CAREER MURDER!!
Setelah berkhidmat untuk kali kedua di MLU sebagai Ketua
Staf Khidmat (KSK), aku kembali bertugas di MINDEF sebagai PENGARAH MATERIEL
berkuatkuasa pada 15 Jul 14. Namun atas keperluan tugas di MLU, tarikh
pergerakkan ditangguhkan sehingga 25 Ogos 14.
Bermulalah era baru, menyandang tanggungjawab baru walaupun
di unit (Bahagian Materiel) yang aku tinggalkan pada bulan April 2007 dahulu
sebelum aku ditukarkan ke MLU.
Bagai terlepas bebanan sebuah bukit yang tergalas di atas
bahu. Semoga pengganti saya Kol Dr Mohd Yunus (walaupun lebih muda) yang
mempunyai pengalaman yang lebih luas berkhidmat di dalam dan di luar negara,
mempunyai kelayakan akademik tertinggi (PhD) dam tiga ijazah Master (Sarjana)
serta pelbagai kursus di luar Negara akan lebih tenang dan mudah mengendalikan
MLU/MPBU ini.
Pelaporan Diri
Namun agak kurang memudahkan apabila, tiada peralihan
jawatan, tiada serah menyerah tugas secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada
warisan tiada wasiat yang ditinggalkan atau dipesankan oleh penyandang yang
terdahulu. Maka aku terpaksa menerima hakikat untuk mencari kerja sendiri, apa
yang patut di buat.
Perkara sebeginilah yang menyebabkan profesionalisma kita
sebagai 'logisticien' kerap dipertikaikan.
Sebagai Pengarah Materiel, adalah juga ahli tetap kepada
jawatankuasa berikut:
(1) Jawatankuasa Kerja (EXCO) JPPTU.
(2) Jawatankuasa Spesifikasi Udara (JSU)
(3) tugas-tugas lain (mewakili) yang diberikan oleh AKS
Materiel
Tugasan Pertama
Pada 26 Sep 14, aku mempengerusikan Bengkel Penjajaran
Organisasi Bahagian Materiel di PLPL Kinrara. Bagi menyemak keperluan KCP
Bahagian Materiel TUDM yang baru.
Seterusnya hari demi hari sebagai Pengarah Materiel
diterokai dengan semangat baru walaupun tubuh badan yang semakin tua dan
berkurangan upaya.
Berikut adalah antara aktiviti yang aku lalu:
13-17 OKT 2014
BENGKEL SEMAKAN SILIBUS PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI DAN LLP MATERIEL DI HOTEL IMPIANA, JALAN SULTAN DR NAZRIN, IPOH
17 OKT 2014
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PEGAWAI MATERIEL SIRI 46/2014
di PLPL Kinrara
di PLPL Kinrara
21 OKT 2014
MAJLIS MERAIKAN BEKAS WARGA ATM YANG CEDERA DI DEWAN SEROJA, MINDEF SEMPENA HARI ATM KE 81
TUGAS LAWATAN TAPAK PENGADIL ANUGERAH
AIKP 2014 DI MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELOK SEPANGAR, KOTA KINABALU
PADA 30 OKT 2014.
Pada pagi 30 Okt 14, Kumpulan Pengadil AIKP Kategori
Kewangan bertolak dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MAS.
Check in di Novotel di kawasan perniagaan 1Borneo Hypermall
(berhampiran dengan kampus UMS). Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) merupakan
pasukan pertama yang dilawati dalam siri lawatan tapak ke 5 unit terbaik yang
telah disenaraipendekkan.
Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke kawasan
Pangkalan TLDM Telok Sepangar, KK. Satu pengalaman yang baharu.
Taklimat di MAKS dipengerusikan oleh Laksamana Muda Abd
Rahman Ayob. Taklimat diberikan oleh Kept Jamal TLDM.
(GAMBAR HILNG)
bertemu rakan facebook Sdra Onan (TLDM)
Perjalanan ke/pulang dari MAKS Telok Sepangar melalui
kawasan perkampungan air. Bagaimanapun antara perkampungan air dengan laut
dipisahkan oleh jalanraya yang kami lalui. Perkampungan atas air ini agak kecil
jika dibandingkan dengan perkampungan di Brunei, Labuan atau kawasan sebelah
timur Sabah..
TUGAS LAWATAN TAPAK PENGADIL ANUGERAH
AIKP 2014 DI PANGKALAN UDARA LABUAN
PADA 31 OKT 2014.
Setelah tamat lawatan ke Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS)
di Telok Sepanggar, kumpulan Pengadil bertolak ke PU Labuan pada pagi 31 Okt
dengan menaiki pesawat Fire Fly dari KK ke Labuan.
(GAMBAR HILANG)
menaiki FireFly dari KK ke Labuan
Taklimat di PU Labuan dimulakan pada jam 1500 dan
dipengerusikan oleh Mej Jen Dato Ansar Ali Majeth TUDM manakala taklimat
disampaikan oleh Mej Norizan binti Wahab.
(GAMBAR HILANG)
bertemu skot Lt Kol Jasni di Mes PU Labuan
(GAMBAR HILANG)
bertemu skot BGen Dato' Hj Azlan di Mes Pegawai PU Labuan
Kami pulang ke KL dengan menaiki pesawat Air Asia pada jam
1730 dan tiba d KLIA2 lebih kurang jam 1000 malam.
Kebetulan selepas pembukaan Seminar, aku berpeluang
menjemput Dato Hazizan Ahmad (skot exRAMD) dari Syarikat Rainboe Milleneum Sdn
Bhd untuk membuat presentation produk syarikatnya, Interactive Smart Panel.
Pada 13 Nov pagi, turun dari Awana genting untuk menghadiri
Lawatan tapak Tim Pengadil AIKP ke MTL (Bahagian Materiel).
Sepatutnya pada 12 Nov aku mengikut Tim pengadil AIKP ke PU
Kuantan, tetapi tidak dapat kerana telah kommitted dengan Seminar Materiel yang
telah dirancang dengan rapi. I made my way to be in MTL today (13th) for the
site visit. Also very unfirtunate, I unable to follow the team to Kuching
(Markas Pemerintahan Wilayah Timur TD) on the 14th due to my commitment to the
Materiel.
menerima cenderahati dari Laksda Dato Mohd Noh
.
Tengahari 13 Nov, kembali ke Awana Genting untuk meneruskan agenda Seminar Pembangunan Strategik Materiel.
Alhamdulillah, seminar dapat dijayakan dengan baik. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg Dato Hj Azizan TUDM, AKS Materiel.
Pada 30 Nov 14 bersama isteri telah menghadiri Majlis Santapan Malam bersama DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (Kepten YDP TLDM) di Istana Alam Shah, Klang. Bertemu sahabat lama; kiri: Kept (M) Abd Hamid (sama-sama dalam AJK PIBG SKDTHO 1997/98) dan Kept (M) Abu bakar Idris (rakan sekursus di MTAT 1999)
1 Dis 14- Project Manager Course by Airbus Business di Saujana Hotel and Resorts, Subang
1 Dis 14- Project Manager Course by Airbus Business di Saujana Hotel and Resorts, Subang
Pada 6 Dis 2014, aku dan isteri menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Institut Latihan Tentera Udara (ITU), TUDM Ipoh.
22 Dis 2014
Majlis Makan Malam HUT ATM ke 81
Wisma Perwira ATM
.
29 Dis 2014
Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir
Pangkalan Udara Subang
Khemah Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Mangsa Banjir
Bersama siswa Kursus AMS yang ditumpangkan khas ke PU Subang selama seminggu untuk membantu kerja-kerja di Terminal Udara PU Subang
Duty Colonel
29 Dis 14 - 5 Jan 15
menghantar YAB PM yang berangkat ke luar negara di PU Subang pada 1 Jan 15
menyambut ketibaan YABTPM di PU Subang pada 1 Jan 15
di Terminal Udara PUKL, mengiringi YB MENHAN sebelum menaiki pesawat EC725 ke Kelantan pada 3 Jan 15
Menyambut ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong pada 4 Jan 15
Mengikuti Rombongan PTU ke PU Kuantan
2 Jan 15
ketibaan di Terminal Udara PU Kuantan
Taklimat Ops Bantuan Banjir
dalam pesawat EC725, meninjau keadaan banjir dari udara
lawatan ke No 10 Skn
Makan tengahari di Wisma Ahli Udara PU Kuantan
Minum petang AKS Materiel bersama warga Materiel yang terlibat dalam Ops Murni di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Bantuan Banjir di AMS PU Subang pada 5 Jan 15
Pada 9 Jan 2015 aku menghadiri Majlis Perasmian Kurus Asas Materiel Siri 176/2015; Kursus Pengenalan Sistem Materiel Siri 2/15; dan Kursus Asas Pemandu Siri 78/2015 di PLPL Kinrara.
Pada 21 Jan 2015 aku menghadiri Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian Hadiah Peserta Kursus Pengurusan Pergerakan Udara Siri ke 53 di PLPL.
.
WORK TO MOVE FORWARD
As I mentioned in my earlier topic (about my career
progression), I was not trained and groomed to be a Materiel Branch leader. I
have very very strong reasons to support my point even though this my personal view. This is rational NOT emotional feeling.
In year 2004 when was promoted to the rank of Lt Col (in
fact, I had submitted my application for early retirement in Dec 2003), my
service came to 23rd year. Do you know what 'PURE' Materiel career course I had
attended? Only 'Basic Supply Officer Course' in 1983.
The other career courses' certificate kept in my 'clear
folder' are Young Officer Ordnance, Squadron Officer Course and Staff College.
Traditionally or more specific in the RMAF Officers' career development chart,
other than Basic Logistics Officer Course and PME course (eg: SOC), within your
first 10 year service, you should attend at least two specialist course related
to Materiel functions such as:
Air Movement Officer Course (normally followed by Air
Movement and Dangerous Goods Regulations in Australia)
Transport Fleet Officer (and followed by Qualified Testing
Officer)
Fuel Quality Control Management Officer (followed by Supply
Officer Fuel Management in Australia or USA).
Explosive Management Officer (followed by Supply Officer
Explosive Ordnance or Explosive and Ordnance Demolition (EOD) in Australia, or
Ammunition Technical Officer in Army Ordnance School)
Financial Officer Course (followed by Financial Controller
Course in USA).
However, I had attended none of the above courses. The moral of the story is, I cannot (not qualified) to talk much on either one of the above subject matters.
Besides that, as a Materiel officer, you would normally
selected for various proffesional or career course, such as:
1. Cataloguing Officer Course (organized by MAFCA) - I was
selected for this course but incompleted.
2. Fund Regiment Course.
3. Staff Writing Course (oranized by SITU)
4. Instructional Techniques Course (organized by SITU)
5. Squadron Officer Course (organized by SITU) - I attended
6. Flight Safety Officer Course (organised by IGTU)
7. Operational Logistic Planning Course (organized by PESAMA,
MAB)
My history before joining the RMAF Materiel
(Supply/Logistic) Community was also not very clean. After my SPM with a good
result (Arts Stream), I went for Lower Six (Sekolah Alam Shah). Only one month
in the class, I left my L6 and join UTM for my Diploma in Architecture. My life
and rezeki in UTM also not fruitful. I failed after two years study (May 1979).
Hanging unemployed for about a year before finally decided to join Officers
cadet School in April 1980.
In January 1981, upon completion my cadet training, I was
selected to take up flying traininng in RMAF Heli Flying School in Kluang. My
life also unsuccessful here. I discontinued my course in Jun 1981- failed my
flying course. Here, in Commandant Office of RMAF Kluang, I got my rank of 2nd
Lt and to forget my ambition to be a pilot. Changed to Logistic Branch.
Today, with the Allah will, I am reaching the position that
put me in the situation of 'either you
want or not' you have no choice to do
it. What I mean here is, as one of the
top most senior position in Materiel Branch, I have no choice to participate
and contribute in the decision making for the current and future of Materiel
Branch. In some forums or meetings, I
stood up on behalf of my fellow officers and airmen - talking about policies
and procedures, about their career development and planning and about future
challenges.
See the topic.
Normally people will write 'The Way Forward' or 'Looking Forward' but I
do not like that slogan because that only a cliche (in Melayu = klise). We were (in the past) too much 'looking' or
'make a way' but lack or not even move (only looking). That is why, in many occasions or events
other people other branches took advantage on us and we just look and gave way?
If you look the functions (in the RMAF) that we need to
carry out, it shows how big and heavy our responsibilty to ensure the operability
of the air force.
1. All type of storage or warehousing systems.
2. Vehicle Fleet Managment
3. Fuel (contract, delivery, inspection, Quality Control,
issuing, and disposal)
4. Movement and distribution (including land, sea and air)
5. Budget and Financial Management
6. Explosive and ordnance management (except for armament
system)
7. Procurement and contract management
8. Domestic support (clothing, furniture, barrack, stationery,
tyre)
9. Accounting and inventory management (asset management).
etc
Secara keseluruhannya, kita akui bahawa tugas Cawang
Materiel amat luas dan berat terutamanya di peringkat unit operasi. Ketua Cawang Materiel (KCM) merupakan 'key
personnel' yang bertanggungjawab kepada Komander atau Pegawai Memerintah (CO)
bagi mempastikan setiap bidang yang disenaraikan di atas sentiasa dalam keadaan
'tip top' dan 'up-to-date'.
KCM merupakan individu yang menjadi orang penting dan orang
kepercayaan Komander atau 'CO' kerana KCM merupakan pemegang kunci 'peti besi'
unit berkenaan. Kalau mengikut peraturan yang wujud, CO adalah Pengurus Pusat
Tanggung Jawab (PTJ) dan beliau harus bertanggungjawab setiap sen peruntukan
yang diterima kepada unit tersebut. Bagaimanapun CO mempunyai masa yang terhad
dan tanggungjawab yang lebih luas di dalam mengendalikan unit di bawah
perintahnya. Kelazimannya CO akan mewakilkan sebahagian dari kuasa kewangannya
kepada KCM. Malah ada CO yang 'switch
off' dengan menyerahkan 100% kuasa kewangan ini kepada KCM tanpa 'double
check'. CO hanya ingin tahu semua 'paper
work 'up-to-date' dan siaga untuk menerima lawatan audit.
CO juga hanya ingin tahu, jika kontraktor yang ada dalam
'check list'nya mendapat business. Macamana cara, itu tertakluk kepada
kebijaksanaan KCM. KCM akan cover up segala kehendak CO walaupun kadangkala
tidak mengikut peraturan. KCM tak mau langgar tembok, ikut sahaja. CO tak risau apa-apa sebab dia tak sign
apa-apa inden. Jika ada audit atau BOI,
KCM akan kena jawab untuk cover dirinya dan COnya sekali.
Banyak sudah kes berlaku, apabila berlaku perlanggaran
peraturan, CO lepas tangan, lepas tengkuk, alasannya- semasa JTP, KCM tak bagi
tau bahawa itu melanggar peraturan.
Jika tersalah orang, ini akan mengundang penyalahgunaan
kuasa.
Tapi bayangkan, kita ambil contoh Pangkalan Udara Subang.
Semasa pangkalan dibuka pada tahun 1985, CO berpangkat Lt Kol TUDM dan KCM
berpangkat Mej TUDM. Kemudian pangkat CO dinaikkan taraf kepada Kol TUDM dan
pada tahun 2011 sekali lagi dinaikkan ke taraf Brig Jen TUDM. Tetapi, pangkat KCM kekal Mej TUDM!. Kalau dalam tahun 1985 KCM cuma jaga nilai
wang lebih kurang RM20,000 sahaja (hanya training grant, unit self-help dan N/A
sahaja) tanpa menjaga buku vot (semua di MINDEF), kini KCM menjaga nilai wang
melebihi RM2 juta dan sebagai PTJ terpaksa mengawal pelbagai dokumen
kewangan. Kalau dulu hanya ada pesawat
C130/PC130 dan F28 sahaja, kini jumlah dan jenis pesawat dan aset lain telah
bertambah. Inventori rumah keluarga meningkat lebih 1000%! Unit lodger juga bertambah.
Enough is Enough
Apabila bercakap tentang warga Materiel, INTEGRITY
selalunya jadikan isu. Sama ada kalangan
pegawai atau LLP, tahap kejujuran mereka sentiasa disangsikan. Kenapa?
Mudah sahaja, kerana antara satu bidang tugas anggota Materiel adalah
menguruskan pesanan pembelian, menguruskan perakaunan kewangan, menguruskan
penerimaan barang perolehan, menguruskan bajet, menguruskan pembaikan komponen,
berurusan secara langsung dengan pihak kontraktor, menguruskan bil-bil tuntutan
pembayaran dari kontraktor dan berbagai lagi.
Lalu, mereka (yang sangsi) membuat andaian bahawa warga
Materiel yang bertugas di bahagian-bahagian yang menguruskan perolehan mudah
terjebak atau terdedah dengan salahlaku atau salahguna kuasa, berpakat dengan
pihak kontraktor supaya mark-up harga barang, meminta ganjaran atau upah kerana
mempercepatkan proses bil tuntutan, memilih rakan atau saudara sebagai
pembekal, membeli barangan yang kurang kualiti dengan harga barang berkualiti,
mengubah kuantiti barangan lebih banyak dari kuantiti sebenar yang diterima,
malah ada yang menjual bahanapi dari tanker pembekal dan pelbagai salahlaku
lagi.
Walaupun terdapat segelintir yang melakukan perkara
tersebut, tapi bila kerap kali kes yang serupa berulang maka persepsi tadi jadi
semakin kuat. Apa tah lagi, kalau yang
terlibat bukan sahaja pegawai kanan yang berpengalaman. Ini cekudut yang baru 3-4 tahun berkhidmat
pun dah pandai main kayu tiga. Malah
pernah terjadi kes pemalsuan Borang Pesanan Kerajaan hingga mencapai angkat
juta.
Maka, amat sukar untuk memadamkan persepsi negatif ke atas
warga Materiel.
Sebenarnya, jika mengambil kira kes-kes yang lepas, isu
rasuah dalam TUDM ni bukan hanya melibatkan warga Materiel. Warga cawangan lain pun sama juga. Tapi bukan hasrat aku di sini untuk membuat
perbandingan. Lebih baik aku fokus kepada rumah tangga aku (Materiel). Jaga
kain sendiri supaya tak terlucut.
Pertama sekali, aku ingin membuat sedikit analisis mudah ke
atas krisis kepimpinan dan peralihan kuasa dalam Cawangan Materiel.
Leadership Crisis
Krisis kepimpinan dalam Cawang Materiel telah berlaku
beberapa kali. Ia berlaku secara semula
jadi kerana 'isu persepsi' tadi atau pun
menjadi mangsa kepada 'satu konspirasi' atau menjadi 'kambing hitam'
kepada seseorang yang lain.
Krisis kepimpinan yang bakal diceritakan telah menyebabkan
peralihan kuasa atau 'succession planning' dalam cawang Materiel tidak dapat
dilaksanakan dengan tersusun. Malah mengujudkan pelbagai persepsi negatif dan
hilangan kepercayaan dari pemimpin atasan.
Pernah diceritakan, tragedi pertama terjadi menimpa
Pengarah yang pertama di awal tahun 80an.
Dikatakan melibatkan perolehan alat ganti pesawat F5E dari USA. Malang sungguh, bagi melindungi agenda
konspirasi yang lebih besar, ia berakhir dengan beliau terpaksa merengkok di
penjara untuk beberapa tahun. Anak Melayu pertama diberi amanah untuk memimpin
warga 'Supply' telah tersungkur angkara jerung.
Tragedi kedua menimpa pemimpin Materiel juga. Tidak sampai 5 tahun dari krisis pertama.
Materiel mempunyai pemimpin yang tegas, workoholic, bestari, muda dan
berwawasan. Kali ini pemimpin kita didakwa sebagai terlibat menerima ganjaran
dari pihak kontraktor atas kepentingan peribadi. Beliau terpaksa mengundurkan
diri bagi membolehkan kelancaran proses perbicaraan di mahkamah. Alhamdulillah, mahkamah mendapati beliau
tidak bersalah dan tidak perlu membela diri. Namun jawatan telah hilang, beliau
terpaksa berkelana membina hidup baru dalam persekitaran yang berbeza.
Memperjudikan kehidupan dalam keadaan maruah telah tercalar.
Walaupun imej Materiel terselamat dari terus tercalar, ia
mengorbankan seorang pemimpin yang berdedikasi. Kali ini Materiel kehilangan
takhta kepimpinan. Sehinggalah
dikembalikan 2-3 tahun kemudian.
Setelah 18 tahun lautan tenang dari lambungan ombak,
tiba-tiba Tsunami mengGANAS. Gempa bumi yang bermula di MLU tetapi kesannya
dirasai seluruh organisasi Materiel khususnya di peringkat kepimpinan Materiel
di MTU. Walaupun konspirasi asasnya
bukan angkara kepimpinan dari warga Materiel, namun apabila ketua bot nelayan
memasang dan menarik pukat tunda, bukan
ikan besar sahaja yang masuk, segala jenis dan saiz ikan termasuk ikan bilis
akan terperangkap. Kali ini lebih ramai individu dari warga 'Logistik' (satu
definisi yang merangkumi warga Kejuruteraan dan Materiel) terpaksa mengakhiri
kerjaya dalam TUDM dalam keadaan terluka. Sekali lagi, pucuk pimpinan Materiel
terlepas lagi. .
Yang herannya, dalam tempoh krisis seperti ini,ada juga
individu yang mengambil kesempatan untuk mempromosi diri dengan menyebut
keburukan rakan sendiri. Tanpa disedari, pihak lawan sentiasa menunggu
cerita-cerita begini. Buat senjata untuk membunuh kita.
Syukur, tidak lama hanya mengambil masa kurang dari 6 bulan. Tetapi dalam keadaan peralihan itu pun
berlaku 'persepsi negatif' terhadap integriti
warga Materiel yang amat sukar dipulihkan.
Apa-apa pun setiap kesedihan atau setiap musibat yang menimpa
seseorang akan memberi kegembiraan kepada seorang yang lain. Itu adat duniawi. Satu kejatuhan akan memberi
kenaikan kepada seorang yang lain. Namun cabaran, dugaan, hasad dengki,
tohmahan, fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkan sentiasa menanti sesiapa
sahaja yang naik menjadi pemimpin Materiel.
Bukan lawan atau musuh tetapi kawan taulan, sahabat handai yang
sama-sama bergelak ketawa, sama-sama bergurai senda, sama-sama duduk
membincangkan kertas kerja, sama-sama kononya menjulang martabat warga Materiel. WASPADALAH.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang merasa integriti tubuh badannya dipersoalkan (dan benar wujud)
tetapi telah terlepas dari tindakan, usahlah bergembira. Insaflah.
Tempoh yang pendek dalam TUDM bukan untuk mencari kekayaan atau membina empayar. jangan menjadi gunting dalam lipatan, menjadi
api dalam sekam, atau menjadi buaya dalam air tenang.
Bagaimana Materiel boleh maju, boleh membangun, boleh
mantap, boleh efisyen KALAU setiap peralihan kuasa kepimpinan adalah melalui
KRISIS, bukan melalui peralihan yang benar-benar 'sedia menyerahkan kuasa
kepada pengganti' dengan terancang dan tersusun.
Implikasi Krisis
Apa implikasi dari krisis kepimpinan serta peralihan kuasa
yang tidak tersusun/terancang tadi?
Materiel semakin sukar untuk membangun dan memperkuatkan
diri.
Tiada kesinambungan kepimpinan yang mantap. Yang baru naik
hanya ingin mencipta sesuatu mencipta nama diri sendiri, bukan untuk Materiel
sejagat.
Persepsi negatif bertambah sukar untuk dihapuskan.
Wujud kelompok 'orang aku, orang dia' menjurus kepada pilih
kasih atau favouritism.
Wujud kumpulan yang tersisih yang akan melahirkan rasa
tidak puas hati dan berdendam.
Wujud agenda fitnah memfitnah.
Wujud agenda bodek membodek pihak atasan.
Wujud kumpulan yang melarikan diri, kerana merasa dirinya
tidak lagi berharga dan enggan menerima jemputan walaupun setelah bersara.
Sebagai satu permulaan, usaha untuk meraih minat warga
Materiel sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara telah
dibuat. Aku telah membuka group dalam
facebook bertajuk "Kelab Pegawai Materiel TUDM" pada 15 Okt 2011. Dan
sambutannya amat menggalakkan sekali.
Dalam tempoh 2 bulan sahaja, keahliannya sudah mencapai lebih 100 orang.
Sungguh membanggakan, kerana ahlinya meliputi semua
peringkat warga Materiel, dari yang berpangkat Mej Jen hingga ke Lt Muda TUDM,
sedang berkhidmat dan yang telah meninggalkan TUDM sama ada bersara atau
menamatkan tempoh TJP. Malah, mantan
APTU Materiel kita; Y.Bhg Brig Jen Dato' Mohd Idris bin Saman TUDM (Bersara)
begitu aktif mengikuti perkembangan dalam group ini.
Diharapkan, kewujudan Group facebook ini akan menyemarakkan
lagi semangat kekeluargaan di kalangan warga dan bekas warga Materiel TUDM- sebagai
pelantar untuk bertukar fikiran dan meluahkan perasaan 'within the acceptable
parameter' dan seterusnya mengeratkan/mengukuhkan dan meneruskan eksinambungan
ukhwah.
Dalam dunia IT sekarang, banyak maklumat boleh disampaikan
dengan tepat. Tidak perlu mendail
telefon satu persatu. Senang cerita,
sesiapa yang tidak berminat dengan IT, dia akan tertinggal maklumat.
Transformasi 1
Semasa berlakunya reorganisasi TUDM pada tahun 1994, ITSBL
telah ditubuhkan bagi melatih pegawai, juruteknik dan penyelenggara stor peluru
TUDM. Konsep penubuhannya adalah
berbentuk 'integrated logistic' iaitu gabungan atau usahasama antara Cawang
Kejuruteraan (CK) dan Cawang Materiel (CM).
Kontrak sosial asal antara CK dan CM ialah Pegawai CK akan memegang
jawatan Komandan atau Pegawai Memerintah, manakala pegawai CM menjadi Ketua
Jurulatih. Namun dalam tahun 1997,
proses peminggiran pegawai CM telah berlaku.
Pegawai CM tidak diberi peranan sewajarnya, mereka hanya membawa peranan
sebagai 'local supply' sahaja. Semua aspek latihan dikawal sepenuhnya oleh
CK. Melihat perkembangan ini, Bahagian
Materiel merasakan perlu untuk melakukan transformasi.
Selaku PS1 SISMAT pada masa itu, aku melihat bahawa
penubuhan PLPL (gabungan SEKLOG dan PLKK) merupakan satu pelantar yang baik
untuk meletakkan elemen latihan pegawai terminal peluru dan penyelenggara stor
bahan letupan sebagai sebahagian dari peranan PLPL. Ini secara langsung dapat
meletakkan semua elemen latihan yang 'materiel-related' dalam satu tempat dan
dikawalselia sendiri oleh CM.
Namun usaha merealisasikan transformasi itu tergendala
lantaran PLPL yang terletak di PU Subang tidak mempunyai kelengkapan yang
mencukupi. Maka 'pelan pemindahan'
terpaksa dilupakan sementara waktu. Aku pula telah meninggalkan SISMAT pada 31
Dis 98 untuk ke MTAT dan seterusnya bertugas di Perbendaharaan sehingga Feb
2004.
Pada tahun 2001, apabila PLPL telah mempunyai kompleksnya
sendiri di Kem Kinrara dan mempunyai misi untuk menjadikan PLPL sebagai 'centre
of excellence for logistic training'. Namun pelan transformasi 1997 tidak
pernah diusahakan semula.
Apabila aku kembali ke SISMAT pada bulan Feb 2004, pertama
pertama yang aku cari ialah 'pelan perpindahan' yang aku buat dalam tahun
1997. Namun aku gagal mencari dokumen
asal dalam fail di Bahagian Materiel. Apa lah punya Bangla. Syukur, Mej Abd
Wahab bin Enok TUDM (Komandan PLPL waktu itu) dapat mengesan kembali segala
dokumen asal dari fail di PLPL. Maka,
tanpa melengahkan masa lagi, aku mengusahakan Arahan Tadbir Perpindahan. Beruntung juga kerana AKS pada masa itu, Brig
Jen Amir menyokong usaha aku. Pihak CK
agak tergamam dengan arahan itu (mereka tidak menyangka sekali), namun dokumen
1997 telah menjadi senjata yang berkesan untuk menahan mereka dari melakukan
usaha untuk menggagalkan proses perpindahan.
Transformasi 1 telah menjadi kenyataan.
Transformasi 2
Sepanjang tempoh menjawat Pengarah Materiel aku tidak
sempat untuk membuat lawatan ke mana-mana unit TUDM kerana terlalu sibuk dengan
tugasan.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat baru Pengarah
Materiel pada 25 Ogos 2014, langkah pertama yang aku laksanakan ialah menderaf,
merangka dan menyediakan Pelan Transformasi dan Strategik Materiel (PTSM)
seiring dengan Pelan Transformasi TUDM 2012-2020.
Deraf PTSM ini telah diseminarkan pada 12 hingga 14 Nov 14
di Awana Genting. Perlu dibuat penyesuaian dan pindaan sebelum dilancarkan.
Deraf akhir telahpun disiapkan sebelum aku bertukar keluar.
Aku harap, kepimpinan Materiel dapat melihat semula deraf tersebut bagi
meneruskan agenda dan usaha memartabatkan warga Materiel.
Terpulanglah.
Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang
Tugasku sebagai Pengarah Materiel begitu singkat. Pada 4
Mac 2015, aku menerima berita bahawa Mesyuarat Tertinggi Pemilihan Pegawai-Pegawai
Kanan ATM yang bersidang pada 3 Mac 15 telah meluluskan pertukaranku ke Markas
ATM bagi membuat tugas Pengarah Bantuan Khidmat di Bahagian Komunikasi dan
Elektronik Pertahanan (KOMLEK) berkuatkuasa 15 Mac 15.
Pada 16 Mac 2015, aku menyerahkan jawatan Pengarah Materiel
kepada Kol Yohanez binti Ahmad TUDM.
SAYONARA MTU
RASAnya aku merupakan pencipta sejarah TUDM sebagai
pemegang jawatan Pengarah Materiel yang TERsingkat setakat hari ini.
Sebenarnya, selama lebih kurang 6 bulan sebagai Pengarah
Materiel aku sudah dapat merasai bahawa kerjayaku dalam Cawang Materiel TUDM
sudah sampai ke penghujungnya. Atau lebih jelas lagi, akan tiada lagi
peningkatan dalam kerjayaku.
Walaupun secara teorinya, sejak dahulu lagi jawatan
Pengarah Materiel merupakan paling senior selepas jawatan AKS Materiel. Secara
teorinya, Pengarah Materiel adalah bakal mewarisi jawatan AKS Materiel. Hampir
kesemua AKS Materiel pernah menjawat jawatan Pengarah seperti Dato' Azizan,
Dato' Roslan, Dato' Amir, Dato' Othman, Dato' Idris, arwah Pak Rahman dan arwah
Pak Tahir.
Beberapa AKS Materiel yang tidak pernah memegang jawatan
Pengarah sebelum ini ialah Dato' Anim, Datuk Robless dan Datuk Ali Nasirudin.
Manakala penjawat Pengarah yang tidak berpeluang menjadi
AKS ialah Kol Ahmad Haidir dan Kol Mohd Zaki.
Sepanjang aku dalam jawatan Pengarah, aku sudah merasai
bahawa kehadiranku tidak diperlukan oleh BOSSku sendiri, iaitu AKS. Bukan
sahaja tidak dialu-alukan malah, dipinggir dan tidak diberikan kepercayaan
sebagaimana sepatutnya. Antara buktinya ialah:
PERTAMA. Sewaktu melapor diri (membuat arrival) pada 25
Ogos 15, aku hanya diberitahu bahawa tiada 'handing-over duty' dilaksanakan.
Walaupun Pengarah sebelum ini telah mengosongkan jawatan sejak bulan Jun
(HAMPIR TIGA BULAN), tiada siapa yang memangku tugas. Macam Kerajaan Pasir
Berdengung. Sebelum ini aku dimaklumkan bahawa HO/TO jawatan adalah wajib untuk
semua dan perlu diselesaikan sebelum bertukar keluar. Apa yang BOSS aku bagi
tau ialah; "Tengok la dan buat la apa yang patut". Agaknya, apa akan
berlaku kalau setiap peringkat pegawai Materiel yang bertukar keluar memberi
pesanan yang sama kepada pegawai yang baru mengambil-alih jawatan. NO WONDER,
Materiel kita tidak dihormati oleh orang lain. Kita SYOK SENDIRI atau PERASAN
yang kita expert dalam kepakaran kita. BAYANGKAN kalau jawatan Pengarah
Materiel diambil ringans seperti ini. Dari maklumat yang diterima dari staf,
Pengarah sebelum ini pun datang masuk pejabat dan balik ikut suka dia.
KEDUA. Semasa menjawat jawatan Pengarah (pegawai yang
terkanan di MTU-Materiel), aku hanya diberi tugas menjaga Cawangan SISMAT
sahaja (aku pernah menjadi PS1 SISMAT pada tahun 1997 dan 1998 (pangkat Mej),
2004 dan 2005 (pangkat Lt Kol). Di bawah aku hanya ada seorang Lt Kol TUDM,
tiga orang Mejar TUDM dan seorang Kapt TUDM serta kurang 10 orang staf. Pada
hal, cawangan itu sepatutnya hanya dikelola oleh PS1 SISMAT sahaja. Sebelum
ini, selain dari PS1 SISMAT, sel-sel di bawah PS1 Perolehan, PS1 Khidmat
Material dan PS1 Kontrak adalah di bawah pengawasan Pengarah Materiel. Kali ini
ketiga-tiga PS1 tersebut melapor terus kepada AKS Materiel. Seolah-olah
Pengarah yang ada TIDAK CAPABLE atau TIDAK DIPERCAYAI untuk mengandar tugasan
tersebut. Tapi itulah yang berlaku sepanjang 7 bulan aku di situ.
KETIGA, BOSS aku akan bersara mulai Ogos 2015, tetapi
sepanjang tempoh lebih kurang 7 bulan sebagai Pengarah, aku hanya dipanggil 3
atau 4 kali sahaja oleh BOSS aku untuk membincangkan urusan berkaitan kerja.
Bayangkan!! Jelas kehadiranku seolah-olah tidak diperlukan dan pastinya menggambarkan
bahawa Pengarah tidak perlu dimaklumkan apa-apa kerana bukan dia yang bakal
ambil-alih jawatan aku.
KEEMPAT. Terakhir, apabila tempoh persaraan BOSS aku hanya
tinggal lebih kurang 5 bulan lagi, aku telah ditukarkan keluar ke Markas ATM,
satu jawatan yang berjarak semakin jauh dengan AKS Materiel. Jadi tak mungkin
bagi aku akan balik semula ke TUDM dalam masa 5 bulan. Mustahil. ITULAH
INDIKASI TERAKHIR pembunuhan kareerku dalam Cawangan Materiel TUDM.
PERCAYA KEPADA ALLAH, REDHA DENGAN KETETAPAN ALLAH
.
No comments:
Post a Comment