Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, May 17, 2019

AF 138: APPROACHING MY EXIT DOOR

SATU SEJARAH SINGKAT yang amat bermakna dalam kerjayaku sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia bermula pada 17 Dis 2019, apabila aku (tanpa ada perancangan rapi) diberi tanggungjawab untuk mengambil alih jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) dati MEJ JEN DATO' PAHLAWAN MOHD RAZIF BIN HJ IDRIS.


Mengambil alih tugas AKS LP pada 17 Dis 19

Tanpa dirancang dan tanpa diduga juga, Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang pada 21 Mac 2019 telah meluluskan kenaikan pangkat ke MEJAR JENERAL TUDM berkuat kuasa pada 9 APRIL 2019.


Penyempurnaan kenaikan pangkat Mej Jen TUDM pada 19 Apr 19 oleh Panglima Tentera Udara (berkuatkuasa mulai 9 Apr 19).

Waktunya semakin hampir.

TARIKH 17 Mei 2019 merupakan hari bekerja terakhir secara rasmi untukku.

Selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 573 pada 21 Mac 2019 yang telah meluluskan permohonanku untuk bersara wajib pada 22 Nov 2109.

Majlis juga meluluskan untuk aku bercuti mulai 21 Mei 2019 sebelum aku mula menjalani latihan peralihan mulai 22 Ogos hingga 21 Nov 2019.

Walaupun tarikh sebenar persaraan pada 22 Nov 2019, masih jauh, 6 bulan lagi, namun dengan kelayakan cuti dan latihan peralihan yang ada mengikut peraturan yang berkuatkuasa, aku harus meninggalkan pejabat sebelum hari pertama percutian pada 21 Mei 2019.

Tarikh ini telah diketahuai lama, namun kesibukan kerja harian sebagai AKS LP, aku sebenarnya kurang mengambil berat tarikh ini. aku mengabaikan kelayakan dan hak aku untuk mengikuti latihan-latihan pra-peralihan.

Pada tahun lepas (2018) aku mempunyai baki cuti selama 39 hari yang perlu dihabiskan, namun aku hanya berjaya menghabiskan selama 4 hari sahaja.

Tahun ini jumlah cuti yang perlu aku ambil (setelah mengambil kira cuti luput yang layak dibayar ganti) ialah sebanyak 121 hari. namun, atas keperluan perkhidmatan cuti tersebut telah diluluskan oleh majlis angkatan tentera (mat). maka aku hanya boleh mengambil cuti terakhir selama 90 hari sahaja mulai 21 Mei 2019.

Pada 16 Mei 2019, mengadakan Mesyuarat Bulanan AKS LP Siri ke 5/2019, iaitu mesyuarat terakhir untukku. Di akhir mesyuarat aku menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua staf yang pernah bertugas di bawah pentadbiranku semasa aku menyandang jawatan AKS LP dari 18 Dis 2018 hingga 20 Mei 2019.










Dua minggu sebelum tarikh ini aku telah mengatur siri kunjungan hormat ke atas kepimpinan tertinggi atm.





MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA DARAT, JENERAL DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI PADA 061000H MEI 2019.

Dato' Seri Ahmad Hasbullah adalah satu skot dengan aku semasa menjalani latihan Pegawai Kadet (TJP37) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson mulai 5 April 1980. Di penghujung tempoh latihan, beliau telah terpilih untuk menjalani latihan di Officers’ Cadet School, Portsea, Australia. Beliau merupakan skot TJP 37 yang paling tinggi pencapaiannya. Beliau dilantik mejadi PTD ke 27 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 3 sep 2018. Sebenarnya, inilah kali pertama aku dapat bertemu secara rasmi dan dapat berbual empat mata paling lama dengan beliau, lebih setengah jam. Perpisahan kami diakhiri dengan suasana sebak.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato' Seri untuk meneruskan kepimpinan Tentera Darat yang berwibawa dan dihormati dalam dan luar negara.
  






MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA LAUT, LAKSAMANA DATUK MOHAMMD REDZA BIN TAN SRI MOHD SANY PADA 
061130H MEI 2019.


Datuk Mohd Redza adalah anak kepada Panglima ATM ke 5 (almarhum Jeneral Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaffar). Beliau dilantik menjadi PTL ke 17 pada 30 Nov 2018. Perkenalan dengan Mohd Redza bermula pada tahun 2011 semasa beliau memegang jawatan Juruiring TLDM kepada almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, SPB Yang Dipertuan Agong XIV. Ketika aku bertugas sebagai Kolonel Bertugas (TUDM) di CPU PU Subang kerap juga bertemu beliau yang mengiringi almarhum Tuanku. Kebetulan beliau tinggal di OMQ bersebelahan dengan Surau Luqman Hakim Kem KEMENTAH – jadi selalu solat berjemaah di surau yang sama. 

Terima kasih Datuk. Semoga Datuk serta keluarga dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah swt. Insyaallah satu hari nanti Datuk akan mencapai sebagaimana almarhum ayahanda Datuk capai.














MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, LEFTENAN JENERAL DATO' SERI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM 
PADA 101200H MEI 2019.


Dato' Sri Ackbal bukan seseorang yang asing dengan aku. Kami mula berkenalan sejak tahun 1984 semasa beliau menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (FLIT) pesawat MB339A di PULATIBANG III, PU Kuantan. Ketika itu sama-sama berpangkat Leftenan Muda. 

Kerjaya beliau amat pantas. Pada tahun 2006 (23 tahun perkhidmatan) telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Pada tahun 2007 apabila beliau menyandang jawatan Panglima Logistik Udara, aku menjadi PS1 Pembaikan dan kemudiannya Ketua Staf.

Banyak (terlalu banyak) perkara dan pengalaman pahit dan manis yang kami kongsi bersama.  Beliau juga amat banyak membantu dan memberi dorongan serta semangat (terutama dalam tempoh aku menghadapi ujian getir) untuk aku meneruskan perkhidmatan sehingga mencapai kedudukan sekarang.

Masih teringat lagi, hari pertama Dato' Sri (semasa berpangkat Mejar) melapur ke MINDEF - baru pulang dari UK (tamat kursus ITPS) - terus mencari saya untuk menghadiahkan sehelai jeket kulit.

Terima kasih Dato' Sri. Saya tidak mungkin dapat melupai segala budi baik Dato' Sri hingga akhir hayat. Saya berdoa supaya ada ruang untuk Dato' Sri memimpin TUDM.
















MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN PADA 140930H MEI 2019.


Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (atau ZZA) mempunyai  kesah tersendiri dalam sejarah kepimpinan ATM. Aku tidak pernah bertemu (tidak mengenali) beliau sebelum beliau menjadi PAT. Laluan kerjayanya sebelum menjadi PAT melalui likuan berduri. Sebelum ini beliau pernah menjadi Naib Canselor UPNM (2008 - 2011), Panglima Tentera Darat (2011 - 2013) dan kembali menjadi Naib Canselor UPNM (2013 - 2018). Beliau telah memulakan percutian sebelum bersara pada 11 Mei 2019 tetapi atas keperluan perkhidmatan telah dipanggl semula untuk mengambil alih tugas PAT pada 20 Jun 2019.

Kali pertama bertemu setelah beliau menjadi PAT dan aku menjadi Ketua Pengarah Operasi Logistik (BLP) yang kerap mewakili AKS LP semasa mesyuarat dengan PAT. Tan Sri ZZA juga yang memberi jalan untuk aku mengambil alih jawatan AKS LP dan seterusnya mencadangkan kenaikan pangkat ke Mejar Jeneral. Kedudukan yang yang sebenarnya telah hilang dari impianku. Pertemuan singkat membawa rahmat dan berkat.

Semoga Allah memberkati kehidupan Tan Sri serta keluarga. 


PENASIHAT KETENTERAAN KANAN (PSK) KEPADA PAT, KOLONEL DR HJ ZAHIMI BIN ZAINOL ABIDIN






MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA LAUT, LAKSMANA MUDA DATUK HJ MOHD RIDZUAN BIN HAMZAH PADA 141000H MEI 2019.


Datuk Mohd Ridzuan melalui hujung kerjaya hampir sama seperti yang aku rasai. Kami agak rapat semasa sama-sama berpangkat Kolonel/Kepten- sama-sama terpinggi dari arus perdana perkhidmatan masing-masing. Ketika aku di KOMLEK beliau di BLP dan pernah berkursus di KNDU, Seoul bersama pada bulan Feb 2017.

Pada bulan Feb 18 beliau dinaikkan ke pangkat Laksmana Pertama untuk mengambil-alih tugas AKS Materiel di MTL dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda pada bulan Nov tahun yang sama.


MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA UDARA, BRIGEDIER JENERAL DATO' HJ MOHD YUNUS BIN 
MASJUKI TUDM PADA 141200H MEI 2019.

Dato' Dr Mohd Yunus merupakan pegawai TUDM yang pertama mendapat ijazah kedoktoran (PhD) semasa dalam perkhidmatan pada tahun 2003. Beliau menyertai Tim Projek Perolehan Pesawat SU-30MKM antara tahun 2004-2008 dan dinaikkan ke pangkat Kolonel pada tahun 2011 dan Brigedier Jeneral pada tahun 2015. Kini menjawat jawatan AKS Materiel di MTU yang juga Pengerusi Kor (Trade Master) Materiel TUDM.

Selain dari ijazah Kedoktoran, beliau turut memiliki tiga ijazah Sarjana (Master) iaitu Sarjana Perakaunan (UKM), Sarjana Sastera (Seni Ketenteraan) (Univ Alabama) dan Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan (UKM).

InsyaAllah dalam waktu terdekat, beliau akan maju setapak lagi seperti yang aku capai sekarang.








MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA STAF MARKAS ATM, LEFTENAN JENERAL DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN HJ MOHD OTHMAN TUDM 
PADA 150900H MEI 2019.


Dato' Kamalruzaman juga satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Kami juga sama-sama berkhidmat di PU Kuantan antara tahun 1983-1986. Ketika itu beliau sedang mengikuti kursus FLIT pesawat MB339A. Rumah sewa kami di Taman TAS juga berhampiran. 

Ketika beliau berkhidmat sebagai Panglima Logistik Udara mulai tahun 2010 (menggantikan Ackbal), aku masih menjadi Ketua Staf (Khidmat) sehingga beliau bertukar keluar pada tahun 2013.

Belaiu dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada tahun 2017 untuk menyandang jawatan Panglima Latihan dan Pendidikan Udara sebelum bertukar menjadi Ketua Staf MK ATM mulai bulan Okt 2018.









MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA UDARA, JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ AFFENDI BIN BUANG TUDM PADA 161100H MEI 2019

Tan Sri Affendi seorang yang berwatak simple dan bersahaja. Beliau ku kenali semasa beliau melapor diri ke SPK Port Dickson pada bulan Julai 1980. Beliau adalah skot TJP 38 - Batalion Kasturi. Tetapi waktu itu tidak rapat kerana masing-masing sibuk dengan survival diri masing-masing.

Kami bertemu semula di PU Kuantan apabila aku melapor diri pada tahun 1983. Beliau sedang menjalani kursus peralihan pesawat pejuang (FLIT) di PULATIBANG III. Beliau masih di Kuantan semasa aku bertukar keluar pada tahun 1986.

Perjalanan kerjaya beliau dalam tempoh 5 tahun terakhir sebelum menjadi PTU amat pantas. Dari jawatan Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais di MPOU (2011-2014), kemudian menjadi Panglima Angkatan Bersama (2014), Panglima Operasi Udara (2014-2015), Timbaan PTU (2015-2016) sebelum dilantik menjadi PTU pada bulan Dis 2016.

Semasa aku membuat kunjungan hormat ini, aku ada mengatakan sebegini:

"Tan Sri, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri di atas pengiktirafan yang saya terima di akhir perkhidmatan saya (merestui kenaikan pangkat). Saya menyandang pangkat Kolonel selama 9 tahun di bawah EMPAT 'PTU'. Tetapi di bawah kepimpinan Tan Sri saya menerima DUA KALI PANGKAT JENERAL". 

Beliau ketawa.

Semoga Tan Sri bakal menjadi PAT yang kedua dari TUDM.


SELANJUTNYA AKU MENGUNJUNGI RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DI MARKAS ATM. RAKAN YANG SAMA-SAMA MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANGLIMA-PANGLIMA (JPP), FORUM PTU DAN PELBAGAI JAWATAN KUASA DI PERINGKAT ATM.


KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN
BRIG JEN DATO' HJ CHAPITI BIN HJ RIDZUAN


Dato' Chapiti dikenali rapat kerana beliau adalah ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang istiqamah. Seorang pegawai kanan yang tenang, berilmu dan berintegriti. Bakal (pasti) akan mengambil alih Ketua Jurutera TD dalam masa terdekat.


AKS PERKHIDMATAN ANGGOTA
MEJ JEN DATO' HJ AZLAN BIN ABD RAHMAN


Dato' Azlan satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Sebelum dilantik menjadi AKSPA beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima 11 Briged, panglima Briged Sempadan, Pengarah Infantri dan Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat TD.

Saya doakan, InsyaAllah, Dato' Azlan akan mencapai BINTANG yang ketiganya.


AKS KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN
LAKSDA HJ SHAMSUDIN BIN HJ LODIN


Laksda Samsudin dikenali sebagai ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang aktif dan istiqamah, Beliau masih muda dan dilihat sebagai pemimpin pelapis untuk mewarisi kepimpinan TLDM di dekad ke 3 Alaf baru. Semoga beliau bersabar dan tabah dengan ujian yang bakal dilalui dalam perjalanan menuju ke puncak.


AKS OPERASI LATIHAN PERTAHANAN
MEJ JEN DATO' TENGKU MUHAMMAD FAUZI BIN TENGKU IBRAHIM


Datuk Tengku Muhammad Fauzi sebelum ini adalah Panglima 10 Briged Para. Seorang pegawai tinggi TD yang tenang dan berwisdom.  Berdasarkan perkenalan dalam tempoh singkat di MK ATM, aku menjangkakan beliau akan meningkat lebih tinggi lagi. Setidak-tidaknya sebagai PTD. Saya doakan.

Menerima cenderahati dari pembantu peribadi Kpl Amirul

Kunjungan hormat seterusnya ialah:


Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Hj Abd Malik bin Amid
(21 Mei 2019)


Pengarah Kor Ordnans Diraja, Brig Jen Hj Azlan bin Abu Bakar
(21 Mei 2019)


Pengarah Materiel TUDM, Kol Kamarudin bin Kassim TUDM
(21 Mei 2019)


Mantan AKS LP, Lt Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Idris
(21 Mei 2019)


AKS LP yang baru, Mej Jen Dato' Hj Hasim bin Hj Jabar


Panglima Bantuan Udara, Mej jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM
(30 Mei 2019)


Ketua Staf Sistem Markas Pemerintahan Bantuan Udara,
Brig Jen Ir Mohd Razif bin Hj Idris TUDM
(30 Mei 2019)


Ketua Cawang Materiel PU Kuala Lumpur
Lt Kol Rohaizad bin Md Dom TUDM (30 Mei 2019)

 

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (30 Mei 2019)



Brig Jen Hj Muhamamd Shafiq bin Hj Jahudi (31 Mei 2019)


Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM (31 Mei 2019)

Pada 29 Mei 2019 adalah hari bersejarah bagiku kerana pada tarikh itu, aku menyerahkan tugas dan tongkat kuasa jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) kepada MEJ JEN DATO' HJ HASIM BIN HJ JABAR.



MINGGU PERTAMA DI SPK, PORT DICKSON

LANGKAH DARI PENYESALAN

DERUAN ANGIN MALAM
DEBURAN  OMBAK PANTAI PORT DICKSON
MEMECAH KESUNYIAN MALAM
TIDAK MAMPU MEMBERI KETENANGAN
TIDAK MAMPU MENGUBAT RINDU
TIDAK MAMPU MENGEMBALIKAN KEBEBASAN

TERBAYANG KEGEMBIRAAN BERSAMA ADIK-ADIK
TERBAYANG KEBEBASAN BERLIBUR BERSAMA KAWAN SEKAMPUNG
TERBAYANG MASAKAN IBU
TERBAYANG HERDIKAN AYAH KERANA KENAKALANKU

SAKIT-SAKIT SEGALA TUBUH BADANKU
SENGAL SELURUH OTOTKU
CALAR BALAR TUBUHKU

PEDIH PECAH TAPAK KAKIKU
HANCUR LULUH HATIKU
MENGAPA AKU ADA DI SINI
UNTUK APA AKU KE SINI

INGIN SAJA AKU BANGKIT DARI CAPOIKU
MENYUSUP DI CELAH-CELAH SAMUN
MENAHAN LORI MALAM
LARI KEMBALI KE DESAKU

AHHHH... MANA BOLE AKU BEGITU
KEMANA HARUS AKU TUJU
SUDIKAH AYAH KU MENERIMAKU SEBAGAI PELARIAN
SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA

AHHH..TAK MUNGKIN AKU LAKUKAN
MALU AKU KEPADA SELURUH WARGA KAMPUNGKU
WAKTU AKU MENINGGALKAN MEREKA DAHULU
JANJIKU UNTUK MENGHARUNG APA JUA HALANGAN
JANJIKU UNTUK MEMBELA KELUARGA
JANJIKU UNTUK MENJADI LEFTENAN MUDA

AKU TIDAK SELEMAH ITU
AKU TIDAK PONDAN
AKU BUKAN MAT JENIN

TERUSKAN CITA-CITAMU
HARUNGI CABARANMU
BUKTIKAN KEGAGAHANMU
TUNJUKKAN KECEKALANMU

TAMATKAN LARIANMU

SAHABAT-SAHABATKU

SAMPAI WAKTU, KITA AKAN PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI

USAH DISIMPAN KATA-KATA KEMAAFAN
KERANA DI AKHIRAT MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN

ANDAI SUATU KETIKA NANTI
TERDENGAR BERITA DUKA
DIRI INI TERLANTAR TIADA DAYA
ATAU TERPISAH JASAD DAN NYAWA
ZIARAHLAH JIKA MAMPU DIRI
ATAU DOALAH KEPADA ILAHI

HARI INI KULAMBAIKAN TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA MEDAN GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA ANGKASA
SELAMAT TINGGAL PARA BINTARA
SELAMAT TINGGAL PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA

Image result for poster ayat lain syakartum


Saturday, April 13, 2019

AF 137: BLACK AND WHITE NIGHT

MALAM SANJUNGAN BUDI
JASAMU DIKENANG
(FAREWELL DINNER) 
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
27 JULAI 2019
HOTEL TAMU, JALAN RAJA ALANG, KUALA LUMPUR


Saudara dan saudari Pengacara Majlis,

Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM,
Kept Hj Satria Sarawak bin Hj Jais TLDM dan isteri,
Kol Abdul Hafiz bin Ahmad dan isteri, 
Pegawai-pegawai kanan, saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian.

Syukur alhamdulillah, setinggi-tinggi terima kasih kepada warga BLP yang telah telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang untuk saya dan isteri pada malam ini. 

Secara peribadi, saya merasa bahawa saya tidak layak menerima majlis penghargaan ini kerana saya menyedari bahawa tempoh saya di BLP amatlah singkat dan sumbangan saya juga amat sedikit.

Saya amat beruntung kerana dapat bertemu dan berkenalan dengan saudara-saudari di tahun dan jawatan terakhir saya dalam perkhidmatan.  Kerana sebagai manusia biasa, perkara yang terkini itulah yang paling senang diingati (recency effect).  Tempoh setahun perkhidmatan saya di BLP mencatat sejarah tersendiri dalam riwayat hidup saya.

Pertukaran saya ke BLP yang berkuatkuasa pada 9 April 2018 untuk mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik (KPOL) dari Brig Jen Dato' Hj Rodzuan TUDM telah membolehkan saya dinaikkkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM. Namun saya hanya mengambil alih tugas pada 15 Mei kerana Dato Rodzuan terlibat secara langsung dengan penganjuran DSA 2018 di PWTC.

Kebetulan, sejak hari pertama saya mengambil alih tugas, saya telah diberikan pelbagai tugasan utama mewakili AKS Logistik Pertahanan (AKS LP) kerana Mej Jen Dato' Mohd Razif telah mula memberi perhatian kepada aktiviti membuat persediaan kepada persaraannya kerana beliau akan memulakan cuti pra-persaraan pada 17 Disember 2018. Peluang ini memberikan saya peluang untuk belajar dengan lebih cepat kerana ia melibatkan pengurusan tertinggi ATM. Peluang ini juga memberi ruang kepada saya untuk mengenali lebih rapat barisan kepimpinan tertinggi ATM seperti PAT, KS MK ATM serta Panglima-Panglima Perkhidmatan kerana sebagai AKS LP (atau wakilnya) adalah ahli tetap atau ahli jemputan kepada mesyuarat-mesyuarat berikut:

(1)   Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ATM.
(2)   Forum Panglima Angkatan Tentera.
(3)   Jawatankuasa Keupayaan dan Operasi Ketenteraan (JKOKK)
(4)   Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) ATM
(5)   Jawatankuasa Kecemerlangan Inovasi (JKKI) ATM
(6)   Jawatankuasa Kerja (JKK) JPP
(7)   Forum Ketua Staf (KS) MK ATM
(8)   Jawatankuasa Pengurusan kewangan dan Aset (JPKA).
(9)   Jawatankuasa EKSA ATM
(10) Jawatankuasa Spesifikasi Pertahanan (JSP) ATM.

dan pebagai mesyuarat penting lagi.

Saya juga amat bertuah dan berterima kasih kerana mempunyai dua orang Pengarah (PDL dan PPBL) yang dedikasi yang telah membantu saya untuk memahami peranan dan tanggungjawab BLP dengan lebih pantas dan seterusnya membolehkan saya  memberikan pendapat dan pandangan untuk menambahbaik sistem kerja di BLP.

Saya sedar, dalam tempoh yang singkat, 7 bulan sebagai KPOL dan 5 bulan sebagai AKS LP, saya tidak mampu membuat perubahan besar dalam sebuah organisasi seperti BLP ini. Namun, dengan semangat kerjasama serta sokongan padu yang diberikan oleh semua staf, saya berpeluang melaksanakan beberapa pembaharuan, yang saya yakini boleh memberikan manfaat kepada organisasi, antaranya:

(1)   Mesyuarat atau Forum Bulanan AKS LP 
(2)   Pelaksanaan dan Pemantauan KPI BLP.

Semasa Retreat ATM yang berlangsung pada 14 hingga 16 Januari 2019 di Lembah Temir Resorts, pihak kepimpinan tertinggi ATM telah memperakui beberapa cadangan Transformasi BLP seperti berikut:

(1)   Cadangan Penstrukturan Semula Organisasi BLP.
(2)   Penubuhan Lembaga Penerimaan Aset
(3)   Penubuhan Depot dan Sistem Perakaunan MK ATM.
(4)   Penstrukturan Sistem Pengurusan Fleet dan Senggaraan Kenderaan.
(5)   Mewujudkan Arahan Proses Perolehan MK ATM.
(6)   Kertas Kerja Sistem Informasi Logistik (SISLOG).

Alhamdulillah, sebelum saya meninggalkan pejabat, perkara ke 5, iaitu Proses Perolehan Berpusat untuk MK ATM yang diuruskan oleh BLP telah berjaya dilaksanakan. Manakala Perkara No 6, Kertas Kerja SISLOG telah diluluskan oleh JPP. 

Dalam tempoh yang begitu singkat, saya mempunyai hak untuk berbangga dengan pencapaian ini. Dan, iaianya tak mungkin tercapai jika tiada komitmen dari saudara-saudari.

Saya amat berharap, baki perancangan transformasi kita yang masih belum dilaksanakana akan dapat diteruskan. Kita harus terus berfikiran dinamik, berfikiran terbuka dan kreatif serta sentiasa berusaha menambahbaik sistem kerja kita. 









Seperti mana yang saya sebutkan di awal tadi, ketika saya ditukarkan masuk ke BLP, tempoh perkhidmatan aktif saya tinggal hanya setahun. Fokus saya hanya untuk menghabiskan tempoh perkhidmatan tersebut di BLP diikuti oleh cuti dan latihan peralihan.

Saya sedar, ramai yang berdoa untuk saya. Walaupun kelihatan seperti tiada harapan, tapi di antara ramai insan yang berdoa itu, salah seorang darinya telah dimaqbulkan Allah swt.

Rupanya, TUAH saya di BLP tidak terhenti setakat itu.

Alhamdulillah di penghujung perjalanan kerjaya saya, Allah telah memberikan satu lagi ujian dengan memberikan pangkat yang tidak termasuk dalam agenda kerjaya saya, malah sudah terpadam dari senarai cita-cita saya.

Sedikit ingatan dan nasihat dari saya untuk dijadikan panduan dalam memelayari kehidupan dan kerjaya;

(1)  berkerja besungguh dengan ikhlas dan penuh integriti.

(2)  jauhi hasad dengki dalam mengejar cita-cita, sebaliknya perlu sokong menyokong dan berbangga dengan pencapaian sahabat kita.

(3)  tenang dan sabar dalam membuat keputusan. 

(4)  jangan seronok dipuja dan disanjung kerana ia akan membinasakan kita.

Terima kasih semua, di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat sebagai KPOL dan AKS LP.  Saya doakan agar saudara-saudari serta ahli keluarga semua sukses serta diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Saya bagi pihak diri saya dan isteri saya, sekirannya ada apa jua perkara dari kami yang tidak dapat diterima atau menyinggung perasaan saudara-saudari, dengan rasa hina dan rendah diri memohon agar maafkan kami, halalkan makan minum kami semoga dapat kami tinggalkan keluarga ini dengan jiwa yang bersih.

SEKIAN, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

































































STAF BLP DALAM KENANGAN

SEBAGAI REKOD, BERIKUT ADALAH STAF BLP YANG PERNAH BERKHIDMAT DI BAWAH SAYA DARI MEI 2018 HINGGA MEI 2019:

(1)   BRIG JEN MOHAMAD SHUAIRI BIN ABDULLAH - KPOL (MULAI APR 2018)
(2)   KOL EZANI BIN ABDULLAH - PDL (HINGGA JUL 2018) - bersara Mej Jen, Dato.
(3)   KEPT HJ SATRIA SARAWAK BIN HJ JAIS TLDM - bersara Laksamana Muda
(4)   KOL ABDUL HAFIZ BIN AHMAD - PDL (MULAI JULAI 2018) = Mej Jen, Dato'.
(5)   KDR SHAHRIR BIN AHMAD TLDM - PS1 SKL (HINGGA OKT 2018)
(6)   KDR SHAMSUL AMERY BIN ZAINUDDIN - PS1 SKL (MULAI OKT 2018)
(7)   KDR DR HALIZA BINTI MOHD ZAHARI TLDM - PS1 PB(HINGGA DIS 2018)
(8)   KDR MOHD ZULKEFLI BIN MOHAMOOD TLDM - PS1 PB - bersara Kepten
(9)   LT KOL HISHAMUDDIN BIN A. RAHIM - PS1 KHIDMAT (MULAI JUL 2018)
(10) LT KOL ADNAN BIN ABU HASSAN - PS1 KEJURUTERAAN (HINGGA OKT 2018) - bersara Brig Jen.
(11) LT KOL ZULKARNAIN BIN HJ ZABIL - PS1 KEJURUTERAAN (MULAI DIS 2018).
(12) LT KOL HAYAZI BIN GHAZALEE TUDM - PS1 PENYAMAAN (HINGGA JULAI 2018) - MENINGGAL DUNIA JAN 2019)
(13) LT KOL MUHAMMAD HOOD BIN ELIAS TUDM - PS1 PENYAMAAN (MULAI JUL 2018) - Kol TUDM
(14) LT KOL MOHD ISA BIN ABD WAHAB TUDM - PS1 MATERIEL.
(15) LT KOL HJH MARIAM BINTI MUT - PS1 SKL (ILS)
(17) MEJ HISHAM BIN ISMAIL - PS2 TADBIR DAN KOORDINASI - Lt Kol
(18) MEJ WAZIRUDIN BIN MAHBOT - PS2 RAN OPS
(19) MEJ RAHMAT BIN SABUKI - PS2 BANTUAN (HINGGA MAC 2019) - Lt Kol
(20) MEJ SHAHRUL AZRIN BIN NORANGNAN - PS2 BANTUAN
(21) MEJ MAWARNI BINTI ABDULLAH - PS2 SKL (DATA LOG) - Lt Kol
(22) MEJ AZIS BIN MASJAK - PS2 SENGGARAAN (HINGGA OKT 2018)
(23) MEJ ZULKEFLAY BIN JAMAHARI - PS2 SENGGARAAN (OKT 18 HINGGA MAC 2019) - Lt Kol
(24) LT KDR FAKHRUN DIYANA - PS2 SKL (KEJ) - HINGGA DIS 2018).
(25) LT KDR NURUL 'AIN BINTI ALI - PS2 SKL (KEJ) -MULAI JAN 2018)
(26) LT KDR MAHAZEAN BINTI MAT LAWI - PS2 SKL (SISTEM).
(27) MEJ RAFI BIN ISMAIL TUDM - PS2 SKALA (HINGGA JUL 2018)
(28) MEJ ERWIN KHUSAIRIE BIN ABDUL GHANI TUDM -PS2 SKALA (MULAI JUL 2018) - meninggal dunia 2020.
(29) MEJ MUSTAZA BIN MOHAMED ADNAN TUDM - PS2 KEWANGAN
(30) MEJ JAUHARI @ JOE BIN KARDI TUDM - PS2 ASET DAN MATERIEL - Lt Kol TUDM
(31) MEJ SHADOM BIN ABU BAKAR TUDM -PS2 BEKALAN (HINGGA APR 2019) - Lt Kol TUDM.
(31) MEJ SAMSUL IRWAN BIN SUHIMI TUDM - PS2 KEJ
(32) MEJ AZMAN BIN CHE MOHD SALLEH TUDM - PS2 RAN PEMB
(33) KAPT ABDUL HAFIZ BIN ABDUL HAMID - PS2 KOORD
(34) KAPT SHARIFAH PUTERI YUNALIS BINTI SYED HAZAM - PS2 PENGANGKUTAN  
(35) KAPT AZRUL BIN ARIFFIN - PS2 PEMERIKSAAN
(36) LT SITI FATIMAH BINTI MOHD ALI - PS2 BANTUAN
(37) SSJN SITI KHATIZAH BINTI ANEH
(38) BK PNK MOHD FADHIL BIN ABD GHANI
(39) SJN AHMAD FARHAN BIN AHMAD = ditauliahkan ke Lt (PKW)
(40) SJN ZAIFIS HASRA BIN ZAINUDIN
(41) SJN NOR HAYTI BINTI ZUHARI
(42) SJN ANAS BIN IDRIS
(43) SJN U ROSASILAWATI BINTI IBRAHIM
(44) KPL MOHD SHAHIRUDIN BIN MOHD NOR
(45) KPL MOHD RAZEE BIN SAAD
(46) KPL MOHAMED HAIRI BIN MOHD NOOR
(47) KPL NOOR ERZAWANY BINTI MOHD YUSOF
(48) KPL NORA FASYA BINTI NURDIN
(49) KPL SITI NOOR FAZILAH BINTI HJ HAIROL ANUAR
(50) KPL MOHD HANIF BIN HILMI
(51) KPL AMALINA BINTI IBRAHIM
(52) KPL MUHAMMD IQBAL BIN ISMAT
(53) KPL AINOL BIN AHMAD
(54) KPL U AMIRUL AZMI BIN LAMRI - Pembantu Peribadi Tentera
(55) KPL U ZAPLIN BIN JUB - Pemandu Peribadi
(56) LKPL AIMI SYAFAWATI BINTI RUSLI
(57) LKPL NUR SYAZLIN BINTI ABDULLAH
(58) LKPL NUR ASHIKIN BINTI MIOR ALI
(59) LUK MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD MUSTAFFA 
(60) PUAN NOR ALIA BINTI ZAKARIA - Pembantu Peribadi