Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, September 10, 2016

MIL 099 : MAKTAB TENTERA DIRAJA

Logo Royal Military College.png
.
  
  


Semasa di sekolah menengah, aku sememangnya bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD). Tetapi keadaan persekitaran di masa itu seperti tiada galakkan dari aspek kerjaya, tiada penekanan ke atas Bahasa Inggeris menyebabkan cita-cita tersebut terbantut begitu sahaja. Selepas SRP (1974) setelah gagal untuk mencapai impian ke MTD aku mencuba pula memohon ke SPPAT (AFATS) namun gagal juga semasa ujian pemilihan di Port Dickson.

Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC mempunyai keunikan tersendiri. Ia bukan sahaja Akademi ketenteraan yang ulung di negara kita bahkan satu-satunya sekolah berasrama penuh yang melaksanakan ciri ketenteraan yang tunggal di negara ini. Ia mempunyai emej atau prestij tersendiri berbanding dengan Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SMBP) yang lain.



Image result for maktab tentera sungai besi

Ia tidak seperti RMA Sandhurst di UK, tidak seperti OCS Portsea di Australia, tidak seperti USMA di West Point di USA atau pun RMIC Dehradun, India. MTD (RMC) merupakan kombinasi sekolah menengah tentera dan juga pusat latihan pegawai tentera.

Bagaimanapun setelah wujudnya Akademi Angkatan Tentera Malaysia (ATMA) pada tahun 1995 dan kemudiannya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2006, ciri MTD sebagai akademi untuk melath pegawai ATM sudah beransur hilang. MTD hanya memberikan fokus kepada pendidikan menengah untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja.


Walaupun pada suatu ketika dulu, MTD pernah membuat pengambilan pelajar Tingkatan 1, ianya hanya berjalan beberapa tahun sebelum dihentikan.


Image result for maktab tentera diraja


Kampus MTD terletak di lokasi bernama Bukit Belimbing dalam Kem Sungai Besi yang jaraknya kira-kira 16km dari Bandaraya Kuala Lumpur.  Dikelelilingi oleh pemandangan indah tasik The Mines Resort dan Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil.

Ia terletak bersebelahan dengan kampus UPNM. Penuntut MTD dikenali sebagai Putera (Prince), manakala bekas pelajar (Alumni) MTD dipanggil Old Putera (OP).



  


SEJARAH MTD

Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre yang terdiri daripada dua Cawangan iaitu:

1.   Pre Officer Cadet Training Unit atau Pre-OCTU (melatih Pegawai Kadet untuk ketiga-tiga perkhidmatan ATM).

2.   Boys Company (pendidikan peringkat menengah Tingkatan 4 dan 5)


MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000 permohonan untuk mengikuti pengajian.   Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer.

Image result for sir gerald templer
Field Marshall Tun Sir Gerald Templer

Pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan dari Port Dickson ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 1966, FMC telah menerima anugera DiRaja dan nama FMC  ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau Royal Military College (RMC). Perbarisan menerima menerima anugerah Panji DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah dilaksanakan pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka.




Semasa berpindah dari Port Dickson, pada waktu itu, MTD terdiri daripada dua Divisyen iaitu:

1.   Divisyen Kadet (untuk melatih Pegawai Kadet ATM (Fasa 2) yang telah lulus latihan Fasa 1, YLPPK (Pre-OCTU), Port Dickson)

2.   Divisyen Putera mengekalkan fungsi sebagai Boys Company.

Pada tahun 1987, apabila setiap perkhidmatan TD, TLDM dan TUDM mempunyai pusat latihan (Sekolah) Pegawai Kadet masing-masing, Divisyen Kadet di MTD bertukar menjadi Sekolah Pegawai Kadet Tentera Darat.

Pada tahun 1995, Divisyen Kadet (SPK Tentera Darat) telah dipindahkan ke Kem Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat.

Pada awal tahun 2014, MTD sekali lagi melakar sejarah apabila institusi ini berpindah ke bangunan barunya di Bukit Belimbing, Balakong (masih dalam kawasan Kem Sungai Besi).

Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD 2013 untuk seramai 243 Putera yang menamatkan pengajian Tingkatan 5 pada 8 Jan 2014 telah meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi mereka kerana menjadi kumpulan terakhir sebelum MTD beroperasi di kampus baharu.



Image result for maktab tentera diraja bangunan baru



FASA PEMBANGUNAN MTD
  
Lima (5) fasa penting perkembangan Maktab Tentera Diraja ini.

Fasa Pertama:

Gagasan idea Field Marshal Sir Gerald Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu, menubuhkan Federation Military College (FMC) pada Ogos 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Fasa Ke2:

Bermula apabila FMC berpindah ke kampus baharu di Kem Perdana Sungai Besi pada April 1961."

Fasa Ke3:

Nama FMC diubah menjadi MTD pada tahun 1966 apabila Maktab ini diberikan status "Diraja". Pengishtiharan bersejarah itu dibuat bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Jangka Tetap yang Kesembilan,

Fasa Ke4:

Berlaku pada tahun 1995 apabila Pemisahan Cawangan Kadet yang berpindah ke Ulu Tiram, Johor bagi membolehkan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA). Cawangan Putera terus kekal di bawah penyeliaan MTD dan diletakan di bawah pentadbiran Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Fasa ke 5 (terakhir):

Perpindahan kampus MTD ke kompleks bangunan baru di Bukit Belimbing.
(Rujuk Ucapan Komandan MTD pada 8 Jan 16)


Image result for maktab tentera sungai besi  
  

Maktab Tentera Di-Raja (Bahasa Inggeris: Royal Military College) lebih dikenali dengan nama singkatan "MTD" atau "RMC". Selain itu, MTD juga kadangkala dikenali sebagai "Akademi Tentera Sandhurst Malaysia" dan "The Sitesis Eton-Sandhurst" merupakan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Kawasan kampus MTD yang meliputi kawasan berbukit hijau seluas 1,200 ekar ini terletak di Sungai Besi, kira-kira 10 batu dari bandar raya Kuala Lumpur. Dikelilingi pemandangan indah dari The Mines Resort, dan Stadium Nasional Bukit Jalil manjadikan keadaan kampus ini damai. Pelajar RMC dikenali sebagai Putera, manakala bekas pelajar pula dipanggil Old Putera. Istilah "Putera" diberikan kerana status Diraja RMC. Walaupun mereka telah mencapai kedudukan yang tinggi di pelbagai organisasi, mereka tetap bangga dipanggil dengan gelaran ex-Boy.

Lagu (Anthem) MTD berjodol Berkhidmat Memimpin.

BERKHIDMAT MEMIMPIN

Berkhidmat Memimpin Cogan Yang Mulia
Maktab Tentera Diraja Yang Ternama

Putera-putera Sentiasa Bersama
Menjunjung Harapan Nusa dan Bangsa

Menuntut Ilmu Tekun Usaha
Bersukan Ukir Daya Sejahtera

Menuntut Ilmu Tekun Usaha
Bersukan Ukir Daya Sejahtera

Berdikari Amalan Yang Terpuja
Memupuk Semangat Wira Waja





as  

Image result for maktab tentera diraja bangunan baru  




SUSUNAN PANGKAT PUTERA 

Within the College, each Putera belongs to one of eight Companies. They are:

1.   Alpha (navy blue)
2.   Bravo (yellow)
3.   Charlie (green)
4.   Delta (red)
5.   Echo (black)
6.   Foxtrot (maroon)
7.   Golf (orange)
8.   Hotel (blue)

The SUO is responsible for all aspects of the Puteras under his command, and is the highest ranking Putera in the Company. The three JUOs, covering the General, Administration and Quartering billets of the Company, are equal in terms of rank and assist the SUO in the running of the Company on a day-to-day basis. All Under Officers are entitled to a private bunk each, and SUO's are also entitled to have their meals at the High Table in the Mess Hall. SUO's also carry swagger stick and don Sam Browne belt during official parade (except Passing Out Parade).

Every Company is led by one Senior Under Officer (SUO) and assisted by three Junior Under Officers (JUOs), who are fourth year Puteras appointed by the College administration. The terms SUO and JUO are a throwback to the traditions of the Royal Military Academy at Sandhurst, where such titles are still in use today for senior rankholders. Fourth year Puteras who are not rankholders are entitled to be referred to as Senior Puteras (SP).


All Companies have four senior rankholders and five junior rankholders.


Image result for maktab tentera sungai besi

SUO's lead their Company at all Parades and are the main liaisons between the military administration and the Puteras under his care. SUOs and JUOs are also subject to the authority of the Company's commissioned officers and instructors, and play a role in the selection of junior rankholders.

Rank is denoted by slip-on shoulder epaulettes and is worn on all uniforms except the Mosque Order (traditional Malay dress) and the Planters' Order (formal blazer and College tie dress). Prior to 1997, these slip-on epaulettes were only worn by the senior and junior rankholders, and its use was accompanied by a metallic shoulder title, bearing the name Maktab Tentera Diraja underneath the rank insignia on the epaulette.

In 1997, this rank insignia structure was amended to bring it in line with the Officer Cadet rank insignia in use at the Army College (KTD,Kolej Tentera Darat) and the then-newly established Malaysian Armed Forces Academy (ATMA, Akademi Angkatan Tentera Malaysia). The main difference between an Officer Cadet rank insignia and the Putera rank insignia is the color of the insignia; the bars, knots and chevrons on an Officer Cadet rank are white in color, while the same on a Putera rank is royal yellow in color.

An SUO's rank insignia consists of four horizontal bars (one bar for each year of study at the College) with an Austrian knot and chevron pointing upwards underneath the knot, on a dark green epaulette.

A JUO's rank insignia is identical to the SUO's, except that there is no chevron underneath the Austrian knot.

The letters MTD (acronym of the College's Malay name, Maktab Tentera Diraja) are also emblazoned in royal yellow at the bottom edge of the epaulette for both ranks.

Junior rankholders on the other hand are understudies for the senior rankholder posts and are invested with similar authority with senior rankholders. Nevertheless, all actions of junior rankholders are subject to review by the senior rankholders and the College administration.

Putera Sergeants (P/SGT) are normally appointed from the third year Puteras in the first quarter of the academic year, and they are further promoted to Acting Senior Under Officer (A/SUO) and Acting Junior Under Officer (A/JUO) ranks by the third quarter of the academic year to allow for the gradual takeover of the Company from the graduating seniors.

A P/SGT's rank insignia consists of three horizontal bars and three chevrons pointing downwards. An A/SUO's rank insignia consists of three horizontal bars and a bright red Austrian knot and chevron pointing upwards underneath the knot. An A/JUO's rank insignia is identical to the A/SUO's, except that there is no chevron underneath the Austrian knot. The letters MTD (acronym of the College's Malay name, Maktab Tentera Diraja) are in royal yellow at the bottom edge of the epaulette for all three ranks.

P/SGTs, A/SUOs and A/JUOs are not entitled to any privileges accorded to the senior rankholders.

As of 2009, new epaulette were introduced for the Puteras following the changes in intakes from Form 2 to Form 4 in the year 2006. The first year Puteras (or New boys) initially wears a pair of epaulettes having only one yellow horizontal bar above the MTD acronym. Later on, some of the Puteras who are promoted to A.P/SGT wears a pair of epaulettes consists of one red horizontal bar above the MTD acronym and three red chevrons pointing downwards. The A.P/SGT are the Puteras that will take up the senior ranks of the Company in the following year.

As of 2014, two new ranks were formed; Putera Commander (P/CO) and Putera Regimental Sergeant Major (P/RSM). After the selection of rank holders at the beginning of each year, they will be given a 3-month probationary period. In the month of April, one SUO will be promoted to P/CO and one P/SGT will be promoted to P/RSM.

maktab tentera diraja  
Image result for maktab tentera sungai besi  


  
TAHUN 80an HINGGA 1996

  
TAHUN 1997 HINGGA 2009

TAHUN 1998 HINGGA KINI


TRADISI DAN AMALAN

Normally, after their Passing Out Parade, OPs will get their class ring (or also known as OP ring) as a sign that they have graduated from the college and to commemorate their time in the college. The tradition was influenced by the similar tradition practiced by Royal Military Academy Sandhurst which was introduced by British administrators during the college's early days.

Furthermore, OPs wear their college's green tie every Wednesday. This makes it easier for OPs to recognize each other, regardless of generations, race and religion.

Salah satu antara syarat tradisi, pegawai ATM yang dilantik menjadi Komandan MTD mestilah terdiri dari kalangan OP.


SENARAI KOMANDAN MTD

1.   Lt Col C. Mahoney OBE MC (1953 - 1955)
2.   Lt Col P.A.C. Don DSO (1956 - 1958)
3.   Lt Col R.D.L King (1959 - 1961)
4.   Lt Col J.W. Pearson (1962 - 1964)
5.   Lt Col D.W. Grove DSO (1965 - 1967)
6.   Kol Abdul Jamil bin Ahmad - RAMD (1967 - 1968) - Allahyarham Lt Jen (B) Dato'
7.   Kol Jaafar bin Onn - KAD (1968 - 1970)  - allahyarham Lt Jen (B) Dato'
8.   Kol Syed Hamzah bin Syed Abu Bakar - RAMD (1970 - 1972) - Brig Jen (B) Dato'
9.   Kol Baharudin bin Md Diah -  (1973 - 1974) - Kol (B)
10.  Kol Nik Mahmood Fakharuddin bin Nik Ahmad Kamil - RAMD (1974 - 1977), Allahyarham Lt Jen Dato'
11.  Kol Murad bin Jaafar - RAJD (1978 - 1980) - Kol (B)
12.  Kol Mohamad bin Munip - JLJD (1981 - 1983), Allahyarham Dato'.
13.  Kol Aboo Samah bin Aboo Bakar - RAMD (1983 - 1985)- Jen (B) Dato'
14.  Kol Abd Ghani bin Yunus - RAMD (1985 - 1990) - Mej Jen (B) Dato'
15.  Kol Hussein bin Hj Yusoff - RAMD (1991 - 1993) - Brig Jen (B) Dato'
16.  Kol Hj Yusop bin Hj Hussin - RAMD (1993 - 1995) - Brig Jen (B)
17.  Kol Ramli bin Nik - RSD (1995 - 1996) - Kol (B).
18.  Kol Khalid bin Saad - RAMD (1996 - 1996) - Allahyarham Mej Jen (B) Dato'
19.  Kol Ahmad Rodi bin Zakaria - RGKM (1996 - 1999) - Mej Jen (B) Dato'
20.  Lt Kol Ahmad Ghazali bin Abu Hassan -Pemangku (1999 - 2000)
21.  Kol Mohd Razif bin Idris - KOD (2000 - 2002) - Mej Jen Dato'
22.  Kol Azizan bin Md Delin - RAMD (2002 - 2003)- Lt Jen Datuk.
23.  Kol Mohd Shukuri bin Hj Ahmad - RAMD (2004 - 2006) - Mej Jen Dato'
24.  Kept Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman - TLDM (2006 - 2007) - Laksdya Dato'
25.  Kept Alias bin Baharudin TLDM (2007 - 2010) - Laksma Dato'
27.  Kol Zakaria bin Yadi - RAMD (2010 - 2011) - Mej Jen Datuk.
28.  Kol Amiruddin bin Dato' Sulaiman - RAMD (2011 - 2012)
29.  Kol Wan Ghazali bin Wan Din - KPD (2012 - 12 Nov 2016)
30.  Kol Noorul Azril bin Ariffin - RAMD (Nov 2016 - 30 Mei 2017)
31.  Brig Jen Shahada bin Ismail TUDM (1 Jun 2017 - kini)

Berikut adalah senarai Pegawai Kanan yang pernah menyandang jawatan Komandan MTD (RMC) sejak ia ditubuhkan. Sejak RMC dibuka, Komandannya terdiri dari pegawai dari Tentera British.

1.    Lt Col C. Mahoney OBE MC (1953 - 1955)
2.    Lt Col P.A.C. Don DSO (1956 - 1958)
3.    Lt Col R.D.L King (1959 - 1961)
4.    Lt Col J.W. Pearson (1962 - 1964)
5.    Lt Col D.W. Grove DSO (1965 - 1967)

Pada tahun 1967, Kol Abd Jamil Ahmad, seorang pegawai dari Rejimen Askar Melayu Diraja, merupakan anak Malaysia yang pertama dilantik menjadi Komandan MTD. 

6.    Kol Abdul Jamil bin Ahmad - RAMD (1967 - 1968) - Allahyarham Lt Jen (B) Dato'
7.    Kol Jaafar bin Onn - KAD (1968 - 1970)  - allahyarham Lt Jen (B) Dato'
8.    Kol Syed Hamzah bin Syed Abu Bakar - RAMD (1970 - 1972) - Brig Jen (B) Dato'
9.    Kol Baharudin bin Md Diah -  (1973 - 1974) - Kol (B)
10.  Kol Nik Mahmood Fakharuddin bin Nik Ahmad Kamil - RAMD (1974 - 1977), Allahyarham Lt Jen Dato'
11.  Kol Murad bin Jaafar - RAJD (1978 - 1980) - Kol (B)
12.  Kol Mohamad bin Munip - JLJD (1981 - 1983), Allahyarham Dato'.
13.  Kol Aboo Samah bin Aboo Bakar - RAMD (1983 - 1985)- bersara Jen Dato'
14.  Kol Abd Ghani bin Yunus - RAMD (1985 - 1990) - bersara Mej Jen Dato'
15.  Kol Hussein bin Hj Yusoff - RAMD (1991 - 1993) - bersara Brig Jen Dato'
16.  Kol Hj Yusop bin Hj Hussin - RAMD (1993 - 1995) - bersara Brig Jen Dato
17.  Kol Ramli bin Nik - RSD (1995 - 1996) - Kol (B).
18.  Kol Khalid bin Saad - RAMD (1996 - 1996) - bersara Mej Jen Dato', allahyarham
19.  Kol Ahmad Rodi bin Zakaria - RGKM (1996 - 1999) - bersara Mej Jen Dato'
20.  Lt Kol Ahmad Ghazali bin Abu Hassan -Pemangku (1999 - 2000)
21.  Kol Haji Mohd Razif bin Idris - KOD (2000 - 2002) - bersara Lt Jen Dato'
22.  Kol Azizan bin Md Delin - RAMD (2002 - 2003)- bersara Lt Jen Datuk.
23.  Kol Mohd Shukuri bin Hj Ahmad - RAMD (2004 - 2006) - Mej Jen Dato'
24.  Kept Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman - TLDM (2006 - 2007) - bersara Laksdya Dato'
25.  Kept Alias bin Baharudin TLDM (2007 - 2010) - bersara Laksda Dato'
26.  Kol Zakaria bin Yadi - RAMD (2010 - 2011) - Mej Jen Datuk.
27.  Kol Amiruddin bin Dato' Sulaiman - RAMD (2011 - 2012)
28.  Kol Wan Ghazali bin Wan Din - KPD (2012 - 12 Nov 2016) - bersara Brig Jen Dato.
29.  Kol Noorul Azril bin Ariffin - RAMD (Nov 2016 - 30 Mei 2017) - Mej Jen
30.  Brig Jen Haji Shahada bin Ismail TUDM (1 Jun 2017 - 15 Jul 2018) - Mej Jen TUDM.
31.  Brig Jen Abd Halim bin  Abu Hassan TUDM (16 Jul 2018 -  30 Sep 2020) - bersara
32.  Brig Jen Dato' Mohd Shafuddin bin Mohd Shariff TUDM (1 Okt 2020 - 24 Apr 2024) - Mej Jen TUDM.
32.  Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM (25 Apr 2024 - kini)
ALUMNI TERKEMUKA

Antara Alumni MTD yang berjaya mengharumkan nama negara:

Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Menteri)
Tan Sri Annuar bin Hj Musa (bekas Menteri)
Tan Sri Raja Nongchik Najmuddin bin Raja Zainal Abidin (bekas Menteri)
Tan Sri Shafee bin Abdullah - Peguam terkenal
Tan Sri Samsudin Osman (bekas KSN)
Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad (bekas Menteri)
Prof Dr Jomo Kwame Sundram (akademis)
Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki kebangsaan)
Tan Sri G. Gnanalingam (CEO West Port)
Datuk Ramli Ibrahim (Indian classical dancer/choreographer)
Datuk Dr Joshua Raj (pakar pembedahan orthopedik dan penulis)
Dr Samuel Ong, cardiologist (Commandant's Prize winner, 1971)
Tan Sri Abdul Halim bin Ali (bekas KSN)
Tan Sri Dr Salleh bin Mohd Noor (bekas KP Perhutanan)
Arul Kanda - President and Group Executive Director of 1MDB
Shahrol Azral Ibrahim Halmi -Former CEO of 1MDB
Prof Dr Mohd Nasir bin Ibrahim (akademis)
Prof Datuk Dr Kamal bin Saleh (ekonomis)
Tan Sri Dr Munir bin Abd Majid (pakar kewangan)
Prof Datuk Khalid bin Abd Kadir (akademis)
Tan Sri Razali bin Abd Rahman (Pengerusi PEREMBA)
Datuk Dr Ratnanesan Arumugam (pakar pergigian dan Presiden Persatuan Dental Sedunia)
Tan Sri Mohd Nor bin Yusof (bekas Pengarah Urusan MAS)
Tan Sri Zainol Abidin bin Abd Rashid (bekas CEO LHDN)
Tan Sri Datuk Dr Yusof bin Basiron (bekas KP PORIM, MPOB dan CEO MPOC)
Prof Datuk Dr Shamsul Amri bin Baharudin (akademis)
Prof Datuk Dr Radin Umar bin Radin Suhadi (mantan NC UPM)
Datuk Seri Michael Yam Kong Choy (CEO Real Estate Co)
Datuk Kunasingam a/l Sittampalam (ED HSS Integrated)

OP IN ARMED FORCES LEADERSHIP

Jen Tan Sri Abd Rahman bin Abd Hamid
Jen Tan Sri Ismail bin Omar
Jen Tan Sri Borhan bin Ahmad
Jen Tan Sri Zahidi Zainuddin
Jen Tan Sri Abdul Aziz bin Zainal
Laksamana Tan Sri Abd Aziz bin Jaffar
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Badaruddin
Jen Tan Sri Rodzali bin Daud TUDM
Jen Tan Sri Roslan bin Saad TUDM
Jen Tan Sri Zulkiple bin Kasim
Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM




maktab-tentera-diraja-2016

Syarat Kelayakan untuk ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD):

Warganegara Malaysia
Jantina- Lelaki
Tinggi minimum: 152 CM
Berat Minimum: 40.5 KG
Body Mass Index (BMI): 18 hingga 27
Ukuran Dada: 74cm (Biasa) dan 79cm (Tarik Nafas)
Penglihatan baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata, hendaklah tidak melebihi 6/12.
Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang mampu memudaratkan diri jika buat aktiviti lasak.
Memperoleh 7A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3
Keutamaan kepada calon yang aktif dalam bidang sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
Tarikh Tutup Permohonan: Biasanya pada 30 November (tiap-tiap tahun)
Hanya yang pelajar yang layak sahaja akan menerima keputusan menerusi SMS. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani sesi temuduga terlebih dahulu sebelum berjaya dipilih untuk memasuki Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja.




OP DALAM TJP37


Ramai kalangan OP yang menyertai latihan Pegawai Kadet (PK) bersama Pengambilan ke 37 (skot aku) yang bermula pada bukan April 1980. Bagaimanapun mereka melapor diri lewat sebulan setelah majlis Ikrar Sumpah Setia pada 5 April 1980.

Bila bercerita tentang ex-Boy dalam intake PK, Walaupun rata-rata mereka berusia muda baru masuk 18 tahun ketika melapor diri, dalam ilmu ketenteraan mereka jauh lebih berpengalaman. Purata PK dari kalangan awam adalah antara 19 hingga 22 tahun. Sebahagian besar telah pernah berkerja atau dropped out dari IPTA. Kalau ada pengalaman mungkin dari PKBM atau Pengakap sahaja. Kecuali PK dari kalangan bekas anggota LLP.

Rata-rata ex-Boy ini bersaiz kecil kerana mereka masuk MTD ketika berusia 15 tahun. Malah ada yang tidak mencukupi syarat asas ketinggian calun PK. Tetapi oleh kerana mereka Putera MTD, mereka tiada pilihan lain. Walaupun kematangan (kedewasaan) agak kurang mereka telah melalui kehidupan dalam dunia ketenteraan selama dua tahun di MTD. Sudah melalui pahit jerih dan persekitaran alam ketenteraan. Mereka sudah biasa dengan uniform, kawad, map reading, ilmu muslihat peperangan. Jadi, semasa latihan kadet mereka sudah biasa dengan cara-cara mengilat kasut kawad, change parade, latihan jasmani (PT), mengendali senjata dan tipu muslihat kehidupan dalam berek.

Kalau kita PK dari awam mematuhi 100% arahan jurulatih kerana takut hukuman, ex-Boy sentiasa mengambil peluang untuk mencuri peluang untuk menipu atau mengelat. Lebih-lebih lagi semasa dikenakan hukuman. Mereka cepat dan pantas mencuri peluang. Contoh jika ada latihan atau hukuman untuk membuat duck walk, forward roll, side roll, star jump, press up dan sit up. Itu makanan mereka selama 2 tahun di MTD. Kalau kita buat 10 kali, mereka boleh tipu, buat 3 atau 4 kali sahaja.



MEJAR MOHD RAHIM BIN OSMAN (3001606)
KRD



ALLAHYARHAM KAPTEN ABD HALIM BIN SUDIN (3001608)
RAMD



MEJAR ABD RAHIM BIN MOHAMMAD (BERSARA)(3001609)
KJLJD



KAPTEN ADI MAZLIN BIN MARMUJI (BERSARA) (3001610)
RAMD


MEJAR DR AHMAD AZAN BIN HJ RIDZUAN (BERSARA) (3001611)
RAMD


MEJAR HJ AMINUDDIN BIN DATO' ABDUL SAMAD (BERSARA) (3001612)
RAMD



KAPTEN AZHAR BIN ABAS (BERSARA) (3001613)
RRD



LEFTENAN KOLONEL HJ AZMAN BIN DAUD (BERSARA) (3001614)
KOD


KAPTEN HAMDAN BIN ABDULLAH (BERSARA) (3001616)
RRD



JAMALUDIN BIN ABU BAKAR (3001617)
(TIDAK DAPAT DIKESAN)

X


KOLONEL KAMARALZAMAN BIN TUN ABDUL AZIZ (3001701)
RRD

Image may contain: 1 person, sunglasses


 KAMARUZAMAN BI ABD KARIM (3001702)
BEKAS PEGAWAI KEDET




 KAMARUZAMAN BI MOHAMAD (3001703)
RAJD
X

LEFTENAN KOLONEL HJ LOD BIN ATAN (BERSARA) (3001704)




MEJAR MAZHAR BIN HJ PALIL (BERSARA) (3001764)

 3001764 
 MEJ MAZHAR BIN HJ PALIL (BERSARA) 


ALLAHYARHAM KAPTEN MOHD AZAHRI BIN ZAINAL  (BERSARA) (3001765)
RAD

Image may contain: 1 person, closeup

KAPTEN JAUDIN BIN MAT SAAD (BERSARA) (3001767)
KOD



KAPTEN MD NOOR BIN OTHMAN (BERSARA) (3001768)
RAD



KAPTEN MOHD RAZIF BIN ATAN (BERSARA) (3001769)
RAD


KAPTEN MD NOOR BIN OTHMAN (BERSARA) (3001768)
RAD

 3001770 
 MOHD SALLEH BIN HJ KASIM 

KAPTEN MUSTAPHA BIN AHMAD (BERSARA) (3001771)
KPD




LEFTENAN KOLONEL NOR ZAHARI BIN ZEELAN  (3001772)
RAD


KAPTEN MOHD NASIR BIN ABDULLAH (BERSARA) (3001773)
RAD

REJIMEN RENJER DIRAJA

 3001774 
 LT KOL HJ ROSLAN BIN MD KADAK @ HJ SHARIFF (BERSARA) 

REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

 3001775 
 KAPT SHAHRIN BIN DATO' OSMAN (BERSARA) 
 
KOR ORDNANS DIRAJA

 3001776 
 LT KOL YUSRI AZHAR BIN RAMLI 
KOR KESIHATAN DIRAJA

MEJ JEN DATO' ZAMROSE BIN MOHD ZAIN 
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

 3001778 
 KOL ZULKARNAIN BIN ABU BAKAR (BERSARA) 
REJIMEN ARTILERI DIRAJA

 371266 
 LT KOL ABDUL RAZAK BIN MAT TUDM 
 (KASTURI) 


BRIGEDIER JEMNERAL HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM (371269)

 271267 
 LT KOL ABDUL RAZAK BIN MAT SALIM TUDM (BERSARA) 

CAWANG URUSETIA

 371268 
MEJ DAUD BIN MOHD SALLEH TUDM (BERSARA) 


BRIGEDIER JEMNERAL HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM (371269)
CJT

CAWANG JURUTERBANG (ANGKUT)

 371270 
 KAPT MD RAHIM BIN ISMAIL TUDM (BERSARA) 
 X
CAWANG JURUTERBANG (PEJUANG)

 371271 
TIDAK DAPAT DIKESAN


 371272 
TIDAK DAPAT DIKESAN


 371273 
 KOL MOHD ASRI BIN ISMAIL TUDM (BERSARA) 

CAWANG KEJURUTERAAN

 371274 
 KOL HJ MOHD SABRI BIN SAMSUDIN TUDM 

CAWANG KEJURUTERAAN

 371275 
 MEJ JEN DATUK HJ ROMLEE BIN HJ YAHYA TUDM 
  CAWANG JURUTERBANG (ANGKUT)

 371276 
 BRIG JEN DATO' HJ SANUSI BIN HJ SAMION TUDM 
 (KASTURI) 
CAWANG JURUTERBANG (PEJUANG)

 371299 
 LT KOL S. HAMID BIN MOHD YUSOF TUDM (BERSARA) 
 (TUAH) 

CAWANG PRA (KAWALAN TRAFIK UDARA)

 371300 
 LT KOL SHAFIE BIN MOHAMAD ALI TUDM (BERSARA) 
 (TUAH) 

KOLONEL TAMILENTHY A/L PERIASAMY (3717301)
PRA

CAWANG PRA (KAWALAN TRAFIK UDARA)


ADEGAN SAMPINGAN...CERITA HANTU OP

CERITA HANTU 1

Cerita hantu dengan boarding school memang tak boleh dipisahkan. Cerita ini aku baca dari salah satu blog OP. Betul ke tidak kena verify kat OP juga.

Katanya cerita ini bermula dari satu tragedi yang berlaku pada awal tahun 80an. Pada masa itu keliling Kem Sg Besi masih dikelilingi oleh tasik-tasik bekas lombong yang besar dan dalam. Masih belum dibangunkan oleh Country Heights Holding Bhd (1988) menjadi The Mines Resort seperti sekarang ini. 

Kejadian bermula bila pada suatu petang 'budak-budak Putera (Boy) sedang beriadhah bermain kayak. Setelah selesai berkayak, semua pelajar pulang ke asrama untuk meneruskan rutin harian mereka. Selesai mandi, solat, makan malam dan pergi prep di kelas.

Tetiba-tiba pada jam 11 malam, tetiba Rahim bangun dan keluar dari biliknya di tingkat 1 dan terjun ke bawah. Rahim terus berlari laju menuju ke tasik tempat pelajar berkayak petang tadi. Pantas sekali lariannya tidak tercapai dek akal (di luar kelajuan biasa) dan tiada siapa yang mampu mengejar. Sampai di tepi tasik dia terus terjun ke dalam tasik dan hilang. Tidak timbul-timbul lagi.

Pelbagai usaha menggunakan teknologi penyelamatan pada masa itu, dari pasukan ATM dan Bomba, semuanya gagal belaka. Mayat Rahim tidak dapat ditemui. Lalu terdapat cadangan untuk menggunakan kepakaran 'spritual' atau khidmat BOMOH. 

Apabila bomoh telah datang, membacakan Surah Yasin dan juga doa-doanya, dia meminta supaya tilam dan bantal Rahim dibawa ke tepi tasik dan dihanyutkan ke tasik. Seperti ada remote control, tilam itu bergerak ke tengah tasik. Bila sampai ke tengah tasih, tilam dan bantal itu terus menjunam masuk ke dalam tasik. 

Doa dan jampi diteruskan. Beberapa minit kemudian, tetiba tilam dan bantal tersebut timbul dalam keadaan menegak dan kelihatan mayat Rahim seperti melekat tidur di atas tilam tersebut. Perlahan-lahan tilam tersebut terapung di atas permukaan tasik dan Rahim seperti tidur nyenyak di atasnya. Lalu tilam itu seperti di kawal dari jauh bergerak ke tepi tasik. Maka mayatnya dapat disempurnakan.

Diceritakan, menurut kata Tok Bomoh itu, pengayuh kayak yang dipegang oleh Putera Rahim (Pelajar Tingkatan 4) telah terkena anak jin yang sedang bermain-main di tasik tersebut. Lalu anak jin tersebut mati. Maka keluarga jin pun marah dan minta nyawa Rahim sebagai ganti. Setelah ia mendapat nyawa tersebut maka jasad Rahim dipulangkan.

Betul ke ni? Tak tau la.... 

Dikatakan, sehingga beberapa tahun, hantu Rahim akan pulang ke asrama untuk menziarahi kawan-kawan seasramanya. Jadi mana-mana Putera yang menduduki bilik Rahim pada ketika Rahim datang malam itu, mereka bernasib baik menemuinya.


CERITA HANTU 2


Ada satu lagi cerita hantu di MTD. Tentang kebenarannya, itu pun kena tanya OP juga.

Kali ini melibatkan bilik asrama yang lain pula.

Kesah bermula pada satu hari Jumaat. Tahun bila tidak dinyatakan. Semua Putera MTD diwajibkan untuk bersolat Jumaat di Masjid berdekatan. Tapi adalag seorang Putera yang agak nakal, cuba untuk ponteng solat Jumaat. Dia bersembunyi di dalam locker besi. Entah macamana, dia tertidur. Bila bangun, dia cuba membuka pintu locker tersebut tetapi gagal. Mungkin dikunci oleh rakannya dari luar yang tidak mengetahui dia ada di dalam.

Dia mencuba, menendang pintu locker agar dapat didengar.

DUM DUM DUMMMMM....tetapi tiada siapa yang mendengarnya.

Rupanya hari itu pelajar MTD mendapat long weekend kerana hari Isnin dan Selasa adalah hari cuti. Pulang dari solat Jumaat, mereka semua pulang ke kampung masing-masing. Tinggallah Putera yang bersembunyi tadi keseorangan di dalam locker kerana dia tertidur nyenyak.

Oleh kerana terlalu lama dalam locker, kepanasan dan kekurangan udara, maka Putera tersebut mati di dalam locker. Mayatnya hanya ditemui busuk setelah pelajar pulang dari bercuti.

Sejak itu, untuk beberapa tahun kemudian, sesekali Hantu Putera itu akan sesekali melawat bilik asramanya. Sesiapa yang tidur di capoi tempat lamanya, dia akan baring di sebelahnya. Atau kadang, di tengah malam akan kedengaran bunyi seseorang menendang-nendang dari dalam locker.

APA PUN PUTERA MTD telah berpindah ke bangunan asrama yang baru. Di harapkan hantu-hantu di asrama yang lama tidak tau jalan ke asrama yang baru. Maka Putera di MTD baru akan aman tenteram.

Apa pun, selagi TIDAK HILANG MELAYU DI DUNIA ini, cerita hantu ini tak akan lenyap dari mulut ke mulut Melayu ini.

Asrama baru MESTI ada hantu yang baru. Kita tunggu cerita dari penghuninya nanti.
.

Friday, June 24, 2016

AF 098 SPECIAL TRIBUTES TO LT JEN DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB


PERWIRA ANGKASA

YANG SEMAKIN HILANG DARI KENANGAN



Apabila disebut nama Almarhum Lt Jen (U) Datuk Seri Mohamed bin Taib. Aku masih ingat dan sangat jelas ingatanku. Almarhum adalah anak Melayu yang kedua diberikan amanah dan tanggungjawab menjadi Panglima Tentera Udara (PTU). almarhum menggantikan Marsyal Muda (Udara) Tan Sri Datuk Sulaiman bin Sujak (Bersara).

Semasa hayatnya memegang tampuk pemerintahan TUDM (PTU) beliau lebih dikenali di kalangan pegawai-pegawai TUDM sebagai Datuk Mat Taib. Manakala Timbalan PTU masa itu, Mej Jen (U) Datuk Mohammad bin Ngah Said (B) lebih dikenali sebagai Datuk Mat Ngah. (Almarhum Lt Jen Tan Sri Mohammad bin Ngah Said TUDM bersara pada tahun 1989. Jadi masa itu, No 1 dan No 2 TUDM ialah Mat Taib dan Mat Ngah.

Almarhum menjadi PTU dari 1 Jan 1977 sehingga 30 Sep1984. Aku masuk TUDM pada tahun 1981. Jadi, aku melangkahkan kaki membina kerjaya dalam TUDM semasa almarhum menjadi PTU semasa

Kali pertama aku melihat wajah almarhum secara dekat ialah semasa aku bersama 6 "FLIGHT CADET" yang lain menjalani latihan asas penerbangan (helikopter) di PULATIBANG 2, TUDM Kluang pada bulan Januari hingga Jun 1981. Almarhum membuat lawatan singkat ke TUDM Kluang untuk merasmikan Flight Safety Week.



Flight Cadet Toharudin starting up Bell 47G5A helicopter

Beliau memang seorang 'public speaker' yang baik. Fasih dan very convincing. Tidak seperti sebahagian Panglima sekarang, walaupun telah menghadiri pelbagai kursus pengurusan di dalam  dan luar negara tetapi bila tidak diberi teks ucapan, mereka bercakap merapu tak difahami hujung pangkal. Kadang jadi bahan ketawa di kalangan warga TUDM sendiri.

Dalam sebahagian dari ucapannya (tanpa teks) aku masih ingat amaran almarhum (lebih kurang) kepada kumpulan kami.

"You, Flight Cadets must work hard. Complete your training and be a good pilot. If you failed this course you will be booted out from the Air Force".

Tapi aku gagal juga 3 bulan kemudian. Walaupun ada orang kata 'you can even teach a monkey to fly"....does not mean that I am worse than a monkey. I was not born to be a flyer.


Aku amat bertuah kerana PTU (masih lagi Datuk Mat Taib) tidak mengotakan janjinya. ..."to boot me out from the Air Force".  Hari ini, selepas 35 tahun dari tarikh itu, aku masih mampu berdiri bangga sebagai pegawai TUDM. Lebih signifikan lagi, aku berjaya mencapai pangkat Brig Jen TUDM sebelum menamatkan perkhidmatanku.

Andaikata, aku berjaya menjadi seorang juruterbang helikopter mungkin aku telah meninggalkan TUDM dalam pangkat Kapten atau Mejar sahaja. Atau mungkin namaku merupakan salah satu dari senarai juruterbang yang terbunuh dalam kemalangan helikopter TUDM.



Hanya 5 dari 7 Flt Cadet (dari intake TJP 37) yang berjaya menamatkan latihan,  menerima sayap penerbangan helikopter dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara.
(dari kiri Lt M (U) Raveentheran a/l Ramankutty, Lt M (U) Saib bin Saiin, Lt M (U) Abd Rahman bin Mohamad, Lt M (U) Kamarulzaman bin Wagiman dan Lt M (U) Lukman bin Abd Rahman)



Tidak banyak cerita tentang jasa bakti dan sumbangan almarhum Datuk Mat Taib semasa menjadi PTU selama 7 tahun. Walaupun banyak cerita yang aku dengar berkaitan perubahan, pembangunan dan sumbangan almarhum semasa menjadi PTU, aku tidak pernah menjumpai satu buku pun yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit, mahupun pihak TUDM sendiri mengenai diri almarhum.

Tiada biografi atau coffee table book diterbitkan oleh pihak TUDM kerana aku dimaklumkan rakan-rakan yang senior...setahun sebelum bersara, almarhum telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (MBA) di United Kingdom. Apabila almarhum pulang ke tanah air, almarhum tidak mengambil-alih semula jawatan PTU. Terus bersara. Tiada farewell parade, tiada buku atau biografi yang ditulis.

Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa.

Berikut adalah sedikit tentang almarhum Datuk Mat Taib yang dapat aku perolehi untuk dikongsi bersama.






LEFTENAN JENERAL (UDARA) DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB PGAT SPMK SIMP DPMK DPMS DPMJ DSAP PGDK PNBS SMK PSK AMN PTU MA(UK) MBA(UK) rcds jssc jt.

Mohamed bin Taib di lahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 22 Januari 1937. Menceburkan diri dalam ATM dengan menyertai latihan kedet di FMC dan kemudiannya terpilih ke Eaton Hall Cadet Training Centre, UK pada bulan Sep 1955 dan seterusnya ke Royal Military Academy, Sandhurst.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt Muda ke Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 19 Dis 1957.

Pada 19 Nov 1959 beliau bertukar ke perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Persekutuan untuk mengikuti latihan penerbangan.  Pada waktu itu TUDP menawarkan pegawai-pegawai dari Tentera Darat menyertai TUDP untuk mengisi kekurangan juruterbang lanjutan dari perkembangan TUDP yang baru ditubuhkan.  Mohamed yang waktu itu menjadi Platoon Commander di RAMD dipilih untuk mengikuti latihan asas penerbangan di Point Cook, Australia pada bulan April  hingga Dis 1960. Setamatnya kursus itu, beliau ditukarkan ke No 1 Skn (Twin Pioneer) dan mengetuai Skn tersebut hingga Feb 1965 dalam pangkat Kapt (U).

Pada tahun 1965 beliau terpilih mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Wigra, Christchurch, New Zealand dan berjaya memperolehi kelayakan A-2 QFI.  Kemudian dilantik menjadi Komandan Sekolah Latihan Penerbangan di Alor Setar berpangkat Mej (U) sehingga Mac 1968. Dinaikkan ke pangkat Wg Cdr untuk mengambil-alih jawatan Pegawai Memerintah TUDM Labuan.

Sepanjang perkhidmatannya sebelum menjawat jawatan tertinggi dalam TUDM, beliau berpengalaman menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pegawai Memerintah TUDM KL, Panglima Udara di Markas  Taktikal Udara dan pernah dipinjamkan sebagai Pengarah Urusan Sabah Air sebelum dilantik menjadi Timbalan PTU pada 1 Jun 1975.

Beliau juga telah mengikuti kursus di Joint Service Staff College di Latimer, UK dan Royal College of Defence Studies, Seaford House, UK.  Beliau memperolehi Sarjana dalam bidang International Relations and Strategic Studies dari University of Lancaster, UK.

Mohamed dilantik menjadi Panglima Tentera Udara ke 7 pada 1 Jan 1977 dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen (U) ketika berusia 40 tahun. Beberapa bulan kemudian, jawatan PTU telah dinaikkan ke taraf dan Mohamed dinaikkan ke pangkat Lt Jen (U).

Setelah menjawat PTU selama lebih 7 tahun, Mohamed mengikut kursus Sarjana di International Management Centre, Buckingham, UK selama setahun mulai 28 Ogos 1983 dan setamatnya kursus pada 30 Sep 1984 beliau terus bersara dari TUDM. Mohamed bersara pada usia 47 tahun.

Setelah bersara beliau dilantik menjadi Presiden Syarikat Aerospace Industries of Malaysia (AIM) dan beberapa buat syarikat lain.

Mohamed berkahwin dengan Datin Sharifah Aini binti Syed Ahmad pada tahun 1959 dan dikurniakan 5 orang anak (4 lelaki dan seorang perempuan).

Lt Jen (U) Datuk Mohamed bin Taib meninggal dunia pada 28 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan jenazahnya disemadikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Kelantan.

Nota untuk diriku sendiri.

Pada usia 40 tahun, almarhum dah jadi PTU berpangkat Mej Jen......aku berusia 40 tahun baru berpangkat Mejar...belum habis kursus staff di MTAT........

Nota Tambahan.

Seingat aku, bintang dan pingat kebesaran yang diterima oleh almarhum Datuk Mat Taib lebih dari yang tecatat di atas. Dulu pernah aku kira bintang bertaraf Datuk sahaja ada 12 atau 13... ........tapi bila aku menulis testimonial ini, aku masih belum menjumpai buku tersebut....aku harap kerabat almarhum yang menyimpan rekod berkaitan ini boleh emelkan kepada saya: toharudinrasid@gmail.com



TESTIMONIAL UNTUK
ALMARHUM LT JEN DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB

DISALIN DARI LAMAN FACEBOOK MILIK MEJ HJ MOHD GHAZALI BIN TAIB (ADIK ALMARHUM).

Kebetulan adik almarhum, Mej Hj Muhamed Ghazali bin Taib TUDM (Bersara) adalah rakan fbku. Pada 19 Jun 2016 beliau ada memuat naik kenangan beliau kepada kekandanya almarhum Datuk Mat Taib. Semasa dalam perkhidmatan, aku pun sebenarnya tidak pernah berpeluang berkenal atau berbual dengan Mej Ghazali. Mungkin jarak kami terlalu jauh dan kebetulan tidak pernah bertugas di lokasi yang sama.

Dari maklum balas bekas-bekas pegawai TUDM yang pernah berurusan secara langsung atau tidak langsung telah memberikan aku sedikit maklumat tentang peribadi dan gaya pemerintahan almarhum semasa menjadi PTU.

Dato Mohamed Taib ex PTU. He picked me up for the test pilot school. His planned to form up a test flight centre in Malaysia but it it did not materialise. I think he's too advanced and people could not see his vision.
Kol Hj Alwi bin Abdul Wahab TUDM (B)

I was once his ADC.. he used to say this to me.. "Mior.. i am sending the pilots to the commando course.. i want them to learn to be led before they can lead... look around you.. tell me which commander in the RMAF can really lead? At the moment ...None! But the Officers misunderstood me... I want you to go flying and be a fighter pilot and lead the Airforce.
Mej Mior Rosli TUDM (B)

He told me in Kinrara, You go to Sg Udang for the commando training and when you come back with your green beret, I will make you the first Sqn Commander of Handau. He kept his words.
Mej Mohd Kamal Md Khir TUDM (B)

In Dec of 1971 - I was flying from Denpasar to Surabaya ... When Dato Taib came over the air and told me that I was promoted to Sqn Ldr!! It was a VVIP trip and it was crewed by two captains and a co-pilot!!! The other Captain remained rather quiet for the rest of the flight!! Some memory to remember.
Sqn Ldr Roger Chia (B)

We were both flying in the cockpit and he asked me why was I leaving the RMAF ?. Told him that either I take over as No.1 from him ...hi hi but then there was 96 others ahead of me then. But then I wanted to experience the other challenges awaiting outside.
Kapt Shariff Abas TUDM (B)

He personally wrote me a congratulatory letter after I have completed my QHI course in UK. I didnt think much of it. But now how I'd wish I could have kept that letter.
Kapt Abd Manan Mansor TUDM (B)

I flew with him quite a number of times during the 1982/3 years! the most memorable was the 6 days during the visit of HM Sultan of Brunei to Malaysia 1982, going Sempang-PD-Sempang every morning and evening for polo games. Also I spent quite some time with him during his last few years in Ampang Jaya.

On another occasion I was flying the Nuri with arwah DMT from Kota Bharu back to Sempang. He programmed to stop at Kuantan Base for lunch and casual visit to No 10 Sqn. We were greeted by Col Tunku Jaafar the Kuantan Base Commander. After lunch we got airborne for Sempang. At Zone Boundary West we suddenly had an engine failure, and had to force land at a school padang. He was cool like a cucumber (they say).... he was accompanied by his MA, Lt Col Mior Mohamad Zubir that time. After about 1 hour, a replacement aircraft came and we proceeded with the journey. All the time while waiting for the recovery, he was calm and cool, of course with a cool MA as company !!.
Mej Musa Hassan TUDM (B)

I was his MA for a period of time. I must say I've enjoyed tremendously my tour with him. There were quite a number of things that I was tasked by him which is not related to my position as MA but I enjoyed doing them. DMT has got the gift of gab and he could talk about anything anytime where people will listen open mouth. During my tour with him I could not recall him being unkind to anybody in fact he had alot of compassion to the men. It was a pity that he couldn't achieved much of his dream.
Lt Kol Mior Mohamad Zubir TUDM (B)

I could still remember.. in 1988 me and my colleagues of the airforce syndicate Staff College were visiting Airod as part of our syndicate's program.. arwah DMT at that time was the chairman of AIM stationed within Airod complex. Coincidently we bumped unto him at the lobby. He greeted us and talked to us as we all standing around him. What amazed me he told every one that he recognised me well as a logistician and could hardly knew the rest .. whereas among the students they were engineers.. pilots and etc.
Mej Abu Bakar Abd Rahman TUDM (B)

Yes he was a good and sincere friend. Knew him when he was doing QFI training in Wigram NZ together with the late A Jalil.
Kol Hj Long Chik Mohd Yob TUDM (B) - almarhum

Another story.......

Arwah DMT a good man...he had very significant influence to get me seconded and later transferred to RMAF...otherwise I would have left the Army as a Lieutenant!

One evening I flew him in Alouette 3 from Rantau Panjang to Ipoh when I was diverted by Air HQ to pick up a casevac north of Sg. Siput. When referred, he turned to me "I may be PTU and ViP but you are capt of aircraft and you decide!"

It was almost last light but unless I picked up the booby-trapped soldier, he would be bleeding to death!

We picked up the casevac, landed Hosp Ipoh and we saved the soldier Alhamdulillah. DMT's comment is still fresh in my mind "Very professional, I really respect and salute you for what you have done!"

I replied, "My duty Sir"!

Lt Jen Datuk Nawi Alias TUDM (B)



Nota:
Mejar Hj Ramli Abd Rahim TUDM (B) adalah bekas pegawai Kawalan Pertahanan Udara TUDM. Sebahagian besar kerjayanya terlibat dengan Perhubungan Raya TUDM dan ATM. Penulis artikel dan sajak yang gigih. Beliau dalah satu-satunya bekas pegawai yang menghasilkan sebuah buku memoir untuk PTU yang pertama.




LEGASI ALMARHUM DATUK MAT TAIB
(dari perspektif peribadiku)

Seperti yang aku tulis di atas, aku masih terlalu junior semasa almarhum memegang tampuk kepimpinan TUDM. Memang tidak pernah ada peluang untuk mendekati beliau.

Walaupun tiada buku atau biografi yang ditulis mengenai almarhum, aku secara peribadi masih mengingati beberapa perubahan yang dibuat oleh almarhum semasa menjadi PTU. Tapi aku yakin, maklumat ini adalah betul berlaku. Hanya berkemungkinan ia tepat atau mungkin kurang tepat.

Almarhum Leftenan Jeneral Datuk Mohamed bin Taib TUDM mengambil-alih pucuk pimpinan TUDM pada bulan Januari tahun 1977 setelah Sulaiman meletakkan asas yang kukuh untuk membolehkan TUDM melonjak ke persada yang lebih tinggi. Mohamed membuat penstrukturan organisasi sesuai dengan pembesaran TUDM dan memberikan tumpuan yang lebih menyeluruh ke seluruh negara.

Markas Udara dinaiktaraf menjadi Markas Besar Operasi Udara (MABES).
Operasi pangkalan udara di Semenanjung Malaysia di bawah pemerintahan Markas Wilayah Udara Satu (MAWILUD I).

Bagi memberikan tumpuan operasi yang lebih berkesan di Malaysia Timur, Markas Wilayah Udara Dua (MAWILUD I) ditubuhkan dan beribu pejabat di Kuching yang mengawal perintah pangkalan udara di Sabah dan Sarawak.

Markas Bantuan Udara (MABANUD) ditubuhkan bagi menguruskan dukungan logistik dan pelaksanaan latihan dan pendidikan dalam TUDM. Pada tahun 1985 Markas Grup Latihan Udara (MAGLAT) ditubuhkan di bawah naungan MABANUD.

Semasa pimpinan Mohamed juga (1979), gelaran pangkat dalam TUDM telah bertukar dari menggunakan panggilan pangkat Tentera Udara British kepada panggilan pemakaian pangkat Tentera Darat.

Pilot Officer kepada Leftenan Muda (Udara);
Flying Officer kepada Leftenan (Udara);
Flight Lieutenant kepada Kapten (Udara);
Squadron Leader kepada Mejar (Udara)
Wing Commander kepada Leftenan Kolonel (Udara)
Group Captain kepada Kolonel (Udara)
Komodor Udara kepada Brigadier Jeneral (Udara)
Naib Marsyal Udara kepada Mejar Jeneral (Udara)
Marsyal Udara kepada Leftenan Jeneral (Udara)
Ketua Marsyal Udara kepada Jeneral (Udara)

Mohamed juga membawa perubahan penukaran tatacara pemakaian pangkat TUDM. Amalan pangkat berbentuk embroided bar telah ditukar kepada pemakaian paku (pips), mahkota (crown) dan bintang (star) yang sama seperti pangkat Tentera Darat Malaysia (hanya saiznya yang kecil sedikit). Bagaimanapun reka bentuk pangkat ini dikembalikan semula kepada embrioded bar pada tahun 1994 apabila Lt Jen Dato Seri Abdul Ghani Aziz mengambil-alih tampuk kepimpinan TUDM.

Selain dari perubahan struktur organisasi, semasa Mohamed memegang tampok, jawatan ini telah KTTU telah ditukar kepada PTU. Taraf jawatan PTU telah dinaikkan dari pangkat Mej Jen kepada Lt Jen.

Di zaman pimpinan Mohamed, TUDM menerima beberapa pesawat baru seperti Pilatus PC7 (menggantikan Bulldog 100 sebagai basic flying training), Aermacchi MB339A (menggantikan Tebuan sebagai pesawat LIFT) dan A4 Skyhawk (menggantikan Tebuan sebagai operational FGA).


SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMATNYA KE ATAS RUH ALMARHUM LT JEN DATUK MOHAMED BIN TAIB.






PANDANGAN PERIBADI

PTU pertama menerima gelaran Tan Sri ialah almarhum Lt Jen Tan Sri Mohamed bin Ngah Said TUDM PTU ke 8.  PTU seterusnya yang menerima gelaran Tan Sri ialah PTU ke 11 iaiu Jen Tan Sri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM. Bermula dari PTU ke 14, semua PTU menerima gelaran Tan Sri semasa dalam perkhidmatan. 

Mulai tahun 2009, setiap Kerajaan (semasa Hari Ulang Tahun Keputeraan YDP Agong ke 13) telah mengurniakan gelaran Tan Sri kepada mantan PTU (PTU yang telah bersara) bermula dengan PTU ke 6 Marsyal Muda Datuk Sulaiman (2009) diikuti oleh Lt Jen Dato Seri Mohd Yunus (2010), Lt Jen Dato' Seri Abdul Ghani Aziz (2011), Jen Dato' Sri Suleiman (2013) dan Jen Dato' Seri Abdullah Nasution (2014)

Pada hemat saya, seharusnya, sebagai mantan Panglima Tentera Udara, almarhum Datuk Mohamed bin Taib adalah layak dikurniakan anugerah PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri secara post-humous sebagai mengenang jasa dan sumbangan baktinya kepada Malaysia, ATM dan TUDM khasnya.