Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, July 4, 2014

AF 076: TRANSFORMING THE AIRFORCE

KUaSA UDARA 
KUaSA NEGARA

TRANSFORMING THE AIRFORCE   


TUDM MERENTASI ZAMAN 

Sejak ditubuhkan pada 1 Jun 1958 (yang saya secara peribadi tidak setuju dengan tarikh ini kerana seperti Tentera Darat dan TLDM, sejarah TUDM telah bermula sebelum Perang Dunia II) TUDM telah melalui pelbagai proses perubahan dan transformasi.

Sejarah TUDM bermula dengan penubuhan Straits Settlements Volunteer Air Force (SSVAF) pada tahun 1936 dan kemudian ditukar kepada Malayan Volunteer Air Force (MVAF) pada bulan Ogos 1940. Pada bulan Disember 1941, anggota MVAF mula digerakkan dan turut menyertai Tentera British dalam Peperangan Dunia II.

Bermula dengan sebuah organisasi kecil bernama Royal Federation Air Force (Tentera Udara DiRaja Persekutuan/TUDP) yang dianggotai oleh bekas pegawai dan anggota Tentera Udara DoRaja Britain (Royal Air Force) - sama ada rakyat tempatan atau rakyat British) TUDM telah meniti perubahan demi perubahan sehingga mencapai kedudukan sekarang.

Semasa Royal Malayan Air Force Ordinance diluluskan oleh Parlimen pada 2 Jun 1958, ia dipimpin oleh pegawai-pegawai yang dipinjamkan dari RAF. Mereka menggubal dasar-dasar Tentera Udara beesesuaian dengan keperluan operasi udara pada masa tersebut.

Sejak penubuhan di tahun 1958 hingga 1967 Ketua Turus Tentera Udara adalah dipinjamkan dari RAF, bermula dengan AVR Johnstone, dikuti oleh N.C. Hyde, J.N. Stacey, C.S. West dan M.S. Steedman.


Image result for bendera tudm

Seorang pemuda yang dilahirkan di Singapura bernama Sulaiman bin Sujak telah menyertai Malayan Volunteer Air Force di Singapura sebelum diserapkan ke dalam RAF dan bertugas di beberapa pangkalan udara British di UK, Afrika dan Cyprus. Dalam tahun 1966 ketika berusia 32 tahun, Sulaiman telah dijemput oleh Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu) untuk menyertai TUDP dan dinaikkan ke pangkat Squadron Leader dan menjawat Komandan Pangkalan Udara Alor Setar. Setelah melalui proses kenaikan pangkat yang begitu pantas (dalam tempoh setahun (1967) beliau telah dinaikkan pangkat sebanyak tiga kali; Wing Commander (1 Jan), Group Captain (1 Sep) dan Air Commodore (1 Okt) dan diamanahkan menjawat jawatan Ketua Turus Tentera Udara (KTTU) ketika berusia 33 tahun.

Image result for sulaiman sujak

Sulaiman Sujak (Marsyal Muda (Udara) Tan Sri Sulaiman bin Sujak) menempa sejarah sebagai anak Melayu pertama menjawat jawatan KTTU (sekarang dikenali sebagai PTU), anak Melayu pertama menyandang pangkat Sqn Leader, Wing Commander, Group Captain, Air Commodore dan Air Vice Marshall.

Ketika Sulaiman mengambil-alih kepimpinan, TUDM telah mempunyai pangkalan udara di Kuala Lumpur, Alor Setar, Kuantan Kuching dan Labuan.

Sepanjang tempoh 10 tahun Sulaiman memegang jawatan KTTU (1967-1976), TUDM dalam proses transition dari sebuah 'small air force' yang diurus secara langsung oleh pegawai RAF kepada proses peralihan pengurusan kepada sebuah oraganisasi yang ditadbir sepenuhnya oleh anak-anak tempatan. Bermula dengan pesawat-pesawat yang dihadiahi oleh Kerajaan British dan pesawat-pesawat 'second hand' seperti jet Tebuan dan pesawat angkut Caribou kepada permodenan angkatan udara dengan perolehan helikopter Nuri, C130H dan pesawat pejuang F5 Tiger.

Pada tahun 1969, TUDM mengungkap sejarah apabila mengambil-alih pentadbiran pangalan Udara Butterworth dari RAAF (Australia) diikuti dengan pembentukan pesawat pejuang supersonik jenis F5 Tiger yang dibeli dari Northrop Inc, USA di awal tahun 70an.

Era pengukuhan sistem pertahanan udara juga bermula di zaman pimpinan Sulaiman apabila Kerajaan membuat perolehan beberapa sistem Radar Marconi diikuti dengan pembukaan tiga buah Pusat Pertahanan Udara (PPU) di Butterworth, Bukit Jugra dan Kuantan.

Sebahagian besar peranan TUDM di zaman Sulaiman adalah membantu operasi Tentera Darat kerana waktu itu Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957) kemudiannya membentuk Malaysia pada tahun 1963 masih diselubungi peperangan insurgency untuk menghapuskan ancaman pengganas dari Parti Komunis Malaysia serta Kempen Ganyang Malaysia oleh Presiden Soekarno di Indonesia.

Bersesuaian dengan keupayaan aset TUDM pada masa itu, tumpuan operasi TUDM di zaman Sulaiman lebih bertumpu di kawasan Semenanjung Malaysia. Semua operasi udara dikawal oleh Markas Taktikal Udara atau Markas Udara (MARUD) di MINDEF, Kuala Lumpur.


Semasa Tan Sri Sulaiman Sujak menjadi KTTU aku masih belum berkhidmat dalam TUDM lagi. Bagaimanapun setelah beliau bersara, aku kerap dapat berjumpa dengan beliau kerana beliau jarang menolak jemputan dalam apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak TUDM. Setelah 40 tahun (1977 - 2017) bersara dari TUDM, beliau masih aktif dan kelihatan sihat.


Related image


Mohamed Taib (Almarhum Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohamed bin Taib TUDM) atau popular dengan panggilan Datuk Mat Taib mengambil-alih pucuk pimpinan TUDM pada 1 Jan tahun 1977 setelah Sulaiman meletakkan asas yang kukuh untuk membolehkan TUDM melonjak ke persada yang lebih tinggi.

Mat Taib seorang Juruterbang Angkut.

Mat Taib membuat penstrukturan organisasi sesuai dengan pembesaran TUDM dan memberikan tumpuan yang lebih menyeluruh ke seluruh negara.

Markas Udara dinaiktaraf menjadi Markas Besar Operasi Udara (MABES).
Operasi pangkalan udara di Semenanjung Malaysia di bawah pemerintahan Markas Wilayah Udara Satu (MAWILUD I).

Bagi memberikan tumpuan operasi yang lebih berkesan di Malaysia Timur, Markas Wilayah Udara Dua (MAWILUD I) ditubuhkan dan beribu pejabat di Kuching yang mengawal perintah pangkalan udara di Sabah dan Sarawak.

Markas Bantuan Udara (MABANUD) ditubuhkan bagi menguruskan dukungan logistik dan pelaksanaan latihan dan pendidikan dalam TUDM. Pada tahun 1985 Markas Grup Latihan Udara (MAGLAT) ditubuhkan di bawah naungan MABANUD.

Semasa pimpinan Mohamed juga (1979), gelaran pangkat dalam TUDM telah bertukar dari menggunakan panggilan pangkat Tentera Udara British kepada panggilan pemakaian pangkat Tentera Darat.

(1)   Pilot Officer kepada Leftenan Muda (Udara);

(2)   Flying Officer kepada Leftenan (Udara);

(3)   Flight Lieutenant kepada Kapten (Udara);

(4)   Squadron Leader kepada Mejar (Udara)

(5)   Wing Commander kepada Leftenan Kolonel (Udara)

(6)   Group Captain kepada Kolonel (Udara)

(7)   Komodor Udara kepada Brigadier Jeneral (Udara)

(8)   Naib Marsyal Udara kepada Mejar Jeneral (Udara)

(9)   Marsyal Udara kepada Leftenan Jeneral (Udara)

(10) Ketua Marsyal Udara kepada Jeneral (Udara)

Mohamed yang berasal dari Kelantan ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu sebelum menyertai TUDP juga membawa perubahan penukaran tatacara pemakaian pangkat TUDM. Amalan pangkat berbentuk embroided bar telah ditukar kepada pemakaian paku (pips), mahkota (crown) dan bintang (star) yang sama seperti pangkat Tentera Darat Malaysia (hanya saiznya yang kecil sedikit).

Selain dari perubahan struktur organisasi, semasa Mohamed memegang tampok, jawatan ini telah KTTU telah ditukar kepada PTU. Taraf jawatan PTU telah dinaikkan dari pangkat Mej Jen kepada Lt Jen.

Di zaman pimpinan Mohamed, TUDM menerima beberapa pesawat baru seperti Pilatus PC7, Aermacchi MB339A dan A4 Skyhawk.

Semasa Almarhum Datuk Mohamed bin Taib menjadi PTUlah aku memasuki perkhidmatan TUDM (1981). Kali pertama melihat wajahnya semasa aku menjalani latihan asas penerbangan (helikopter) di PULATIBANG 2, TUDM Kluang. Semasa almarhum bertolak ke UK pada bulan Ogos 1983 untuk mengikuti pengajian Sarjana dan seterusnya bersara dari TUDM aku masih lagi berpangkat Lt Muda (Udara) dan sedang mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik di ITU Kinrara.



Image result for tan sri mohamed ngah said

Mohamad Ngah Said (Almarhum Leftenan Jeneral Tan Sri Mohamad bin Ngah Said TUDM) memangku jawatan PTU pada 24 Ogos 1983 dan terus mengambil-alih jawatan pada bulan 1 Jan 1984 sehingga beliau bersara pada tahun 1989. Beliau lebih dikenali sebagai Tan Sri Mat Ngah juga memulakan kerjaya dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Pemerintahan Mohamad diakhiri dengan penutupan bab perang insurgency apabila Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan PKM ditandatangani.

Mat Ngah memulakan kerjaya sebagai Juruterbang Angkut sebelum bertukar kepada Juruterbang Helikopter. Pesawat Twin Pioneer yang diterbangkannya pernah jatuh terhempas dalam tahun 1962.

Mat Ngah membuat perubahan penstrukturan organisasi dengan mengasingkan fungsi operasi, bantuan dan latihan:

Markas Pemeritahan Pertahanan Udara (MPPU @ Markas HANUD) ditubuhkan bagi mengendalikan operasi pesawat pejuang, maritim dan radar pertahanan udara.
Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MABANUD) mengendalikan operasi pesawat angkut dan helikopter serta dukungan logistik.
MAGLAT dimansuhkan dan Markas Pemerintahan Pendidikan Udara (MARDIK) ditubuhkan secara mendiri dan beribu pejabat di Pulau Pinang untuk mengendalikan semua jenis latihan anggota TUDM kecuali Sekolah Pertahanan Udara.


Mohammad telah membuat perubahan pelarasan panggilan pangkat dalam TUDM seperti berikut (CONTOH): 'Kapten (Udara) Ali bin Abu Bakar' kepada 'Kapten Ali bin Abu Bakar TUDM'.

Semasa Almarhum Tan Sri Mohamed bin Ngah Said menjadi PTU aku sedang mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik di ITU Kinrara dan kemudiannya bertukar ke TUDM Kuantan. Ketika beliau bersara pada Mac 1990 aku bertugas di MK HANUD (MPPU) berpangkat Kapten TUDM.


Image result for Lt Jen Mohd Yunus Tasi TUDM

Mohd Yunus Tasi (Leftenan Jeneral Tan Sri Mohd Yunus bin Mohd Tasi TUDM) mengambil-alih jawatan PTU pada 19 Mac 1990 dan meneruskan legasi PTU sebelumnya.

Yunus seorang Juruterbang Angkut, dan sebahagian besar kerjaya terbangnya membawa pesawat di No 1 dan 4 Skn.

Perubahan budaya yang dibawa oleh Yunus semasa pemerintahannya ialah pertukaran pakaian warga TUDM dari warna 'light tan' kepada warna biru yang ada sekarang. Rekabentuk pangkat juga dari memakai 'pip/crown' dan kembali semula kepada 'embroided bar' seperti sebelum tahun 1982.


Projek perolehan beberapa pesawat baru seperti MiG29, F/A-18D, B200T dan Hawk dalam pakej pemodenan skuadron tempur TUDM bagi menggantikan pesawat Skyhawk dan Tebuan.

Semasa Tan Sri Mohd Yunus menjadi PTU aku bertugas di MK HANUD (MPPU) berpangkat Kapten TUDM, dan ketika beliau bersara aku bertugas di Bahagian Materiel sebagai PS2 SISMAT C dan baru sahaja dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM (mulai 1 Jun 1993).


Abdul Ghani Aziz (Leftenan Jeneral Tan Sri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM)  mengambil-alih jawatan PTU pada 19 Ogos 1993.

Abdul Ghani memulakan kerjaya TUDM sebagai seorang Juruterbang Helikopter sebelum bertukar ke pesawat Pejuang. Beliau pernah menerbangkan pesawat Alouette, Nuri dan F5E.

Abdul Ghani yang terkenal dengan ketegasannya telah membawa perubahan besar-besaran dalam organisasi TUDM. Dari organisasi berbentuk decentralised power kepada centralised power. Kewujudan Markas-markas seperti HANUD, MABANUD dan MARDIK dimansuhkan. Semua kawalan operasi dan bantuan operasi TUDM di pusatkan di Markas Tentera Udara diketuai oleh Ketua Staf Operasi (KSO). Beliau dibantu oleh dua Brigadier Jeneral Staf (BJS) yang masing-masing mengetuai Bahagian Operasi Bahagian Bantuan.

Semua Pegawai memerintah Skuadron Penerbangan/Pertahanan Udara bertanggungjawab terus kepada Panglima Divisyen masing-masing.

Empat buah Divisyen Udara dibentuk:

(1)   No 1 Divisyen Udara: Kesiapsiagaan tempur dan pertahanan udara (semua skuadron pejuang, maritim dan pertahanan udara)

(2)   No 2 Divisyen Udara: Kesiapsiagaan bantuan tempur dan latihan (semua skuadron airlift, helikopter dan lathan).

(3)   No 3 Divisyen Udara: Bantuan logistik dan senggaraan (semua depot logistik, depot senggara dan depot peluru).

(4) No 4 Divisyen Udara: Assigned Forces yang ditempatkan di TUDM Labuan.
Semua pentadbiran pangkalan ditadbir terus oleh MTU (Bahagian Bantuan). Peranan Komander Pangkalan hanyalah seperti Komandan Kem/Stesen sahaja.

Period Abdul Ghani juga memperlihatkan banyak pertukaran jenis (material/warna) dan perubahan tacara berpakaian dalam TUDM yang melibatkan Bush Jacket, Ceremonial Dress, Mess Kits dan Service Dress.


Penerimaan pesawat-pesawat baru seperti Hawk, F/A-18D, MiG-29, B200T dan Radar Martello.

Aku pernah berkhidmat di bawah naungan beliau di MK HANUD (MPPU). Ketika aku melapor diri ke MPPU pada bulan Julai 1989 dan masih berpangkat Lt TUDM (baru tamat pengajian di ITM), beliau adalah Panglima Pertahanan Udara. Kenaikan pangkatku ke Kapten TUDM disempurnakan sendiri oleh beliau di MPPU. Ketika beliau dilantik menjadi PTU, aku bertugas sebagai bersara aku bertugas di MTU-Materiel berpangkat Mejar TUDM. Beliau telah meluluskan permohonanku untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di ITM pada bulan Jun 1994. Ketika beliau bersara pada Ogos 1996 aku baru tamat belajar di ITM dan baru dua bulan melapor diri bertugas di MTU-Materiel.



Ahmad Saruji Che Rose (Jeneral Tan Sri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM) mengambil-alih jawatan PTU pada 10 Ogos 1996. Semasa pimpinan beliau taraf jawatan PTU telah dinaikkan ke pangkat Jeneral penuh (empat bintang).

Mat Saruji seorang Juruterbang Helikopter dan terlibat menerbangkan pesawat Nuri dalam operasi insurgensi dalam tahun 60an dan 70an.

Perlantikan beliau sebagai PTU agak pantas. Pada hujung tahun 1992 beliau dinaikkan pangkat Brig Jen TUDM dan beberapa bulan kemudian mengikuti kursus di NDC India selama setahun. Sepulangnya dari kursus beliau terus mengisi kekosongan jawatan TPTU dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM.

Mat Saruji meneruskan agenda PTU sebelumnya dengan memantapkan lagi struktur organisasi yang baru dilaksanakan. Beliau membuat beberapa pelarasan di beberapa bahagian bagi mempastikan ia lebih efektif dan effisyen. Beliau juga membuat perubahan penyesuaian semula tatacara berpakaian untuk pegawai khususnya pemakaian Pakaian No 1 (dari peak cap kembali memakai songkok) dan No 2 (dari gaya service dress + beret kembali kepada Pakaian No 2 yang asal sebelum 1994.

Dalam usaha  untuk memperkukuhkan organisasi TUDM di semua peringkat anggota, Ahmad Saruji menekankan konsep 'Back to Basic' dari aspek pengamalan dasar dan budaya  kerja. Salah satu pelaksanaan konsep back to basic ini ialah tiada tanaman tambahan di atas tanah di dalam kem selain pokok kayu asal (yang ditanam di bawah projek Pangkalan) dan rumput. Beliau tidak mahu melihat pokok pisang, bunga, satur-sayuran, serai, buah-buahan dan sebagainya di tanam di dalam kawasan rumah keluarga atau pejabat. SEMUA mesti ditebang dan dibersihkan.

Di zaman pimpinan Ahmad Saruji, TUDM mula melaksanakan program Kontraktorisasi ke atas beberapa sistem senggaraan aset 'special to air' TUDM mengikut 5 kategori teras:

(1)   Senggaraan Sistem Mekanikal dan Aeronautikal Pesawat- AIROD Sdn Bhd

(2)   Senggaraan Sistem Avionik dan Ground Elektronik - ZETRO Services Sdn Bhd.

(3)   Senggaraan Safety and Survival Equipment (SSE)- Satang Jaya Sdn Bhd (kini Destini Prima).

(4)   Senggaraan Pesawat Rusia - Aerospace Technology System Corporation.

(5)  Senggaraan Air Ground Support Equipment (AGSE) and Air Specialist Vehicle (ASV) - ATSC Sdn Bhd - selepas 3 tahun kontrak ini ditamatkan.


Semasa di bawah pimpinan beliau TUDM menerima beberapa pesawat baru seperti CN235 dan Global Express.

Semasa Tan Sri Ahmad Saruji menjadi PTU (Ogos 1996) aku bertugas di MTU Materiel berpangkat Mejar TUDM, dan ketika beliau bersara pada Jun 2001, aku bertugas di Perbendaharaan Malaysia dan masih berpangkat Mejar TUDM.

Image result for jen tan sri Nik Ismail PTU

Suleiman Mahmud (Jeneral Tan Sri Suleiman bin Hj Mahmud TUDM) mengambil-alih jawatan PTU pada 12 Jun 2001.

Sulaiman seorang Juruterbang Angkut.

Semasa pimpinan beliau, usia persaraan dinaikkan dari 55 tahun kepada 56 tahun. 

Suleiman membuat kajian semula secara menyeluruh penstrukturan organisasi tahun 1993/94 dan seterusnya  membuat penstrukturan semula yang dipanggil Penstrukturan Organisasi Alaf Baru. Organisasi yang berbentuk centralised command (diperkenalkan di zaman Abdul Ghani Aziz) telah diubah kembali kepada decentralised command.

(1)   Markas Operasi Udara mengandungi:
        
        (a)   No 1 Divisyen Udara (Semenanjung Malaysia), dan
        (b)   No 2 Divisyen Udara (Sabah/Sarawak).

(2)   Markas No 3 Divisyen Udara ditukar menjadi Markas Logistik Udara.

(3)   Markas Pendidikan Udara diwujudkan semula.
Semasa Tan Sri Suleiman Mahmud menjadi PTU aku bertugas sebagai Pegawai Khas TUDM di Perbendaharaan Malaysia berpangkat Mejar TUDM, dan masih bertugas di situ ketika beliau bersara pada Mac 2003. 

Image result for jeneral abdullah ahmad

Image result for jeneral abdullah ahmad

Abdullah @ Dollah Ahmad (Jeneral Tan Sri Abdullah bin Hj Ahmad TUDM) mengambil-alih pucuk pimpinan TUDM pada 4 Mac 2003. Pimpinan Abdullah yang singkat (hanya satu tahun satu bulan dan satu hari) tidak membolehkan beliau membuat banyak perubahan. Beliau meneruskan usaha memperkukuhkan Organisasi Alaf Baru yang baru dilaksanakan.

Abdullah seorang Juruterbang Helikopter dan kemudiannya bertukar kepada pesawat Pejuang, dan pernah menerbangkan pesawat Alouette, Tebuan dan F5E.

Beliau dengan nama popularnya Dolah Nasution juga terkenal sebagai 'devil pilot' atau juruterbang berani mati. Walaupun telah berpangkat Jeneral 4 bintang, masih mampu dan berani melakukan aksi-aksi penerbangan yang membahayakan secara solo khususnya pesawat Alouette.

Abdullah menerajui TUDM selama 1 tahun 1 bulan 1 hari.

Semasa Tan Sri Abdullah Ahmad menjadi PTU aku bertugas sebagai Pegawai Khas TUDM di Perbendaharaan Malaysia berpangkat Mejar TUDM, dan baru bertukar sebulan ke MTU-Materiel ketika beliau bersara pada Mac 2004. Semasa beliau mempengerusikan Lembaga Udara terakhir sebelum bersara, beliau telah meluluskan pangkat aku ke Pemangku Lt Kol TUDM.

Beliau sangat peramah, walaupun aku tidak pernah berkhidmat di bawah naungan beliau, aku pernah menghadiri mesyuarat yang beliau pengerusikan semasa aku bertugas di DTU-Latih (1992) dan beliau adalah Komandan SPK TUDM. Semasa aku diberi kelulusan untuk mengikuti kursus ijazah di ITM, beliau adalah Pengarah Latih.



Nik Ismail (Jen Tan Sri Nik Ismail bin Nik Mohamed TUDM) menerajui TUDM mulai 4 April 2004 untuk tempoh 3 tahun. Beliau tidak mencipta legasinya sendiri kerana memberi tumpuan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kewibawaan TUDM. Di zaman Nik Ismail tiada pertambahan aset baru.

Nik Ismail seorang Juruterbang Pejuang dan Angkut, dan pernah menerbangkan pesawat Tebuan, F5E dan Skyhawk serta beberapa pesawat VVIP.

Pada zaman pimpinan Nik Ismail, beliau membuat sedikit perubahan pemakaian apoulette pangkat pegawai kanan berpangkat Brig Jen ke atas daripada cara British (embroided bars) kembali kepada lambang, bintang dan crown sebagaimana yang digunakan antara 1983 hingga 1993). Untuk pegawai berpangkat Kolonel TUDM ke bawah masih mengekalkan apoulette jenis embroided.

Semasa Tan Sri Nik ISmail menjadi PTU aku baru sahaja dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan bertugas sebagai PS1 SISMAT di MTU-Materiel dan ketika beliau bersara pada Okt 2006 aku bertugas sebagai PS1 Kontrak.




Azizan Ariffin (Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM) mengambil-alih pucuk pimpinan TUDM pada 30 Oktober 2006.

Azizan ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) kemudiannya menjadi seorang Juruterbang Angkut, dan sebahagian besar kerjaya terbangnya membawa pesawat VVIP di No 2 Skn


Azizan memulakan agenda pemerintahan dengan melaksanakan penyiasatan dan pembersihan besar-besaran ke atas penyelewengan dalam pengurusan logistik. Hasil siasatan memperlihatkan sejumlah pegawai yang agak besar (hingga ke pangkat Brig Jen TUDM) telah ditamatkan perkhidmatan atas alasan salahlaku pengurusan.




Di zaman pimpinan Azizan TUDM menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 50 tahun (1 Jun 2008). Dengan penambahan aset tempur yang baru iaitu pesawat pejuang SU30, keupayaan TUDM sebagai 'air superiority' dilihat semakin gah di mata masyarakat.


Azizan telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pegawai TUDM yang pertama diberi kepercayaan menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera pada bulan 1 Sep 2009. Beliau mengambil alih jawatan PAT dari Jen Tan Sri Abdul Aziz bin Zainal.


 


Kenaikan pangkatku ke Lt Kol TUDM disempurnakan oleh Azizan semasa beliau menjawat jawatan TPTU pada bulan April 2004. Semasa Tan Sri Azizan menjadi PTU aku adalah PS1 Kontrak  dan kemudiannya ditukarkan ke MLU pada Apr 2007 untuk mengambil-alih jawatan PS1 Pembaikan. Semasa beliau menjadi PTU juga aku dinaikkan ke pangkat Kol TUDM. 


Image result for jeneral tan sri rodzali bin daud TUDM

Rodzali Daud (Jen Tan Sri Dato' Sri Haji Rodzali bin Daud TUDM) atau Tan Sri Rod mengambil alih jawatan PTU dari Azizan pada 1 Sep 2009 apabila Azizan dilantik menjadi Panglima ATM (PAT). Rodzali meneruskan agenda Azizan dengan memperkemaskan sistem pengurusan.

Rodzali seorang JuruterbangPejuang, dan pernah menerbangkan pesawat F5E, Skyhawk, Aermacchi dan MiG-29.

Rodzali mengambil cogankata 'SATU PERKHIDMATAN, SATU VISI DAN SATU MISI' sebagai landasan kepimpinannya.


Melihat kepada peranan TUDM yang telah memasuki era Dimensi Keempat dalam tahap transformasi ATM serta Program Transformasi Nasional, beliau memperkenalkan konsep Air Force Next Generation bagi menaikkan nama TUDM di mata masyarakat. Bersesuaian dengan perkembangan bidang teknologi dan ITC, TUDM perlu mengambil inisiatif untuk menarik generasi baru, khususnya Gen Y yang mana jiwa patriotism jadi semakin pudar.

 

Semasa pemerintahan Rodzali, imej TUDM melalui zaman getir apabila pecah berita kehilangan 2 buah enjin pesawat F5E di Depot TUDM. Penyiasatan bukan sahaja melibatkan pasukan Provos dan PDRM, bahkan hingga ke peringkat PAC Parlimen Malaysia.

Di akhir tempoh pimpinan beliau, Rodzali telah memperkenalkan penjenamaan struktur organisasi baru TUDM bersesuaian peranan TUDM serta ATM masa kini:

(1)   Markas Pemerintahan Operasi Udara MOU) yang mengandungi:
        (a)   Markas Wilayah Udara I (MAWILUD I)
        (b)   Markas Wilayah Udara II (MAWILUD II)

(2)   Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MBU);

(3)   Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU); dan

(4)   Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TUDM (dalam perancangan)
Semasa Tan Sri Rodzali Daud menjadi PTU pada Sep 2009 aku masih bertugas di MLU sebagai KSK. Pada awal 2011 aku ditukarkan ke Tim Nukleas MTU-BPS yang baru sahaja ditubuhkan. Pada Feb 2012  beliau meminta aku kembali ke MLU untuk misi menyelesaikan masalah dalaman dan bertukar ke MTU-Materiel pada Ogos 2014 sebagai Pengarah Materiel.  Aku diberitahu ini adalah sebagai succession planning dan proses peralihan kuasa Materiel yang akan berlaku pada Ogos 2015. Aku masih di situ semasa beliau bersara pada Sep 2014.




Pada 12 Sep 2014,  Roslan Saad (kemudiannya Jen Tan Sri Dato Sri Roslan bin Saad TUDM) pula mengambil alih pucuk pimpinan TUDM.

Roslan seorang Juruterbang Angkut, dan sebahagian besar kerjaya terbangnya membawa pesawat VVIP di No 2 Skn


Beliau telah memilih 'KITA ADALAH SATU' sebagai cogankata kepimpinannya berlandaskan konsep kesepaduan dan kebersamaan dalam setiap pelaksanaan fungsi dalam perkhidmatan.


Image result for roslan saad tudm

Bersesuaian dengan visi dan misi TUDM serta konsep AFNG yang termaktub dalam RMAF Transformation Plan, apa yang amat diharapkan oleh seluruh warga TUDM bukanlah pelbagai Teori dan Slogan yang menyeru kepada KERJASAMA seluruh warga TUDM untuk menjayakan misi dan visi dan pencapaian OBJEKTIF dan KPI, tetapi melaksanakannya mengikut apa yang dirangkakan.

Dikatakan bahawa beliau ini amat teliti sehingga tugas-tugas yang selama ini dilakukan oleh pegawai berpangkat satu atau dua bintang telah diambil alih. Antara tugas penting yang diambil alih oleh beliau semasa menyandang jawatan PTU ialah sebagai Ketua Editor Majalah Air Force Digest.


Roslan merupakan PTU yang pertama mendapat perkenan Agong untuk melanjutkan perkhidmatannya selama 6 bulan

Semasa Tan Sri Roslan menjadi PTU kerjaya aku dalam Cawang Materiel menjadi gelap gelita. Rancangan PTU sebelumnya dirombak. Pada bulan Mac 2015 iaitu 5 bulan sebelum AKS Materiel bersara, aku ditukarkan ke MK ATM. Kerjaya aku dipaku terus di dalam stor penyejuk. Satu demi satu Kolonel TUDM dalam Cawang Materiel (sehingga 4 orang) Kolonel yang lebih junior dari aku dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM, aku kekal dengan pangkat yang ada melihat semuanya berlaku. Malah sebagai calon simpanan pun tiada. Pastinya, nama aku (bukan keupayaanku) adalah bukan pilihan beliau. Aku redha dengan ketetapan Allah kerana sebagai PTU dia berkuasa menentukan pilihannya. Hanya Allah dan beliau yang tahu. Pangkat dan darjat hanyalah permainan duniawi. Mesti ada hikmahnya.


Pada 21 Dis 2016, Affendi Buang (Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM) mengambil alih jawatan PTU dari Roslan.

Affendi seorang Juruterbang Pejuang, dan sebahagian besar kerjaya terbangnya bertugas di PU Kuantan menerbangkan pesawat Aermacchi, Skyhawk dan MiG-29. Dalam tahun 1988, sebuah pesawat MiG-29 yang dipandu oleh Affendi telah jatuh terhempas di kawasan hutan Pahang dan beliau terselamat apabila ejection seatnya dapat berfungsi dengan baik.



IMG 20161221 WA0011   
Image result for panglima tentera udara

Dalam ucapan ulungnya Affendi menjadikan KEADILAN dan KESAKSAMAAN.  Pelaksanaannya amat diharapkan oleh warga TUDM khususnya warga elemen BANTUAN yang menjadi tulang belakang kejayaan OPERASI TUDM.

Affendi memulakan langkan kepimpinannya dengan merangka pelan jangka masa panjang TUDM yang dinamakan Capability Development 55 (CAP 55).

Pelan untuk jangka masa 35 tahun itu bertujuan memperkasakan keupayaan berkhidmat seperti yang termaktub dalam Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF), yang lebih fokus kepada pembangunan keupayaan.

Ia bagi memastikan TUDM kekal progresif untuk 35 tahun lagi, iaitu hingga tahun 2055, dari aspek pemodenan aset dan pembangunan modal insan buat negara.
Pelan itu akan juga diimbangkan antara keperluan operasi dan perbelanjaan pertahanan, memandangkan isu kewangan pada masa ini. Ia juga untuk memastikan pelaksanaan operasi yang sinergetik di antara ketiga-tiga badan ketenteraan iaitu udara, laut dan darat. 


Image result for bendera tudm

No comments:

Post a Comment