HIKAYAT
KESULTANAN
TUMANG
BERAWAN
Tersebutlah satu alkesah Hikayat Kerajaan Empayar Kasa
Wariya yang mempunyai beberapa negeri jajahan takluknya yang setiap
satunya diperintah oleh seorang Sultan.
Antara jajahan takluk Empayar Kasa Wariya ialah empat Kerajaan yang utama iaitu
Kerajaan Pari, Kerajaan Donan, Kerajaan Kencana, Kerajaan Maya, Kerajaan Puspa,
Kerajaan Jati, Kerajaan Tumang dan Kerajaan Gasing.
Sejak turun temurun Empayar Angkasa Raya ini diwujudkan, Maharaja Agong Empayar ini
dilantik dari kalangan waris Kerajaan Donan dan Pari. Maharaja Empayar ini
digelar Maharaja Dewa Wangsa.
Antara Kerajaan di bawah naungan Empayar Kasa Wariya ini,
Kesultanan Tumang merupakan Kesultanan yang paling banyak menghadapi krisis
kepimpinan. Kerajaan Tumang bermula dengan Kerajaan Kecil semasa zaman
penjajahan Koloni Anglo Putih yang diketuai oleh Gabenor dari kalangan bangsa
Anglo sehingga jawatan Gabenor Tumang ini diambil alih oleh anak tempatan pada
dekad ke M19 D7.3. Bagaimanapun Gabenor bangsa tempatan ini telah dipecat
kerana konspirasi yang diketuai oleh Putera Mahkota Sari Mataya, Empayar Kasa
Wariya. Lalu Gabenor ini dipenjarakan selama 7 tahun.
SULTAN TUMANG I
Gabenor Tumang yang baru dilantik pada dekad M19D7.8 dan
setahun kemudian, dalam dekad M19D7.9 taraf Gabenor Tumang dinaikkan menjadi
Sultan Tumang. Maka Gabenor Tumang II dinaikkan pangkat serta diisytiharkan
menjadi Sultan Ratahira Tumang I.
Pewaris tahta Kesultanan Tumang yang digelar Orang Besar
Kanan (OBK) tidak menentu jumlahnya. Jumlah OBK ini tidak menentu, dalam suatu
masa kadang dua, kadang tiga dan kadang empat. Selalunya tiga atau empat.
Semasa pemerintahan Sultan Ratahira Tumang I, baginda mempunyai dua orang OBK
sahaja iaitu:
OBK Litekuiya -
beliau merupakan OBK yang paling senior dan dilantik menjadi Raja Muda.
OBK Anirona - menjadi Orang Besar dalam Kerajaan Bandar
Sita Tapau Berasap.
SULTAN TUMANG II
Sultan Ratahira Tumang I telah berkhidmat sehingga usia
baginda 55 tahun iaitu tarikh persaraan wajib dalam Undang-Undang Perlembagaan
Empayar Kasa Wariya. (Paduka Seri Sultan Tumang II mangkat pada dekad M20D0.2
dan digelar Marhum Tumang II). Pada dekad M19D8.4 apabila Sultan Ratahira
Tumang I mengosongkan tahtanya, Putera Anirona telah telah diangkat menaiki
tahta Kerajaan Tumang tanpa melalui jawatan Raja Muda Tumang. Baginda bergelar
Sultan Anirona Tumang II. Sultan Anirona
Tumang II menaiki tahta dalam usia iaitu 40 tahun, merupakan Sultan termuda
dari kalangan kesultanan di bawah Empayar Kasa Wariya. Semasa pemerintahan
baginda, Putera Litekuiya telah bersara dari perkhidmatan dan dua OBK baru
telah dilantik iaitu:
OBK Araraisa - menyandang jawatan Raja Muda
OBK Rirobilasa - menyandang jawatan Orang Besar Istana di
Empayar Dewa Wangsa.
Politik hasad dengki dan menikam dari belakang adalah satu penyakit dalam hikayat kesultanan Melayu lama turut berlaku juga dalam Kesultanan Tumang.
Pemerintahan Sultan Anirona Tumang II tidak panjang.
Pada dekad ke 19.89, baginda telah diturunkan tahta angkara fitnah dari
Orang-orang Besar Empayar yang mewarisi sifat hasad dengki dari Pateh Kerma
Wijaya di zaman Sultan Mansor Shah Melaka dahulu. Bagaimanapun setelah
menjalani tempoh perbicaraan yang panjang, baginda Sultan Anirona Tumang II
didapati tidak bersalah. Namun, baginda tetap kehilangan tahta untuk
selama-lamanya.
SULTAN TUMANG III
Akibat dari angkara itu, Empayar Kasa Wariya telah
menggantung waris Paduka Sultan Tumang (dari kalangan OBK) dari menaiki tahta
Kesultanan Tumang. Sultan Jajiwa Laka Samana (dari kerabat Kerajaan Donan Pari)
dinaikkan ke tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Paduka Sultan Jajiwa Laka
Samana Tumang III. Baginda memerintah selama kurang dari dua purnama.
SULTAN TUMANG IV
Tahta Tumang kemudiannya dipangku oleh Sultan Wanjidama
Wanlah (Sultan Kerajaan Jati Jadara) dan baginda memangku tahta Kerajaan Tumang
selama beberapa bulan sahaja.
Putera Araraisa dikekalkan sebagai Raja Muda Tumang,
manakala OBK Rirobilasa dilantik menjadi Orang Besar Jajahan Tumang iaitu
Negeri Pura Mentari Utara.
SULTAN TUMANG V
Dalam dekad ke M19D9.2, apabila politik dalam Kerajaan
Tumang telah kembali stabil, maka Empayar Angkasa Raya telah mengambil
keputusan supaya tahta Kerajaan Tumang dikembalikan kepada waris Kesultanan
Tumang.
Maka, salah seorang pewaris Kesultanan Tumang iaitu OBK
Rirobilasa telah dilantik menjadi Sultan Rirobilasa Tumang V. Baginda
memerintah selama dua tahun sebelum ditukarkan untuk memerintah sebuah Kerajaan
yang baru ditubuhkan iaitu Kesultanan Maya Ditiga bergelar Sultan Rirobilas
Ditiga Maya I. Sultan Rirobilasa Ditiga Maya I hanya memerintah Kerajaan Dewa
Maya selama setahun sahaja sebelum dengan sukarela mengosongkan tahta untuk
menyertai bidang persaudagaran. OBK Araraisa telah dilantik memangku jawatan
Sultan Tumang.
Semasa baginda mengosongkan tahta, baginda mempunyai tiga
OBK iaitu:
OBK Haidoyusa dilantik memegang jawatan Raja Muda Tumang;
OBK Ismoha yang dihantar ke luar negara sebaga Waliwakil
Maharaja Dewa Wangsa di negara Stalina Ruskiya.(baginda mangkat semasa masih
menyandang jawatan tersebut)
OBK Awala yang diberikan jawatan Timbalan Raja Muda Tumang
(kemudiannya bersara dalam jawatan berkenaan)
SULTAN TUMANG VI
Pada M19D94 OBK Araraisa yang memangku jawatan Sultan
Tumang telah disahkan menaiki tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Paduka
Sultan Araraisa Tumang VI. Baginda memerintah Kerajaan Tumang dari dekad
M19D9.4 hingga M19D9.6 sebelum dengan rela hati bersara dan mengosongkan tahta
untuk memberi peluang kepada pewarisnya menaiki tahta. Begitulah mulianya hati
baginda Sultan Araraisa yang tidak tamak kuasa untuk memegang tampuk
pemerintahan sehingga ke usia wajib bersara. Waris Kerajaan Tumang pada masa
itu ialah:
OBK Haidoyusa yang memegang jawatan Raja Muda Tumang telah
dipinggirkan dan ditukarkan menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Maya sebelum
mengambil keputusan untuk bersara.
OBK Azamiora dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Belantara Lintang Patah.
OBK Idirasam dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Pari Opera.
OBK Alionosa yang baru dinaikkan ke pangkat OBK telah
dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Ditiga Maya menggantikan OBK
Haidoyusa.
Jawatan Raja Muda Tumang dipangku oleh Orang Besar Kamarada
Kazamana.
SULTAN TUMANG VII
Seelum mengundur diri dari tahta, Paduka Sultan Araraisa
Tumang VI telah memilih OBK Idirasam telah diangkat menjadi Sultan dengan
gelaran Paduka Sultan Idirasam Tumang VII. Baginda yang berhemah dan memiliki
sifat kebapaan ini memerintah sehingga dekad M20D0.0. Dalam masa pemerintahan
baginda, umur persaraan telah dinaikkan dari 55 kepada 56 tahun. Semasa pemerintahan
baginda, senarai senarai pewaris Kesultanan Tumang adalah:
OBK Azamiora yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Belantara Lintang Patah dan kemudiannya dirajakan di Kerajaan yang sama dengan
gelaran Sultan Azamiora Shah. Sultan Azamiora Shah memerintah Kerajaan
Belantara Lintang Patah beberapa purnama sahaja
sebelum bersara.
OBK Alionosa dikekalkan sebagai Orang Besar Kesultanan
Ditiga Maya.
OBK Majiosma yang baru dinaikkan pangkat dilantik menjadi
Raja Muda Tumang dan kemudian ditukarkan menjadi Orang Besar Kanan Kesultanan
Maya sebelum diangkat menjadi Sultan Ditiga Maya IV.
OBK Fajiamata pula dilantik menjadi Orang Besar di Kerajaan
Belantara Lintang Patah bagi menggantikan OBK Azamiora yang dirajakan di sana.
Jawatan Raja Muda Tumang kekal dipangku oleh OB Kamarada
Kazamana.
SULTAN TUMANG VIII
Dengan persaraan Sultan Idirasam Tumang VII, Putera
Alionosa telah diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Paduka Sultan Alionasa
Tumang VIII. Baginda memerintah Kerajaan Tumang sehingga dekad M20D0.3 kerana
telah dititahkan oleh Majlis Tertinggi Maharaja-Maharaja Empayar (MTME) untuk
menjadi Sultan di Kerajaan Belantara Lintang Patah dalam Empayar Lobak Atam
menggantikan Sultan Azamiora Shah yang bersara di sana. Baginda memerintah
Kerajaan Belantara Lintang Patah selama 3 tahun dan dinaikkan pangkat lagi menjadi
Paduka Seri Sultan Kerajaan BLP. Baginda merupakan kerabat Tumang yang pertama
dalam sejarah Kerajaan Angkasa Raya mendapat pangkat tersebut.
SULTAN TUMANG IX
Dengan perpindahan Paduka Sultan Alionosa Tumang VII ke
negara Belantara Lintang Patah, OBK Majiosma yang sebelum ini adalah Sultan
Ditiga Maya telah diangkat menjadi Sultan Tumang dengan gelaran Paduka Sultan
Majiosma Tumang IX. OBK semasa pemerintahan Sultan Majiosma Tumang IX ialah:
OBK Fajiamata yang kekal dalam jawatan menjadi Orang Besar
Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah yang kemudiannya bersara dan
digantikan oleh OBK Kasirosa.
OBK Rima Hashi yang
baru dinaikkan pangkat OBK dan dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
OBK Shazandra juga baru dinaikkan pangkat OBK dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan
Kerajaan Ditiga Maya menggantikan tempat Sultan Majiosma.
OBK Iszakaya juga baru dinaikkan pangkat OBK dan menjadi
Orang Besar Kanan Jajahan Tekna Makama.
SULTAN TUMANG X
Sultan Majiosma Tumang IX memerintah dalam tempoh yang
singkat, iaitu 6 purnama sahaja. Baginda dengan rela hati turun dari tahta
untuk menyerati bidang persaudagaran dan memberikan peluang kepada Raja Muda,
OBK Rima Hashi menaiki tahta dengan gelaran Paduka Sultan Mira Hashi Tumang X
yang memerintah mulai dekad M20D0.4. Semasa baginda memerintah senarai OBK di
bawah pemerintahan baginda ialah:
OBK Shazandra yang dilantik menjadi Raja Muda Tumang
kemudiannya kembali menjadi Orang Besar Kanan Kesultanan Maya.
OBK Kasirosa dilantik menjadi Orang Besar Kanan Jajahan Tekna
Makalama.
OBK Iszakaya Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara
Lintang Patah telah dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
OBK Kamodina dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Maya dan kemudian dilantik menjadi Waliwakil di Kerajaan Stalina Ruskina.
Pada penghujung dekad M20D06, Maharaja Dewa Wangsa XIV
telah menubuhkan satu Tribunal Penyiasatan ke atas pengurusan perbendaharaan
Kerajaan Dewa Maya. Pemerintah Kerajaan Maya masa itu adalah Sultan Hadat
Katabat dari keturunan Kesultanan Donan dan Pari. Hasil dari penyiasatan
tersebut, Sultan Hadat Katabat telah diturunkan tahta dan dilucutkan kerakyatan
baginda.
SULTAN TUMANG XI
Maharaja Dewa Wangsa mempunyai prasangka bahawa Sultan Rima
Hashi Tumang X hubungan baik dengan mantan Sultan Hadat Katabat. Namun
penyiasatan oleh Temenggung Wangsa Negara gagal menemui bukti. Bagaimanapun
Maharaja Dewa Wangsa XIV tetap menyimpan murka lalu memindahkan Paduka Sultan
Tumang X untuk merajai Kesultanan Titi Lalat dengan gelaran Sultan Rima Hashi
Titi Lalat. Baginda kemudiannya dipindahkan ke Kerajaan Alaka Unipa Nagara
sebelum dipindahkan pula ke Kerajaan Kesultanan Japat dalam Empayar Mentari
Antah Berantah sehingga bersara pada M20D16.
Sekali lagi dalam sejarah getir Kesultanan Tumang berulang,
tampok pemerintahan diambil-alih oleh waris Kesultanan lain.
SULTAN TUMANG XII
Sekali lagi kerabat Kesultanan Donan Pari yang bernama
Putera Rosa Sakda Gelaba Puyuh telah dilantik menaiki tahta Kerajaan Tumang
dengan gelaran Sultan Rosa Sakda Gelaba Puyuh Tumang XII. Inilah kali ketiga
tahta Kesultanan Tumang disandang oleh waris Kerajaan asing. Bagaimanapun
Sultan Tumang X memerintah dalam masa yang singkat kerana telah dinaikkan
pangkat dilantik menjadi Sultan di Kerajaan Mentari Antah Berantah. Semasa
pemerintahan Sultan Tumang X, senarai OBK adalah seperti berikut:
OBK Kasirosa dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
OBK Shazandra yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Maya.
OBK Iszakaya kekal menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Belantara Lintang Patah
OBK Kammoda yang dipanggil pulang dari tugas Duta Besar dan
dilantik menjadi Wazir Dengan Tugas-tugas Khas sebelum dilantik menjadi Orang Besar
Kanan di Kerajaan Komkasia sehingga bersara.
SULTAN TUMANG XIII
Kekosongan tahta Kerajaan Tumang telah diisi oleh OBK
Kasirosa, iaitu salah seorang OBK Kesultanan Tumang yang telah lama di
ketepikan oleh Kerabat Tumang. Sejak beberapa Sultan Tumang yang terdahulu
tidak berkenan dengan prestasi OBK ini. Namun baginda tidak pernah jemu
berusaha menggunakan pelbagai muslihat peperangan saraf untuk mempengaruhi
Maharaja Dewa Wangsa.
Setelah dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Belantara Lintang Patah baginda Sultan Alionasa BL Patah mahu menurunkan darjat
OBK Kasirosa tetapi tidak berjaya kerana OBK Kasirosa bijak mengatur strategi
sehingga berpeluang kekal menjadi Orang Besar Kanan Kerajaan BL Patah. Baginda
yang lama di luar Kerajaan telah berjaya memenangi hati Baginda Maharaja Dewa
Wangsa mengejar impiannya menjadi Raja Muda Tumang selama 6 purnama dan
seterusnya diangkat menaiki tahta dengan gelaran Paduka Sultan Kasirosa Tumang
XIII.
Paduka Sultan Kasirosa Tumang XIII yang terlalu gumbira
dengan pengangkatan dirinya menjadi Sultan telah agak terlalai dipengaruhi
penghormatan dan kemewahan. Baginda telah mula menyalahgunakan kuasanya dengan
mengarahkan Orang Kaya -kaya di Jajahan untuk melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya. Baginda juga telah membuat keputusan mengejut dengan
menukarkan Permaisurinya.
Bagaimanapun baginda telah mempunyai keinginan yang tinggi
tidak dapat mempengaruhi Maharaja Dewa Wangsa untuk menyambung tempoh pemerintahannya.
Perkhidmatan Sultan Tumang Kasirosa XIII telah ditamatkan pada dekad M20D06.
Baginda hanya memerintah selama lebih kurang 6 purnama sahaja. Semasa
pemerintahan baginda terdapat hanya tiga OBK yang masih berkhidmat:
OBK Shazandra yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Maya.
OBK Iszakaya yang dilantik menjadi Raja Muda Tumang
sehingga bersara.
OBK Kammoda yang dipanggil pulang dari tugas Waliwakil dan
dilantik menjadi Menteri Dengan Tugas-tugas Khas sebelum dilantik menjadi Orang
Besar Kanan di Kerajaan Komkasia sehingga bersara.
SULTAN TUMANG XIV
Pengganti Paduka Sultan Kasirosa Tumang XIII ialah OBK Sha
Zandra dan mendapat gelaran Paduka Sultan Shazandra Tumang XIV.
Semasa pemerintahan Sultan Sha Zandra Tumang XIV terdapat
tiga pewaris Kerajaan Tumang iaitu:
OBK Iszakaya yang kekal menjadi Raja Muda Tumang sehingga
bersara pada M20D14.
OBK Kammoda yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan
Komkasia.
OBK Rastorada yang baru dilantik menjadi OBK di Kerajaan
Maya.
Dua OBK pewarisnya (iaitu OBK Iszakaya dan OBK Kammoda)
yang berusia lebih tua dari baginda telah bersara dari jawatan OBK mendahului
baginda Sultan. Maka baginda memerintah dengan pewaris-pewaris yang masih baru
dalam jawatannya. Akan baginda Paduka Sultan Shazandra Tumang XIV merupakan
Sultan yang paling lama memerintah Kesultanan Tumang dalam sejarah Kesultanan
Tumang ini. Baginda dinaikkan pangkat menjadi Paduka Seri Sultan pada M20D12.
Alkesah maka telah sampai masa yang ditetapkan. Pada dekad
M20D15P08, setelah tujuh tahun berada di atas tahta Kesultanan Tumang maka
tibalah masanya untuk Paduka Seri Sultan Sha Zandra Tumang XIV untuk mengundur
diri bagi mengosongkan tahta untuk diisi oleh pewarisnya.
Zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Tumang Sha Zandra XIV
diisi dengan pelbagai cerita di pelbagai peringkat tentang sikap dan kelakuan
Raja Permaisurinya yang terlebih kuah. Baginda Permaisuri mengidap penyakit
GIPANG-GIPRO, iaitu singkatan kepada Penyakit GilaPangkatGilaProtokol. Malah
ada ketika apabila penyakit ini menyerang, ia menjadi bahan ketawa di kalangan
Pembesar Tumang dan isteri-isteri pembesar. Malah kesah penyakit Raja
Permaisuri ini telah menjadi perbualan di kalangan rakyat jelata di seluruh
Empayar Dewa Wangsa.
Sebelum tarikh tahta Kerajaan Tumang dikosongkan, terdapat
empat pewaris Sultan yang layak untuk dilantik menjadi Sultan. Berikut adalah
senarai OBK yang disusun mengikut kekananan tahun dilantik menjadi OBK, iaitu:
OBK Rastorada yang diangkat menjadi ahli OBK pada tanggal
M20D09P06. Semasa Paduka Seri Sultan Tumang XIV naik tahta, OBK Rastorada telah
dinaikkan ke pangkat OBK dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan Kerajaan Maya
dan kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Tumang pada M20D14P08. Tetapi 5
bulan sebelum Paduka Seri bersara dari tahta, OBK Rastorada telah ditukarkan
menjadi OBK di Kerajaan Komkasia menggantikan OBK Kammoda yang bersara.
OBKS Adhyonaza - Beliau merupakan rakan sepersilatan dengan
OBK Rastorada. Beliau merupakan satu-satunya OBK dari kalangan Serikandi yang
berjaya mencapai jawatan OBK dalam sejarah Kerajaan Tumang. Beliau telah
dilantik menjadi OBK pada tanggal M20D11 dan dilantik memegang jawatan Orang
Besar Bendahari Tumang. Kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Tumang
menggantikan OBK Rastorada.
OBK Yunjukiyo - Beliau
dilantik menjadi OBK pada M20D14P01 untuk memegang jawatan Orang Besar
Kanan Kerajaan Donan Pari Utama dan kemudiannya mengambil alih jawatan OBK
Kerajaan Maya dari OBK Rastorada.
OBK Rodaghana - Beliau dilantik menjadi OBK pada M20D14P05
untuk melaksanakan tugas di luar negara selama satu purnama dan sepulangnya
dilantik memegang jawatan Orang Besar Bendahari Tumang.
Tidak termaktub dalam mana-mana bahagian atau seksyen dalam
Undang-Undang Tubuh Kesultanan Tumang atau Empayar Kasa Wariya bahawa OBK yang
paling kanan mesti menjadi Paduka Sultan. Pemilihan muktamad adalah dalam
bidang kuasa MTME setelah ditentukan oleh Allah swt sejak azali.
Sebelum mengakhiri tempoh pemerintahannya, Paduka Seri
Sultan Sha Zandra Tumang XIII telah merangka rangkaian penggantian Sultan
sehingga tiga generasi bagi mengenepikan peluang OBK Rastorada untuk menjadi
Sultan. Baginda melihat OBK Rastorada sebagai pewaris yang tidak boleh diharap
untuk menjaga imej Kerajaan Tumang kerana tidak pandai menutup salah laku
Orang-Orang Besar Tumang.
Baginda yang merupakan rakan seguru persilatan dengan
Maharaja Dewa Wangsa XVII berjaya mempengaruhi Maharaja yang mempunyai kuasa
mutlak melantik mana pemerintah/Sultan dalam Kerajaan di bawah naungan baginda.
Empayar Dewa Wangsa Kasa Wariya XVII juga ingin mencipta sejarahnya tersendiri
dengan meletakkan seorang Pewaris Serikandi untuk menaiki tahta Kesultanan
Tumang.
Baginda telah meletakkan Raja Muda (OBKS Adhyonaza) menjadi
bakal pengganti Sultan. Baginda meletakkan syarat supaya Raja Muda hanya
menjadi pemerintah Tumang ke XV selama 8 purnama sahaja. Ini membolehkan
Maharaja melantik calon pilihan Sultan Tumang XIV, iaitu OBK Yunjukiyo untuk
menaiki tahta sebagai Sultan Tumang XVI. Tujuannya ialah, jika Ratu Adhyonaza
Tumang tidak bersara sebelum M10D15P05 maka dikhuatiri Maharaja baru Empayar
Kasa Wariya yang akan menaiki tahta pada dekad M10D15P05 akan melantik OBK lain
menjadi Sultan Tumang XVI. Paduka Seri Sultan Sha Zandra Tumang XIV
berkeinginan sangat supaya OBK Yunjukiyo menjadi Sultan Tumang kerana dari
kalangan OBK yang ada OBK Yujukiyo mempunyai ilmu persilatan yang paling
tinggi, mempunyai keupayaan diplomasi yang terbaik.
Jika OBK Yunjukiyo menjadi Sultan Tumang, baginda bakal
mempunyai masa panjang untuk memimpin dan membuat perubahan dalam Kerajaan
Tumang. Walaupun semasa 7 tahun baginda memerintah sebelum ini, tiada apa-apa
perubahan yang dibawa untuk memperkasakan Kerajaan Tumang.
Dengan perancangan ini, maka semua pintu untuk OBK
Rastorada dan OBK Rodaghana menjadi
Sultan Tumang telah ditutup rapat. Ini kerana, OBK Yunjukiyo berusia jauh lebih
muda dari kedua-dua OBK tadi.
Bagaimanapun, semasa Paduka Seri Sultan Shazandra Tumang
XIV berusaha memujuk Raja Muda yang telah disahkan oleh MTME untuk
mengambil-alih jawatan Ratu Tumang supaya bersara lebih awal. Baginda Raja Muda
telah melontarkan soalan cepumas kepada baginda Sultan (Tumang XII) dengan
soalan berikut:
"Tuanku telah berpeluang memerintah selama 7 tahun
lebih, Tidakkah Tuanku pernah berfikir untuk bersara setahun lebih awal bagi
memberi peluang kepada salah seorang AKT yang ada untuk menjadi Sultan?, Kenapa
pula patik yang hanya memiliki baki setahun ini pula Tuanku minta supaya
menghadiahkan separuh tempoh pemerintahan saya kepada orang lain?"
Baginda Paduka Seri Sultan Shazandra Tumang XIV terkedu
kedan dan mati akal dengan soalan Raja Muda.
Bagaimanapun baginda tidak dapat berbuat apa-apa untuk
memaksa Raja Muda menerima syarat tersebut kerana masa teramat suntuk dan
perlantikan Sultan baru telah diperkenankan oleh MTME yang dturut dianggotai
oleh Maharaja Belantara Raya dan Maharaja Semudera Raya.
Raja Muda Adhyonaza bernasib baik kerana tiada perjanjian
rasmi dimeterai untuk menyekat beliau untuk meneruskan tempoh pemerintahan
sehingga usia persaraan.
Akan OBK Rastorada yang sejak beberapa tahun disebut-sebut
sebagai bakal mewarisi tahta oleh dua Maharaja Kasa Wariya sebelum ini terpaksa menerima perubahan mendadak yang
dilakukan oleh MTME. OBK Rastorada terpinggir atas alasan bahawa baginda
mempunyai masalah peribadi dan beberapa tindakan baginda dalam beberapa tahun
mutakhir ini amat tidak disenangi oleh baginda Paduka Seri Sultan Tumang.
OBK Rastorada juga hampir dijebakkan dalam tribunal yang
menyiasat tindakan salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang oleh salah
seorang Orang Besar Tumang iaitu OB Jona Apiaka di Jajahan Tramadua yang
melibatkan jutaan dinar. OBK Rastorada yang pada masa itu memegang jawatan
Orang Besar Kaskariya di Kerajaan Maya telah menemukan salah laku tersebut.
Namun atas cadangan Sultan Shazandra Tumang XII, Putera Rastorada dipersalahkan
dan perlu diambil tindakan perundangan. Namun kebjaksanaan Putera Rastorada
mengemukakan nota pembelaan menyebabkan Sultan Dewa Maya menangguhkan tindakan
sehinggalah bagnda bertukar menjadi Timbalan Maharaja Sari Dewa dan kemudiannya bersara.
Usaha Sultan Shazandra Tumang XII untuk mengenepikan Putera
Rastorada dari mewarisi Kesultanan Tumang tidak berhenti di situ, di saat akhir
pemerintahannya, Baginda telah sesekali mempengaruhi Maharaja Dewa Wangsa untuk
menjadikan Putera Rastorada sebagai kambing hitam dalam kes hutang Kerajaan dengan
beberapa syarikat tongkang dan ghaley yang melibatkan nilai berjuta dinar yang
dilakukan oleh Pembesar Lazindola di jajahan Tramawana. Apa yang dilakukan oleh
Pembesar Lazindola bukanlah satu jenayah perdagangan tetapi beliau melakukan
untuk kepentingan operasi asset Empayar, bagi memastikan geruda, helang dan
jentayu dapat terbang. Amalan beliau hanya mewarisi amalan pembesar terdahulu
tanpa niat melanggar dasar empayar. Oleh kerana pembesar tersebut telah
bersara, maka beliau terlepas dari apa
jua tindakan dan tanggungjawaban.
Dalam isu hutang tersebut Putera Rastorada telah membuat
pelbagai pembaharuan bagi menghentikan amalan salah dan memperkemaskan tatacara
pengurusan impot ekspot antarabangsa.
SULTAN TUMANG X
Maka pada dekad 20.15.08.20, dengan rasminya, Raja Muda
(Puteri Adhyonaza) dilantik menaiki tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Ratu
Adhyonaza Tumang XIII.
Setelah Ratu Adhyonaza Tumang XIII menaiki singgahsana
Kerajaan Tumang, maka kedudukan pewaris Kesultanan Tumang adalah seperti
berikut:
Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam
jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Yunjukiyo kekal menjadi Orang Besar Kaskarya di
Kerajaan Dewa Maya.
Putera Roghandi telah dipindahkan dari jawatan Bendahari
Kerajaan Tumang untuk menjadi Raja Muda Tumang.
Putera Zalamana dilantik menjadi AKT yang baru dan
diamanahkan untuk menyandang jawatan Bendahari Kerajaan Tumang.
Putera Mandurima yang dilantik sebagai AKT yang terbaru
untuk memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.
Putera Yunjukiyo merupakan seorang putera yang bijak
bestari. Selain dari mempunyai pelbagai ilmu persilatan kelas yang tinggi dari
pelbagai gelanggang perguruan, beliau juga amat bijak dalam ilmu politik dan
strategi. Walaupun baru dua purnama dilantik menjadi AKT telah berjaya menambat
hati baginda Empayar Dewa Wangsa Kasa Wariya XVII. Beliau menjadi AKT yang
akrab dengan Baginda Dewa dan baginda kerap meminta nasihat dari beliau tentang
isu semasa. Oleh kerana baginda Dewa akan tamat tempoh pemerintahan dalam
beberapa purnama lagi, baginda telah menaikkan pangkat Putera Yunjukio dari AKT
kepada Paduka Mahkota dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Dewa
Maya.
Akan, heirarki kekananan AKT Kerajaan Tumang sekarang sudah
berubah seperti berikut:
Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam
jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Roghandi kekal menjadi Raja Muda Tumang.
Putera Zalamana kekal menyandang jawatan Bendahari Kerajaan
Tumang.
Putera Mandurima juga kekal memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.
SULTAN TUMANG XI
Ratu Adhyonza memerintah Kerajaan Tumang hanya lebih kurang
13 bulan sahaja. Baginda menamatkan pemerintahan sebagai Ratu Tumang XIII pada
tanggal 9 dekad 20.16. Maharaja Dewa Kasa Wariya XVII terus melantik Paduka
Mahkota Yunjukiyo sebagai Sultan Tumang XI. Manakala Putera Roghandi dinaikkan
pangkat dari AKT menjadi Paduka Mahkota dan bagi menjawat Wakil Sultan di
Kerajaan Belantara Lintang Patah.
Akan, heirarki kekananan AKT Kerajaan Tumang sekarang sudah
berubah seperti berikut:
Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam
jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Zalamana kekal menyandang jawatan Wizurai Hartanagara.
Putera Mandurima juga kekal memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.
Putera Madashuria
dinaikkan ke pangkat AKT dan dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
Pada tanggal 11 dekad 20.16 tanpa ada mendung, tanpa ada
guruh tiba-tiba cuaca menjadi hujan lebat. Putera Mandurima yang baru sahaja
dilantik menjadi AKT belum sampai sepurnama telah diangkat menjadi Paduka
Mahkota tetapi kekal dengan tugasan sebagai Duta Khas di Punca Guniharta. Bagi
mengisi tugas Orang Besar Kaskarya di Kerajaan Dewa Maya yang dikosongkan oleh
Paduka Mahkota Yunjukiyo yang diangkat menjadi Sultan Tumang XIV, Putera Jetamata
telah dinaikkan pangkat sebagai AKT. Dengan itu kedudukan AKT yang terbaru
adalah seperti berikut:
Putera Rastorada sebagai Orang Besar Bendahari dalam
Kerajaan Komkasia.
Putera Zalamana sebagai Bendahari Kerajaan Tumang.
Putera Madashuria
sebagai Raja Muda Tumang.
Putera Jetamata sebagai Orang Besar Kaskariya di Kerajaan
Dewa Maya.
No comments:
Post a Comment