Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, December 8, 2013

AF 069: BELASUNGKAWA PERWIRA MATERIEL TUDM

SAHABAT MATERIEL

DALAM KENANGAN
MEREKA yang
PERGI DULU



KETIKA merenung kembali perjalanan hidupku yang penuh dengan pelbagai onak dan duri dalam perkhidmatan TUDM sehingga mencapai kejayaan pada hari ini, aku kerap terkenang dengan kehilangan satu persatu sahabat sama ada junior atau senior yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau setelah bersara.

TERKINI
ALMARHUM 
MEJAR RADZALI BIN RATIN(BERSARA)
(26 JULAI 2020)





Mej Radzali bi Ratin TUDM (Bersara)  (371391) TELAH MENINGGAL DUNIA pada 26 Julai 2020 pada usia 61 tahun.

Almarhum dilahirkan di Pulau Pinang pada 1 Oktober 1959, kali pertama aku kenali pada bulan September 1981 ketika sama-sama menghadiri Kursus Pendek Modula Pergerakan Udara di TUDM KInrara. Dua tahun kemudian, sama-sama menghadiri Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22/1983.

Almarhum pernah bertugas bersamaku di MTU-Materiel SISMAT pada tahun 2004/2005 sebagai PS2 SISMAT B sebelum bersara dari ATM.
 
اللهم ٱغفرله وٱرحمه وعافه وٱعف عنه
Almarhum dikatakan rebah sebaik sahja selesai membersihkan kubur ibunya semasa gotong royong di Masjid Bdr Country Homes, Rawang.
Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan para solihin.
Seorang shbt yg baik, satu class Basic Supply Siri 22/1983 dari 3 April hingga 13 Okt 83.
Juga pengiring sword bearer semasa hari persandinganku.
Taaziah kpd isteri dan anak2 almarhum.
Semoga segala urusan dipermudahkan pengkebumian.

Aku sediah tidak dpt ziarah jenazah sahabatku kerana masih dalam perjalanan pulang dari percutian di Pulau Tioman.

ALMARHUM 
KAPTEN MOHD REDZUAN BIN MOHD YUSOF TUDM (BERSARA)
(15 JAN 2019)



Kapt Mohd Redzuan bin Mohd Yusoff TUDM (BERSARA) (374471) TELAH MENINGGAL DUNIA pada 15 April 2019. Berusia 35 tahun.

Redzuan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuh raya PLUS arah Selatan sebelum susur keluar Plaza Tol UKM Bangi lebih kurang jam 1245H.

Almarhum pernah bertugas sebagai PS3 Rancang dan Piawaian (R n P) di Markas Logistik Udara (MLU) lebih kurang tahun 2010 - 2013.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Puan Nur Diyana binti Mohd Ali.

Jenazah almarhum dimandi dan kafankan di Hospital Serdang dan disolati di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak jam 10.30 malam.


Taaziah untuk keluarga almarhum - tabah dan sabar dengan ujian Allah subhanahu wataala. Semoga Allah melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.




ALMARHUM 
LEFTENAN KOLONEL HAYAZI BIN GHAZALEE TUDM
(24 DIS 2019)


TJP46. Meninggal dunia pada 24 Dis 2018  semasa bercuti di Johor Bahru. Beliau rebah di hotel penginapannya dan dibawa ke Hospital Tun Aminah sebelum disahkan meninggal dunia. Laporan post-mortem menyatakan bahawa beliau meninggal akibat serangan jantung.

Semasa aku melapor diri sebagai Ketua Pengarah di Bhg Logistik Pertahanan pada 4 Mei 2018, almarhum merupakan PS1 Penyamaan sehingga bertukar ke MAFCA pada 1 Jul 2018. Jawatan almarhum semasa meninggal dunia ialah Pengarah MAFCA.

Jasad almarhum disolatkan di Masjid At Taqwa, Taman Pelangi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dagang, Kg Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Baru.






ALMARHUM 
MEJAR OSMAN BIN HARON TUDM (BERSARA)
(15 JAN 2019)


Adalah dimaklumkan bahawa bekas pegawai Materiel TUDM dan juga skot TJP37 Mej Othman Harun (Bersara), 62 tahun, telah meninggal dunia pada jam 0130H, 6 Nov 2018  di alama. No 43, Jalan Setia Indah, U13/11V, Setia Alam Selangor.

Jenazah almarhum selamat dikebumikan di TPI Sek 21 Shah Alam jam 1045H hari ini.


Semoga Allah melimpahi ruh allahyarham dgn kerahmatan dan pengampunan.


ALMARHUM 
KAPTEN WAN HAMAT BIN WAN SHAFIE TUDM (BERSARA)
(2 MAC 2018)


Kapt Wan Hamat TUDM (B) - TJP34. Meninggal dunia pada 2 Mac 2018  di Hospital Serdang.

Jenazah Arwah disolatkan Mesjid Ar Rahman Batu 9 Pulau Meranti Puchong dan di kebumikan sebelum Zohor.






ALMARHUM 
MEJAR MOHAMAD NAZIR BIN YUSOF TUDM (BERSARA)

(05 NOV 2017)

Mejar Mohamad Nazir bin Yusuf TUDM (Bersara) (371572). KP: 621219-08-6075 telah meninggal dunia di HAT TUANKU MIZAN pada 051848H Nov 2017 setelah dimasukkan ICU selama 4 hari. Sebab-sebab kematian ialah Severe Hospital Acquired Pneumonia (jantung dan paru2).

Jenazah telah disolatkan di surau al Hidayah Sek 18 Shah Alam dan dikebumikan di Sek 21 sebelum Zohor.

Arwah adalah pesara Pegawai Materiel TUDM. Mej Nazir mempunyai kepakaran dalam bidang Explosive/Ordnance. Pernah bertugas sebagai Ketua Terminal Peluru (BAT) 2 Butterworth, PS2 di BOLP dan MTU-Materiel. Beliau bersara pada tahun 2003. Ketika meninggal dunia beliau masih belum berumahtangga.



ALMARHUM 
MEJAR ABDUL AZIZ BIN DARWIS TUDM (BERSARA)
(13 OKT 2017)

Seorang bekas pegawai Bekalan TUDM, Mejar Abdul Aziz bin Darwish teah meninggal dunia pada 13 Okt 2017. Almarhum adalah juga abang ipar kepada mantan PTU (Tan Sri Mohd Yunus bin Tasi) dan mantan TPTU (almarhum Datuk Ahmad Merican).



ALMARHUM 
MEJAR MOHD ZAIHAN @ MOHAN BIN ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(16 JULAI 2017)


Mej Zaihan @ Mohan bin Abdullah TUDM (B) meninggal dunia di Hospital Selayang pada 16 Julai 2017 akibat sakit jantung. Semasa hayatnya almarhum menetap di No. 2. Jln SU43, Taman Selayang Utama, Batu Caves. Jenazah almarhum dimandikan di Masjid At-Taiyyibin, Jalan Bidara 1, Taman Bidara, Bt Caves dan dikebumikan di Tanah  Perkuburan Islam Bukit Lagong, Gombak (bersebelahan dengan Pejabat IPD Gombak).

Almarhum ditauliahkan pada...... dan pernah berkhidmat sebagai KCL TUDM Kuching dan bersara pada........




ALMARHUM 
KAPTEN MANSOR BIN MAHANOL TUDM
(9 JUN 2017)

Kapt Mansur bin Mahanul TUDM telah meninggal dunia pada 9 Jun 2017 (bersamaan 14 Ramadhan 1438) di Sandakan setelah menderita penyakit kanser paru-paru. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sandakan.

Penyakit beliau dikesan pada awal tahun 2016 dan menjadi serius pada awal tahun 2017. Beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada bulan Mac sebelum dipindah ke Hospital Sandakan pada 24 April 2017 dengan pesawat EC725 TUDM.

Almarhum meninggalkan seorang balu Puan Siti Fatimah binti Ibrahim dan dua orang anak.


Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.



ALMARHUM 
LEFTENAN KOLONEL WAN FISAL BIN WAN SULAIMAN TUDM (BERSARA)
(17 APRIL 2017)

Lt Kol Wan Fisal bin Wan Sulaiman telah meninggal dunia pada jam 1400H, 17 April 2017 di Pengerang, Johor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Enstek, Nilai pada 18 April 2017.

Almarhum  Wan Fisal dilahirkan pada 26 Sep 1962 dan ditauliahkan pada tahun 1983 (TJP 45) telah bersara pada tahun 2015. Ayahnya adalah pesara pegawai TUDM iaitu almarhum Mej Wan Sulaiman. Semasa berkhidmat almarhum pernah bertugas di bawah perintahku semasa dia menyandang jawatan Ketua MATRA 1 (aku ketika itu adalah Ketua Staf Khidmat MLU merangkap Pegawai Memerintah).

Jawatan terakhir Wan Fisal sebelum bersara ialah Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pengurusan Logistik (sekarang INSMAT).

Almarhum seorang yang lemah lembut dan berhemah tinggi meninggalkan seorang balu, Puan Hasanah binti Eusoff dan 2 orang anak.

Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.


MENDIANG 
MEJAR YIEW VOON CHONG TUDM (BERSARA)
(12 NOV 2016)


Warga Materiel menerima berita sedih pada 12 Nov 2016, apabila Mejar Yiew Voon Chong TUDM (370783) (Bersara) telah meninggal dunia setelah seminggu berada di Wad 5 Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya akibat penyakit kanser.

Mendiang Yiew adalah salah seorang pegawai Materiel yang mempunyai sikap terpuji, cekap, tenang, berhemah serta lemah lembut. Beliau bersara dari TUDM di penghujung tahun 90an untuk menyertai Syarikat Sapura Advanced System.


Mendiang YVC dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di SMK St George, Balik Pulau sebelum menyertai TUDM pada tahun 1977. Semasa berkhidmat beliau pernah bertugas sebagai PS2 Beli, Ketua Cawang Materiel PU Subang dan jawatan terakhir sebelum bersara ialah PS2 SISMAT D. Sebelum bersara beliau telah dirancang untuk dinaikkan ke pangkat Lt Kol tetapi beliau menolak.


ALMARHUM 
KAPT RAFIQUDDIN BIN MANSOR TUDM (BERSARA)
(12 JAN 2015)


Kalendar 2015 menerima berita sedih kerana pada 12 Jan 2015, salah seorang sahabat kita, iaitu Kapt Rafiquddin @ Dziauddin bin Mansor TUDM (371851) telah meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri (dengan bantuan life support machine) sejak seminggu di Hospital Muar, Johor.





Almarhum Rafiquddin berasal dari Johor dan pernah mendapat didikan di RMC (1981-1983) sebelum mengikuti latihan di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson dalam tahun 1984 (TJP 46).

Setelah menamatkan perkhidmatan di awal tahun 2000, beliau menyertai bidang perniagaan dan mempunyai syarikatnya sendiri.

Sebelum akhir hayatnya almarhum menetap di Taman Gading Baru, Jalan Kesang Laut, Muar, Johor.


Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.



ALMARHUM 
LT MUHAMMAD FIRDAUS BIN OTHMAN TUDM
(7 OKT 2014)


Allahyarham Mohd Firdaus Othman

Lt Muhammad Fidaus bin Othman TUDM telah kembali ke pangkuan Illahi lebih kurang jam 1800H, 7 Oktober 2014 akibat kemalangan jalanraya di KM2 Jalan Gua Musang - Kuala Krai.  Allahyarham adalah Pegawai Penstoran diTerminal Peluru PU Gong Kedak. 
Allahyarham berasal dari Kg Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Beliau adalah pegawai yang ditauliahkan dari UPNM pada tahun 2012.

Dimaklumkan bahawa kemalangan berlaku semasa almarhum dalam perjalanan pulang ke PU Gong Kedak dari cuti Hari Raya Qurban di kampungnya (Melaka).

Jenazah yang tiba dari hospital Kuala Kerai telah tiba di Masjid PUKL pada jam 1845H, disolatkan sekali lagi sebelum dibawa ke kampung halamannya di Melaka. Alhamdulillah, aku turut menghantar jenazah allahyarham hingga ke di tanah perkuburan islam yang terletak lebih kurang 100 meter sahaja dari rumah bapanya. Kerja-kerja pengkebumian selesai lebih kurang jam 2200H.


Didoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah.


ALMARHUM 
MEJAR NIK HISHAMUDDIN BIN IBRAHIM TUDM (BERSARA)
(10 OKT 2014)

Allahyarham Nik Hishamudin pada tahun 1978


Pada 10 Okt 2014, group facebook KELAB PEGAWAI MATERIEL TUDM telah menerima posting dari Mej Abu Bakar bin Abd Rahman (B) yang menyatakan bahawa beliau menerima maklumat dari Lt Kol Kamarudin Kamarulzaman (B) bahawa Mej Nik Hishamuddin bin Ibrahim TUDM (B) telah pulang ke rahmatullah pada malam Raya Haji yang lepas. Ini bermakna beliau meninggal dunia pada 4 Okt 2014.

Lokasi dimana serta punca (atau sakit) beliau beliau meninggal tidak dinyatakan.

Kalau berdasarkan perkiraanku, beliau meninggal dunia dalam usia lebih kurang 63 atau 64 tahun. Ini mengambil kira rakan-rakan seangkatan allahyarham seperti Mej Jen Dato Hj Ali Nasirudin dan Brig Jen Dato Hj Othman Majid adalah dalam usia tersebut.

Almarhum Mej Nik Hishamuddin bukanlah orang yang asing bagi diriku. Allahyarham adalah salah seorang SIFU dalam kerjayaku sebagai Pegawai Logistik/Materiel. Semasa aku menghadiri Kursus Modula Pergerakan Udara di SEKLOG, ITU Kinrara pada bulan Sep/Okt 1981, beliau adalah Ketua SEKLOG pada masa itu.

Pada bulan Okt 1983 apabila aku ditukarkan ke TUDM Kuantan (sebaik sahaja menamatkan Kursus Asas Pegawai Logistik Siri 22 di ITU Kinrara, beliau adalah Ketua Cawang Logistik (KCL) TUDM Kuantan. Semasa aku mengikuti kursus Indoktrinasi di MAFCA pada tahun 1990, beliau adalah Pegawai latihan di situ. Semasa di TUDM Kuantan, isteriku Adibah juga agak rapat dengan isteri allahyarham, Kak Ana (aku lupa nama penuhnya)


Alfatihah untuk almarhum dan semoga Allah melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.


ALMARHUM
KAPTEN HAJI AHMAD BIN ISMAIL TUDM (BERSARA)
(12 DIS 2013)

Kapt Ahmad bin Ismail atau amat terkenal dengan panggilan (nickname) Kapt Mat Komo telah meninggal dunia pada 12 Disember 2013. Berita kuterima dari Mej Hj Ismail Hashim (B) ketika aku dan keluarga sedang bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping.

Kapt Ahmad meninggal dunia pada usia 79 tahun (lebih kurang) di rumahnya di Taman Keramat. Aku mempunyai nostalgia tersendiri dengan almarhum kerana beliau merupakan BOSSku yang pertama apabila aku melapor diri ke unit pertamaku, TUDM Kuching pada bulan Oktober 1981. Ketika itu almarhum adalah Senior Air Movement Officer (SAMO) dan aku melapor sebagai Duty AMO (DAMO 2) bersama dengan Lt (U) Zambri Ahmad sebagai DAMO 1. Almarhum merupakan Pegawai SD (Special Duty), sebelum ditauliahkan beliau bertugas sebagai Air Quarter Master (AQM) dengan pesawat Dart Herald.

Kenangan manis bersama almarhum (kanan) di Mes Pegawai TUDM Kuching 1981-1982

bertemu semasa HUT ke 52 di Muzium TUDM (bersama ex-Kuchingites)

Semoga Allah melimpahi keampunan ke atas ruh almarhum.



ALMARHUM
MEJAR NOOR APANDI BIN AHMAD TUDM (BERSARA)
(6 NOV 2013)

Pada 6 November 2013, seorang lagi warga Materiel telah meninggal dunia. Beliau ialah Mej (B) Noor Apandi bin Ahmad TUDM.  Allahyarham bersara pada tahun 2004 dan jawatan terakhir adalah Ketua Cawang Materiel, PU Butterworth.  Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang akibat penyakit jantung dan jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Tiga, Sungai Acheh, Nibong Tebal.


Apandi mempunyai keistimewaan tersendiri. Dia mendapat pelbagai gelaran dari kawan-kawan (tak elok aku tuliskan di sini) namun dia tidak pernah berkecil hati dengan gelaran itu walaupun antaranya kurang sedap didengar. Tapi antara gelaran yang baik diberi kepadanya ialah 'Tengku Pandi'. Semasa bertugas di TUDM Kuantan (berpangkat Kapt) beliau begitu rapat dengan Tengku Mahkota malah baginda Sultan. Setiap kali Sultan atau Tengku Mahkota berada di Pergerkan Udara sama ada untuk berangkat pergi atau balik, Apandi mesti ada di situ. Semasa berpangkat Kapt TUDM beliau telah dianugerahi pingat kebesaran Ahli Mahkota Pahang (AMP) oleh KDYMM Sultan Pahang.



Semoga Allah menempatkan ruh almarhum bersama-sama dengan ruh orang yang beriman.



ALMARHUM
ZAHRIN BIN ZAINUDIN TUDM (BERSARA)
(8 APRIL 2013)

Pada 8 April 2013, warga Materiel TUDM telah kehilangan seorang rakan perjuangan, iaitu Mej (B) Zaharin bin Zainudin TUDM.  Allahyarham bersara pada tahun 2012 dan jawatan terakhir adalah sebagai PS2 Latihan di MAFCA.  Sebelum ini beliau berkhidmat di MTU (sebagai PS1 Khidmat Materiel) selama lebih 5 tahun.  Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang dan jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Selasih, Gombak.


Allahyarham Zaharin mempunyai kepakaran tersendiri iaitu dalam bidang pengurusan perkhidmatan domestik kerana sebahagian besar kerjayanya bertugas di MATRA 3 pada masa ditubuhkan khusus untuk menjadi gudang domestik dan kemudiannya ditukarkan ke MTU-Materiel sebagai PS1 Khidmat Domestik di MTU-Materiel.



Semoga Allah melimpahi keampunan ke atas ruh almarhum.



ALMARHUM
KOLONEL HAJI ZAKARIA BIN SALLEH TUDM (BERSARA
(24 JUN 2011)

Almarhum bukanlah seorang pegawai Logistik. Almarhum adalah bekas pilot pesawat pejuang TUDM. namun beliau mempunyai sejarah tersendiri dalam kerjayaku dalam TUDM. Oleh itu aku berikan ruang penulisan untuk diabadikan kenangan dalam blog aku.

BERITA pada 24 Jun 2011. Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya terjunam dan terhempas di tanah lapang dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011, di Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang semalam.

Juruterbang itu dikenali Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Subang, Selangor.
Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringannya terjunam dan terhempas di tanah lapang dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011, di Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang semalam.

Kedutaan Besar Malaysia, di sini, mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.24 petang waktu tempatan
.



di hospital

Aku terkedu mendengar berita ini. Maklumat terawal diterima dari Brig Jen Dato' Mazlan Abas TUDM- semasa keluar dari Surau Luqman Hakim selepas menunaikan solat Subuh pada pagi 24 Jun 2011. Almarhum KOL ZAKARIA BIN SALLEH TUDM (BERSARA) adalah bekas juruterbang jet pejuang TUDM - merupakan salah seorang antara juruterbang fighter yang agak baik dengan aku (sebagai kenalan). 

Berbanding dengan rakan-rakanku yang lain dalam Cawang Logistik, aku mempunyai kelebihan tentang hubungan rapat dengan fighter pilot kerana aku berpeluang berkhidmat di 3FTC antara 1984-86 ketika berpangkat Lt.  3FTC adalah pusat latihan tunggal yang mengeluarkan fighter pilot di negara ini. Kebanyakan instruktor di 3FTC pada masa itu kini (yang masih berkhidmat) berpangkat paling rendah Brig Jen.  Antaranya ialah Mej Rodzali Daud,  Kapt Ansar Ali, Kapt Marsaleh Hassim, Manakala studentnya yang membuat latihan peralihan FLIT yang masih berkhidmat kini berpangkat antara Lt Kol hingga Lt Jen, antaranya Lt Ackbal Abdul Samad, Lt Affendi Buang dan Lt Salleh Osman. 


Aku mula mengenali allahyarham Zakaria semasa di TUDM Kuantan tahun 1984, ketika itu beliau berpangkat Mejar menerbangkan pesawat A4 Skyhawk. Kenal macam tu je la, sebab masa tu aku baru 2nd Lt dan dia adalah jauh lebih senior dengan aku. Kemudian kami sama bertugas di MPPU pada tahun 1990, dia SO2 Pejuang di situ. Di MPPU hubungan kami semakin rapat. Aku tak kenal atau tak tau cerita bagaimana dia dipersepsi semasa bertugas di skuadron penerbangan- tapi setakat yang aku kenal sehingga dia bersara - dia seorang yang baik - ramah - mudah senyum dan tidak pernah menunjukkan sikap tinggi diri sebagai fighter pilot. Dia bersara dalam pangkat Kolonel dan jawatan terakhir sebagai Ketua No 15 Skn atau pun Ketua Staf No 1 Div Udara. 


Selepas bersara, dia menyertai bidang perniagaan dan syarikatnya 'COLZS Sdn Bhd'  merupakan salah satu kontraktor pembekal bahan kimia untuk TUDM. Kami juga kerap berjumpa atas urusan rasmi sama ada semasa aku bertugas sebagai PS1 Kontrak di MTU atau KSK di MLU. Kali terakhir saya bertemu dengan almarhum dan isteri (Kak Zurina) semasa aku menunaikan Fardhu Haji di Mekah. Pada 10 Nov 2010, beberapa hari sebelum bertolak ke Arafah, masa itu aku pergi ke Hotel Hunain tempat beliau menginap kerana menguruskan penghantaran (pos) air zam zam ke Malaysia. Kebetulan pejabat, klinik dan kaunter kewangan TH ditempatkan di situ. 


Takziah untuk Puan Hajjah Leila Zurina dan anak-anak - didoakan semoga tabah menghadapi ujian ini. Ya Allah Ya Ghaffur Ya Rahim, engkau ampunilah segala dosa sahabatku ini, engkau cucuri rahmat ke atas ruhnya dan engkau berikan ganjaran di atas segala kebaikannya dengan anugerah syurga.



ALMARHUM
MEJAR ZAHABUDIN BIN KAHFI TUDM (BERSARA)
(MAC 2012)

Zahabuddin meninggal dunia pada bulan Mac 2012 akibat penyakit barah usus. Jawatan terakhirnya ialah KCM Rejimen TUDM, Bukit Jugra.



ALMARHUM
MEJAR KAMARUDIN BIN ALI TUDM
(7 DIS 2010)

 Allahyarham MEJAR KAMARUDIN BIN ALI TUDM merupakan salah seorang dari dua orang Pegawai Staf 2 (PS2) yang bertugas di bawah saya di Cawangan Pengurusan Kontrak, Bahagian Materiel, Markas TUDM.  Pada masa itu, saya bertugas sebagai PS1 KONTRAK iaitu  antara Oktober 2005 hingga April 2007. Beliau kemudiannya bertukar ke PESAMA (BOLP) sebelum ditukarkan ke PLKN Ledang sebagai Komandan Kem. Saya kurang pasti bila beliau bertukar ke PLKN.


Alllahyarham adalah bekas penuntut AFAT, Port Dickson dan pernah bertugas sebagai juruteknik sebelum ditauliahkan ke dalam TUDM pada tahun 1992.  Beliau meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan jalanraya di Lebuhraya PLUS pada 7 Disember 2010. Ketika saya dan isteri berada di Madinah kerana menunaikan Fardhu Haji.

Saya hanya mendapat tahu berita kematian beliau pada 17 Februari 2011, lebih 2 bulan selepas saya pulang dari tanah suci.  Itu pun secara kebetulan semasa saya berbual-bual dengan beberapa orang pegawai di PLPL Kinrara.

Semoga Allah melimpahi keampunan ke atas ruh almarhum.

Beliau yang dilahirkan pada 16 Sep 1968 meninggal dunia dalam usia 42 tahun meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. UCAPAN TAKZIAH UNTUK BALU DAN ANAK-ANAK ALLAHYARHAM.


ALMARHUM
LEFTENAN KOLONEL HAJI MAZLAN BIN DIN TUDM
(9 NOV 2009)

Sebelum ini, pada 9 November 2009, seorang lagi Pegawai Materiel TUDM yang juga sahabat baikku telah meninggal dunia semasa masih berkhidmat.  Beliau ialah Allahyarham LT KOL HJ MAZLAN BIN DIN TUDM (371542). Semasa meninggal, beliau menyandang jawatan Pegawai Staf 2 RANCANG SUMBER MANUSIA (MATERIEL) di Bahagian Sumber Manusia.    Beliau meninggal dunia pada usia 48 tahun  akibat serangan sakit jantung (Alcheimer Heart Disease) semasa dalam perjalanan dari rumah (married quarters PU KL) ke tempat kerja di KEMENTAH. 

Alhamdulillah, aku turut mengiringi jenazah allahyarham yang disolatkan di Masjid PU KL sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Malaysia Tambahan, Salak Selatan. Pengkebumian allahyarham diberi penghormatan terakhir (sword bearers) mengikut adat istiadat ketenteraan oleh para pegawai-pegawai TUDM.

Almarhum adalah seorang pegawai yang ramah, ringan tangan (mudah menolong), joker dan mudah berurusan.

Semoga Allah melimpahi keampunan ke atas ruh almarhum.


Di bawah adalah beberapa gambar sekitar pengkebumian ALMARHUM di tanah perkuburan Kampung Malaysia Tambahan. 

DSC02473 DSC02477 
jenazah disolatkan di Masjid PUKL

DSC02481
jenazah dikebumikan di tanah perkuburan islam Kg Malaysia Tambahan

Almarhum dilahirkan di Tapah, Perak pada tahun 1961 dan mula menyertai TUDM pada tahun 1982. Meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.  Dikalangan rakan-rakan, beliau adalah seorang yang sentiasa ceria dan suka berjenaka.  TAKZIAH UNTUK BALU DAN ANAK-ANAK ALMARHUM.



ALMARHUM

MEJAR ZULKIFLI BIN NOOR DIN TUDM
(25 OKT 2006)

Almarhum MEJAR ZULKEFLI BIN NOOR DIN TUDM (372483) meninggal dunia pada 25 Oktober 2006 setelah hampir 2 tahun menderita penyakit barah usus.  Almarhum semasa berpangkat Kapten TUDM pernah bertugas sebagai Pegawai Staf 3 (PS3) saya di SISMAT semasa saya berkhidmat sebagai PS1 SISMAT antara tahun 2004-2005.  Beliau adalah seorang yang bersifat pendiam dan merendah diri serta rajin melaksanakan tugasan yang diberi.  Allahyarham selalu mengikut aku menguruskan kursus-kursus OUM di merata tempat.

Beberapa minggu sebelum meninggal, aku sempat melawat beliau di wad Hospital UKM dan keadaan tubuh badannya amat menyedihkan. Tubuh beliau begitu kurus, tinggal tulang dan kulit sahaja- kalau buat bandingan mungkin seperti mangsa kebuluran di benua Afrika. Aku berusaha menahan titisan airmata dari melihat keadaan dan penderitaan yang beliau tanggung.

Semasa meninggal dunia  beliau telah berbangkat Mejar dan  berkhidmat sebagai PS2 di Markas Latihan dan Pendidikan Udara dan jenazahnya disemadikan di kampung kelahirannya di Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Beliau meninggalkan balu dan 3 orang anak. Beberapa minggu setelah peninggalan allahyarham, aku telah mengetuai beberapa personnel dari Bahagian Materiel membuat lawatan ke rumah keluarga allahyarham di K.Kangsar dan menyampaikan derma.

Semoga isteri dan anak-anak allahyarham tabah untuk meneruskan perjuangan hidup di dunia inidan mendoakan allahyarham supaya ruhnya dilimpahi keampunan dan rahmat.



ALMARHUM
KAPTEN BADRUL ZAMAN BIN SYED HASSAN TUDM
(2001)

Salah seorang pegawai Logistik yang meninggal dunia semasa berkhidmat (sepanjang aku dalam perkhidmatan) ialah Allahyarham Kapt Syed Badrul Zaman bin Syed Hassan TUDM. Aku tak berapa ingat tahun berapa beliau meninggal, kalau tak silap tahun 2001. Allahyarham meninggal dunia pada usia muda kerana serangan sakit jantung.  Jawatan terakhir ketika meninggal dunia ialah Pegawai Kenderaan PU Kuala Lumpur.

Memang mengejutkan, allahyarham bertubuh kecil dan aktif dalam sukan tidak disangka mengidap sakit jantung dan Allah mengambil nyawanya dalam usia yang masih muda.

Semoga Allah melimpahi keampunan ke atas ruh almarhum.



MAKLUMAT

Lain-lain pegawai Cawang Logistik/Bekalan/Materiel yang aku kenali yang telah pulang ke rahmatullah.
  • Almarhum Brig Jen (U) Dato Hj Mohd Tahir bin Abd Rahman (Bersara)
  • Almarhum Brig Jen Hj Abd Rahman bin Mohd Rais TUDM (Bersara) - merupakan APTU Materiel antara tahun 1993 hingga 1996.
  • Almarhum Gp Capt Ahmad Shah bin Hashim.
  • Almarhum Kol Hj Mohamed bin Awanglah TUDM (Bersara) - jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah Materiel.
  • Almarhum Kol Ishak bin Hj Mohamed TUDM - meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan di Moscow. Merupakan pegawai Materiel/Logistik pertama diberi kepercayaan menjadi DA.
  • Almarhum Lt Kol (U) Zali bin Shafie (Bersara)
  • Almarhum Lt Kol Hj Mohlisi bin Manap TUDM (Bersara) - jawatan terakhir ialah Ketua MATRA 2, Subang.
  • Almarhum Lt Kol Baharudin bin Sulaiman TUDM (Bersara) - jawatan terakhir ialah PS1 SISMAT.
  • Almarhum Lt Kol Ayub bin Taib TUDM (Bersara)
  • Almarhum Mej (U) Mohamed bin Hussein (Bersara)
  • Almarhum Mej Ithnain bin Hussein TUDM (Bersara)
  • Almarhum Mej Samsudin bin Sulaiman TUDM (B) - adalah KCL TUDM Kuching pada tahun 1981 ketika aku melapor ke unit tersebut (unit pertama dalam perkhidmatan) untuk menjawat jawatan Pegawai Pergerakan Udara.
  • Almarhum Mej Hj Nawi bin Ismail TUDM (B)
  • Almarhum Mej Hj Shahrudin bin Kulop Lambok TUDM (B)
  • Almarhum Mej Izham bin Tawab TUDM (B)
  • Almarhum Kapt Hassan bin Md Yatim TUDM (B)
  • Almarhum Lt (U) Bakhtiar.

AL FATIHAH



SEMOGA ALLAH BERI KEAMPUNAN KEPADA MEREKA  DAN ROH MEREKA DIHIMPUNKAN BERSAMA  RUH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN SOLEH. AMIN


Lain-lain:
  • Mendiang Kol (U) Loke Kok Lye (B)
  • Mendiang Mej Sen Gupta Jibon Kumar TUDM (B)



No comments:

Post a Comment