LEBANON
LUBNAN
LIBAN
Satu peluang yang agak mengejutkan. Sejak bertukar ke
KOMLEK pada bulan Mac 2015, aku memang tidak menjangka untuk mendapat peluang
ke luar negara. Lebih kurang dalam bulan Jun 2016, boss aku ada menyatakan
bahawa aku bakal diberikan tugas sebagai penaung Projek HRMIS. Untuk itu, nama
aku telah dicadangkan untuk mengikuti Technology Programme Update ke Beijing di
bawah kontrak Pembangunan HRMIS Fasa 2 dari 16 hingga 22 Jul 16. Bagaimanapun
atas beberapa sebab tertentu namaku telah digugurkan dan digantikan oleh
pegawai lain. Tiada rezeki ke Beijing la nampaknya.
Pada bulan Ogos tahun yang sama, boss ada menyebut-nyebut
untuk memberi peluang kepadaku mengikuti delegasi ATM ke Lubnan semasa
pertukaran MALBATT 850-3 kepada MALBATT 850-4 dalam bulan September. Sepatutnya
beliau akan pergi, namun dalam tempoh dua bulan yang lepas beliau telah membuat
tugas rasmi ke Beijing (PRC), Salt Laker City (USA) dan Brisbane (Ausralia) maka beliau mengambil
keputusan untuk memberi tempat ke Lubnan kepadaku. Setelah proses pencalunan
diluluskan maka ia hampir menjadi kenyataan.
Tugas utama ke Lubnan ialah untuk menentukan kerja-kerja
meningkatkan keupayaan komunikasi antara MALBATT dengan Malaysia. KOMLEK menghantar 6 anggota dalam delegasi
ini.
D7
681- AirAsiaX - 14 Sep 2016 - Departure: 1700H.
Subang Air Base ke Beirut International Airport
Sebelum bercerita tentang perjalanan dan pengalamanku di
Lubnan, mari kita berkenalan dengan negara Lubnan atau Lebanon ini.
Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan
sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan
bersempadan dengan Syria serta Israel.
Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah
mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri
pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan
di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah"
kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu
negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".
Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada
tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan.
Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan
yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula
infrastruktur bandar-bandar tersebut.
Sejarah Ringkas
Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang
wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia,
Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu
dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan
selepas Perang Dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa
Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju
memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.
Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak
mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973.
Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan
Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara
ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang
penduduk telah terkorban dalam perang ini.
Politik
Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah
pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu,
Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana
Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah
sentiasa seorang pengikut Syiah.
Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri
telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki
diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem
politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah
mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak
anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih
Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah
Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri,
Saad Hariri.
Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan
pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006
telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan
pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora
meletak jawatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama kerajaan
telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik
Hariri.
Fakta Lubnan
Ibu
negara dan
bandar terbesar: Beirut
Bahasa
rasmi: Bahasa Arab
Kerajaan: Republik
- Presiden: Michel Suleiman
- Perdana Menteri: Saad Hariri
- Diisytiharkan: 26 November 1941
- Diiktiraf: 22 November 1943
KDNK
(PPP):
- Jumlah: $US21.45 bilion (ke-103 dunia) anggaran 2006
- Perkapita: $US5,500 (ke-90 dunia)
Mata Wang: Lira Lubnan (LL)
Kod Panggilan: 961
Internet
TLD: .lb
Lebanon terletak di dalam wilayah panas dunia iaitu rantau
Timur Tengah. Lebanon dikelilingi oleh negara-negara yang berperang sejak zaman
berzaman. Sejak berlakunya peperangan Arab-Israel dari tahun 1948, 1967 dan
1973 dan kemudian tanpa henti diikuti oleh perang saudara di kalangan kumpulan
etnik penduduk Lebanon. Disamping itu rantau Arab juga terus menerus
dikelilingi oleh kancah huru-hara seperti Perang Iran-Iraq (1980) dan Perang
Iraq atau Perang Teluk (1990 hingga kini), kebangkitan rakyat Masir dan Perang
Saudara di Libya (2014 hingga kini).
Namun berasaskan kajianku, Lebanon tidak mempunyai angkatan
tentera yang kuat. Ini dapat digambarkan dengan kekuatan tentera udaranya
seperti berikut. Malah keseluruhan jumlah tentera aktif Lubnan hanya 72,000
anggota sahaja. Ini menunjukkan Lubnan bukan negara yang membina angkatan
tentera untuk berperang tetapi hanya sebagai show forces sahaja dan operasi
keselamatan dalam negara sahaja.
Bagi menghadapi musuh luaran, Lubnan memerlukan bantuan
asing.
Lebanon Air Force
Strength: 2000 Personnel with 70 aircraft.
Inventory
3 x Cessna AC-208 (USA) - Propeller Class for attack role
equipped with missile armed for close air support.
3 x Sikorsky S-61 (USA) - helicopter (utility/VIP/water
bomber)
11 x Aerospatiale Puma/IAR SA 330 (France) - helicopter (transport).
7 x Aérospatiale SA342 Gazelle (France) - helicopter
(attack and anti-armor)
17 x Bell UH-1H Iroquois (USA) - helicopter (utility)
9 x Huey 2 (USA) - helicopter (utility)
4 x Robinson R44 - helicopter (training)
10 x AeroVironment RQ-11 Raven (UAV PAtrol)
Future inventory
In November 2015, the air force placed an order for 6
Embraer Super Tucano turboprops.
Lebanon may buy six Russian attack helicopters during
general Jean Kahwaji's visit to Moscow in June 2016.
Pada masa ini keadaan di Lubnan masih belum aman
sepenuhnya, khususnya di sebelah selatan negara tersebut. Keselamatan kawasan
ini masih ditadbir oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UNO) di bawah United Nations
Interim Forces in Lebanon (UNIFIL).
Role of UNIFIL
Monitoring cessation of hostilities and helping ensure
humanitarian access to civilian population
Originally, UNIFIL was created by the Security Council in
March 1978 to confirm Israeli withdrawal from Lebanon, restore international
peace and security and assist the Lebanese Government in restoring its
effective authority in the area. The mandate had to be adjusted twice, due to
the developments in 1982 and 2000.
Following the July/August 2006 crisis, the Council enhanced
the Force and decided that in addition to the original mandate, it would, among
other things, monitor the cessation of hostilities; accompany and support the
Lebanese armed forces as they deploy throughout the south of Lebanon; and
extend its assistance to help ensure humanitarian access to civilian
populations and the voluntary and safe return of displaced persons.
HQ UNIFIL located at Na Quora, at the Israeli-Lebanese border.
Peta Kawasan Operasi UNIFIL
Dengan wujudnya UNIFIL dan penyertaan ATM dalam misi keamanan di Lubnan inilah yang membolehkan aku berpeluang terbang dan mendarat di tanah Lubnan. Perjalanan bermula pada jam 141345H Sep 16 dari rumah ke PU Subang.
di rumah - sebelum bertolak
di Pergerakan Udara Subang
Pegawai-pegawai kanan yang sending off
Team KOMLEK
Setelah membuat check in, kami menaiki pesawat AirAsia yang
disewa khas oleh MINDEF untuk membawa kumpulan ketiga MALBATT 850-4 yang dalam
proses untuk mengambil alih dari MALBATT 850-3 yang telah berkhidmat selama
setahun di Lubnan. Pesawat berlepas pada jam 1700H dan dimaklumkan bahawa
perjalanan tanpa henti selama 11 jam.
Setelah melalui penerbangan selama 11 jam pesawat mendarat
di Rafiq Hariri International Airport, Beirut lebih kurang jam 10 malam.
Pegawai Pergerakan Udara MALBATT ialah Kapt Khiswan TUDM
(850-3) dan Mej Azram TUDM (MALBATT 850-4). Setelah selesai urusan imigresen
dan kastam di airport dalam masa lebih satu jam, kami di bawa dengan beberapa
kenderaan ke penempatan MALBATT di Kem Maarakeh, kira-kira 75 km ke arah
selatan dari Beirut (Beyrouth). Oleh kerana keadaan sekeliling yang gelap, dan
kepenatan berdiri menunggu di airport tadi, maka lebih banyak tidur sepanjang
perjalanan.
Di Kem Maarakeh kami ditempatkan di blok penginapan mes
pegawai yang mirip kepada sebuah berek kabin. Setiap blok boleh menempatkan 4
penghuni dan berkongsi bilik air/tandas. Begitu begini, hampir jam 3 pagi baru
dapat tidur. Jam 1000H adalah majlis rasmi ketibaan delegasi.
keadaan sekeliling Kem Maarakeh
Jam 0930 pegawai yang duduk di Mes Pegawai telah bersedia untuk menunggu ketibaan Ketua Delegasi, Laksma Zulhelmi Ithnain (AKS J5 MAB). Sambil menungu kami bersarapan di Kafe PX.
Selepas Ketua Delegasi menerima tabik hormat kami diberi sambutan tarian tradisional Melayu oleh angggota MALBATT 3 sebelum diperkenalkan kepada pegawai-pegawai MALBATT 3 dan 4 menuju ke bilik taklimat.
16 Sep merupakan Hari Perbarisan serah menyerah tugas Komander MALBATT 850-3 (Kol Reizal Arif bin Tan Sri Hassan) kepada Komander MALBATT 850-4 (Kol Nazim bin Mohd Alim).
16 Sep merupakan Hari Perbarisan serah menyerah tugas Komander MALBATT 850-3 (Kol Reizal Arif bin Tan Sri Hassan) kepada Komander MALBATT 850-4 (Kol Nazim bin Mohd Alim).
bersama Lt Kol Ilime (kiri) dan Kol Dr Saravanan (MK AB)
Tugas utama KOMLEK dalam delegasi kali ini adalah untuk memberi kelengkapan dan kemudahan X Band kepada MALBATT. Tim X Band bertugas dari peringkat pemasangan antenna, pengujian dan pentauliahan system di sana.
bersama Mej Azram (kiri) dan Kapt Khiswan (kanan)
Mez Azram adalah Movement Officer untuk MALBATT 850-4 menggantikan Kapt Khiswan (MALBATT 3)
bersama Kol Reizal (kiri) dan Kol Yazid (MK AB)
Salah satu aktiviti delegasi adalah membuat lawatan ke pusat pengagihan air UN di Harris Camp. MALBATT telah diberi amanah untuk menjadi penguasa Kem ini. Kem ini diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten berperanan mengawal pencatuan dan pengagihan air bersih kepada semua Kem UN yang lain. Di dalam ini terdapat perigi sedalam 7000 meter yang airnya dipam untuk disimpan dalam tangki-tangki besar. Setiap hari lori dari kem-kem UN seluruh Lebanon akan datang ke Harris Camp untuk mengambil catuan air.
lawatan ke Kem Haris
Kem Tibnin
Kafra Intermediate School
.
bersama Komander MALBATT850-3, Kol Ariff Reizal
Solat Jumaat di Surau MALBATT
19hb Sep merupakan hari terakhir di Kem Maarakah. Lebih
kurang jam 0900H, rombongan delegasi bertolak ke bandaraya Beirut (Beyrouth).
Di Beirut kami ditempatkan di Hotel Ramada. Sehari di Beirut kami berpeluang
melawat bandar Beirut.
Jam 2100H, 21hb Sep kami bersiap untuk bertolak ke Lapangan
Terbang Rafiq Hariri untuk bertolak pulang ke Malaysia. Pesawat AirAsia ke
Kuala Lumpur bertolak pada jam 0015H, 22 Sep 16.
.
No comments:
Post a Comment