat memahami proses kerja di sini). Cawangan Perolehan dan Kontrak yang sepatutnya di bawah kawalan Pengarah tidak dibenarkan berbuat begitu. Kedua-dua PS1 berhubung terus dengan AKS Materiel. Dalam pengurusan Sumber Manusia, ia dipanggil constructive dismissal iaitu satu kaedah untuk menyuruh orang yang kita tidak sukai untuk resign. Nak pecat tak boleh, tak ada kuasa. Jadi tarik sebahagian kemudahan atau haknya.

Selain dari itu, sebagai Pengarah aku tidak pernah diajak berbincang berkaitan kerja khususnya perancangan Materiel. Ada hanya sekali dua diminta untuk mewakili dalam majlis-majlis yang kurang penting.

Waktu ini, aku sudah mula merasai bahang 'inferiority' yang semakin complex. Tapi aku adalah aku. Hanya mengikut perintah selagi ada ketua di atasku. Aku terus buat kerja apa yang aku patut buat termasuk menyediakan buku Pelan Transformasi dan Strategik Materiel (PTSM) bersesuaian dengan arahan Pelan Transformasi AFNG yang mula dilupakan. Tapi malangnya, WALAUPUN telah dibengkelkan dan dipersetujui sebulat suara, sampai ke hari ini ia tidak diterbitkan. Mungkin akan mencacatkan legasi seseorang.

Pada bulan Mac 2015, tiada angin tiada ribut, tidak pernah dibincang tak pernah disebut, hanya lebih kurang 7 bulan menyandang jawatan Pengarah Materiel, aku ditukarkan ke KOMLEK menggantikan Kamarudin yang bersara.

Aku tidak kecewa ditukarkan kerana ia perkara biasa dalam perkhidmatan. TETAPI sebagai pegawai kanan, kedudukan nombor dua dalam heirarki Materiel, aku langsung tidak diberitahu mengenai rombakan ini adalah jelas satu penghinaan. Memang ada niat membuang. Itu sahaja yang aku boleh katakan.

Berkhidmat di MK ATM KOMLEK (dari 16 Mac 15 - 30 Apr 18) adalah pengalaman pertamaku bertugas di organisasi 3 khidmat (tri-service). Satu pengalaman yang menarik. Walaupun aku melapor diri dalam keadaan 'the lowest morale' ia bukan satu halangan untuk aku meneruskan khidmat bakti dengan efektif. Aku mengambil-alih tugas dari PS 1 Teknikal dan Piawaian (TP) yang memangku PBK iaitu Lt Kol Hj Mohamad bin Akop, seorang Pegawai RSD. Beliau pun sudah berada di penghujung perkhidmatan, beberapa bulan sahaja untuk bersara. 

Kulupakan Segala Kepahitan, Melangkah Gagah Ke Hadapan

Di KOMLEK aku bekerja di bawah Laksamana Pertama Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah (dinaikkan pangkat Laksamana Muda pada Nov 2016), seorang pegawai yang dedikasi yang penuh inspirasi untuk membuat reformasi dan transformasi ke atas organisasi KOMLEK yang sekian lama complacent dengan budaya kerja lama. Kedatanganku ke KOMLEK lebih kurang sama dengan kedatanganku ke MLU buat kali pertama dulu (2007). Antara transformasi yang dilaksanakan (dan aku terlibat secara langsung) sepanjang di KOMLEK:

(1)   Pembaharuan Kontrak Senggaraan P4

(2)   Pembaharuan Kontrak Senggaraan AMSS

(3)   Pewujudan Kontrak Network Convergence AMSS/P4/NCO

(4)   Pendaftaran Intensif Aset KOMLEK

(5)   Kajian Menyeluruh Janakuasa

(6)   Projek eCMCM

(7)   Buku Indeks Mesyuarat KOMLEK.

(8)   Memperkenalkan Arahan KOMLEK

(9)   Memperkenalkan Jawatan Kuasa Penilaian Teknikal dan Sebut Harga untuk setiap Kontrak.

(10) Memperkenalkan Mesyuarat Pemantauan Kontrak

(11) Memperkenalkan Jawatan Kuasa Skala Peralatan

(12) Penubuhan Jawatan Kuasa baru seperti EKSA, UPF dan JITU.

Alhamdulillah semama 3 tahun 2 bulan berkhidmat KOMLEK aku DUA KALI menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 dan 2017 menerima sijil dari YB MENHAN (untuk 2016) dan dari YBhg PTU (untuk tahun 2017).

Selama di KOMLEK, aku mendapat peluang dua kali untuk ke luar negara secara rasmi:

(1)  Mengikuti delegasi Pengiring kepada MALBATT 850-4 pada bulan Sep 2016.

(2)  Mengikuti kursus Defence Resource Managemenet (DRM) di KNDU Seoul, Korea pada bulan Feb 2017.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada BOSSku di KOMLEK, YBhg Laksamana Muda Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah (AKS KOMLEK 2014 - 2018) yang sentiasa memberi sokongan kuat ke atas setiap idea transformasi di KOMLEK.


Image result for PUTERA LAPIS MAHANG TOHARUDIN


Seloka Nak Jadi Jeneral?

Pangkat itu Kuasa
Pangkat itu Gaji
Pangkat itu Keistimewaan dan layanan

Ada peluang dapat gelaran Dato' dan isteri dipanggil Datin
Dapat kereta staf Perdana - boleh parking kat rumah, boleh bawa balik kampung.
Bila bersara dapat beli kereta (Perdana) dengan harga yang murah

Bintang itu letaknya tingg
Setinggi langit
lebih tinggi dari puncak gunung
lebih tinggi dari awan yang berarak

Biar setinggi mana
Tapi manusia tetap berusaha
Tetap mencari jalan untuk menggapainya
Walaupun terpaksa pijak kepala saudara dan sahabat sendiri

Kata peribahasa
Tuah ayam nampak di kakinya
Tetapi, hanya Allah yang Maha Mengetahui Tuah hambaNya
Jodoh, maut dan rezeki Allah yang punya

Oleh kerana bintang itu tinggi
Ia memang sukar untuk dicapai
Orang berdoa siang dan malam hari
Agar terang bintang menyinari

Ada orang mencari bintang
Merangkak di padang kontang
Ada yang sanggup merenangi gelombang
Begitu sukar banyak menghalang

Ada orang mencari bintang
Memijak memanjat kepala orang
Tidak mengira dari mana ia datang
Jangan sampai permintaan diulang

Ada pula yang hanya berjalan lenggang,
Ada orang, duduk kaki bersilang
Bersiul sambil kaki bergoyang
Lalu bintang bergolek datang

Ada orang inginkan bintang
Kerana perut engkau kecundang
Ada juga yang gemuk gelumang
Bintang tetap datang

Ada yang kemaruk untuk mencapai bintang
Lalu seribu cerita dikarang
Mencari buruk dan aib orang
Agar bintang orang masuk ke longkang

Ada orang yang khidmatnya cemerlang
Bekerja tidak membilang
Berusaha tanpa berhalang
Perkara peribadi jauh dibuang
Namun bintang tidak juga datang

Dengan bintang ada yang jadi binatang
Dengan bintang dia akan tambah hutang
Dengan bintang ada yang jadi hulubalang
Dengan bintang akal dia akan hilang

Ada orang yang memang dah belang
Allah tetap bagi bintang
Belangnya tak pernah hilang
Taring dan kuku semakin panjang

Wahai insan bestari
Sementara sahaja kita di atas muka bumi
Antara hidup dan mati bagai antara dua jari
Semakin tinggi pangkat diberi
Semakin besar bebanan menghempap diri

Di atas dunia bintang dibahu membangga diri,
Esok di dalam kubur kita akan sendiri
Bintang tidak berguna lagi

Lagi banyak bintang lebih berat tanggungan diri
Dosa sendiri tidak tentu terlepas diri
Dosa orang lain turut dibebani

Putera Lapis Mahang

Seorang budak kelahiran Kampung Parit Lapis Mahang, yang masa sekolah rendah dulu amat terkenal kerana 'gembeng'nya, penakut dan pemalas, meningkat dan pernah menjadi pelajar terbaik SPM di sekolahnya dalam tahun 1976, kemudian gagal di tahun kedua UTM dalam jurusan arkitektur, memasuki TUDM dengan impian menjadi seorang juruterbang, tetapi gagal juga mencapai impiannya.

Sembilan tahun menyandang pangkat Kolonel adalah terlalu lama. Ia menjadi beban kerana setiap kali berjumpa dengan orang-orang lama, khususnya yang telah bersara, mereka mesti bertaya soalan yang sama. Mempersoalkan kenapa aku masih Kolonel?

Jawapannya, itu kerja Allah swt. Bukan tugas kita untuk menaikkan pangkat kita. Tugas kita ialah menjalankan tugas kita. Malah aku tidak pernah solat Hajat untuk mintak naik pangkat. Sebab itu kerja Allah. Aku hanya berdoa untuk dimurahkan rezki dan berilah yang terbaik kepadaku hanya apa yang aku layak.

Aku juga selalu berfikir. Beginilah agaknya perasaan senior-senior yang aku pernah potong dulu. Allah memberi aku untuk merasainya. Allah Maha Adil lagi Saksama.

MAT yang bersidang pada 13 Mac 2018, meluluskan kenaikan pangkat ke Brigedier Jeneral TUDM mulai 9 Apr 2018 bagi menyandang jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik, BLP MK ATM.

Akhirnya pada 11 April 2018, mencapai kemuncak kerjayanya menjadi seorang Jeneral, biar pun sekadar Jeneral satu bintang, tetap menjadi kebanggaan keluarga dan kampung kelahirannya, Parit Lapis Mahang. PUTERA LAPIS MAHANG pertama mencapai tahap ini dalam kerja ketenteraan.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh YB PTU sendiri.


   
   

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR.

1. SAYA AMAT-AMAT TERHARU DENGAN RATUSAN UCAPAN TAHNIAH SERTA DOA DAN KATA2 SEMANGAT UNTUK SAYA (MELALUI FB DAN WATSAPP) SEMPENA KENAIKAN PANGKAT SAYA. SEBAHAGIANNYA SUDAH TIDAK DAPAT AKU INGAT LAGI KERANA SUDAH BERPULUH TAHUN DITINGGALKAN ATAU SEMEMANGNYA AKU TIDAK KENAL. SAYA TIDAK MAMPU MENJAWAB SETIAP MESEJ YG DITERIMA. SAYA MOHON JUTAAN MAAF.

2. PANGKAT BUKAN ANUGERAH ATAU HADIAH, TETAPI SATU UJIAN YANG PERLU DIPIKUL DI DUNIA DAN DIHISAB DI AKHIRAT. IA MUNGKIN MEMBAWA KESENANGAN DI DUNIA TETAPI JUGA BOLEH MEMBAWA SENGSARA LEBIH LAMA KITA MENUNGGU PROSES TIMBANGAN DI PADANG MAHSYAR NANTI..

3. DOAKAN SAYA SUPAYA KUAT DAN TEGUH IMAN DAN TIDAK TERPEDAYA DENGAN LAYANAN, PUJIAN DAN SANJUNGAN.

TERIMA KASIH SEMUA

SAYA DOAKAN AGAR SAHABAT DI FB SEMUA DALAM PELIHARAAN ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT

Counting Down

Secara rasminya aku bertukar keluar dari KOMLEK ialah pada 9 Apr 2018, iaitu sama tarikh dengan kenaikan pangkat. Bagaimanapun, aku hanya melapor ke tugasan baru di Bahagian Logistik Pertahanan pada 4 Mei 2018. Aku mengambil-alih jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik (KPOL) dari Brig Jen Dato' Hj Rodzian bin Abdul Ghani TUDM yang akan memulakan cuti sebelum bersara pada 9 Nov 2018. No plat kenderaan rasmi ialah ZZ 91.

Kali ini aku berkhidmat di bawah Assisten Ketua Staf Logistik Pertahanan (AKS LP) - Mej Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif bin Idris (dari Kor Ordnans Diraja).




Ini mungkin TUGASANku yang terakhir dalam perkhidmatanku. Insyaallah, jika ada izin Allah, aku akan mencapai usia 60 tahun pada 22 Nov 2019. Dalam keadaan biasa atau lazimnya aku akan memulakan cuti  sebelum bersara pada 22 Mei 2019 dan akan mula menjalani latihan peralihan pada 22 Ogos 2019. Mengira HARI-HARI akhir perkhidmatan.

Semasa bertugas di BLP (sebagai KPOL) aku berpeluang dua kali ke luar negara, iaitu:

(1)   Mengikuti Seminar Logistic di NATO School, Oberammergau, Germany (Ogos 18).

(2)   Delegasi pengiring MALBATT 5 ke Lebanon (Sep 2018)

Pengiktirafan Di penghujung Kerjaya

Kerjayaku di peringkat penghujung ini jadi semakin menarik dan banyak perkara di luar jangka telah berlaku. Pada 17 Dis 2019, Mej Jen Dato' Mohd Razif (AKS LP) memulakan cuti sebelum latihan peralihan pada 17 Mac 2019 dan bersara pada 17 Jun 2019.


Sehingga tarikh 17 Dis, pihak kepimpinan tertringgi ATM (dan MAT) masih belum mengenal pasti pegawai kanan yang akan mengambil alih jawatan AKS LP. Maka, aku menerima tugas untuk memangku jawatan AKS LP sehingga ada pengganti.




Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, PANGLIMA ANGKATAN TENTRA (PAT) mengarahkan supaya aku mengambil alih terus (membuat tugas hakiki) sebagai AKS LP mulai tarikh yang sama (hingga tamat perkhidmatan) dan perkara tersebut dibawa dan diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera. Ini adalah satu kejutan kerjaya, kerana ia tidak pernah terlaintas dalam benak/fikiranku untuk menjawat jawatan ini beberapa bulan sebelum tempoh perkhidmatan. Sebagai AKS LP, no plat kenderaan rasmi ialah Z 9.


Sebagai AKS LP, aku turus menjadi AHLI kepada:

1.    Jawatan Kuasa Panglima-Panglima (JPP) ATM - Pengerusi: PAT.

2.    Forum PAT - Pengerusi: PAT.

3.    Jawatan Kuasa Integriti dan Urustadbir (JITU) ATM - Pengerusi: PAT.

4.    Jawatan Kuasa Kecemerlangan dan Inovasi (JKKI) ATM - Pengerusi: PAT.

5.    Jawatan Kuasa Operasi dan Kesiapsiagaan Ketenteraan (JKOKK) ATM - Pengerusi: KS MK ATM.

6.    Forum KS MK ATM  - Pengerusi: KS MK ATM.

7.    Jawatan Kuasa Kerja JPP (JKK JPP)  - Pengerusi: KS MK ATM.

8.    Jawatan Kuasa Dukungan Logistik 'A' (JKDL 'A') MK ATM  - Pengerusi: KS MK ATM.

9.    Jawatan Kuasa Kerja JKKI/JITU  - Pengerusi: KS MK ATM.

10.  Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)  - Pengerusi: KS MK ATM.

11.  Lembaga Perolehan KEMENTAH (wakil tetap PAT)  - Pengerusi: KSU KEMENTAH.

12.  Jawatan Kuasa Audit Pengurusan KEMENTAH (wakil tetap KS) - KSU KEMENTAH.

Selain dari itu, AKS LP adalah PENGERUSI kepada mesyuarat-mesyuarat berikut:

1.    Jawatan Kuasa Spesifikasi Pertahanan ATM.

2.    Jawatan Kuasa Skala dan Jadual Peralatan ATM.

3.    Jawatan Kuasa Kerja EKSA ATM.

4.    Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) MK ATM.

5.    Jawatan Kuasa Dukungan Logistik 'B' (JKDL 'B')

Sebagai AKS LP, aku pernah membuat tugas luar negeri berikut:


(1)  Tetamu UAE Armed Forces untuk menghadiri International Defence Exhibition- mengiringi wakil PAT (iaitu PTD) dalam bulan Feb 2019)

.

bersama skot: AKSPA (kiri) dan PTD (tengah)


Lokasi Luar Negara Yang Pernah Dijejaki Semasa Dalam Perkhidmatan

1982 - Pontianak, Indonesia (2x) (tugas bayar gaji staff di Pejabat ALO)

1991 - Ex ELANG MALINDO, Medan Indonesia

1997 - 23-28/3, PDI Radio Comm di Delhi dan Chandigargh, India

1998 - 26/10- 3/11. PDI Alenia Marconi di Rome dan La Spezia, Italy (ke San Marino)

1999 - Mei, Songkhla, Thailand (lawatan KESBAN, MTAT)

2000 - Okt, Yeovil, Sommerset, UK - PMR Projek Helikopter Super Lynx - London (1)

2001 -  Feb, Tucson, Arizona (via Narita/LA) balik via Barcelona n Maldives (GEx)

2002 -  Toronto, Canada- green ac Bombardier GE 9096 - balik via London (2)

2002 - 2-8 Nov, Milan, Italy - PMR Projek Agusta JBPM- Venice - balik via London (3)

2004 - 28 Jun, Singapore, Log Seminar

2005 - Jul, Brunei, Log Working Gp (Bilateral Meeting)

2005 - 22-27 Ogos, Hickam AB, Hawaii, PIL Seminar (via Teipei)

2006 - 7 - 11 Ogos, Exchange Programme TUDM/TNIAU (Jakarta, Bandung, Jogjakarta)

2006 - Okt, PDI Camera Recon Optical Inc, Barrington, Chicago. Balik stop Los Angeles (melawat Holywood)

2007 - Mei, Irkutsk (via Amsterdam/Moscow) - PDI ILS and Roll out first SU30.

2007 - Mei, from Moscow to London (4), Ansty and Bristol, UK. Visit facilities RR Inc, UK

2008 - Dis, Ansty, UK - PDI Engine Viper 632 for Aermacchi, London (5)

2009 - Feb, Bristol, UK-  PRM RR Engine Contract, London (6)

2009 - June, Lytham, UK - Joint PRM Hawk, London (7)

2010 - Mei - Bandung. PRM/ILS/TCG CN235

2010 - Jun/Jul - Moscow- ILs, TCG MiG29/SU30...... to Zurich

2010 - Jul, Stans Switzerland- Provisioning Review Meeting- end up London (8)

2010 - Okt, Jeddah, Makkah, Jeddah, Madinah (Performing Hajj)

2012 - Bandung (Contract Review and Log Support Meeting)

2012 - Moscow (LSM, TCG Meeting MIG/SU30)

2012 - Paris (LSM Thales and Seagem) - balik via London (9)

2013 - Jun, Istanbul Turkey (package Umrah- Andalusia)

2013 - Jun, Madinah and Makkah (Umrah)

2016 - Sep - HO/TO Parade - From Commander of MALBAT 850-3 dan to 850-4 di Kem Maarakah, Lubnan

2016 - Dis, Madinah and Makkah (Umrah- Tiram Travel)

2017 - Feb - Kursus DRM di KNDU Seoul, ROKorea

2018 - Ogos - Simposium di Oberammergau, Germany

2018 - Sep - Pengiring MALBAT 850-6 (2nd trip) ke Beirut, Lubnan

2019 -  Feb - Mengiringi PTD (wakil PAT) menghadiri International Defence Exhibition di Abu Dhabi dari 18 hingga 20 Feb 19.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

UK - 9 kali

USA - 5 kali

Moscow - 3 kali

Indonesia- 4 kali

Makkah/Madinah - 3 kali

Rome - 2 kali

Lebanon - 2 kali

India, Canada, Spain, Switzerland, Germany, UAE - 1 kali



4 comments:

  1. Assalamualaika, Tuan.
    Terima kasih sebab sudi berkongsi serba sedikit sebanyak kisah peribadi & yg paling utama ilmu dalam penulisan tuan ni. Sebelum tu, nama sy Mohamad, Walaupun saya bukanlah seorang Anggota Tentera, jauh sekali sbg seorang pegawai, apatah lg seorang penjawat awam, tp sbg org awam biasa, sy rasa penulisan ringkas & ikhlas tuan ni dpt beri byk manfaat kpd semua, baik dari segi ilmu ketenteraan, bidang pengurusan dll, penulisan ikhlas tuan ini juga sangat baik dlm membantu & meyakinkan semua orang yg mana secara ringkasnya, sy simpulkan,’Sentiasa Positif, Kejar impian, Janji & Rezeki Allah tu adalah yg terbaik buat kita’... saya harap ramai lg yg dpt membaca blog tuan ni & sy berdoa agar tuan akan terus diberi kesihatan & kelapangan waktu yg ikhlas sekali lg buat seketika, untuk menulis berkongsi ilmu2 yg bermanfaat seperti ini. Assalamualaika WBT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sdra Mohamad. Saya amat keprihatinan sdra untuk membaca dan menghayati penulisan saya. Terima kasih juga di atas doa sdra untuk kesejahteraan saya. Ia telah menyuburkan lagi semangat saya untuk menulis dan menyebarkan ilmu yang saya perolehi bukan dari BUKU.

      Delete
  2. Salam Tuan, best tak dapat 'bintang'..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiliza, sekadar hiasan duniawi. di dunia memang gembira, yang nak dijawab di akhirat nanti yang mungkin akan menambah beban siksaan.

      Delete