Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, August 28, 2017

AF111 ABDUL RAHMAN RAIS: JENERAL BERHATI LUHUR




JENERAL BERHATI LUHUR
ALMARHUM BRIG JEN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHD RAIS TUDM


Almarhum Brigedier Jeneral Haji Abdul Rahman bin Mohd Rais adalah Assisten Ketua Staf Materiel yang ke 6 sejak jawatan tersebut diwujudkan pada tahun 1980. Semasa jawatan ini diwujudkan, ia dinamakan Assisten Panglima Tentera Udara (APTU) Bekalan dan Wang atau ASBEK. Pada tahun 1990 ia ditukar menjadi APTU Materiel dan pada tahun 1999 jawatan ini dijenamakan sebagai Assisten Ketua Staf Materiel.

Ketika memakai uniform tentera Brig Jen Abdul Rahman menggunakan name tag "ABDUL RAHMAN". Manakala dalam surat menyurat rasmi, beliau menggunakan nama "ABDUL RAHMAN RAIS".

Kerana sifat kebapaannya, di belakang beliau pegawai-pegawai Material memanggilnya dengan nama mesra "Pak Rahman" (bunyinya Pak Raman). Mungkin kerana beliau merupakan graduan SESKO-AU Bandung.

Bagaimana timbul idea untuk menulis tentang almarhum ini?. Kebetulan saya baru beberapa minggu add in Kol Amer Mahmud dan Aref Zaharin (anak kedua dan ketiga almarhum) dalam senarai facebook friends. Selepas mengikuti  posting beliau, banyak gambar-gambar semasa beliau masih kecil bersama ayah dan ibunya. Lalu terlintas dalam fikiran saya untuk menulis sesuatu, seperti yang saya pernah buat untuk dua mantan PTU (almarhum Datuk Mohamed bin Taib dan almarhum Tan Sri Mohamed bin Ngah Said). Lalu saya meminta Amer mendapatkan gambar-gambar portrait almarhum semasa berpangkat Brig Jen. Amat sukar memperolehi gambar-gambar ini dari rekod TUDM. Setelah endapat beberapa gambar, aku pun mula menulis berasaskan biodata almarhum (dari rekod TUDM) dan pengalamanku semasa berkhidmat di bawah almarhum.

Abdul Rahman dilahirkan di Kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat Johor pada 3 Sep 1943. Dari gaya percakapannya, almarhum berketurunan Jawa (seperti saya juga). Tetapi sepanjang saya mengenalinya, almarhum tidak pernah cakap Jawa. Cuma sesekali sahaja dalam bentuk gurauan. Kalau mengikut apa yang saya tahu, majority penduduk perkampungan Belahan Tampok ini adalah dari keturunan Bugis.

Almarhum mendapat didikan awal di sekolah rendah di kampung tersebut dan Sekolah Tinggi Batu Pahat (perlu pengesahan). Lantaran keputusan peperiksaan yang cemerlang, almarhum telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 Sains di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada tahun 1958.  Kalau mengambil kira STAR dibuka pada bulan Januari 1957, almarhum merupakan intake kedua sekolah tersebut.

Almarhum pernah bercerita kepada saya megenai kehidupannya semasa zaman persekolahannya di STAR Ipoh. Waktu itu sekolah berasrama penuh amat sedikit. Di awal tahun 60an, selain dari MCKK Kuala Kangsar dan TKC Seremban hanya ada 5 lagi SBP di Malaysia ketika itu, iaitu SDAR Seremban, STAR Ipoh, STF JB, SSAH Jira dan SAS Cheras. Ketika cuti sekolah pelajar akan menaiki keretapi untuk pulang ke kampung. Almarhum akan naik di Stesen Ipoh dan turun di Stesen Kluang. Bila sampai di Seremban, pelajar TKC yang pulang ke selatan akan naik. Masa inilah pelajar-pelajar SBP lelaki dari sebelah utara seperti MCKK dan SAS akan berentap menunjuk bakat masing-masing untuk berjinak dengan pelajar TKC. Kadang, almarhum akan singgah dan menginap di rumah kawan-kawan sebelum pulang ke kampung.

Semasa di STAR, almarhum sangat aktif dalam bidang sukan. Almarhum merupakan seorang pemain Kriket yang cekap. Almarhum pernah mewakili Negeri Perak dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Setelah berkhidmat dalam TUDM, almarhum juga pernah mewakili pasukan Kriket ATM dan pernah merangkul juara kebangsaan.

Almarhum lulus peperiksaan MCE dari STAR pada tahun 1959 dan peperiksaan HSC pada tahun 1961. Menurut cerita almarhum, selepas tamat HSC almarhum bekerja di sebuah syarikat perlombongan di Ipoh sebelum sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet  di Federal Military College pada 4 Sep 1964.

Abdul Rahman ditauliahkan ke pangkat Pilot Officer pada 17 Feb 1965 dan almarhum memulakan kerjaya dalam TUDM sebagai Air Movement Officer di Pangkalan TUDM Labuan mulai 1 Jan 1966 hingga 30 Jun 1967. Semasa di Labuan beliau mengikuti Kursus Fund Regiment (1966).  Pada 1 Ogos 1967 almarhum ditukarkan ke Pangkalan TUDM Kuala Lumpur untuk menjawat tugas sebagai Senior Air Movement Officer (SAMO).

Pada 1 Oktober 1967 Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Flying Officer dan pada 10 Julai 1968, almarhum dinaikkan ke pangkat Flight Lieutenant . Almarhum mengikuti Young Officer Ordnance Course di Army Ordnance School pada tahun 1968. Seterusnya pada 30 Sep 1968 almarhum bertukar jawatan di unit yang sama sebagai O i/c Stock Control and Accounting Flight (SCAF) dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Cawang Bekalan (OC Supply) pada 31 Mac 1969.

Almarhum melangsungkan perkahwinan dengan Puan Noraini binti Mohd Yunus, seorang pendidik (guru) berusia 21 tahun yang berasal dari Batu Gajah, Perak pada tahun 1966. Ketika itu almarhum berusia

Pada 1 Nov 1969 almarhum ditukarkan ke Pangkalan TUDM Kuantan untuk memegang jawatan Ketua Cawang Bekalan sehingga 25 Feb 1971. Dari TUDM Kuantan, almarhum kembali ke Kuala Lumpur, ditukarkan Markas Udara  pada 21 Sep 1971 untuk menjawat Staff Officer 3 (SO 3) Equipment dan kemudian dinaikkan ke pangkat Squadron Leader pada 7 Jan 1972 untuk ditukarkan ke jawatan SO2 Supply/Finance di Markas yang sama.

Pada pada tahun yang sama, Abdul Rahman berpeluang berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan (DA) di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, Canada. Penyandang jawatan tersebut turut membuat tugas sebagai Supply Liaison Officer (SLO) yang menguruskan dukungan logistik pesawat TUDM kerana pada waktu itu Malaysia mempunyai beberapa buah pesawat yang dibeli dari Canada seperti Caribou dan Tebuan. Almarhum menamatkan tugas di luar Negara pada bulan Mei 1975. Sepulangnya dari Canada almarhum ditumpangkan ke jawatan Principal Supply Control Officer (PSCO) di Depoh Bekalan (DEBEK) TUDM di TUDM Kuala Lumpur dan diukarkan pada 25 Mac 1976.

Seterusnya almarhum berpindah tugas ke Bahagian Turus Tentera Udara (BTTU) sebagai Pegawai Turus 2  Bekalan 3 (PT 2 Bek 3) pada 25 Okt 78), kemudiannya ke jawatan PT2 Bek 2B pada 10 Mac 79 dan kembali ke DEBEK pada 27 Ogos 79 untuk menjawat jawatan PSCO untuk kali kedua. Pada masa itu, PSCO merupakan satu jawatan yang terkanan di DEBEK selepas jawatan Pegawai Memerintah. 

Pada 1 Jul 1980 almarhum dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel (Udara) untuk menyandang jawatan Pegawai Turus 1 Pembelian (PT 1 Beli)  di BTTU. Seterusnya pada 16 Okt 1980, almarhum dilantik menjadi Pegawai Memerintah DEBEK, sehingga 1 Jan 1983 sebelum bertukar ke Markas Bantuan Udara (MABANUD) sebagai Pegawai Turus Kanan (PTK) Bekalan. 

Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Kolonel (Udara) pada 10 Apr 1984 dan dilantik menjadi Ketua Staf Bantuan, Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MK HANUD).

Abdul Rahman dilantik menjadi Pengarah Materiel pada 7 Julai 89,  dan memangku jawatan APTU Materiel dari 1991 hingga 15 Feb 92 apabila APTU Materiel ketika itu bercuti atas urusan mahkamah. Berlaku isu kepercayaan oleh pucuk pimpinan TUDM ke atas kewibawaan kepimpinan Materiel. Mulai Feb 1992 hingga Jun 1993, jawatan APTU Materiel disandang oleh pegawai dari luar Cawangan Materiel, iaitu Brig Jen Dato' Tunku Jaafar Laksamana TUDM (Juruterbang) dan Brig Jen Dato' Wan Abdul Majid bin Abdullah TUDM (Kejuruteraan).

Setelah krisis kepimpinan Materiel dipulihkan pada pertengahan tahun 1993, terdapat persaingan untuk memilih APTU Materiel. Kedua-dua pegawai Materiel yang berpangkat Kolonel pada masa itu, iaitu Kol Richard Robless (Kol: 24 Mac 1984) dan Kol Abd Rahman (Kol: 10 Apr 84). Kepimpinan TUDM telah melantik Richard Robless menjadi APTU Materiel pada dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM mulai 15 Feb 1992.

Pada 16 Feb 1992, almarhum dilantik menjadi Pegawai Memerintah Pusat Materiel Udara (PMU, dulunya DEBEK). Jawatan Pengarah Materiel diambil-alih oleh Kol Ahmad Haidir bin Mohd Yusof TUDM.

Kerjaya almarhum mencapai kemuncaknya apabila almarhum kembali ke DTU untuk menyandang jawatan APTU Materiel pada 1 Jun 93. Almarhum dinaikkan kepangkat Brigedier Jeneral TUDM pada 8 Jan 94. 

Almarhum Brig Jen Abdul Rahman bin Mohd Rais TUDM bersara secara pilihan pada 4 Sep 1996 ketika berusia 53 tahun. Almarhum menyerahkan jawatan APTU Materiel kepada penggantinya, Brig Jen Mohd Idris bin Saman TUDM. 23 tahun.



menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada penggantinya

Menerima Tabik Hormat semasa Perbarisan Persaraan di PU Labuan

Dalam salah satu perbualan dengan saya dengan almarhum di pejabatnya sebelum beliau memulakan cuti sebelum persaraan , almarhum menyatakan bahawa beliau bersara awal adalah untuk memberi laluan kepada Kol Mior Azam atau Kol Mohd Idris (hanya dua pegawai Materiel berpangkat Kolonel masa itu) berpeluang mendapat kenaikan pangkat. Ketika itu, ada ura-ura bahawa PTU pada masa itu mahu melantik Kol Soon LC menjadi APTU Materiel. Almarhum menemui PTU dan juga PAT pada masa itu, jika bukan Kol Mior Azam atau Kol Mohd Idris yang mengambil alih tempat beliau, beliau akan menarik semula permohonan persaraan awalnya.

Pada waktu itu, saya hanya berpangkat Mejar, kurang mengerti maksud yang tersirat kenapa almarhum mengambil keputusan itu. Setelah mencapai ke tahap sekarang baru saya memahami betapa luhur dan mulianya hati almarhum. Almarhum tidak tamak atau gila jawatan dan kuasa. Walaupun baru 2 tahun menyandang pangkat Brig Jen dan memegang jawatan APTU Materiel, satu jawatan tertinggi dalam Materiel pada masa itu) almarhum dengan hati terbuka mahu membuka jalan kepada pegawai bawahannya untuk sama merasai nikmat Allah.

Berbeza dengan sebahagian pegawai-pegawai kanan sekarang yang terlalu sayangkan jawatan dan kuasa, bertapak bertahun-bertahun, enggan memberi laluan kepada orang lain. Malah ada yang merasa dirinya amat penting sehingga minta (merayu-rayu) untuk menambah tempoh perkhidmatan melebihi usia persaraan, seolah-olah orang lain tidak ada kemampuan menjalankan tugas yang dibuatnya.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau berpeluang menghadiri pelbagai kursus ikhtisas, staf dan pengurusan seperti di dalam dan luar negara seperti Fund Regiment Course (1966), Weapon and Space Orientation, Squadron Officer Course dan Special Air Operations Course, di USA (1971), Kursus Staf di Sekolah Staf dan Komando Angkatan Udara (SESKO-AU) Bandung, Indonesia (1975).  Beliau juga berpeluang mengikuti kursus Diploma in Management Studies selama setahun di University of Manchester Institute of Technology and Science (UMIST), United Kindom (1977), mengikuti kursus staf tinggi di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 1982 dan Air War College, Alabama, USA pada tahun 1988. Dalam sejarah TUDM, almarhum merupakan satu-satunya Pegawai Logistik (Materiel) yang pernah diberi penghormatan mengikuti kursus di US Air War College ini.

Di atas kecemerlangan dan sumbangan bakti almarhum kepada negara, almarhum telah dikurnikan beberapa bintang dan pingat kebesaran seperti, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Johan Mangku Negara (JMN), Setia Mahkota Johor (SMJ), Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Pingat Ibrahim Sultan (PIS).






Hubungan Saya dan Almarhum

Saya pertama kali berkhidmat dengan almarhum ialah pada tahun 1993 apabila bertukar sebagai PS2 SISMAT C (Sumber Manusia) sebaik sahaja TUDM melaksanakan reorganisasi secara besar-besaran. Beliau juga yang menyempurnakan kenaikan pangkat saya ke Mejar TUDM. Saya berpeluang dapat selalu berbincang secara empat mata dengan beliau berkaitan dengan perancangan pegawai-pegawai Materiel. Beliau tidak banyak kerenah tetapi tegas dalam membuat keputusan.  Peluang inilah yang membolehkan saya menerima banyak nasihat secara terus dari almarhum.

Pada tahun 1993 , almarhum pernah menawarkan kepada saya tugas sebagai Pegawai Logistik dalam Tim Projek Perolehan Pesawat MiG29 di Moscow. Bagaimanapun dengan penuh tertib saya tolak kerana saya lebih berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.  Pada masa itu, saya amat berkeinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di ITM. Beliau merestui penolakan saya dan meminta saya mencadangkan nama untuk menggantikan saya. Saya mencadangkan nama Mej Zainudin bin Sahak (beliau bersara dalam pangkat Lt Kol TUDM).

Lebih kurang pada tahun 1997, ADA di London, Mej Mohd Ariffin bin Musa TUDM telah hampir menamatkan tempoh khidmatnya di sana. Calon utama pengganti ialah Mej Mohd Zahari bin Jamaludin TUDM.  Zahari juga salah seorang calon untuk kenaikan pangkat Lt Kol. Apabila Bahagian Anggota meminta calon stand-by sekiranya Zahari tidak jadi pergi, almarhum memberikan nama saya sebagai calon simpanan untuk menjadi Penolong Penasihat Pertahanan di United Kingdom. Bagaimanapun Zahari telah pergi ke London.

Kelangsungan dari hubungan baik di pejabat, almarhum amat mempercayai saya dan menganggap saya seperti anaknya. Malah semasa menguruskan perkahwinan anak sulungnya (Adham Qalid) saya diberi kepercayaan menguruskan kewangan. Puluh ribu juga jumlah wang yang aku kendalikan kerana menyelesaikan pembayaran bil-bil perkhidmatan seperti sewa pinggan mangkok, kompang, silat dan pelbagai lagi perbelanjaan kecuali masakan. Cuma sikap aku yang tidak pandai mengambil peluang dari kebaikan hati almarhum. Selain dari itu, aku juga tak pandai (malu) membawa keluarga mengunjungi rumahnya supaya lebih rapat dengan keluarga almarhum walaupun beliau berulang kali menyuruh aku mebawa isteri dan anak-anak bertandang ke rumah. Pada masa itu, aku ada dengar juga terdapat pegawai yang amat perihatin, membawa isteri dan membawa hadiah ke rumah pegawai-pegawai kanan. Aku tidak mempunyai keistimewaan itu.

Dalam salah majlis yang diadakan di rumah almarhum, almarhum ada bertanya kepada saya,

"Bila nak start main golf ni?" Saya diam. Dia tanya lagi,

"Kamu ada golf set tak?" Saya jawab tak ada.

Lalu beliau masuk ke bilik setor rumahnya dan mengambil satu golf set lama.

"Nah, ambik ni, pergi belajar main golf". Pastinya, dengan harapan aku akan memulakan permainan selepas itu. 

Beberapa bulan selepas itu, dia tanya lagi.

"Dah main golf?"  Dengan senyuman yang tak ada makna, aku jawab,

"Belum Tuan". 

Lepas itu adalah 3 atau 4 kali, apabila bertemu dengan almarhum, soalan yang sama ditanya dan jawapan dari aku juga adalah sama. Sehinggalah beliau dia bersara, aku belum juga mula main. Dan nampaknya almarhum memang kempunan mahu melihat aku main golf sehingga beliau bersara pada tahun 1996 dan hinggalah beliau pulang ke rahmatullah. Sememangnya sehingga saat ini setelah lebih 10 tahun almarhum meninggalkan dunia yang fana ini, saya masih belum mahu bermain golf.

Semasa dalam perkhidmatan, almarhum sangat aktif dalam pengurusan sukan ragbi dan pernah menjadi Presiden Persatuan Ragbi ATM dan Naib Presiden Kesatuan Ragbi Kebangsaan. Oleh kerana pasukan ragbi ATM merupakan jaguh ragbi negara, almarhum rapat dengan Panglima-panglima ATM.


 


Brigedier Jeneral Abdul Rahman Rais meninggal dunia pada 18 Sep 2006 setelah mengalami penyakit ketumbuhan di otak untuk beberapa tahun. Sebelum itu, almarhum juga pernah menjalani pembedahan di kepala. Selepas menjalani pembedahan, keadaan fizikalnya agak lemah dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Biarpun dalam keadaan begitu, apabila ada majlis rasmi seperti tahlil hari TUDM, almarhum tetap menghadirkan diri. Almarhum meninggalkan kita pada usia 63 tahun, seusia dengan kewafatan Rasulullah (saw).

Almarhum meninggalkan seorang balu, Puan Hajjah Noraini Mohd Yunus (mesra dengan panggilan Kak Ani) dan mempunyai  3 orang anak lelaki; anak sulung almarhum, Adham Qalid (bekas juruterbang pesawat Angkut TUDM dan berhenti dalam pangkat Mejar TUDM), anak keduanya Amer Mahmud (seorang juruterbang jet pejuang TUDM, masih berkhidmat dan sekarang berpangkat Kolonel TUDM) manakala anak bungsunya Arief Zaharin menyertai bidang perniagaan. Ini menunjukkan darah satria yang mengalir dalam tubuh almarhum turut diwarisi oleh anak-anak almarhum. Keluarga almarhum tinggal menetap di Taman Melawati. 

Puan Norani (Kak Ani) yang saya kenali adalah seorang wanita yang memiliki keperibadian serta sifat keibuan yang tinggi. Penyayang, sentiasa senyum, percakapannya lemah lembut dan mudah mesra. Tidak langsung memiliki sifat ego sebagai isteri seorang Jeneral. Penampilannya dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi juga amat sederhana.

Semoga Allah swt mengampuni dosa almarhum dan dihimpunkan di kalangan roh para salihin dan aminin.

Dalam salah satu perbualan dengan sahabat-sahabat almarhum, mereka menceritakan bahawa almarhum  seorang yang berpekerti mulia, amat pemurah dan amat sayangkan saudara-maranya. Almarhum sentiasa membantu saudara-mara yang susah di kampung dari segi kewangan terutama untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka. Itulah antara sifat mulia yang dimiliki oleh almarhum.

Sebelum sukan golf menjadi popular di kalangan pegawai-pegawai ATM, almarhum mempunyai kegemaran memancing. Almarhum pernah bercerita mengenai kegilaannya memancing. Pantang ada orang beritahu lokasi memancing yang baik, almarhum akan pergi atau cari. Biasanya kegiatan memancing akan bermula selepas jam 10 malam sehingga pagi. Malah, almarhum pernah bercerita, sanggup membawa Kak Ani yang masih dalam pantang untuk pergi memancing. Membawa khemah dan bahan makanan, memasang unggun api (berkelah) demi untuk memenuhi hobi tersebut.

Salah seorang dari adik almarhum, juga menceburkan diri dalam bidang ketenteraan. Namanya Mohd Johari (Joe). Mohd Johari ditauliahkan dalam Kor Kelengkapan (Kor Ordnans Diraja) Tentera Darat Malaysia dalam tahun 1975. Semasa berpangkat Kapten (lebih kurang tahun 1980) Joe telah bertukar ke perkhidmatan TUDM, dalam Cawang Logistik. Mungkin pertukaran ini dengan bantuan almarhum juga.

Dalam tahun 1981, Kapt Joe mengikuti  Kursus Asas Pegawai Bekalan di Institut Teknologi Udara (ITU), TUDM Kinrara. Apabila aku gagal dalam latihan penerbangan di TUDM Kluang lebih kurang bulan Jun 1981, aku ditumpangkan ke Cawang Logistik dan pada bulan Sep 1981 aku mengikuti Fasa Pergerakan Udara (lebih kurang sebulan setengah). Fasa tersebut merupakan salah satu fasa dari keseluruhan Kursus Asas Pegawai Bekalan yang mengambil masa 9 bulan. Setelah tamat fasa tersebut aku bersama 5 lagi pegawai tumpangan dikeluarkan semula dari kursus tersebut untuk bertugas  di unit-unit TUDM yang mempunyai Cawang Pergerakan Udara. Aku ditukarkan ke TUDM Kuching pada bulan Okt 1981.

Pada awal tahun 1982, Kapt Joe telah ditukarkan ke TUDM Kuching untuk mengambil-alih jawatan Ketua Cawang Logistik (KCL). Jadi kami bertemu semula di sana dan aku berkhidmat di bawah perintah beliau. Beliau dinaikkan ke pangkat Mejar (Udara) dalam tahun tersebut. Semasa aku bertukar keluar dari TUDM Kuching pada bulan Apr 1983, beliau masih lagi di sana.

Joe bersara dari TUDM dalam tahun ....... dalam pangkat Lt Kol TUDM. Jawatan terakhir Lt Kol Hj Mohd Johari bin Mohd Rais TUDM ialah Pengarah Jabatanarah Udara 4 di Bahagian Operasi, Markas TUDM.



Datukship

Almarhum merupakan satu-satunya pegawai TUDM berpangkat Brig Jen yang tidak menerima gelaran Dato'. Mungkin perkhidmatannya sebagai Brig Jen agak singkat, menyebabkan beliau tidak sempat menerima anugerah. Atau kerana almarhum adalah anak kelahiran Johor, negeri yang Sultannya amat sukar mengurniakan anugerah Dato'.

Ramai Jeneral-Jeneral TUDM yang bersara sebelum menerima gelaran Dato' tetapi beberapa tahun selepas persaraan mereka menerima gelaran itu seperti Brig Jen Parameswaran TUDM, Brig Jen Abdullah Omar TUDM, Brig Jen Mohd Tahir TUDM, Brig Jen Abu Hasan Ali TUDM, Brig Jen Anim Harun dan dan Brig Jen Soon Lian Cheng TUDM.

Almarhum secara sukarela bersara dari TUDM sebelum mencapai usia persaraan wajib. Almarhum tidak menunggu mendapat gelaran Dato' sebelum bersara (almarhum boleh berbuat demikian jika mahu). Ini bermakna almarhum bukanlah seorang yang gilakan darjat dan title.

Mengenangkan jasa dan bakti almarhum kepada negara, ATM khasnya, adalah wajar kepimpinan TUDM membawa mengadap kepada KDYMM Sultan Pahang, selaku Kolonel YDP TUDM untuk mencadangkan supaya almarum dianugerahi dengan gelaran Dato' (secara posthumous).

Cerita-cerita Lain

Kesah diceritakan oleh Mej Dato' Hj Ramli bin Jonid (Bersara). One fine day arwah Jen Rahman and arwah Tan Sri Mat Ngah (Lt Jen Tan Sri Mohamed bin Ngah Said) were invited to play golf by one  ex RMAF Colonel, a good friend to arwah TS Mat Ngah (I presumed).  So, both of them invited me to play with them..  Bila sampai Kajang Hill, this retired Colonel brought a friend of him. Now become five. Extra one for one flight.

And, suddenly, this ex Colonel asked me to leave the place (since i was not invited by him). I was surprised when Gen rahman said to that ex Colonel, "If Ramjo (referred to Dato Ramli) cannot play, we (refer to him dan Tan Sri)  will not be playing either".

And surprisingly Tan Sri Mat Ngah agreed with his decision.  Finally the latter's fried got to leave the place. I salute to arwah for being firmed, and as a friend  he really stood by me...alfatihah to both of allahyarham

.

  

gambar-gambar almarhum dan keluarga adalah ehsan dari anak almarhum, Kol Amer Mahmud dan Aref Zaharin


Amer Mahmud salah satu dari 2 putera almarhum yang meneruskan legasi darah perwira ayahandanya. Abangnya, Adham Qalid, juga bekas juruterbang TUDM telah  menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar. Amer dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 17 Mac 2017 dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM pada bulan 20 Sep 2018. 

Image may contain: 3 people, people standing  

Image may contain: 2 people, including Amer Mahmud, people smiling, closeup
menemui bondanya Puan Hajjah Noraini pada hari dinaikkan ke pangkat Jeneral satu bintang.



Tuesday, June 6, 2017

AF 110 YOHANEZ AHMAD: PENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI.

BRIG JEN DATO’ YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM

KEBANGGAAN WANITA  TUDM
PENCIPTA SEJARAH TUDM

Yohanez binti Ahmad seorang dari jutaaan kaum wanita penduduk Malaysia yang mempunyai rekod yang tersendiri untuk menjadi kebanggaan diri, ahli keluarga, kaum wanita, rakan sejawat, TUDM, ATM serta rakyat Malaysia. Banyak sekali rekod yang diciptanya sepanjang kerjayanya dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Yohanez dilahirkan di Kg Pengkalan Batu, Mersing, Johor pada 4 April 1957, beberapa bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Bapanya Ahmad bin Abd Hamid (meninggal dunia 2016) dan ibunya Zainab binti Abd Rahman (meninggal dunia 2015). Beliau mendapat didikan awal di Sri Mersing Primary School (1964 - 1969) dan Sekolah Menengah Sri Mersing (1970 - 1974). Setelah menamatkan SPM, beliau melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi MARA, Shah Alam pada tahun 1976 dan lulus Diploma in Business Studies pada tahun 1979.

Minatnya yang tinggi menyertai ATM dibuktikan sebaik sahaja menamatkan pengajian di ITM,  beliau menyertai temuduga pengambilan Pegawai Kadet ATM di Ipoh pada penghujung tahun 1979.  Yohanez telah melepasi semua tahap temuduga dan terpilih bersama 21 orang lagi rakan sebayanya untuk menyertai latihan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP)  Pangambilan Pertama Wanita (First Women Intake). Mereka melapor diri ke Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 2 April 1980. Mereka mengangkat sumpah ikrar taat setia pada 5 April 1980 dan bermulalah latihan ketenteraan selama 9 bulan.

KEBETULAN aku adalah salah seorang warga Angkatan Pegawai Kadet TJP 37. Oleh itu, Yohanez adalah SKOT aku.

KEBETULAN semasa aku menaiki keretapi dari Kluang ke Seremban untuk melapor diri ke Sekolah Pegawai Kedet pada 2 April 1980, Yohanez merupakan skot pegawai kadet wanita pertama yang aku kenali. Beliau menaiki keretapi yang sama dari stesen Segamat bersama skot Marmilah bt Munajat.


Yohanez dan 21 rakannya ini merupakan sejarah baru dalam ATM. 22 Pegawai Kadet Wanita ini merupakan pengambilan pertama bakal pegawai wanita dalam perkhidmatan tetap ATM. Sebelum ini semua pegawai wanita yang ada merupakan pegawai Askar Wataniah (Pasukan Simpanan) atau pegawai profesionalisma (ikhtisas) dalam bidang perubatan dan pergigian (Kor Ubatan dan Gigian) serta pendidikan (Kor Perkhidmatan Am - Pelajaran).



 THE 'SERIKANDI' 
  PENGAMBILAN PERTAMA PEGAWAI KEDET WANITA  
  -ANGKATAN TETAP (TUGAS AM)- 


1.    3001571 PKW Asmah binti Mustapha (KRD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten dan menetap di Batu Gajah 

2.    3001572 PKW Aini binti Hitam (KRD) - bertukar ke Cawang Urusetia TUDM - bersara dalam pangkat Mejar TUDM (Hajah) dan menetap di Kg Tambahan, Bandar Batu Arang, Rawang

3.    3001573 PKW Aizan binti Idris (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Lt dan menetap di Wangsa Maju

4.    3001574 PKW Ann-Marie Ng Mui Lee (KOD) bersara dalam pangkat Mejar dan menetap di Rawang

5.    3001575 PKW Che Gayah binti Mahmood (KPA-BK) bersara dalam pangkat Kapten dan diberitakan menetap di Seberang Perai

6     3001576  PKW Hamidah binti Hj Hamidin (KPA-G) bersara dalam pangkat Mejar (Datin) dan menetap di Wangsa Maju

7.    3001577 PKW Hasnah binti Md Hashim (KOD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Shah Alam

8.    3001578 PKW Marmilah binti Munajat (KPD) bersara dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Kajang

9.    3001579 PKW Lolly Maisie Joel @ Noor Sabarina bt Abdullah (KUG) bersara dalam pangkat Lt Kol (Hajah) dan menetap di Wangsa Maju

10.  3001580 PKW Monica Mathilda Mowe @ Shazarina binti Abdullah (KPA-G) bersara dalam pangkat Kapten dan menetap di Taiping

11.  3001581 PKW Noraini binti Ahmad (KPTD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Lt dan menetap di Kajang

12.  3001582 PKW Ros Sanani binti Othman (KPA-BK) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Lt dan menetap di  Taman Melawati

13.  3001583 PKW Rohani binti Kasim (RSD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten dan menetap di Seremban 2.

14.  3001584 PKW Siti Zaliha binti Che Rus (KPA-BK) bersara dalam pangkat Mejar (Hajah) dan menetap di Wangsa Maju

15.  3001585 PKW Siti Hajar binti Syed Hassan (KRD)menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Kajang

16.  3001586 PKW Sam Fong Seow (RSD) (bersara dalam pangkat Lt Kol dan menetap di Ipoh 

17.  3001588 PKW Siti Jameah binti Satiman (KUG)  menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Kg Jijan, Nilai

18.  3001589 PKW Usha Panikkar (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan bermastautin (migrated) di  Australia

19. 3001591 PKW Zawiah binti Ariffin (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Ulu Chepor, Chemor

20.  3001592 PKW Zaleha binti Haron (KPA-G) bersara dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Rasah Jaya, Seremban

21.  371260 PKW(U) Sarkiah binti Zenadin Hipney (TUDM) bersara dalam pangkat Lt Kol TUDM (Hajah) dan menetap di Shah Alam


22.  371261 PKW(U) Yohanez binti Ahmad  (TUDM) bersara dalam pangkat Brig Jen TUDM, bergelar Dato dan menetap di Kuala Kubu Bharu



Di SPK, Yohanez bersama Pegawai Kadet Wanita menjalani latihan bersama hampir 300 Pegawai Kadet lelaki dari TJP Pengambilan ke 37. Mereka menjalani silibus dan kaedah yang sama tanpa ada diskriminasi, Setelah 9 bulan memerah tenaga, memerah keringat menuntut pelbagai ilmu dan muslihat ketenteraan mereka ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (LT M) pada 24 Januari 1981. Perbarisan Pentauliahan di adakan di padang kawad Kem Segenting, Port Dickson. DYMM Sultan Perak pada masa itu, Almarhum Sultan Idris Almutawakil Allallah Shah telah mengambil tabik hormat.


Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm  
Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm  
Image result for kenaikan pangkat kol yohanez ahmad tudm  

Image result for brig jen norhuda ahmad
Brig Jen Dato' Norhuda bt Ahmad (Bersara)
Pegawai Tugas Am pertama dinaikkan pangkat ke Brig Jen adalah pegawai penjaga Pegawai Kedet Wanita di SPK Sebatang Karah semasa 22 PKW (TJP 37) menjalani latihan di SPK pada tahun 1980 (masa itu berpangkat Lt). Beliau bersara pada 24 Jun 2017.


lambaian terakhir Norhuda selepas menghadiri Majlis Perbarisan Persaraan beliau di Kolej Perisikan ATM pada 18 Mei 17.


Daripada 22 Pegawai Kadet Wanita tersebut, 20 orang menyertai Tentera Darat dan 2 orang menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lt M (Udara) Yohanez binti Ahmad ditauliahkan dalam Cawangan Bekalan manakala Lt M (Udara) Sarkiah binti Zenadin Hipney ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia. Sebaik sahaja ditauliahkan, belaiu ditumpangkan ke Bahagian Bekalan, Departmen Tentera Udara, Kementerian Pertahanan sementara menunggu latihan asas kepakaran.

Pada 4 Mei 1981, Lt M (U) Yohanez mengikuti Kursus Asas Pegawai Bekalan di Institut Teknologi Udara (ITU), Kinrara selama 9 bulan sehingga 7 Mac 1982. Setamatnya kursus beliau menyandang jawatan pertama dalam kerjayanya sebagai Pegawai Flait Kawalan Perakaunan Stok di  TUDM Kluang. Beliau bertugas di TUDM Kluang sehingga 23 Okt 1983 dan kemudiannya bertukar ke TUDM Kinrara untuk membuat tugas Pegawai Latihan Bekalan di Sekolah Logistik (SEKLOG), ITU Kinrara.   Pada 24 Jan 1985 beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara) dan Kapten (Udara) pada 1 Disember 1985.  Kapt (U) Yohanez bertugas di Kinrara sehingga 4 Jan 1987.

Pada 5 Jan 1987 Kapt Yohanez TUDM telah terpilih mengikuti Budget Officer Course di USA sehingga 10 Jun 1987. Sepulangnya dari USA beliau ditugaskan di Pusat Materiel Udara (PMU), TUDM KL sebagai Pegawai Prosesan Barangan mulai 1 Jul 1987 hingga 19 Nov 1991. Pada 20 Nov 1991 beliau dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan kekal di PMU tetapi bertukar jawatan sebagai Ketua Edaran Fizikal. 

Pada 3 Ogos 1992 beliau mengikuti Kursus Pegawai Skuadron di Kinrara sehingga 3 Dis 1992. Beliau bertugas di PMU sehingga 14 Mac 1993. Pada 15 Mac 1993 Mej Yohanez TUDM ditukarkan ke Markas Bantuan Udara (MABANUD) sebagai Pegawai Staf 2 Logistik 1 (Bantuan Pesawat) dan berkhidmat di MABANUD sehingga 28 Feb 1997.

Pada 1 Mac 1997 Mej Yohanez TUDM ditukarkan ke TUDM Butterworth untuk membuat tugas Ketua Cawang Logistik (KCL). Beliau merupakan Pegawai Logistik wanita yang pertama diamanahkan membuat tugas sebagai KCL (Rekod Pertama). Semasa di TUDM Butterworth beliau telah ditumpangkan membuat tugas Jurulatih Kursus Pegawai Skuadron (SOC).

Mej Yohanez TUDM terpilih mengikuti Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Haigate dan program bersama Diploma in Defence and Strategic Studies, Universiti Malaya. Kursus setahun ini tamat pada 3 Dis 1998. Setelah mendapat "psc" beliau ditukarkan ke Markas No 3 Divisyen Udara (dulunya Markas Bantuan Udara) membuat tugas sebagai PS1 Sistem Grup F mulai 4 Dis 1998  hingga 28 Feb 2002.

Pada 1 Mac 2002 beliau ditukarkan ke Bahagian Materiel, Markas TUDM untuk menjawat jawatan PS1 Belanjawan. Beliau dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel TUDM pada 13 Jan 2004. Yohanez merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM. Beliau membuat tugas PS1 Belanjawan sehingga 2 Mei 2010. Jawatan itu dinaiktaraf kepada Pengarah Belanjawan pada 3 Mei 2010 dan beliau dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM pada 28 Feb 2011. Sekali lagi mencipta sejarah sebagai pegawai wanita TUDM pertama menyandang pangkat Kolonel TUDM. Pada 15 Mac 2014 Yohanez ditukarkan ke jawatan Pengarah Materiel TUDM
.


Image result for kolonel yohanez tudm
Image may contain: 1 person, smiling, sitting and screen
  
Dari skot kepada skot. Yohanez mengambil alih jawatan Pengarah Materiel dari aku mulai 15 Mac 2015 dan mulai tarikh itu aku bertukar ke Bahagian KOMLEK Markas ATM.


Yohanez juga beberapa kali berpeluang mengikuti kursus pendek di luar negara seperti Security Assistance Management Foreign Purchaser di Wright Peterson, Ohio, USA pada Julai 2005, Kursus Integrated Logistics Support di Stans, Switzerland pada Okt 2006, Kursus Performance Based Contracting di Northampton, UK dan kursus Financial Management di Melbourne, Australia pada Jun 2010.

Yohanez juga berjaya memperolehi ijazah Master in Management dari Open University Malaysia pada tahun 2006.

Kerjaya Yohanez mencapai ke puncak pada 14 Ogos 2015 apabila beliau dilantik menjadi Assisten Ketua Staf Materiel, iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki organisasi Materiel TUDM. Pada tarikh yang sama beliau dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM. Kali ini beliau sekali lagi memecah rekod sebagai pegawai wanita TUDM pertama mencapai ke pangkat Brig Jen TUDM
.






Yohanez memegang jawatan AKS Materiel selama satu tahun satu bulan dan memulakan cuti sebelum bersara mulai 16 Sep 2016. Tarikh tamat perkhidmatan wajibnya ialah pada 3 April 2017.

Semasa dalam perkhidmatan beliau aktif dalam bidang pengurusan sukan dan diberi amanah menjawat Pengerusi Hoki Wanita TUDM dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Sukan TUDM.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa bakti Brig Gen Dato Yohanez Ahmad TUDM, beliau telah dikurnikan Darjah Kebesaran Dato' Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' sempena HUT Keputeraan baginda pada 24 Okt 15.

Selain dari itu, Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad turut dikurniai dengan beberapa pingat kepahlawanan ATM dan pingat Persekutuan seperti Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Kesatria Mangku Negara (KMN).

Sesungguhnya pencapaian kerjaya Yohanez telah berjaya memartabatkan kaum wanita di satu tahap yang tinggi dalam organisasi TUDM. Ia seharusnya menjadi pendorong kepada semua wanita berkerjaya bahawa konsep Glass Ceiling tidak wujud dalam TUDM. Peluang kenaikan pangkat dan pengiktirafan sentiasa terbuka berasaskan kepada merit atau keupayaan melaksanakan tugas dan persaingan yang sihat.


Setelah bersara beliau menetap di Kuala Kubu Baru, Selangor.



Image may contain: 1 person, smiling


Pastinya sebagai SKOT kepada Dato' Yohanez aku amat berbangga dengan pencapaiannya. Sebagai pegawai Materiel beliau juga merupakan saingan kerjaya kepada diriku. Namun rezeki beliau lebih menyerlah di mana sejak ditauliahkan, beliau sentiasa mendahului aku hampir dalam semua kenaikan pangkat. Pangkat Kapten dia pakai dulu (Dis 1985/Ogos 1989), pangkat Mejar dia dulu (Nov 1991/Jun 1994), pangkat Lt Kol pun dia dulu (Jan 2004/Feb 2004. Hanya pangkat Kolonel sahaja aku dapat mendahului Yohanez (Jun 2009/Feb 2011). Dan Yohanez telah dinaikkan pangkat Brig Jen pada Ogos 2015, aku masih lagi Kol sehingga tarikh ini.


Dalam Intake TJP 37, seramai 9 pegawai telah ditauliahkan dalam Cawangan Bekalan/Logistik/Materiel iaitu:
  1. Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad TUDM (Bersara)
  2. Kol Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM - masih berkhidmat
  3. Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM - masih berkhidmat.
  4. Lt Kol Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Bersara)
  5. Mej Hj Othman bin Md Jahim TUDM (Bersara)
  6. Mej Osman bin Haroon TUDM (Bersara)
  7. Mej Rajakandan a/l Ratnasingam TUDM (Bersara)
  8. Mej Zolkeple bin Ayub TUDM (Bersara)
  9. Kapt Selvaraj a/l Muthu TUDM (Bersara)

Dari kalangan pegawai-pegawai kanan Materiel, beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam Pengurusan Belanjawan. Selain pernah mengikuti kursus pengurusan kewangan dan belanjawan di USA, beliau bertugas di Cawangan Belanjawan MTUselama 11 tahun dari tahun 2002  hingga 2015.


Yohanez seorang pegawai kanan yang bersikap tegas dalam amalan kerja, amanah, dedikasi dan memelihara tatatertib yang tinggi. Beliau juga amat mengambil berat kebajikan anggota bawahannya.

Image may contain: 6 people, people smiling, outdoor
semasa menghadiri Perbarisan HUT Kemerdekaan ke 57 tahun 2016 di Dataran Merdeka

Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm
  
  

PERBARISAN PERSARAAN BRIG JEN DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM DI INSMAT, KINRARA PADA 
18 OKT 2016


Perbarisan Sempena Persaraan Brig Jen Dato Yohanez di adakan di Padang Kawad Institut Pengurusan Materiel (INSMAT), Kinrara pada 18 Oktober 17. Perbarisan ini mempunyai keunikannya sendiri. Kesemua anggota perbarian serta kumpulan pancaragam terdiri dari pegawai dan LLP wanita. Ketua Perbarisan ialah Mej Neny Suhaida binti Ab Suki TUDM.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

  
Inilah lambaian terakhir Brig Jen Dato Yohanez dalam seragam TUDM selepas mengambil tabik hormat Perbarisan Persaraan beliau di INSMAT pada 18 Okt 16. Tujuh bulan lebih awal dari gurunya Brig Jen Dato' Norhuda bt Ahmad

MAJLIS MAKAN MALAM MATERIEL
SEMPENA PERSARAAN BRIG JEN DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM DI HOLIDAY INN GLENMARIE RESORT PADA 14 OKT 2016


Majlis Makan Malam ini menggambungkan perpisahan Mej Jen Dato' Amir Hashim TUDM dan Brig Jen Dato' Yohanez Ahmad TUDM


Pegawai-pegawai Kanan Materiel yang hadir Majlis Makan Malam


Alhamdulillah, ramai skot Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad (TJP 37) dari Angkatan Darat dan Udara yang mencapai pangkat Kolonel ke atas dan menyandang jawatan penting dalam perkhidmatan ATM, antaranya ialah:

1.   Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi RAMD

2.   Lt Jen Dato' Hj Abd Halim bin Jalal RAMD

3.   Lt Jen Dato' Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM

4.   Mej Jen Dato' Zamrose bin Mohd Zain RAMD

5.   Mej Jen Dato' Hj Romlee bin Hj Yahaya TUDM

6.   Mej Jen Dato' Hj Azlan bin Abd Rahman RAMD

7.   Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Samion TUDM

8.   Brig Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Bahrin TUDM

9.   Brig Jen Dato' Hj Jaafar bin Marlan KPD (Bersara)

10.  Brig Jen Dato' Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM (Bersara)

11.  Brig Jen Dato' Jumali bin Salamat TUDM (LPK-K)

12.  Brig Jen Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM

13.  Kol Abd Malik bin Ali (Bersara) RAMD

14.  Kol Hj Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM (Bersara)

15.  Kol Abd Halim bin Idris KRD

16.  Kol Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM

17.  Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM (Bersara)

18.  Kol Mohd Sabri bin Shamsudin TUDM

19.  Kol Mohd Tahar bin Abd Razak KAD

20.  Kol Roslan bin Shaari KOD

21.  Kol Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM

22.  Kol Kamaralzaman bin Abd Aziz RRD

23.  Kol Abd Razak bin Hussain KAD

24.  Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim KJLJD

25.  Kol Khairul Anuar bin Yaacob RGKM

26.  Kol Thamilenty a/l Periasamy TUDM




Wednesday, April 19, 2017

AF 108 BERKELANA KE MARKAS ATM (KOMLEK)

Image result for logo atm
 TIGA TAHUN DUA BULAN
AKU BERKELANA DI KOMLEK
(16 MAC 2015 - 4 MEI 2018)


PENGHIJRAHAN DI HUJUNG PERJALANAN

Hari ini, 5 Mei 2015, menerima maklumat dari AKS SM (Mej Jen Datuk Wan Normazlan) bahawa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah meluluskan pertukaran saya dari jawatan Pengarah Materiel, Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara kepada Pengarah Bantuan Khidmat (PBK), di Cawangan Bantuan Khidmat, Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK), Markas ATM berkuatkuasa pada 15 Mac 2015.

Penugasan ini adalah untuk menggantikan Kol Hj Kamarudin bin Mohammad TUDM yang telahpun bercuti mulai 3 Feb 2015 sebelum mengikuti latihan peralihan dan seterusnya untuk bersara wajib mulai 23 Jul 15.

Satu perkembangan baru dalam riwayat hidupku. Satu kelainan dalam kerjayaku.

Selain dari penugasan ke Kementerian Kewangan dari Dis 1999 hingga Feb 2004, ini adalah kali kedua aku ditugaskan di luar organisasi TUDM.

Pada 9 Mac 15, aku mengambil inisiatif turun ke Tingkat 12 untuk membuat tinjauan ke Bahagian KOMLEK. Terserempak dengan Kol Hj Kamarudin (mantan PBK) dan beliau mengambil peluang pertemuan untuk diperkenalkan kepada bakal staf di CBK dan berakhir di pejabat AKS KOMLEK sendiri, iaitu Laksma Dato Aris Adi Tan bin Abdullah.

Berlangsung perbualan tidak rasmi selama lebih kurang 20 minit. Secara tidak langsung aku dapat memahami konsep pengurusan dan amalan/cara kerja boss baru aku ini.

Alhamdulillah.

Pada 16 Mac 2015, jam 0930 maka berlangsunglah majlis serah menyerah tugas jawatan Pengarah Bantuan Khidmat (PKB) di Bilik Mesyuarat Mat Kilau, KOMLEK.




Pada jam 1130H hari yang sama, berlangsung majlis serah tugas jawatan Pengarah Materiel kepada Kol Yohanez binti Ahmad TUDM di Bahagian Materiel, Tingkat 18 Wisma Pertahanan.



Kol Yohanez is my SKOT. I know her capability. Her vast experience in budget, financial and asset management themselves is her great asset for her to be the effective Pengarah. Frankly, she has more and more working experience than me. She has been a KCM (PU Butterworth), she has been a PS1 KAS (formerly known as PS1 SISGP F, Mks No 3 Division Udara). She has been many-many years dealing with RMAF budget as PS1 Wang until become the Pengarah Kewangan.

I hope she will make up to be the First Lady General in the RMAF soon.

Satu keunikan di CBK KOMLEK ini ialah kali pertama aku mengetuai satu unit yang terdiri dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Dan, sebahagian besar dari mereka adalah pegawai/staf dari Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

Satu pengalaman baru.

Sebagai Pengarah Bantuan Khidmat (PBK), terdapat enam orang Pegawai Staf 1 di bawah kawalanku:

(1)   PS1 Teknikal dan Penilaian (TP)- Lt Kol Hj Mohamad bin Hj Akop (RSD), kemudian bersara dan digantikan oleh Lt Kol Hajah Zainon binti Mohamed (RSD).

(2)   PS1 Telekomunikasi dan Keselamatan (TK) - Lt Kol Hj Zulkefly bin Hj Kassim (RSD) - masih kekal pada tarikh saya meninggalkan KOMLEK pada 4 Mei 2018.

(3)   PS1 Automated Message Service System (AMSS)- Lt Kol Hj Hussin bin Aliman (RSD, kemudian digantikan oleh Lt Kol AB Rahman bin Mahmud.

(4)   PS1 C4ISR- Lt Kol Sharifuddin bin Mohd Hassan (RSD), kemudian bersara dan digantikan oleh Lt Kol Shafizan bin Amin (RSD)

(5)   PS1 C2 - Lt Kol Ibrahim bin Yusof TUDM- satu jawatan baru, kemudiannya bersara dan digantikan oleh Lt Kol Roshaimi bin Shamsudin TUDM.

PS1 Kewangan- Lt Kdr Herdayu bt Mokhtar TLDM - bertukar ke MTL pada tarikh yang sama saya bertukar ke BLP.

Dari kalangan 8 PS2 di bawah kawalan, empat dari TDM-RSD (Mej Sahimi, Mej Syereza, Mej Roslinda dan Mej Hjh Zainon), dua dari TLDM (Lt Kdr Siti Nur Qomariyah dan Lt Kdr Hambali) dan dua dari TUDM (Mej Haizum dan Mej Nordin).


Selaku PBK saya juga menjadi Pengerusi kepada mesyuarat berikut:

(1)   Pengerusi JK Perolehan Terus KOMLEK.

(2)   Pengerusi JK Sebut Harga KOMLEK.

(3)   Pengerusi JK Tapisan Teknikal dan Harga Kontrak KOMLEK.

(a)   Kontrak Senggaraan P4.

(b)  Kontrak Senggaraan PABX dan kabel Telefon.

(c)   Kontrak Senggaraan NCO.

(d)  Kontrak Senggaraan AMSS.

(e)  Kontrak Senggaraan Sistem Satelit X-Band.

(f)   Kontrak Senggaraan ICT.

(4)   Pengerusi JK Kewangan Kontrak IPVPN C4 dan AMSS.

(5)   Pengerusi JK Denda Lewat PTJ KOMLEK.

(6)   Pengerusi Mesyuarat Senggaraan Kontrak Senggaraan AMSS.

(7)   Pengerusi Mesyuarat Kewangan dan Perakaunan Pukal TM-ATM

(8)   Pengerusi Mesyuarat Kewangan dan Perakaunan Pukal CELCOM-ATM

(9)   Pengerusi JK Induk EKSA KOMLEK.

(10)   Pengerusi JK Integriti dan Tadbir Urus PTJ KOMLEK.

(11)   Pengerusi JK Pengurusan Aset dan Kewangan (JKPAK) PTJ KOMLEK.

(12)   Pengerusi Forum Bulanan PBK.

PBK juga merupakan ahli kepada mesyuarat-mesyuarat berikut:

(1)   Ahli Lembaga Elektronik dan Komunikasi Pertahanan (LEKP)

(2)   Ahli JK ICT ATM.

(3)   Ahli JK Keselamatan Siber ATM.

(4)   Ahli Forum AKS KOMLEK

(5)   Ahli  JK Pemandu Projek NCO


(6)   Ahli JK Pemandu Projek Peningkatan Sistem Satelit X-Band ATM


Kem Paya Jaras

Kem Paya Jaras merupakan satu-satunya kem ATM yang diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Bahagian KOMLEK. Kem tersebut menempatkan beberapa unit berikut:

(1)   Rejimen Perhubungan Strategik (RPS) - unit KOMLEK.
(2)   Pusat Latihan Peperangan Elekronik (PLPE) - unit KOMLEK.
(3)   Pusat Komunikasi Satelit ATM (PKS) - unit KOMLEK.
(4)   73 Rejimen Semboyan Diraja (73 RSD) - unit di bawah MK TD-RSD

Sehari selepas melapor diri ke KOMLEK, Pada 17 Mac 15, aku tidak membuang masa dan terus turun padang. Aktiviti luar pertama ialah membuat lawatan tapak ke Projek SSBATM di Kem Paya Paras. Aku menyertai lawatan yang dilakukan oleh Pengarah BGSP, JUPEM, YBhg Brig Jen Abu Sufian bin Ahmad.



Pada 15 April 2015, aku dan isteri menghadiri Majlis Makan Malam meraikan persaraan beberapa pegawai kanan TUDM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Pada 17 April 15, melaksanakan Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Peperangan Elektronik (Pegawai) Siri ke 19/2015  di PLPE. Ini adalah jemputan pertama untuk majlis penutup kursus dari mana-mana unit di bawah perintah KOMLEK. Kursus Asas PE ini melibatkan pegawai dai ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Selesai tugas perasmian kursus aku membuat lawatan ke persekitaran Kem Paya Jaras, bersama Pegawai Memerintah RPS, Lt Kol Mohd Shah. Antara lokasi yang dilawati ialah banguna-bangunan Projek NCO, fleet kenderaan, surau kem, projek TC2.

Pada 15 Mei 15, melaksanakan Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Peperangan Elektronik (LLP) Siri ke 18/2015  di PLPE. Ini adalah jemputan kedua untuk majlis penutup kursus dari mana-mana unit di bawah perintah KOMLEK.

Usai majlis rasmi di PLPE aku terus ke HQ RPS kerana sebelum ini aku ada membuat arrangement dengan CO untuk melanjutkan lawatan di dalam kem. Kebetulan staf RPS sedang merayakan hari ulangtahun kelahiran CO mereka. Aku menyertai mereka.

Selesai jamuan di pejabat CO, aku dibawa melawat ke kawasan kem yang di landa banjir pada bulan lalu. Kem Paya Jaras ini direntangi sebatang anak sungai iaitu Sungai Plong (anak kepada Sungai Buloh).

Seterusnya aku  melawat kawasan rumah keluarga, untuk meninjau keadaan (konsdisi) bangunan rumah keluarga yang memerlukan senggaraan demi keselesaan penghuni warga ATM.

Destinasi terakhir sebelum pulang adalah bangunan TADIKA KPJ yang terletak di sempadan kawasan RK KPJ dan 11 Bgd Kem Sg Buloh.

Oleh kerana aku bukan seorang Wakil Rakyat, maka aku tidak boleh berjanji itu dan ini. Bagaimanapun, dengan sedikit kepercayaan dan bidangkuasa yang diberikan, InsyaAllah banyak perkara boleh dibuat untuk menambah baik keadaan di situ.

Pada 4 Jun 15, melaksanakan Majlis Penutupan Bengkel AMSS dan KESKOM di PLATIH, Bukit Frazer. Petang 031445H Jun 2015, bertolak ke Bukit Fraser melalui jalan KL-Bentong-Bukit Fraser. sampai ke destinasi lebih kurang jam 1730H. Bertolak pulang pada 041230H Jun 2015 melalui jalan Bukit Fraser-Kuala Kubu Bahru-Bukit Sentosa-KL.


 Lawatan Pertama Menyeberang LCS

10 Jun 15. Aku menyertai bossku, Dato' Aris yang membuat lawatan ke Markas ATB2 di Kem Kukusan, Tawau bagi meninjau persediaan pihak ATB 2 untuk menerima peralatan TC2 Cabin yang dibangunkan oleh pihak KOMLEK.

Kami juga sempat mengikut Dato Aris untuk melawat fasilitas di KD Sri Tawau.

Image may contain: 7 people, people smiling  
Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang  
Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang  

Pada 6 Ogos 15, PBK membuat lawatan kerja ke sekitar Kem Trendak dan Kem Sungai Udang bagi meninjau keadaan fasilitas Komunikasi (PUSKOM dan PABX) yang melibatkan pasukan-pasukan 3 RSD, PUSKOM/Pejabat Markas Skn Selatan 91 RSD, 96 HAT dan Rej 22 Para Komando Kem Sungai Udang.

Bertolak dari KL pada jam 0700H dan sampai lebih kurang jam 1000H.

 Image may contain: 7 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
PABX/PUSKOM Kem Trendak

No automatic alt text available.
PABX Kem Trendak

bersama Brig Jen Datuk Dr Johari, Pegawai Memerintah 96 HAT Trendak

Mendengar taklimat di Bilik Operasi Markas 3 Div oleh Pengurus P4, Lt Kol Zakaria

Image may contain: 9 people
Markas 3 Div Infantri, Trendak

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
Masjid As Syuhada Kem Trendak

Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang
Kem Sungai Udang

No automatic alt text available.
Kem 22 Para Komando, Sungai Udang

Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang
Gerbang 22 Para Komando Sg Udang

Selesai tugas di Melaka, aku terus bergerak ke kampus Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, Nilai, NSDK untuk melaksanakan penutupan BENGKEL PENGURUSAN ASET KOMLEK yang dilangsungkan pada pagi 7 Ogos 15. Aku menginap di Asrama IAB yang baru dibuka pada 1 Mei 2014.

Pada 10 Ogos 2015, aku mempengaerusikan Mesyuarat Prestasi Kontrak TM Berhad di TH03 Menara KL.

MENGHAMPIRI SEMPADAN ANTARABANGSA MALAFINA

Selaku Pengarah Bantuan Khidmat (PBK) di Bahagian KOMLEK aku meneruskan tugas yang semakin mencabar. Aku kata semakin mencabar kerana semakin lama aku di jawatan ini, semakin banyak perkara berkaitan Sistem Komunikasi Pertahanan yang aku ketahuai dan dengan itu semakin banyak kerja yang aku perlu laksanakan.

Selain dari pelbagai mesyuarat yang tak pernah berhenti melibatkan ICT, C4(P4), C2, Telekomunikasi, Perolehan, Perancangan/Pembangunan, Belanjawan dan operasi Unit-Unit di bawah naungan, aku juga terlibat dalam lawatan tapak, lawatan kerja, bengkel/seminar dan kursus-kursus di bawah seliaan KOMLEK.

Pada 12 Ogos 15, bertolak dari KLIA ke Sandakan dengan menaiki pesawat MH1711 pada jam 1030H. Sampai destinasi, Lapangan Terbang Sandakan pada jam 1315H.

Tim lawatan terdiri dari saya sendiri sebagai ketua kumpulan, Kept Chan Peng Cheong TLDM, Kdr Harris (MK AB), Lt Kol Duasa (KOMLEK-OP) dan masing-masing seorang wakil dari TM Bhd dan SCS Sdn Bhd. Kami tiba di Sandakan Airport pada jam 1315H, 12 Ogos 15

Pada pagi 13 Ogos 15, kami melapor ke Pangkalan KD Sri Sandakan bagi urusan pelayaran dari tanah besar Sabah (Sandakan) ke Pelantar Laut Kapal Auxillary Tun Azizan (KA TAZ).

Agenda dimulakan dengan membuat kunjungan hormat kepada Panglima Pangkalan Sandakan, Laksamana Pertama Dato' Ahmad bin Abdullah.

Image may contain: 3 people
mengunjungi Komander Pangkalan Sandakan pada pagi 13 Ogos 15

Image may contain: 1 person
berlatar belakangkan beberapa kapal TLDM yang along side

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
meninggalkan Pangkalan KD Sandakan dengan menaiki bot laju CB90

Image may contain: 1 person
bersarapan di dining room KA TAZ bersama Pegawai Memerintah Kdr Suhaimi PSSTLDM

Image may contain: 6 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
di dalam bridge KA TAZ

No automatic alt text available.
merasai kerusi panas Captain of the Ship

Image may contain: 6 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
sempat mengabdikan gambar bersama anggota pengawal

No automatic alt text available.
semakin jauh meninggalkan KA TAZ

MELAWAT PUSKOM DI BATALION 22 RAMD,
KEM SRI KINABATANGAN
SANDAKAN

Hari Jumaat, 14 Ogos 15, tugasan utama telah pun selesai. Namun aku tidak mahu membuang masa untuk mencari ikan kering di pasar yang hanya lima minit perjalanan dari hotel aku menginap.

Sehari sebelumnya, aku telah menghubungi pejabat KOMLEK untuk menguruskan temu janji untuk membuat lawatan tidak rasmi ke PUSKOM dan ibu sawat telefon di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan.

Kem ini menempatkan Batalion ke 22 RAMD. Batalion ini ditubuhkan pada bulan Januari 1979 dan beroperasi pada bulan Mei 1980.

22 RAMD pernah ditempatkan di Kem Sri Kinabatangan ini buat pertama kali antara tahun 1982 - 1986 dan kembali semula dan terus kekal di Kem ini pada tahun 2000. 

Keibaanku bersama wakil kontraktor senggaraan kabel telefon bagi kawasan Sabah dan Sarawak, Encik Malik telah disambut oleh Mej Adli, Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD.

Bersama Mej Adli, Penolong Pegawai Memerintah dan staf PUSEM 22 RAMD 

Semasa aku membuat lawatan, Kem ini dalam keadaan pesat membangun. Pembinaan pejabat, bangunan pentadbiran dan rumah keluarga dan blok kediaman sedang rancak dilaksanakan di bawah projek Army Care.

Bangunan lama sejak Kem ini dibuka dan dioperasikan pada tahun 1978 ia menggunakan bangunan kayu yang asal. Selaras dengan kepentingan pertahanan negara di sebelah timur Sabah, warga TDM memerlukan keselesaan tempat bekerja dan keluarga mereka supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan penuh ketenangan.

Pada 8 Sep 2015, aku dijemput untuk memberi ceramah bertajuk 'Encouraging Personal Empowerment' untuk peserta kursus Advanced Materiel Officer Course di PLPL Kinrara.

Salah satu aktiviti sampinganku yang utama ialah sebagai Pegawai yang dijemput untuk merasmi atau menutup kursus, seminar atau woksyop yang dianjurkan oleh KOMLEK atau unit-unit bawah naungan seperti RPS, PLPE dan 91 RSD. Terlalu banyak tugas ini untuk diabadikan.


Image may contain: 5 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, outdoor
Menghadiri sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan (Hari Kebangsaan) di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015


Perbarisan Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah di Kem Paya Jaras 
pada 15 Sep 15

Tarikh 15 Sep 15, agak padat untuk eksekutif KOMLEK. Sebelum ketibaan tetamu ATM dari UAE Armed Forces (ketibaan jam 0900H), pada jam 0800H berlaku dua aturcara penting dalam sejarah organisasi KOMLEK, iaitu Majlis Serah Menyerah Tugas perjawatan berikut:

(1)   PS 1 Sel Komputer. Kol Che Ahmad bin Idris menyerahkan tugas kepada Lt Kol Rudi bin Othman.
(2)   Pegawai Memerintah RPS: Lt Kol Mohamed bin Kamarudin (Pemangku) menyerahkan tugas kepada Kol Che Ahmad bin Idris. Pegawai Memerintah sebelum ini ialah Lt Kol Mohd Shah bin Abd Razak. Perjawatan Pegawai Memerintah telah dinaiktaraf dari Lt Kol ke Kol.
(3)   Pegawai Memerintah 91 RSD: Mej Nik Roslan bin Nik Mohamad (Pemangku) menyerahkan tugas kepada Lt Kol Suhaila binti Dahalan. Pegawai Memerintah sebelum ini ialah Lt Kol Minhad bin Ahmad. Lt Kol Suhaila merupaka pegawai wanita RSD pertama diberi penghormatan menjadi Pegawai Memerintah sebuah Rejimen Semboyan Diraja.

Lawatan Delegasi Brig Gen Staff Ir Hamad Juma alNeyadi dari UAE Armed Forces ke Kem Paya Jaras pada 15 Sep 15

Pada 15 Sep 15, ATM telah menerima tetamu delegasi dari UAE yang terdiri 6 orang pegawai yang diketuai oleh  Staff Brig Gen Ir Hamad Juma al Neyadi, Commander of Electronic Warfare (EW) Command. KOMLEK telah diberi amanah untuk menjadi hos di hari kedua lawatan delegasi berkenaan (hari pertama mereka melawat Kem Syed Sirajuddin, Gemas).

Komandan PLPE telah dilantik oleh AKS KOMLEK untuk mengendalikan program lawatan. Pada 11 Sep 15, aku ditugaskan oleh AKS untuk meninjau persiapan di PLPE. Taklimat diberi oleh Lt Kol Rizal bin Zakaria, Komandan PLPE.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Merasmikan Pembukaan Bengkel Secured Communication Intranet for MALINDO 
di Avillion Admiral Clove, Port Dickson pada 29 Sep 15.

Image may contain: 15 people
Merasmikan Penutupan Kursus Lanjutan Peperangan Elektronik (LLP) 
Siri 8/2015 di PLPE pada 2 Okt 15.

Merasmikan Pembukaan Bengkel Peperangan Siber 
di Wisma Perwira ATM pada 5 Okt 15.

Merasmikan Kursus Perkhidmatan Awam 91 RSD di Auditorium Perpustakaan KEMENTAH pada 8 Okt 15.

Menghadiri 'AKS J4 Talk' di PLPL Kinrara pada 15 Okt 15.

Merasmikan Penutupan Seminar Peperangan Elektronik 
di PLPE pada 22 Okt 15.

Seminar ini turut melibatkan penceramah dan fasilitator dari dua buah syarikat iaitu Saab International dan Rhode and Schwartz yang mempunyai kepakaran dalam bidang dan produk COMMINT dan ELINT.

Mereka ialah Mr Jorge Johannes Breuer, Mr Andrew, Dr Jorge Wintermantel, Mr Wan Roz dan Mej Koh Seng Choi.


Merasmikan Penutupan Kursus P4 Administrator 
di Wisma Perwira RPS pada 23 Okt 15.


Merasmikan Penutupan Kursus Juruteknik Kripto P4 
di Wisma JRC RPS pada 30 Okt 15.


TUGAS KE UTARA SEMENANJUNG

Pada 2 dan 3 Nov 2015, aku telah melaksanakan lawatan kerja ke beberapa kem/unit Tentera Darat di wilayah utara Semenanjung yang mempunyai elemen KOMLEK (P4, ibusawat telefon dan Pusat Komunikasi (PUSKOM).

Delegasi lawatan disertai oleh PS1 TK, PS1 P4 dan wakil-wakil PM 91 RSD RPS, PS1 AMSS dan PS1 SK.

Itinerary lawatan ialah:

01 Nov 15- menaiki ETS (Electric Train Service) Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari KL Sentral (jam 1100H) dan sampai ke Stesen Arau, Perlis pada jam 1645H (lewat 40 minit dari jangkaan. Naik ETS bersama ialah staf KOMLEK, Lt Kol Zulkifly (TK) dan Lt Kol Sharifuddin (P4). Sharifuddin menaiki ETS dari Ipoh. Di Perlis, kami menginap di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis.

02 Nov 15- Lawatan kerja bermula jam 0830H, kami bergerak ke Kem 504 AW di Kem Bukit Keteri yang menempatkan PUSKOM. Inilah kali pertama aku sampai ke kem ini. Sesungguhnya inilah hikmahnya apabila ditukarkan ke KOMLEK. Langkahku melangkau merentasi sempadan yang lazimnya diperolehi oleh seorang pegawai TUDM.

Tiada sebab bagi seorang pegawai TUDM untuk memasuki kem-kem Tentera Darat di negara ini kecuali atas beberapa sebab sahaja.

Ditugaskan sebagai ahli pasukan audit di peringkat Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan tapak ke pasukan yang terpilih di peringkat akhir.
Jika anda bertugas di Bahagian Audit Kementerian Pertahanan dan ditugaskan untuk membuat penyiasatan di unit-unit tertentu.

Anda datang ke kem tersebut sebagai pelawat kerana ingin menemui saudara-mara atau kawan-kawan rapat.

Sebagai PBK, aku mempunyai peluang untuk melawat secara rasmi atau separuh rasmi ke mana sahaja Unit ATM tidak kira Darat, Laut atau Udara yang mempunyai perkhidmatan talian telefon, mempunyai ibusawat (exchange), mempunyai penempatan P4 atau NCO. Hanya masa sahaja yang menentukan sama ada aku mempunyai kesempatan atau tidak sepanjang tempoh aku berkhidmat di KOMLEK ini.

menandatangani buku pelawat PUSKOM

Image may contain: 13 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Shohemi Hashim
bergambar bersama delegasi lawatan

Image may contain: 11 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Shohemi Hashim
 bergambar bersama staf PUSKOM Kem 504

Dari Kem 504 AW Bukit Keteri, rombongan lawatan bergerak ke Markas 30 Briged di Kem Cowder berhampiran dengan pekan kecil Mata Ayer. Kem Cowder merupakan sebuah kem TDM yang masih baru dioperasikan.

Menurut Lt Kol Rashid, Pegawai Tadbir di Markas tersebut, nama kem ini, Cowder adalah diambil sempena nama bukit yang terdapat di belakang kem ini. Mengikut kesahnya, Cowder adalah nama pemilik asal tanah/ladang yang berbangsa Inggeris (British).

No automatic alt text available.
pintu gerbang Mk 30 Bgd, Kem Cowder

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
disambut oleh staf Mk 30 Bgd

Image may contain: 6 people
walking brief dari Lt Kol Rashid, PS2 Tadbir

menandatangani buku pelawat PUSKOM Mk 30 Bgd

Image may contain: 9 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
berlatarbelakangkan Bukit Chowder

Terdapat sebuah lagi kem di Negeri Perlis iaitu Kem Oran yang menempatkan sebuah Batalion RRD. Tetapi tidak memasukkan kem tersebut dalam program lawatan kami kerana masa yang terhad.

Selesai lawatan dua buah Kem di Perlis, delegasi kami bergerak dengan beberapa kenderaan menuju ke aras selatan. Kami singgah di Bandaraya Alor Setar untuk makan tengah hari di Restoran Dee Pumpong. Kemudian meneruskan perjalanan ke Sungai Petani.

Rombongan terus menuju ke Kem Sg Layar yang menempatkan Markas 6 Bgd. Kami bersolat di surau kem sebelum membuat kunjungan hormat kepada Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mardzuki bin Mohammad.


Image may contain: 2 people
menandatangani buku pelawat PUSKOM Sg Petani

Image may contain: 15 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Romlee Yahaya
bergambar bersama staf PUSKOM Kem 6 Bgd, Sg Layar

Selesai lawatan di Kem 6 Bgd, kami bergerak ke Kem Lapangan Terbang yang bersebelahan sahaja dengan Kem Sg Layar. Kem tersebut menempatkan sebuah Batalion RAMD dan beberapa unit TD. Di situ terdapat sebuah ibusawat telefon.

Keluar dari Kem Lapangan terbang, Sg Petani, rombongan lawatan PBK terus menuju ke Pulau Pinang, menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dan kami menginap di Hotel Vistana.

Setelah check in di hotel, aku menghubungi dua orang skot aku yang tinggal di Pulau Pinang iaitu Asran Borhan dan Ishak Mat Isa (kedua-duanya berhenti semasa berpangkat Kapten, RAMD) dan berjanji untuk bertemu malam tersebut untuk makan malam.

Malam itu, kami makan di Restoran Kayu Nasi Kandar yang terletak beberapa puluh meter dari hotel itu.

Sebenarnya semasa di Sg Petani, aku merancang untuk menghubungi beberapa orang skot yang tinggal di sekitar Sg Petani iaitu Miswan Bujang, Ishak Hashim dan Ku Ahmad Khir. Namun kesuntukan masa aku tidak dapat menemui mereka.

03 Nov 15- Membuat lawatan ke PUSKOM Kem Tun Razak, di Bukit Gedong dan Kem Sungai Ara (Pulau Pinang).

Kem Tun Razak menempatkan Mk 2 Div Infantri dan Mk 2 Div Arti serta menempatkan PUSKOM dan ibusawat telefon untuk Kem Tun Razak dan Kem Sungai Ara.

Selesai lawatan ke Kem Tun Razak kami bergerak ke Kem Sg Ara yang hanya bersebelahan dengan Kem Tun Razak. Di situ menempatkan 2 RSD. Tiada lawatan di situ, kami dijamu dengan kuew tiow goreng oleh staf 2 RSD di Kelab Pegawai mereka.

Selesai lawatan di Kem Sg Ara, rombongan bergerak menyeberangi jambatan kedua PP menuju ke Taiping untuk menuju destinasi terakhir kami ke PUSKOM Markas Staf Stesen Taiping (MSST) dan ibu sawat telefon di 2 RAJD Kem Sangro.

b
meninjau persekitaran bangunan PUSKOM yang memerlukan penambahbaikan.

b
bergambar bersama staf PUSKOM Taiping

b
Melawat ibusawat telefon untuk unit-unit kawasan Taiping yang terletak di pasukan 2 RAJD, Kem Sangro.


Sebelum sampai Taiping aku cuba menghubungi skot aku, Ahmad Fuad dan Yusof Saidi yang tinggal di sekitar Taiping. Fuad berjaya dihubungi tetapi Yusof bertugas di Tapah dan tidak dapat pulang sebelum jam 1800H.

Setelah selesai makan tengahari di Restoran Kamunting Timur Aku menghubungi Fuad dan juga sot Shazarina (Monica) dan mereka bersedia untuk berjumpa. Selepas makan kami diberikan sebuah rumah rehat di MSST sementara menunggu menaiki keretapi pada jam 1852 petang.

Shazarina tiba di rumah tumpanganku bersama suaminya Mat Husni lebih kurang jam 1600H diikuti oleh Fuad dan Abu Zahrem yang sampai lebih kurang 15 minit kemudian. Tetiba hujan lebat turun dan masih belum berhenti hampir sejam. Apabila hujan agak redha, mereka mengajak aku untuk minum petang di Restoran Doli Kuew Tiaw di bandar Taiping.

Aku menikmati minum petang bersama skot Abu Zahrem, Shazarina dan Fuad di Doli Koew Tiaw.


Stesen Keretapi lama Taiping yang diubahsuai menjadi gerai-gerai makan.



Stesen Taiping yang baru siap pada tahun 2014.

Pada jam 1852 keretapi ETS bergerak dari Taiping ke Kuala Lumpur.


Lantaran perjalanan selama dua hari yang penuh dengan program dan sungguh meletihkan, aku menghabiskan sebahagian perjalanan untuk tidur. Aku sampai di Stesen Sentral KL pada jam 2000H. 

================================


Tahun 2016 adalah tahun kedua (15 Mac 2016 akan genap setahun aku bertugas di KOMLEK) memberikan banyak pengalaman baru kepada aku. Tradisi kecemerlangan KOMLEK di bawah pengurusan AKSnya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah (yang telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda mulai 8 Nov 2015) perlu diteruskan.

Walaupun dari segi usia, Dato' Aris lebih muda dariku, namun pengalaman dan prestasi perkhidmatannya jauh ke hadapan. Sebelum dilantik menjadi AKS KOMLEK, beliau merupakan Koamndan Maktab Pertahanan AT (iaitu institusi latihan staf tiga khidmat yang tertinggi dalam ATM).

Walaupun tugasku sebanyak dua kali sebagai KSK di MLU dari tahun 2008-2010 dan 2012-2014 memikul tugas yang jauh lebih besar dan berat, tugas di KOMLEK mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika di MLU aku menjaga peruntukan hampir satu bilion dan lebih 400 anggota, di KOMLEK hanya menguruskan peruntukan sebanyak RM120 juta dan tidak sampai 40 anggota sahaja. Namun KOMLEK tetap ada keunikannya tersendiri.

Di MLU aku hanya menjaga kepentingan logistik TUDM sahaja, di KOMLEK aku menjaga kepentingan seluruh ATM. Di MLU (kemudian menjadi MPBU) aku hanya mengurus sumber manusia TUDM sahaja (kecuali beberapa staf UGAT, KAGAT dan Ajar- minoriti), di KOMLEK aku menjadi Ketua kepada staf dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat (khususnya RSD), TLDM dan TUDM.

Dalam bulan Februari 2016 aku kehilangan dua orang 'kanan' apabila PS1 Teknikal dan Piawaian (TP), Lt Kol Hj Mohamad bin Akop (RSD) dan PS1 C4ISR (P4), Lt Kol Sharifuddin bin Mohd Hassan (RSD) memulakan cuti sebelum menjalani latihan peralihan dan persaraan, masing-masing mulai 15 Feb 16 dan 23 Feb 16.

Majlis Serah Tugas PS1 TP dari Lt Kol Hj Mohamad bin Akop kepada Lt Kol Hjh Zainon binti Mohamed (sebelum ini menjawat PS2 Teknikal) dilaksanakan pada 12 Feb 16, manakala majlis serah tugas antara Lt Kol Shariffuddin bin Mohd Hasan kepada Lt Kol Shafizan bin Amin pada 19 Feb 2016.



Pada 29 Feb 16, aku menaiki pesawat MAS (MH 2664) dari KLIA ke Tawau untuk melaksanakan satu tugas yang mencabar.

Pada 1 Mac 16, ketika warga TDM merayakan HUT ke 83 Tentera Darat (1 Mac 1933), aku bertolak dari Tawau ke Semporna dengan menaiki kenderaan Pajero. Semporna lebih kurang 105 km dari Tawau. Kami bertolak dari hotel lebih kurang jam 0700H.

Rombongan yang saya ketuai ini terdiri dari Lt Kol Shafizan (PS1 P4), Kdr Harris (MAB), Lt Kdr Saiful Kamal (MTL) dan tiga orang staf dari SCS yang diketuai oleh Syed Mazreiza.


Image may contain: 5 people, indoor
Kunjungan hormat kepada Panglim ATB 2

Dalam setengah jam perjalanan, kami singgah breakfast di Sedap Corner Kg Balung, pekena roti canai dan kopi O. Hidangan istimewa ialah Nasi Lalap tapi terlalu awal untuk menikmatinya. Boleh tahan sedap, tidak kalah dengan roti canai Semenanjung Malaya.

Perjalanan sejam setengah amat meletihkan kerana keadaan jalan yang sepertiganya telah siap cantik (seperti lebuh raya 2 lorong), sepertiganya masih dalam pembinaan (batu kerikil), dan sebahagian besarnya jalan lama yang masih di tahap kurang baik. Kami sampai di jeti (Kem Azumi) lebih kurang jam 0930H, setelah berehat selama setengah jam sambil menunggu bot disiapkan kami bertolak meniki bot Baracuda dari jeti kem Azumi menuju ke Pangkalan Laut  (Sea Basing) Tun Sharifah Rodziah (PL TSR), yang jaraknya lebih kurang 40km dari jeti.

Kem Azumi di kampung Tampi-Tampi, Semporna. Dalam sejarah hidupku dalam perkhidmatan ATM ini, inilah kem tentera yang paling kecil aku pernah temui. Saiz satu lot bangle. Lebih kurang 50' x 100' sahaja. Mengadap ke laut yang indah.

Image may contain: one or more people, outdoor and water
bot bergerak dari jeti Kem Azumi


pelayaran ke TSR diiringi oleh bot laju dengan trup yang lengkap bersenjata 

Bot milik ATM yang membawa trup kami mula membelah laut Teluk Darvel ke arah Laut Sulawesi. Berbanding dengan pelayaran pertama ke PL TAZ pada bulan November tahun 2015, bot baracuda lebih mendebarkan berbanding CB90. 



Pulau Sibuan



Pulau Sibuan - pulau kecil pelancongan untuk menggemar aktiviti scuba

Pangkalan Laut atau Sea Basing ini merupakan Inisiatif baru menggunakan pelantar minyak sebagai pangkalan hadapan untuk menguatkuasa pertahanan Pantai Timur Sabh. Sehingga hari ini terdapat 2 Sea Basing utama iaitu Pangkalan Laut Tun Azizan (PL TAZ) dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) yang beroperasi sejak Mei 2015.

Pelaksanaan Sea Basing ini adalah pendekatan luar kotak hasil inisiatif YB MENHAN Malaysia (YB DS Hishammuddin Tun Hussein) sendiri. Ia adalah satu pendekatan pertama seumpama di dunia dan kini menjadi model pertahanan kepada negara-negara lain. Tugas Sea Basing ini ialah bertindak sebagai cegah rintang bagi membanteras penceroboh pengganas, pengumpul maklumat perisikan taktikal dan komuniti maritim, berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan, menyediakan bantuan logistic kepada bot pemintas, bertindak sebagai pusat operasi hadapan untuk mengkoordinasikan operasi kawasan ancaman, berperananan sebagai platform pengoperasian helikopter dan bertindak sebagai pelantar untuk pasukan atur gerak cepat.

Demi memastikan fungsi Sea Basing dapat dimaksimakan, pihak Kerajaan telah menambah baik Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (bekas sebuah pelantar minyak) dan Pangkalan Laut Tun Azizan (bekas Kapal Perdagangan- Auxillary Vessel) dengan menambah peralatan komunikasi radar dan CCTV, jacking system, pemasangan Pontoon, motor air compressor, trouble shooting water, dantrouble shooting Marlia dan HVAC. Keupayaan radar yang dipasang iaitu jenis CSS 1206 mampu mengesan sasaran permukaan sejauh 20KM dan akan ditambah baik dengan pemasangan Radar CSS AESA Spexer 2000 kelak. Kesemua kos pembinaan dan pembaikan ditanggung oleh pihak PETRONAS.

Sumber: http://bertiwi.blogspot.my/2015_10_01_archive.html?view=classic



lawatan MENHAN ke PL TSR pada 12 Okt 15


Pada keesokan harinya, 2 Mac 16 aku bersama tim melaksanakan tugasan kedua, iaitu membuat penerimaan kabin TC2-B di Markas ATB 2, Kem Kukusan Tawau.

Kami balik ke Semenanjung (KLIA) menaiki pesawat MH 2661 yang berlepas dari LT Tawau pada jam 1140H.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Salah satu dari Majlis Membaca Yasin dan Tahlil (bulanan) Bahagian KOMLEK 
diadakan pada 11 Mac 16 di Surau Amirul Mukminin, 91 RSD. Majlis dipimpin 
oleh Mej (Ustaz) Hj Shahrul Amin.


Pada 14 Mac 16, beberapa orang staf KOMLEK serta wakil-wakil dari perkhidmatan ATM mengadakan lawatan industri ke Business IT (BI+) Sdn Bhd di Cyberjaya.

Sebelum bercerita tentang aktiviti KOMLEK, elok juga selit sikit pengalaman aku menjadi ADC Kehormat kepada Pres Republic of Maldives, semasa lawatan rasmi 2 hari ke Malaysia pada 28 dan 29 Mac 2016.

TUGAS ADC KEHORMAT

Pada 25 Mac, lebih kurang jam 0900H, aku menerima panggilan dari Pejabat Sekretariat Mk ATM yang mengarahkan supaya aku melapor diri ke Sel Istiadat, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA). Aku dimaklumkan bahawa aku telah dilantik untuk menjadi Pegawai Pengiring (Kehormat) kepada Presiden Rp Maldives, TYT Mr Abdullah Yameen bin Abdul Gayoom dan isteri yang membuat lawatan rasmi ke KL pada 28 dan 29 Mac 16.

Presiden Republik Maldives
TYT Mr Abdullah Yameen bin Abdul Gayoom

Sejak berkhidmat dalam perkhidmatan aku telah beberapa kali diberi tugas untuk menjadi Pegawai Pengiring (Accompanying Officer atau AO) kepada tetamu ATM. Tugas ini biasanya diberi sempena lawatan rasmi oleh Pegawai-Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Negara Asing ke MINDEF atau semasa DSA, LIMA atau acara rasmi ATM yang lain.

Tugas AO ini biasanya diberikan kepada pegawai yang berpangkat Lt Kol (atau setaraf) ke atas mengikut kategori tetamu Negara atau jenis acara. Antara tugas AO yang pernah aku laksanakan ialah:

(1)   AO kepada Commander of Air Operations, Republic of Korea Air Force semasa LIMA 2005.
(2)   AO kepada Commander of Air Operations of the Kingdom of Qatar semasa LIMA 2007.
(3)   AO Chief of Air Force, Royal New Zealand Air Force semasa HUT Jubli Emas (50 tahun) TUDM pada tahun 2008.
(4)   AO kepada Panglima Tentera Udara Brunei Darussalam, Brig Jen (U) Hj Mahmud bin Saidin semasa lawatan perpisahan ke Malaysia pada tahun 2009.
(5)   AO kepada MENHAN Indonesia, Bapak Purnomo Yusgiantoro- semasa LIMA 2013.


 
Image may contain: 2 people, indoor 
Ketibaan tetamu negara disambut oleh Menteri Pengiring, YB Dato Seri Mahadzer Khaled

Ketibaan TYT Presiden di perkarangan Putra Perdana, Putrajaya

TYT Presiden memeriksa Kawalan Kehormatan RAMD


Image may contain: 10 people, people smiling  
 Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: 4 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, indoor
Roadshow KOMLEK di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM LUMUT.

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOMUNIKASI SATELIT ATM (PKS) DI KEM PAYA JARAS PADA 09 MEi 2016

PKS Perkukuh Komunikasi Satelit ATM
10 Mei 2016 1:21 AM

KUALA LUMPUR 9 Mei – Ke­upayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkukuhkan menerusi pelancaran Pu­sat Komunikasi Satelit (PKS) pertama negara yang berperanan menguruskan operasi komunikasi satelit X-band dengan memantau dan mengawal jalur lebar, transpon­der dan terminal.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin berkata, penubuhan pusat berkenaan secara tidak langsung membantu melancarkan perjalanan operasi ATM dengan segala data, imej, video dan sebagainya dapat dihantar secara sistematik dan lebih pantas. Katanya, komunikasi satelit X-band digunakan bagi menggantikan sewaan KU-band dan C-band.

“Kaedah terbaharu ini dapat meminimumkan kos sekali gus mempertingkatkan sistem pertahanan negara dan ini membuka peluang kepada ATM untuk meningkatkan lagi keupayaan khususnya bagi sistem Network Centric Operation (NCO) yang menggunakan khidmat satelit. Secara amnya, sistem ini digunakan bagi tujuan arahan dan kawal­an.

“Untuk jangka panjang, kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan berbanding langkah penyewaan dua komunikasi satelit terdahulu. Walaupun X-band turut disewa, terma yang diberikan membantu memper­tingkatkan keupayaan lebih canggih dan bertaraf dunia dengan kos penggunaan yang dapat diminimumkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran PKS di Kem Paya Jaras dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Tentera Da­rat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Timbalan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Pegawai Memerintah PKS, Leftenan Kolonel Ir. Ilime Ibrahim.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, projek pembangunan sistem PKS yang telah dirancang pada pertengahan 2014 merupakan sebahagian daripada pemo­denan sistem komunikasi satelit angkatan itu bagi menyokong pelan Dimensi Keempat ATM.

Katanya, keempat-empat dimensi tersebut merangkumi darat dan laut, ruang udara, permukaan dasar laut serta ruang siber dan pasukan tentera mana-mana negara yang mampu menguasainya mempunyai kelebihan dalam peperangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, ATM berhasrat mengembangkan PKS kepada beberapa unit se­perti darat, laut dan udara supaya mereka mampu menerima serta menghantar data atau maklumat menggunakan komunikasi satelit.

“Bagi fasa kedua Ground Segment (Segmen Darat) akan melibatkan perbelanjaan yang besar namun kita sudah menerima sedikit peruntukan bagi memulakan fasa ini. Kita juga akan memperkembangkan keupayaan ini kepada unit-unit dan kapal lain,” ujarnya.

See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pks-perkukuh-komunikasi-satelit-atm-1.321684#sthash.OL7XvdTe.dpuf


16 MEI 2016

DEMONSTRASI KEUPAYAAN SISTEM NCO DAN SATELIT X-BAND KEPADA MENHAN DI PANGKALAN UDARA KUANTAN

 
Flyer

Image may contain: 3 people, indoor
Ketibaan YB MENHAN

Image may contain: 4 people, indoor
YB MENHAN dan VIP mendengar taklimat dari Ketua Tim NCO, Kol Mohd Rashid Abd Razak

Image may contain: 7 people
YB MENHAN melawat kawasan pamiran

AKS KOMLEK selaku Pengerusi JK Kerja Demo ditemuramah oleh pemberita

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling
Bersama Lt Kol Liza (RSD) pembantu utama dalam JK Logistik

bertemu bekas rakan sekelas di SAS Cheras (1977), En Khairudin Hamid yang bertugas sebagai PTA Kanan di PU Kuantan

Image may contain: 8 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling
Makan Nasi Arab di Restoran Nasi Arab Yemen di Land of Paradise, Jalan MEC, Gambang

NCO perkukuh sistem pertahanan negara
17 Mei 2016 1:15 AM

Hishammuddin Tun Hussein dan Mohd. Johari Baharum (kiri) melihat Sistem Satelit X-Band AT M di Pangk

Hishammuddin Tun Hussein dan Mohd. Johari Baharum (kiri) melihat Sistem Satelit X-Band AT M di Pangkalan TUDM dekat Kuantan, semalam. – Utusan/MAHATHIR ALI

KUANTAN 16 Mei – Program Pembangunan Network Centric Operations (NCO) akan memperkukuh sistem pertahanan negara dan meletakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebaris dengan negara maju lain yang giat membangunkan program tersebut bagi angkatan masing-masing.

 Hishammuddin Tun Hussein dan Mohd. Johari Baharum (kiri) melihat Sistem Satelit X-Band AT M di Pangk

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, NCO merupakan usaha ATM menguasai informasi yang bertujuan memelihara keselamatan negara dan berbangga perancangan aset-aset di bawah kementerian berkenaan tidak terjejas biarpun keadaan ekonomi tidak menentu.

“Secara keseluruhannya, sistem NCO ini merupakan projek de­ngan beberapa fasa yang dirancang bermula Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) hingga RMK-14 (2011-2035) merangkumi Fasa 1A, Fasa 1B, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

“Kita telah melalui Fasa 1A yang sudah diserahkan kepada ATM pada 12 Disember 2015. Hari ini demonstrasi dijalankan untuk menunjukkan keupayaan operasi NCO Fasa 1A sebagai projek rintis kepada usaha baharu ATM ini.

“Kementerian akan memastikan segala perancangan bagi fasa-fasa berikutnya dilaksanakan seperti dirancang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan demonstrasi NCO Fasa 1A dan Sistem Satelit X-Band ATM di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Pang­lima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Moha­med Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

Berhubung penggunaan Satelit X-Band ATM, Hishammuddin berkata, perolehan sistem tersebut adalah sebahagian daripada program pemba­ngunan keupayaan sistem NCO yang berfungsi sebagai rangkaian komunikasi sandaran dan Ku-Band.

“Teknologi yang dibawa menerusi sistem kini merupakan pemangkin dalam aspek komunikasi dan akan mengubah tahap kesiagaan tempur setiap perkhidmatan ATM,” ujar beliau.

Secara keseluruhannya katanya, pembangunan sistem NCO dan Satelit X-Band ATM merupakan inisiatif baharu di bawah teras ke­siapsiagaan yang digariskan sebagai salah satu daripada lima teras yang menjadi fokus kementerian pada tahun ini.

Selain itu tambah beliau, terdapat beberapa inisiatif lain yang dilancarkan di bawah Rancangan Pembangunan Tiga Perkhidmatan ATM antaranya perolehan helikopter tempur ringan untuk Tentera Darat, Littoral Combat Ship bagi memperkasa kesiapsiagaan Tentera Laut, menaik taraf pesawat Hawk, Hercules C-130 dan helikopter Nuri untuk TUDM serta sistem Starstreak iaitu inventori baharu pertahanan udara bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

“Segala usaha ini selaras dengan agenda yang terkandung di bawah empat dimensi (4DMAF) iaitu pelan yang menggariskan rancangan pembangunan keupayaan ATM secara komprehensif merangkumi semua aspek,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nco-perkukuh-sistem-pertahanan-negara-1.326998#sthash.gAE1g3Wb.dpuf

Mempengerusikan Mesyuarat Senggaraan dan Teknikal AMSS di TM Convention Centre pada 25 Mei 16.

Image may contain: 26 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling
Merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pentadbiran HRMIS 
di Bayview Hotel, Langkawi pada 2 Jun 16

Memberi Taklimat Prosedur dan proses Perolehan Kerajaan di Auditorium Zulkifeli di PLPE Kem Paya Jaras pada 7 Jun 16

Image may contain: 10 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang  
Image may contain: 9 people, including Zalila Junid, Ja'afar Sidek Al Marbawi and Toharudin Putera Lapis Mahang  
c


Lawatan ke Labuan, Kota Kinabalu dan Kota Belud pada 07, 08 dan 09 Ogos 16


PU Labuan



  
n

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting and indoor 
Kunjungan hormat kepada Panglima Task Force 450 di Kem Loke Kawi, Kot Kinabalu

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor 
Image may contain: 2 people, people standing and outdoor 
Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang, outdoor 
Pintu masuk ke HQ Log TF 450, Kem Paradise, Kota Belud

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor 
Image may contain: 5 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting and food 
Mes Pegawai Kem Paradise, Kota Belud

Perasmian Penutupan Kursus Asas PE di PLPE pada 26 Ogos 16.

Aku dijemput untuk memberi ceramah dalam Buy In Programme for HRMIS di MK 1 Div, Kem Muara Tuang, Kuching pada 6 dan 7 Sep 16

  Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor  
Membuat kunjungan hormat kepada Panglima 1 Div, Mej jen Datuk Stephen
Mundaw di pejabatnya

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing  
Menerima cenderahati dari Panglima 1 Div


TUGASAN KE BINTULU

12 Okt 16 petang menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Bintulu bersama Mej Ezrul Hakim (RSD). Ini merupakan perjalananku yang pertama ke destinasi ini. Walaupun aku pernah bertugas di Sarawak dari Okt 1981 hingga April 1983 aku belum pernah menjejakan kaki ke daerah Bintulu.  Selain dari Kuching, hanya Sibu dan Miri sahaja yang aku pernah sampai. Itu pun hanya persinggahan sahaja. Satu pengalaman perjalanan yang baru dalam Tanah air sendiri.

Lapangan terbang yang memanjang selari di tengah Bandar Bintulu itu adalah lapangan terbang lama. Lapangan terbang ini telah ditutup dan berpindah ke lapangan terbang yang baru kira-kira 23 km dari Bandar Bintulu.

Semasa di Bintulu, kami menginap di Hotel Promenade di satu kawasan pembangunan baru Bandar Bintulu. Bintulu adalah Bandar keempat terbesar di Sarawak selepas Kuching, Sibu dan Miri. Dikatakan bahawa Bintulu merupakan antara salah satu bandar yang mempunyai cost of living yang paling tinggi di Malaysia.

Pada pagi 13hb Okt kami bergerak ke Kem Similajau yang menempatkan 7RS. Kem ini sebenarnya adalah salah sebuah Kem PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) di Sarawak yang dijadikan kem sementara oleh Tentera Darat. Kami disambut oleh Pegawai Memerintah 7 RS, Lt Kol Rokaib bin Ahmad. Setelah taklimat, kami di bawa melawat sekeliling kem bagi melihat kemudahan dan mengenal pasti lokasi untuk menempatkan pusat komunikasi.

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting and indoor
kunjungan hormat ke Pegawai Memerintah

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
menerima taklimat dari Ketua Det 9 SSD

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
Menandatangani buku pelawat

Image may contain: 8 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing and outdoor
bergambar di hadapan kem sebelum bergerak ke destinasi seterusnya

Semasa di Bintulu, aku juga berpeluang melawat sebuah lagi unit TD yang ada berdekatan iaitu Bn ke 2, Rejimen 510 AW di Kem Kuala Segan, Bintulu. Kem ini menghuni sebuah bangunan rumah keluarga yang dulunya milik PERHILITAN Sarawak. Kem ini amat dekat dengan tebing Sg Batang Kemena. Menurut penghuni kem tersebut, mereka kerap kali menemui buaya yang berjemur di atas tebing sungai.

Aku juga berkesempatan di bawa melawat tapak yang bakal menempatkan Kem Briged ke 31 Rejimen Sempadan kira-kira 10km dari Bandar Bintulu ke arah Tatau.

Terima kasih warga 7 RS di atas layanan dan hospitaliti. Walaupun serba kekurangan dari aspek persekitaran dan keperluan asas, mereka tetap bersemangat. Tetap Gagah Tetap Setia.

Pada 13 Okt malam, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.


6 - 11 Feb 2017 - Mengikuti Kursus Defence Resource Management di KNDU, Seoul. Kursus ini dianjurkan oleh Directorate of Military Training and Cooperation (DMTC), MINDEF Canada. Aku pergi bersama 3 lagi pegawai ATM iaitu Kept Ridzuan Hamzah (BLP), Lt Kol Norsham Md tap (BPP) dan Mej Shukri (BOLP). Tinggal di Hotel Koreana.


TIP OF BORNEO


4 APR 17

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU

Kenapa pulak aku tulis mengenai Tanjung Simpang Mengayau ini?

Ia berkaitan dengan satu lagi perjalananku ke Negeri Di Bawah Bayu untuk melaksanakan satu tugasan. Pada 3 Apr 17 aku bersama Mej Haizom (PS2 Rangkaian AMSS) dan seorang pegawai TM Bhd (Tuan Hj Hisham) telah melaksanakan tugas User Acceptance Test (UAT) untuk terminal AMSS di Kem Sri Kudat, Sabah.

Tiba di LTA KK pada jam 5 petang, kami menginap di Hotel Promenade, KK. Keesokan paginya kami bertolak ke Kudat pada jam 0700H dan tiba di Kudat pada jam 1100H. Kami terus menuju destinasi (Kem Sri Kudat) yang terletak kira-kira km dari Pekan Kudat. Kem ini terletak di tepi pantai bersebelahan dengan Lapangan Terbang Kudat dan Kampung Muhibbah. Jaraknya lebih kurang 4km dari Pekan Kudat.


Image result for pekan kudat sabah
Pekan Kudat

Keadaan Kem Sri Kudat (kem kecil) ini agak uzur dari aspek kawasan dan bangunan dan kelengkapannya. Ia menempatkan beberapa unit kecil ATM yang diberi tanggungjawab mengawasi pantai dan mengawal keselamatan sebelah utara Sabah termasuk pulau-pulau di perairan utara Sabah seperti Banggio, Jamboangan, Malawali dan Balambangan. Setelah memastikan pemeriksaan dan menguji terminal dengan memuaskan, saya berpeluang melawat sebahagian dari kawasan kem ini. Kebetulan petang itu hujan lebat sekali menyebabkan keadaan dalam kawasan kem bertambah teruk.


Image may contain: sky and outdoor
Jalan masuk ke Kem Sri Kudat

Image may contain: sky, house and outdoor
keadaan bangunan yang menempatkan anggota tentera kita
di Kem Sri Kudat

Kita doakan agar pihak Kerajaan dapat memberikan perhatian (peruntukan kewangan) untuk meningkatkan lagi keadaan kem ini supaya anggota ATM dan PDRM kita yang berkhidmat barisan hadapan Negara ini dapat bertugas dengan lebih selesa dan selamat.

Image may contain: 4 people, people standing and people sitting  


Selesai tugasan rasmi kami melawat sekitar kem kecil itu dan singgah minum petang di Blok Penginapan Pegawainya. Kami dijamu dengan cokodok udang.

Kemudian kami meninggalkan kem untuk bersolat Asar di Masjid As Syakirin, Pekan Kudat kemudian makan di Restoran Kampung Kelapa di pekan Kudat.

Di Restoran ini, kali pertama aku merasa kesedapan makanan laut yang dipanggil siput Kahanga.

Image may contain: 6 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing and outdoor  
 Image result for siput kahanga
rupa Siput Kahanga


Masakan Siput Kahanga - masak black pepper

Setelah selesai menikmati sajian di Restoran Kampung Kelapa, kami mengambil peluang (sampai di Kudat) ini untuk menjejakkan kaki ke Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau.

Tanjung Simpang Mengayau or Tanjung Simpang Mangazou, also known as Tip of Borneo in English is the northernmost tip of Borneo located in the district of Kudat, in the state of Sabah. The tip marks the meeting point of the South China Sea and Sulu Sea.

The original name of Tanjung Sampang Mangazou comes from the language of the Rungus, an ethnic group which resides mainly in the district of Kudat. The words Tanjung (cape), Sampang (union) and Mangazou (battle) refers to this location of a battle that occurred when the ethnic Rungus defended their territory against the attack from Moro Pirates. According to legend, this place was a favourite landing point for the pirates. While the Chinese people call this place as Den Foh Liew, which in Hakka means lighthouse due to a lighthouse on a nearby island of Pulau Kalampunian can be seen from here.

During the famous circumnavigation era, Ferdinand Magellan fleet supposedly went here to perform repairs on his ships.

This tip has been developed as a tourist attraction. It is located in a park-like grounds and feature a square with a Malaysian flag pole, a large bronze globe also located here. The bronze globe marks the location of Tanjung Simpang Mengayau at latitude 7 degrees north and longitude 116 degrees east with a map featuring the island of Borneo is embossed in bronze and laid on a flat surface at an angle with inscriptions to mark the Tip of Borneo.

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing and outdoor  
Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting, ocean, outdoor, water and nature  

Selesai lawatan ke Tip of Borneo, kami pergi pula ke satu lagi destinasi pelancongan agak popular di Kudat iaitu Pantai Kelambu. Pantai ini terletak kira kira 8km dari Tip of Borneo.

PANTAI KELAMBU

At the north of Sabah, Kudat has the most number of nice beaches in Sabah, and many of them have unique geological features more than a stretch of white sand. Kelambu Beach (or Kulambu Beach) is a tombolo, which is a sand bar joining an island to the mainland and something rare in Sabah. Kelambu means mosquito net in local language, probably the beach is named after the mosquito-net shape of Kelambu Island.

Kelambu Beach (locally known as Pantai Kelambu) is accessible by tar road (mostly) and about 31 KM to the north-west of Kudat town and 8 KM at the south of the Tip of Borneo. There is no public transport going there, so you need to drive there yourself (GPS: 6.987443, 116.724120).

Pantai pasir yang menghubungkan tanah besar dan pulau ini akan hilang dilitupi air laut ketika pasang. Maka Pulau Kelambu akan benar-benar menjadi sebuah pulau. Semasa ir surut, Pulau Kelambu akan menjadi sebahagian dari tanah besar seperti dalam gambar di atas.

Selesai lawatan ke Tip of Borneo dan Pantai Kelambu, kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Kota Kinabalu dan sampai di hotel Promenade pada jam 2000H.

Keesokan paginya (5hb) kami check out dan penerbangan ke KLIA pada jam 1030H. Sempat beli sekotak frozen Siput Kahanga untuk dibawa pulang ke KL. RM48 sekotak. 

Pada 7 Apr 17 -aku diamanhkan untuk melaksanakan penutupan Bengkel Stor Bestari KOMLEK di BM PUSKOM.

!7 Apr 2017 merupakan salah satu hari bersejarah dalam pengembaraanku di KOMLEK. Aku telah mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016. Ini adalah anugerah APC yang ke 3 sepanjang perkhidmatanku selepas menerimanya pada tahun 1997 dan  2007.


Bergambar bersama beberapa staf wanita Materiel setelah menerima Sijil APC 
dari YB MENHAN di WP ATM pada 17 Apr 17



Pada 25 Apr 17 -  Seminar Integriti SPRM di Auditorium MOA, Putrajaya (Mej Hazizi) ....

11 Mei 17 - Lawatan ke Kem Rasah, Seremban


Image may contain: 5 people, people standing, outdoor and nature  
Image may contain: 5 people, including Namaku Po'at Gambreng Namahafu and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, outdoor  
Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang, outdoor  
 Lawatan kerja ke PUSKOM/PABX dan Menara TELCO 
di Kem PULADA pada 24 Mei 17

Image may contain: 6 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, Siti Aisah Murad and Juliana Abdullah, people smiling, people sitting and indoor
Lawatan ke PABX Kem Teberau pada 24 Mei 2017



Pada 15 Jun 2017, Pegawai Memerintah RPS, Kol Ahmad Saifudin bin Talha telah menyerahkan tugasnya kepada penggantinya Kol Hj Zakaria bin Hj Abu. Kol Ahmad Saifudin ditukarkan ke MK TD untuk menjawat Pengarah PUSTEKMA.

Pada 25 dan 26 Jul 17 aku berada di Kota Bharu, Kelantan kerana melaksanakan majlis pembukaan Bengkel HRMIS di Hotel Riverview.

Manakala, pada 15 Ogos 17 aku mengikuti Kursus Kewangan OBB dan GGP di Hotel Grand Continental. Kursus ini adalah anjuran MTU-Materiel. Di akhir kursus, aku mewakili AKS Materiel diamanahkan untuk membuat penutupan kursus.



Image may contain: 9 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Bern Achik, people standing

Lawatan Kerja (Sistem Telefoni) ke Kem Sungai Layar dan Kem Lapangan Terbang, Sg Petani pada 21 Ogos 17 

Image may contain: 24 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people sitting
Di Cawang Materiel PU Butterworth  pada 22 Ogos 2017.


Ada yang tak kenan semasa melakukan lawatan ke Sungai Petani di atas. Entah macam mana, baju celoreng yang dibawa tidak lengkap dengan pangkat dan tag nama. Makan, tak ada pilihan lain terpaksa memakai inner sahaja.

Semasa dalam perjalanan pulang ke KL, sempat singgah di PU Butterworth untuk memberi ceramah Kaedah Perolehan Kerajaan di Cawang Materiel pada 22 Ogos 2017.
   

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
8 Sep 17 - Penutupan Kursus training Development di IAB Bandar Enstek



Pada 19 Sep 17 - Penutupan Kursus CeIO di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Wisma LPP (Hjh Zainon).

Pada 21 dan 22 Sep 2018, aku mengetuai lawatan kerja staf KOMLEK (pengkhususan kepada pengurusan janakuasa kecemasan PABX) ke Kem Mahkota (7 SSD dan 881 Skn PUTD) dan seterusnya ke Kem Iskandar, Mersing.  Di Kem Iskandar aku menemui rakan sekuliahku semasa di UITM (1994/96) Mej Jen Datuk Hj Hasan bin Ali (Panglima Grup Gerak Khas) dan dua skotku yang bertugas di sana iaitu Kol Khairul Anuar Yaakob (RGKM) dan Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim (KJLJD).



Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
 Lawatan Kerja (Sistem Telefoni) ke Kem Mahkota, Kluang pada 21 Sep 17

Image may contain: 5 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing  
Image may contain: 5 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing  
  Lawatan Kerja (Sistem Telefoni) ke  Kem Iskandar, Mersing pada 22 Sep 17


Pada 5 Okt 17 aku menghadiri Perbarisan Pembubaran MALBAT 850-4 di padang kawad PUSASDA, Port Dickson. Perasmian pembubaran dilakukan oleh PAT, Jen tan Sri Hj Zulkifely bin Md Zin. Aku berjumpa dengan bekas pemanduku semasa di MLU, Kpl Sharifudin bin Shafie (salah seorang anggota MALBAT 850-4).

Pada 11 Okt 2018, aku bertolak ke Sintok untuk memberi ceramah kontrak dan seterusnya merasmikan penutupan Seminar Pengurus Ibu Sawat Kem-Kem ATM di Hotel EDC, UUM. Pada 12 Okt aku mengambil kesempatan melawat ibu sawat telefon di Kem bukit Kayu Hitam yang menempatkan 5 Rejimen Sempadan. Kem ini terletak betul-betul disempadan Malaysia-Thailand.

Malah setelah usai tugas rasmi, aku sempat menyeberang ke Danok untuk merasa makanan lokal di restoran islam, pulut mangga dan air pegaga.


Image may contain: 1 person, standing  
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor  
Lawatan Kerja ke Kem Bukit Kayu Hitam pada 12 Okt 17 

Image may contain: 27 people, including Rashidy Zulkifli and Nur Adlina Cz, people smiling, people standing

13 Okt 17 - Penutupan Bengkel Ibusawat Telefon di Hotel EDC, UUM, Sintok


KOMLEK menganjurkan Bengkel Logistik KOMLEK di TM Resorts, Tg Bungah, Pulau Pinang dari 1 hingga 3 Nov 17. Aku menyertai bengkel ini dan membuat penutupannya pada hari akhir.




Image may contain: 17 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people sitting
Pada 29 Nov 17 staff CBK meraikan HUT Kelahiranku ke 58

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people sitting, outdoor and food
 menikmati durian Musang King di Johor Bahru.


Image may contain: 8 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, Mohd Fadzil Zainuddin and Shohemi Hashim, people smiling, people standing 

CPR MINDEFNet dan Lawatan ke TM Data Centre di Iskandar Puteri, Johor Bahru



Image may contain: 5 people, including Aris Adi Tan Abdullah, people smiling, people standing

Serah Menyerah Tugas Komandan PLPE antara Lt Kol Mohd Rizal Zakaria 
kepada Lt Kol Erman Shah pada 3 Jan 2018


Image may contain: 16 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, Mohd Yunus Masjuki and Shuairi Mohamad Abdullah, people smiling, people sitting  
Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing  
Bertemu bekas pensyarah di UiTM (1994-1996) yang sekarang Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM, Assoc Prof Dr Hajah Siti Hallijah bt Shariff semasa Majlis Penyampaian Sijil Malaysian Institute for Purchasing and Materiel management (MIPMM) di INSMAT Kinrara.

Image may contain: 13 people, including Aris Adi Tan Abdullah, Yusro Alias and Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting and table
Taklimat Konsep Operationalization and Consolidation KOMLEK 
di Wisma Transit pada 24 Jan 2018


Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang, sitting
 Penutup Bengkel P4 di INSMAT pada 15 Feb 18 

Image may contain: one or more people, crowd, shoes and outdoor
First Commander's Call for KOMLEK di PUSKOM Skn Tengah pada 23 Feb 2018

Image may contain: 18 people, including Siti Kaltom Hj Misri and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing
Majlis Penutupan Bengkel EKSA KOMLEK di WP ATM pada 22 Mac 18

Image may contain: 1 person  
Image may contain: 3 people, people sitting and indoor  

8 Mac 18 - Lawatan Kerja (Telefoni) ke Kem Rasah , Seremban


Image may contain: 12 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling
 Penutup Kursus Mindefnet di Wisma Transit pada 23 Mac 18

Image may contain: 5 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Anix Abd Wahab, people smiling, people standing
Dengan staf TM selepas menutup kursus Teknikal AMSS 
di Bilik Latihan PUSKOM Skn Tengah


Pada 29 Mac 2018, aku berpeluang menghadiri Seminar Wasattiyah ATM di Dewan Perkasa, WP ATM dan pada keesokan harinya (di sebelah malam) aku menghadiri pula Majlis Makan Malam Regimental Gabungan ATM-PDRM di Dewan Perkasa, WP ATM. 


Image may contain: 2 people, including Halifah Sarkinin, people standing

Penyempurnaan pemakaian pangkat Brig jen TUDM oleh PTU

pada 11 April 2018

Walaupun tarikh sebenar kuatkuasa pertukaranku dari Bahagian KOMLEK ke Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) ialah 9 April 2018, dan kenaikan pangkat telah disempurnakan pada 11 Apr 2018 tapi atas beberapa perkara yang tidak dielakkan di mana perkhidmatanku amat diperlukan di KOMLEK, tarikh pertukaranku telah ditangguhkan ke 4 Mei 2018.


Image may contain: 2 people, including Ezanie Abdullah, people smiling, people standing
Majlis menerima tugas KPOL dari Brig Jen Dato Hj Rodzuan bin Abd Ghani TUDM di BLP MK ATM pada 040900H Mei 2018

Image may contain: 6 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Aris Adi Tan Abdullah, people smiling, people sitting and indoor

Majlis Serah tugas PBK KOMLEK kepada Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM pada 041600H Mei 2018 (pada hari yang sama KOMLEK menerima Pengarah C2 dan PS Kewangan dan Belanjawan yang baru