MALAYSIA
Ketua Polis Negara
Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang
pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala
Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara
lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis
tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.
Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan
sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis
Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan
tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.
Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah
dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis
diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara
Republik Indonesia, Polis Diraja Thailand, Polis Diraja Brunei,
Pasukan Polis Singapura Polis Kebangsaan Filipina, dan Keselamatan Awam
Rakyat Vietnam.
Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia
di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di
dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198,
622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh
melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang
direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa
sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya
menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan
pada tahun tersebut.
Sejarah
Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur
Pintu Masuk
.
Zaman Tradisional Melayu
Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan
tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini,
mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang
terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.
Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda
Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh
bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka
Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.
Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:
“Setelah
siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan
segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang
sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia
Temenggung, "Adakah kawal semalam?"
Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka
titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit
seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian
orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja,
"Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri
Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu
ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang
Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada
Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka
Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam,
semua dikatakannya.......
"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika
bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu
malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang
oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."
Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri,
termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara
dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung
seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk
menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan,
timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki
mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang
amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.
Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai
pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai,
menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.
Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka
ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.
Zaman Portugis dan Belanda
Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh
askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat
kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem
"Kapitan".
Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir
dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor,
ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan
menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang
diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher
Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan
sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya
terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota
bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis
Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka.
Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa
Melaka di bawah pemerintahan Belanda.
Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan
raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.
Zaman Moden
Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795,
Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan
Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu
meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada
zaman itu.
Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807
hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris
di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis
British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.
Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff
yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang.
Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan
diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira
sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.
James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama,
manakala timbalannya ialah Andrew Bone.
Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa
British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan
negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah
terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu
organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan
dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi
ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan
dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan
organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun.
Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.
Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh
Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952.
Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation
Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai
serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap
dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan
dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.
Lagu Polis
Sedia Berkhidmat (lirik oleh Mohd. Zain Abu)
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
[Chorus]
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
LAGU RASMI PDRM: SEDIA BERKHIDMAT
LAGU RASMI PDRM: SEDIA BERKHIDMAT
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24
Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd
Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran
'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan
di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari
saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja
Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan
pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.
Insignia
Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).
Bulan dan bintang
Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi
negara ini.
Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia
sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan
satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas
pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan
Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai
pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan
dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa
dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.
Keris dan parang
Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Melanau, Orang Ulu, Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan
semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini,
PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963
iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan
sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang
rasmi kerajaan Malaysia.
Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta
kemakmuran negara.
Moto
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat
serta keazaman anggota pasukan.
Sang Saka Biru
Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau
warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.
Organisasi PDRM
(1) Jabatan Pengurusan
(2) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi
(3) Jabatan Siasatan Jenayah
(4) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(5) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(7) Cawangan Khas
(8) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(9) Jabatan Trafik
(2) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi
(3) Jabatan Siasatan Jenayah
(4) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(5) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(7) Cawangan Khas
(8) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(9) Jabatan Trafik
Jabatan Pengurusan
Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam
hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem
pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.
Fungsi
(1) Perkhidmatan/Perjawatan. Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan,
pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
(2) Pentadbiran Am dan Dasar. Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidikan/ Pembangunan , Hal
Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
(3) Latihan. Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus
Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
(4) Tatatertib. Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan,
siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
Cawangan
Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik/Pembangunan
Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Unit Pengambilan
Bahagian Istiadat
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)
Jabatan Siasatan Jenayah
Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Misi: Membebaskan Negara dan Masyarakat Malaysia dari
jenayah.
Fungsi
Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat
dan kongsi gelap
Bahagian/Cawangan
D1 - Bahagian Pentadbiran
D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
D3 - Bahagian Naziran
D4 - Bahagian Operasi/Risikan/Rekod
D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
D6 - Bahagian Bantuan Teknik
D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
D9 - Bahagian Siasatan Khas
D10 - Bahagian Makmal Forensik
D11 - Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan
Kanak-kanak
D12 - Bahagian NCB/Interpol
STAFOC (DIMANSUHKAN)
Jabatan Siasatan Jenayah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai
musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan
mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.
Fungsi
Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran
dadah
Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat
berkaitan dadah
Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket
pengedaran dadah
Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang
digunakan untuk memproses dadah.
Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan
dadah
Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan
dalam negeri
Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran
dan perkara yang berkaitan dengan dadah
Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana
terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik
samada di dalam dan luar negeri
Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada
di dalam dan di luar negeri
Cawangan-cawangan di bawah jabatan
Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner
Polis (CP).
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk
memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini
merangkumi sebahagian besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi
mencari dan menyelamat.
Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain.
Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam
rondaan maritim bersama untuk mencegah jenayah lanun dan pencerobohan sempadan
negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan
Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.
Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;
Pasukan Anti-Pengganas
Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2001 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.
Pasukan Gerakan Khas (PGK)
Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah markas operasi khusus
menyelaraskan Batalion 69 Komando (VAT 69) dan Unit Tindak Khas (UTK) dibawah
tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan, jenayah berat,
pengintipan, pemberontak dan lain-lain operasi khas di Malaysia. Markas ini
juga berperanan membantu Cawangan Khas.
Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan khusus
di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Batalion 69 Komando dan
Unit Tindak Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Kedua-dua Unit Elit
ini disatukan pada tahun 1997 dan di pusatkan di Ibu Pejabat PGK di Bukit Aman.
Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan
anggota termasuk VAT 69 bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyeragaman ini tidak
bertahan lama apabila pada tahun 2003, Beret kelabu pasir dipakai semula oleh
VAT 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22
Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun
mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan
induk dan seliaan Markas Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang
Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.
Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri
operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi
ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat
Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di
Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama
PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari
dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia
(POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh,
Indonesia pada akhir tahun 2004 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan
Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik
PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri
daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang
merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13
iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi VAT 69
adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.
Unit Gempur Marin (UST)
Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.
Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan
juga masyarakat menganggap mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan
tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera
Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan
hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat.
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)
Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 18 kematian termasuk Ibrahim dan 4 polis.
Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve
Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat,
merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini
lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan
gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan,
menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat
semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.
Fungsi
Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP
direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan
rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang
dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-
Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam
besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan
perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,
Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman
dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,
Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar,
kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat
nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat, Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah
dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau
kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu, Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan
dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan
intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.
PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh
seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA.
Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang
diperlukan; dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit
PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai
oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai oleh seorang
Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk
membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.
Komposisi unit
Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan
3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1
seksyen “Water Cannon”; dan komposisi kumpulan sokongan terup.
Lokasi
Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak
pantas untuk menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP
di letakkan di bandar-bandar besar dan strategik seperti berikut :-
Unit 1 - Kuala Lumpur
Unit 2 - Johor Bahru
Unit 3 - Pulau Pinang
Unit 4 - Kuala Lumpur
Unit 5 - Ipoh
Unit 6 - Kuala Terengganu
Unit 7 - Seremban # Temerloh / Maran
Unit Berkuda - Kuala Lumpur
Terup Wanita - Kuala Lumpur
PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.
Unit Implimentasi C4-i
Anggota polis menjalankan tugas sekatan jalanraya untuk tugas pencegahan jenayah.
Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control,
Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan
Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat
Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan
melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan
jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala
Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi
dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat
Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada
setiap kereta peronda yang beroperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah
dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah
ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang
beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama
kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis
dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar
utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat
terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.
Pasukan Gerakan Marin
Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia
ditubuhkan pada bulan September 1947 di Pulau Pinang. Pada awalnya ia
berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka
dan Pelabuhan Pulau Pinang. Kini terdapat banyak aktiviti lautan yang
berkembang seperti carigali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di
pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan
pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.
Kini PGM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan
dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan
ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah
bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini
cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan
hadapan.
Peranannya pula diperluaskan bagi turut melaksanakan tugas
kawalan keselamatan dan mencegah jenayah di daratan, di kawasan pulau, tasik
dan juga sungai yang mempunyai penduduk dan kepentingan negara.
Pusat Kawalan Malaysia
Unit Udara PDRM
Unit Udara Polis Diraja Malaysia merupakan salah satu dari
elemen PDRM yang bernaung di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &
Ketenteraman Awam (KDN/KA). Unit ini telah di tubukan pada 19 Disember 1997
yang telah di rasmikan oleh Tan Sri Hj. Mohd Haniff bin Omar (KPN), di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Subang.Dan pada tahun 2014 Unit Udara Polis
telah di tukar nama kepada Pasukan Gerakan Udara bagi meningkatkan peranan dan
fungsi di dalam PDRM. Fungsi utama Pasukan Gerakan Udara PDRM adalah untuk
memantau atau membuat rondaan di kawasan laut dan darat bagi kegiatan jenayah
yang berlaku di kawasan negara. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai
membantu kepada agensi-agensidan cawangan-cawangan lain yang terlibat dengan
penugasan keselamatan negara. Dalam penglibatan misi menyelamat, pihak PGU juga
telah memberikan bantuan seperti penerbangan emergency (mercy flight) yang mana
ianya menumpukan kepada misi pemindahan mangsa-mangsa banjir, bantuan kepada
penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman bagi menerima rawatan (seperti
Orang Asli dan termasuk pendalaman Sabah dan Sarawak).[perlu rujukan]
Cawangan Khas
Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.
Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism)
Tarikh Penubuhan 1 Mac 2009
Misi dan Visi Mengambil pendekatan dengan mempertingkatkan
kemahiran dan menyusun strategi yang mantap dalam memerangi dan membendung
ancaman keganasan, Jenayah terancang, Jenayah bersindiket dan penggubahan wang
haram.
Fungsi dan Peranan
Menjalankan tugas-tugas pengumpulan risikan dan operasi
pembanterasan aktiviti kumpulan-kumpulan dan elemen-elemen keganasan serta
operasi membanteras dan pengumpulan risikan terhadap kegiatan jenayah
terancang, Jenayah bersindiket dan pengubahan wang haram.
Jabatan ini hanya wujud di Peringkat Persekutuan sahaja.
Jabatan ini bertanggungjawab di dalam menangani ancaman
militan dan pengganasan baik dari dalam mahupun dari luar negara. Semenjak
ditubuhkan, jabatan ini telah banyak menjalankan operasi dan berjaya menangkap
sasaran yang dikehendaki oleh PDRM mahupun oleh negara asing. Jabatan ini
diketuai oleh Komisioner Polis (CP).
Senarai Pemerintah Tertinggi PDRM
Ketua Polis Negara
IGP Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador
IGP Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador
Timbalan Ketua Polis Negara
DIGP Dato' Mazlan bin Mansor
DIGP Dato' Mazlan bin Mansor
Senarai Pengarah Jabatan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)
CP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani
Cawangan Khas
CP -
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
CP Datuk Seri Mohmad bin Salleh
Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi
CP Dato' Tajudin bin Md. Isa
Jabatan Pengurusan
CP Dato' Abdul Rahim bin Jaafar
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti
CP Dato' Sri Rosli bin Ab Rahman
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd
CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
CP
CP
Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standart (JIPS)
CP Dato' Zamri bin Yahya
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
SAC Dato' Azisman bin Alias
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
SAC Dato' Azisman bin Alias
SAC Dato' Azisman bin Alias
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
SAC Dato' Azisman bin Alias
Senarai Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis
Johor
SDCP Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd
Timbalan:
DCP Dato' Mohd Zakaria bin Ahmad
SDCP Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd
Timbalan:
DCP Dato' Mohd Zakaria bin Ahmad
Melaka
DCP Datuk Raja Shahrom bin Raja Abdullah
Timbalan:
SACP Mohd Kamaluddin bin Kassim
Negeri Sembilan
DCP
Timbalan:
SACP Datuk Mohammad bin Mat Yusop
DCP
Timbalan:
SACP Datuk Mohammad bin Mat Yusop
Kuala Lumpur
SDCP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim
Timbalan:
DCP Datuk Roslan bin Bek Ahmad
Selangor
SDCP Datuk Noor Azam bin Jamaluddin
Timbalan:
DCP Datuk Abd Rashid bin Abd Wahab
SDCP Datuk Noor Azam bin Jamaluddin
Timbalan:
DCP Datuk Abd Rashid bin Abd Wahab
Perak
SDCP Datuk Razaruddin bin Hussain
Timbalan:
DCP Datuk Lim Hong Shuan
Kedah
SDCP Dato' Zainuddin bin Yaacob
Timbalan:
DCP Datuk Mat Kassim bin Karim
Pulau Pinang
SDCP Datuk T. Narenasagaran
Timbalan:
DCP Datuk Roslee bin Cheek.
Perlis
SACP Noor Mushar bin Mohamad
Kelantan
DCP Dato' Hasanuddin Bin Hassan
Timbalan:
SACP Datuk Azmi bin Kassim
Terengganu
DCP Dato' Aidi bin Ismail
Timbalan:
SACP Datuk Allauddeen bin Abd Majid
Pahang
SDCP Dato’ Zakaria bin Ahmad
Timbalan:
DCP Datuk Mohd Yusri bin Hassan Basri
Sarawak
CP Dato' Azmzn bin Yusof
Timbalan:
DCP Dato' Mohd Dzuraidi bin Ibrahim
Sabah
CP Datuk’ Omar bin Mammah
Timbalan:
DCP -
Tanda Pangkat PDRM
Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat
mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat
Inspektor Percubaan sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai
Rendah Polis Dan Konstabel.
Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan
kepada 2 kumpulan utama, iaitu Pegawai Jeneral Diwartakan (ACP - IGP), dan
Pegawai Diwartakan (P/INSP - SUPT).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula
dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor. Pangkat Korperal
sehinggalah ke pangkat Sub Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Sub Ordinat.
Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui
nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat Pegawai Kanan Polis berpangkat IGP
sehingga P/INSP menggunakan 'G' sebagai pangkal, manakala pemegang pangkat
Pegawai Rendah Polis berpangkat S/INSP sehingga KONST menggunakan 'RF' dan
Pegawai Sokongan Polis berpangkat S/INSP/S sehingga KONST/S menggunakan 'RF/S'
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang
terdapat dalam PDRM :-
PEMERINTAH TERTINGGI PDRM (DIGP - IGP)
Inspector General of Police (IGP)
Inspektor General Polis
Inspektor General Polis
Deputy Inspector General of Police (DIGP)
Deputi Inspektor General Polis
Deputi Inspektor General Polis
PEGAWAI KANAN POLIS
Commissioner of Police (CP)
Komisioner Polis (CP)
Komisioner Polis (CP)
Senior Deputy Commissioner of Police (SDCP)
Senior Deputi Komisioner Polis
Deputi Commissioner of Police (DCP)
Deputi Komisioner Polis
Deputi Komisioner Polis
Senior Assistant Commissioner of Police (SACP)
Senior Asisten Komisioner Polis
Senior Asisten Komisioner Polis
Assistant Commissioner of Police (ACP)
Asisten Komisioner Polis
Superintendant of Police (SP)
Superintenden Polis
Deputy Superintendant of Police (DSP)
Deputi Superintenden Polis
Assistant Superintendant of Police (ASP)
Asisten Superintenden Polis
Inspector of Police (Insp)
Inspektor Polis
Superintenden Polis
Deputy Superintendant of Police (DSP)
Deputi Superintenden Polis
Assistant Superintendant of Police (ASP)
Asisten Superintenden Polis
Inspector of Police (Insp)
Inspektor Polis
Probationary Inspector of Police (P/Insp)
Probotionari Inspektor Polis
PEGAWAI RENDAH POLIS
Sub Inspector of Police (S/Insp)
Sub Inspektor Polis
Sub Inspektor Polis
Police Sergeant Major (Sgt Major)
Sarjan Mejar (Sjn Mej)
Sergeant (Sgt)
Sarjan
Corporal (Cpl)
Koperal (Kpl)
Lance Corporal (L/Cpl)
Lans Koperal (L/Kpl)
Lans Koperal (L/Kpl)
Police Constable (PC)
Konstabel (Konst)
Konstabel (Konst)
VAT 69
Sejarah
Sejarah
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom
Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang
kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil
bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan
sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.
Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam
Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu
pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada
tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan
anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih
dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando.
Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah
dihantar ke Fort Kemar Grik , Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando.
Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup
nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi
komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan.
Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan
lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya
dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3
pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan
kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak
watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini
mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.
Lambang Komando VAT 69
Motto
WARISAN DARAH PERWIRA
Maksud Lambang
Hitam
Melambang kerahsiaan terhadap sesuatu operasi yang
dijalankan unit ini
Merah
Melambangkan keberanian setiap Pegawai dan anggota
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Merupakan salah satu senjata tradisional yang digunakan
oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
Kerambit
Merupakan salah senjata tradisi bagi masyarakat melayu yang
tersembunyi dan digunakan oleh mereka yang mahir
Organisasi
69 Komando Adalah Sebuah Batalion yang dibahagikan kepada
empat skuadron dan beberapa cawangan, manakala kekuatan anggota tidak melebihi
1000 anggota. Kepakaran dan unit atau elemen khusus yang terdapat dalam setiap
skuadron merupakan maklumat yang tidak boleh dihebahkan sewenang - wenangya,
Seperti unit - unit khas lain, 69 Komando dilatih agar mampu menyerang dan
memusnahkan musuh dari semua dimensi iaitu, darat, udara dan air.
Patrol 69 Komando/CIW
Unit asas bagi pasukan ini ialah unit patrol atau CIW.
Jumlah anggota setiap unit asas ini adalah seramai enam orang. Bagi Patrol
Penyusupan udara/hantaran udara mereka lazimnya akan digugurkan kira-kira lima
kilometer dari kawasan sasaran dengan menggunakan teknik payung terjun yang
dikenali sebagai HAHO (High Altitude High Opening - Penerjunan dan pembukaan
payung pada jarak tinggi)
Latihan
Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa;
Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik
rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti
penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan.
Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan
pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan
pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan,
perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa
diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.
Payung Terjun
Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana
65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga
pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand.
Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih
dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali
penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap
penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus
lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando
bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga
ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter.
Secara fakta, 69 komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.
Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan
Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69
Komando sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi
anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat
dan kereta api.
Selam Tempur/Combat Diving
Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah
selam tempur, separuh dari anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi
penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’
dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan
dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan
mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA
/ MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak
dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat
dan juga serbuan kapal.
Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan
cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu
keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk
mengikuti kursus di luar negara.
Kelengkapan
Pasukan 69 Komando dan Unit Tindak Khas dilengkapi dengan
peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah
senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.
KETUA POLIS NEGARA
(INSPECTOR GENERAL OF POLICE)
Tan Sri Claude Fenner PSM (Mendiang)
(18 Sep 58 – 28 Mac 66)
Tun Mohammad Salleh bin Ismael SSM PMN (Allahyarham)
(29 Mac 66 – 31 Jan 73)
(the first Malaysian became a IGP)
Tan Sri Abd Rahman bin Hashim PSM (Allahyarham)
(1 Feb 73 - 7 Jun 74)
(he was shot died by the Communist Terrorist agent).
Tun Mohd Hanif bin Omar
(8 Jun 74 – 15 Jan 94)
(the longest serving IGP- so far (20 years in the office)
Tan Sri Abdul Rahim bin Noor
(16 Jan 94 – 7 Jan 99)
Tan Sri Norian bin Mai PGPP PMN PSM SPTS rcds
(8 Jan 99 – 4 Nov 03)
Tan Sri Mohamad Bakri bin Omar PGPP PMN PSM SPTS SPMS SPDK SJMK DHMS (Allahyarham)
(5 Nov 2003- 12 Sep 2006)
Tan Sri Musa bin Hassan PGPP PMN PSM PYGP SPMS SSAP PNBS DCSM SJMK DSAP DMSM rcds
(12 Sep 2006 – 11 Sep 2010)
Tan Sri Ismail bin Omar PGPP PMN PSM SPTS SPSK dll
(12 Sep 2010 - 16 Mei 2013)
Tan Sri Mohd Khalid bin Abu Bakar PGPP PMN PSM SSAP SPMS DPMS JMN
(16 Mei 2013 - 6 Sep 2017)
Tan Sri Mohamad Fuzi bin Harun PGPP PMN PJN SPTS SPDK DCSM SIMP DIMP PGDK KMN
antara yang pernah menjadi Timbalan KPN
(mungkin tidak mengikut aturan- sekadar yang aku ingat sahaja)
Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim (KPN)
Tan Sri Mohd Hanif bin Omar (KPN)
Tan Sri Mohd Ariff bin Darus (Allahyarham)
Tan Sri Mahmud bin Mohd Yunus (Allahyarham)
Tan Sri Jaafar bin Abdul
Tan Sri Rahim bin Mohd Noor (KPN)
Tan Sri Norian bin Mai (KPN)
Tan Sri Mohammad Bakri bin Omar (KPN)
Tan Sri Mohd Jamil bin Johari
Tan Sri Mohd Sedek bin Mohd Ali (allahyarham)
Tan Sri Musa bin Hassan (KPN)
Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz
Tan Sri Ismail bin Omar (KPN)
Tan Sri Hussein bin Ismail
Tan Sri Mohd Khalid bin Abu Bakar
Tan Sri Mohd Bakri bin Mohd Zinin
Tan Sri Noor Rashid bin Ibrahim
.