MENTERI PERTAHANAN
MALAYSIA
SEJARAH
Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah ditubuhkan pada 31
Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di
Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut
menempatkan pejabat Menteri Pertahanan (MENHAN) yang pertama iaitu Allahyarham
Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga
22 September 1970.
Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina
oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan
oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang
dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima
dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan.
Akibat kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan
pemimpin betapa peri pentingnya pembesaran keanggotaan angkatan tentera, sebuah
kompleks yang mengandungi 6 blok setinggi 4 tingkat telah dibina di hadapan
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota bagi menampung jumlah keanggotaan yang
semakin bertambah. Bangunan bernilai RM 2 juta ini telah dirasmikan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra pada 6 April 1967.
Selepas pengunduran tentera British , Kerajaan Malaysia
mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari
sebarang ancaman. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan
selain mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan keperluan angkatan tentera
dari masa ke semasa.
Bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung, kerajaan
telah membuat keputusan membina satu bangunan baru untuk Kementerian
Pertahanan. Sebagai simboliknya, batu asas bangunan tersebut telah diletakkan
oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang
Haji Mustapha pada 10 Mac 1982. Bangunan baru yang terletak di Jalan Padang
Tembak, Kuala Lumpur ini telah dibina dengan nilai RM144 juta dan telah
disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat ini
dikenali sebagai "WISMA PERTAHANAN" yang turut menyediakan ruang-ruang
pejabat dan bilik-bilik mesyuarat. Kawasan sekeliling "WISMA
PERTAHANAN" yang dikenali sebagai Kompleks Wisma Pertahanan turut
menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta bertingkat,
auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawad), balai pengawal, menara,
bilik komputer, 'helipad', kafetaria dan lain-lain.
MENTERI PERTAHANAN
TUN HJ ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
(ALLAHYARHAM)
(31 OGOS 1957 - 12 OGOS 1973)
MERANGKAP TIMBALAN PERDANA MENTERI
DATO' HAMZAH BIN HJ ABU SAMAH
(ALLAHYARHAM TAN SRI)
(13 OGOS 1973 - 4 SEP 1974)
TUN HJ ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
(ALLAHYARHAM)
(5 SEP 1974 - 14 JAN 1976)
MERANGKAP PERDANA MENTERI
DATO' SERI HUSSEIN BIN DATO' SIR ONN
(ALLAHYARHAM TUN)
(15 JAN 1976- 27 JUL 1978)
MERANGKAP PERDANA MENTERI
DATUK HJ ABDUL TAIB BIN MAHMUD
(PEHIN TUN)
(28 JUL 1978 - 15 SEP 1980)
DATO' SERI HUSSEIN BIN DATO' SIR ONN
(ALLAHYARHAM TUN)
(16 SEP 1980 - 15 JUL 1981)
MERANGKAP PERDANA MENTERI)
DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMMAD
(TUN)
(16 JUL 1981- 22 APR 1986)
MERANGKAP PERDANA MENTERI
DATUK HJ ABDULLAH BIN HJ AHMAD BADAWI
(TUN)
(3 OGOS 1986 - MEI 1987)
DATO' TENGKU AHMAD RITHAUDDEEN BIN TENGKU ISMAIL
(TAN SRI)
(20 MEI 1987 - OKT
1990)
DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
(27 OKT 1990- 4 MEI 1995)
DATO' SERI SYED HAMID BIN TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR
(TAN SRI)
(5 MEI 1995 - 7 JAN 1999)
DATUK HAJI ABANG ABU BAKAR BIN DATU BANDAR ABANG HJ MUSTAPA
(TAN SRI)
(7 JAN 1999- 29 NOV 1999)
DATO' SRI MOHAMMAD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
(29 NOV 1999 - MAC 2008)
DATUK SERI HJ ABDULLAH BIN DATUK HJ AHMAD BADAWI
(TUN)
(MAC 2008 - 8 APR 2009)
MERANGKAP PERDANA MENTERI
DATO' SERI DR HJ AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(8 APR 2009 - 22 APR 2013)
DATUK SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(22 APR 2013 - 9 MEI 2018)
MERANGKAP MENTERI DENGAN TUGAS-TUGAS KHAS
TUAN HJ MOHAMAD BIN SABU
(12 MEI 2018 - kini)
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
Walaupun KEMENTAH dan jawatan Menteri Pertahanan (MENHAN)
telah diwujudkan sejak tahun 1957, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan hanya
diperkenalkan pada tahun 1970 apabila allahyarham Tun Abdul Razak dilantik
menjadi Perdana Menteri dan membentuk Kabinet pertamanya pada tahun 1970.
Perlantikan Timbalan Menteri Pertahanan ini adalah bagi melancarkan pentadbiran
di KEMENTAH kerana jawatan MENHAN disandang oleh Perdana Menteri sendiri yang
amat sibuk dengan tugas rasmi sebagai PM.
Bagaimanapun setelah Tun Razak dan Perdana Menteri yang
lain tidak membuat tugas MENHAN, jawatan Timbalan MENHAN ini tidak pernah
dimansuhkan kerana bidang tugas KEMENTAH amat luas dan penting yang memerlukan
MENHAN mempunyai seoarang Timbalan untuk membantu tugasnya.
Berikut adalah ahli politik yang pernah menyandang jawatan
Timbalan MENHAN.
YB Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail
(Sep 1970 - Ogos 1974)
YB Senator Datuk Dzulkifli bin Abdul Hamid
(Allahyarham)
(Ogos 1974 - Ogos 1976)
YB Dato' Mokhtar bin Hashim
(Sep 1976 - 1980)
YB Haji Abu Hasan bin Omar
(1980 - Jul 1981)
YB Datuk Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Mustapha
(Jul 1981 - Okt 1990)
YB Tok Muda Dato Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad
(Okt 1990 - Apr 1995)
YB Tok Muda Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che' Wan
(Apr 1995 - Nov 1999)
YB Datuk Mohd Shafie bin Apdhal
(Nov 1999 - Mac 2004
YB Datuk Hj Zainal Abidin bin Zin
(Mac 2004 - Mac 2008)
YB Datuk Abu Seman bin Yusop
(18 Mac 2008 - 9 Apr 2009)
YB Datuk Dr Abd Latif bin Ahmad
(9 Apr 2009 - 5 Mei 2013)
YB Datuk Hj Abd Rahim bin Bakri
(15 Mei 2013 - 29 Jul 2015)
YB Datuk Seri Mohd Johari bin Baharom
(29 Jul 2015 - 9 Mei 2018)
YB LIEW CHIN TONG
(17 Julai 2018 - kini)