GENERAL BUKAN MELAYU
"SENSASI TIDAK KENA TEMPAT" Pada 24 Jun 2025, terpapar berita di semua akhbar tempatan mengenai kenaikan pangkat Mejar Jeneral Dato' Johnny Lim Eng Seng (Komandan Maktab Ketahanan Nasional) ke pangkat Leftenan Jeneral.
Lt Jen Johnny Lim, seorang pegawai kanan dari Rejimen Renjer Diraja, melakar sejarah sebagai pegawai ATM berbangsa Cina yang pertama dinaikkan ke pangkat tersebut.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1411938/johnny-lim-anak-cina-pertama-naik-pangkat-leftenan-jeneral-atm#:
Pastinya, catatan sejarah itu meraih perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Ia kemudiannya menjadi tular (viral) di media sosial (medsos) terutamanya facebook dan instagram. Ada komen positif dan ada komen negatif. Penulis boleh membahagikan komen netizen kepada 3 kumpulan berikut:
(1) Bagi yang mengenali Dato' Johnny atau anggota ATM yang pernah berkhidmat bersama atau di bawah beliau, mereka mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut dan menambah bahawa beliau sememangnya amat layak menerima kenaikan pangkat itu.
(2) Bagi pendukung kumpulan politik yang mempunyai rasa kecurigaan yang tinggi terhadap bangsa Cina, apalagi dalam keadaan terkini dimana ahli politik Cina dari DAP yang dahulunya dilabel sebagai memperjuangkan Malaysian Malaysia, kini berada dalam kerajaan. Mereka mendakwa atau berperasangka bahawa kenaikan pangkat ini adalah agenda pemimpin Cina dalam Kerajaan.
(3) Bagi kumpulan lain, khususnya dari kalangan bukan Melayu menganggap bahawa kenaikan pangkat ini adalah sekadar mengabui mata rakyat untuk menarik perhatian bukan Melayu menyertai ATM. Malah mereka menekankan bahawa wujud diskriminasi dalam hal kenaikan pangkat terhadap pegawai bukan Melayu di dalam ATM. Malah terdapat 'kata-kata yang lebih ekstrim (jahat) lagi yang menyatakan bahawa jika pegawai bukan Melayu mahu mudah naik pangkat lebih tinggi dalam ATM, mereka perlu masuk Islam atau masuk Melayu dulu. Ada yang lebih ektrim lagi yang menghina pegawai-pegawai Cina yang dinaikkan ke pangkat Jeneral ini - anda boleh baca website ini : https://forum.lowyat.net/topic/3064812/all
Maklum balas di atas bukan perkara baru, ia akan timbul semula apabila berita seperti ini tersiar di media.
WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SILA FAHAMI SITUASI INI
(1) PERJAWATAN
Kenaikan pangkat dalam mana-mana organisasi adalah berdasarkan perjawatan. Sepengetahuan penulis, di dalam struktur organisasi ATM yang berbentuk piramid, perjawatan pangkat JENERAL hanya ada empat, iaitu: SATU perjawatan bertaraf Gred Turus III atau VU4 (Panglima Angkatan Tentera); dan TIGA jawatan Gred JUSA A atau VU5 (PTD, PTL & PTU).
Jika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP). Pada masa yang sama pihak berkuasa (Kerajaan) dengan mengikut peraturan yang ada, boleh menaikkan gred pangkat; contohnya menaikan taraf jawatan PAT dari Gred VU4 kepada VU3.
CATATAN KHAS: Pada 4 Sep 2017, Dato' Seri Mohamad Fuzi (Ketua Cawangan Khas) telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara (pangkat IGP- Gred Turus III/VU4). Timbalan KPN(pangkat DIGP - VU5) ketika itu, Tan Sri Noor Rashid bin Ibrahim dikekalkan dalam pangkat DIGP dan jawatan Timbalan KPN tetapi dinaikkan jawatan ke Gred VU 4.
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/09/04/pelantikan-mohamad-fuzi)
Manakala perjawatan pangkat Leftenan Jeneral - bertaraf Gred JUSA B atau VU5 terdapat 17 perjawatan, iaitu 5 Terbuka (TDM/TLDM/TUDM), 6 khas untuk TDM, 3 khas untuk TLDM dan 3 khas untuk TUDM.
Jika suatu ketika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP).
Bagi pangkat Gred JUSA C/VU6, terdapat 48 (mungkin tidak tepat) perjawatan hakiki dalam ATM; terdiri dari 11 perjawatan Terbuka (TDM/TLDM/TUDM), 19 perjawatan khusus TDM, 10 TLDM dan 8 TUDM. Jika suatu ketika ada penyandang yang melebihi jumlah di atas, ia merupakan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) atau perjawatan Pool di bawah jurisdiction PAT atas keperluan perkhidmatan.
(2) KUASA MELULUS
Setiap pengisian perjawatan Pegawai Kanan ATM (Kolonel dan setaraf dan ke atas) bukanlah satu proses yang mudah. Ia mestilah melalui cadangan dari Panglima Perkhidmatan masing-masing (setelah diperakui di peringkat tertinggi Perkhidmatan) untuk ditaja ke Lembaga Pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan ATM sebelum dibawa ke Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan. Keputusan MAT akan dibawa untuk perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong selaku Panglima Tertinggi ATM.
(2) MAJORITI DAN KEISTIMEWAAN
Dalam keadaan biasa, di mana-mana organisasi sekali pun, sama ada organisasi awam (Kerajaan) atau swasta, mahu pun perniagaan, kumpulan majoriti adalah pemerintah.
Peratus bukan Melayu di dalam ATM (begitu juga PDRM dan APMM) adalah sangat rendah. Mungkin kurang dari 5%. Oleh itu, kewajaran untuk kesemua pegawai tinggi dalam organisasi ini terdiri dari kalangan bangsa Melayu tidak boleh dipertikaikan.
Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, ramai kalangan pegawai ATM terdiri dari bukan Melayu terutamanya dalam Rejimen Renjer atau Kor/Rejimen yang bersifat teknikal seperti Jurutera, Kesihatan, Jurutera Letrik dan Jentera, Perkhidmatan dan Ordnans. Pada ketika itu ramai kalangan bukan Melayu berpeluang menjawat jawatan hingga ke peringkat Panglima Divisyen, Panglima Briged, Pengarah-Pengarah Kor-Rejimen. Begitu juga di dalam Perkhidmatan TLDM dan TUDM. Malah, Ketua Turus TLDM yang pertama adalah berbangsa India. Ramai kalangan Ketua-Ketua Skuadron Operasi (Penerbangan) di dalam TUDM adalah berbangsa Cina dan India. Perkara ini berterusan sehingga tahun 1990an apabila jumlah pegawai berbangsa Cina dan India semakin berkurangan.
Pun begitu, ATM tetap tidak meminggirkan peluang bukan Melayu memegang jawatan tinggi walaupun peratusan bilangan mereka amat kecil. Sudah semestinya mereka tidak akan berpeluang menjawat Panglima atau Timbalan Panglima Perkhidmatan. Sehingga kini sudah terdapat 5 pegawai kanan bukan Melayu yang berpeluang mencapai pangkat Jeneral 3 Bintang (Leftenan Jeneral) termasuk Dato' Johnny Lim. Mereka yang telah mencapai tahap ini sebelum beliau ialah Lt Jen Dato' Dr William R. Stevenson (Serani), Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (Iban), Laksdya Datuk Aris Adi Tan (Cina) dan Laksdya Dato' Ganese Navaratnam (India).
Lt Jen Dato' William Stevenson (B); Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B); dan
Laksdya Dato' Aris Adi Tan
Laksdya Dato' Ganese dan Lt Jen Dato' Johnny Lim (B)
Jika ada tanggapan negatif yang menyatakan bahawa walaupun ada pegawai bukan Melayu yang lebih baik prestasinya, ATM tetap akan memilih Melayu kerana kewujudan quota 'istimewa' ini. Jawapan mudah penulis ialah: Melayu yang terpilih ke pangkat dua atau tiga atau empat bintang KETIKA ia dinaikkan pangkat bukanlah semuanya yang terbaik KETIKA itu. Terdapat Melayu lain yang mungkin lebih baik dari mereka tetapi ada faktor lain yang menyebabkan mereka tidak terpilih KETIKA itu. Paling LAYAK dengan TERBAIK adalah dua perkara yang berbeza. Paling layak MUNGKIN bukan yang TERBAIK dan yang TERBAIK tidak semestinya paling LAYAK.
Dalam satu proses perolehan secara TENDER TERBUKA, tawaran yang TERMURAH bukan bermakna produk pilihan TERBAIK. Walaupun asas pemilihan mencari yang termurah dan memenuhi spesifikasi, jika Lembaga Tentera memlilih yang tawaran yang TERBAIK, ia tidak bermakna mereka mesti memilih yang termurah.
Kalau pembaca merujuk kepada penulisan di bawah Tajuk M 073: Family of Stevenson in the MAF bertarikh 8 April 2014, penulis ada ada menceritakan perihal kecemerlangan ramai individu dari kalangan bukan Melayu, khususnya bangsa China yang menggadai atau berkorban jiwa dan raga, sama-sama untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia tercinta ini.
Ramai antara mereka turut menerima pingat keberanian tertinggi negara seperti SP, PGB, JPP dan PTU. Malah disebabkan oleh nature rupa wajah dan bahasa ,mereka melaksanakan peranan yang jauh lebih berat dari anggota tentera dan polis Melayu sendiri. Oleh kerana majoriti keanggotaan gerila Parti Komunis Malaya (PKM) adalah bangsa China (Tionghua), maka anggota tentera dan polis dari bangsa ini juga yang terpilih atau bersukarela untuk menyusup dalam kem-kem pemberontak PKM, hidup bersama mereka selama bertahun-tahun, mengumpul maklumat perisikan untuk pasukan keselamatan. Mereka membawa bersama risiko MATI - sama ada dibunuh oleh gerombolan pemberontak itu atau terkena tembakan (serangan) pasukan keselamatan yang tidak mengetahui keberadaan mereka di dalam kem atau penempatan PKM itu.
Tidak kurang ramainya juga yang menyamar sebagai petani/pekebun di pinggir hutan atau sebagai pekerja estet di ladang-ladang getah yang bersempadan dengan hutan yang sering menjadi sasaran pemberontak PKM untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan.
Dari sumbangan BERANI MATI inilah banyak operasi sabotaj PKM dapat dipatahkan, ramai anggota gerila PKM dapat dipujuk untuk menyerah diri dan ramai Koamnder-Komander kanan PKM dapat dibunuh atau ditangkap hidup-hidup.
Mereka ini adalah PAHLAWAN yang tidak didendang. Mereka tidak boleh menerima penghargaan, pengiktirafan atau kurniaan pingat-pingat keberanian seperti rakan pasukan keselamatan yang lain. Nama mereka dan keluarga mereka adalah NYAWA mereka.
Jika anda membaca buku tulisan saya "HARGA DARAH NYAWA DAN PINGAT, anda akan menemui sebahagian dari mereka hanya menerima pingat keberanian bertahun-tahun setelah PKM meletak senjata dan negara ini aman dari ancaman PKM.
Berikut adalah warga bukan Melayu (yang penulis dapat rekodkan) yang mencapai pangkat 'GENERAL' di dalam ATM:
JENERAL 4 BINTANG
Tiada
JENERAL 3 BINTANG
Tentera Darat Malaysia
(1) Lt Jen Dato' Dr. William Rangit Stevenson (B) - jawatan terakhir beliau Ketua Eksekutif MIDAS (Malaysian Institute of Defence and Security).
(2) Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Pemerintahan Medan Timur TD
(3) Lt Jen Johnny Lim Eng Seng - jawatan terakhir ialah Komandan MKN.
Tentera Laut Diraja Malaysia
(1) Laksdya Datuk Aris Adi Tan @ Tan Chin Hau bin Abdullah - jawatan terakhir ialah Komander Pasukan Petugas Khas Nasional (NTF).
(2) Laksdya Dato' Ganesh a/l Navaratnam - jawatan terakhir ialah Presiden PUSPAHANAS.
Tentera Udara Diraja Malaysia
Tiada
JENERAL 2 BINTANG
Tentera Darat Malaysia
(1) Mej Jen Dato N. Selvarajah (B) - jawatan terakhir ialah Panglima 3 Divisyen Infantri.
(2) Mej Jen Dato Johan Hew @ Hew Deng Onn bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Divisyen Infantri.(3) Mej Jen Datuk Lai Chung Wah (B) - jawatan terakhir ialah Komandan MPAT
(4) Mej Jen Dato' Leong Siew Meng (B) - bekas Ketua Pegawai Semboyan dan jawatan terakhir ialah Komandan MPAT.
(5) Mej Jen Dato Dr Mohandas Ramachandran (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM
(6) Mej Jen Dato Hj Mohd Affendy bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik Pertahanan, MK ATM.
(7) Mej Jen Dato S.Jeyabalan (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TD
(8) Mej Jen Datuk Dr Chia Lip Meng (B) - Pakar Perubatan
(9) Mej Jen Datuk Ranjit Singh Ramday (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Task Force 450
(10) Mej Jen Toh Chin Siang (B) - jawatan terakhir ialah Panglima 1 Divisyen
(11) Mej Jen Dato' Mahendra a/l Sivapatha Sundram (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Operasi Pertahanan, BOLP.
(12) Mej Jen Dato' Pakianathan Dawson a/l Endry Nixon (B) - jawatan terakhir ialah Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA).
(13) Mej Jen Anuar Tai bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah AKS Perkhidmatan Anggota, Markas ATM
(14) Mej Jen Datuk Suriakala a/p Suriabagavan (B) - jawatan terakhir ialah Pengarah Tenaga Kerja, BPA.
(15) Mej Jen Dr Kwong Fook Wen (B) - jawatan terakhir ialah Inpektor Jeneral TD.
(16) Mej Jen Dato’ Padman K.P Baskaran (B) - RAJD - jawatan terakhir ialah Assisten Panglima Simpanan.
(17) Mej Jen Dato' Ir Thevendran a/l c.S. Maniam (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan.
Tentera Laut Diraja Malaysia
(1) Laksda Tan Sri Thanabalasingham (B) - PTL pertama (juga jawatan terakhir).
(2) Laksda Dato Danyal Balagopal @ Balakrishnanbin bin Abdullah (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral ATM.
(3) Laksda Dato Gunaselan a/l Salamuthu (B) -
(4) Laksda Dato Tan Eng Seng (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM.
(5) Laksda Mohd Saiful Adli Chung bin Abdullah - AKS Kejuruteraan MTL
(6) Laksda Dato’ Chan Peng Cheng (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TLDM.(7) Laksda Dato' Yee (Ee) Tai Peng (B) - jawatan terakhir ialah AKS Operasi dan Strategi.
Tentera Udara Diraja Malaysia
(1) Mej Jen Dato' Gophal Ramdass TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Ketua Staf Operasi Udara.
(2) Mej Jen Dato' Ansar Ali a/l Majeth TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Panglima 2 Divisyen Udara.
(3) Mej Jen Dato' Teoh Siang Chang TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Technical Airworthiness.
(4) Mej Jen Dato' Lim Tiow Yew TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Timbalan AKS Perancangan dan Pembangunan.
(5) Mej Jen Dato' Muzammir Ong @ Ong Ong bin Abdullah TUDM - jawatan terakhir ialah Komander PU Subang.
(6) Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Hong TUDM (B)Mej Jen Yee Yit Hong TUDM - jawatan terakhir ialah
(7) Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM - jawatan terakhir ialah Ketua Staf Markas Operasi Udara.
(8) Mej Jen Vincent Tong Veng Leong TUDM - jawatan kini ialah AKS J3, Markas Angkatan Bersama.
JENERAL 1 BINTANG
Tentera Darat Malaysia
(1) Brig Jen Victor Nelson Stevenson (B) - mantan Panglima Briged AW
(2) Brig Jen Arulparagasam (B) - bekas Panglima Briged dan bekas Komandan MTAT
(3) Brig Jen Looi Kum Chong (B) - mantan Panglima Briged.
(4) Brig Jen Dato Chong Thean Bok (B) - mantan Panglima Briged.
(4) Brig Jen Baljit Singh (B) - mantan Panglima Briged.
(5) Brig Jen Dato Maurice Alponsus Asiando Rodrigo (B) - mantan Panglima Briged.
(6) Brig Jen Dato Hon Mun Loong (B) - mantan Panglima Briged.
(7) Brig Jen Rajban Singh Gill (B) - mantan Timbalan Panglima Divisyen.
(8) Brig Jen Philip Lee Puh Kui (B) - mantan Panglima Briged
(9) Brig Jen S. Mahendran (B) - mantan Panglima Briged.
(10) Brig Jen Datuk Goh Ah Bah (B) - mantan Panglima Briged.
(11) Brig Jen Dato Dr Arichandra Nadarajah (B) - Pakar Perubatan
(12) Brig Jen Dato' Dr T. Thanachelvi a/p Thangarajah- Pakar Perubatan
(13) Brig Jen Dato Dr Jegathesan Singaraveloo (B)- Pakar Perubatan
(14) Brig Jen Dato Dr Sivalingam a/l Sothilingam (B) - Pakar Perubatan
(15) Brig Jen Dato' Ng Chin Huat (B) - jawatan terakhir ialah CEO SMEO Sdn Bhd
(16) Brig Jen Dato' Muhammad Daniel bin Abdullah (nee: Damian Christopher anak Dalang) - bekas Panglima 9 Briged.
(17) Brig Jen Dato' Thavachelvi a/p Thngarajan - Pakar Perubatan
(18) Brig Jen Dato' Wee Han Siew (Bersara)- mantan Komander Briged Roket Artileri
(19) Brig Jen Ho Chin Chai - mantan Timbalan Ketua Jurutera
(21) Brig Jen Loh Kooi Leong - jawatan terakhir ialah Panglima 1 Briged
(22) Brig Jen Dato' Nazrul Edgar bin Abdullah - jawatan terakhir ialah Ketua Staf Tadbir dan Logistik MPMTTD.
(23) Brig Jen (Dr) Subhash a/l Govondasamy - Pakar Perubatan
(24) Brig Jen (Dr) Andrew Ng Wei Aun
(25) Brig Jen (Dr) Loh See Torng
Tentera Laut Diraja Malaysia
(1) Komodor Parvithran Krishnan Nettur (B) - mendiang
(2) Komodor Malcolm William Alvisse (B)
(3) Laksma Lim Say Kiang (B).
(4) Laksma Albert Thong Yin Shin (B)
(5) Laksma Ramachandran a/l Visvanathan (B).
(6) Laksma T.Thiruchandran a/l Thambipillay (B).
(7) Laksma Foong Soo Hoi (B).
(8) Laksma Dato' Nicholas Eugene Peterson (B)
(9) Laksma K. Arasaratnam a/l Kasinater (B).
(10) Laksma Dato' Tan See Ming (B).
(11) Laksma Dato Wah Yuen Wei (B).
(12) Laksma Dato' Subramaniam a/l Raman (B)
(13) Laksma K. Soundarajan a/l Kaliappan (B)
(14) Laksma Dato' Chin Yoon Chin (B)
(15) Laksma Datuk Kay Hai Thuan (B)
(16) Laksma Datuk Ong Thiam Hock (B)- jawatan terakhir ialah Timbalan IG ATM.
(17) Laksma Dato' Yeow Hui Siong (B)
(19) Laksma Ir Aw Teck Bin (B)
(20) Laksma Franklin Jeyasekhar Joseph (B)
(21) Laksma Dr Tay Yap Leong (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Selam dan Periok Api.
(22) Laksma Harisundar Rajoo - Pengarah Kanan Operasi dan Latihan.
(23) Laksma Ivan Mario Andrew - Timbalan Panglima Wilayah Laut II.
Tentera Udara Diraja Malaysia
(1) Brig Jen Dato' Huang Chew Siong TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Bantuan Udara.
(2) Brig Jen Datuk Richard Casimir Robless TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Panglima No 3 Div Udara.
(3) Brig Jen Dato' Soon Lian Cheng TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima Wilayah Udara.
(4) Brig Jen Dato' T. Parameswaran TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Timbalan Komander HQ IADS.
(5) Brig Jen Samsuri Welch bin Abdullah TUDM (B) - (nee: Samuel Ponniah Welch) - jawatan terakhir ialah Penasihat Pertahanan di USA.
(6) Brig Jen Datuk Toh Boon Fook TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima No. 1 Div Udara.
(7) Brig Jen Dato' Goh Seng Toh TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara.
(8) Brig Jen Dato' Loke Kok Yee TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima No. 3 Div Udara.
(9) Brig Jen Dato' Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (B)- jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara.
(10) Brig Jen Dato' Ranjit Singh Gill a/l Gurmukh Singh TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Panglima No. 2 Div Udara.
(11) Brig Jen Dato' Koh Kia Lim TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Inspektor Jeneral TUDM.
(12) Brig Jen Dato' Lau Kong Cheng TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Ketua Bahagian Bantuan, MOU.
(15) Brig Jen Dato' Lau Ing Hiong TUDM (B) - jawatan terakhir ialah IGTU.
(16) Brig Jen Dato' Sun Thong a/l Ah Kue TUDM (B) - jawatan terakhir ialah Timbalan Komander HQ IADS.
(17) Brig Jen Tan Chee Kee TUDM - Pengarah Penyiasatan Kemalangan Udara di Kementerian Pengangkutan.
(18) Brig Jen Tan Lai Hock TUDM - Komander PU Butterworth.
Rujukan tambahan:
www.apanama.blogspot.com
www.cpiasia.com
www.wikipedia.com
www.thestar.com.my
www.nstpi.com.my
POINT TO PONDER
Dalam sejarah Angkatan Tentera Singapura (SAF) yang berusia hanya 2 tahun lebih muda dari Angkatan Tentera Malaysia, hanya DUA orang sahaja bangsa MELAYU yang diberi peluang untuk kenaikan ke pangkat Brigedier Jeneral pada tahun 2009, hanya berlaku 48 tahun selepas penubuhannya.
Pada tahun 2009, Kolonel Ishak bin Ismail telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral dan beliau bersara pada tahun 2011. Beliau merupakan anak Melayu pertama mencapai pangkat tersebut dalam sejarah SAF. Beliau menyandang jawatan Komander Divisyen ke 6 Tentera Darat Republik Singapura (RSA).
BG Ishak Ismail (R) dan BG Fairoz Hassan
Pada 1 Julai 2025, Kolonel Fairoz bin Hassan menjadi anak Melayu kedua dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral. Beliau merupakan Komander Divisyen ke 9 RSA.
https://www.beritaharian.sg/singapura/kolonel-fairoz-hassan-catat-sejarah-brigedier-jeneral-melayu-kedua
https://www.thenutgraph.com/spore-military-appoints-first-malay-general/
No comments:
Post a Comment