Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, November 14, 2014

AF 079: PENGARAH MATERIEL

CAREER MURDER!!

Setelah berkhidmat untuk kali kedua di MLU sebagai Ketua Staf Khidmat (KSK), aku kembali bertugas di MINDEF sebagai PENGARAH MATERIEL berkuatkuasa pada 15 Jul 14. Namun atas keperluan tugas di MLU, tarikh pergerakkan ditangguhkan sehingga 25 Ogos 14.

Bermulalah era baru, menyandang tanggungjawab baru walaupun di unit (Bahagian Materiel) yang aku tinggalkan pada bulan April 2007 dahulu sebelum aku ditukarkan ke MLU.

Bagai terlepas bebanan sebuah bukit yang tergalas di atas bahu. Semoga pengganti saya Kol Dr Mohd Yunus (walaupun lebih muda) yang mempunyai pengalaman yang lebih luas berkhidmat di dalam dan di luar negara, mempunyai kelayakan akademik tertinggi (PhD) dam tiga ijazah Master (Sarjana) serta pelbagai kursus di luar Negara akan lebih tenang dan mudah mengendalikan MLU/MPBU ini.

Pelaporan Diri

Namun agak kurang memudahkan apabila, tiada peralihan jawatan, tiada serah menyerah tugas secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada warisan tiada wasiat yang ditinggalkan atau dipesankan oleh penyandang yang terdahulu. Maka aku terpaksa menerima hakikat untuk mencari kerja sendiri, apa yang patut di buat.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan profesionalisma kita sebagai 'logisticien' kerap dipertikaikan.

Sebagai Pengarah Materiel, adalah juga ahli tetap kepada jawatankuasa berikut:

(1)  Jawatankuasa Kerja (EXCO) JPPTU.
(2)  Jawatankuasa Spesifikasi Udara (JSU)
(3)  tugas-tugas lain (mewakili) yang diberikan oleh AKS Materiel

Tugasan Pertama

Pada 26 Sep 14, aku mempengerusikan Bengkel Penjajaran Organisasi Bahagian Materiel di PLPL Kinrara. Bagi menyemak keperluan KCP Bahagian Materiel TUDM yang baru.

Seterusnya hari demi hari sebagai Pengarah Materiel diterokai dengan semangat baru walaupun tubuh badan yang semakin tua dan berkurangan upaya.


Berikut adalah antara aktiviti yang aku lalu:

13-17 OKT 2014
BENGKEL SEMAKAN SILIBUS PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI DAN LLP MATERIEL DI HOTEL IMPIANA, JALAN SULTAN DR NAZRIN, IPOH



17 OKT 2014
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PEGAWAI MATERIEL SIRI 46/2014
di PLPL Kinrara

 

 

 

 

  

21 OKT 2014
MAJLIS MERAIKAN BEKAS WARGA ATM YANG CEDERA DI DEWAN SEROJA, MINDEF SEMPENA HARI ATM KE 81

 


TUGAS LAWATAN TAPAK PENGADIL ANUGERAH
AIKP 2014 DI MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELOK SEPANGAR, KOTA KINABALU
PADA 30 OKT 2014.
Pada pagi 30 Okt 14, Kumpulan Pengadil AIKP Kategori Kewangan bertolak dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MAS.

Check in di Novotel di kawasan perniagaan 1Borneo Hypermall (berhampiran dengan kampus UMS). Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) merupakan pasukan pertama yang dilawati dalam siri lawatan tapak ke 5 unit terbaik yang telah disenaraipendekkan. 

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke kawasan Pangkalan TLDM Telok Sepangar, KK. Satu pengalaman yang baharu.

Taklimat di MAKS dipengerusikan oleh Laksamana Muda Abd Rahman Ayob. Taklimat diberikan oleh Kept Jamal TLDM.


 (GAMBAR HILNG)
bertemu rakan facebook Sdra Onan (TLDM)


Perjalanan ke/pulang dari MAKS Telok Sepangar melalui kawasan perkampungan air. Bagaimanapun antara perkampungan air dengan laut dipisahkan oleh jalanraya yang kami lalui. Perkampungan atas air ini agak kecil jika dibandingkan dengan perkampungan di Brunei, Labuan atau kawasan sebelah timur Sabah..


TUGAS LAWATAN TAPAK PENGADIL ANUGERAH
AIKP 2014 DI PANGKALAN UDARA LABUAN
PADA 31 OKT 2014.


Setelah tamat lawatan ke Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) di Telok Sepanggar, kumpulan Pengadil bertolak ke PU Labuan pada pagi 31 Okt dengan menaiki pesawat Fire Fly dari KK ke Labuan.

(GAMBAR HILANG)
menaiki FireFly dari KK ke Labuan

Taklimat di PU Labuan dimulakan pada jam 1500 dan dipengerusikan oleh Mej Jen Dato Ansar Ali Majeth TUDM manakala taklimat disampaikan oleh Mej Norizan binti Wahab.

 (GAMBAR HILANG)
bertemu skot Lt Kol Jasni di Mes PU Labuan

 (GAMBAR HILANG)
bertemu skot BGen Dato' Hj Azlan di Mes Pegawai PU Labuan

Kami pulang ke KL dengan menaiki pesawat Air Asia pada jam 1730 dan tiba d KLIA2 lebih kurang jam 1000 malam.

Dari 12 hingga 14 Nov 14 aku menghadiri Seminar Pembangunan Pelan Strategik Materiel di Awana Resorts, Genting



 

Kebetulan selepas pembukaan Seminar, aku berpeluang menjemput Dato Hazizan Ahmad (skot exRAMD) dari Syarikat Rainboe Milleneum Sdn Bhd untuk membuat presentation produk syarikatnya, Interactive Smart Panel.

Pada 13 Nov pagi, turun dari Awana genting untuk menghadiri Lawatan tapak Tim Pengadil AIKP ke MTL (Bahagian Materiel).

Sepatutnya pada 12 Nov aku mengikut Tim pengadil AIKP ke PU Kuantan, tetapi tidak dapat kerana telah kommitted dengan Seminar Materiel yang telah dirancang dengan rapi. I made my way to be in MTL today (13th) for the site visit. Also very unfirtunate, I unable to follow the team to Kuching (Markas Pemerintahan Wilayah Timur TD) on the 14th due to my commitment to the Materiel.

  
  
menerima cenderahati dari Laksda Dato Mohd Noh
.
Tengahari 13 Nov, kembali ke Awana Genting untuk meneruskan agenda Seminar Pembangunan Strategik Materiel.


 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, seminar dapat dijayakan dengan baik. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg Dato Hj Azizan TUDM, AKS Materiel.

Pada 30 Nov 14 bersama isteri telah menghadiri Majlis Santapan Malam bersama DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (Kepten YDP TLDM) di Istana Alam Shah, Klang. Bertemu sahabat lama; kiri: Kept (M) Abd Hamid (sama-sama dalam AJK PIBG SKDTHO 1997/98)  dan Kept (M) Abu bakar Idris (rakan sekursus di MTAT 1999)


 
1 Dis 14- Project Manager Course by Airbus Business di Saujana Hotel and Resorts, Subang

Pada 6 Dis 2014, aku dan isteri menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Institut Latihan Tentera Udara (ITU), TUDM Ipoh.

 
 
 


22 Dis 2014
Majlis Makan Malam HUT ATM ke 81
Wisma Perwira ATM


 .
29 Dis 2014
Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir
Pangkalan Udara Subang


Khemah Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Mangsa Banjir

Bersama siswa Kursus AMS yang ditumpangkan khas ke PU Subang selama seminggu untuk membantu kerja-kerja di Terminal Udara PU Subang

Duty Colonel
29 Dis 14 - 5 Jan 15


menghantar YAB PM yang berangkat ke luar negara di PU Subang pada 1 Jan 15

menyambut ketibaan YABTPM di PU Subang pada 1 Jan 15

  
di Terminal Udara PUKL, mengiringi YB MENHAN sebelum menaiki pesawat EC725 ke Kelantan pada 3 Jan 15
  
 
Menyambut ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong pada 4 Jan 15


Mengikuti Rombongan PTU ke PU Kuantan
2 Jan 15


ketibaan di Terminal Udara PU Kuantan
Taklimat Ops Bantuan Banjir
dalam pesawat EC725, meninjau keadaan banjir dari udara
lawatan ke No 10 Skn
Makan tengahari di Wisma Ahli Udara PU Kuantan


Minum petang AKS Materiel bersama warga Materiel yang terlibat dalam Ops Murni di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Bantuan Banjir di AMS PU Subang pada 5 Jan 15

 


Pada 9 Jan 2015 aku menghadiri Majlis Perasmian Kurus Asas Materiel Siri 176/2015; Kursus Pengenalan Sistem Materiel Siri 2/15; dan Kursus Asas Pemandu Siri 78/2015 di PLPL Kinrara.


 
 
.

Pada 21 Jan 2015 aku menghadiri Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian Hadiah Peserta Kursus Pengurusan Pergerakan Udara Siri ke 53 di PLPL.



 
 

.







  WORK TO MOVE FORWARD  

 


As I mentioned in my earlier topic (about my career progression), I was not trained and groomed to be a Materiel Branch leader. I have very very strong reasons to support my point  even though this my personal view.  This is rational NOT emotional feeling.

In year 2004 when was promoted to the rank of Lt Col (in fact, I had submitted my application for early retirement in Dec 2003), my service came to 23rd year. Do you know what 'PURE' Materiel career course I had attended? Only 'Basic Supply Officer Course' in 1983. 

The other career courses' certificate kept in my 'clear folder' are Young Officer Ordnance, Squadron Officer Course and Staff College. Traditionally or more specific in the RMAF Officers' career development chart, other than Basic Logistics Officer Course and PME course (eg: SOC), within your first 10 year service, you should attend at least two specialist course related to Materiel functions such as:

Air Movement Officer Course (normally followed by Air Movement and Dangerous Goods Regulations in Australia)
Transport Fleet Officer (and followed by Qualified Testing Officer)
Fuel Quality Control Management Officer (followed by Supply Officer Fuel Management in Australia or USA).
Explosive Management Officer (followed by Supply Officer Explosive Ordnance or Explosive and Ordnance Demolition (EOD) in Australia, or Ammunition Technical Officer in Army Ordnance School)
Financial Officer Course (followed by Financial Controller Course in USA).

However, I had attended none of the above courses. The moral of the story is, I cannot (not qualified) to talk much on either one of the above subject matters.

Besides that, as a Materiel officer, you would normally selected for various proffesional or career course, such as:

1.   Cataloguing Officer Course (organized by MAFCA) - I was selected for this course but incompleted.
2.   Fund Regiment Course.
3.   Staff Writing Course (oranized by SITU)
4.   Instructional Techniques Course (organized by SITU)
5.   Squadron Officer Course (organized by SITU) - I attended
6.   Flight Safety Officer Course (organised by IGTU)
7.   Operational Logistic Planning Course (organized by PESAMA, MAB)

My history before joining the RMAF Materiel (Supply/Logistic) Community was also not very clean. After my SPM with a good result (Arts Stream), I went for Lower Six (Sekolah Alam Shah). Only one month in the class, I left my L6 and join UTM for my Diploma in Architecture. My life and rezeki in UTM also not fruitful. I failed after two years study (May 1979). Hanging unemployed for about a year before finally decided to join Officers cadet School in April 1980.

In January 1981, upon completion my cadet training, I was selected to take up flying traininng in RMAF Heli Flying School in Kluang. My life also unsuccessful here. I discontinued my course in Jun 1981- failed my flying course. Here, in Commandant Office of RMAF Kluang, I got my rank of 2nd Lt and to forget my ambition to be a pilot. Changed to Logistic Branch.

Today, with the Allah will, I am reaching the position that put me in the situation of  'either you want or not'  you have no choice to do it.  What I mean here is, as one of the top most senior position in Materiel Branch, I have no choice to participate and contribute in the decision making for the current and future of Materiel Branch.  In some forums or meetings, I stood up on behalf of my fellow officers and airmen - talking about policies and procedures, about their career development and planning and about future challenges.

See the topic.  Normally people will write 'The Way Forward' or 'Looking Forward' but I do not like that slogan because that only a cliche (in Melayu = klise).  We were (in the past) too much 'looking' or 'make a way' but lack or not even move (only looking).  That is why, in many occasions or events other people other branches took advantage on us and we just look and gave way?

If you look the functions (in the RMAF) that we need to carry out, it shows how big and heavy our responsibilty to ensure the operability of the air force.

1.   All type of storage or warehousing systems.
2.   Vehicle Fleet Managment
3.   Fuel (contract, delivery, inspection, Quality Control, issuing, and disposal)
4.   Movement and distribution (including land, sea and air)
5.   Budget and Financial Management
6.   Explosive and ordnance management (except for armament system)
7.   Procurement and contract management
8.   Domestic support (clothing, furniture, barrack, stationery, tyre)
9.   Accounting and inventory management (asset management).
etc

Secara keseluruhannya, kita akui bahawa tugas Cawang Materiel amat luas dan berat terutamanya di peringkat unit operasi.  Ketua Cawang Materiel (KCM) merupakan 'key personnel' yang bertanggungjawab kepada Komander atau Pegawai Memerintah (CO) bagi mempastikan setiap bidang yang disenaraikan di atas sentiasa dalam keadaan 'tip top' dan 'up-to-date'.

KCM merupakan individu yang menjadi orang penting dan orang kepercayaan Komander atau 'CO' kerana KCM merupakan pemegang kunci 'peti besi' unit berkenaan. Kalau mengikut peraturan yang wujud, CO adalah Pengurus Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dan beliau harus bertanggungjawab setiap sen peruntukan yang diterima kepada unit tersebut. Bagaimanapun CO mempunyai masa yang terhad dan tanggungjawab yang lebih luas di dalam mengendalikan unit di bawah perintahnya. Kelazimannya CO akan mewakilkan sebahagian dari kuasa kewangannya kepada KCM.  Malah ada CO yang 'switch off' dengan menyerahkan 100% kuasa kewangan ini kepada KCM tanpa 'double check'.  CO hanya ingin tahu semua 'paper work 'up-to-date' dan siaga untuk menerima lawatan audit.

CO juga hanya ingin tahu, jika kontraktor yang ada dalam 'check list'nya mendapat business. Macamana cara, itu tertakluk kepada kebijaksanaan KCM. KCM akan cover up segala kehendak CO walaupun kadangkala tidak mengikut peraturan. KCM tak mau langgar tembok, ikut sahaja.  CO tak risau apa-apa sebab dia tak sign apa-apa inden.  Jika ada audit atau BOI, KCM akan kena jawab untuk cover dirinya dan COnya sekali.

Banyak sudah kes berlaku, apabila berlaku perlanggaran peraturan, CO lepas tangan, lepas tengkuk, alasannya- semasa JTP, KCM tak bagi tau bahawa itu melanggar peraturan.

Jika tersalah orang, ini akan mengundang penyalahgunaan kuasa.


Tapi bayangkan, kita ambil contoh Pangkalan Udara Subang. Semasa pangkalan dibuka pada tahun 1985, CO berpangkat Lt Kol TUDM dan KCM berpangkat Mej TUDM. Kemudian pangkat CO dinaikkan taraf kepada Kol TUDM dan pada tahun 2011 sekali lagi dinaikkan ke taraf Brig Jen TUDM.  Tetapi, pangkat KCM kekal Mej TUDM!.  Kalau dalam tahun 1985 KCM cuma jaga nilai wang lebih kurang RM20,000 sahaja (hanya training grant, unit self-help dan N/A sahaja) tanpa menjaga buku vot (semua di MINDEF), kini KCM menjaga nilai wang melebihi RM2 juta dan sebagai PTJ terpaksa mengawal pelbagai dokumen kewangan.  Kalau dulu hanya ada pesawat C130/PC130 dan F28 sahaja, kini jumlah dan jenis pesawat dan aset lain telah bertambah. Inventori rumah keluarga meningkat lebih 1000%!  Unit lodger juga bertambah.





Enough is Enough


Apabila bercakap tentang warga Materiel, INTEGRITY selalunya jadikan isu.  Sama ada kalangan pegawai atau LLP, tahap kejujuran mereka sentiasa disangsikan.  Kenapa?  Mudah sahaja, kerana antara satu bidang tugas anggota Materiel adalah menguruskan pesanan pembelian, menguruskan perakaunan kewangan, menguruskan penerimaan barang perolehan, menguruskan bajet, menguruskan pembaikan komponen, berurusan secara langsung dengan pihak kontraktor, menguruskan bil-bil tuntutan pembayaran dari kontraktor dan berbagai lagi.



Lalu, mereka (yang sangsi) membuat andaian bahawa warga Materiel yang bertugas di bahagian-bahagian yang menguruskan perolehan mudah terjebak atau terdedah dengan salahlaku atau salahguna kuasa, berpakat dengan pihak kontraktor supaya mark-up harga barang, meminta ganjaran atau upah kerana mempercepatkan proses bil tuntutan, memilih rakan atau saudara sebagai pembekal, membeli barangan yang kurang kualiti dengan harga barang berkualiti, mengubah kuantiti barangan lebih banyak dari kuantiti sebenar yang diterima, malah ada yang menjual bahanapi dari tanker pembekal dan pelbagai salahlaku lagi.



Walaupun terdapat segelintir yang melakukan perkara tersebut, tapi bila kerap kali kes yang serupa berulang maka persepsi tadi jadi semakin kuat.  Apa tah lagi, kalau yang terlibat bukan sahaja pegawai kanan yang berpengalaman.  Ini cekudut yang baru 3-4 tahun berkhidmat pun dah pandai main kayu tiga.  Malah pernah terjadi kes pemalsuan Borang Pesanan Kerajaan hingga mencapai angkat juta.



Maka, amat sukar untuk memadamkan persepsi negatif ke atas warga Materiel.


Sebenarnya, jika mengambil kira kes-kes yang lepas, isu rasuah dalam TUDM ni bukan hanya melibatkan warga Materiel.  Warga cawangan lain pun sama juga.  Tapi bukan hasrat aku di sini untuk membuat perbandingan. Lebih baik aku fokus kepada rumah tangga aku (Materiel). Jaga kain sendiri supaya tak terlucut.


Pertama sekali, aku ingin membuat sedikit analisis mudah ke atas krisis kepimpinan dan peralihan kuasa dalam Cawangan Materiel.


Leadership Crisis


Krisis kepimpinan dalam Cawang Materiel telah berlaku beberapa kali.  Ia berlaku secara semula jadi kerana 'isu persepsi' tadi atau pun  menjadi mangsa kepada 'satu konspirasi' atau menjadi 'kambing hitam' kepada seseorang yang lain.


Krisis kepimpinan yang bakal diceritakan telah menyebabkan peralihan kuasa atau 'succession planning' dalam cawang Materiel tidak dapat dilaksanakan dengan tersusun. Malah mengujudkan pelbagai persepsi negatif dan hilangan kepercayaan dari pemimpin atasan.


Pernah diceritakan, tragedi pertama terjadi menimpa Pengarah yang pertama di awal tahun 80an.  Dikatakan melibatkan perolehan alat ganti pesawat F5E dari USA.  Malang sungguh, bagi melindungi agenda konspirasi yang lebih besar, ia berakhir dengan beliau terpaksa merengkok di penjara untuk beberapa tahun. Anak Melayu pertama diberi amanah untuk memimpin warga 'Supply' telah tersungkur angkara jerung.


Tragedi kedua menimpa pemimpin Materiel juga.  Tidak sampai 5 tahun dari krisis pertama. Materiel mempunyai pemimpin yang tegas, workoholic, bestari, muda dan berwawasan. Kali ini pemimpin kita didakwa sebagai terlibat menerima ganjaran dari pihak kontraktor atas kepentingan peribadi. Beliau terpaksa mengundurkan diri bagi membolehkan kelancaran proses perbicaraan di mahkamah.  Alhamdulillah, mahkamah mendapati beliau tidak bersalah dan tidak perlu membela diri. Namun jawatan telah hilang, beliau terpaksa berkelana membina hidup baru dalam persekitaran yang berbeza. Memperjudikan kehidupan dalam keadaan maruah telah tercalar.


Walaupun imej Materiel terselamat dari terus tercalar, ia mengorbankan seorang pemimpin yang berdedikasi. Kali ini Materiel kehilangan takhta kepimpinan.  Sehinggalah dikembalikan 2-3 tahun kemudian.


Setelah 18 tahun lautan tenang dari lambungan ombak, tiba-tiba Tsunami mengGANAS. Gempa bumi yang bermula di MLU tetapi kesannya dirasai seluruh organisasi Materiel khususnya di peringkat kepimpinan Materiel di MTU.  Walaupun konspirasi asasnya bukan angkara kepimpinan dari warga Materiel, namun apabila ketua bot nelayan memasang  dan menarik pukat tunda, bukan ikan besar sahaja yang masuk, segala jenis dan saiz ikan termasuk ikan bilis akan terperangkap. Kali ini lebih ramai individu dari warga 'Logistik' (satu definisi yang merangkumi warga Kejuruteraan dan Materiel) terpaksa mengakhiri kerjaya dalam TUDM dalam keadaan terluka. Sekali lagi, pucuk pimpinan Materiel terlepas lagi. .


Yang herannya, dalam tempoh krisis seperti ini,ada juga individu yang mengambil kesempatan untuk mempromosi diri dengan menyebut keburukan rakan sendiri. Tanpa disedari, pihak lawan sentiasa menunggu cerita-cerita begini. Buat senjata untuk membunuh kita.


Syukur, tidak lama hanya mengambil masa  kurang dari 6 bulan.  Tetapi dalam keadaan peralihan itu pun berlaku 'persepsi negatif' terhadap  integriti warga Materiel yang amat sukar dipulihkan.


Apa-apa pun setiap kesedihan atau setiap musibat yang menimpa seseorang akan memberi kegembiraan kepada seorang yang lain.  Itu adat duniawi. Satu kejatuhan akan memberi kenaikan kepada seorang yang lain. Namun cabaran, dugaan, hasad dengki, tohmahan, fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkan sentiasa menanti sesiapa sahaja yang naik menjadi pemimpin Materiel.  Bukan lawan atau musuh tetapi kawan taulan, sahabat handai yang sama-sama bergelak ketawa, sama-sama bergurai senda, sama-sama duduk membincangkan kertas kerja, sama-sama kononya menjulang martabat warga Materiel.  WASPADALAH.


Oleh itu, sesiapa sahaja yang merasa integriti  tubuh badannya dipersoalkan (dan benar wujud) tetapi telah terlepas dari tindakan, usahlah bergembira.  Insaflah.  Tempoh yang pendek dalam TUDM bukan untuk mencari kekayaan atau membina empayar.  jangan menjadi gunting dalam lipatan, menjadi api dalam sekam, atau menjadi buaya dalam air tenang.


Bagaimana Materiel boleh maju, boleh membangun, boleh mantap, boleh efisyen KALAU setiap peralihan kuasa kepimpinan adalah melalui KRISIS, bukan melalui peralihan yang benar-benar 'sedia menyerahkan kuasa kepada pengganti' dengan terancang dan tersusun.


Implikasi Krisis

Apa implikasi dari krisis kepimpinan serta peralihan kuasa yang tidak tersusun/terancang tadi?

Materiel semakin sukar untuk membangun dan memperkuatkan diri.
Tiada kesinambungan kepimpinan yang mantap. Yang baru naik hanya ingin mencipta sesuatu mencipta nama diri sendiri, bukan untuk Materiel sejagat.
Persepsi negatif bertambah sukar untuk dihapuskan.
Wujud kelompok 'orang aku, orang dia' menjurus kepada pilih kasih atau favouritism.
Wujud kumpulan yang tersisih yang akan melahirkan rasa tidak puas hati dan berdendam.
Wujud agenda fitnah memfitnah.
Wujud agenda bodek membodek pihak atasan.
Wujud kumpulan yang melarikan diri, kerana merasa dirinya tidak lagi berharga dan enggan menerima jemputan walaupun setelah bersara.

Sebagai satu permulaan, usaha untuk meraih minat warga Materiel sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara telah dibuat.  Aku telah membuka group dalam facebook bertajuk "Kelab Pegawai Materiel TUDM" pada 15 Okt 2011. Dan sambutannya amat menggalakkan sekali.  Dalam tempoh 2 bulan sahaja, keahliannya sudah mencapai lebih 100 orang.

Sungguh membanggakan, kerana ahlinya meliputi semua peringkat warga Materiel, dari yang berpangkat Mej Jen hingga ke Lt Muda TUDM, sedang berkhidmat dan yang telah meninggalkan TUDM sama ada bersara atau menamatkan tempoh TJP.  Malah, mantan APTU Materiel kita; Y.Bhg Brig Jen Dato' Mohd Idris bin Saman TUDM (Bersara) begitu aktif mengikuti perkembangan dalam group ini.

Diharapkan, kewujudan Group facebook ini akan menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan di kalangan warga dan bekas warga Materiel TUDM- sebagai pelantar untuk bertukar fikiran dan meluahkan perasaan 'within the acceptable parameter' dan seterusnya mengeratkan/mengukuhkan dan meneruskan eksinambungan ukhwah.


Dalam dunia IT sekarang, banyak maklumat boleh disampaikan dengan tepat.  Tidak perlu mendail telefon satu persatu.  Senang cerita, sesiapa yang tidak berminat dengan IT, dia akan tertinggal maklumat.


 
 

Transformasi 1

Semasa berlakunya reorganisasi TUDM pada tahun 1994, ITSBL telah ditubuhkan bagi melatih pegawai, juruteknik dan penyelenggara stor peluru TUDM.  Konsep penubuhannya adalah berbentuk 'integrated logistic' iaitu gabungan atau usahasama antara Cawang Kejuruteraan (CK) dan Cawang Materiel (CM).  Kontrak sosial asal antara CK dan CM ialah Pegawai CK akan memegang jawatan Komandan atau Pegawai Memerintah, manakala pegawai CM menjadi Ketua Jurulatih.  Namun dalam tahun 1997, proses peminggiran pegawai CM telah berlaku.  Pegawai CM tidak diberi peranan sewajarnya, mereka hanya membawa peranan sebagai 'local supply' sahaja. Semua aspek latihan dikawal sepenuhnya oleh CK.  Melihat perkembangan ini, Bahagian Materiel merasakan perlu untuk melakukan transformasi.

Selaku PS1 SISMAT pada masa itu, aku melihat bahawa penubuhan PLPL (gabungan SEKLOG dan PLKK) merupakan satu pelantar yang baik untuk meletakkan elemen latihan pegawai terminal peluru dan penyelenggara stor bahan letupan sebagai sebahagian dari peranan PLPL. Ini secara langsung dapat meletakkan semua elemen latihan yang 'materiel-related' dalam satu tempat dan dikawalselia sendiri oleh CM.

Namun usaha merealisasikan transformasi itu tergendala lantaran PLPL yang terletak di PU Subang tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi.  Maka 'pelan pemindahan' terpaksa dilupakan sementara waktu. Aku pula telah meninggalkan SISMAT pada 31 Dis 98 untuk ke MTAT dan seterusnya bertugas di Perbendaharaan sehingga Feb 2004.

Pada tahun 2001, apabila PLPL telah mempunyai kompleksnya sendiri di Kem Kinrara dan mempunyai misi untuk menjadikan PLPL sebagai 'centre of excellence for logistic training'. Namun pelan transformasi 1997 tidak pernah diusahakan semula.

Apabila aku kembali ke SISMAT pada bulan Feb 2004, pertama pertama yang aku cari ialah 'pelan perpindahan' yang aku buat dalam tahun 1997.  Namun aku gagal mencari dokumen asal dalam fail di Bahagian Materiel. Apa lah punya Bangla. Syukur, Mej Abd Wahab bin Enok TUDM (Komandan PLPL waktu itu) dapat mengesan kembali segala dokumen asal dari fail di PLPL.  Maka, tanpa melengahkan masa lagi, aku mengusahakan Arahan Tadbir Perpindahan.  Beruntung juga kerana AKS pada masa itu, Brig Jen Amir menyokong usaha aku.  Pihak CK agak tergamam dengan arahan itu (mereka tidak menyangka sekali), namun dokumen 1997 telah menjadi senjata yang berkesan untuk menahan mereka dari melakukan usaha untuk menggagalkan proses perpindahan.


Transformasi 1 telah menjadi kenyataan.


  

Transformasi 2

Sepanjang tempoh menjawat Pengarah Materiel aku tidak sempat untuk membuat lawatan ke mana-mana unit TUDM kerana terlalu sibuk dengan tugasan.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat baru Pengarah Materiel pada 25 Ogos 2014, langkah pertama yang aku laksanakan ialah menderaf, merangka dan menyediakan Pelan Transformasi dan Strategik Materiel (PTSM) seiring dengan Pelan Transformasi TUDM 2012-2020.

Deraf PTSM ini telah diseminarkan pada 12 hingga 14 Nov 14 di Awana Genting. Perlu dibuat penyesuaian dan pindaan sebelum dilancarkan.

Deraf akhir telahpun disiapkan sebelum aku bertukar keluar. Aku harap, kepimpinan Materiel dapat melihat semula deraf tersebut bagi meneruskan agenda dan usaha memartabatkan warga Materiel.

Terpulanglah.

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang

Tugasku sebagai Pengarah Materiel begitu singkat. Pada 4 Mac 2015, aku menerima berita bahawa Mesyuarat Tertinggi Pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang bersidang pada 3 Mac 15 telah meluluskan pertukaranku ke Markas ATM bagi membuat tugas Pengarah Bantuan Khidmat di Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) berkuatkuasa 15 Mac 15.

Pada 16 Mac 2015, aku menyerahkan jawatan Pengarah Materiel kepada Kol Yohanez binti Ahmad TUDM.

SAYONARA MTU

RASAnya aku merupakan pencipta sejarah TUDM sebagai pemegang jawatan Pengarah Materiel yang TERsingkat setakat hari ini.

Sebenarnya, selama lebih kurang 6 bulan sebagai Pengarah Materiel aku sudah dapat merasai bahawa kerjayaku dalam Cawang Materiel TUDM sudah sampai ke penghujungnya. Atau lebih jelas lagi, akan tiada lagi peningkatan dalam kerjayaku.

Walaupun secara teorinya, sejak dahulu lagi jawatan Pengarah Materiel merupakan paling senior selepas jawatan AKS Materiel. Secara teorinya, Pengarah Materiel adalah bakal mewarisi jawatan AKS Materiel. Hampir kesemua AKS Materiel pernah menjawat jawatan Pengarah seperti Dato' Azizan, Dato' Roslan, Dato' Amir, Dato' Othman, Dato' Idris, arwah Pak Rahman dan arwah Pak Tahir.

Beberapa AKS Materiel yang tidak pernah memegang jawatan Pengarah sebelum ini ialah Dato' Anim, Datuk Robless dan Datuk Ali Nasirudin.

Manakala penjawat Pengarah yang tidak berpeluang menjadi AKS ialah Kol Ahmad Haidir dan Kol Mohd Zaki.

Sepanjang aku dalam jawatan Pengarah, aku sudah merasai bahawa kehadiranku tidak diperlukan oleh BOSSku sendiri, iaitu AKS. Bukan sahaja tidak dialu-alukan malah, dipinggir dan tidak diberikan kepercayaan sebagaimana sepatutnya. Antara buktinya ialah:

PERTAMA. Sewaktu melapor diri (membuat arrival) pada 25 Ogos 15, aku hanya diberitahu bahawa tiada 'handing-over duty' dilaksanakan. Walaupun Pengarah sebelum ini telah mengosongkan jawatan sejak bulan Jun (HAMPIR TIGA BULAN), tiada siapa yang memangku tugas. Macam Kerajaan Pasir Berdengung. Sebelum ini aku dimaklumkan bahawa HO/TO jawatan adalah wajib untuk semua dan perlu diselesaikan sebelum bertukar keluar. Apa yang BOSS aku bagi tau ialah; "Tengok la dan buat la apa yang patut". Agaknya, apa akan berlaku kalau setiap peringkat pegawai Materiel yang bertukar keluar memberi pesanan yang sama kepada pegawai yang baru mengambil-alih jawatan. NO WONDER, Materiel kita tidak dihormati oleh orang lain. Kita SYOK SENDIRI atau PERASAN yang kita expert dalam kepakaran kita. BAYANGKAN kalau jawatan Pengarah Materiel diambil ringans seperti ini. Dari maklumat yang diterima dari staf, Pengarah sebelum ini pun datang masuk pejabat dan balik ikut suka dia.

KEDUA. Semasa menjawat jawatan Pengarah (pegawai yang terkanan di MTU-Materiel), aku hanya diberi tugas menjaga Cawangan SISMAT sahaja (aku pernah menjadi PS1 SISMAT pada tahun 1997 dan 1998 (pangkat Mej), 2004 dan 2005 (pangkat Lt Kol). Di bawah aku hanya ada seorang Lt Kol TUDM, tiga orang Mejar TUDM dan seorang Kapt TUDM serta kurang 10 orang staf. Pada hal, cawangan itu sepatutnya hanya dikelola oleh PS1 SISMAT sahaja. Sebelum ini, selain dari PS1 SISMAT, sel-sel di bawah PS1 Perolehan, PS1 Khidmat Material dan PS1 Kontrak adalah di bawah pengawasan Pengarah Materiel. Kali ini ketiga-tiga PS1 tersebut melapor terus kepada AKS Materiel. Seolah-olah Pengarah yang ada TIDAK CAPABLE atau TIDAK DIPERCAYAI untuk mengandar tugasan tersebut. Tapi itulah yang berlaku sepanjang 7 bulan aku di situ.

KETIGA, BOSS aku akan bersara mulai Ogos 2015, tetapi sepanjang tempoh lebih kurang 7 bulan sebagai Pengarah, aku hanya dipanggil 3 atau 4 kali sahaja oleh BOSS aku untuk membincangkan urusan berkaitan kerja. Bayangkan!! Jelas kehadiranku seolah-olah tidak diperlukan dan pastinya menggambarkan bahawa Pengarah tidak perlu dimaklumkan apa-apa kerana bukan dia yang bakal ambil-alih jawatan aku.

KEEMPAT. Terakhir, apabila tempoh persaraan BOSS aku hanya tinggal lebih kurang 5 bulan lagi, aku telah ditukarkan keluar ke Markas ATM, satu jawatan yang berjarak semakin jauh dengan AKS Materiel. Jadi tak mungkin bagi aku akan balik semula ke TUDM dalam masa 5 bulan. Mustahil. ITULAH INDIKASI TERAKHIR pembunuhan kareerku dalam Cawangan Materiel TUDM.


PERCAYA KEPADA ALLAH, REDHA DENGAN KETETAPAN ALLAH

.