Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, January 27, 2014

AF072: MIDNIGHT MISSION TO AYER BALOI


PERGINYA SEORANG BINTARA

Pada jam 0844H, 28 JAN 14 ketika menunggu ketibaan Panglima untuk memulakan Mesyuarat JTP di MLU, aku terima mesej (SMS) dari Ketua MATRA 1, Lt Kol Abdullah bin Lazim.

"As Salam Tuan, dukacita dimaklumkan PW MATRA I, PW Saiful Nizam meninggal dunia pagi tadi dalam kemalangan jalanraya. Saya sedang urus."

Setelah dimaklumkan mayat akan menjalani prosedur post mortem di PPUM dan akan mengambil masa yang panjang dan Lt Kol Abdullah telah pun berada di sana untuk menguruskannya aku mengambil keputusan meneruskan menyertai mesyuarat sehingga selesai.

Semasa mesyuarat Panglima turut mengikuti perkembangan insiden dan memastikan segala urusan dilaksanakan dengan lancar. Aku juga meminta kebenaran kepada Panglima untuk mengetuai rombongan mengiringi jenazah setelah selesai post mortem, dimandikan dan disolatkan di Masjid PU Subang.

Setelah selesai dua mesyuarat lebih kurang jam 1230, aku terus pulang ke rumah untuk menukar pakaian bagi istiadat pengkebumian.

Jenazah hanya dapat dibawa keluar dari PPUM pada jam 1600 dan tiba di Masjid PU Subang pada jam 1630 untuk dimandikan. Kelewatan adalah disebabkan oleh masalah dokumen yang tidak lengkap kerana wallet allahyarham telah hilang (mungkin dicuri orang) semasa berlaku kemalangan.

Jenazah disolatkan selepas waktu Asar. Begitu ramai sekali yang hadir mensolatkan, aku jangkakan lebih dari 400 orang.


Bertolak dari PU Subang pada jam 1820. Ramai juga anggota TUDM yang turut mengiringi van jenazah. Sebuah bas 44 penumpang, sebuah van membawa family, sebuah van membawa kumpulan pengusung, sebuah MPV Hiace sebagai pemandu konvoi.

Jenazah diusung keluar dari Masjid PU Subang dengan penuh istiadat ketenteraan

 
 
melalui hiway ELITE dan masuk ke PLUS di persimpangan Nilai 
.

Perjalanan dari PU Subang ke Ayer Baloi begitu lancar, tidak melalui masalah kesesakan. Berhenti rehat di R n R Ayer Keroh Melaka untuk bersolat dan mengambil sedikit nafas. Aku sampai ke Tol Plaza Simpang Rengam pada jam 2145 dan aku berhenti menunggu sehingga konvoi mencukupi untuk meneruskan perjalanan ke Ayer Baloi.

Rombongan jenazah selamat sampai ke Kg Ayer Baloi pada hampir jam 2300H. Agak tepat seperti yang aku jangkakan sebelum bertolak. Alhamdulillah tiada halangan sepanjang perjalanan. Biasanya kalau bertolak dalam jam 1800 keadaan trafik di PLUS antara Nilai ke Seremban memang agak teruk.

Selepas memulakan perjalanan dari Tol Plaza, aku menghubungi rakan lama ku Cikgu Hj Marjuni Suradi dan Cikgu Zakaria Bokhari. Kedua-duanya adalah rakan sekelasku semasa di Tingkatan 6 Rendah Sek Alam Shah Cheras pada tahun 1977. Mereka berdua datang ke rumah keluarga almarhum untuk turut memberi penghormatan terakhir dan mengiringi jenazah di tanah perkuburan.

Perjalanan dari Simpang Rengam melalui pekan Benut, Sg Pinggan dan Sanglang telah mengimbau semula kesah hidupku masa kecil-kecil dulu. Masa aku kecil ayahku membawa aku dan abang-abangku ke Johor Bahru melalui jalan Pontian ini dengan menaiki bas (kami panggil bas sangkut-sangkut sebab akan berhenti setiap kali ditahan orang). Jalan dulu agak teruk berbanding sekarang yang sudah cantik dan disenggara dengan baik.

Rumah balu almarhum bersebelahan dengan Sek Keb Ayer Baloi. Betul-betul di sebelah kanan sekolah.


Sek Keb Ayer Baloi. Kami memparkir kenderaan di kawasan sekolah ini

Ratusan juga orang kampung yang menunggu di perkarangan rumah. Keadaan agak teratur kerana rombongan anggota TUDM dari TUDM Bukit Lunchu (323 Skn) telah berada di sana untuk menguruskan bantuan logistik seperti khemah, generator dan menggali liang lahad.

Setelah orang kampung mensolatkan jenazah dan mengadakan tahlil ringkas, jenazah dibawa ke tanag perkuburan. Kebetulan, tanah perkuburan pula betul-betul di sebelah kiri sekolah tersebut. Maknanya sangat hampir dengan rumah keluarga allahyarham. Semuanya jarak jalan kaki sahaja.

 
jenazah dibawa keluar dari rumah keluarga isteri allahyarham
 
tiba di tanah perkuburan Kg Ayer Baloi

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan lebih kurang jam 2359H. Keadaan di sana begitu teratur dan berjalan lancar, kerana semuanya sudah siap. Terima kasih TUDM Bukit Lunchu atas bantuan yang diberikan dari arah Selatan.

jenazah diturunkan ke liang lahad
bertemu sahabat lama, Zakaria Bokhari (kiri) dan Marjuni Hj Suradi (kanan)

menyirami pusara
membacakan Fatihah dan penghormatan terakhir sebelum meninggalkan tanah perkuburan

Selesai pengkebumian pada jam 0030, kami berjalan kaki ke rumah keluarga allahyarham untuk acara seterusnya iaitu penyerahan bendera Malaysia dan TUDM kepada balu allahyarham dan penyerahan wang Khairat Kematian derma-derma dari pelbagai pihak.

Ketua MATRA 1 menyerahkan bendera kepada Pegawai Memerintah
Pegawai Memerintah menyerahkan bendera Malaysia dan TUDM kepada balu allahyarham, Puan Nora bt Mohd Noor.

Segalanya berlaku secara impomptu. Sejak aku berkhidmat lebih 32 tahun dalam TUDM dan banyak kali menghadiri majlis pengkebumian anggota TUDM sama ada pegawai atau LLP, inilah kali pertama aku hadir sebagai pegawai yang paling kanan dalam majlis seperti ini. Sebelum ini, aku hanya melihat dari jauh sahaja. 

Secara spontan aku menyusun sendiri skrip untuk disampaikan.

"Puan, saya mewakili Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada Puan serta keluarga. Kami mendoakan semoga ruh allahyarham akan dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah swt.

Saya ingin menyerahkan bendera Malaysia dan TUDM ini sebagai lambang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh allahyarham kepada negara, ATM dan TUDM khasnya. Semoga ia akan dapat dijadikan kenangan sebagai pembakar semangat kepada anak-anak Puan untuk berbakti kepada negara seperti ayahnya."

Seterusnya adalah penyampaian Surat takziah, wang Khairat Kematian dan sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak seperti rakan setugas, kariah masjid, BAKAT dan juga sumbangan peribadi dari Panglima Bantuan Udara.


 
 
 
 
 
 
 
menyampaikan kata-kata pesanan

Entah bagaimana aku terlintas dan merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan pesanan ini kepada balu allahyarham. 

"Allahyarham semasa hidupnya adalah seorang pekerja yang baik dan disukai oleh semua rakan sekerja dan pegawainya. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang ringan tulang, mudah menghulurkan pertolongan apabila diperlukan, dan sedia berkerjasama dan tidak cerewet. Oleh sebab itu kita lihat hari ini begitu ramai rakan-rakan yang mensolatkan jenazahnya dan sukarela untuk mengiringi jenazah allahyarham hingga ke sini. Marilah kita doakan kesejahteraan ruhnya.

Buat pengetahuan Puan, selepas ini Puan akan menerima pelbagai ganjaran dan pampasan yang layak diterima oleh allahyarham seperti gratuiti, Koperasi Tentera, Insuran Kelompok dan LTAT. Jumlahnya agak besar.

Gunakanlah wang tersebut dengan sebaik-baiknya khususnya untuk persediaan masa depan anak-anak.

Saya ingin menasihatkan Puan supaya berhati-hati kerana selepas ini mungkin ramai orang yang menemui Puan untuk memujuk dan menawarkan berbagai-bagai skim pelaburan dan harta. Sebahagian darinya adalah individu yang berniat buruk untuk menipu Puan bagi mendapatkan wang Puan.

Oleh itu, Puan jangan mudah terikut dengan pujukan mereka. Dapatkan nasihat dari orang yang dipercayai sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan wang Puan.

Saya harap Puan terus bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini"


abang ipar allahyarham menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak TUDM. Beliau melahirkan rasa besar hati di atas keprihatinan pihak TUDM membantu menguruskan jenazah allahyarham sehingga selesai
.
Setelah menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh keluarga dan jiran-jiran, aku memohon izin untuk meninggalkan rumah dan bertolak pulang ke KL mendahului rombongan yang lain, lebih kurang jam 0105.

Aku selamat sampai ke rumah di KPTOJ pada jam 0405. Manakala rombonganlain yang diketuai oleh Lt Kol Abdullah Lazim sampai jam 280510H Jan 14.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengurus jenazah allahyarham sehingga sempurna disemadikan.
  • MATRA 1.
  • PU Kuala Lumpur.
  • PU Subang.
  • Skn 323 Bukit Lunchu.
Bagi diriku ini adalah satu pengalaman yang begitu memberi erti sepanjang kerjayaku di dalam perkhidmatan TUDM.


Allahyarham Saiful Nizam bin Omar

Allahyarham 717411 Pegawai Waren (Udara) I Saiful Nizam bin Omar dilahirkan di Parit Panjang, Mukim Ayer Baloi, Pontian, Johor pada 30 Ogos 1969. Allahyarham menyertai latihan rekrut TUDM di Pusat Latihan Rekrut (sekarang Institut Latihan Tentera Udara), TUDM Ipoh pada 29 Feb 1991. Allahyarham menamatkan kursus Asas Mekanik dalam Ketukangan Enjin di Institut Teknologi Udara, Kinrara pada . Beliau berkhidmat di Pangkalan Udara Kuching dari tahun 1996 sehingga ditukarkan ke MATRA 1 pada tahun 2006 dan dinaikkan ke pangkat PW(U) II. Di MATRA 1 beliau bertugas sebagai Ketua Juruteknik dalam Aerospace Inspection Section (AIS) dan dinaikkan ke pangkat PW(U) I pada 1 Jul 2011. Allahyarham sepatutnya akan bersara wajib pada 27Feb 2016.

Allahyarham berumahtangga dengan Puan Nora binti Mohd Noor yang juga berasal dari Ayer Baloi pada tahun 21 Okt 1995 dan dikurniakan 5 orang anak, 2 lelaki dan 3 perempuan yang berusia antara 6 hingga 18 tahun (Syaida Khairina, Mohd Haziq Hazlan, Syasya Qistina, Izzah Irdina dan Aniq Aqlan). 

Pelajaran dari pengalaman ini.
  • Sikap sebahagian anggota masyarakat Malaysia masih ditahap yang HINA apabila sanggup mencuri dompet orang lain yang mengalami kemalangan, apa lagi kematian. Kehilangan wang masih boleh diterima, tetapi kehilangan dokumen penting seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu atau mungkin ada dokumen penting berkaitan isteri atau anak-anak akan menyulitkan banyak pihak khususnya keluarga mangsa kemalangan.
  • Ramainya orang yang turut mensolatkan jenazah allahyarham di Masjid PU Subang menggambarkan allahyarham adalah seorang anggota yang disukai oleh rakan dan masyarakat setempat. Mengikut sahabat saya Brig Jen Datuk Hj Romlee (Komander PU Subang), allahyarham adalah antara ahli kariah masjid yang rajin berjemaah di masjid termasuk waktu Subuh. KEMULIAAN yang diberikan kepada jenazahnya adalah antara bukti yang dapat dilihat.
  • Allahyarham adalah seorang warga TUDM yang baik. Semoga tulisan ini akan kekal dan dibaca orang sehingga hari Kiamat. Mudah-mudahan suatu hari nanti anak-anak dan ahli keluarga allahyarham akan membaca blog ini dan merasa bangga dengan ayah mereka dan terus mendoakan kesejahteraan ruh ayah mereka.
  • aku ada lagi satu PEMERHATIAN dan KOMEN berkaitan kehadiran, namun aku simpan dulu komen ini untuk sementara waktu.

Blog ini ditulis bukan sesekali dengan niat membangga diri dapat menjayakan sesuatu tugas kerana tugas menguruskan jenazah sehingga selesai adalah kewajipan setiap orang islam. Ini adalah semata-mata penulisan berkaitan pengalaman kerana kebetulan aku mendapat peluang untuk melakukannya.

Abu Hurairah ra meriwayatkan: 
“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Beberapa hikmah yang boleh kita perolehi sekiranya kita menziarahi jenazah. Antaranya :
  1. kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah,
  2. mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya,
  3. dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah dan
  4. menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain.
  5. menziarahi jenazah dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita tentang kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti,
  6. kematian adalah sebahagian daripada qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.
  7. Kita juga dapat bermuhasabah diri tentang ibadat yang telah kita lakukan selama ini. Kita akan terfikir, adakah ibadah kita selama ini mencukupi untuk di buat bekalan di akhirat nanti.
Saya menerima emel berikut pada 9 Feb 14.

Shamsul Bahrin Abdul Manan A931 - JPPBP mbahrin@epf.gov.my

Feb 9



Assalam tuan. Maaf menganggu.  Saya ada membaca blog tuan mengenai arwah  di atas daripada rakan opis saya. Saya antara yang terawal berada di situ. Saya sempat membantu arwah membaca allahhu akbar dan mengucap dua kalimah syahadat sebelum beliau menghembuskan nafas yg terakhir di depan saya. 

Sungguh menyayat hati dan doakan arwah berada di sisi orang2 yang beriman dan ditempatkan di syurga. Kirim salam saya buat keluarga arwah. Semuga tabah menghadapinya. 

SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN KEAMPUNAN KE ATAS RUH ALLAHYARHAM SAIFUL NIZAM SERTA MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA AHLI KELUARGANYA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN YANG PASTINYA LEBIH MENCABAR.




ACHTUNG!
if you are interested
Other than this, you are invited to visit my other 
BLOGs:
coltoras1959.blogspot.com
dan
tjp37spk.blogspot.com

thank you

Wednesday, January 22, 2014

AF 071: JENERAL WANITA DALAM ATM

salute to you, Ma'am!

WOMEN GENERALS
  IN THE Malaysian ARMED FORCES 


When I was in Staff College in 1999, I wrote a Project Paper (Commandant Paper) on "Malay Women in the RMAF". Though, I got only B+ (result), my paper was among the six papers selected and published in 'The Haigate Paper' 1999 Vol. 6.

My advisor (in UM Module), Prof Datuk Dr Roziah Omar was offering me to contribute an essay related to military women in her journal but until today I unable to make it. Sorry Prof.

During my MBA program in UKM (2001/2002) again I wrote my HR assignment on the discrimination towards women employees (personnel) in the RMAF. My then lecturer Dr Norsiah Aminuddin @ Norish was very interested on my paper and requested to take it for her reference. TQ Doc, I really appreciate it. She also offered me to do my PhD (in women development) in UKM. At that time I was not very keen to further my study because of working commitment and also lack of quality time with my growing children,

Upon completion of my Masters (MBA) in UKM, Dr Roziah (UM) also offered me to take up my Doctorate (PhD) in South East Asian Studies (Department in the Faculty Arts and Social Sciences, which she was the Head of Department) under her supervision. She was very keen to assist whoever willing to do study/research in the area of Women Development. Also, I did not react positively.

BEFORE writing further about the women Generals in the Malaysian Armed Forces, I would like to write something about the history and development and commitment of women officers in the MAF.

I do not have the record of the first involvement of Malaysian women in the Armed Forces but in early years after the independence women were enrolled in Territorial Army, same goes to the RMN and RMAF they enrolled or commissioned in Voluntary or Reserve Forces.

Sejarah Awal Wanita ATM

Penyertaan wanita secara rasmi dalam Tentera Darat bermula pada awal tahun 1964, Tan Sri Zainun bte Sulaiman (Ibu Zain) seorang pejuangtanahair dan ahli parlimen ketika itu membawa usul di parlimen supaya kerajaan menubuhkan tentera wanita dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO itu di Negeri Johor di bawah pimpinan Datin Fatimah bte Abdul Majid dan merebak ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Pada bulan November 1964, Barisan Tentera Sukarelawan Wanita seramai 150 orang yang diketuai oleh Datin Fatimah Abdul Majid dan dibantu oleh Ibu Zain telah dilatih oleh pihak tentera di Kem Majidee Johor Bahru pada tiap-tiap hari Rabu di antara jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.

Perkembangan sukarelawati ini bertambah lagi apabila satu kursus Bakal Pegawai Sukarela diadakan di Pusat Latihan Askar Wataniah di Kem Seputih, Batu Gajah, Perak pada tahun 1966. Seramai 43 orang sukarelawati dari seluruh negara telah dipilih untuk menghadiri kursus selama sebulan dan hanya 6 orang sahaja yang berjaya dan ditauliahkan oleh menjadi Pegawai Sukarela Askar Wataniah. Antara ialah Lt M Habibah bte Baharom, Lt M Chan Choo Ping, Lt M Ning bte Mahabi, Lt M Tan  Kit Kuang, Lt M Pah Aminah bte Syed Ali, Lt M Wan Azinar bte Nasaruddin.

Selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 kekuatan Angkatan Tentera Darat telah ditambah. Justeru itu, mana-mana anggota Sukarela wanita yang terlatih dan berkebolehan telah dikerah sepenuh masa bagi mengisi kekosongan. Lt Ning bte Mahabi yang dikerah pada 1 Julai 1970 telah ditempatkan di Pusat Latihan Askar Wataniah dan kemudian di Kementerian Pertahanan sebagai Pegawai Turus. Berikutnya pada bulan September 1970 beberapa orang sukarelawati telah dikerah sepenuh masa untuk mengisi perjawatan seperti kerani, jurutaip dan jururawat.

Pada awal tahun 1972 anggota -anggota wanita seramai 43 pegawai dan 983 lain-lain pangkat yang dikerah sepenuh masa berkhidmat dengan pelbagai pasukan, Briged, Divisyen dan Kementerian Pertahanan. Pada tahun 1973, seramai 4 orang pegawai kerahan wanita ini telah diserap menjadi anggota Tetap tentera dan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka ialah Mej Ning bte Mahabi, Kapt Ramlah bte Bakar, Kapt Zainon bte Mansor dan Kapt Sharifah Fatimah bte Syed Ibrahim.

Pada 25 September 1977 pengambilan secara terus seramai 30 orang wanita lepasan sekolah menengah untuk dilatih selama 3 bulan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) di Ipoh, Perak telah dijalankan. Apabila berjaya mereka terus ditauliahkan dan dikerah sepenuh masa dalam Tentera Darat. Salah seorang darinya ialah Lt M Norhuda bin Ahmad.

Ref: http://army.mod.gov.my/raw/index.php/pengenalan/14-srikandi-askar-wataniah

Apart from absorbing the officers from the Territorial Army (Volunteer Forces) the Army is also recruiting officers to fill the positions of Professional Duties Officer as a Physician, Medical Officer and Dentist for the Royal Health Corps or Kor Kesihatan DiRaja (formerly known as Kor Ubatan dan Gigian), and also taking Education Officers into the General Service Corps.

The first woman officer who commissioned as a Medical doctor was Lt Col Dr Freeda Fernandez (between 1977 and 1978). She commissioned directly to the rank of Captain. She was also a specialist in Disease Study and the first female officer holding the rank of Lieutenant Colonel  until her retirement.

Health Corps is also keeping the record to be the first Corp in the Malaysian Armed Forces to have the first WOMAN GENERAL.

Ref: http://blueriders.blogspot.com

Lt Kol (B) Dr Freeda Fernandez


Tentera Darat Malaysia

Kor Kesihatan kemudiannya melahirkan pegawai wanita pertama, kedua dan banyak lagi menyandang pangkat Brigadier Jeneral dalam ATM. Malah pegawai wanita ATM pertama menyandang pangkat Mejar Jeneral adalah juga dari Kor Kesihatan Diraja, iaitu Mej Jen Datuk Dr Roshidah binti Ishak (Bersara).

Selain dari beberapa orang doktor wanita dari Kor Kesihatan DiRaja yang menyandang pangkat Kolonel, hanya dua orang pegawai wanita tugas am yang mencapai ke pangkat Kolonel atau lebih tinggi dalam Tentera Darat iaitu Mej Jen Fadzlette Othman Merican dari Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya); dan Kol Hajjah Fuziah bin Ibrahim dari Kor Ordnans DiRaja. Fauziah pernah menyandang jawatan Pegawai Memerintah Depot Pusat Ordnans (DPO).

Pengambilan pegawai-pegawai melalui pasukan sukarela ini dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan sebahagiannya diserapkan ke dalam pasukan tetap. Dasar yang sama dilaksanakan oleh TLDM dan TLDM.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pada tahun 1977, TLDM buat pertama kalinya menyerapkan 3 orang pegawai PSSTLDMnya kedalam pasukan tetap. Mereka ialah Lt Nur Ainin binti Abd Rahman, Lt Sumathi Pillai dan Lt Maimunah binti Arshad. Pada tahun 2002, Lt Kdr Fatimah Bee binti Mohd Hashim menjadi pegawai pertama dinaikkan ke pangkat Komander dalam perkhidmatan TLDM.

Manakala Lt Kdr Noraini binti Siekh Ahmad merupakan pegawai wanita TLDM pertama diberi amanah menjawat Pegawai Memerintah di Pusat Komunikasi TLDM di Sitiawan. 

Ref: http://zulheimymaamor.blogspot.com/.

Beberapa orang pegawai wanita dalam TLDM juga telah mencipta rekod mereka sendiri seperti Lt Carmen Rosemary Edmunds yang merupakan pegawai pertama bertugas di atas kapal TLDM iaitu KD Tunas Samudera pada tahun 1989. Lt Fadzilah bt Makun TLDM merupakan pegawai wanita pertama mengikuti pelayaran ke luar negara dengan menyertai operasi KD Mahawangsa ke Somalia pada bulan Sep 2008.

Pada 20 Okt 2017, Kdr Rohana binti Jupri TLDM memecah rekod apabila menjadi pegawai wanita TLDM pertama dinaikkan ke pangkat Kepten. Kept Rohana binti Jupri TLDM diamanahkan menjadi Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

TUDM mula mengambil pegawai sukarela pada tahun 1972. Pegawai pertama yang ditauliahkan ialah Lt M (U) Wan Fatimah binti Mior Abd Latiph. Beliau bersara dalam pangkat Mejar TUDM juga merupakan pegawai wanita pertama menyandang pangkat Mejar dalam TUDM. Pengambilan kedua ialah dalam tahun 1972 apabila seramai 4 orang peramugari pesawat VIP TUDM telah ditauliahkan ke pangkat Leftenan Muda (Udara). Mereka ialah LtM (U) Siti Aishah, LtM (U) Celine Chang Yen Yong, LtM (U) Fauziah  dan LtM (U) Loh Soo Har.

Pegawai wanita pertama yang diberi amanah menyandang jawatan Pegawai Memerintah ialah Mejar Rasaletchumy a/p Ratnasigam TUDM yang diberikan amanah memerintah Pusat Kawalan Trafik Udara Bersama (JATCC) di Subang.

Pengambilan Pegawai Wanita Dalam Angkatan Tetap

Kumpulan pertama pegawai Tauliah Jangka pendek (TJP) untuk perkhidmatan tetap dibuat pada 2 April 1980. Seramai 22 orang Pegawai Kedet Wanita telah menyertai Pegawai Kedet Lelaki Panggilan ke 37 yang menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kedet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson. MEREKA adalah satu intake dengan saya (my squad).


 THE 'SERIKANDI' 
  PENGAMBILAN PERTAMA PEGAWAI KEDET WANITA  
  -ANGKATAN TETAP (TUGAS AM)- 



(1)   3001571 PKW Asmah binti Mustapha, ditauliahkan ke KRD dan berhenti Kapten.

(2)   3001572 PKW Aini binti Hitam, ditauliahkan ke KRD. Bertukar ke Cawang Urusetia TUDM dan bersara Mejar.

(3)   3001573 PKW Aizan binti Idris ditauliahkan ke KPTD dan berhenti Leftenan.

(4)   3001574 PKW Ann-Marie Ng Mui Lee ditauliahkan ke KOD dan bersara Mejar.

(5)   3001575 PKW Che Gayah binti Mahmood ditauliahkan ke KPA- Gaji dan bersara Kapten.

(6)   3001576   PKW Hamidah binti Hj Hamidin ditauliahkan ke KPA-Gaji dan bersara Mejar.

(7)   3001577 PKW Hasnah binti Md Hashim ditauliahkan ke KOD dan berhenti Kapten.

(8)   3001578 PKW Marmilah binti Munajat ditauliahkan ke KPD dan bersara Kapten.

(9)   3001579 PKW Lolly Maisie Joel @ Noor Sabarina bt Abdullah ditauliahkan ke KKD dan bersara Leftenan Kolonel.

(10) 3001580 PKW Monica Mathilda Mowe @ Shazarina binti Abdullah ditauliahkan ke (KPA-Gaji dan bersara Kapten.

(11) 3001581 PKW Noraini binti Ahmad ditauliahkan ke KPTD dan berhenti Leftenan.

(12) 3001582 PKW Ros Sanani binti Othman ditauliahkan ke KPA-BK dan berhenti Leftenan.

(13) 3001583 PKW Rohani binti Kasim ditauliahkan ke RSD dan berhenti Kapten.

(14) 3001584 PKW Siti Zaliha binti Che Rus ditauliahkan ke KPA-BK dan bersara Mejar.

(15) 3001585 PKW Siti Hajar binti Syed Hassan ditauliahkan ke KRD dan berhenti Kapten.

(16) 3001586 PKW Sam Fong Seow ditauliahkan ke RSD dan bersara Leftenan Kolonel.

(17) 3001588 PKW Siti Jameah binti Satiman ditauliahkan ke KUG dan bersara Kapten.

(18) 3001589 PKW Usha Panikkar ditauliahkan ke KPD dan berhenti Kapten.

(19) 3001591 PKW Zawiah binti Ariffin ditauliahkan ke KPD) (berhenti Kapten.

(20) 3001592 PKW Zaleha binti Haron ditauliahkan ke KPA-G dan bersara Kapten.

(21) 371260 PKW(U) Sarkiah binti Zenadin Hipney ditauliahkan ke Cawang Urusetia TUDM dan bersara Leftenan Kolonel TUDM.

(22) 371261 PKW(U) Yohanez binti Ahmad  ditauliahkan ke Cawang Logistik TUDM dan bersara Brig Jen TUDM. Menerima gelaran Dato’.



Kumpulan Pertama 22 Pegawai Kadet Wanita Tauliah Jangka Pendek


Kesemua 22 mereka telah lulus dan ditauliahkan dalam pelbagai Kor dalam ATM pada 24 Januari 1981. Dua daripadanya ditauliahkan dalam perkhidmatan TUDM. Pegawai wanita kumpulan ini yang terakhir bersara ialah Brig Jen Dato' Yohanez  bt Ahmad TUDM. Yohanez juga merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2004 dan juga pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM pada tahun 2012 dan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral TUDM pada bulan Ogos 2015. Brig Jen Yohanez TUDM merupakan mantan Assisten Ketua Staf Materiel di Markas TUDM. Yohanez bersara wajib pada 4 April 2017.



Selepas TJP37 beberapa lagi pengambilan kedet TJP di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson telah turut disertai oleh Pegawai Kedet wanita.

Pada 1 Jun 1980 seramai 5 Pegawai Kedet Wanita telah terpilih menyertai kumpulan Pegawai Kedet Tauliah Tetap (TT) Panggilan ke 21 di Maktab Tentera DiRaja (RMC). Dari 5 PK tersebut hanya 4 yang sukses dan ditauliahkan pada buan Jun 1982.

(1)   PK Fadzlette Othman Merican binti Idris Merican ditauliahkan ke KPA-PR dan bersara dalam pangkat Mejar Jeneral (Dato').

(2)   PK Norazaliah.

(3)   PK Norkiah binti Jalaludin ditauliahkan ke Kor XXX dan bersara Mejar.

(4)   PK Norizam binti Md Yusof ditauliahkan ke Kor X dan bersara XX.

(5)   PK Rozita binti Abdul Ghani ditauliahkan ke KPTD dan bersara Kapten.

Mereka menjalani latihan selama 2 tahun sehingga ditauliahkan pada Jun 1982.

Pada 31 Dis 2013 hanya seorang sahaja yang masih berkhidmat iaitu Fadzlette Othman Merican binti Idris Merican dari Kor Perkhidmatan Am (KPA). Mej Jen Datuk Fadzlette Othman Merican binti Idris Merican telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri membuat tugas Setiausaha Akhbar kepada TPM mulai 2014 hingga bersara pada tahun 2018.

Pada peringkat awal pengambilan, pegawai wanita yang ditauliahkan hanya diserapkan ke Kor/Rejimen bantuan dan perkhidmatan sahaja seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan, Kor Ordnans, Kor Polis Tentera, Kor Risik dan Rejimen Semboyan. Bagaimanapun sejak masuk milleneum baru, mereka telah mula diserapkan ke pasukan tempur seperti Kor Artileri, Kor Armor dan Kor Jurutera. Infantri rasanya masih belum lagi.

Selain dari pegawai yang ditauliahkan melalui TJP dan TT, ATM juga telah mentauliahkan pegawainya melalui saluran lain seperti Pegawai Skim Graduan, Kolej Tentera Darat, Kolej Tentera Laut dan Kolej Tentera Udara serta Akademi ATM (ATMA).

Bagaimanapun mulai tahun 2008, semua pengambilan melalui saluran di atas telah dihentikan. ATM hanya menerima pegawai dari ATMA yang kemudiannya dinaikkan taraf kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Image result for lt kol norhana

Tiga orang pegawai TUDM telah mencipta sejarah sebagai juruterbang wanita pertama TUDM pada bulan April 1988. Mereka ialah Lt Fadzillah binti Abdullah, Lt Emelia binti Kamarudin dan Lt Zainab binti Sharif.  Fadzillah dan Zainab adalah juruterbang pesawat angkut manakala Emelia merupakan juruterbang pesawat pejuang wanita pertama dalam TUDM (menerbangkan pesawat A4 Skyhawk dan Hawk 108/208) dan juga jurulatih terbang. Lt Kol Emilia binti Kamarudin TUDM yang bersara pada tahun 2010 merupakan juruterbang pejuang wanita pertama dalam TUDM dan juga Jurulatih Penerbangan Wanita pertama dalam ATM.

Manakala Kol Hajjah Fadzillah binti Abdullah TUDM merupakan juruterbang wanita pertama menyandang pangkat Kolonel TUDM. Juruterbang helikopter TUDM wanita TUDM yang pertama ialah Lt Kol Norhana binti Abd Manaf TUDM pada tahun 1994.


Image result for fadzlette othman merican
Lt Kol Emilia binti Kamarudin TUDM (Berara)

Image result for Lt Kol Norhana Manaf
Lt Kol Norhana binti Abd Manaf TUDM

Selain dari Emelia seorang lagi juruterbang pejuang wanita TUDM yang berkaliber ialah Mej Patricia Yap Syau Yin TUDM. Pat Yap (nickname: Foxy) merupakan wanita pertama menerbangkan pesawat MiG-29 dan salah seorang dari juruterbang pasukan aerobatik 'The Smoky Bandits' TUDM.

Image result for mej patricia yap
Image result for mej patricia yap
Mej Patricia Yap Syau Yin TUDM
Princess of the Smoky Bandits


THE GENERALS

Perkembangan ATM semakin pesat, penglibatan wanita juga terus meningkat. Mereka juga diberi peluang untuk bersaing dengan pegawai lelaki lain bagi menjawat jawatan-jawatan pentingdi pelbagai peringat organisasi ATM.

Semasa penulisan ini dikemaskini pada 20 Nov 2017,  dua orang pegawai wanita ATM telah mencapai pangkat Mejar Jeneral manakala 6 telah menyandang pangkat Brigadier Jeneral dalam ATM. Setakat ini masih belum ada pegawai wanita TLDM yang mencapai pangkat satu bintang.

(1)   Mej Jen Datuk Dr Hajjah Roshidah binti Ishak (Bersara) DSPN PAT- Pakar Periodontologi, Kor Kesihatan DiRaja (KKD) mulai 20 Nov 2015.  (sebelum ini beliau juga merupakan pegawai wanita pertama dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 8 Okt 1998 dan Brig Jen pada 1 Jan 2007). Beliau bersara pada tahun 2016.

(2)   Mej Jen Dato' Fadzlette Othman Merican binti Idris Merican (Bersara)  DIMP PAT - Kor Perkhidmatan Am (KPA- Perhubungan Raya) mulai 16 Nov 2017. (sebelum ini dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 7 Jan 2008 dan Brig Jen pada 15 Dis 2013)

(3)   Brig Jen Dato' Dr Thavachelvi d/o S. Thangarajah DIMP PAT - Pakar Gaenakologi, Kor Kesihatan DiRaja (KKD). Tarikh kuatkuasa pemakaian pangkat tidak diperolehi (2009/2010).

(4)   Brig Jen Dato' Norhuda binti Hj Ahmad (Bersara) DPKK PAT - Kor Risik DiRaja (KRD) - berkuatkuasa mulai 17 Feb 2011 (sebelum ini dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 1 Mac 2007). Beliau bersara pada tahun 2017)

(5)   Brig Jen Suriakala a/p Suriabagavan  PAT - Kor Perkhidmatan Am (KPA- Perkeranian) mulai 9 Jun 2015.

(6)   Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad TUDM (Bersara)  DIMP PAT  - Cawangan Materiel) Dinaikkan pangkat Brig Jen mulai 12 Ogos 2015. Beliau merupakan pegawai wanita TUDM menyandang pangkat Brig Jen.  Sebelum ini dinaikkan ke pangkat Kol TUDM pada bulan Feb 2012. Beliau bersara pada tahun 2016.

(7)   Brig Jen Datin Dr Roza Anon binti Mohd Ramlee (KKD)- Doktor Pakar Pergigian Operatif, mulai 20 Nov 2015.

(8)   Brig Jen Dr Sharifah Azlin Juliana binti Syed Zainal (KKD)- Doktor Pakar Pergigian mulai 20 Nov 2015.


MEJ JEN DATUK (DR) HAJJAH ROSHIDAH BINTI ISHAK DSPN PAT KAT KMN (BERSARA)


Mej Jen Datuk (Dr) Hajjah Roshidah binti Ishak dilahirkan pada tahun 1958 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau ditauliahkan dalam Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ATM pada tahun 1981. Beliau memiliki ijazah Bachelor in Dental Surgery (Universiti Malaya) dan Master of Science (Periodontology) dari University of Bristol, UK (1991).

Pada 19 Mac 2007, Kol Dr Roshidah Ishak, seorang pakar pergigian periodontologi dalam Angkatan Tentera Malaysia telah mencipta sejarah negara apabila menjadi wanita pertama dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral berkuat kuasa pada 1 Jan 2007.

Upacara pemakaian pangkat Dr. Roshidah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Mohammad Ismail Jamaluddin di Wisma Pertahanan, dekat sini.

Dr. Roshidah dilahirkan di Pulau Pinang sebelum ini memecah rekod sebagai pegawai ATM pertama penyandang pangkat Kolonel pada tahun 1998, memiliki ijazah pergigian serta ijazah lanjutan dalam bidang periodontologi (gigi dan gusi) dari United Kingdom



Beliau yang telah berkhidmat dalam ATM selama 26 tahun telah berumah tangga dengan seorang pegawai TUDM, Kolonel Ahmad Zulkifli Mohd. Zain (Bersara) dan dikurniakan lima orang anak.

Pada 20 Nov 2015, Roshidah telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral dan dilantik menjawat Pengarah Pergigian Angkatan Tentera. Dengan kenaikan pangkat ini, Dr Roshidah sekali lagi mencipta sejarah sebagai wanita pertama menyandang jawatan Mejar Jeneral di dalam ATM.  



dinaikkan ke pangkat Mej Jen

17 Mac 2014
(Serah Terima tugas senagai Pengerusi Kor Wanita ATM dalam ATM)


MEJ JEN DATO' HAJJAH FADZLETTE OTHMAN MERICAN BINTI IDRIS MERICAN DIMP PAT KAT KMN (BERSARA)



Fadzlette dilahirkan di Kuala Lumpur pada 10 Nov 1962 dan menyertai latihan Pegawai Kedet Tauliah Tetap di Maktab Tentera Diraja dalam tahun 1980. Setelah ditauliahkan pada bulan Jun 1982 dalam Kor Perkhidmatan Am (KPA) Bahagian Perhubungan Raya beliau bertugas di pelbagai peringkat organisasi ATM.

Fadzlette mengikuti kursus staf di MTAT Haigate pada tahun 2000 dan lulus (psc) serta menerima Diploma Pengajian Strategik Pertahanan dari Universiti Malaya.

Fadzlette yang mempunyai ijazah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Masa dari UITM dan Sarjana dalam bidang yang sama mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan raya pernah menjadi Timbalan Pengarah Perhubungan Raya KEMENTAH, Pegawai Khas Jabatan PM, Pengarah Media Tentera Darat dan kemudiannya dipinjamkan ke KDN sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Pada tahun 2013, Fadzlette dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan pada bulan Nov 2017 dinaikkan ke pangkat Mej Jen sebagai Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri. 

Fadzlette merupakan pegawai  Tauliah Tetap wanita pertama yang dinaikkan pangkat Kolonel dan Jeneral. Sebelum ini pegawai-pegawai wanita yang mencapai pangkat Kolonel ke atas merupakan sama ada Pegawai Tugas Ikhtisas atau pegawai yang diserapkan dari Rejimen Askar Wataniah.



Penyempurnaan pemakaian pangkat Brig Jen untuk Kol Fadzlette Othman Merican oleh YBhg PTD pada 24 Dis 2013


Penyempurnaan pemakaian pangkat Mej Jen untuk Brig Jen Dato' Fadzlette Othman Merican oleh YAB TPM  pada 16 Nov 2017. 

Fadzlette memecah tradisi sebagai Pegawai Wanita Tugas Am ATM yang pertama mencapai ke pangkat Mejar Jeneral. Sebelum ini Mej Jen Dr Roshidah merupakan Pegawai Tugas Khas (Perubatan) dan juga pegawai wanita ATM pertama memakai pangkat Mejar Jeneral. 

Beliau bersara secara pilihan pada tahun 2018.


BRIG JEN DATUK (DR) THAVACHELVI A/P THANGARAJAH DPTS PAT JSM MBBS (Mangalore) M.Med (Malaya)

Brig Jen (Dr) Thavachelvi merupakan pegawai wanita kedua dinaikkan ke pangkat Brig Jen dalam ATM. Beliau juga dari Kor Kesihatan DiRaja. Beliau merupakan pakar Sakit Puan (Obstetrics and Gaenacology). Beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Brig Jen Dato' (Dr) Thavachelvi adalah Pakar dalam bidang Obstetrics and Gaenacology. Beliau mendapat ijazah Medical Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) dari University of Mangalore, India pada tahun 1991, seterusnya  menerima ijazah Master of Medicine (Obstetrics and Gaenacology) dari Universiti Malaya pada tahun 2000. 

Sumber: https://www.nsr.org.my/list1viewdetails.asp?Account=N-0-292110


Brig Jen Dr Thavachelvi, berdiri belakang kanan sekali


BRIG JEN DATO' NORHUDA BINTI AHMAD DPKK PAT KAT KMN (BERSARA)

Norhuda membalas tabik hormat semasa perbarisan penghargaan sempena persaraannya

Norhuda Ahmad dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1957 dan ditauliahkan dalam Pasukan Askar Wataniah pada tahun 1978 sebelum diserapkan ke perkhidmatan tetap dalam Kor Risik. Norhudan merupakan Pegawai ATM Tugas Am yang pertama dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Norhuda yang sebelum ini berpangkat Kolonel sebagai Ketua Cawangan ASEAN, Pusat Integrasi Perisikan, Direktorat Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah ditukarkan ke jawatan Pengarah Direktorat Latihan di BSPP.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin di Wisma Transit pada 17 Feb 2011.

Semasa berpangkat Leftenan, Norhuda pernah bertugas sebagai Jurulatih di Sekolah Pegawai Kedet (SPK) Port Dickson dalam tahun 1980 hingga1982. Brig Jen NORHUDA adalah salah seorang dari Jurulatih semasa aku menjalani latihan Pegawai kedet di SPK dalam tahun 1980. Dan ini bermakna dua orang PTD iaitu Jen Tan Sri Dato' Seri Ahmad Hasbullah (PTD ke 27) dan Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain  PTD ke 28) serta puluhan Jeneral di dalam ATM merupakan  anak murid beliau.



Penyempurnaan pangkat Brig Jen untuk Norhuda oleh YBhg PTD dan ibunya


BRIG JEN SURIAKALA A/P SURIABAGAVAN PAT SMS KAT KMN


Suriakala dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 9 Jun 2015
(ditauliahkan pada tahun 1981)

MAKLUMAT BERKAITAN BRIG GEN SURIAKALA TIDAK DIPEROLEHI


BRIG JEN DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD DIMP PAT KAT KMN AMN TUDM (BERSARA)


Yohanez binti Ahmad dilahirkan di Mersing, Johor pada 4 April 1957 dan mendapat didikan di Sek Men Sri Mersing. Setelah menamatkan persekolahan menengahnya beliau melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam sehingga mendapat Diploma in Business Study pada tahun 1976.

Beliau menyahut seruan pertiwi apabila terpilih menyertai latihan kumpulan pertama Pegawai Kedet Wanita Tauliah Jangka Pendek (TJP) bersama-sama dengan pengambilan TJP Siri ke 37 yang bermula pada 5 April 1980.

Beliau ditauliahkan ke Cawang Logistik TUDM pada 24 Januari 1981. Unit pertama beliau bertugas ialah TUDM Kinrara sebagai Pegawai Penjaga Kursus di Sekolah Logistik. Di antara jawatan penting yang disandang ialah Ketua Cawang Logistik, PU Butterworth, PS1 SISGP F, Markas No 3 Div Udara, PS1 Belanjawan, MTU, Pengarah Belanjawan, MTU, Pengarah Materiel, MTU (16 Mac 2015 - 20 Ogos 2015) dan AKS Materiel (20 Ogos 2015 - 15 Sep 2016).

Yohanez mencipta sejarah tersendiri sebagai pegawai wanita pertama dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM  (2011) dan juga Brig Jen TUDM (22 Ogos 2015). Beliau juga melakar sejarah TUDM sebagai pegawai wanita pertama yang menerima gelaran Dato', malah di kalangan pegawai tetap (Tugas Am) Tauliah Jangka Pendek yang pertama mendapat gelaran Dato'.

Dalam sejarah ATM, Yohanez merupakan pegawai wanita ke 6 dinaikkan ke pangkat Jeneral Satu Bintang.

Kol Yohanez binti Ahmad TUDM dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM pada 22 Ogos 2015

BRIG JEN DATIN (DR) ROZA ANON BINTI MOHD RAMLEE KAT AMN BDS(Malaya) FDSRCS(UK) MSc(UK)

 

Brig Jen Datin (Dr) Roza Anon binti Mohamad Ramlee adalah Pakar dalam bidang Restorative Dentistry. Beliau mendapat ijazah Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Universiti Malaya pada tahun 1990, seterusnya menerima anugerah Fellow of Dental Surgery of the Royal College of Surgeons of England (FDSRCS) pada tahun 2000. Dr Roza juga menerima ijazah Master of Science dalam tahun 1999 dan Certicicate in Endodontics (tahun 2000), kedua-duanya dari University of Newcastle Upontyne (United Kindom) .

Dr Roza berkahwin dengan Mej Jen Dato' Mohd Dalib bin Nasir (Bersara).

Dr Roza Anon telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan dilantik menjadi Timbalan Pengarah Pergigian ATM berkuatkuasa  pada 20 Nov 2015.

Sumber: https://www.nsr.org.my/list1viewdetails.asp?Account=5020 


 
Brig Jen Datin (Dr) Roza Anon  bin Mohamad Ramlee
(Timbalan Pengrah Pergigian ATM)

BRIG JEN (DR) SHARIFAH AZLIN JULIANA BINTI SYED ZAINAL  BDS (Malaya) FDSRCS (UK) Doc Clin Den OMFS (Adelaide)

Brig Jen Dr Sharifah Azlin Juliana


Brig Jen Datin (Dr) Sharifah Azlin Juliana adalah Pakar dalam bidang Oral and Maxillofacial Surgery. Beliau menerima ijazah Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Universiti Malaya pada tahun 1995.  Seterusnya menerima anugerah Fellow in Dental Surgery of the Royal College of Surgeons (FDSRCS), England pada tahun 1999). Dr Azlin juga mendapat ijazah kepakaran Doctor in Clinical Dentistry (Oral and Maxillo Facial Surgery) dari University of Adelaide, Australia.

Sumber: https://www.nsr.org.my/list1viewdetails.asp?Account=5571


FUTURE WOMEN GENERAL!

Manakala nama pegawai wanita ATM yang menyandang kini menyandang pangkat Kolonel (dan setaraf) adalah seperti berikut:

(1)   Kol (Dr) Liana Ma binti Abdullah (nee: Ma Mei Siang)(KKD)- Doktor Pakar Pathologi Oral

(2)   Kol (Dr) Loh Sheau Torng (KKD)- Doktor Pakar ENT (Otorinolaringologi)

(3)   Kol (Dr) Normah bt Samsuri (KKD)- Doktor Pakar Periodonologi.

(4)   Kol (Dr) Gnanamalar a/p Gnanasundram (KKD)

(5)   Kol Hajjah Fadzilah binti Abdullah TUDM (Juruterbang)

(6)   Kol (Dr) Hafsah binti Othman (KKD) - Doktor Pakar

(7)   Kept Hajjah Rohana binti Jupri TLDM - Pegawai Memerintah DBAB TLDM (Rohana yang ditauliahkan pada tahun 1984 merupakan pegawai wanita TLDM yang pertama dinaikkan ke pangkat Kepten pada 19 Okt 2017.

(8)   Kol (Dr) Tan Hooi Mooi - Kolonel Perubatan di BPK

(9)   Kol (Dr) Zulaili binti Zulkepli - Pakar ENT

Manakala nama pegawai wanita ATM yang menyandang pangkat Kolonel (dan setaraf) dan telah BERSARA adalah seperti berikut:

(1)   Kol Hajjah Fuziah bt Ibrahim (Bersara)- Kor Ordnans Diraja 


Kol (Dr) Liana Ma bt Abdullah MBBS MSc(Dental)(Leeds) FRCS

 Kol (Dr) Normah bt Samsuri BDS M.Community Dentistry (UM)

 Kol (Dr) Loh Sheau Torng MBBS(Malaya) M of Otorhino (Malaya)

Kol Hjh Fadzilah binti Abdullah TUDM

Kept Hajah Rohana binti Jupri TLDM


Kol (Dr) Tan Hooi Mooi


maklumat tambahan

Wolfenbarger jc4.jpg
Gen Janet Carol Wolfenbarger (Retired) former USAF Air Materiel Commander
(5 June 2012 - 8 June 2015)
First female officer promoted to 4 star General in USAF

Image result for Gen. Lori Robinson
General Lori Jean Robinson
Commander of the U.S. Northern Command (USNORTHCOM) and Commander of the North American Aerospace Defense Command (NORAD)
(from 13 May 2016 - today)
the first female officer to command a major Unified Combatant Command in the history of the United States Armed Forces

LIEUTENANT GENERAL WENDY M. MASIELLO.JPG
Lt Gen Lee Motlong Masiello (Retired)
former Director of Defense Contract Management Agency
(May 2014 - 24 May 2017)