JENERAL BERHATI LUHUR
ALMARHUM BRIG JEN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHD RAIS TUDM
Almarhum Brigedier Jeneral Haji Abdul Rahman bin Mohd Rais
adalah Assisten Ketua Staf Materiel yang ke 6 sejak jawatan tersebut diwujudkan
pada tahun 1980. Semasa jawatan ini diwujudkan, ia dinamakan Assisten Panglima
Tentera Udara (APTU) Bekalan dan Wang atau ASBEK. Pada tahun 1990 ia ditukar
menjadi APTU Materiel dan pada tahun 1999 jawatan ini dijenamakan sebagai
Assisten Ketua Staf Materiel.
Ketika memakai uniform tentera Brig Jen Abdul Rahman
menggunakan name tag "ABDUL RAHMAN". Manakala dalam surat menyurat
rasmi, beliau menggunakan nama "ABDUL RAHMAN RAIS".
Kerana sifat kebapaannya, di belakang beliau
pegawai-pegawai Material memanggilnya dengan nama mesra "Pak Rahman"
(bunyinya Pak Raman). Mungkin kerana beliau merupakan graduan SESKO-AU Bandung.
Bagaimana timbul idea untuk menulis tentang almarhum ini?.
Kebetulan saya baru beberapa minggu add in Kol Amer Mahmud dan Aref Zaharin
(anak kedua dan ketiga almarhum) dalam senarai facebook friends. Selepas
mengikuti posting beliau, banyak
gambar-gambar semasa beliau masih kecil bersama ayah dan ibunya. Lalu terlintas
dalam fikiran saya untuk menulis sesuatu, seperti yang saya pernah buat untuk
dua mantan PTU (almarhum Datuk Mohamed bin Taib dan almarhum Tan Sri Mohamed
bin Ngah Said). Lalu saya meminta Amer mendapatkan gambar-gambar portrait
almarhum semasa berpangkat Brig Jen. Amat sukar memperolehi gambar-gambar ini
dari rekod TUDM. Setelah endapat beberapa gambar, aku pun mula menulis
berasaskan biodata almarhum (dari rekod TUDM) dan pengalamanku semasa
berkhidmat di bawah almarhum.
Abdul Rahman dilahirkan di Kampong Belahan Tampok, Rengit,
Batu Pahat Johor pada 3 Sep 1943. Dari gaya percakapannya, almarhum
berketurunan Jawa (seperti saya juga). Tetapi sepanjang saya mengenalinya,
almarhum tidak pernah cakap Jawa. Cuma sesekali sahaja dalam bentuk gurauan.
Kalau mengikut apa yang saya tahu, majority penduduk perkampungan Belahan
Tampok ini adalah dari keturunan Bugis.
Almarhum mendapat didikan awal di sekolah rendah di kampung
tersebut dan Sekolah Tinggi Batu Pahat (perlu pengesahan). Lantaran keputusan
peperiksaan yang cemerlang, almarhum telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran
ke Tingkatan 4 Sains di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Tuanku
Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada tahun 1958.
Kalau mengambil kira STAR dibuka pada bulan Januari 1957, almarhum
merupakan intake kedua sekolah tersebut.
Almarhum pernah bercerita kepada saya megenai kehidupannya
semasa zaman persekolahannya di STAR Ipoh. Waktu itu sekolah berasrama penuh
amat sedikit. Di awal tahun 60an, selain dari MCKK Kuala Kangsar dan TKC
Seremban hanya ada 5 lagi SBP di Malaysia ketika itu, iaitu SDAR Seremban, STAR
Ipoh, STF JB, SSAH Jira dan SAS Cheras. Ketika cuti sekolah pelajar akan
menaiki keretapi untuk pulang ke kampung. Almarhum akan naik di Stesen Ipoh dan
turun di Stesen Kluang. Bila sampai di Seremban, pelajar TKC yang pulang ke
selatan akan naik. Masa inilah pelajar-pelajar SBP lelaki dari sebelah utara
seperti MCKK dan SAS akan berentap menunjuk bakat masing-masing untuk berjinak
dengan pelajar TKC. Kadang, almarhum akan singgah dan menginap di rumah
kawan-kawan sebelum pulang ke kampung.
Semasa di STAR, almarhum sangat aktif dalam bidang sukan.
Almarhum merupakan seorang pemain Kriket yang cekap. Almarhum pernah mewakili
Negeri Perak dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Setelah berkhidmat dalam
TUDM, almarhum juga pernah mewakili pasukan Kriket ATM dan pernah merangkul
juara kebangsaan.
Almarhum lulus peperiksaan MCE dari STAR pada tahun 1959
dan peperiksaan HSC pada tahun 1961. Menurut cerita almarhum, selepas tamat HSC
almarhum bekerja di sebuah syarikat perlombongan di Ipoh sebelum sebelum
menyertai latihan Pegawai Kadet di
Federal Military College pada 4 Sep 1964.
Abdul Rahman ditauliahkan ke pangkat Pilot Officer pada 17
Feb 1965 dan almarhum memulakan kerjaya dalam TUDM sebagai Air Movement Officer
di Pangkalan TUDM Labuan mulai 1 Jan 1966 hingga 30 Jun 1967. Semasa di Labuan
beliau mengikuti Kursus Fund Regiment (1966).
Pada 1 Ogos 1967 almarhum ditukarkan ke Pangkalan TUDM Kuala Lumpur
untuk menjawat tugas sebagai Senior Air Movement Officer (SAMO).
Pada 1 Oktober 1967 Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat
Flying Officer dan pada 10 Julai 1968, almarhum dinaikkan ke pangkat Flight
Lieutenant . Almarhum mengikuti Young Officer Ordnance Course di Army Ordnance
School pada tahun 1968. Seterusnya pada 30 Sep 1968 almarhum bertukar jawatan
di unit yang sama sebagai O i/c Stock Control and Accounting Flight (SCAF) dan
seterusnya dilantik menjadi Ketua Cawang Bekalan (OC Supply) pada 31 Mac 1969.
Pada 1 Nov 1969 almarhum ditukarkan ke Pangkalan TUDM
Kuantan untuk memegang jawatan Ketua Cawang Bekalan sehingga 25 Feb 1971. Dari
TUDM Kuantan, almarhum kembali ke Kuala Lumpur, ditukarkan Markas Udara pada 21 Sep 1971 untuk menjawat Staff Officer
3 (SO 3) Equipment dan kemudian dinaikkan ke pangkat Squadron Leader pada 7 Jan
1972 untuk ditukarkan ke jawatan SO2 Supply/Finance di Markas yang sama.
Pada pada tahun yang sama, Abdul Rahman berpeluang
berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan (DA) di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia di Ottawa, Canada. Penyandang jawatan tersebut turut membuat tugas
sebagai Supply Liaison Officer (SLO) yang menguruskan dukungan logistik pesawat
TUDM kerana pada waktu itu Malaysia mempunyai beberapa buah pesawat yang dibeli
dari Canada seperti Caribou dan Tebuan. Almarhum menamatkan tugas di luar
Negara pada bulan Mei 1975. Sepulangnya dari Canada almarhum ditumpangkan ke
jawatan Principal Supply Control Officer (PSCO) di Depoh Bekalan (DEBEK) TUDM
di TUDM Kuala Lumpur dan diukarkan pada 25 Mac 1976.
Seterusnya almarhum berpindah tugas ke Bahagian Turus
Tentera Udara (BTTU) sebagai Pegawai Turus 2
Bekalan 3 (PT 2 Bek 3) pada 25 Okt 78), kemudiannya ke jawatan PT2 Bek
2B pada 10 Mac 79 dan kembali ke DEBEK pada 27 Ogos 79 untuk menjawat jawatan
PSCO untuk kali kedua. Pada masa itu, PSCO merupakan satu jawatan yang terkanan
di DEBEK selepas jawatan Pegawai Memerintah.
Pada 1 Jul 1980 almarhum dinaikkan ke pangkat Leftenan
Kolonel (Udara) untuk menyandang jawatan Pegawai Turus 1 Pembelian (PT 1
Beli) di BTTU. Seterusnya pada 16 Okt
1980, almarhum dilantik menjadi Pegawai Memerintah DEBEK, sehingga 1 Jan 1983
sebelum bertukar ke Markas Bantuan Udara (MABANUD) sebagai Pegawai Turus Kanan
(PTK) Bekalan.
Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Kolonel (Udara) pada 10
Apr 1984 dan dilantik menjadi Ketua Staf Bantuan, Markas Pemerintahan
Pertahanan Udara (MK HANUD).
Abdul Rahman dilantik menjadi Pengarah Materiel pada 7
Julai 89, dan memangku jawatan APTU
Materiel dari 1991 hingga 15 Feb 92 apabila APTU Materiel ketika itu bercuti
atas urusan mahkamah. Berlaku isu kepercayaan oleh pucuk pimpinan TUDM ke atas
kewibawaan kepimpinan Materiel. Mulai Feb 1992 hingga Jun 1993, jawatan APTU
Materiel disandang oleh pegawai dari luar Cawangan Materiel, iaitu Brig Jen
Dato' Tunku Jaafar Laksamana TUDM (Juruterbang) dan Brig Jen Dato' Wan Abdul
Majid bin Abdullah TUDM (Kejuruteraan).
Setelah krisis kepimpinan Materiel dipulihkan pada
pertengahan tahun 1993, terdapat persaingan untuk memilih APTU Materiel.
Kedua-dua pegawai Materiel yang berpangkat Kolonel pada masa itu, iaitu Kol
Richard Robless (Kol: 24 Mac 1984) dan Kol Abd Rahman (Kol: 10 Apr 84).
Kepimpinan TUDM telah melantik Richard Robless menjadi APTU Materiel pada dan
dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM mulai 15 Feb 1992.
Pada 16 Feb 1992, almarhum dilantik menjadi Pegawai
Memerintah Pusat Materiel Udara (PMU, dulunya DEBEK). Jawatan Pengarah Materiel
diambil-alih oleh Kol Ahmad Haidir bin Mohd Yusof TUDM.
Kerjaya almarhum mencapai kemuncaknya apabila almarhum
kembali ke DTU untuk menyandang jawatan APTU Materiel pada 1 Jun 93. Almarhum
dinaikkan kepangkat Brigedier Jeneral TUDM pada 8 Jan 94.
Almarhum Brig Jen Abdul Rahman bin Mohd Rais TUDM bersara
secara pilihan pada 4 Sep 1996 ketika berusia 53 tahun. Almarhum menyerahkan
jawatan APTU Materiel kepada penggantinya, Brig Jen Mohd Idris bin Saman TUDM. 23 tahun.
Menerima Tabik Hormat semasa Perbarisan Persaraan di PU Labuan
Dalam salah satu perbualan dengan saya dengan almarhum di
pejabatnya sebelum beliau memulakan cuti sebelum persaraan , almarhum
menyatakan bahawa beliau bersara awal adalah untuk memberi laluan kepada Kol
Mior Azam atau Kol Mohd Idris (hanya dua pegawai Materiel berpangkat Kolonel
masa itu) berpeluang mendapat kenaikan pangkat. Ketika itu, ada ura-ura bahawa
PTU pada masa itu mahu melantik Kol Soon LC menjadi APTU Materiel. Almarhum
menemui PTU dan juga PAT pada masa itu, jika bukan Kol Mior Azam atau Kol Mohd
Idris yang mengambil alih tempat beliau, beliau akan menarik semula permohonan
persaraan awalnya.
Pada waktu itu, saya hanya berpangkat Mejar, kurang
mengerti maksud yang tersirat kenapa almarhum mengambil keputusan itu. Setelah
mencapai ke tahap sekarang baru saya memahami betapa luhur dan mulianya hati
almarhum. Almarhum tidak tamak atau gila jawatan dan kuasa. Walaupun baru 2
tahun menyandang pangkat Brig Jen dan memegang jawatan APTU Materiel, satu
jawatan tertinggi dalam Materiel pada masa itu) almarhum dengan hati terbuka
mahu membuka jalan kepada pegawai bawahannya untuk sama merasai nikmat Allah.
Berbeza dengan sebahagian pegawai-pegawai kanan sekarang
yang terlalu sayangkan jawatan dan kuasa, bertapak bertahun-bertahun, enggan
memberi laluan kepada orang lain. Malah ada yang merasa dirinya amat penting
sehingga minta (merayu-rayu) untuk menambah tempoh perkhidmatan melebihi usia
persaraan, seolah-olah orang lain tidak ada kemampuan menjalankan tugas yang
dibuatnya.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau berpeluang
menghadiri pelbagai kursus ikhtisas, staf dan pengurusan seperti di dalam dan
luar negara seperti Fund Regiment Course (1966), Weapon and Space Orientation,
Squadron Officer Course dan Special Air Operations Course, di USA (1971), Kursus
Staf di Sekolah Staf dan Komando Angkatan Udara (SESKO-AU) Bandung, Indonesia
(1975). Beliau juga berpeluang mengikuti
kursus Diploma in Management Studies selama setahun di University of Manchester
Institute of Technology and Science (UMIST), United Kindom (1977), mengikuti
kursus staf tinggi di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 1982
dan Air War College, Alabama, USA pada tahun 1988. Dalam sejarah TUDM, almarhum
merupakan satu-satunya Pegawai Logistik (Materiel) yang pernah diberi penghormatan
mengikuti kursus di US Air War College ini.
Di atas kecemerlangan dan sumbangan bakti almarhum kepada
negara, almarhum telah dikurnikan beberapa bintang dan pingat kebesaran
seperti, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Johan Mangku Negara (JMN), Setia
Mahkota Johor (SMJ), Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Pingat Ibrahim Sultan
(PIS).
Hubungan Saya dan Almarhum
Saya pertama kali berkhidmat dengan almarhum ialah pada
tahun 1993 apabila bertukar sebagai PS2 SISMAT C (Sumber Manusia) sebaik sahaja
TUDM melaksanakan reorganisasi secara besar-besaran. Beliau juga yang
menyempurnakan kenaikan pangkat saya ke Mejar TUDM. Saya berpeluang dapat
selalu berbincang secara empat mata dengan beliau berkaitan dengan perancangan
pegawai-pegawai Materiel. Beliau tidak banyak kerenah tetapi tegas dalam
membuat keputusan. Peluang inilah yang
membolehkan saya menerima banyak nasihat secara terus dari almarhum.
Pada tahun 1993 , almarhum pernah menawarkan kepada saya
tugas sebagai Pegawai Logistik dalam Tim Projek Perolehan Pesawat MiG29 di
Moscow. Bagaimanapun dengan penuh tertib saya tolak kerana saya lebih berminat
untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Pada masa itu, saya amat berkeinginan untuk
menyambung pengajian ke peringkat ijazah di ITM. Beliau merestui penolakan saya
dan meminta saya mencadangkan nama untuk menggantikan saya. Saya mencadangkan
nama Mej Zainudin bin Sahak (beliau bersara dalam pangkat Lt Kol TUDM).
Lebih kurang pada tahun 1997, ADA di London, Mej Mohd
Ariffin bin Musa TUDM telah hampir menamatkan tempoh khidmatnya di sana. Calon
utama pengganti ialah Mej Mohd Zahari bin Jamaludin TUDM. Zahari juga salah seorang calon untuk kenaikan
pangkat Lt Kol. Apabila Bahagian Anggota meminta calon stand-by sekiranya
Zahari tidak jadi pergi, almarhum memberikan nama saya sebagai calon simpanan
untuk menjadi Penolong Penasihat Pertahanan di United Kingdom. Bagaimanapun
Zahari telah pergi ke London.
Kelangsungan dari hubungan baik di pejabat, almarhum amat
mempercayai saya dan menganggap saya seperti anaknya. Malah semasa menguruskan
perkahwinan anak sulungnya (Adham Qalid) saya diberi kepercayaan menguruskan
kewangan. Puluh ribu juga jumlah wang yang aku kendalikan kerana menyelesaikan
pembayaran bil-bil perkhidmatan seperti sewa pinggan mangkok, kompang, silat
dan pelbagai lagi perbelanjaan kecuali masakan. Cuma sikap aku yang tidak
pandai mengambil peluang dari kebaikan hati almarhum. Selain dari itu, aku juga
tak pandai (malu) membawa keluarga mengunjungi rumahnya supaya lebih rapat
dengan keluarga almarhum walaupun beliau berulang kali menyuruh aku mebawa
isteri dan anak-anak bertandang ke rumah. Pada masa itu, aku ada dengar juga terdapat
pegawai yang amat perihatin, membawa isteri dan membawa hadiah ke rumah
pegawai-pegawai kanan. Aku tidak mempunyai keistimewaan itu.
Dalam salah majlis yang diadakan di rumah almarhum,
almarhum ada bertanya kepada saya,
"Bila nak start main golf ni?" Saya diam. Dia
tanya lagi,
"Kamu ada golf set tak?" Saya jawab tak ada.
Lalu beliau masuk ke bilik setor rumahnya dan mengambil
satu golf set lama.
"Nah, ambik ni, pergi belajar main golf".
Pastinya, dengan harapan aku akan memulakan permainan selepas itu.
Beberapa bulan selepas itu, dia tanya lagi.
"Dah main golf?"
Dengan senyuman yang tak ada makna, aku jawab,
"Belum Tuan".
Lepas itu adalah 3 atau 4 kali, apabila bertemu dengan
almarhum, soalan yang sama ditanya dan jawapan dari aku juga adalah sama.
Sehinggalah beliau dia bersara, aku belum juga mula main. Dan nampaknya
almarhum memang kempunan mahu melihat aku main golf sehingga beliau bersara
pada tahun 1996 dan hinggalah beliau pulang ke rahmatullah. Sememangnya
sehingga saat ini setelah lebih 10 tahun almarhum meninggalkan dunia yang fana
ini, saya masih belum mahu bermain golf.
Semasa dalam perkhidmatan, almarhum sangat aktif dalam
pengurusan sukan ragbi dan pernah menjadi Presiden Persatuan Ragbi ATM dan Naib
Presiden Kesatuan Ragbi Kebangsaan. Oleh kerana pasukan ragbi ATM merupakan
jaguh ragbi negara, almarhum rapat dengan Panglima-panglima ATM.
Brigedier Jeneral Abdul Rahman Rais meninggal dunia pada 18
Sep 2006 setelah mengalami penyakit ketumbuhan di otak untuk beberapa tahun.
Sebelum itu, almarhum juga pernah menjalani pembedahan di kepala. Selepas
menjalani pembedahan, keadaan fizikalnya agak lemah dan memerlukan bantuan
untuk bergerak. Biarpun dalam keadaan begitu, apabila ada majlis rasmi seperti
tahlil hari TUDM, almarhum tetap menghadirkan diri. Almarhum meninggalkan kita
pada usia 63 tahun, seusia dengan kewafatan Rasulullah (saw).
Almarhum meninggalkan seorang balu, Puan Hajjah Noraini
Mohd Yunus (mesra dengan panggilan Kak Ani) dan mempunyai 3 orang anak lelaki; anak sulung almarhum,
Adham Qalid (bekas juruterbang pesawat Angkut TUDM dan berhenti dalam pangkat
Mejar TUDM), anak keduanya Amer Mahmud (seorang juruterbang jet pejuang TUDM,
masih berkhidmat dan sekarang berpangkat Kolonel TUDM) manakala anak bungsunya
Arief Zaharin menyertai bidang perniagaan. Ini menunjukkan darah satria yang
mengalir dalam tubuh almarhum turut diwarisi oleh anak-anak almarhum. Keluarga
almarhum tinggal menetap di Taman Melawati.
Puan Norani (Kak Ani) yang saya kenali adalah seorang
wanita yang memiliki keperibadian serta sifat keibuan yang tinggi. Penyayang,
sentiasa senyum, percakapannya lemah lembut dan mudah mesra. Tidak langsung
memiliki sifat ego sebagai isteri seorang Jeneral. Penampilannya dalam
majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi juga amat sederhana.
Semoga Allah swt mengampuni dosa almarhum dan dihimpunkan
di kalangan roh para salihin dan aminin.
Dalam salah satu perbualan dengan sahabat-sahabat almarhum,
mereka menceritakan bahawa almarhum
seorang yang berpekerti mulia, amat pemurah dan amat sayangkan
saudara-maranya. Almarhum sentiasa membantu saudara-mara yang susah di kampung
dari segi kewangan terutama untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka. Itulah
antara sifat mulia yang dimiliki oleh almarhum.
Sebelum sukan golf menjadi popular di kalangan
pegawai-pegawai ATM, almarhum mempunyai kegemaran memancing. Almarhum pernah
bercerita mengenai kegilaannya memancing. Pantang ada orang beritahu lokasi
memancing yang baik, almarhum akan pergi atau cari. Biasanya kegiatan memancing
akan bermula selepas jam 10 malam sehingga pagi. Malah, almarhum pernah
bercerita, sanggup membawa Kak Ani yang masih dalam pantang untuk pergi
memancing. Membawa khemah dan bahan makanan, memasang unggun api (berkelah)
demi untuk memenuhi hobi tersebut.
Salah seorang dari adik almarhum, juga menceburkan diri
dalam bidang ketenteraan. Namanya Mohd Johari (Joe). Mohd Johari ditauliahkan
dalam Kor Kelengkapan (Kor Ordnans Diraja) Tentera Darat Malaysia dalam tahun
1975. Semasa berpangkat Kapten (lebih kurang tahun 1980) Joe telah bertukar ke
perkhidmatan TUDM, dalam Cawang Logistik. Mungkin pertukaran ini dengan bantuan
almarhum juga.
Dalam tahun 1981, Kapt Joe mengikuti Kursus Asas Pegawai Bekalan di Institut
Teknologi Udara (ITU), TUDM Kinrara. Apabila aku gagal dalam latihan
penerbangan di TUDM Kluang lebih kurang bulan Jun 1981, aku ditumpangkan ke
Cawang Logistik dan pada bulan Sep 1981 aku mengikuti Fasa Pergerakan Udara
(lebih kurang sebulan setengah). Fasa tersebut merupakan salah satu fasa dari keseluruhan
Kursus Asas Pegawai Bekalan yang mengambil masa 9 bulan. Setelah tamat fasa
tersebut aku bersama 5 lagi pegawai tumpangan dikeluarkan semula dari kursus
tersebut untuk bertugas di unit-unit
TUDM yang mempunyai Cawang Pergerakan Udara. Aku ditukarkan ke TUDM Kuching
pada bulan Okt 1981.
Pada awal tahun 1982, Kapt Joe telah ditukarkan ke TUDM
Kuching untuk mengambil-alih jawatan Ketua Cawang Logistik (KCL). Jadi kami
bertemu semula di sana dan aku berkhidmat di bawah perintah beliau. Beliau
dinaikkan ke pangkat Mejar (Udara) dalam tahun tersebut. Semasa aku bertukar
keluar dari TUDM Kuching pada bulan Apr 1983, beliau masih lagi di sana.
Joe bersara dari TUDM dalam tahun ....... dalam pangkat Lt
Kol TUDM. Jawatan terakhir Lt Kol Hj Mohd Johari bin Mohd Rais TUDM ialah
Pengarah Jabatanarah Udara 4 di Bahagian Operasi, Markas TUDM.
Datukship
Almarhum merupakan satu-satunya pegawai TUDM berpangkat
Brig Jen yang tidak menerima gelaran Dato'. Mungkin perkhidmatannya sebagai
Brig Jen agak singkat, menyebabkan beliau tidak sempat menerima anugerah. Atau
kerana almarhum adalah anak kelahiran Johor, negeri yang Sultannya amat sukar
mengurniakan anugerah Dato'.
Ramai Jeneral-Jeneral TUDM yang bersara sebelum menerima
gelaran Dato' tetapi beberapa tahun selepas persaraan mereka menerima gelaran
itu seperti Brig Jen Parameswaran TUDM, Brig Jen Abdullah Omar TUDM, Brig Jen
Mohd Tahir TUDM, Brig Jen Abu Hasan Ali TUDM, Brig Jen Anim Harun dan dan Brig
Jen Soon Lian Cheng TUDM.
Almarhum secara sukarela bersara dari TUDM sebelum mencapai
usia persaraan wajib. Almarhum tidak menunggu mendapat gelaran Dato' sebelum
bersara (almarhum boleh berbuat demikian jika mahu). Ini bermakna almarhum
bukanlah seorang yang gilakan darjat dan title.
Mengenangkan jasa dan bakti almarhum kepada negara, ATM
khasnya, adalah wajar kepimpinan TUDM membawa mengadap kepada KDYMM Sultan
Pahang, selaku Kolonel YDP TUDM untuk mencadangkan supaya almarum dianugerahi
dengan gelaran Dato' (secara posthumous).
Cerita-cerita Lain
Kesah diceritakan oleh Mej Dato' Hj Ramli bin Jonid
(Bersara). One fine day arwah Jen Rahman and arwah Tan Sri Mat Ngah (Lt Jen Tan
Sri Mohamed bin Ngah Said) were invited to play golf by one ex RMAF Colonel, a good friend to arwah TS
Mat Ngah (I presumed). So, both of them
invited me to play with them.. Bila
sampai Kajang Hill, this retired Colonel brought a friend of him. Now become
five. Extra one for one flight.
And, suddenly, this ex Colonel asked me to leave the place
(since i was not invited by him). I was surprised when Gen rahman said to that
ex Colonel, "If Ramjo (referred to Dato Ramli) cannot play, we (refer to
him dan Tan Sri) will not be playing
either".
.
gambar-gambar almarhum dan keluarga adalah ehsan dari anak almarhum, Kol Amer Mahmud dan Aref Zaharin
Amer Mahmud salah satu dari 2 putera almarhum yang meneruskan legasi darah perwira ayahandanya. Abangnya, Adham Qalid, juga bekas juruterbang TUDM telah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar. Amer dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 17 Mac 2017 dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM pada bulan 20 Sep 2018.
menemui bondanya Puan Hajjah Noraini pada hari dinaikkan ke pangkat Jeneral satu bintang.