Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, December 20, 2015

AF093 PERTEMPURAN PASIR PANJANG DAN LT ADNAN

GAJAH MATI MENINGGALKAN TULANG,
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,
MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

"Sejarah manusia membuktikan manusia yang baik meninggalkan nama yang baik, dikenang amal bakti, sumbangan dan kebaikannya. Manakala manusia yang jahat akan dikenang akan kezaliman dan kejahatannya."

Tanpa mengambil kira kalangan Rasulullah, para Anbiya' dan para ulama', banyak pemimpin atau individu yang namanya sentiasa disebut dan dijadikan idola walaupun ia telah meninggal dunia beratus tahun dahulu.  Nama seperti Abu Bakar AsSiddiq, 'Umar bin alKhattab, 'Umar bin Abdul 'Aziz, Salahuddin alAyubi, Muhammad alFateh, Hassan alBana, Muhammad 'Abduh, Idris Marbawi, Tok Kenali, Tun Dr Ismail, Tun Razak dan lain-lainnya sentiasa dikenang atas jasa dan sumbangan dalam bidang masing-masing.


Kebaikan bukan terhad kepada orang Muslim. Walaupun kebaikan manusia yang hakiki di sisi Allah swt perlu meletakkan keimanan dan ketaqwaan di senarai teratas, pandangan kemanusiaan tetap memberikan keluhuran jiwa seseorang sebagai asas untuk mengenang nama mereka. Nama-nama seperti Asoka, Mother Theresa dan Mahatma Gandhi dikenang sebagai tokoh agung zaman berzaman. Malah nama-nama yang diselangi dengan skandal peribadi seperti Lady Diana, Achmad Soekarno tetap dikenang sebagai idola.

LT ADNAN DAN REJIMEN ASKAR MELAYU

Leftenan Adnan bin Saidi bukanlah seorang Panglima Perang seperti General Percival, Admiral Mountbatten, General MacAthur, General Yamamoto atau General Gamal Abdul Nasser. Adnan juga bukan seorang Panglima Briged atau seorang Pegawai Memerintah sebuah Batalion. Dia hanya seorang Ketua Platun dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).

Bermula dengan hanya 25 pemuda Melayu, sebuah Kompeni Percubaan Askar Melayu telah diwujudkan pada 1 Mac 1933. Mereka dilatih dan diperintah oleh pegawai-pegawai dan SNCO berbangsa Inggeris. Pada 1 Jan 1935, Rejimen Askar Melayu ditubuhkan dengan kekuatan 150 orang sahaja.

Pada 1 Jan 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan kekuatan 17 pegawai British, 6 pegawai Askar Melayu, 11 Pegawai Waren (majoriti bangsa British) serta 759 lain-lain pangkat. Ini diikuti dengan penubuhan batalion kedua pada 1 Dis 1941, beberapa bulan sebelum tercetusnya Perang Dunia II.

Pertempuran Pasir Panjang

Pertempuran Pasir Panjang, yang berlangsung antara 13 dan 14 Februari 1942, sebahagian daripada serangan Empayar Jepun terhadap Singapura sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pertempuran Pasir Panjang merupakan pertempuran besar yang terakhir antara pasukan pertahanan British di bawah Leftenan Jeneral Arthur Percival dan pasukan penyerang Jepun (Tentera Darat Ke-25) yang diperintah Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita di pulau Singapura.

Di pihak pertahanan, pertempuran melibatkan ketumbukan Briged Infantri Pertama Malaya yang dipertanggung jawab mempertahankan sektor pertahanan barat daya dan selatan pesisiran pantai, yang paling hampir bandar Singapura sendiri (sektor pertahanan yang digelar Singapore Fortress atau 'Kubu Singapura'). Briged Malaya merupakan lapisan pertahanan terakhir sebelum bandar dan pelabuhan Singapura dari arah barat. Pertempuran ini berjalan selama 48 jam dan menjulang nama Rejimen Askar Melayu menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan Tentera Komanwel. Jeneral Percival menyerah kalah sehari selepas Pertempuran Pasir Panjang.


Pasir Panjang Machine-Gun Pillbox 8, Nov 06.JPG  
  
Sebuah kubu kecil ('Pillbox') peninggalan pertahanan Pasir Panjang

Pertempuran ini bermula pada hari Jumaat, 13 Februari 1942 apabila pasukan Rejimen Askar Melayu yang ditugaskan untuk menghalang kemaraan pasukan elit Tentera Imperial Jepun menuju kawasan Pasir Panjang di Singapura bertembung dengan pasukan penyerang. Pasukan Askar Melayu mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang (Pasir Panjang Ridge).

Sebelum itu seramai 13,000 orang tentera Jepun melakukan pendaratan amfibi di bahagian barat laut Singapura berdekatan Sarimbun dan mula bergerak ke arah selatan menuju Pasir Panjang. Mereka menawan lapangan terbang kecil RAF Tengah yang terletak di bahagian barat pulau Singapura dalam pergerakan mereka ke selatan menuju bandar Singapura dan pelabuhannya. Tentera seramai 13,000 orang ini merupakan sebahagian penting kekuatan keseluruhan kekuatan tentera Jepun seramai 36,000 orang yang mengambil bahagian dalam serangan ke atas Singapura.

Pada hari Selasa, 10 Februari 1942, askar-askar Jepun dapat melepasi barisan pertahanan di Jurong. Pertempuran kecil-kecilan berlaku di kawasan yang dikawal oleh Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (Komp C, 1 Melayu). Anggota-anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu (2 Melayu) berundur dari garisan pertahanan di Sungai Jurong. Briged Ke-44 India juga terpaksa berundur, sambil diserang askar Jepun. Pengunduran ini menyebabkan bahagian kanan garisan pertahanan 2 Melayu terdedah. 2 Melayu terpaksa berundur sama untuk mengekalkan keutuhan barisan pertahanan.

Pada hari Rabu, 11 Februari 1942, askar Jepun dengan bantuan kereta kebal mara menggunakan Jalan Jurong, Jalan Ulu Pandan Dan Jalan Reformatory (sekarang ini "Clementi Road"). Periuk api, kawat berduri dan halangan lain digunakan untuk cuba menyekat kemaraan askar Jepun. Kubu-kubu kecil (pillbox) yang dipertahankan oleh askar-askar juga tidak dapat menyekat kemaraan askar Jepun.

Pada jam 8.00 malam, kedudukan Askar Melayu di sebelah barat Jalan Reformatory dibedil dengan artileri Jepun. Unit Askar Melayu yang mengawal kawasan Pasir Panjang juga mula menerima serangan tinjauan oleh unit-unit peninjau askar Jepun.

Pada Khamis, 12 Februari 1942, Panglima Malaya Command, Leftenan Jeneral Percival mengarahkan barisan pertahanan diketatkan dan meliputi Empangan Pierce dan Empangan MacRitchie. Pasukan Jepun memperbaharui serangan-serangan di merata-rata tempat di barisan hadapan dengan serangan kereta kebal dan bedilan artileri. Di sebelah barat, pasukan Askar Melayu bersama-sama Batalion Kedua Rejimen Loyal (2 Loyal) British dan Briged Ke-44 India (sebahagian daripada Divisyen Infantri ke-17 (India British)) menentang dan menghentikan kemaraan askar-askar Jepun.

Pasukan Askar Melayu yang menjadi sebahagian daripada formasi Briged Infantri Pertama Malaya ditugaskan bertahan di Pasir Panjang. Briged ini diperintah Brigadier GGR Williams. Briged Pertama Malaya, bersama-sama Briged Ke-44 India dan Briged Infantri Kedua Malaya, menjadi sebahagian ketumbukan Singapore Fortress yang menjadi lapisan pertahanan terakhir Singapura. Briged Malaya terdiri daripada Batalion Kedua Rejimen Loyal (2 Loyal) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Mordaunt Elrington serta Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel J.R.G Andre, yang terdiri daripada kurang tiga seksyen Platun Mortar, Platun Penangkis Kapal Terbang dengan Platun Pengangkut Bren Gun di bawah perintah Kapten RRC Carter bertindak sebagai pasukan simpanan. Batalion ketiga briged ini terdiri daripada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu (2 Melayu) di bawah perintah Leftenan Kolonel F.W. Young. Batalion Kedua ini baru ditubuhkan dan tidak mempunyai platun-platun bantuan seperti Platun Mortar, Penangkis Kapal terbang dan Pengangkut Bren Gun. Mereka ditugaskan mempertahankan jalan masuk ke permatang Pasir Panjang, yang dikenali sebagai The Gap. Briged India ke-44 ditempatkan di rusuk kanan mereka. Pertahanan Pasir Panjang kebanyakannya dilakukan Batalion Pertama Askar Melayu (1 Melayu) oleh sebab batalion kedua rejimen itu, 2 Melayu, yang terlibat dengan pertempuran awal di Jurong, ditempatkan di bahagian timur sektor pertahanan yakni di Kranji dan kemudiannya di Mount Faber.


Kereta Kebal Jepun dalam Pertempuran Singapura

Pertempuran besar pertama antara Rejimen Askar Melayu dengan tentera Jepun berlaku pada lebih kurang jam 2.00 petang 13 Februari 1942, hari Jumaat. Divisyen Ke-18 Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang pinggir pantai barat daya sepanjang Permatang Pasir Panjang dan di kedua-dua belah Jalan Ayer Rajah. Pasukan Jepun didahului oleh Rejimen Infantri Ke-56 di bawah perintah Kolonel Yoshio Nasu. Rejimen ini menyerang permatang itu di sebelah pagi dengan dibantu pasukan artileri.

Satu daripada unit yang mempertahankan garisan pertahanan ialah Kompeni B, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu. Kompeni B terpaksa berundur ke Pasir Panjang ekoran tembakan hebat daripada tentera Jepun yang disokong oleh tembakan artileri serta kereta kebal. Namun, sebelum perunduran dapat disempurnakan, pasukan Jepun berjaya menembusi kedudukan pertahanan Kompeni B. Berlaku pertarungan hebat dan anggota Kompeni B bertempur berdepan-depan menggunakan bayonet terhadap tentera Jepun. Sebilangan daripada anggota Kompeni B 1 Melayu dapat menyelamatkan diri sementara ramai yang menjadi tawanan perang. Penerobosan ini memaksa Briged Infantri ke-44 India dan Briged Infantri Pertama Malaya berundur ke garisan pertahanan di Mount Echo (persimpangan Jalan Ayer Raja dan Jalan Depot) di Buena Vista di pinggir pantai selatan pulau Singapura.

Serangan Kedua

Pada hari Sabtu 14 Februari, pasukan Jepun sekali lagi membuat serangan hebat ke atas kedudukan Askar Melayu. Kali ini serangan ke atas kedudukan yang dipertahan oleh Askar Melayu dimulakan pada jam 8.30 pagi, dan serangan Jepun sekali lagi dibantu oleh serangan mortar dan bedilan artileri.

Tetapi serangan ini dan beberapa serangan selepasnya berjaya dipatahkan Askar Melayu. Pertarungan jarak dekat termasuk pergelutan menggunakan bayonet berlaku di merata kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu.

Satu serangan hebat dengan sokongan kereta kebal dibuat ke atas kedudukan Askar Melayu, dan kali ini pasukan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan di sebelah kiri, memaksakan pengunduran askar-askar yang bertahan di sana. Mereka berundur ke garisan pertahanan lain di persimpangan Jalan Ayer Raja dan Jalan Depoh melalui kilang batu bata dan parit besar ke Bukit Chermin. Disebabkan pasukan-pasukan di sebelah kiri dan kanan kedudukan mereka tidak dapat bertahan, Briged Infantri Pertama Malaya terpaksa bersama-sama berundur menduduki kedudukan pertahanan baru di Bukit Chandu bagi mengekalkan keutuhan barisan pertahanan.

Bukit Chandu

Pihak Jepun menyerang kedudukan Briged Pertama Malaya sepanjang hari pada 14 Februari. Kedudukan mereka bertambah rumit kerana Mejar Jeneral Gordon Bennett, Panglima Divisyen Ke-8 Australia, hanya membenarkan pasukan artilerinya menembak lokasi musuh yang mengancam lokasi tentera Australia. Justeru Briged Malaya tidak mendapat bantuan artileri Australia yang ditempatkan bersebelahan mereka.

Pada pagi 14 Februari Divisyen Ke-18 Jepun,dengan didahului bedilan hebat mortar dan artileri selama dua jam, melancarkan serangan, sekali lagi, ke atas barisan pertahanan Briged Pertama Malaya.

Briged Malaya berjaya menangkis serangan ini dan beberapa serangan lain dalam pertempuran depan-depan. Kedua-dua pihak mengalami korban perang dan menanggung kerugian besar. Pada jam 4.00 petang, dengan dibantu kereta kebal, pihak Jepun (Divisyen Ke-18) berjaya menembusi rusuk kiri barisan pertahanan. Para tentera yang bertahan di rusuk ini terpaksa berundur ke garisan pertahanan baharu yang bermula dari persimpangan Jalan Ayer Rajah dan Jalan Depot merentasi Kilang Batu Bata dan sepanjang salur hingga ke Bukit Chermin. Oleh sebab unit di kedua-dua rusuk tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing, Briged Pertama Malaya telah awal lagi mula berundur pada jam 2.30 petang. Pada ketika inilah Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu diarah bergerak ke barisan pertahanan baharu di Bukit Chandu.


Bukit Chandu mengambil sempena nama kilang pemprosesan candu yang terletak di kaki bukit. Bukit Chandu menjadi lokasi pertahanan penting kerana dua sebab: ia terletak di tanah tinggi di utara pulau; dan penawan kawasan ini oleh pihak Jepun akan membuka jalan kepada mereka untuk mara ke kawasan Alexandria di mana terletaknya depot peluru, Hospital Tentera Alexandra dan kawasan-kawasan penting lain. Bukit Chandu juga merupakan tempat pertahanan terakhir Kompeni C Rejimen Askar Melayu
.

 
Peta Singapura menunjukkan kedudukan Briged Pertama Malaya di Pasir Panjang serta kedudukan tentera di bawah pemerintahan British pada tahun 1942.


Kedudukan Kompeni C dipisahkan daripada lokasi Kompeni D, 1 Melayu oleh sebuah terusan yang menyalur ke arah Depot Minyak Normanton. Semasa pertempuran minyak terbakar di dalam terusan dan kebakaran minyak ini menyekat perunduran Kompeni C, yang diperintah Kapten HH Rix, ke arah selatan, yakni menuju arah lokasi Kompeni D.

Pada sebelah petang tentera Jepun meneruskan serangan terhadap Bukit Chandu dengan menyamar sebagai tentera Rejimen Punjab (India British). Anggota Kompeni C dapat meneka penyamaran ini kerana tentera British lazimnya bergerak dalam tiga barisan dan bukan empat seperti dilakukan Jepun yang sedang menyamar. Kompeni C melepaskan tembakan apabila penyamar sampai di lokasi mereka dan berjaya membunuh atau mencederakan beberapa orang penyamar.

Sementara itu Kompeni D, 1 Melayu menduduki kawasan di rusuk kanan batalion berdekatan kilang batu bata Alexandra. Pada awal senja sebarisan infantri Jepun juga bergerak di atas jalan menuju Alexandra. Mereka diserang hendap Kompeni D dan juga unit lain dan mengalami kerugian teruk. Lebih kurang 100 mayat dijumpai selepas serang hendap tersebut.

Pertempuran Terakhir

Tidak lama kemudian tentera Jepun melancarakan serangan hebat dan beramai-ramai terhadap kedudukan 1 Melayu. Serangan hebat ini berjaya mengatasi pertahanan Askar Melayu dan barisan pertahanan di sektor Pasir Panjang berjaya ditembusi pihak Jepun. Rejimen Askar Melayu meneruskan pertempuran mahupun kekurangan peluru dan bekalan. Sekali lagi serangan ini menyaksikan pertempuran berdepan-depan dengan bayonet. Lt Adnan bin Saidi (mengambil alih pemerintahan Kompeni C selepas kematian Kapten Rix) mengalami kecederaan teruk tetapi enggan menyerah kalah dan mengarahkan anggotanya meneruskan perjuangan. Akhirnya Pasir Panjang jatuh ke tangan Jepun. Adnan Saidi ditawan, namun tentera Jepun tidak melayannya sebagai tawanan perang. Beliau dipukul dan diikat kepada sebatang pokok lalu ditikam berkali-kali dengan bayonet. Memetik laporan Dol Ramli[5] dan Leftenan DH Webber,[6] sejarawan Alan Warren melaporkan bahawa mayat Lt Adnan kemudiannya digantung, kepala ke bawah, pada sebuah pokok bagi meraikan kejayaan mereka ke atas barisan pertahanan Bukit Chandu.

Korban

Rejimen Askar Melayu mengalami korban nyawa seramai 159 anggota, termasuk tujuh orang pegawai Melayu dan enam orang pegawai British sepanjang Kempen Tanah Melayu dan Singapura. Tidak dapat dipastikan berapa orang mengalami kecederaan; kebanyakan kematian dan kecederaan dialami rejimen tersebut antara 12 hingga 14 Februari 1942. Lebih kurang 600 ratus anggota Rejimen yang terselamat dikumpulkan di kawasan Kelab Golf Keppel di mana mereka dipisahkan daripada pegawai British mereka dan menjadi tawanan perang bersama-sama anggota Tentera India British. Tidak dapat dipastikan berapa orang tentera Jepun yang terkorban atau tercedera dalam pertempuran ini.

Kesan Pertempuran

Pertempuran Pasir Panjang tidak berapa signifikan dari segi strategi ketenteraan. Semenjak pendaratan Tentera Darat Ke-25 Jepun pada 8 Februari,unit-unit di bawah pemerintahan markas Kubu Singapura ('Singapore Fortress') yang ditempatkan di sana hanya ditugaskan untuk mempertahankan jalan masuk ke rabung tersebut. Laluan ini penting oleh sebab ia membuka jalan ke kawasan-kawasan penting seperti depot peluru dan hospital tentera, dan juga ke pekan Singapura itu sendiri. Penempatan Briged Malaya ini merupakan sebahagian daripada rancangan pihak Malaya Command untuk memperketatkan lagi pertahanan Pekan Singapura. Akan tetapi sebaliknya mereka berdepan dengan pasukan tempur utama Jepun.

Tambah pula, pada malam 14 Februari, keadaan sudah menjadi amat genting bagi pihak yang bertahan. Dari segi pertahanan, mereka tidak mempunyai kekuatan udara bagi menangkis serangan pengebom Jepun, tentera laut sudah tiada dengan kehilangan Pangkalan Tentera Laut di utara pulau, dan semangat sebilangan tentera Australia, India dan British sudah menjunam. Memetik laporan George Wort, seorang pegawai Batalion Pertama Askar Melayu dan Leftenan Kolonel Elrington, pegawai memerintah Batalion Kedua Rejimen Loyal, yang sama sama mempertahankan Pasir Panjang, penulis Peter Elphick memperikan bagaimana segelintir tentera Komanwel meninggalkan tugas apabila berdepan dengan musuh.[8] Tentera Darat di bawah pemerintahan Percival tidak berdaya melakukan serangan balas.[9] Penduduk awam pula diancam kematian dan kecederaan akibat pertempuran dan pengeboman. Tambah pula kehilangan empangan besar menjejaskan bekalan air dengan teruk. Pada malam 14/15 Februari Percival dan panglima-panglimanya membuat perhitungan sama ada mahu terus melawan atau menyerah diri.

Namun, anggota Askar Melayu tidak menyedari semua itu dan terus berjuang. Leftenan Adnan bin Saidi diperikan oleh ramai orang Malaysia dan Singapura sebagai wira kerana tindakan beliau di Bukit Chandu — beliau mengarahkan anggotanya berjuang terus dan tidak menyerah kalah. Ketaatan Askar Melayu ini bukan sahaja diakui pegawai British mereka, tetapi juga panglima tertinggi mereka di Singapura:

"Rejimen Askar Melayu menunjukkan apa yang boleh tercapai dengan esprit de corps ('semangat setia kawan') dan disiplin. Mereka tidak berganjak dari pos mereka dan ramai yang terkorban ... Askar muda dan yang belum diuji ini menunjukkan kebolehan mereka setanding tentera yang terbaik di Malaya, khususnya ketegaran mereka semasa mempertahankan Rabung Pasir Panjang semasa kemuncak Pertempuran Singapura, mereka menjadi contoh kesetiaan dan ketabahan yang akan menjadi tradisi ulung Rejimen mereka dan menjadi inspirasi kepada generasi-generasi selepas mereka."

Lt Gen Arthur Percival,
Panglima Malaya Command

petikan daripada laman web rasmi Rejimen Askar Melayu Diraja

 
 


Pertempuran Bukit Candu

Pertempuran Bukit Chandu adalah satu pertempuran semasa serangan Jepun ke atas Singapura semasa Perang Dunia II. Pertempuran ini menjulang nama Rejimen Askar Melayu menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan tentera Komanwel.

Pertempuran ini adalah sebagai lanjutan kepada Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku pada hari sebelumnya. Pertempuran ini juga menampilkan keberanian askar Melayu, khususnya Leftenan Muda Adnan bin Saidi yang sanggup berkorban semasa memberikan tentangan berhabis-habisan kepada askar Jepun.

Selepas Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni “C” dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu diarahkan berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Candu. Pemerintah Tentera British mengarahkan pasukan Askar Melayu bertahan di Bukit Candu. Sekiranya kedudukan ini jatuh ke tangan askar Jepun, mereka akan mempunyai laluan terbuka menuju Jalan Alexandra di mana terdapat depot Tentera British, tempat simpanan peluru dan juga Hospital Alexandra Tentera British.

Setelah pasukan tentera Komanwel di sebelah kiri dan sebelah kanan barisan pertahanan pasukan Askar Melayu berundur ke garisan pertahanan yang baru, pasukan Askar Melayu juga terpaksa berundur. Kompeni “C” di bawah pimpinan Kapten H.R. Rix diperintahkan menduduki kedudukan pertahanan di Pt. 226, Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena terdapatnya sebuah kilang memproses candu milik kerajaan British di kaki bukit ini. Di bukit inilah, Kompeni “C” 1 Melayu membuat pertahanan kali terakhir mereka menghadapi serangan Jepun.

Bedilan Berterusan

Kompeni “C” 1 Melayu ditugaskan bertahan di Bukit Candu (kini Kent Ridge). Mereka dibedil berterusan oleh pasukan artileri Jepun yang mahu memberikan sokongan kepada pasukan mereka yang membuat serangan. Bukit Candu merupakan kedudukan pertahanan yang penting kerana ia merupakan kawasan tinggi yang membolehkan pasukan yang menguasai kawasan tersebut dapat melihat keseluruhan Pulau Singapura di sebelah utara. Dan juga, sekiranya Jepun menguasai Bukit Candu, mereka akan boleh mara tanpa halangan ke Jalan Alexandra, yang menempatkan penempatan tentera yang penting.

Kedudukan Kompeni “C” dipisahkan dengan kedudukan Kompeni “D” oleh satu parit besar. Parit berkenaan penuh dengan minyak yang terbakar, akibat tumpahan daripada tangki simpanan di Depoh Normanton. Parit besar yang dipenuhi minyak yang terbakar ini menghalang pengunduran Kompeni “C” ke arah selatan. Kompeni “C” berada di bawah pemerintahan Kapten H.R. Rix, seorang pegawai yang pandai berbahasa Melayu. Kapten Rix menggesa askar-askarnya untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kapten H.R. Rix terbunuh bersama-sama anak buahnya dalam pertempuran di Bukit Candu.

Askar Jepun cuba menggunakan muslihat untuk memperdayakan askar-askar Melayu yang bertahan di Bukit Candu. Mereka menghantar satu kumpulan askar Jepun yang menggunakan pakaian uniform askar Punjabi untuk cuba menghampiri kedudukan Kompeni “C” Askar Melayu . Tetapi, anggota-anggota kompeni “C” menyedari muslihat ini apabila melihat askar Jepun yang berpakaian uniform askar Punjabi tersebut berkawat dalam barisan berempat-empat dan bukannya dalam barisan bertiga-tiga seperti kelaziman pasukan Tentera British. Mereka dibiarkan hampir ke garisan pertahanan Kompeni “C” Askar Melayu sebelum dihujani dengan peluru dari mesingan Lewis , mengakibatkan kehilangan jiwa yang banyak dan ramai anggota Jepun yang lain cedera. Askar Jepun yang terselamat bergolek dan merangkak turun semula ke tempat selamat untuk menyelamatkan diri mereka.

Serangan Terakhir

Leftenan Muda Adnan bin Saidi menjadi lambang keberanian Askar Melayu

Pada jam 4.00 petang, askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Candu. Walaupun hampir kehabisan peluru dan dengan bilangan anggota yang jauh lebih sedikit berbanding dengan bilangan askar Jepun, Askar Melayu terus menentang serangan askar Jepun. Tetapi mereka tidak berdaya menahan serangan daripada pasukan yang jauh lebih besar dan pasukan Jepun terus mara menghampiri kedudukan Askar Melayu . Pelbagai senjata digunakan oleh Askar Melayu yang bertahan di sana, termasuklah bom tangan, pistol dan bayonet.

Leftenan Muda Adnan bin Saidi menggunakan mesingan Lewis untuk menentang askar-askar Jepun dan berjaya membunuh ramai askar Jepun. Walaupun terpaksa bertempur dalam jarak dekat dengan kadangkala terpaksa menggunakan bayonet dan tangan mereka, Askar Melayu terus mematahkan usaha askar Jepun untuk menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Leftenan Muda Adnan bin Saidi sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan. Keberanian beliau membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.

Keperwiraan Askar Melayu

Walaupun dilihat sebagai satu kekalahan kepada Askar Melayu, pertempuran ini melihatkan keperwiraan Rejimen Askar Melayu dan daya juang yang tinggi. Ada pihak yang berpendapat sekiranya pasukan artileri Australia yang berada berhampiran diberikan kebenaran membantu pasukan Askar Melayu semasa pertempuran ini, kemungkinan besar keputusannya agak berlainan, dan mungkin perwira-perwira Melayu ini akan mencapai kemenangan.

Mubin Sheppard, seorang pegawai British yang menjadi tawanan perang selepas penyerahan diri Tentera British, menceritakan mengenai sahabatnya Leftenan Muda Adnan bin Saidi sebagai … “walaupun bilangan musuh jauh lebih ramai daripada bilangan askar-askarnya, dan dia dibom secara berterusan, Adnan terus berjuang dan menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan askar-askar Jepun. Adnan pasti tidak menyerah diri walau apapun yang terjadi. Dia begitu dedikasi kepada perjuangannya. Sebelum pertempuran, dia menyeru anggota-anggota platunnya untuk "biar putih tulang, jangan putih mata".

Walau apapun, Tentera British, Tentera Australia, Tentera India British dan Tentera Jepun sendiri kagum dengan kebolehan Askar Melayu.

Koperal Yaakob, salah seorang daripada hanya beberapa orang askar Melayu yang terselamat semasa Pertempuran Bukit Chandu menyaksikan pembunuhan Leftenan Muda Adnan. Dalam keliru pertempuran, Yaakob rebah dan jatuh di atas mayat askar-askar lain yang terkorban. Dia membuat seperti orang mati.

Menurut Yaakob, tentangan hebat yang diberikan oleh Askar Melayu menyebabkan orang-orang Jepun naik berang dan apabila Adnan ditawan, mereka mengheretnya dan menolaknya masuk ke dalam satu karung guni. Askar Jepun kemudiannya menggantungkan Adnan dengan kaki di sebatang pohon ceri dan menikamnya menggunakan bayonet berulang kali. Leher Adnan juga dikelar berulang kali. Askar Jepun memberikan amaran kepada orang tempatan untuk tidak mengalihkan mayat Adnan, dan mayatnya tidak diusik walaupun lama selepas pertempuran tamat untuk diuruskan pengkebumiannya.

Askar-askar Australia yang bertahan berhampiran dengan Bukit Chandu melihat keberanian Askar Melayu semasa pertempuran. Menurut Leftenan Penrod V. Dean dari pasukan Batalion 2/4 Mesingan, anggota Askar Melayu menggali kubu pertahanan tetapi jelas sekali mereka tidak mempunyai persenjataan yang banyak. Mereka menentang askar Jepun dengan menggunakan senapang sahaja, dan apabila askar Jepun berjaya menembusi benteng pertahanan mereka, askar-askar Melayu melawan mereka menggunakan bayonet. Mereka menyerbu askar Jepun menggunakan bayonet dan berjaya menangkis kemaraan askar Jepun ke arah Reformatory Road. Jelas sekali askar Melayu cukup berani. Mereka berjuang bermati-matian, tetapi bilangan askar Jepun terlalu ramai - untuk setiap orang anggota Askar Melayu ada 10 ataupun 12 orang askar Jepun. Keadaan mereka bagaikan retak menunggu belah.

Keesokan hari Jeneral A. E. Percival megarahkan Tentera British untuk menyerah diri. Pihak Jepun mengasingkan pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari pasukan askar Melayu. Anggota-anggota lain pangkat dihantar ke Farrer Park untuk bersama-sama dengan askar-askar India. Kapten Rix dan kesemua pegawai British yang bertugas dengan Batalion Pertama Askar Melayu terbunuh.

Burhan Muslim yang tinggal di Bukit Chandu menceritakan beliau bersama sepupunya pergi ke sebuah banglo di Bukit Chandu beberapa hari selepas pertempuran itu. Di dalam salah sebuah banglo di Pepys Lane, beliau melihat mayat-mayat yang dicincang bertaburan. Di dalam sebuah bilik terdapat mayat seorang pegawai Melayu. Lehernya telah dikelar berulang kali dan uniformnya berlumuran darah. Daripada lencana di uniform tersebut Burhan merumuskan mayat itu mayat seorang pegawai. Burhan merasakan mayat itu kemungkinan merupakan mayat Leftenan Adnan.

Korban Pertempuran

Sepanjang kempen mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu dan khususnya semasa mempertahankan Singapura pada 12 Februari hingga 14 Februari 1942, Rejimen Askar Melayu mengalami kehilngan seramai 159 orang pegawai dan anggota yang terbunuh (6 orang pegawai British, 7 orang pegawai Melayu dan 146 orang lain-lain pangkat). Ramai lagi yang cedera. Bilangan askar Jepun yang terbunuh dalam pertempuran dengan askar Melayu tidak diketahui, tetapi bilangannya tentu ramai.

Kesan

Walaupun telah menjadi tradisi bagi Tentera British untuk mewujudkan rejimen-rejimen terdiri daripada rakyat pribumi jajahan yang ditakluki, pihak British hanya bersetuju menubuhkan pasukan Askar Melayu dalam tahun 1936 setelah didesak oleh Raja-Raja Melayu. Apabila perang meletus, banyak pihak termasuk kepimpinan tentera British sendiri meragui keupayaan anggota-anggota Askar Melayu .


Pada keseluruhannya, Pertempuran Pasir Panjang pada amnya dan Pertempuran Bukit Candu khususnya menampilkan keperwiraan anggota-anggota pasukan Askar Melayu , yang sebelum itu diragukan keupayaan mereka sebagai perwira. Menurut penulis British Noel Barber yang mengarang buku “Sinister Twilight”, menggambarkan pasukan Askar Melayu sebagai “sebuah pasukan tentera regular yang terdiri daripada anak-anak watan yang diperintah oleh pegawai-pegawai British yang berbahasa Melayu yang melukiskan kepincangan keputusan British untuk tidak mewujudkan lebih banyak pasukan sepertinya sebelum meletusnya perang, di mana askar-askar terdiri daripada anak-anak watan ini akan bermati-matian mempertahankan tanah air mereka”.


  
  
 
  

Jeneral A. E. Percival sendiri mengambil maklum bahawa pasukan Askar Melayu telah menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh pasukan yang mempunyai semangat esprit de corps dan disiplin diri yang tinggi. Anggota Askar Melayu bertahan di pertahanan mereka sehingga mereka gugur kesemuanya.


Pertempuran Pasir Panjang dan Pertempuran Bukit Candu melibatkan pegawai dan anggota Askar Melayu mencontohkan bentuk pengorbanan tertinggi pasukan tersebut untuk menegakkan “tanggungjawab, kehormatan dan kedaulatan negara”. Pertempuran ini kini dikenangi di sebuah pusat peringatan Reflections at Bukit Chandu di Singapura dikendalikan oleh Arkib Negara Singapura.


Lt Adnan Saidi.jpg
Lt Dato' Adnan bin Saidi

Adnan bin Mohd Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus beliau dinaikkan menjadi pegawai dengan pangkat Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.

Gugurnya Seorang Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3], [4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."

"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"

Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.


www.wikipedia.org


The Sothern Ridges Jan 2009 028-1

Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor pada 8 Mac 2001, Almarhum Leftenan Adnan bin Saidi telah diberi anugerah Darjah Datuk Setia Sultan Sakahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) pada 31 Julai 2001 (posthumous) bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan.

http://www.glogster.com/andreaskosasih/bukit-chandu/g-6m5c7ijp3033fsm9m6oi2a0

Friday, September 25, 2015

AF091: POLIS DIRAJA MALAYSIA

Image result for polis diraja malaysia logo

POLI DI  RAJA
MALAYSIA


Image result for abdul hamid bador
Ketua Polis Negara
Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador



Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia, Polis Diraja Thailand, Polis Diraja Brunei, Pasukan Polis Singapura Polis Kebangsaan Filipina, dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Sejarah

Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur

Image result for ibu pejabat polis bukit aman
Pintu Masuk
.

Zaman Tradisional Melayu

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:

“Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya.......

"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."

Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

Zaman Portugis dan Belanda

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.

Zaman Moden

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Lagu Polis
Sedia Berkhidmat (lirik oleh Mohd. Zain Abu)

Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat


LAGU RASMI PDRM: SEDIA BERKHIDMAT 



Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Insignia

Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).



Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Melanau, Orang Ulu, Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.



Organisasi PDRM

(1)    Jabatan Pengurusan
(2)    Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi
(3)    Jabatan Siasatan Jenayah
(4)    Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(5)    Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(7)    Cawangan Khas
(8)    Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(9)    Jabatan Trafik

Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

Fungsi

(1)   Perkhidmatan/Perjawatan. Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
(2)   Pentadbiran Am dan Dasar.  Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidikan/ Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
(3)   Latihan. Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
(4)   Tatatertib. Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.

Cawangan

Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik/Pembangunan
Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Unit Pengambilan
Bahagian Istiadat
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

Misi: Membebaskan Negara dan Masyarakat Malaysia dari jenayah.

Fungsi

Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Bahagian/Cawangan
D1 - Bahagian Pentadbiran
D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
D3 - Bahagian Naziran
D4 - Bahagian Operasi/Risikan/Rekod
D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
D6 - Bahagian Bantuan Teknik
D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
D9 - Bahagian Siasatan Khas
D10 - Bahagian Makmal Forensik
D11 - Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-kanak
D12 - Bahagian NCB/Interpol
STAFOC (DIMANSUHKAN)

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi
Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah.
Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan
Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagian besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenayah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;

Pasukan Anti-Pengganas

Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2001 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.

Pasukan Gerakan Khas (PGK)

Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah markas operasi khusus menyelaraskan Batalion 69 Komando (VAT 69) dan Unit Tindak Khas (UTK) dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan, jenayah berat, pengintipan, pemberontak dan lain-lain operasi khas di Malaysia. Markas ini juga berperanan membantu Cawangan Khas.

Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan khusus di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Batalion 69 Komando dan Unit Tindak Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Kedua-dua Unit Elit ini disatukan pada tahun 1997 dan di pusatkan di Ibu Pejabat PGK di Bukit Aman. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota termasuk VAT 69 bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyeragaman ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, Beret kelabu pasir dipakai semula oleh VAT 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Markas Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.

Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2004 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi VAT 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

Unit Gempur Marin (UST)

Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat.

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 18 kematian termasuk Ibrahim dan 4 polis.

Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

Fungsi
Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-

Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,

Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat, Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu, Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan; dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai oleh seorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

Komposisi unit

Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1 seksyen “Water Cannon”; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

Lokasi

Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP di letakkan di bandar-bandar besar dan strategik seperti berikut :-

Unit 1 -          Kuala Lumpur
Unit 2 -          Johor Bahru
Unit 3 -          Pulau Pinang
Unit 4 -          Kuala Lumpur
Unit 5 -          Ipoh
Unit 6 -          Kuala Terengganu
Unit 7 -          Seremban # Temerloh / Maran
Unit Berkuda           -          Kuala Lumpur
Terup Wanita          -          Kuala Lumpur

PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.

Unit Implimentasi C4-i

Anggota polis menjalankan tugas sekatan jalanraya untuk tugas pencegahan jenayah.
Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.



Pasukan Gerakan Marin

Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia ditubuhkan pada bulan September 1947 di Pulau Pinang. Pada awalnya ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka dan Pelabuhan Pulau Pinang. Kini terdapat banyak aktiviti lautan yang berkembang seperti carigali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.

Kini PGM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Peranannya pula diperluaskan bagi turut melaksanakan tugas kawalan keselamatan dan mencegah jenayah di daratan, di kawasan pulau, tasik dan juga sungai yang mempunyai penduduk dan kepentingan negara.

Pusat Kawalan Malaysia

Unit Udara PDRM
Unit Udara Polis Diraja Malaysia merupakan salah satu dari elemen PDRM yang bernaung di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA). Unit ini telah di tubukan pada 19 Disember 1997 yang telah di rasmikan oleh Tan Sri Hj. Mohd Haniff bin Omar (KPN), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Subang.Dan pada tahun 2014 Unit Udara Polis telah di tukar nama kepada Pasukan Gerakan Udara bagi meningkatkan peranan dan fungsi di dalam PDRM. Fungsi utama Pasukan Gerakan Udara PDRM adalah untuk memantau atau membuat rondaan di kawasan laut dan darat bagi kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan negara. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai membantu kepada agensi-agensidan cawangan-cawangan lain yang terlibat dengan penugasan keselamatan negara. Dalam penglibatan misi menyelamat, pihak PGU juga telah memberikan bantuan seperti penerbangan emergency (mercy flight) yang mana ianya menumpukan kepada misi pemindahan mangsa-mangsa banjir, bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman bagi menerima rawatan (seperti Orang Asli dan termasuk pendalaman Sabah dan Sarawak).[perlu rujukan]

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism)
Tarikh Penubuhan 1 Mac 2009

Misi dan Visi Mengambil pendekatan dengan mempertingkatkan kemahiran dan menyusun strategi yang mantap dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan, Jenayah terancang, Jenayah bersindiket dan penggubahan wang haram.

Fungsi dan Peranan

Menjalankan tugas-tugas pengumpulan risikan dan operasi pembanterasan aktiviti kumpulan-kumpulan dan elemen-elemen keganasan serta operasi membanteras dan pengumpulan risikan terhadap kegiatan jenayah terancang, Jenayah bersindiket dan pengubahan wang haram.
Jabatan ini hanya wujud di Peringkat Persekutuan sahaja.
Jabatan ini bertanggungjawab di dalam menangani ancaman militan dan pengganasan baik dari dalam mahupun dari luar negara. Semenjak ditubuhkan, jabatan ini telah banyak menjalankan operasi dan berjaya menangkap sasaran yang dikehendaki oleh PDRM mahupun oleh negara asing. Jabatan ini diketuai oleh Komisioner Polis (CP).


Senarai Pemerintah Tertinggi PDRM

Ketua Polis Negara
IGP Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador

Timbalan Ketua Polis Negara     
DIGP Dato' Mazlan bin Mansor

Senarai Pengarah Jabatan

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)        
CP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani

Cawangan Khas         
CP -

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)       
CP Datuk Seri Mohmad bin Salleh

Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi 
CP Dato' Tajudin bin Md. Isa

Jabatan Pengurusan      
CP Dato' Abdul Rahim bin Jaafar

Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti 
CP Dato' Sri Rosli bin Ab Rahman

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)    
CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
CP

Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standart (JIPS)
CP Dato' Zamri bin Yahya

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
SAC Dato' Azisman bin Alias

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

SAC Dato' Azisman bin Alias


Senarai Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis

Johor  
SDCP Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd

Timbalan:
DCP Dato' Mohd Zakaria bin Ahmad

Melaka          
DCP Datuk Raja Shahrom bin Raja Abdullah

Timbalan:
SACP Mohd Kamaluddin bin Kassim

Negeri Sembilan
DCP 

Timbalan:
SACP Datuk Mohammad bin Mat Yusop

Kuala Lumpur
SDCP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim

Timbalan:
DCP Datuk Roslan bin Bek Ahmad

Selangor
SDCP Datuk Noor Azam bin Jamaluddin

Timbalan:
DCP Datuk Abd Rashid bin Abd Wahab

Perak 
SDCP Datuk Razaruddin bin Hussain

Timbalan:
DCP Datuk Lim Hong Shuan

Kedah
SDCP Dato' Zainuddin bin Yaacob

Timbalan:
DCP Datuk Mat Kassim bin Karim

Pulau Pinang
SDCP Datuk T. Narenasagaran

Timbalan:
DCP Datuk Roslee bin Cheek.

Perlis
SACP Noor Mushar bin Mohamad

Kelantan
DCP Dato' Hasanuddin Bin Hassan

Timbalan:
SACP Datuk Azmi bin Kassim

Terengganu
DCP Dato' Aidi bin Ismail

Timbalan:
SACP Datuk Allauddeen bin Abd Majid

Pahang
SDCP Dato’ Zakaria bin Ahmad

Timbalan:
DCP Datuk Mohd Yusri bin Hassan Basri

Sarawak
CP Dato' Azmzn bin Yusof

Timbalan:
DCP Dato' Mohd Dzuraidi bin Ibrahim

Sabah

CP Datuk’ Omar bin Mammah

Timbalan:
DCP -

Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor Percubaan sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan utama, iaitu Pegawai Jeneral Diwartakan (ACP - IGP), dan Pegawai Diwartakan (P/INSP - SUPT).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Sub Ordinat.

Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat Pegawai Kanan Polis berpangkat IGP sehingga P/INSP menggunakan 'G' sebagai pangkal, manakala pemegang pangkat Pegawai Rendah Polis berpangkat S/INSP sehingga KONST menggunakan 'RF' dan Pegawai Sokongan Polis berpangkat S/INSP/S sehingga KONST/S menggunakan 'RF/S'

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

PEMERINTAH TERTINGGI PDRM (DIGP - IGP)

Inspector General of Police (IGP)
Inspektor General Polis

Deputy Inspector General of Police (DIGP)
Deputi Inspektor General Polis

PEGAWAI KANAN POLIS 

Commissioner of Police (CP)
Komisioner Polis (CP)

Senior Deputy Commissioner of Police (SDCP)
Senior Deputi Komisioner Polis

Deputi Commissioner of Police (DCP)
Deputi Komisioner Polis 

Senior Assistant Commissioner of Police (SACP)
Senior Asisten Komisioner Polis 

Assistant Commissioner of Police (ACP)
Asisten Komisioner Polis 

Superintendant of Police  (SP)
Superintenden Polis 

Deputy Superintendant of Police (DSP)
Deputi Superintenden Polis

Assistant Superintendant of Police  (ASP)
Asisten Superintenden Polis

Inspector of Police (Insp)
Inspektor Polis 

Probationary Inspector of Police (P/Insp)
Probotionari Inspektor Polis 

PEGAWAI RENDAH POLIS

Sub Inspector of Police (S/Insp)
Sub Inspektor Polis 

Police Sergeant Major (Sgt Major)
Sarjan Mejar (Sjn Mej)

Sergeant (Sgt)
Sarjan

Corporal (Cpl)
Koperal (Kpl)

Lance Corporal  (L/Cpl)
Lans Koperal (L/Kpl)

Police Constable (PC)
Konstabel (Konst)

Senarai Pangkat Polis PDRM



VAT 69

Sejarah

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik , Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Lambang Komando VAT 69

Motto
WARISAN DARAH PERWIRA

Maksud Lambang
Hitam
Melambang kerahsiaan terhadap sesuatu operasi yang dijalankan unit ini
Merah
Melambangkan keberanian setiap Pegawai dan anggota
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Merupakan salah satu senjata tradisional yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
Kerambit
Merupakan salah senjata tradisi bagi masyarakat melayu yang tersembunyi dan digunakan oleh mereka yang mahir
Organisasi
69 Komando Adalah Sebuah Batalion yang dibahagikan kepada empat skuadron dan beberapa cawangan, manakala kekuatan anggota tidak melebihi 1000 anggota. Kepakaran dan unit atau elemen khusus yang terdapat dalam setiap skuadron merupakan maklumat yang tidak boleh dihebahkan sewenang - wenangya, Seperti unit - unit khas lain, 69 Komando dilatih agar mampu menyerang dan memusnahkan musuh dari semua dimensi iaitu, darat, udara dan air.

Patrol 69 Komando/CIW
Unit asas bagi pasukan ini ialah unit patrol atau CIW. Jumlah anggota setiap unit asas ini adalah seramai enam orang. Bagi Patrol Penyusupan udara/hantaran udara mereka lazimnya akan digugurkan kira-kira lima kilometer dari kawasan sasaran dengan menggunakan teknik payung terjun yang dikenali sebagai HAHO (High Altitude High Opening - Penerjunan dan pembukaan payung pada jarak tinggi)

Latihan
Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa;

Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.
Payung Terjun
Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, 69 komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.

Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan
Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69 Komando sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.
Selam Tempur/Combat Diving
Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah selam tempur, separuh dari anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.
Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.

Kelengkapan

Pasukan 69 Komando dan Unit Tindak Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.


KETUA POLIS NEGARA
(INSPECTOR GENERAL OF POLICE)

fenner
Tan Sri Claude Fenner PSM (Mendiang)
(18 Sep 58 – 28 Mac 66)

Tun Mohammad Salleh bin Ismael  SSM PMN (Allahyarham)
(29 Mac 66 – 31 Jan 73)
(the first Malaysian became a IGP)

Tan Sri Abd Rahman bin Hashim  PSM (Allahyarham)
(1 Feb 73 - 7 Jun 74)
(he was shot died by the Communist Terrorist agent).

Tun Mohd Hanif bin Omar
(8 Jun 74 – 15 Jan 94)
(the longest serving IGP- so far (20 years in the office)

Tan Sri Abdul Rahim bin Noor
(16 Jan 94 – 7 Jan 99)

Tan Sri Norian bin Mai PGPP PMN PSM SPTS rcds
(8 Jan 99 – 4 Nov 03)

Tan Sri Mohamad Bakri bin Omar PGPP PMN PSM SPTS SPMS SPDK SJMK DHMS (Allahyarham)
(5 Nov 2003- 12 Sep 2006)

Related image
Tan Sri Musa bin Hassan PGPP PMN PSM PYGP SPMS SSAP PNBS DCSM SJMK DSAP DMSM rcds
(12 Sep 2006 – 11 Sep 2010)

Tan Sri Ismail bin Omar PGPP PMN PSM SPTS SPSK dll
(12 Sep 2010 - 16 Mei 2013)

Related image
Tan Sri Mohd Khalid bin Abu Bakar PGPP PMN PSM SSAP SPMS DPMS JMN 
(16 Mei 2013 - 6 Sep 2017)

Image result for tan sri fuzi harun
Tan Sri Mohamad Fuzi bin Harun PGPP PMN PJN SPTS SPDK DCSM SIMP DIMP PGDK KMN 
(6 Sep 2017 - 3 Mei 2019)

Datuk Seri Abdul Hamid bin Bador
(3 Mei 2019 - kini)


antara yang pernah menjadi Timbalan KPN
(mungkin tidak mengikut aturan- sekadar yang aku ingat sahaja)


Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim (KPN)

Tan Sri Mohd Hanif bin Omar (KPN)

Tan Sri Mohd Ariff bin Darus (Allahyarham)

Tan Sri Mahmud bin Mohd Yunus (Allahyarham)

Tan Sri Jaafar bin Abdul

Tan Sri Rahim bin Mohd Noor (KPN)

Tan Sri Norian bin Mai (KPN)

Tan Sri Mohammad Bakri bin Omar (KPN)

Tan Sri Mohd Jamil bin Johari

Tan Sri Mohd Sedek bin Mohd Ali (allahyarham)

Tan Sri Musa bin Hassan (KPN)

Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz

Tan Sri Ismail bin Omar (KPN)

Tan Sri Hussein bin Ismail

Tan Sri Mohd Khalid bin Abu Bakar

Tan Sri Mohd Bakri bin Mohd Zinin

Tan Sri Noor Rashid bin Ibrahim

;
  

Image result for tan sri bakri zinin  Image result for tan sri noor rashid ibrahim
n

.