kem paradise
Bagi Pegawai-pegawai Muda Pasukan Tentera Darat, Young Officers Tactic Course (OTC) atau YO All Arms Tactics Course (AATC) atau Kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP) di PULADA adalah kursus wajib. Pada penghujung tahun-tahun 1970an, terdapat juga pegawai-pegawai muda TUDM yang dipilih untuk mengikuti kursus ini bersama-sama rakan Tentera Darat mereka. Mereka yang terpilih ini lazimnya dari kalangan pegawai muda yang sedang menunggu (tempoh yang lama) untuk melapor diri ke kursus asas penerbangan di TUDM Alor Setar. Daripada melapor ke unit-unit tanpa apa-apa kemahiran/kepakaran dan jadi mangsa buli (ragging) seniors, lebih baik mereka dihantar berkursus.

Lt Kol Amir bin Baharudin yang lebih dikenali dengan gelaran 'Amir Guntur Kamparputra merupakan Komandan pertama Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud. Guntur bermaksud 'guruh' atau 'halilintar'. Manakala Kamparputra adalah kerana beliau berasal dari Kampar, Perak. Bayangkan bagaimana karektur seseorang yang mendapat gelaran seperti itu.


TJP37 dan MV Sang Fajar
Cerita menarik dari skot-skot mengenai pergerakan ke KK ialah, sebelum dihantar ke pelabuhan Klang (dari SPK), semua pegawai muda ini ditempatkan di Hotel Malaya KL untuk penginapan satu malam. Hampir 100% adalah budak kampong (walaupun antaranya pernah duduk di sekolah berasrama penuh) kali pertama menginap di hotel. Maka pada hari mereka bertolak, diberitakan pihak hotel mengadu kehilangan sebahagian besar dari tuala dari bilik-bilik hotel yang diduduki oleh pegawai muda ini. Malah ada antaranya yang cuba menyeludup keluar peti televisyen milik hotel ke KK. Nampaknya mereka ini berpandangan jauh. Agaknya kalau duduk dihotel di KK sebelum balik semenanjung, katil di hotel pun akan di'dismantled' dan dimasukkan dalam beg atau kotak untuk dibawa balik.
Sepanjang perjalanan mereka menjadi mangsa permainan (ragging) sang senior yang menjadi bertambah ganas akibat kebosanan dalam perut kapal. Keliling lautan luas manakala sebelah atas hanya langit yang tidak kelihatan kakinya. Siang malam pagi petang, dalam bilik, luar bilik mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah senior. Kehidupan semakin sukar. Mabuk laut akibat dihayun ombak Laut China Selatan (LCS) satu perkara, dihayun singa yang sedang mabuk pun satu lagi hal.
























AKHIRnya, walaupun PENULIS tidak pernah melalui pahit getir kehidupan di Kem Paradise Kota Belud, aku dapat juga menjejakkan kaki ke Kem Paradise ini. Pada 8 Ogos 2016, dalam salah satu siri lawatan kerja (semasa berkhidmat di Bahagian KOMLEK, MK ATM) aku berpeluang melangkah masuk ke Kem Paradise, Kota Belud walaupun dalam suasana yang berbeza.
KOTA BELUD dalam bahasa Bajau bermaksud Bukit Pertahanan. Diceritakan dahulunya berlaku pergaduhan di kalangan suku kaum atau antara kampung di sini. Kaum yang berjaya menduduki bukit ini mampu mempertahankan kemenangan.
Aku mula menggambarkan bagaimana rakan skotku pada tahun 1981 mengharungi kawasan, persekitaran dan suasana seperti ini.
(bayangkan kalau pegawai diperintah forward roll atau lompat katak dari bawah bukit naik ke mess)
Setiba di bilik kediaman; kami diagih kpd Coy latihan. Terkejut besar; bangunan kediaman kami terdiri bangunan zink @ ME Pike Hut - dinding, pintu, tingkap & bumbong daripada 'corrugated galvanised iron (CGI)', dan berlantai papan. Ia bukannya berek kayu seperti kediaman SPK. Begitu juga ciri tandas, ia berlantai konkrit dan tandas cangkung. Sebahagian besar bangunan dan fasilitas masih dlm progres akhir pembinaan oleh Tim Konstruksi RAJ.
4. Jangkamasa kursus selama 6 bulan. Seingatnya, tiada course break. Setiap hari yang berlalu bagaikan dunia mahu kiamat; tergesa-gesa, terkejar-kejar, haru biru, kacau bilau, konfius dan pelbagai riuh-rendah lain. Keadaan penuh gawat yang menyumbang kepada perumpamaan 'neraka dunia' adalah bilamana:
° Bekalan elektrik diperolehi dari generator sering mengalami litar pintas. Siswa kerap mengguna cahaya lilin bagi sudahkan kerja kursus (biasanya; military appreciation, order, map and model preparation). Panas siang dan malam umpama berada dalam ketuhar; dipanggang kiri, kanan, atas dan bawah.
° Tiada bekalan elektrik dan air ke tandas. Pakaian loreng tidak dibasuh sepanjang kursus (jika ada boleh dikira jari), cuma dicelup air parit bila ada air; jika tidak hanya jemur di ampaian.
° Separuh siswa mendapat katil double decker bertilam dan berbantal. Baki siswa tidor berlapikkan campbed robek yang usang/koyak atas lantai. Separuh berbantal; yg lain menggulung pakaian untuk dijadikan bantal.
° Tiada almari pakaian. Semua pakaian diperosok dalam kit bag dan beg awam.
° Selepas seminggu di STPM, kebanyakan tandas mula rosak dipenuhi najis. Siswa hanya 'mandi gaya P Ramlee', membuang air besar dan kecil di tepi parit-parit kecil dalam hutan di tepi berek.
° Siswa memakai panties pakai buang. Bisnis panties selalu out of stock di Kota Belud.
° Bau pakaian yang berpeloh dan bau badan memualkan tetapi hidung siswa tidak menghidu apa-apa kerana 'telah tersumbat'.
° Bangunan berbatu blok di tepi dewan makan dijadikan kelas JSPA dan dewan peperiksaan. Kerusi meja almost zero. Siswa berbaring kekanan, kekiri lurus dan ke depan dan ke belakang lurus semasa menjawab kertas soalan.
° Sajian harian tersedia di dewan makan rumah masak. Menu setiap hari tanpa extra messing. Tiada minuman sejuk kecuali bancuhan panas orange squash.
° Sesekali dapat minum air nenas panas RTBK yang dibancuh dalam bekas tin setinggi 3 kaki untuk tenaga dan melegakan tekak. Untuk mendapatkan isi nenas yang mendap dalam bekas; siswa menyeduk gunakan waterbottle cup; dengan mencelupkan tangan hingga ke pangkal ketiak lengan baju celoreng untuk dapatkan isi nenas.
° Tiada kenderaan untuk jurulatih dan siswa. Semua berjalan kaki pergi dan balik dari kem ke lokasi eksesais medan seperti latihan abseiling di menara Bomba Kota Belud, menembak Carl Gustav, eksesais pemusnahan JSPA, eksesais/geladi 'all 4 phases of war'. Hanya komandan mempunyai Land Rover tetapi selalunya berkuda padi.
5. Falsafah latihan STPM adalah "sebaik-baik kebajikan adalah latihan". Konfius sekejab. Itu sebabnya mungkin saya tidak dibenarkan balik semasa adik meninggal dunia akibat kemalangan. Jika balik juga; RTU. Ketat sungguh peraturannya; tiada runding mahupun budibicara.
6. Tidak menghairankan, latihan yang diterima persis seorang bakal komando; kerap merempoh halangan (scramble course), 'nampak langit; berlari', bernyanyi kuat bersemangat lagu tempur, ber-TTS di Kota Belud Airfield, biasanya sehingga waktu maghrib. Jika didenda; hukuman keras diterima secara kolektif (collective punishment). Inilah bentuk kebajikan dalam ertikata sebenar STPM.
7. Sepanjang 6 bulan juga siswa berhadapan dengan keperitan persekitaran dan eksesais-eksesais di lapangan, antaranya:
° Hampir setiap hujung minggu melaksana map reading (orienteering) siang dan malam dalam semua bentuk persekitaran - bukit, tebing tegak, paya, hutan dll. Latihan 'berkonsep mencari harta karun'; ikut arahan bertulis yang disembunyikan. Jurulatih tidak terlibat di lapangan. Mereka dibenarkan libur di Wisma/kediaman. Masa untuk rehat siswa pada hujung minggu sering diganggu dan dipenuhi dengan latihan-latihan luar rancana yang betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal (perkataan yang sering digendang-nobat oleh Komandan - mental and physical resiliance).
° Siswa tidak dapat merasai hidup berwisma. Jika 'tersesat dan bergentayangan berhampiran wisma', memang mencari nahas. Jurulatih yang rata-rata keluarganya di Semenanjung akan sering 'naik shiekh' bagai 'hendak makan orang' dan menganggap siswa bagaikan tawanan perang. Keadaan ini dikeranakan tiada hiburan yang ada di Kota Belud selain Pasar Tamu Mingguan Kota Belud dan panggung wayang koboi.
° Majoriti jurulatih agak bengis dan berbahasa keras kerana 'melayan stress' masing-masing. Pantang berdepan siswa pewai dan lembek, batang cangkul dan sitting stick hinggap di helmet. Ini menjadi fenomena biasa seolah-olah ia SOP yang membolehkan.
° Majoriti jurulatih terdiri pegawai married bachelor. Moral jurulatih terkesan. Keadaan lebih memburuk bilamana jurulatih juga letih dan stress dengan harrassment Komandan. Mereka juga kadang-kadang dilihat 'berlatih' di sirkit merempuh halangan. Bagi melampias stress jurulatih, jalan mudah melepas kemarahan adalah dengan 'berhibur' bersama para siswa. Ini merupakan kesan sampingan yang ditanggung dan diterima siswa.
° Proses melanyak-lumat mental dan fizikal begitu extreme. Teruknya rasa bagai hendak mati. Kebajikan kepada siswa kurang diberi keutamaan. Adalah tidak mudah mendapat Attend C jika sakit atau tidak sihat. Selalunya, BAT F 256 tertulis M&D. Tiada Pegawai Perubatan Tentera yang berani memberi Attend C. Ini mungkin antara sebab seorang skot dari Kor Renjer telah meninggal dunia akibat 'terkena pokok rengas'. Adalah percayai, beliau tidak diberi cuti sakit dan akhirnya melarat. Sebab-sebab kematian sebenar oleh BOI tidak dapat dipastikan.
° Siswa hanya layak bermimpi untuk bercuti hujung minggu atau berlibur. Jika tiada aktiviti latihan hujung minggu, siswa yang belum lulus ujian berlari tempur akan melaksana ujian. Ramai yang telah lulus ujian 5, 10 dan 15 km; tetapi ada siswa yang berterusan gagal ujian berlari 2 km dan masih gagal sampailah kursus tamat (dan berhutang hingga sekarang). Kesannya, siswa kategori gagal ini hanya dibenarkan berlibur di pekan koboi, Kota Belud. Saya salah seorang daripada mereka.
8. Saya umpamakan Kem Paradise sebagai penjara/lokap. Kem ini juga boleh diandaikan tempat ngeri persis 'neraka dunia'. Siksaan mental dan fizikal ke atas penghuninya amat keras. Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk, yang rata-rata berkesudahannya berupa azab bukannya kenikmatan.
9. Penjara yang terdiri warden-warden bermuka bengis serta 'lokap-lokap' kediaman yang panas, langsung tidak selesa dan sesuai seolah-olah Tuhan menunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam penjara dan lokap boleh diumpama manusia disiksa sementara menunggu dosa-dosa dihisab sebagai hukuman. Bangunan berek dan persekitaran kem sangat panas umpama tinggal dalam ketuhar, peluh meleleh 24 jam; tidak ada angin.
10. Penghuni sentiasa dalam tekanan, tidak tahu tarikh dan hari. Bagi yang tidak tahu malu, ada yang berbogel dan separuh bogel dgn 'seluar dalam wanita,(panties) yang dipakai buang'. Tempat makan, minum, berak, kencing, semua tidak selesa. Kepanasan gila membuatkan pakaian serta badan berbau busuk/ tengik, manakala ketiadaan air membuatkan dubur dibersihkan dengan kertas tisu. Kebanyakan tandas tersumbat. Pilihan yang ada, 'membuang dalam semak'.
11. Tompokan-tompokan najis manusia bertaburan di tepi-tepi parit yang separuh kering. Bekas/dulang bersisa makanan di dewan makan tidak dicuci dengan bersih. Dulang berminyak dibersihkan dengan hujung bawah baju celoreng sebelum makanan diambil.
Inilah realiti 'neraka dunia' STPM, Kem Paradise, Kota Belud bukannya cerita rekaan.....
12. Eksesais akhir paling ditunggu-tunggu oleh siswa. Ia bakal menentukan siswa yang lulus dan gagal. Kita akan melihat betapa gembiranya orang apabila dapat pulang dan keluar bebas dari penjara, yang diumpamakan seperti menunggu perhitungan dosa di Padang Mahsyar. Betullah cerita di Padang Mahsyar. Semua orang tidak kisah hal-hal orang lain. Diri sendiri sahaja paling penting. Rakan-rakan yang berbogel pun tak ada masa tengok dan fikir sebab takut dengan dosa-dosa sendiri.
13. Samalah seperti di dalam penjara; menunggu bila nama akan dipanggil untuk dikeluarkan dari 'neraka dunia' itu untuk di bawa ke syurga (balik ke pasukan). Kita boleh melihat betapa gembiranya orang yang dipanggil namanya untuk pulang dan betapa sedihnya orang yang menunggu tidak pasti bila nama mereka akan dipanggil. Semuanya berserah kepada Allah.
14. Ketahanan mental & fizikal paling dituntut. Bagi STPM, latihan itulah kebajikan yang mutlak. Sekeras mana latihan yang dihadapi oleh siswa; seteruk mana jurulatih turut 'dipaksa-berlatih sama', pengakhirannya mengesahkan bahawa STPM telah berjaya membentuk kualiti kepimpinan dan fizikal yang kental di kalangan siswa (dan jurulatih). Sifat-sifat ini merangkumi kejujuran, disiplin diri, motivasi, inisiatif, keberanian, dan keyakinan diri.
15. Persekitaran latihan di STPM, Kem Paradise, Kota Belud yang dirujuk sebagai 'Neraka Dunia' merupakan penyataan nakal siswa MAKP Siri 1/1981. Tak kenal maka tak sayang. Ternyata, neraka dunia inilah telah melahirkan sebahagian besar pemimpin tertinggi ATM ketika di kemuncak karier para 'Gunturian'. Terima kasih khusus buat Mej Jen Dato' Amir Baharudin @ Amir Guntur Kamparputra serta semua staf Jurulatih MAKP Siri 1/1981. Dirgahayu, Gunturian....
Nota:
Lagu Guntur Kamparputra adalah antara lagu tempur yg sentiasa dikumandangkan oleh siswa di STPM, Kota Belud. Ia dicipta oleh Lt Muda Mohd Rawa bin Hj Seman (bersara; Brigedier Jeneral), siswa MAKP Siri 1/1981. Ia dicipta semasa kami mengikuti kursus ini.
Berikut disertakan link; Melodi & Lagu Guntur Kamparputra dinyanyikan sendiri oleh Pak Guntur. Scene ini dirakam secara langsung oleh Skot Kapten Affendy bin Yahya (Bersara) semasa bertemu Pak Guntur di Bangkinang, Sumatra, Indonesia. Semangat weiii.....
Mohd Nordin TPK S
Tahun bila Kem Parasdise Kota Belud ditubuhkan?
ReplyDeleteKem paradise wujud sejak zaman British lagi. Tak diketahui tarikh sebenar ditubuhkan.
ReplyDeleteTuan, Sekolah Tempur Pegawai Muda telah ada sebelum 1981 lagi ke?
ReplyDeleteSebelum 1981, STPM ini dilaksanakan di PULADA Ulu Tiram, Johor.... selepas STPM Kota Belud ditutup, ia berpindah semula ke PULADA.
Delete