Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, August 11, 2019

AF 142: PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN




MAJLIS PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN MEJ JEN HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM
DI PADANG KAWAD INSTITUT PENGURUSAN MATERIEL (INSMAT), TUDM KINRARA
PADA HARI JUMAAT, 2 OGOS 2019

Setiap yang bermula itu akan berakhir (selain dari Allah yang tiada permulaaan dan kekal tiada pengakhiran). Tetal h sampai detik dan saatnya untuk aku melangkah pergi meninggalkan dunia ketenteraan yang hampir 40 tahun menjadi periuk nasiku dan keluargaku.

TUDM telah memberikan satu penghormatan regimental kepada diriku dengan Majlis Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan dengan penuh istiadat ketenteraan.

Aku insaf bahawa sumbanganku kepada TUDM terlalu kecil untuk menerima penghormatan ini. Walaupun aku sendiri telah memohon supaya perbarisan ini dilaksanakan secara minima di peringkat warga Materiel, pihak kepimpinan TUDM mengekalkan keputusan untuk memberikan penghormatan di peringkat TUDM.

Di antara tetamu pegawai kanan yang hadir:

(1)   Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara.
(2)   Mej Jen Dato' Hj Mohamad Salleh bin Osman TUDM, Panglima Bantuan Udara.
(3)   Mej Jen Dato' Muhamamad Muzammir Ong bin Abdullah TUDM, 
        Komander PU Subang.
(4)   Brig Jen Dato' Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM, DGTA.
(5)   Brig Jen Dato' Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, AKS Materiel.
(6)   Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM, KP Projek Udara,
(7)   Brig Jen Dato' Hanafiah bin Abd Manaf, Pengarah Sekretariat.
(8)   Brig Jen Dato' Hj Othman bin Ahmad TUDM.
(9)   Brig Jen Felix Gonsalvez TUDM, IGTU.
(10)   Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM, KPOL, BLP, MK ATM.
(11)   Brig Jen Hj Zainal bin Abd Manaf TUDM, KSK MPBU


TEKS UCAPAN

SAUDARA DAN SAUDARI PENGACARA MAJLIS,

YANG BERBAHAGIA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, YBHG LT JEN DATO’ SRI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM DAN ISTERI, DATIN SRI DATO’ NORAINY BT SHAHAR ALAM.

YANG BERBAHAGIA PANGLIMA BANTUAN UDARA, MEJ JEN DATO’ HJ MOHAMAMD SALLEH BIN OSMAN TUDM DAN ISTERI, DATIN DR HJH SORAYAH BT SIDEK.

DATO-DATO, DATIN-DATIN, SAHABAT2 SAYA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN,
TETAMU JEMPUTAN, KHUSUSNYA BONDA SAYA YANG SAYA KASIHI, HJH UMI KELSOM BT HJ MUSTAPHA SERTA AHLI KELUARGA SAYA,
WARGA MATERIEL TUDM, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKELIAN. 

PERTAMA SEKALI, MARILAH KITA MERAFAKKAN SETINGGI-TIGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT DI ATAS LIMPAH RAHMAT DAN INAYAHNYA, KITA MASIH DIPINJAMKAN DENGAN USIA DAN MASIH DIGERAKKAN DEGUPAN JANTUNG UNTUK BERNAFAS, SERTA KESIHATAN YANG BAIK UNTUK KITA DIKETEMUKAN DI MAJLIS YANG GILANG GEMILANG INI.

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA DI ATAS KEIKHLASAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MENGHADIAHKAN SAYA DENGAN SATU PERBARISAN YANG BERSEMANGAT PADA PAGI INI. SELAIN DARI MEMPERTAHANKAN TRADISI REGIMENTAL KETENTERAAN, PERBARISAN JUGA MELAMBANGKAN SEMANGAT KERJASAMA, KESEPADUAN, PENGHORMATAN, PENGIKTIRAFAN DAN JUGA KETINGGIAN DISIPLIN WARGA ATM.

BERDIRINYA SAYA DI SINI PADA PAGI INI, SELAIN DARIPADA KETENTUAN ALLAH SWT, IA ADALAH ATAS EHSAN PIHAK KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEIZINAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA SAYA DAN ISTERI DENGAN SATU MAJLIS PERBARISAN BERSEMPENA DENGAN PERSARAAN SAYA PADA TAHUN INI.  SESUNGGUHNYA SAYA AMAT TERHARU DAN AMAT MENGHARGAI PENGHORMATAN INI.

PADA AWALNYA, SAYA HANYA MEMOHON SUPAYA DIADAKAN MAJLIS PERBARISAN YANG RINGKAS SAHAJA KERANA SAYA SEDAR DAN INSAF BAHAWA SUMBANGAN SAYA KEPADA TUDM ATAU ATM, TERLALU KECIL DAN SEDIKIT UNTUK MELAYAKKAN DIRI SAYA MENERIMA PENGHORMATAN SEPERTI INI.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA INGIN MENGAMBIL PELUANG PAGI INI UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN SAYA KEPADA:
- PANGLIMA TENTERA UDARA
- TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
- BARISAN KEPIMPINAN TUDM
- SERTA SELURUH WARGA TUDM, KHUSUSNYA YBHG TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN, ANGGOTA PERBARISAN DAN SEMUA YANG HADIR MENJAYAKAN PERBARISAN PADA PAGI INI.

SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS PERBARISAN INI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS SEJAK BEBERAPA MINGGU YANG LALU MERANCANG, MENYUSUN PROGRAM SEHINGGA MAJLIS DAPAT DIJAYAKAN PADA PAGI INI.

HARI INI JUGA, SEJAK HAMPIR 40 TAHUN LALU, BUAT PERTAMA KALINYA SAYA MEMBAWA INSAN YANG MELAHIRKAN SAYA DI DUNIA INI DAN MENGHANTAR SAYA KE STESEN KERETAPI KLUANG UNTUK MELAPOR DIRI KE SEKOLAH PEGAWAI KADET, PORT DICKSON PADA 2 APRIL 1980 UNTUK MENYERTAI ATM. HARI INI KEHADIRAN BONDA SAYA ADALAH SECARA SIMBOLIKNYA UNTUK MEMBAWA SAYA KELUAR DARI ANGKATAN TENTERA, PULANG KE PANGKUAN KELUARGA. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT YANG TELAH MENGANUGERAHI USIA DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA BONDA SAYA SEHINGGA DAPAT MENYAKSIKAN PERBARISAN SEMPENAN PERSARAAN SAYA DARI PERKHIDMATAN ATM.

MUNGKIN BONDA SAYA TIDAK MEMAHAMI APA ITU JENERAL DAN APA ITU PERBARISAN PERSARAAN. NAMUN MELIHAT ANAKNYA MENGAMBIL TABIK HORMAT, MEMERIKSA PERBARISAN DAN MEMBERI UCAPAN DI ATAS PENTAS INI, BONDA SAYA PASTI MERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAKNYA YANG NOMBOR EMPAT INI.

KALAU, WAKTU MENGHANTAR SAYA DAHULU SAYA MASIH BUJANG, HARI INI BONDA SAYA MENYAMBUT KEPULANGAN SAYA YANG DISERTAI OLEH ISTERI, 6 ORANG ANAK, EMPAT MENANTU DAN 9 ORANG CUCU.

HARI INI SAYA TURUT MENJEMPUT BEBERAPA ORANG PEGAWAI BUKAN TUDM YANG PERNAH BERKHIDMAT BERSAMA SAYA SELAMA 4 TAHUN TERAKHIR PERKHIDMATAN SAYA DI DALAM ATM. LEBIH KHUSUS  LAGI DARI BAHAGIAN KOMLEK DAN BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN, MARKAS ATM.

BERSAMA MEREKALAH SAYA MENGAKHIRI PERKHIDMATAN SAYA, BERSAMA MEREKA LAH SAYA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DUA TAHUN BERTURUT2 DAN BERSAMA MEREKALAH SAYA MENERIMA DUA KENAIKAN PANGKAT TERTINGGI SAYA BERTURUT-TURUT. JADI, TIDAK MUDAH BAGI SAYA UNTUK MELUPAKAN DETIK-DETIK ISTIMEWA BERSAMA MEREKA.

TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMENUHI JEMPUTAN SAYA.

PERSARAAN SAYA INI PASTINYA AKAN MEMBAWA PERUBAHAN BESAR DALAM RUTIN KEHIDUPAN SAYA. KALAU DULU SEMUA AKTIVITI DAN PERGERAKAN SAYA DITENTUKAN OLEH ORGANISASI. SAMA ADA MALAS ATAU RAJIN, SETUJU ATAU TIDAK, KITA PERLU MEMATUHINYA.

KALAU SATU WAKTU DULU, TANDATANGAN SAYA B0LEH BERNILAI JUTAAN RINGGIT, SETIAP KATA ATAU CATATAN SAYA ADALAH PERINTAH, ARAHAN, ATAU SUATU YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN.

HARI INI, SEMUA ITU TELAH TAMAT, PERGI BERSAMA-SAMA DENGAN JAWATAN YANG SAYA TINGGALKAN. NILAI TANDATANGAN SAYA TIDAK LAKU WALAU PUN SATU SEN. KATA-KATA SAYA HANYALAH PERBUALAN ATAU GURAUAN SAHAJA. TULISAN SAYA HANYA SETAKAT BACAAN DI FACEBOOK ATAU WATSAPP GRP. HARI INI, SAYA PERLU MENGURUSKAN SENDIRI AKTIVITI HIDUP SAYA,

INILAH PUSINGAN HIDUP YANG AKAN DILALUI OLEH SETIAP ORANG YANG DIBERI JAWATAN, PANGKAT DAN KUASA. OLEH ITU, SAMA ADA TELAH HAMPIR ATAU MASIH JAUH LAGI, SETIAP DARI KITA MESTI BERSEDIA UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN SITUASI INI.

SAYA TIDAK LAGI DALAM KEDUDUKAN UNTUK MEMBERI ARAHAN, PENDAPAT ATAU NASIHAT KERANA PELUANG ITU TELAH DIBERIKAN KEPADA SAYA HAMPIR 40 TAHUN YANG LALU. SAMA ADA SAYA BERJAYA ATAU GAGAL, SAMA ADA SAYA SEORANG PEGAWAI YANG BAIK ATAU TIDAK, MARKAH PENILAIAN ADALAH DI TANGAN KEPIMPINAN DAN SELURUH WARGA ATM.

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DI PAGI INI JUGA UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SELURUH BARISAN KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN, SOKONGAN SERTA PELBAGAI PELUANG UNTUK SAYA MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN SEHINGGA SAYA DAPAT MENCAPAI KE TAHAP SAYA HARI INI. 

SAYA MENDOAKAN AGAR BARISAN KEPIMPINAN TUDM TERUS DIBERI KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBAWA TUDM KE ARAH KUASA UDARA UDARA BERSPEKTRUM PENUH, MENJAGA RUANG ANGKASA NEGARA DAN MEMPASTIKAN KUASA UDARA SEBAGAI TERUS KEPADA KEDAULATAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA  PENGERUSI DAN BARISAN JEMAAH TERTINGGI DAN SERTA AHLI BAKAT UDARA DAN GABUNGAN YANG TELAH MENJADI SAHABAT KEPADA ISTERI SAYA SELAMA BELIAU BERSAMA SAYA DI DALAM PERKHIDMATAN.

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, SAYA MEMOHON IZIN UNTUK MEMBACAKAN SEBUAH PUISI YANG SAYA NUKILKAN KHUSUS UNTUK PERBARISAN HARI INI, BERTAJUK LAMBAIAN AKHIRKU

MASA PANTAS BERLALU, 
EMPAT DEKAD BAGAIKAN SEMINGGU
BERMULA MENGENAL DUNIA KETENTERAAN
BERMIMPI INGIN JADI PAHLAWAN
MENGEMBARA DI PERANTAUAN
BAGAI SI BUTA MERABA-RABA MENCARI LALUAN
MEREDAH DENAI DAN PERGUNUNGAN
MERENTAS OMBAK DAN BADAI LAUTAN

KADANG MEMBANTU, KADANG MEMIJAK
KADANG DIBANTU, KADANG DIPIJAK

PERJALANAN KERJAYA, ADA DUKA ADA GEMBIRA
DARI PEMUDA DESA YANG TIADA APA
MENJADI PEGAWAI BERGAYA,
BERSEMANGAT BERHATI WAJA, BEKERJA UNTUK NEGARA

TATKALA MELANGKAH MENGEJAR CITA-CITA
ADA WAKTU LUPA DAN ALPA

DOSA KADANG MENJADI HIBURAN
KESAKITAN ORANG JADI PERMAINAN
DUSTA MENJADI KEMEGAHAN

HARI INI BERDERAI AIR MATA
SEBAK RASA DI DADA
LEMAH LONGLAI TUBUH PERKASA
BERAT LANGKAH TIDAK BERDAYA

AKU KU TINGGALKAN
TEMPAT MENCARI REZEKI SEKIAN LAMA
WAJAH KAWAN-KAWAN YANG SETIA

PERPISAHAN TELAH TIBA
SEMOGA KHIDMAT BAKTI JADI IBADAH
KEJAYAAN MENJADI TAULADAN
PUJIAN MENJADI DOA

UNTUK SAHABAT DI MANA JUA
MAJU KE HADAPAN, TERUSKAN PERJUANGAN

JIKA GAGAL, REDHO DENGAN KUASA ILAHI,
USAHA LAGI, REZEKI ITU PASTI

JIKA BERJAYA USAH SERONOK DIPUJA
USAH PUJIAN MENJADI IDAMAN
USAH LENA DIBUAI SANJUNGAN

SAMPAI WAKTU, KITA AKAN PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI

USAH DISIMPAN SUARA KEMAAFAN
SEMOGA DI AKHIRAT TIDAK MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN

HARI INI KULAMBAIKAN TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA ANGKASA
SELAMAT TINGGAL BINTARA, PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA

SEKIAN,
WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,

WASSALAMU ALAIKUM WR WB

h









Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor


Image may contain: Ackbal Abdul Samad, Toharudin Putera Lapis Mahang and Mohd Yunus Masjuki, people smiling

Image may contain: 12 people, including Shuairi Mohamad Abdullah, BJ Oth Ahmad, Toharudin Putera Lapis Mahang, Ackbal Abdul Samad, Mohd Yunus Masjuki and Zainal Manaf, people smiling

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Ackbal Abdul Samad, people sitting, table and indoor

Image may contain: 4 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Ackbal Abdul Samad, people sitting

Image may contain: Mohd Yunus Masjuki, Ackbal Abdul Samad and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: Adibah Taha and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing

Image may contain: 18 people, including Laily Shima, Adibah Taha, Toharudin Putera Lapis Mahang and Aisyahnur Abid, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 3 people, including Firdaus Zainal, people standing

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, outdoor

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, selfie







7 comments:

  1. salam..maaf Dato/tuan..saya mengikuti blog ini sejak 9 tahun lepas dan menanti setiap coretan baharu..cuma nak bertanya, sejak dato/tuan bersara semacam tidak ada lagi coretan baru..maaf la saya bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas penghargaan saudara itu. Sebaik sahaja bersara saya menumpukan masa kepada penulisan buku MEMOIR saya. Sudah 3 tahun, menghampiri penghujungnya. Insyaallah awal 2023 akan keluar. saya akan update. Sila message saya melalui facebook Putera Lapis Mahang

      Delete
    2. Assalamualaikum. Sudi kiranya Tuan untuk membeli buku tulisan saya yang diiklankan di dalam blog ini. Terima kasih

      Delete
  2. Semoga dato sihat dan hidup diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Sudi kiranya Tuan untuk membeli buku tulisan saya yang diiklankan di dalam blog ini. Terima kasih

      Delete
  3. Macamana boleh saya dapatkan buku buku tulusan tuan ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan. Sila baca Tajuk AF 147 dan AF 148 atau watsapp saya 019-2320386 untuk maklumat lanjut
    Terima kasih.

    ReplyDelete