Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, November 30, 2013

AF064: REUNION MATERIEL


PERTEMUAN 
MULTI GENERASI MATERIEL

Pada 6 Feb 2013 tercipta satu lagi detik sejarah dalam komuniti Materiel TUDM. Satu majlis makan malam bersama mantan APTU/AKS Materiel (dulunya Bekalan dan Wang) telah dianjurkan oleh Bahagian Materiel TUDM di FELDA VILLA, JALAN GURNEY, KL.



Walaupun majlis ini bukan satu majlis rasmi yang dibuat secara grand di hotel 5 bintang, ia berjalan dengan meriah. Bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam, ia adalah satu platform yang menemukan antara generasi perintis (pioneer) kegemilangan Cawang Materiel TUDM dengan generasi pertengahan yang memperkukuhkan warga Materiel serta generasi baru (Generasi Y) yang bakal mewarisi kepimpinan Materiel menuju tahun 2020.

Kehadiran Pesara:
  • Brig Jen Dato Anim bin Harun TUDM  (Bersara), mantan APTU Materiel (1984 - 1989) dan Datin Zainab Ahmad. 
  • Brig Jen Dato Richard Casimir Robless TUDM  (Bersara), mantan APTU Material (1992-1993) dan Datin Yvonne Rosalind Bouldville.
  • Brig Jen Dato Mohd Idris @ Rosli bin Saman @ Hj Taufik TUDM  (Bersara), mantan APTU Material (1996-2000)  dan Datin Fauziah Ibrahim
  • Brig Jen Dato Mior Azam bin Mior Safi TUDM  (Bersara), mantan AKS BLP  dan Datin Lily Maznah.
  • Brig Jen Dato Othman bin Abd Majid TUDM  (Bersara), mantan  AKS Material (2003-2004)  Datin Tini Marzuki
  • Brig Jen Dato Roslan bin Kasim TUDM  (Bersara),  mantan  AKS Material (2008 - 2009) 
  • Kol Lee Teng Khooi TUDM  (Bersara) dan isteri
  • Kol Ahmad Haidir bin Mohd Yusof TUDM (Bersara) dan isteri
  • Lt Kol Kamarudin bin Kamarulzaman TUDM (Bersara) dan isteri

Kehadiran Jeneral/Kolonel yang masih berkhidmat:
  • Mej Jen Dato Hj Azizan bin Shaari TUDM,   AKS Material (2009 - kini) dan Datin Hjh Rogayah Abd Samad.
  • Brig Jen Amir bin Hashim TUDM,  mantan  AKS Material (2004-2008) dan Datin Hjh Khairiyah Abdul Karim.
  • Kol Mohd Zaki bin Ishak TUDM dan Puan Latipah bt Maulana.
  • Kol Hj Kamarudin bin Mohamad TUDM dan Puan Hjh Ezana bt Daud.
  • Kol Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM dan Puan Hjh Adibah bt Dato Hj Taha,
  • Kol Yohanez bin Hj Ahmad TUDM

Yang Tidak Dapat Hadir:
  • Mej Jen Datuk Hj Ali Nasirudin bin Hj Ibrahim (Bersara), mantan  AKS Material (2000-2003) dan jawatan terakhir ialah AKS BLP (2003-2007).
  • Kol Mahamad Fazim bin Ismail TUDM (Bersara)- jawatan terakhir ialah Pengarah Perancangan dan Pembangunan Operasi Bersama di BLP Markas ATM dan bersara pada tahun 2004.
  • Kol Loke Kok Lye TUDM (Bersara)- jawatan terakhir Juruiring kepada SPB Yang DiPertuan Agong VIII.

ALFATIHAH Untuk Yang Telah Meninggal Dunia:
  • Brig Jen Dato Hj Mohd Tahir bin Abd Rahman TUDM (Bersara), mantan  APTU Material (1979 - 1984) - meninggal dunia pada tahun 2002.
  • Brig Jen Haji Abdul Rahman bin Mohd Rais TUDM (Bersara), mantan  AKS Material (1993-1996) - meninggal dunia pada tahun 2004.
  • Kol Ishak bin Mohamed TUDM - jawatan terakhir ialah Penasihat Pertahanan di MALAWAKIL Moscow. Meninggal dunia pada tahun 1998 semasa masih berkhidmat.
  • Kol Hj Mohamed bin Hj Awanglah TUDM (Bersara)- jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah Materiel dan meninggal dunia pada tahun.......

Pertemuan sebegini amat jarang dirasai.  Kali terakhir ialah pada tahun 2004 di Hotel Equatorial, Bangi semasa majlis meraikan pegawai-pegawai yang bersara bersempena dengan Seminar Pegawai Kanan Materiel TUDM.  AKS pada masa itu ialah BGen Dato Amir Hashim.  Ketika itu, aku menjawab jawatan PS1 SISMAT dan menjadi Pengerusi JK Penganjur.  Tapi yang hadir masa itu hanya BGen Anim, BGen Robless dan BGen Idris sahaja.

Sebelum itu,  pada tahun 2000 perjumpaan serupa (pertama kali aku alami) diadakan sempena Majlis Perpisahan sempena persaraan BGen Dato Mohd Idris @ Rosli bin Hj Saman @ Taufik di Sunway Lagoon Resort, Petaling Jaya.  AKS Materiel (successor) ialah BGen Dato Hj Ali Nasirudin bin Ibrahim TUDM.  Aku yang pada masa itu yang bertugas di Perbendaharaan Malaysia telah dilantik menjadi MC.  Malam itu kesemua mantan APTU/AKS telah ahdir termasuk allahyarham BGen Hj Mohd Tahir pun ada. 
.
 ANTARA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN 

Dato Roslan, Dato Idris dan Dato Amir 
Dato Amir, Dato Othman dan Lt Kol Kamarudin (B) 
Dato Anim, Dato Azizan, Datuk Robless dan Kol Haidir 
 
 
 
Lt Kol Khidzri, Lt Kol Rosli, Lt Kol Jemaat, Lt Kol Zambri, dan Lt Kol Rahlim 
Dato Idris, Dato Amir, Datu Robless, Dato Anim dan Dato Azizan 
Lt  Kol Kamarudin (B), Kol Lee TK (B), Kol A. Haidir (B), Datuk Robless, Dato Othman dan Kol Kamarudin 
Mej Rohaya, Mej Norizan dan Mej Zamri 
Mej Denis, Mej Mustaza, Mej Alyas, Mej Johari dan Mej Hisham 

Sejak zaman berzaman, Cawang Materiel (dulu Bekalan (Supply), kemudian Logistik) memang terkenal dengan keakraban atau hubungan persaudaraan yang rapat.  Apa pun pandangan orang luar (lazimnya negatif), ia tidak menjejaskan keakraban ini. I like to write more about this but for the time being, I reserve my comments.

Apa saja panggilan sama ada Supply Officer, Logistic Officer atau Materiel Officer, tugas kita adalah untuk BERBAKTI.  Kita dilatih untuk memuaskan hati PELANGGAN.  Namun, hakikat kehidupan di atas dunia ini, TIDAK ADA pelanggan yang pernah puas.

Kita semua sedar SIAPA KITA. Kita bukan pakatan politik yang bila berkumpul menjadi besar dan kuat kemudian berpakat menjatuhkan kumpulan yang lain.  

Kita berkumpul untuk mengenali saudara dan sahabat kita. Bertukar fikiran dan pengalaman. Mantan-mantan BOSS kita tidak pernah antara mereka yang mengajar kita untuk menipu, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, memutar belitkan fakta untuk menghalalkan yang haram DAN jauh sekali untuk mengajar kita menjadi AHLI KORPORAT yang memperniagakan TUDM.  Kita hanya diajar untuk mengamalkan CORPORATE GOVERNANCE yang baik.

Mej Zaharin, Mej Noor Syahidami, dan Mej Saiful Safrim 
Mej Ahmad Kamal, Mej Ammadi, Mej Rosli dan Mej Azizan 
 
 

Kita amat menghormati segala pengalaman mereka menerajui Materiel sejak TUDM ditubuhkan.  Mereka telah berusaha dengan penuh dedikasi bersama segala kekurangan yang ada untuk memenuhi atau mencapai misi TUDM.

Kita akui, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ada berlaku kesilapan.  Kita INSAN yang lemah. SEMUA INSAN adalah lemah, bukan INSAN MATERIEL sahaja.  TAPI kita jangan menjadi TUHAN yang boleh membalas dosa dan kesilapan.  Kita juga bukan PEMERINTAH yang boleh menjatuhkan hukuman.

Kita harus BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKAL agar kita dikurniakan akal yang waras.  Kita harus mempunyai HATI yang WARAS juga yang sentiasa memaafkan dan mendoakan saudara kita ke arah kebaikan.

among the wives of the guests 
 
 
 
Kapt Rosfadzillah, Mej Afniza dan Mej Zulkifli 
 
 
 
Mej Omar Zai, Mej Rafidi Anuar, Mej Rafi dan Mej Rohaizad 
 


Adalah diharapkan kandungan blog ini dapat membantu pegawai-pegawai muda mengenali PEMIMPIN-PEMIMPIN mereka yang telah berjasa membentuk Cawangan Materiel yang mantap dan berwibawa.

Kalau tiada majlis sebegini, dan pertemuan seperti ini tidak dirakamkan, dalam masa 10 tahun, pegawai dalam Cawang Materiel tak akan tau siapa dia Jen Anim, Jen Robless, Jen Idris atau Jen Mior.  Apa lagi kalau sebut nama Jen Rahman (almarhum) atau Jen Tahir (almarhum).

SEJARAH sentiasa BERTAMBAH.  Ia bukan seperti GEOGRAFI yang sentiasa BERUBAH.  Tanpa PENULISAN atau PEMBUKUAN, Sejarah akan jadi seperti Geografi juga. Orang lama akan dilupakan apabila bersara atau meninggal dunia dan digantikan yang baru.

Identifikasi
Duduk dari kiri: BGen Dato Hj Roslan Kasim TUDM (B), BGen Datuk Richard Casimir Robless TUDM (B), BGen Dato Amir Hashim TUDM, MGen Dato Azizan Shaari TUDM, BGen Dato Anim Harun, BGen Dato Mohd Idris Hj Saman TUDM (B), BGen Dato Mior Azam Mior Safi TUDM (B) dan BGen Dato Othman Majid TUDM (B).
Berdiri dari kiri: Lt Kol Dr Mohd Yunus Masjuki TUDM, Kol Yohanez Ahmad TUDM, Kol Kamarudin Mohamad TUDM, Lt Kol Kamarudin Kamarulzaman TUDM (B), Kol Ahmad Haidir Mohd Yusof TUDM (B), Kol Lee Theng Kooi TUDM (B), Kol Mohd Zaki Ishak TUDM, penulis dan Mej Hj Kabul Surat TUDM (B). 

DUA JAM memang tidak mencukupi untuk memberi peluang kepada semua pegawai yang hadir untuk bertemu dan beramah mesra dengan SIFU-SIFU kita namun pasti setiap yang hadir malam itu merasa puas, setidak-tidaknya dapat kenal rupa mantan-mantan APTU/AKS dan Pengarah-Pengarah kita.

KELEMAHAN kita yang paling besar ialah kita tidak mempunyai 'KNOWLEDGE MANAGEMENT' yang baik yang memelihara dokumen atau membukukan sejarah ketua-ketua kita yang terdahulu.  Perginya mereka seperti hilangnya Bukit Tyndall atau hilangnya Sempang dari peta muka bumi ini.

Diharapkan pertemuan seperti ini diadakan dengan lebih kerap lagi, seperti setiap DUA TAHUN kerana jumpa pesara akan bertambah begitu juga dengan jumlah yang meninggalkan kita untuk selama-lamanya.


 
 
Style lama bergambar.  Peace untuk malam ni saja 
See, how the seniors act when the other is talking 
Mej Rafi- memikirkan masalah lama yang sukar dipadamkan
Rosfadzillah, kurang selesa, ingat anak kat rumah 
Mej Ali Abas, belum ambil alih tugas KCM Butterworth dah pening.  Makan pun tak de mood.
 
Pasti GOSSIP 
Masa depan Mej Fakhri yang paling cerah
Dr Hj Yunus tengah buat promosi jual buku
Lt Kol Othman... entah apa yang dia goreng sampai Mej Azhan terpaku...
Masalah perolehan TUDM yang semakin kronik.... Lt Kol Zainal mengurut dagu, tak ambil peduli apa rakan semeja tengah sembangkan
 
Meja ni yang nampak ada 'synchronizing'- same common of interest


SEMOGA ALLAH SWT TERUS MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA MEREKA  SERTA MEMBERIKAN KITA SEMUA KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI UNTUK NUSA DAN BANGSA.

TERIMA KASIH KEPADA:

  • LT KOL MOHAMMAD SHUAIRI ABDULLAH TUDM
  • KAPT JAMALUDDIN MD ZAIN TUDM
DI ATAS GAMBAR-GAMBAR ANDA YANG DIIMPORT DARI FACBOOK 'MATERIEL RULES'

 SEMOGA SIAPA SAHAJA YANG BAKAL MENERAJUI CAWANG MATERIEL NANTI, TERUSKANLAH 
 TRADISI INI 

Thursday, November 21, 2013

AF 062a: KERJAYA DALAM TUDM

nak masuk tudm?
^KERJAYA DALAM TUDM^

TUDM adalah organisasi dimana aku mengaut rezeki sepanjang lebih 30 tahun yang lalu.  TUDM menukar gaya hidup aku dari seorang pemuda kampung yang berkeperibadian 'kekampungan'  (panjang kalau nak diceritakan) kepada seorang individu yang - seperti yang ada sekarang.

TUDM memperkenalkan kepada aku banyak benda yang patut dan tak patut aku tahu- aku kenal disko semasa dalam TUDM, aku kenal video XXX pun semasa dalam TUDM - pertama kali aku lempang anak orang (ragging) pun semasa dalam TUDM - banyak lagi peristiwa dan pengalaman yang sebahagiannya tak patut diceritakan. Bukan bermaksud untuk mengungkit benda-benda yang tidak baik- tapi sebagai pelajaran dan pengajaran - kalau kita tahu apa itu kejahatan maka kita tahu jalan untuk menuju kebaikan.

Aku sangat-sangat percaya bahawa senior-senior aku telah melalui perkara yang lebih teruk dari apa yang aku kena. Namun setelah selesai 'orientasi' atau 'ragging' itu, kami bersahabat baik dan hidup seperti adik beradik. Tidak berdendam. Jika bertemu. kadang cerita-cerita lama ini akan menjadi bahan ketawa.

Itu cakap pasal benda kurang elok, untuk jadi pengajaran.  Untuk benda-benda kebajikan, rasanya tak perlu diceritakan- kerana ia boleh membawa timbulnya perasaan takbur,  riak, ujub dan sebagainya.  Kalau kita tenggelam dengan perasaan kebaikan sahaja- kita akan lalai - lupa diri dan mungkin kita tidak sedar kita sedang menuju kemungkaran.



Walaupun cita-cita asal aku masuk TUDM adalah untuk menjadi juruterbang dan aku telah mendapat peluang merentas jalan ke arah cita-cita itu, namun perjalanan hidupku dalam TUDM melalui liku-liku yang berbeza.  Tiada penyesalan.  Aku, seperti aku yang ada sekarang, tetap berbangga menjadi warga TUDM.

TUDM yang memberi peluang kepada aku menjejaki banyak negara di dunia - dari yang dekat seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand kepada yang jauh menyeberang lautan seperti India, USA, Canada, Britain, Sepanyol, Italy dan Rusia.  malah pulau Hawaii yang terletak di tengah Lautan Pasifik pun pernah aku jejaki.

Dari duit gaji TUDM aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Pastinya kebanyakan senior-senior aku juga dapat ke Mekah hasil dari gaji atau gratuiti atau pampasan semasa bekerja dalam TUDM. Sama ada sebahagian atau keseluruhan. Kecuali ketika berkhidmat segala gaji digunakan untuk pelaburan, membeli aset dan membesarkan anak-anak. Pastinya dividen atau keuntungan dari aset itu juga yang digunakan untuk meneruskan kehidupan.

Dalam TUDM aku dapat kenal ramai orang- YB-YB, Tan Sri-Tan Sri, Dato/Datuk-Dato'/Datuk (dan Datin-Datin), ahli-ahli korporat dan pelbagai karakter manusia dari pelbagai peringkat.

Dalam TUDM aku berpeluang menebus dosaku kerana gagal dalam pengajian di UTM sebelum aku masuk TUDM.  Aku berjaya mendapat diploma dan ijazah dari ITM.  Walaupun aku buat Master secara persendirian, namun ia adalah sebahagian dari gaji yang aku perolehi atas kapasiti sebagai pegawai TUDM.

Tiada sebab untuk aku mengatakan TIDAK BAIK kepada TUDM.  Sebab itu, aku naik heran bila tengok dan baca facebook, bagaimana bekas pegawai-pegawai TUDM yang membina darah daging dengan gaji TUDM, memberak bertan-tan hasil makanan yang dibeli dari gaji TUDM, membesar dan menyekolahkan anak-anak dengan gaji sebagai anggota TUDM, tetapi bila berhenti dan bersara, mengutuk TUDM.  Tidak bersetuju dengan menghina sesuatu dasar adalah perkara berbeza.  Mereka mengutuk kepimpinan sekarang 'like nobody business'. Kononnya mereka telah INSAF dan ingin menebus kesilapan yang lalu supaya kemungkaran tidak berterusan. Kebanyakannya (saya ULANGI bukan semua TAPI kebanyakan)  kurang sedar diri bahawa semasa mereka  dalam perkhidmatan pun tidak memberikan sumbangan yang berkesan. Malah sebahagiannya 'dead wood' yang berlagak sebagai senior tetapi 'stubborn'. Seolah-olah TUDM tidak memberi apa-apa faedah dan sumbangan kepada mereka.  Mereka berbangga bahawa ''aku dah buat itu dan ini tapi tidak dihargai".  Mereka lupa, kalau tanpa izin ALLAH, apa pun mereka buat tidak memberi apa-apa makna.  ALLAH lebih mengetahui apa nawaitu mereka ketika membuat sumbangan itu.

Maka, sekarang- biarpun telah berada di penghujung kerjaya, aku ingin memberitahu 'umum' bahawa TUDM adalah kerjaya yang baik dan menyeronokkan.

Sekali lagi aku ulangi, biarpun cita-cita asal aku masuk TUDM adalah untuk menjadi seorang PILOT TUDM dan telah diberi peluang untuk mengikuti kursus penerbangan - dan aku gagal - aku tetap tidak pernah menyesal menyertai TUDM.  Biarpun aku tidak merasa menjadi seorang JENERAL seperti yang dicita-citakan oleh setiap pegawai tentera - aku tetap tidak menyesal.


“Jika sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah nikmat untukmu. Dan jika kamu kufur (atas nama-Ku), ingatlah azab dari-Ku amat pedih.” - Surah Ibrahim: Ayat 7.

Di bawah Tajuk ini aku paparkan sedikit maklumat tentang bagaimana rupa dan karakter yang diperlukan oleh bakal pegawai dan anggota TUDM bagi memenuhi hasrat Air Force - Next Generation (AF-NG).

Bagaimanapun maklumat ini masih belum sempurna. Akan ditambah dari semasa ke semasa.




Sebelum anda mengambil keputusan untuk menyertai TUDM, anda harus bertanya diri anda dahulu soalan ini.  Mengapa aku nak masuk TUDM?

(1)   Kerana ke'glamor'an?.  Kalau saja nak glamor, baik tak usah.  Walaupun ada unsur glamor sebagai seorang anggota tentera, ditakuti jika satu ketika keadaan tidak dapat memenuhi kehendak anda untuk merasai glamor itu, anda akan bosan dan kecewa. Atau anda lupa anda adalah anggota tentera kerana mengejar glamor - berpoya-poya.

(2)   Kerana kesegakan?.  Memakai seragam tentera memang lah segak.  Tapi kesegakkan di bawa bersama dengan disiplin.  Jika anda tidak mampu menjalani hidup dengan kongkongan disiplin, bermula hingga buka mata hingga anda tutup mata, anda akan tertekan.  Bila anda tertekan anda akan melanggar disiplin. Anda akan dihukum dan anda akan kecewa juga. Lagi satu, jika anda nak bersandarkan kepada kesegakkan sahaja, anda akan berlagak. Banyak terjadi, anggota berpangkat laskar udara (setaraf dengan prebet) berlagak jadi pegawai. Malah ada yang menipu semasa bersanding berlagak pakai uniform pegawai!

(3)   Kerana megah dan bangga?.  Saya pun bangga jadi seorang pegawai TUDM. Megah kerana apa? gaji? smart? uniform? gaya? Bangga dengan kerjaya anda boleh meningkatkan motivasi anda.  Tetapi terlalu megah boleh merosakkan anda kerana ia boleh menyebabkan anda jadi takbur dan merendahkan orang lain.

(4)   Kerana ikut-ikut kawan?.  Elakkan dari hanya mengikut orang lain kecuali diiringi dengan minat. Kadangkala anda dah desprade cari kerja, lalu ikut ajakan kawan pergi temuduga dan anda diterima masuk.  Kawan anda ada minat tapi anda tidak.  Akhirnya apabila sudah berada di dalam tentera, anda terperangkap kerana tidak menyangka bahawa kerjaya tentera tidak sesuai dengan diri anda. Anda menyusahkan diri sendiri dan organisasi anda.

(5)   Kerana galakkan keluarga?. Jika anda ada darah pahlawan mengalir dalam diri anda, ia lebih mudah.  Anda telah tahu apa yang bakal anda lalui.  Semasa anda mengambil keputusan untuk memohon,anda telah tahu dan faham segala risiko yang dihadapi. Ia membantu anda untuk menghadapi cabaran.  Pasti anda malu untuk undur ke belakang sama ada disebabkan andamalu kepada keluarga anda atau anda bertekad untuk menjadi yang lebih baik dari mereka.

(6)   Kerana minat?. Minat adalah kunci utama kejayaan anda.  Ia akan menjadi pendorong anda untuk melalui setiap cabaran.  Hanya, kadangkala apabila berlaku perkara yang anda tidak jangka telah menyebabkan anda hilang minat dan kecewa.  Tapi, minat sahaja pun tak cukup- ia mesti diikuti dengan komitmen atau kesungguhan.

(7)   Kerana kebetulan?.   Anda orang yang tak kesah dengan semua faktor di atas, saja-saja mohon dan diterima.  Anda lalui sahaja setiap tahap walaupun anda tidak suka.  Akhirnya anda didatangi rasa minat, rasa bangga dan telah menjadikan anda committed. Akhirnya anda sukses dalam kerjaya ini.





Jika anda telah mempunyai minat dan memenuhi syarat akademik yang dikehendaki, anda masih belum sempurna untuk memohon. Anda perlu mengukur diri anda sama ada anda mempunyai ciri-ciri berikut kerana ia akan memberi 'nilai tambah' untuk anda menjadi warga TUDM yang lebih cekap dan berkesan:

(1)   Minat IT (IT Savvy).  ITC adalah keperluan mandatori (kemestian) pada masa sekarang.  Hampir semua proses dan sistem kerja menggunakan komputer.  Tak tau komputer adalah seperti buta huruf (tak tau membaca dan menulis) dalam tahun 60an dulu.

(2)   Cerdik dan analitik. Jangan baca hanya yang tersurat - tetapi lihat apa yang tersirat.  Pegawai yang cerdik tidak hanya membaca tetapi  meneliti, memahami dan menganalisa apa yang dibacanya.

(3)   Tahan lasak.  Sebagai anggota tentera bukan sahaja perlu segak/tampan - must be physically fit and healthy - mampu bekerja melebihi waktu kerja biasa - multi-role - working day and night - and robust - gunung kan ku daki, lembah ku turuni, semak kan ku redahi - harus mempunyai semangat yang kental.

(4)   Kreatif dan Inovatif. Dalam tentera banyak kekangan dan kekurangan sumber. Oleh itu untuk menjadi efektif, anda perlu kreatif dan innovatif.  Tetapi AWAS! Terlampau keatif kadangkala boleh menyebabkan kita lupa yang kita telah menyalahi peraturan. Doing thing right and doing the right things. Innovatif baik untuk meningkatkan kecekapan - sentiasa sensitif dengan keliling kita - improve mana-mana bahagian dalam sistem kerja yang kurang cekap.

(5)   Berfikiran ke hadapan. Buat sesuatu kerja bukan untuk selesaikan masalah hari ini sahaja.  Kalau begitu keadaannya, esok akan timbul masalah yang sama.  Looking forward for improvement.

Ciri-ciri di atas bukan sesuatu yang ditulis sebagai MESTI tapi jika anda memilikinya, ia  membantu anda untuk bergerak dengan lebih cekap dan berkesan dalam kerjaya anda.

Selain dari syarat fizikal seperti berat badan, ketinggian, ukuran dada, BMI, tahap kesihatan serta syarat-syarat kemasukan lain (khususnya kelulusan akademik), untuk menjadi seorang anggota TUDM yang cemerlang, anda perlu memegang nilai-nilai berikut walaupun sebagai insan yang normal, ia sukar untuk dipenuhi.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk menyertai TUDM, anda harus bertanya diri anda sama ada anda ingin menjadi Pegawai atau Laskar Udara?  Pertama sekali, ia tertakluk kepada kelayakan akademik anda.

Bagaimanapun, jika anda memiliki kelulusan akademik yang membolehkan anda memohon menyertai Pegawai, anda tak semestinya dapat apa yang anda inginkan.  Ia tertakluk kepada temuduga, khususnya ujian IQ dan leadership test.  Jadi, anda mungkin ada diploma atau ijazah tapi anda tidak berjaya mencapai tahap IQ yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai TUDM.

Dalam TUDM terdapat banyak jenis tauliah Pegawai.  Bagaimanapun, untuk calun dari kalangan orang awam, anda ada 3 pilihan sahaja, iaitu:

(1)   Lepasan SPM/STPM yang memenuhi syarat dan layak boleh memohon memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk mengikuti kursus peringkat jazah yang ditawarkan.

(2)   Lepasan diploma atau ijazah yang memenuhi syarat dan layak boleh memohon memasuki TUDM melalui pengambilan Skim Pegawai Graduan.


(3)   Lepasan SPM yang memenuhi syarat dan layak boleh memohon memasuki Kolej Tentera Udara untuk mengikuti kursus Diploma in Aeronautical Engineering dan seterusnya mengikuti latihan asas penerbangan (telah dimansuhkan sejak 2013).

KEPAKARAN DALAM TUDM

PEGAWAI

(1)   Cawangan Juruterbang- mengandungi:

         (a)   Juruterbang Pejuang

         (b)   Juruterbang Angkut

         (c)   Juruterbang Helikopter

         (d)   Jurumalim

(2)    Cawangan Kejuruteraan

(3)    Cawangan Materiel  (dahulunya Logistik)

(4)    Cawangan Tadbir (dahulunya Urusetia) termasuk Pasukan Khas Udara (PASKAU)

(5)    Cawangan Pengurusan Ruang Angkasa- mengandungi:

         (a)   Kawalan Trafik Udara

         (b)   Kawalan Pertahanan Udara

         (c)   Bomba

LAIN-LAIN PANGKAT

(1)   ‘Crew’ Penerbangan

-  Kuarter Master Udara

-  Pramugari

-  Jurutera Penerbangan

(2)   Sistem Darat (Pengurusan Ruang Angkasa )

-  Pembantu Kawalan Trafik Udara

-  Pembantu Kawalan Pertahanan Udara

-  Juruteknik Komunikasi

-  Aerofireman

(3)   Kejuruteraan

-  Juruteknik Aeromekanik

-  Juruteknik Avionik

-  Juruteknik Air Sirface Equipment (ASE)

-  Juruteknik Information Technology (IT) 

(4)   Materiel

 -  Jurusistem Logistik

-  Pemandu

(5)  Tadbir

-  Pembantu Tadbir

-  Jurulatih Jasmani

-  Pembantu Sajian

-  Pembantu Pertahanan (Provos + PASKAU)

-  Pancaragam



 SYARAT KEMASUKAN PEGAWAI TUDM

PERHATIAN 
SEMUA SYARAT KEMASUKKAN DI BAWAH BOLEH DIPINDA DARI SEMASA KE SEMASA


LALUAN PERTAMA
 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengambil DUA kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia, diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM.

Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.

Syarat kemasukan ke UPNM juga terbahagi kepada dua, iaitu Jurusan Perubatan dan Jurusan Kejuruteraan dan Sains.

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(1)   Pusat Asasi Pertahanan.

(a)   Asasi Kejuruteraan Pertahanan (Z0440)

(b)   Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan (Z0880)

(c)   Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan (Z0220)

(d)   Asasi Perubatan Pertahanan (Z0080)


(2)   Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

(a)   Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)

(3)   Fakulti Kejuruteraan.

(a)   Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)

(b)   Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)

(c)    Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) (ZK25)

(d)   Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) (ZK50)

(4)   Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

(a)   Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)

(b)   Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)

(c)   Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)

(5)   Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

(a)   Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)

(b)   Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45)

Oleh kerana jurusan Perubatan tidak ada kaitan dengan kerjaya TUDM, maka saya terus kepada syarat kemasukan ke Program Asasi Kejuruteraan Pertahanan atau kursus-kurus berorientasikan Sains dan Teknikal:

Calun mestilah memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program.

Syarat Am Universiti:

1.     Lulus STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C NGMP 2) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan

2.     Lulus STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2) dalam dua mata pelajaran lain.

3.     Memenuhi syarat ketenteraan bagi lantikan Pegawai Kadet :

(a)   Umur : 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun

(b)   Tinggi (minimum) : 1.62 m (lelaki) dan 1.57 m (perempuan)

(c)   Berat (minimum) : 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (perempuan)

(d)   Ukuran dada (minimum) : 76 sm (lelaki sahaja)

(e)   Body Mass Index : 17 - 23.

(f)    Taraf perkahwinan : Bujang

(g)   Penglihatan : Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata dan kanta lekap.

(h)   Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata (FLAT FOOT)

(i)    Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

(j)   Kesihatan : Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia

4.     Lulus ujian dan temu duga.


LALUAN KEDUA
SKIM PEGAWAI GRADUAN

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (Graduan Ijazah dan Diploma). Laluan ini tidak dilaksanakan sepanjang masa (setiap tahun). Pengambilan cara ini hanya dibuat apabila diperlukan sahaja.

Syarat:

(1)  Graduan Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun

(2)  Graduan Tugas Ikhtisas (Kejuruteraan/ Pendidikan/ Pengajian Islam) : Tidak melebihi 30 tahun

(3)   Kesihatan : Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak rabun warna dan tanpa cermin mata/kanta lekap

(a)   Tinggi/Berat Minimum : Lelaki - 162 sm / 50kg / Perempuan - 157 sm / 45 kg

(b)   BMI(Body Mass Index) : 18 - 27

Untuk memohon, sila hantar surat permohonan dan profil peribadi (resume) beserta:

-Salinan Ijazah/ Diploma
-Salinan SPM atau setaraf
-Salinan transkrip akademik
-Salinan kad pengenalan
-Surat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) bagi calon IPTS dan luar negara.
-Sampul surat berukuran 20 X 28 sm beralamat sendiri dan bersetem RM1 (sila nyatakan sama ada pilihan anda ialah Tentera Darat atau Tentera Laut DiRaja Malaysia atau Tentera Udara DiRaja Malaysia) kepada :

Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
( Untuk Perhatian : Sel C )
Karung Berkunci No 11006
50990 KUALA LUMPUR



PERHATIAN

MULAI 2013, SEMUA PENGAMBILAN UNTUK PEGAWAI KETIGA-TIGA PERKHIDMATAN ATM (DARAT/UDARA/LAUT) HANYA DIBUAT MELALUI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

INI BERMAKNA, PENGAMBILAN MELALUI KTD, KTL dan KTU TELAH DIHENTIKAN
  
SYARAT KEMASUKAN KE LAIN-LAIN PANGKAT 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Perajurit Muda TUDM:

KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:

(1)   Tred Juruteknik, Sistem Udara dan Sistem Darat: Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/ SPMV

(2)   Lain-lain Tred: Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV

LAIN-LAIN KELAYAKAN:

(1)   Warganegara Malaysia.

(2/   Berumur di antara 18 - 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.

(3)   Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

(4)   Penglihatan hendaklah terang.

(5)   Berat badan minima 47.5 kg bagi lelaki dan 40.5 kg bagi wanita.

(6)   Ketinggian 1.57 meter (lelaki) dan 1.47 meter (wanita).

(7)   Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25 (lelaki) dan 18 - 25 (wanita).

(8)   Ukuran dada biasa 76 sm (lelaki sahaja)

Calun-calun yang berjaya dalam pemilihan akan dipanggil untuk menjalani latihan perajurit muda (Pramuda) atau latihan rekrut di Institut Latihan Tentera Udara (ITU), Ipoh selama 6 bulan.

Setelah menamatkan latihan PEGAWAI atau PRAMUDA, mereka akan diserapkan ke dalam Cawangan-cawangan (mengikut Tred/Ketukangan) dan perlu menjalani latihan asas ketukangan masing-masing di pusat-pusat latihan berikut:

(1)   Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) bagi latihan asas juruterbang sayap kaku. Mulai 2015 dikenali sebagai Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1).

(2)   Pusat Latihan Terbang 2 (PULATIBANG 2) bagi latihan asas juruterbang sayap rotary. Mulai 2015 dikenali sebagai Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2).

(3)   Institut Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) bagi latihan asas trafik udara, kawal dan lapor, komunikasi dan kebombaan.

(4)   Institut Teknologi Aerospace (ITAS) bagi latihan asas kejuruteraan/teknikal.

(5)   Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan (ITSBL) bagi latihan asas teknikal persenjataan (armament).

(6)   Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) bagi latihan asas logistik, perakaunan, penstoran dan pemanduan kenderaan)

(7)   Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) bagi latihan asas pengurusan pentadbiran (urusetia) dan perkeranian.


  HUT TUDM 52 PADA 01 JUN 2010 





UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEPADA PEMBACA YANG BERMINAT DENGAN KERJAYA JURUTERBANG (TUDM) SILA BACA TAJUK AF 044: ANDA MAHU JADI JURUTERBANG TUDM?.






Tuesday, November 19, 2013

AF 062: MASA DEPAN INDUSTRI AEROSPACE DI MALAYSIA

 
 THE FUTURE OF AEROSPACE INDUSTRY 
  IN MALAYSIA  
WHERE IS THE DIRECTION?

SATU TAJUK YANG MENARIK UNTUK DIBINCANGKAN........tapi untuk yang berkaitan sahaja laaa... sesiapa yang mengusahakan industri kerepek ubi, kerepek pisang atau rempeyek tu, tajuk macam ni amat tak akan menarik langsung bagi mereka.

Sebelum ini aku ada menulis satu artikel yang agak terperinci tentang Program Kontraktorisasi (Contractorisation) di dalam sistem senggaraan aset TUDM (AF 034). Dalam topik itu, aku menulis tentang konsep kontraktorisasi dan pelaksanaan program tersebut di dalam TUDM serta syarikat-syarikat yang terlibat di dalamnya.

Tajuk ini aku tulis dalam Bahasa Inggeris pada 19 Nov 2013. Tapi hari ini, 11 Sep 2016, aku mengambil keputusan untuk menterjemah semula ke dalam Bahasa Melayu. Antara sebabnya, orang yang telah bijak pandai tidak memerlukan maklumat dan ilmu ini.

Dengan tulisan dalam bahasa Melayu, lebih ramai pembaca generasi muda dalam TUDM akan lebih faham dan dapat mempelajarinya.

Kebetulan, aku terlibat secara langsung dalam pengurusan kontrak TUDM lebih 10 tahun. Mungkin yang terpanjang di kalangan pegawai TUDM. Aku berkhidmat sebagai Pegawai Khas TUDM di Perbendaharaan (Jan 2000 - Feb 2004), PS1 Kontrak, Markas TUDM (Ogos 2005 - Apr 2007), PS1 Pembaikan, MLU (Apr 2007 - Jul 2008), Ketua Staf Khidmat, MLU (Jul 2008 - Dis 2010), kali kedua sebagai KSK, MLU (Feb 2012 - Ogos 2014).

Sejak aku meninggalkan MLU pada bulan Ogos 2014, kepimpinan TUDM termasuk kepimpinan Materiel sendiri mengambil jalan tidak endah terhadap kepakaranku dalam semua perbincangan berkaitan dengan pengurusan kontrak ini. Aku menerima hakikat ini dan menghormati cara pentadbiran mereka. 

Apa Hasil Program Kontraktorisasi?

Setelah satu setengah dekad dilaksanakan, faedah (benefit) program ini kepada industri aerospace tempatan masih kabur. Program yang diperkenalkan oleh TUDM untuk membuka laluan kepada industri pertahanan tempatan tidaka dapat memainkan peranannya. Tentera Darat dan TLDM tidak berminat untuk melaksanakannya. Malah, program penswastaan (privatisation) senggaraan kapal-kapal TLDM dengan PSCND menemui kegagalan. PSCND terkubur dalam lautan kemewahan yang diterima dari bajet TLDM. Laporan audit mendapat syarikat telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberi oleh pihak Kerajaan (1985) untuk mengaut keuntungan secara tidak terurus. Pada tahun 2005, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah mengarahkan supaya kontrak dengan PSCND dibatalkan. Sebuah syarikat baru dilantik, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) iaitu anak syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (yang dimiliki oleh LTAT).

Tentera Darat pula masih mengutamakan kemahiran anggota teknikal mereka untuk memastikan kesinambungan pengurusan aset strategik mereka. Kor Jurutera, JLJ, Semboyan masih mengekalkan kemahiran teknikal mereka walaupun kelihatan terdapat sebahagian kepakaran telah diswastakan khususnya yang berkaitan dengan ICT. Senggaraan sistem komunikasi seperti P4 telah diambil-alih hampir 90% oleh pihak swasta. Begitu juga rawatan kenderaan. Portion senggaraan yang selama ini menjadi kemegahan anggota JLJ sudah sedikit demi sedikit diserahkan kepada pihak swasta.

Apa pun tiada Program Kontraktorisasi seperti apa yang berlaku dalam TUDM ditiru oleh TD atau TLDM.

Sebahagian dari syarikat yang dipilih untuk menjayakan Program Kontraktorisasi (PK) ini telah mengalami banyak masalah dalaman. Polisi PK tidak diterima di peringkat nasional malah di peringkat MINDEF sendiri ianya gagal dikawal. Di peringkat TUDM, generasi baru tidak dapat memahami konsep ini. Persepsi yang berbeza-beza. Pelaksanaanya menjadi bercampur aduk antara skop kontraktorisasi dengan skop penswastaan.

Perebutan skop senggaraan di kalangan syarikat tempatan masih berterusan. Campur tangan atau lobby dari pihak OEM juga berterusan untuk menjaga kepentingan masing-masing. Malah syarikat GLC yang mengambil bahagian juga tidak mendapat sokongan dari pihak Kerajaan.





Perkembangan keupayaan syarikat aerospace tempatan terlalu perlahan (lembab) dan tidak memberangsangkan. Kebergantungan kepada vendor dan OEM masih tinggi. Agen-agen vendor/OEM mengambil kesempatan untuk mengukuhkan cengkaman dan mengawal aktiviti syarikat dalam PK. Ini menyebabkan syarikat PK mengambil jalan mudah menggunakan kepakaran vendor untuk melaksanakan kerja. Mudah, hanya mengira keuntungan sahaja. Kalau berlaku kegagalan, jawapannya "kalau syarikat luar negara yang sudah established pun gagal, apa yang boleh diharap dari syarikat tempatan yang kerdil ini?".

Ketiadaan polisi PK yang kukuh menyebabkan ia tidak dapat melindungi kepentingan syarikat pemainnya. Banyak keputusan dibuat atas adalah atas dasar lobby bukan hak sebenar.


Semasa PK masih berjalan, Kerajaan menerima dan meluluskan kontrak-kontrak baru dengan mengenepikan peranan syarikat aerospace tempatan yang telah lama bergerak dalam industri. Sudah pasti joint-venture dengan pihak OEM lebih efisyen tetapi ke mana spirit asal diwujudkan PK dahulu untuk melindungi aliran wang keluar negara dan mempastikan bekas-bekas warga TUDM (ATM) yang bersara diserapkan dalam industri aerospace tempatan. Kontrak JV dengan OEM telah menjadikan syarikat tempatan yang terpilih hanya berperanan sebagai mediator atau orang tengah sahaja.




Aku (pandangan peribadi melalui pengalaman dan penglibatan dalam pengurusan program ini) berpendapat atau berpandangan bahawa PK tidak mencapai objektif yang disasarkan. Bukan bermakna tiada pencapaian langsung. Tetapi secara umumnya ia tidak mencapai ojektif (bukan gagal). Tapi menghampiri kegagalan.

Cuba kita lihat, kenapa PK diperkenalkan dahulu (1997)?. Objektif utamanya ialah:
  • to sustain the technical skill and expertise, especially in the area of aerospace technology at the same time to create the employment for the outgoing highly trained and marketable airmen.
  • to foster and develop local defence and aerospace industries - furthermore will become the catalyst to the national aerospace industry.
  • to minimise the outflow  of our currency (to the foreign countries).
  • to enable the RMAF to focus on the improving the front line capabilities.


Adakah semua syarikat PK jelas membantu Kerajaan (TUDM) untuk menggaji ahli udara yang bersara? Sila buat kaji selidik dan analisis ke atas semua syarikat PK. Berapa peratuskan kenaikan pekerja di kalangan bekas warga TUDM. Kaji jumlah pekerja di peringkat pengurusan, berapa peratuskah bekas warga TUDM berbanding dengan orang awam?

Tidak juga dipersalahkan kepada syarikat. Teknologi dan peralatan yang diaplikasi oleh TUDM tidak bergerak seiring dengan teknologi industri. Walaupun aset TUDM bertambah moden, cuba lihat peralatan yang digunakan oleh pusat-pusat latihan teknikal TUDM? Adakah seiring dengan perkembangan teknologi?.

Di antara syarikat dimonopoli oleh ahli keluarga yang tiada pengalaman dalam industry aeroangkasa. Malah tidak mengenali budaya dan sistem dalam TUDM. Mereka lebih mengambil berat dengan syarikat luar mana perlu berkerjasama dalam sesuatu projek yang diberi. Bekas-bekas pegawai TUDM tidak berkemampuan mengendali dan menjana keuntungan syarikat. Mereka masih ada sikap loyalty dan mengambil berat kepentingan TUDM. Ini tidak dikehendaki oleh syarikat.

Campur tangan politik adalah sesuatu perkara negatif jika ia melibatkan industri pertahanan negara. Syarikat yang terlibat melayan kehendak politik dengan memilih vendor yang dicadangkan oleh kroni atau agen politik. Sukar untuk dikawal kerana melalui tangan yang tersembunyi.

Kenapa PK Gagal???

Kenapa pembangunan industri aerospace tidak memberangsangkan di negara ini? 
  • No firm policy on aerospace industries as policies in heavy, medium and small industries.There is no single guidelines to be used by MOF and MINDEF when dealing with contract on aerospace industry. Without a clear written policies, the officers in MOF do not have a standard references for their decision making.  They can change the policy based on the situation and requirement. The contractors (in CP) uncertain in their future contract extension. No guarantee of extension. Their fate depend on the request for extension by the MINDEF and also approval by the MOF. Companies back off from investing for the development of their capability.
  • Inconsistency in the implementation of defence industry policy and a friction between the policies and the implementation. 
  • Financial policy versus procurement policy versus military requirement. 
  • Award of contract of new asset to the new companies. The 'selected' companies in the CP were not well-guided. Failure of MDIC.
  • Expectation (too high) towards local industrial players and second class quality.
  • Off-set program not work well.
  • No standardization in the contents of maintenance contracts.
  • Small aviation industry market and limited control of sources.
  • Power of OEM.
  • No strong leader in the industry.  If there is a leader, it did not gain respect from the other players.
  • Political influence?. International relations. Counter trades policy.
  • Hand behind the orchestra.

     ..
 



AEROSPACE INDUSTRY AFTER 2013

By the end of 2013, the contract with Destini Prima (expired on 30 Sep 13) and Zetros (expired on 31 Dec 13) came to the end. The study which had been done on 'long term contract' did not show its fruit. The way forward of CP still in blur or grey.

Both DPSB and ZSSB contracts were reestablished for another 3 years with 'Performance Based Contract (PBC)' concept. This PBC concept is actually not the result of the study. It was the new Government approach for the maintenance contract. Means that the RMAF has to go through another trial program. The only different is the performance of the selected companies were roughly known by the RMAF. PBC need very high cost of working capital and cash flow because. All the local aerospace industries (companies) do not have even 50% capability, very high dependancy on OEM and other foreign MROs, and insufficient supportability stocks. Almost all OEMs and foreign MROs have their own local agents, and those survival-commission companies have control over to local activities. Without indepth study, we are worry that the outcome of PBC will not other than a waste to government money.

The inception of new major asset in the RMAF, namely TRS Air Defence Radar, helicopter EC725 Cougar and heavy duty airlift A400M have shown some changes or new trend of aircraft maintenance system. The roles of local industry become smaller, slimmer and less important. They have no way to compete those international giants. Local aerospace or defence companies will be tactically and technically marginalised and slowly be ousted from the playgrounds.

You give the business to the local companies, you give job to the local people. They share the parts of 'non-capabilities' with their friends (OEMs and MROs) in overseas. They profitted from the mark-up percentage. The profit will go to the Nation.

You give the business to OEM (foreigner), they will never give any job to the local companies because they have their own supply chain with the vendors in their country. They will not transfer their technology to the local companies eventhough you put the clause in the contract. They will use the clause of 'availability' and 'fast turn-around-time' as a reasons to make sure the repair service must be sent to their faclities in their country.

We are not sure they are offering cheaper cost!. What we are bloody sure is, they got firm fixed payment every-month and claim for additional cost for any extra job. Are the foreign companies paying tax to our Nation?

The local companies will become 'melukut di tepi gantang'. Just hopping for the spillage.

Those losing local companies are the culprits who are donating millions of RM for our disaster reliefs. And how much those British, Italians, Swiss, French, Germans and American companies donated to our flood victims??


The more hours our aircfrat fly, will gain more money to their banks.


Picture
Siapa selenggara Radar Raytheon System? 

 
 
 
Siapa selenggara EC725? 

 
 
Siapa selenggara A400M?

What are the product of Contractorization Programme? Where are the future roles of local companies in aerospace/defence industry? Where is the blue print of aerospace industry policy?