2025




D-DAY





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Basmalah dan salam pembuka bicara,
Selamat datang hadirin yang mulia.
Saudari pengacara Majlis,
Y. Bhg Dato Seri/Datin Seri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dirahmati Allah sekelian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Tengahari - Salam Sejahtera dan Salam Maal Hijrah 1447.
YBhg Brig Jen Jasmi bin Che Ismail TUDM, Timbalan AKS Log Pertahanan, MK ATM.
YBhg Lt Kol Junaidi bin Abd Aziz TUDM, Pemangku Komander PUSEN
YBhg Lt Kol Mohd Amin Mohd Nor TUDM Ketua Cwg Materiel PUSEN
YBhg Puan Hjh Noraini binti Mohd Yunus - terima kasih kak Ani di atas kesudian memenuhi jemputan kami untuk hadir ke majlis ini.
Dari selatan membawa kerahmatan,
Dari timur membawa makmur,
Dari barat membawa berkat.
Kiri dan kanan rakan dan taulan,
Di hadapan pula teman sepermainan,
Pandang belakang pernah berjiran,
Pusing keliling semua kenalan.
Saya bagi pihak AJK Penganjur dengan penuh kesyukuran mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir menyambut salam silaturrahmi kami dengan bersusah payah mengenepikan segala kesulitan dan halangan, tetap berusaha melapangkan masa untuk memastikan Mega Reunion Veteran Materiel kali ke 5 ini dapat dijayakan pada hari ini. Walaupun pada tarikh tutup pendaftaran (15/6) hanya sejumlah 328 yang berdaftar, masih jauh dari sasaran kami (400). Namun dalam minggu terakhir ini (hingga semalam) permintaan untuk hadir meningkat mendadak - mencapai lebih 430 peserta termasuk 192 ahli keluarga - pun begitu agak dukacita kerana terdapat beberapa peserta yang menarik diri di saat akhir atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
Menjadi pusaka warisan bangsa
Hadirnya tuan memeriahkan suasana
Kami menyambut penuh gembira
Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin memeklumkan bahawa, tanpa mengira latar belakang perkhidmatan pangkat dan gelaran, semua Veteran Materiel yang hadir adalah tuan rumah, bukan tetamu. Saya bersama AJK saya hanya diberi amanah untuk mengelola atau menyusun atur majlis ini sahaja. Tetamu kita adalah pasangan kita atau pengiring yang hadir, penerima sumbangan, serta nama-nama yang saya sebutkan di awal tadi. Jadi, harapan saya, janganlah ada yang terasa kecil hati atau terkilan kerana tidak dilayani atau disantuni sebagai tetamu. Kerusi meja yang disediakan adalah untuk memastikan semua ada tempat. Selepas ini, silalah menjelajah di serata pelusuk dewan ini untuk menemui rakan-rakan masing-masing.
Memikul amanah bukannya ringan,
Menabur jasa bakti sumbangan,
Jadi sebutan sepanjang zaman
Selaku Pengerusi Mega Reunion kali ke 5 ini, saya ingin MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN mantan barisan kepimpinan Materiel yang telah melapangkan diri dan masa untuk hadir menyertai kita hari ini:
Selepas ini, saya akan gunakan istilah Prima Tumang untuk jawatan AKS Materiel kerana nama jawatan ini telah kerap bertukar dari ASBEK (1980 - 1989), APTU Materiel (1989-2001) dan AKS Materiel (mulai 2001 hingga hari ini).
YBhg Brig Jen Dato’ Anim bin Harun TUDM (B) dan Datin Zainab bt Ahmad; - (Prima Tumang ke 2). rekod peg Materiel paling muda dinaikkan ke pkt 1 bintang (40 tahun) - peg Mat pertama mendapat kelulusan Master (UK) dan satu-satunya peg Mat yang pernah menyandang jawatan Pgh Perancang Pembangunan di BSTB.
YBhg Brig Jen Dato’ Mohd Idris bin Saman TUDM (B) dan Datin Fauziah bt Ibrahim; (PT ke 7) - seorang pemimpin yang sangat tenang and very fatherly character dan mempunyai tulisan yang cantik dan kemas. Berpeluang berkhidmat di bawah Dato Idris 1996 - 1998.
YBhg Mej Jen Dato’ Ali Nasirudin bin Hj Ibrahim TUDM (B) dan Datin Ruhaiyah; (PT ke 8)- peg kanan Materiel pertama menyandang pangkat Mej Jen TUDM) - satu2nya yg pernah menyandang AKS Mat dan AKS LP serta AKSPA - terkenal dengan workaholic & perfectionist - REKOD sampai kini tidak main golf - saya pecah rekod beliau. tidak main golf hingga bersara;
YBhg Brig Jen Dato’ Othman bin Abd Majid TUDM (B) (PT ke 9) - memegang jawatan PT hanya 6 bulan - mulanya tidak main golf tapi hanya bertahan setakat Kol sahaja. Saya berkhidmat di bawah beliau pada 1996-1998. Keistimewaan - rambut kekal lebat dan hitam.
YBhg Mej Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM (B) dan Datin Rogayah bt Abd Samad ; (PT ke 13) - penyandang PT yang paling lama (8 tahun) - saya berpeluang 6 kali berkhidmat dengan Dato’ Azizan - pertama SEKLOG 1983 - Kuantan (1986) - MPPU 1990 - Bhg Mat (2004) - MLU (2007) - Bhg Mat (2014/2015) - Di Kuantan kami duduk satu blok OMQ - kalau saya outstation dan overnight, bila malam, isteri saya akan lari turun ke bawah - tumpang tidur.






Saya sekali lagi mengucapkan penghargaan tidak terhingga kepada Puan Hjh Noraini yang secara simboliknya mewakili Prima Tumang ke 6 (Allahyarham BG Hj Abdul Rahman bin Mohd Rais TUDM (B). Golf set (1993).
Selain dari AY BG Hj Abdul Rahman TUDM (B) (11 Sep 2004), dua lagi mantan Prima Tumang telah pulang ke rahmatullah, iaitu;
Allahyarham BG Dato’ Hj Mohd Tahir bin Abdul Rahman TUDM (B) - 2002; dan
Allahyarham MG Dato’ Hj Amir bin Hashim TUDM (B) - yang baru meninggalkan kita pada 12 Mac yang lalu.
Sama2 kita doakan semoga arwah ketiga2 mantan pemimpin kita ini dihimpunkan bersama arwah para syuhadak dan solihin.
Saya juga turut mengalukan kehadiran;
YBhg Brig Jen Dato’ Muhamamd Shuairi Abdullah dan Datin Dr Azrina (selamat pulang ke tanah air); dan
YBhg Brig Jen Mohd Fakhri bin Yahya dan Puan Siti Zamrud.
Mantan barisan kepimpinan yang tidak dapat hadir bersama kita hari ini atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, mereka menyampaikan salam permohonan maaf mereka - amat teruja untuk bersama2 kita.
YBhg Brig Jen Dato’ Richard Robless TUDM (B) (PT ke 5);
YBhg Brig Jen Dato’ Roslan bin Kasim TUDM (B) (PT ke 12);
YBhg Brig Jen Dato’ Yohanez binti Ahmad TUDM (B) (PT ke 14);
YBhg Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM (B) (PT ke 15);
YBhg Mej Jen Dato’ Zainal bin Abd Manaf TUDM (B) (PT ke 16);
YBhg Brig Jen Dato’ Mior Azam bin Mior Safi TUDM (B);
YBhg Brig Jen Dato’ Rodzuan bin Abd Ghani TUDM (B);
YBhg Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM (B);
YBhg Brig Jen Izani bin Saleh TUDM (B); dan
YBhg BG Hj Sharani bin Kamarudin TUDM (B).
Selain dari itu Materiel juga telah melahirkan beberapa pemimpin barisan kedua yang tidak kurang hebatnya seperti Kol Lee Theng Kooi, mendiang Kol Loke Kok Lye, allahyarham Kol Mohamad Awanglah, allahyarham Kol Ishak Mohamed, allahyarham Kol Ahmad Haidir Mohd Yusoff, allahyarham Kol Mahamad Fazim Ismail, allahyarham Kol Mohd Zaki Ishak, allahyarham Kol Kamarudin Mohamad, Kol Abd Wahab Enok, Kol Jemaat Atan, Kol Gopalan Manickam, Kol Kamarudin Kassim, Kol Mohd Amran Yaakob dan Kol Ahmad Nazri Nayan (dan ramai lagi yang masih berkhidmat) yang mempunyai sejarah dan sumbangan masing-masing.
YBhg Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan2, Puan2 yang saya hormati sekelian,
Pada hari ini, pihak penganjur turut menjemput 3 general Materiel yang sedang berkhidmat (BG Nor Azmi, BG Jasmi dan BG Norizan tidak dapat hadir kerana masih berada di Tanah Suci) dengan objektif untuk mewujudkan jambatan antara veteran dengan yang kepimpinan yang masih berkhidmat - dengan harapan - tradisi ‘reunion’ ini ada diteruskan setelah mereka bersara kelak.
Pengalaman lalu sama digali,
Sahabat lama tidak bersua,
Di depan mata kini kembali
Nasi dihidang berlauk gelama,
Pemanis mulutnya bahulu kukus,
Lama sudah tak bertemu mata,
Namun persaudaraan tak pernah putus.
Setiap veteran yang hadir pada hari ini ‘sama ada pegawai atau LLP’ pastinya mempunyai sejarah silamnya sendiri dalam kerjaya. Setiap orang meninggalkan atau meyimpan pelbagai kenangan - ada yang pahit, ada yang masam, dan tentunya banyak sekali kenangan yang manis.
Melayan watsap, tiktok dan messenger,
Ada yang terus bekerja sebelum ajal tiba,
Ada berkebun ada yang berniaga,
Ada yang tertipu rakan kongsi yang haloba,
Tak kurang juga yang terperangkap dengan kelicikan scammer,
Ada yang gagal ada yang berjaya,
Ada yang mahu bercerita
dengan nada santai dan selamba,
Pengalaman menjadi bahan jenaka.
Setiap perbualan diiringi gelak ketawa.
Ada yang tidak sanggup menerima realiti,
luka di hati sukar diubati,
semuanya dipendam di dalam hati,
terus berdiam diri membawa ke mati.
Setelah bersara, budaya hidup kita berubah,
saban tahun usia bertambah,
Ramai sakit lutut, nak bangun pun susah,
Mata makin kabur, uban subur bercambah.
Bila bersara ramai yang balik negeri,
Ada yang merantau membawa diri,
Rakan seperjuangan sukar ditemui,
Hari ini dah sukar dikenali.
Atas sebab itulah, AJK kali ini memilih tema yang berbeza dengan tema-tema yang lalu, iaitu:
Sama ada pertemuan bermula semasa menjalani latihan rekrut atau pegawai kadet, atau; pertemuan bermula semasa menghadiri kursus, atau; bertugas dalam satu unit, satu skuadron atau satu pejabat,
Di sebalik kegembiraan dan ketekunan bekerja,
Pasti ada terkasar atau tersilap bahasa,
Ketika seronok bergurau senda,
Pasti ada terlepas kata mengata,
Ketika bersukan dan beradu tenaga,
Siku menyiku perkara biasa
Dalam kerjaya lebih banyak dugaan,
Bodek membodek mencari perhatian,
Yang kerja kuat boleh ketinggalan,
Kerana pangkat sanggup bunuh kerjaya kawan.
Biduk lalu kiambang bertaut
Hanyut perahu ke tepi pantai
Kisah dahulu usah disebut-sebut
Saling bermaafan kasih sayang tersemai
Merdu bertingkah alunan suara,
Anak dusun memasang pelita,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta
Setelah nanti majlis disempurna,
Cacat dan kurang pastinya ada,
Itu kelemahan manusia biasa,
Usah dibawa menjadi cerita.
Pergi memancing si ikan sepat,
Bawa bekal pisang sesikat,
Budi tuan saya sentiasa diingat,
Jadi kenangan sepanjang hayat.
Akhir kata, “SEKALI BERJUMPA SELAMANYA KITA BERSAUDARA”
Terima kasih! Terima kasih! dan Terima kasih!.
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.







KALAU ADA UMUR KITA PANJANG
BOLEH KITA BERTEMU LAGI
No comments:
Post a Comment