Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, November 30, 2013

AF 067: UPNM


U.P.N.M


 NATIONAL UNIVERSITY OF DEFENCE MALAYSIA 

Why I choose UPNM as my topic for today?  Couple of reasons:
  • I just came back from Port Dickson - attending a workshop organized by UPNM at Avillion Cove Resorts from 11 to 13th Jan 2012.  The workshop titled 'Towards the Development of UPNM Strategic Plan 2012-2015.
  • UPNM is a unique university (IPTA) in Malaysia.  Public university with military culture. University answerable to two ministries; Ministry of Higher Education (MHE) and Ministry of Defence (MinDef). 
  • The university is located in the military camp.
  • University with two category students- military cadets, fully sponsored by MinDef (with salary - not scholarship) and open (civilian) students like other local universities.
  • This is the university in this country led by (the Vice chancellor) Armed Forces officer.
  • I want to share the proud of the AirForce when the first Vice Chancellor of this university was the RMAF officer (Lt Gen Dato Ir Ismail bin Hj Samion TUDM).  It is a significant part of the RMAF and MAF history.
  • In future - UPNM will be the single provider for the Armed Forces officers (presently the Armed Forces employed the potential officers from various sources such as Kolej Tentera darat, Kolej Tentera Laut, Kolej Tentera Udara, Graduate Scheme

 

SEJARAH UPNM

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan Pusat Asasi Pertahanan dan 4 buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.



The Chancellor of UPNM is who ever holding the appointment of "Yang DiPertuan Agong Malaysia".  Currently the Pro-Chancellor of UPNM are:
  • Y.Bhg General Tan Sri Mohd Ghazali bin Dato Mohd Seth (R).
  • YMM Brig Jen Tunku Putri Intan Shafinaz binti Almustain Billahi Alhaj Tuanku Sultan Abdul Halim al Muadzam Shah.

1st Vice Chancellor:
Lt Jen Dato' Ir Ismail bin Hj Samion TUDM (10 Nov 2006 - 2009)



2nd Vice Chancellor:
Lt Jen Datuk Hj Zulkifli bin Zainal Abidin (2009 - 2011)



3rd Vice Chancellor:
Lt Jen Datuk Wira Allatif bin Mohd Noor (2011 - 2013)
.
.
4th Vice Chancellor:
Jen Tan Sri Datuk Hj Zulkifli bin Zainal Abidin (Jun 2013 -kini)

.



GALERI UPNM
 





















 



GRADUAN UPNM
PUNYA KEISTIMEWAAN 
DAN KEBANGGAN TERSENDIRI


PROGRAM YANG DITAWARKAN


Pusat Asasi Pertahanan
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi Pertahanan
  • Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan (Z0220)
  • Asasi Perubatan Pertahanan (Z0080)


Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
  • Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)


Fakulti Kejuruteraan
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) (ZK25)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) (ZK50)


Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
  • Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)


Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
  • Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)
  • Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45)

Syarat-syarat kemasukan sila rujuk ke sesawang http://www.upnm.edu.my/ 


BENGKEL TOWARDS THE DEVELOPMENT OF UPNM STRATEGIC PLAN 2012-2015
(11-13 Jan 2012)


Pada 11 hingga 13 Jan 2012 aku dan Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM (Pengarah PUSPEKA) telah dipilih mewakili organisasi TUDM (atas jemputan UTM) untuk menghadiri Bengkel 'Towards Development of UPNM Strategic Plan 2012-2015' di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Kami melapor (mendaftar) diri pada jam 1400H.  Selain kami, terdapat seorang wakil Markas ATM (Brig Gen Dato Mohd Sharany) dan dua wakil TLDM (Kept Ong T H dan Kept Syed Ahmad Hilmi).  Tiada wakil dari TD.

Bermula pada petang 111430H hingga 121300H kami diberikan taklimat berkaitan perkembangan semua elemen yang ada dalam UPNM yang dikategorikan di bawah tiga abhagian utama ( setiap satu diketuai oleh seorang Timbalan Naib Canselor); Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Industri/Pengantarabangsaan.  Taklimat lengkap termasuklah mengenai pembangunan pengajian, fakulti, pusat-pusat penyelidikan, pusat kecemerlangan, latihan ketenteraan, pembangunan prasarana dan sebagainya.

Walaupun baru berusia setahun jagung, masih mentah, bertatih, namum pencapaian yang ditunjukkan oleh UPNM dari segala aspek amat membanggakan.  Tidak dapat dinafikan, pelbagai masalah besar terpaksa diharungi oleh seluruh warga UPNM - khususnya kekurangan bajet, ketiadaan prasarana yang mencukupi, kawasan kampus yang amat terhad - namun kelihatan warga pengurusan UPNM berhati besar.

Terlalu banyak perkara baru dalam UPNM yang baru kami ketahui.  Pada petang 12 Jan 12, semua peserta bengkel telah dibahagikan kepada empat kumpulan utama untuk membincangkan Pelan Strategi UPNM untuk tahun 2012.  Resolusi yang diambil adalah berasaskan segala maklumat yang diperlolehi dari taklimat sebelum ini.

Cadangan dari setiap kumpulan bakal menjadi panduan kepada pihak pengurusan untuk bergerak dan menggerakkan UPNM ke arah menjadi sebuah universiti (IPTA) yang setanding dengan IPTA yang jauh lebih senior.

Pastinya penumpuanku selain ingin mengetahui kemampuan UPNM sebagai sebuah universiti yang unik dalam negara kita, ialah keupayaan pegawai ATM menerajui sebuah institusi akademik yang digelar sebagai 'menara gading'. Nyata, walaupun bukan seorang yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah, bukan seorang Professor, tidak pernah terlibat dalam kerjaya akademik (kecuali latihan ketenteraan), Naib Canselornya sejak dari yang pertama, Lt Jen Dato Ir Hj Ismail, Lt Jen Datuk Hj Zulkifli dan Lt Jen Dato' Wira Allatif bin Mohd Noor nyata telah menunjukkan kewibawaannya menguasai pentadbiran sebuah IPTA tidak rendah dari Naib-naib canselor IPTA yang lain.  TAHNIAH Dato' NC.

Appresiasi juga untuk Y.Bhg Dato Jesbil Singh (TNC - JI dan PK).

Selain dari Professor/Professor Madya dan pensyarah yang berkelayakan ijazah kedoktoran, ramai sekali bekas-bekas pegawai ATM yang kini bertugas sepenuh masa atau secara 'secondment' yang juga kelihatan amat berwibawa.  Nama-nama seperti Mej Jen Dato Dr Mohd Zain (Dekan), Brig Gen Prof Dr Suhaimi (Pen NC), Kol Prof dr Norazaman, Kept Prof Madya Zulkefly Radzi (Dekan), Lt Kol Prof Madya Ahmad Ghazali (Dekan), Lt Kol Prof Madya Mohd Ghani Madersah (CDRAT), Mej Dr Bibi Zarjaan, Lt Kol Prof Madya Khalid Abd Jalil TUDM dan lain-lain adalah setaraf dengan rakan-rakan academician mereka yang lain. SYABAS sahabat-sahabat.


Pastinya persoalan lain yang ditimbulkan, adakah mahasiswa UPNM (khususnya yang ditaja oleh ATM) mampu bersaing dengan mahasiswa 'awam' yang lain dari aspek akademik?  Mereka terpaksa menjalani latihan ketenteraan penuh, kerana mereka bakal diserapkan sebagai pegawai ATM sama ada Darat, Laut atau Udara.

Kita perbincangkan lagi nanti.
.


inilah anak-anak angkat UPNM aku yang dikenali melalui facebook 


Zamil Afiq bin Zulkifli (Navy)

Abdul Hafeez bin Abdullah Chek (Army)


Muhammad Haekal  bin Azman (Air Force)


Emma Emelia bt Barhath Ali (AirForce)


Siti Zubaidah bt Mohd Shukri (Air Force)

4 comments: