SATU SEJARAH SINGKAT yang amat bermakna dalam kerjayaku sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ia bermula pada 17 Dis 2019, apabila aku (tanpa ada perancangan rapi) diberi tanggungjawab untuk mengambil alih jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) dati MEJ JEN DATO' PAHLAWAN MOHD RAZIF BIN HJ IDRIS.
Mengambil alih tugas AKS LP pada 17 Dis 19
Tanpa dirancang dan tanpa diduga juga, Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang pada 21 Mac 2019 telah meluluskan kenaikan pangkat ke MEJAR JENERAL TUDM berkuat kuasa pada 9 APRIL 2019.
Penyempurnaan kenaikan pangkat Mej Jen TUDM pada 19 Apr 19 oleh Panglima Tentera Udara (berkuatkuasa mulai 9 Apr 19).
Waktunya semakin hampir.
TARIKH 17 Mei 2019 merupakan hari bekerja terakhir secara
rasmi untukku.
Selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 573
pada 21 Mac 2019 yang telah meluluskan permohonanku untuk bersara wajib pada 22 Nov 2109.
Majlis juga meluluskan untuk aku bercuti mulai 21 Mei 2019
sebelum aku mula menjalani latihan peralihan mulai 22 Ogos hingga 21 Nov 2019.
Walaupun tarikh sebenar persaraan pada 22 Nov 2019, masih
jauh, 6 bulan lagi, namun dengan kelayakan cuti dan latihan peralihan yang ada
mengikut peraturan yang berkuatkuasa, aku harus meninggalkan pejabat sebelum
hari pertama percutian pada 21 Mei 2019.
Tarikh ini telah diketahuai lama, namun kesibukan kerja
harian sebagai AKS LP, aku sebenarnya kurang mengambil berat tarikh ini. aku mengabaikan
kelayakan dan hak aku untuk mengikuti latihan-latihan pra-peralihan.
Pada tahun lepas (2018) aku mempunyai baki cuti selama 39
hari yang perlu dihabiskan, namun aku hanya berjaya menghabiskan selama 4 hari
sahaja.
Tahun ini jumlah cuti yang perlu aku ambil (setelah
mengambil kira cuti luput yang layak dibayar ganti) ialah sebanyak 121 hari.
namun, atas keperluan perkhidmatan cuti tersebut telah diluluskan oleh majlis
angkatan tentera (mat). maka aku hanya boleh mengambil cuti terakhir selama 90
hari sahaja mulai 21 Mei 2019.
Pada 16 Mei 2019, mengadakan Mesyuarat Bulanan AKS LP Siri ke 5/2019, iaitu mesyuarat terakhir untukku. Di akhir mesyuarat aku menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua staf yang pernah bertugas di bawah pentadbiranku semasa aku menyandang jawatan AKS LP dari 18 Dis 2018 hingga 20 Mei 2019.
Pada 16 Mei 2019, mengadakan Mesyuarat Bulanan AKS LP Siri ke 5/2019, iaitu mesyuarat terakhir untukku. Di akhir mesyuarat aku menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua staf yang pernah bertugas di bawah pentadbiranku semasa aku menyandang jawatan AKS LP dari 18 Dis 2018 hingga 20 Mei 2019.
Dua minggu sebelum tarikh ini aku telah mengatur siri
kunjungan hormat ke atas kepimpinan tertinggi atm.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA DARAT, JENERAL DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI PADA 061000H MEI 2019.
Dato' Seri Ahmad Hasbullah adalah satu skot dengan aku semasa
menjalani latihan Pegawai Kadet (TJP37) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson
mulai 5 April 1980. Di penghujung tempoh latihan, beliau telah terpilih untuk
menjalani latihan di Officers’ Cadet School, Portsea, Australia. Beliau
merupakan skot TJP 37 yang paling tinggi pencapaiannya. Beliau dilantik mejadi PTD
ke 27 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 3 sep 2018. Sebenarnya, inilah kali
pertama aku dapat bertemu secara rasmi dan dapat berbual empat mata paling lama
dengan beliau, lebih setengah jam. Perpisahan kami diakhiri dengan suasana
sebak.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato' Seri untuk meneruskan kepimpinan Tentera Darat yang berwibawa dan dihormati dalam dan luar negara.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato' Seri untuk meneruskan kepimpinan Tentera Darat yang berwibawa dan dihormati dalam dan luar negara.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA LAUT, LAKSAMANA DATUK MOHAMMD REDZA BIN TAN SRI MOHD SANY PADA
061130H MEI 2019.
Datuk Mohd Redza adalah anak kepada Panglima ATM ke 5 (almarhum Jeneral
Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaffar). Beliau dilantik menjadi PTL ke 17 pada 30 Nov
2018. Perkenalan dengan Mohd Redza bermula pada tahun 2011 semasa beliau
memegang jawatan Juruiring TLDM kepada almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah, SPB Yang Dipertuan Agong XIV. Ketika aku bertugas sebagai Kolonel
Bertugas (TUDM) di CPU PU Subang kerap juga bertemu beliau yang mengiringi almarhum
Tuanku. Kebetulan beliau tinggal di OMQ bersebelahan dengan Surau Luqman Hakim
Kem KEMENTAH – jadi selalu solat berjemaah di surau yang sama.
Terima kasih Datuk. Semoga Datuk serta keluarga dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah swt. Insyaallah satu hari nanti Datuk akan mencapai sebagaimana almarhum ayahanda Datuk capai.
Terima kasih Datuk. Semoga Datuk serta keluarga dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah swt. Insyaallah satu hari nanti Datuk akan mencapai sebagaimana almarhum ayahanda Datuk capai.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, LEFTENAN JENERAL DATO' SERI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM
PADA 101200H MEI 2019.
Dato' Sri Ackbal bukan seseorang yang asing dengan aku. Kami mula berkenalan sejak tahun 1984 semasa beliau menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (FLIT) pesawat MB339A di PULATIBANG III, PU Kuantan. Ketika itu sama-sama berpangkat Leftenan Muda.
Kerjaya beliau amat pantas. Pada tahun 2006 (23 tahun perkhidmatan) telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Pada tahun 2007 apabila beliau menyandang jawatan Panglima Logistik Udara, aku menjadi PS1 Pembaikan dan kemudiannya Ketua Staf.
Banyak (terlalu banyak) perkara dan pengalaman pahit dan manis yang kami kongsi bersama. Beliau juga amat banyak membantu dan memberi dorongan serta semangat (terutama dalam tempoh aku menghadapi ujian getir) untuk aku meneruskan perkhidmatan sehingga mencapai kedudukan sekarang.
Masih teringat lagi, hari pertama Dato' Sri (semasa berpangkat Mejar) melapur ke MINDEF - baru pulang dari UK (tamat kursus ITPS) - terus mencari saya untuk menghadiahkan sehelai jeket kulit.
Terima kasih Dato' Sri. Saya tidak mungkin dapat melupai segala budi baik Dato' Sri hingga akhir hayat. Saya berdoa supaya ada ruang untuk Dato' Sri memimpin TUDM.
Masih teringat lagi, hari pertama Dato' Sri (semasa berpangkat Mejar) melapur ke MINDEF - baru pulang dari UK (tamat kursus ITPS) - terus mencari saya untuk menghadiahkan sehelai jeket kulit.
Terima kasih Dato' Sri. Saya tidak mungkin dapat melupai segala budi baik Dato' Sri hingga akhir hayat. Saya berdoa supaya ada ruang untuk Dato' Sri memimpin TUDM.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN PADA 140930H MEI 2019.
Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (atau ZZA) mempunyai kesah tersendiri dalam sejarah kepimpinan ATM. Aku tidak pernah bertemu (tidak mengenali) beliau sebelum beliau menjadi PAT. Laluan kerjayanya sebelum menjadi PAT melalui likuan berduri. Sebelum ini beliau pernah menjadi Naib Canselor UPNM (2008 - 2011), Panglima Tentera Darat (2011 - 2013) dan kembali menjadi Naib Canselor UPNM (2013 - 2018). Beliau telah memulakan percutian sebelum bersara pada 11 Mei 2019 tetapi atas keperluan perkhidmatan telah dipanggl semula untuk mengambil alih tugas PAT pada 20 Jun 2019.
Kali pertama bertemu setelah beliau menjadi PAT dan aku menjadi Ketua Pengarah Operasi Logistik (BLP) yang kerap mewakili AKS LP semasa mesyuarat dengan PAT. Tan Sri ZZA juga yang memberi jalan untuk aku mengambil alih jawatan AKS LP dan seterusnya mencadangkan kenaikan pangkat ke Mejar Jeneral. Kedudukan yang yang sebenarnya telah hilang dari impianku. Pertemuan singkat membawa rahmat dan berkat.
Semoga Allah memberkati kehidupan Tan Sri serta keluarga.
Semoga Allah memberkati kehidupan Tan Sri serta keluarga.
PENASIHAT KETENTERAAN KANAN (PSK) KEPADA PAT, KOLONEL DR HJ ZAHIMI BIN ZAINOL ABIDIN
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA LAUT, LAKSMANA MUDA DATUK HJ MOHD RIDZUAN BIN HAMZAH PADA 141000H MEI 2019.
Datuk Mohd Ridzuan melalui hujung kerjaya hampir sama seperti yang aku rasai. Kami agak rapat semasa sama-sama berpangkat Kolonel/Kepten- sama-sama terpinggi dari arus perdana perkhidmatan masing-masing. Ketika aku di KOMLEK beliau di BLP dan pernah berkursus di KNDU, Seoul bersama pada bulan Feb 2017.
Pada bulan Feb 18 beliau dinaikkan ke pangkat Laksmana Pertama untuk mengambil-alih tugas AKS Materiel di MTL dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda pada bulan Nov tahun yang sama.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA UDARA, BRIGEDIER JENERAL DATO' HJ MOHD YUNUS BIN
MASJUKI TUDM PADA 141200H MEI 2019.
Dato' Dr Mohd Yunus merupakan pegawai TUDM yang pertama mendapat ijazah kedoktoran (PhD) semasa dalam perkhidmatan pada tahun 2003. Beliau menyertai Tim Projek Perolehan Pesawat SU-30MKM antara tahun 2004-2008 dan dinaikkan ke pangkat Kolonel pada tahun 2011 dan Brigedier Jeneral pada tahun 2015. Kini menjawat jawatan AKS Materiel di MTU yang juga Pengerusi Kor (Trade Master) Materiel TUDM.
Selain dari ijazah Kedoktoran, beliau turut memiliki tiga ijazah Sarjana (Master) iaitu Sarjana Perakaunan (UKM), Sarjana Sastera (Seni Ketenteraan) (Univ Alabama) dan Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan (UKM).
InsyaAllah dalam waktu terdekat, beliau akan maju setapak lagi seperti yang aku capai sekarang.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA STAF MARKAS ATM, LEFTENAN JENERAL DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN HJ MOHD OTHMAN TUDM
PADA 150900H MEI 2019.
PADA 150900H MEI 2019.
Dato' Kamalruzaman juga satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Kami juga sama-sama berkhidmat di PU Kuantan antara tahun 1983-1986. Ketika itu beliau sedang mengikuti kursus FLIT pesawat MB339A. Rumah sewa kami di Taman TAS juga berhampiran.
Ketika beliau berkhidmat sebagai Panglima Logistik Udara mulai tahun 2010 (menggantikan Ackbal), aku masih menjadi Ketua Staf (Khidmat) sehingga beliau bertukar keluar pada tahun 2013.
Belaiu dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada tahun 2017 untuk menyandang jawatan Panglima Latihan dan Pendidikan Udara sebelum bertukar menjadi Ketua Staf MK ATM mulai bulan Okt 2018.
Ketika beliau berkhidmat sebagai Panglima Logistik Udara mulai tahun 2010 (menggantikan Ackbal), aku masih menjadi Ketua Staf (Khidmat) sehingga beliau bertukar keluar pada tahun 2013.
Belaiu dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada tahun 2017 untuk menyandang jawatan Panglima Latihan dan Pendidikan Udara sebelum bertukar menjadi Ketua Staf MK ATM mulai bulan Okt 2018.
MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA UDARA, JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ AFFENDI BIN BUANG TUDM PADA 161100H MEI 2019
Tan Sri Affendi seorang yang berwatak simple dan bersahaja. Beliau ku kenali semasa beliau melapor diri ke SPK Port Dickson pada bulan Julai 1980. Beliau adalah skot TJP 38 - Batalion Kasturi. Tetapi waktu itu tidak rapat kerana masing-masing sibuk dengan survival diri masing-masing.
Kami bertemu semula di PU Kuantan apabila aku melapor diri pada tahun 1983. Beliau sedang menjalani kursus peralihan pesawat pejuang (FLIT) di PULATIBANG III. Beliau masih di Kuantan semasa aku bertukar keluar pada tahun 1986.
Perjalanan kerjaya beliau dalam tempoh 5 tahun terakhir sebelum menjadi PTU amat pantas. Dari jawatan Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais di MPOU (2011-2014), kemudian menjadi Panglima Angkatan Bersama (2014), Panglima Operasi Udara (2014-2015), Timbaan PTU (2015-2016) sebelum dilantik menjadi PTU pada bulan Dis 2016.
Semasa aku membuat kunjungan hormat ini, aku ada mengatakan sebegini:
"Tan Sri, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri di atas pengiktirafan yang saya terima di akhir perkhidmatan saya (merestui kenaikan pangkat). Saya menyandang pangkat Kolonel selama 9 tahun di bawah EMPAT 'PTU'. Tetapi di bawah kepimpinan Tan Sri saya menerima DUA KALI PANGKAT JENERAL".
Beliau ketawa.
Semoga Tan Sri bakal menjadi PAT yang kedua dari TUDM.
SELANJUTNYA AKU MENGUNJUNGI RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DI MARKAS ATM. RAKAN YANG SAMA-SAMA MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANGLIMA-PANGLIMA (JPP), FORUM PTU DAN PELBAGAI JAWATAN KUASA DI PERINGKAT ATM.
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN
BRIG JEN DATO' HJ CHAPITI BIN HJ RIDZUAN
Dato' Chapiti dikenali rapat kerana beliau adalah ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang istiqamah. Seorang pegawai kanan yang tenang, berilmu dan berintegriti. Bakal (pasti) akan mengambil alih Ketua Jurutera TD dalam masa terdekat.
AKS PERKHIDMATAN ANGGOTA
MEJ JEN DATO' HJ AZLAN BIN ABD RAHMAN
Dato' Azlan satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Sebelum dilantik menjadi AKSPA beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima 11 Briged, panglima Briged Sempadan, Pengarah Infantri dan Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat TD.
Saya doakan, InsyaAllah, Dato' Azlan akan mencapai BINTANG yang ketiganya.
Saya doakan, InsyaAllah, Dato' Azlan akan mencapai BINTANG yang ketiganya.
AKS KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN
LAKSDA HJ SHAMSUDIN BIN HJ LODIN
Laksda Samsudin dikenali sebagai ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang aktif dan istiqamah, Beliau masih muda dan dilihat sebagai pemimpin pelapis untuk mewarisi kepimpinan TLDM di dekad ke 3 Alaf baru. Semoga beliau bersabar dan tabah dengan ujian yang bakal dilalui dalam perjalanan menuju ke puncak.
AKS OPERASI LATIHAN PERTAHANAN
MEJ JEN DATO' TENGKU MUHAMMAD FAUZI BIN TENGKU IBRAHIM
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (30 Mei 2019)
Datuk Tengku Muhammad Fauzi sebelum ini adalah Panglima 10 Briged Para. Seorang pegawai tinggi TD yang tenang dan berwisdom. Berdasarkan perkenalan dalam tempoh singkat di MK ATM, aku menjangkakan beliau akan meningkat lebih tinggi lagi. Setidak-tidaknya sebagai PTD. Saya doakan.
Menerima cenderahati dari pembantu peribadi Kpl Amirul
Kunjungan hormat seterusnya ialah:
Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Hj Abd Malik bin Amid
(21 Mei 2019)
Pengarah Kor Ordnans Diraja, Brig Jen Hj Azlan bin Abu Bakar
(21 Mei 2019)
Pengarah Materiel TUDM, Kol Kamarudin bin Kassim TUDM
(21 Mei 2019)
Mantan AKS LP, Lt Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Idris
(21 Mei 2019)
AKS LP yang baru, Mej Jen Dato' Hj Hasim bin Hj Jabar
Panglima Bantuan Udara, Mej jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM
(30 Mei 2019)
Ketua Staf Sistem Markas Pemerintahan Bantuan Udara,
Brig Jen Ir Mohd Razif bin Hj Idris TUDM
(30 Mei 2019)
Ketua Cawang Materiel PU Kuala Lumpur
Lt Kol Rohaizad bin Md Dom TUDM (30 Mei 2019)
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (30 Mei 2019)
Brig Jen Hj Muhamamd Shafiq bin Hj Jahudi (31 Mei 2019)
Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM (31 Mei 2019)
Pada 29 Mei 2019 adalah hari bersejarah bagiku kerana pada tarikh itu, aku menyerahkan tugas dan tongkat kuasa jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) kepada MEJ JEN DATO' HJ HASIM BIN HJ JABAR.
MINGGU PERTAMA DI SPK, PORT DICKSON
LANGKAH DARI PENYESALAN
LANGKAH DARI PENYESALAN
DERUAN ANGIN MALAM
DEBURAN OMBAK PANTAI PORT DICKSON
MEMECAH KESUNYIAN MALAM
TIDAK MAMPU MEMBERI KETENANGAN
TIDAK MAMPU MENGUBAT RINDU
TIDAK MAMPU MENGEMBALIKAN KEBEBASAN
TERBAYANG KEGEMBIRAAN BERSAMA ADIK-ADIK
TERBAYANG KEBEBASAN BERLIBUR BERSAMA KAWAN SEKAMPUNG
TERBAYANG MASAKAN IBU
TERBAYANG HERDIKAN AYAH KERANA KENAKALANKU
SAKIT-SAKIT SEGALA TUBUH BADANKU
SENGAL SELURUH OTOTKU
CALAR BALAR TUBUHKU
PEDIH PECAH TAPAK KAKIKU
HANCUR LULUH HATIKU
MENGAPA AKU ADA DI SINI
UNTUK APA AKU KE SINI
INGIN SAJA AKU BANGKIT DARI CAPOIKU
MENYUSUP DI CELAH-CELAH SAMUN
MENAHAN LORI MALAM
LARI KEMBALI KE DESAKU
AHHHH... MANA BOLE AKU BEGITU
KEMANA HARUS AKU TUJU
SUDIKAH AYAH KU MENERIMAKU SEBAGAI PELARIAN
SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA
AHHH..TAK MUNGKIN AKU LAKUKAN
MALU AKU KEPADA SELURUH WARGA KAMPUNGKU
WAKTU AKU MENINGGALKAN MEREKA DAHULU
JANJIKU UNTUK MENGHARUNG APA JUA HALANGAN
JANJIKU UNTUK MEMBELA KELUARGA
JANJIKU UNTUK MENJADI LEFTENAN MUDA
AKU TIDAK SELEMAH ITU
AKU TIDAK PONDAN
AKU BUKAN MAT JENIN
TERUSKAN CITA-CITAMU
HARUNGI CABARANMU
BUKTIKAN KEGAGAHANMU
TUNJUKKAN KECEKALANMU
TAMATKAN LARIANMU
SAHABAT-SAHABATKU
SAMPAI WAKTU, KITA AKAN PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI
USAH DISIMPAN KATA-KATA KEMAAFAN
KERANA DI AKHIRAT MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN
KERANA DI AKHIRAT MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN
ANDAI SUATU KETIKA NANTI
TERDENGAR BERITA DUKA
DIRI INI TERLANTAR TIADA DAYA
ATAU TERPISAH JASAD DAN NYAWA
ZIARAHLAH JIKA MAMPU DIRI
ATAU DOALAH KEPADA ILAHI
HARI INI KULAMBAIKAN TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA MEDAN GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA MEDAN GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA ANGKASA
SELAMAT TINGGAL PARA BINTARA
SELAMAT TINGGAL PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA
Sekalung tahniahuntuk dato. Saya mendoakan semoga dato sentiasa mendapat rahmat Allah dan bahagia didunia dan akhirat.
ReplyDelete