Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, August 17, 2015

AF 089 HIKAYAT KESULTANAN NEGARA TUMANG BERAWAN

HIKAYAT
KESULTANAN
TUMANG
BERAWAN


Tersebutlah satu alkesah Hikayat Kerajaan Empayar Kasa Wariya yang mempunyai beberapa negeri jajahan takluknya yang setiap satunya  diperintah oleh seorang Sultan. Antara jajahan takluk Empayar Kasa Wariya ialah empat Kerajaan yang utama iaitu Kerajaan Pari, Kerajaan Donan, Kerajaan Kencana, Kerajaan Maya, Kerajaan Puspa, Kerajaan Jati, Kerajaan Tumang dan Kerajaan Gasing.

Sejak turun temurun Empayar Angkasa Raya  ini diwujudkan, Maharaja Agong Empayar ini dilantik dari kalangan waris Kerajaan Donan dan Pari. Maharaja Empayar ini digelar Maharaja Dewa Wangsa.

Antara Kerajaan di bawah naungan Empayar Kasa Wariya ini, Kesultanan Tumang merupakan Kesultanan yang paling banyak menghadapi krisis kepimpinan. Kerajaan Tumang bermula dengan Kerajaan Kecil semasa zaman penjajahan Koloni Anglo Putih yang diketuai oleh Gabenor dari kalangan bangsa Anglo sehingga jawatan Gabenor Tumang ini diambil alih oleh anak tempatan pada dekad ke M19 D7.3. Bagaimanapun Gabenor bangsa tempatan ini telah dipecat kerana konspirasi yang diketuai oleh Putera Mahkota Sari Mataya, Empayar Kasa Wariya. Lalu Gabenor ini dipenjarakan selama 7 tahun.

 SULTAN TUMANG I

Gabenor Tumang yang baru dilantik pada dekad M19D7.8 dan setahun kemudian, dalam dekad M19D7.9 taraf Gabenor Tumang dinaikkan menjadi Sultan Tumang. Maka Gabenor Tumang II dinaikkan pangkat serta diisytiharkan menjadi Sultan Ratahira Tumang I.

Pewaris tahta Kesultanan Tumang yang digelar Orang Besar Kanan (OBK) tidak menentu jumlahnya. Jumlah OBK ini tidak menentu, dalam suatu masa kadang dua, kadang tiga dan kadang empat. Selalunya tiga atau empat. Semasa pemerintahan Sultan Ratahira Tumang I, baginda mempunyai dua orang OBK sahaja iaitu:

OBK Litekuiya  - beliau merupakan OBK yang paling senior dan dilantik menjadi Raja Muda.
OBK Anirona - menjadi Orang Besar dalam Kerajaan Bandar Sita Tapau Berasap.

SULTAN TUMANG II

Sultan Ratahira Tumang I telah berkhidmat sehingga usia baginda 55 tahun iaitu tarikh persaraan wajib dalam Undang-Undang Perlembagaan Empayar Kasa Wariya. (Paduka Seri Sultan Tumang II mangkat pada dekad M20D0.2 dan digelar Marhum Tumang II). Pada dekad M19D8.4 apabila Sultan Ratahira Tumang I mengosongkan tahtanya, Putera Anirona telah telah diangkat menaiki tahta Kerajaan Tumang tanpa melalui jawatan Raja Muda Tumang. Baginda bergelar Sultan Anirona Tumang II. Sultan  Anirona Tumang II menaiki tahta dalam usia iaitu 40 tahun, merupakan Sultan termuda dari kalangan kesultanan di bawah Empayar Kasa Wariya. Semasa pemerintahan baginda, Putera Litekuiya telah bersara dari perkhidmatan dan dua OBK baru telah dilantik iaitu:

OBK Araraisa - menyandang jawatan Raja Muda
OBK Rirobilasa - menyandang jawatan Orang Besar Istana di Empayar Dewa Wangsa.

Politik hasad dengki dan menikam dari belakang adalah satu penyakit dalam hikayat kesultanan Melayu lama turut berlaku juga dalam Kesultanan Tumang.

Pemerintahan Sultan Anirona Tumang II tidak panjang. Pada dekad ke 19.89, baginda telah diturunkan tahta angkara fitnah dari Orang-orang Besar Empayar yang mewarisi sifat hasad dengki dari Pateh Kerma Wijaya di zaman Sultan Mansor Shah Melaka dahulu. Bagaimanapun setelah menjalani tempoh perbicaraan yang panjang, baginda Sultan Anirona Tumang II didapati tidak bersalah. Namun, baginda tetap kehilangan tahta untuk selama-lamanya.

SULTAN TUMANG III

Akibat dari angkara itu, Empayar Kasa Wariya telah menggantung waris Paduka Sultan Tumang (dari kalangan OBK) dari menaiki tahta Kesultanan Tumang. Sultan Jajiwa Laka Samana (dari kerabat Kerajaan Donan Pari) dinaikkan ke tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Paduka Sultan Jajiwa Laka Samana Tumang III. Baginda memerintah selama kurang dari dua purnama.

SULTAN TUMANG IV

Tahta Tumang kemudiannya dipangku oleh Sultan Wanjidama Wanlah (Sultan Kerajaan Jati Jadara) dan baginda memangku tahta Kerajaan Tumang selama beberapa bulan sahaja.

Putera Araraisa dikekalkan sebagai Raja Muda Tumang, manakala OBK Rirobilasa dilantik menjadi Orang Besar Jajahan Tumang iaitu Negeri Pura Mentari Utara.

SULTAN TUMANG V

Dalam dekad ke M19D9.2, apabila politik dalam Kerajaan Tumang telah kembali stabil, maka Empayar Angkasa Raya telah mengambil keputusan supaya tahta Kerajaan Tumang dikembalikan kepada waris Kesultanan Tumang.

Maka, salah seorang pewaris Kesultanan Tumang iaitu OBK Rirobilasa telah dilantik menjadi Sultan Rirobilasa Tumang V. Baginda memerintah selama dua tahun sebelum ditukarkan untuk memerintah sebuah Kerajaan yang baru ditubuhkan iaitu Kesultanan Maya Ditiga bergelar Sultan Rirobilas Ditiga Maya I. Sultan Rirobilasa Ditiga Maya I hanya memerintah Kerajaan Dewa Maya selama setahun sahaja sebelum dengan sukarela mengosongkan tahta untuk menyertai bidang persaudagaran. OBK Araraisa telah dilantik memangku jawatan Sultan Tumang.

Semasa baginda mengosongkan tahta, baginda mempunyai tiga OBK iaitu:

OBK Haidoyusa dilantik memegang jawatan Raja Muda Tumang;
OBK Ismoha yang dihantar ke luar negara sebaga Waliwakil Maharaja Dewa Wangsa di negara Stalina Ruskiya.(baginda mangkat semasa masih menyandang jawatan tersebut)
OBK Awala yang diberikan jawatan Timbalan Raja Muda Tumang (kemudiannya bersara dalam jawatan berkenaan)

SULTAN TUMANG VI

Pada M19D94 OBK Araraisa yang memangku jawatan Sultan Tumang telah disahkan menaiki tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Paduka Sultan Araraisa Tumang VI. Baginda memerintah Kerajaan Tumang dari dekad M19D9.4 hingga M19D9.6 sebelum dengan rela hati bersara dan mengosongkan tahta untuk memberi peluang kepada pewarisnya menaiki tahta. Begitulah mulianya hati baginda Sultan Araraisa yang tidak tamak kuasa untuk memegang tampuk pemerintahan sehingga ke usia wajib bersara. Waris Kerajaan Tumang pada masa itu ialah:

OBK Haidoyusa yang memegang jawatan Raja Muda Tumang telah dipinggirkan dan ditukarkan menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Maya sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

OBK Azamiora dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah.
OBK Idirasam dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Pari Opera.
OBK Alionosa yang baru dinaikkan ke pangkat OBK telah dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Ditiga Maya menggantikan OBK Haidoyusa.
Jawatan Raja Muda Tumang dipangku oleh Orang Besar Kamarada Kazamana.

SULTAN TUMANG VII

Seelum mengundur diri dari tahta, Paduka Sultan Araraisa Tumang VI telah memilih OBK Idirasam telah diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Paduka Sultan Idirasam Tumang VII. Baginda yang berhemah dan memiliki sifat kebapaan ini memerintah sehingga dekad M20D0.0. Dalam masa pemerintahan baginda, umur persaraan telah dinaikkan dari 55 kepada 56 tahun. Semasa pemerintahan baginda, senarai senarai pewaris Kesultanan Tumang adalah:

OBK Azamiora yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah dan kemudiannya dirajakan di Kerajaan yang sama dengan gelaran Sultan Azamiora Shah. Sultan Azamiora Shah memerintah Kerajaan Belantara Lintang Patah beberapa purnama sahaja  sebelum bersara.

OBK Alionosa dikekalkan sebagai Orang Besar Kesultanan Ditiga Maya.
OBK Majiosma yang baru dinaikkan pangkat dilantik menjadi Raja Muda Tumang dan kemudian ditukarkan menjadi Orang Besar Kanan Kesultanan Maya sebelum diangkat menjadi Sultan Ditiga Maya IV.

OBK Fajiamata pula dilantik menjadi Orang Besar di Kerajaan Belantara Lintang Patah bagi menggantikan OBK Azamiora yang dirajakan di sana.
Jawatan Raja Muda Tumang kekal dipangku oleh OB Kamarada Kazamana.

SULTAN TUMANG VIII

Dengan persaraan Sultan Idirasam Tumang VII, Putera Alionosa telah diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Paduka Sultan Alionasa Tumang VIII. Baginda memerintah Kerajaan Tumang sehingga dekad M20D0.3 kerana telah dititahkan oleh Majlis Tertinggi Maharaja-Maharaja Empayar (MTME) untuk menjadi Sultan di Kerajaan Belantara Lintang Patah dalam Empayar Lobak Atam menggantikan Sultan Azamiora Shah yang bersara di sana. Baginda memerintah Kerajaan Belantara Lintang Patah selama 3 tahun dan dinaikkan pangkat lagi menjadi Paduka Seri Sultan Kerajaan BLP. Baginda merupakan kerabat Tumang yang pertama dalam sejarah Kerajaan Angkasa Raya mendapat pangkat tersebut.

SULTAN TUMANG IX

Dengan perpindahan Paduka Sultan Alionosa Tumang VII ke negara Belantara Lintang Patah, OBK Majiosma yang sebelum ini adalah Sultan Ditiga Maya telah diangkat menjadi Sultan Tumang dengan gelaran Paduka Sultan Majiosma Tumang IX. OBK semasa pemerintahan Sultan Majiosma Tumang IX ialah:

OBK Fajiamata yang kekal dalam jawatan menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah yang kemudiannya bersara dan digantikan oleh OBK Kasirosa.
OBK Rima Hashi  yang baru dinaikkan pangkat OBK dan dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
OBK Shazandra juga baru dinaikkan pangkat OBK  dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan Kerajaan Ditiga Maya menggantikan tempat Sultan Majiosma.
OBK Iszakaya juga baru dinaikkan pangkat OBK dan menjadi Orang Besar Kanan Jajahan Tekna Makama.

SULTAN TUMANG X

Sultan Majiosma Tumang IX memerintah dalam tempoh yang singkat, iaitu 6 purnama sahaja. Baginda dengan rela hati turun dari tahta untuk menyerati bidang persaudagaran dan memberikan peluang kepada Raja Muda, OBK Rima Hashi menaiki tahta dengan gelaran Paduka Sultan Mira Hashi Tumang X yang memerintah mulai dekad M20D0.4. Semasa baginda memerintah senarai OBK di bawah pemerintahan baginda ialah:

OBK Shazandra yang dilantik menjadi Raja Muda Tumang kemudiannya kembali menjadi Orang Besar Kanan Kesultanan Maya.

OBK Kasirosa dilantik menjadi Orang Besar Kanan Jajahan Tekna Makalama.
OBK Iszakaya Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah telah dilantik menjadi Raja Muda Tumang.

OBK Kamodina dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Maya dan kemudian dilantik menjadi Waliwakil di Kerajaan Stalina Ruskina.

Pada penghujung dekad M20D06, Maharaja Dewa Wangsa XIV telah menubuhkan satu Tribunal Penyiasatan ke atas pengurusan perbendaharaan Kerajaan Dewa Maya. Pemerintah Kerajaan Maya masa itu adalah Sultan Hadat Katabat dari keturunan Kesultanan Donan dan Pari. Hasil dari penyiasatan tersebut, Sultan Hadat Katabat telah diturunkan tahta dan dilucutkan kerakyatan baginda.

SULTAN TUMANG XI

Maharaja Dewa Wangsa mempunyai prasangka bahawa Sultan Rima Hashi Tumang X hubungan baik dengan mantan Sultan Hadat Katabat. Namun penyiasatan oleh Temenggung Wangsa Negara gagal menemui bukti. Bagaimanapun Maharaja Dewa Wangsa XIV tetap menyimpan murka lalu memindahkan Paduka Sultan Tumang X untuk merajai Kesultanan Titi Lalat dengan gelaran Sultan Rima Hashi Titi Lalat. Baginda kemudiannya dipindahkan ke Kerajaan Alaka Unipa Nagara sebelum dipindahkan pula ke Kerajaan Kesultanan Japat dalam Empayar Mentari Antah Berantah sehingga bersara pada M20D16.

Sekali lagi dalam sejarah getir Kesultanan Tumang berulang, tampok pemerintahan diambil-alih oleh waris Kesultanan lain.

SULTAN TUMANG XII

Sekali lagi kerabat Kesultanan Donan Pari yang bernama Putera Rosa Sakda Gelaba Puyuh telah dilantik menaiki tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Sultan Rosa Sakda Gelaba Puyuh Tumang XII. Inilah kali ketiga tahta Kesultanan Tumang disandang oleh waris Kerajaan asing. Bagaimanapun Sultan Tumang X memerintah dalam masa yang singkat kerana telah dinaikkan pangkat dilantik menjadi Sultan di Kerajaan Mentari Antah Berantah. Semasa pemerintahan Sultan Tumang X, senarai OBK adalah seperti berikut:

OBK Kasirosa dilantik menjadi Raja Muda Tumang.
OBK Shazandra yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Maya.
OBK Iszakaya kekal menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah
OBK Kammoda yang dipanggil pulang dari tugas Duta Besar dan dilantik menjadi Wazir Dengan Tugas-tugas Khas sebelum dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Komkasia sehingga bersara.

SULTAN TUMANG XIII

Kekosongan tahta Kerajaan Tumang telah diisi oleh OBK Kasirosa, iaitu salah seorang OBK Kesultanan Tumang yang telah lama di ketepikan oleh Kerabat Tumang. Sejak beberapa Sultan Tumang yang terdahulu tidak berkenan dengan prestasi OBK ini. Namun baginda tidak pernah jemu berusaha menggunakan pelbagai muslihat peperangan saraf untuk mempengaruhi Maharaja Dewa Wangsa.

Setelah dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Belantara Lintang Patah baginda Sultan Alionasa BL Patah mahu menurunkan darjat OBK Kasirosa tetapi tidak berjaya kerana OBK Kasirosa bijak mengatur strategi sehingga berpeluang kekal menjadi Orang Besar Kanan Kerajaan BL Patah. Baginda yang lama di luar Kerajaan telah berjaya memenangi hati Baginda Maharaja Dewa Wangsa mengejar impiannya menjadi Raja Muda Tumang selama 6 purnama dan seterusnya diangkat menaiki tahta dengan gelaran Paduka Sultan Kasirosa Tumang XIII.

Paduka Sultan Kasirosa Tumang XIII yang terlalu gumbira dengan pengangkatan dirinya menjadi Sultan telah agak terlalai dipengaruhi penghormatan dan kemewahan. Baginda telah mula menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Orang Kaya -kaya di Jajahan untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya. Baginda juga telah membuat keputusan mengejut dengan menukarkan Permaisurinya.

Bagaimanapun baginda telah mempunyai keinginan yang tinggi tidak dapat mempengaruhi Maharaja Dewa Wangsa untuk menyambung tempoh pemerintahannya. Perkhidmatan Sultan Tumang Kasirosa XIII telah ditamatkan pada dekad M20D06. Baginda hanya memerintah selama lebih kurang 6 purnama sahaja. Semasa pemerintahan baginda terdapat hanya tiga OBK yang masih berkhidmat:

OBK Shazandra yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Maya.
OBK Iszakaya yang dilantik menjadi Raja Muda Tumang sehingga bersara.
OBK Kammoda yang dipanggil pulang dari tugas Waliwakil dan dilantik menjadi Menteri Dengan Tugas-tugas Khas sebelum dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Komkasia sehingga bersara.

SULTAN TUMANG XIV

Pengganti Paduka Sultan Kasirosa Tumang XIII ialah OBK Sha Zandra dan mendapat gelaran Paduka Sultan Shazandra Tumang XIV.

Semasa pemerintahan Sultan Sha Zandra Tumang XIV terdapat tiga pewaris Kerajaan Tumang iaitu:

OBK Iszakaya yang kekal menjadi Raja Muda Tumang sehingga bersara pada M20D14.
OBK Kammoda yang menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Komkasia.
OBK Rastorada yang baru dilantik menjadi OBK di Kerajaan Maya.

Dua OBK pewarisnya (iaitu OBK Iszakaya dan OBK Kammoda) yang berusia lebih tua dari baginda telah bersara dari jawatan OBK mendahului baginda Sultan. Maka baginda memerintah dengan pewaris-pewaris yang masih baru dalam jawatannya. Akan baginda Paduka Sultan Shazandra Tumang XIV merupakan Sultan yang paling lama memerintah Kesultanan Tumang dalam sejarah Kesultanan Tumang ini. Baginda dinaikkan pangkat menjadi Paduka Seri Sultan pada M20D12.

Alkesah maka telah sampai masa yang ditetapkan. Pada dekad M20D15P08, setelah tujuh tahun berada di atas tahta Kesultanan Tumang maka tibalah masanya untuk Paduka Seri Sultan Sha Zandra Tumang XIV untuk mengundur diri bagi mengosongkan tahta untuk diisi oleh pewarisnya.

Zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Tumang Sha Zandra XIV diisi dengan pelbagai cerita di pelbagai peringkat tentang sikap dan kelakuan Raja Permaisurinya yang terlebih kuah. Baginda Permaisuri mengidap penyakit GIPANG-GIPRO, iaitu singkatan kepada Penyakit GilaPangkatGilaProtokol. Malah ada ketika apabila penyakit ini menyerang, ia menjadi bahan ketawa di kalangan Pembesar Tumang dan isteri-isteri pembesar. Malah kesah penyakit Raja Permaisuri ini telah menjadi perbualan di kalangan rakyat jelata di seluruh Empayar Dewa Wangsa.

Sebelum tarikh tahta Kerajaan Tumang dikosongkan, terdapat empat pewaris Sultan yang layak untuk dilantik menjadi Sultan. Berikut adalah senarai OBK yang disusun mengikut kekananan tahun dilantik menjadi OBK, iaitu:

OBK Rastorada yang diangkat menjadi ahli OBK pada tanggal M20D09P06. Semasa Paduka Seri Sultan Tumang XIV naik tahta, OBK Rastorada telah dinaikkan ke pangkat OBK dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan Kerajaan Maya dan kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Tumang pada M20D14P08. Tetapi 5 bulan sebelum Paduka Seri bersara dari tahta, OBK Rastorada telah ditukarkan menjadi OBK di Kerajaan Komkasia menggantikan OBK Kammoda yang bersara.

OBKS Adhyonaza - Beliau merupakan rakan sepersilatan dengan OBK Rastorada. Beliau merupakan satu-satunya OBK dari kalangan Serikandi yang berjaya mencapai jawatan OBK dalam sejarah Kerajaan Tumang. Beliau telah dilantik menjadi OBK pada tanggal M20D11 dan dilantik memegang jawatan Orang Besar Bendahari Tumang. Kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda Tumang menggantikan OBK Rastorada.

OBK Yunjukiyo - Beliau  dilantik menjadi OBK pada M20D14P01 untuk memegang jawatan Orang Besar Kanan Kerajaan Donan Pari Utama dan kemudiannya mengambil alih jawatan OBK Kerajaan Maya dari OBK Rastorada.

OBK Rodaghana - Beliau dilantik menjadi OBK pada M20D14P05 untuk melaksanakan tugas di luar negara selama satu purnama dan sepulangnya dilantik memegang jawatan Orang Besar Bendahari Tumang.

Tidak termaktub dalam mana-mana bahagian atau seksyen dalam Undang-Undang Tubuh Kesultanan Tumang atau Empayar Kasa Wariya bahawa OBK yang paling kanan mesti menjadi Paduka Sultan. Pemilihan muktamad adalah dalam bidang kuasa MTME setelah ditentukan oleh Allah swt sejak azali.

Sebelum mengakhiri tempoh pemerintahannya, Paduka Seri Sultan Sha Zandra Tumang XIII telah merangka rangkaian penggantian Sultan sehingga tiga generasi bagi mengenepikan peluang OBK Rastorada untuk menjadi Sultan. Baginda melihat OBK Rastorada sebagai pewaris yang tidak boleh diharap untuk menjaga imej Kerajaan Tumang kerana tidak pandai menutup salah laku Orang-Orang Besar Tumang.

Baginda yang merupakan rakan seguru persilatan dengan Maharaja Dewa Wangsa XVII berjaya mempengaruhi Maharaja yang mempunyai kuasa mutlak melantik mana pemerintah/Sultan dalam Kerajaan di bawah naungan baginda. Empayar Dewa Wangsa Kasa Wariya XVII juga ingin mencipta sejarahnya tersendiri dengan meletakkan seorang Pewaris Serikandi untuk menaiki tahta Kesultanan Tumang.

Baginda telah meletakkan Raja Muda (OBKS Adhyonaza) menjadi bakal pengganti Sultan. Baginda meletakkan syarat supaya Raja Muda hanya menjadi pemerintah Tumang ke XV selama 8 purnama sahaja. Ini membolehkan Maharaja melantik calon pilihan Sultan Tumang XIV, iaitu OBK Yunjukiyo untuk menaiki tahta sebagai Sultan Tumang XVI. Tujuannya ialah, jika Ratu Adhyonaza Tumang tidak bersara sebelum M10D15P05 maka dikhuatiri Maharaja baru Empayar Kasa Wariya yang akan menaiki tahta pada dekad M10D15P05 akan melantik OBK lain menjadi Sultan Tumang XVI. Paduka Seri Sultan Sha Zandra Tumang XIV berkeinginan sangat supaya OBK Yunjukiyo menjadi Sultan Tumang kerana dari kalangan OBK yang ada OBK Yujukiyo mempunyai ilmu persilatan yang paling tinggi, mempunyai keupayaan diplomasi yang terbaik.

Jika OBK Yunjukiyo menjadi Sultan Tumang, baginda bakal mempunyai masa panjang untuk memimpin dan membuat perubahan dalam Kerajaan Tumang. Walaupun semasa 7 tahun baginda memerintah sebelum ini, tiada apa-apa perubahan yang dibawa untuk memperkasakan Kerajaan Tumang.

Dengan perancangan ini, maka semua pintu untuk OBK Rastorada  dan OBK Rodaghana menjadi Sultan Tumang telah ditutup rapat. Ini kerana, OBK Yunjukiyo berusia jauh lebih muda dari kedua-dua OBK tadi.

Bagaimanapun, semasa Paduka Seri Sultan Shazandra Tumang XIV berusaha memujuk Raja Muda yang telah disahkan oleh MTME untuk mengambil-alih jawatan Ratu Tumang supaya bersara lebih awal. Baginda Raja Muda telah melontarkan soalan cepumas kepada baginda Sultan (Tumang XII) dengan soalan berikut:

"Tuanku telah berpeluang memerintah selama 7 tahun lebih, Tidakkah Tuanku pernah berfikir untuk bersara setahun lebih awal bagi memberi peluang kepada salah seorang AKT yang ada untuk menjadi Sultan?, Kenapa pula patik yang hanya memiliki baki setahun ini pula Tuanku minta supaya menghadiahkan separuh tempoh pemerintahan saya kepada orang lain?"

Baginda Paduka Seri Sultan Shazandra Tumang XIV terkedu kedan dan mati akal dengan soalan Raja Muda.

Bagaimanapun baginda tidak dapat berbuat apa-apa untuk memaksa Raja Muda menerima syarat tersebut kerana masa teramat suntuk dan perlantikan Sultan baru telah diperkenankan oleh MTME yang dturut dianggotai oleh Maharaja Belantara Raya dan Maharaja Semudera Raya.

Raja Muda Adhyonaza bernasib baik kerana tiada perjanjian rasmi dimeterai untuk menyekat beliau untuk meneruskan tempoh pemerintahan sehingga usia persaraan.

Akan OBK Rastorada yang sejak beberapa tahun disebut-sebut sebagai bakal mewarisi tahta oleh dua Maharaja Kasa Wariya sebelum ini  terpaksa menerima perubahan mendadak yang dilakukan oleh MTME. OBK Rastorada terpinggir atas alasan bahawa baginda mempunyai masalah peribadi dan beberapa tindakan baginda dalam beberapa tahun mutakhir ini amat tidak disenangi oleh baginda Paduka Seri Sultan Tumang.

OBK Rastorada juga hampir dijebakkan dalam tribunal yang menyiasat tindakan salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang oleh salah seorang Orang Besar Tumang iaitu OB Jona Apiaka di Jajahan Tramadua yang melibatkan jutaan dinar. OBK Rastorada yang pada masa itu memegang jawatan Orang Besar Kaskariya di Kerajaan Maya telah menemukan salah laku tersebut. Namun atas cadangan Sultan Shazandra Tumang XII, Putera Rastorada dipersalahkan dan perlu diambil tindakan perundangan. Namun kebjaksanaan Putera Rastorada mengemukakan nota pembelaan menyebabkan Sultan Dewa Maya menangguhkan tindakan sehinggalah bagnda bertukar menjadi Timbalan Maharaja  Sari Dewa dan kemudiannya bersara.

Usaha Sultan Shazandra Tumang XII untuk mengenepikan Putera Rastorada dari mewarisi Kesultanan Tumang tidak berhenti di situ, di saat akhir pemerintahannya, Baginda telah sesekali mempengaruhi Maharaja Dewa Wangsa untuk menjadikan Putera Rastorada sebagai kambing hitam dalam kes hutang Kerajaan dengan beberapa syarikat tongkang dan ghaley yang melibatkan nilai berjuta dinar yang dilakukan oleh Pembesar Lazindola di jajahan Tramawana. Apa yang dilakukan oleh Pembesar Lazindola bukanlah satu jenayah perdagangan tetapi beliau melakukan untuk kepentingan operasi asset Empayar, bagi memastikan geruda, helang dan jentayu dapat terbang. Amalan beliau hanya mewarisi amalan pembesar terdahulu tanpa niat melanggar dasar empayar. Oleh kerana pembesar tersebut telah bersara, maka beliau  terlepas dari apa jua tindakan dan tanggungjawaban.

Dalam isu hutang tersebut Putera Rastorada telah membuat pelbagai pembaharuan bagi menghentikan amalan salah dan memperkemaskan tatacara pengurusan impot ekspot antarabangsa.

SULTAN TUMANG X

Maka pada dekad 20.15.08.20, dengan rasminya, Raja Muda (Puteri Adhyonaza) dilantik menaiki tahta Kerajaan Tumang dengan gelaran Ratu Adhyonaza Tumang XIII.

Setelah Ratu Adhyonaza Tumang XIII menaiki singgahsana Kerajaan Tumang, maka kedudukan pewaris Kesultanan Tumang adalah seperti berikut:

Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Yunjukiyo kekal menjadi Orang Besar Kaskarya di Kerajaan Dewa Maya.
Putera Roghandi telah dipindahkan dari jawatan Bendahari Kerajaan Tumang untuk menjadi Raja Muda Tumang.

Putera Zalamana dilantik menjadi AKT yang baru dan diamanahkan untuk menyandang jawatan Bendahari Kerajaan Tumang.

Putera Mandurima yang dilantik sebagai AKT yang terbaru untuk memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.

Putera Yunjukiyo merupakan seorang putera yang bijak bestari. Selain dari mempunyai pelbagai ilmu persilatan kelas yang tinggi dari pelbagai gelanggang perguruan, beliau juga amat bijak dalam ilmu politik dan strategi. Walaupun baru dua purnama dilantik menjadi AKT telah berjaya menambat hati baginda Empayar Dewa Wangsa Kasa Wariya XVII. Beliau menjadi AKT yang akrab dengan Baginda Dewa dan baginda kerap meminta nasihat dari beliau tentang isu semasa. Oleh kerana baginda Dewa akan tamat tempoh pemerintahan dalam beberapa purnama lagi, baginda telah menaikkan pangkat Putera Yunjukio dari AKT kepada Paduka Mahkota dan dilantik menjadi Orang Besar Kanan di Kerajaan Dewa Maya.

Akan, heirarki kekananan AKT Kerajaan Tumang sekarang sudah berubah seperti berikut:

Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Roghandi kekal menjadi Raja Muda Tumang.
Putera Zalamana kekal menyandang jawatan Bendahari Kerajaan Tumang.
Putera Mandurima juga kekal memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.

SULTAN TUMANG XI

Ratu Adhyonza memerintah Kerajaan Tumang hanya lebih kurang 13 bulan sahaja. Baginda menamatkan pemerintahan sebagai Ratu Tumang XIII pada tanggal 9 dekad 20.16. Maharaja Dewa Kasa Wariya XVII terus melantik Paduka Mahkota Yunjukiyo sebagai Sultan Tumang XI. Manakala Putera Roghandi dinaikkan pangkat dari AKT menjadi Paduka Mahkota dan bagi menjawat Wakil Sultan di Kerajaan Belantara Lintang Patah.

Akan, heirarki kekananan AKT Kerajaan Tumang sekarang sudah berubah seperti berikut:

Putera Rastorada sebagai AKT paling kanan masih kekal dalam jawatan sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Zalamana kekal menyandang jawatan Wizurai Hartanagara.
Putera Mandurima juga kekal memegang jawatan duta khas di Punca Guniharta.
Putera  Madashuria dinaikkan ke pangkat AKT dan dilantik menjadi Raja Muda Tumang.

Pada tanggal 11 dekad 20.16 tanpa ada mendung, tanpa ada guruh tiba-tiba cuaca menjadi hujan lebat. Putera Mandurima yang baru sahaja dilantik menjadi AKT belum sampai sepurnama telah diangkat menjadi Paduka Mahkota tetapi kekal dengan tugasan sebagai Duta Khas di Punca Guniharta. Bagi mengisi tugas Orang Besar Kaskarya di Kerajaan Dewa Maya yang dikosongkan oleh Paduka Mahkota Yunjukiyo yang diangkat menjadi Sultan Tumang XIV, Putera Jetamata telah dinaikkan pangkat sebagai AKT. Dengan itu kedudukan AKT yang terbaru adalah seperti berikut:

Putera Rastorada sebagai Orang Besar Bendahari dalam Kerajaan Komkasia.
Putera Zalamana sebagai Bendahari Kerajaan Tumang.
Putera  Madashuria sebagai Raja Muda Tumang.

Putera Jetamata sebagai Orang Besar Kaskariya di Kerajaan Dewa Maya.