Setelah rasmi bersara pada 22 November 2019 dan berpindah dari OMQ No 25, Jalan Handalan 4/4, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa (Kem KEMENTAH) ke Taman Ampangan, Seremban, penulis aktif dalam khidmat masyarakat melalui Masjid AlMunawwarah Kariah Panchor Jaya.Kesah ini telah penulis ceritakan dalam Episod M 149. Penulis telah diberi kepercayaan menerajui pengurusan Masjid tersebut dari 1 April 2021 hingga 31 Disember 2024.
Setelah menamatkan khidmat di Masjid tersebut, penulis mencari platform untuk menyumbangkan khidmat.
- Mej Hj Ahmad Ishak bin Dollah TUDM (B) - dari 2019 hingga 2023.
- Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM (B) - dari 2023 hingga 2025.
- Brig Jen Dato' Hj Zulkifli bin Mohd Nor TUDM (B) - dari 2019 hingga 2023.
- Mej Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM (B) - dari 2023 hingga 2025.
- Penasihat: Mej Jen Dato' Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM (B).
- Pengerusi: Lt Kol Razali bin Hashim TUDM (B).
- Timbalan Pengerusi: Mej Norhelmie bin Halim (B).
- Naib Pengerusi Kanan (Strategi Komunikasi & Sumber): Brig Jen Dato' Fadzillah binti Abdullah TUDM (B).
- AJK Multimedi & Publisiti : En Amir bin Ismail
- Naib Pengerusi I (Keahlian): En Derma Rajan a/l R. Kochi Rajan.
- AJK Promosi: Puan Maziayana binti Muhammad.
- Naib Pengerusi II (Sosio-Ekonomi): Puan Siti Salhah binti Bakar.
- AJK Keraian & Sambutan: En Mohd Puaat bin Hussin.
- AJK Keusahawanan : Puan Suhaili binti Abu Bakar
- Naib Pengerusi III (Kebajikan): En Md Zin bin Hj Ibrahim.
- AJK Agama : En Ismail bin Tajudin
- AJK Balu : Puan Kamesiah binti Abdul Karim.
- AJK Tugas-tugas Khas : En Jeyakumar a/l Nadarajah
- Kapt Johari bin Othman TUDM (B).
- En Jamaludin bin Peai.
- Zon A1 - Seremban : Mej Abdul Aziz bin Ismail TUDM (B)
- Zon A2 - Rasah : En Khairul Anuar bin Hj Musa.
- Zon A3 - Sri Sendayan : En Hassan bin Zakaria.
- Zon A4 - Nilai : En Ahmad Azuan bin Sjeikh Omar.
- Zon A5 - Mantin : Puan Siti Hajar binti Rashidi.
- Zon A6 - Sikamat : Puan Kamariah binti Mohd Noordin.
- Zon B Kuala Pilah : En Zulkarnain bin Taib.
- Zon C : Port Dickson : En Saharol Khairani bin Adan.
- Zon D Rembau : En Amir bin Ismail.
- Zon E Tampin : En Mohd Fauzi Rakidin
- Zon F Jelebu : En Baharuddin bin Abd Rahman.
- Zon G Jempol : En Muhammad Supian bin Jaafar.
- Zon A1 : Seremban meliputi kawasan Bandar Seremban, Ampangan, Paroi, Panchor dan Senawang.
- Zon A2 : Rasah meliputi Seremban Jaya, Rasah, Rantau dan Mambau).
- Zon A3 : Sri Sendayan meliputi kawasan Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Labu dan Bukit Kepayang.
- Zon A4 : Nilai meliputi Bandar Baru Nilai, Nilai (lama), Bandar Enstek, Kota Seriemas, Semarak dan Bandar LBJ.
- Zon A5 : Mantin meliputi Mantin, Lenggeng dan Pantai.
- Zon A6 : Sikamat melupiti Sikamat, Temiang dan Lobak.
- MENGEMASKINI STRUKTUR ORGANISASI: Penjenamaan dan penyusunan semula organisasi PVTUDMNS (tanpa menjejaskan konsep sistem pengurusan PVTUDM pusat atau bertentangan dengan perlembagaan) supaya fungsi dan aliran heirarkinya lebih jelas dan mudah difahami .
- MEMBINA HUBUNGAN DIPLOMASI : PVTUDMNS perlu meningkatkan usaha dengan membina rapport (hubungan baik) dengn Jabatan Kerajaan, Wakil Rakyat dan PBT bagi meluaskan sumber maklumat dan mecari peluang untuk meningkatkan sosio-ekonomi ahlinya.
- PROGRAM TURUN PADANG: Kepimpinan PVTUDMNS akan meningkatkan kempen bagi menambah ahli dan menyebarkan maklumat melalui Program Turun Padang bagi menemui ahli di Zon-Zon (keutamaan kepada zon di luar Seremban) dalam bentuk social gathering .
- PERANAN AGEN TUDM : Selain dari mengutamakan hal ehwal kebajikan ahli, PVTUDMNS juga perlu melaksanakan peranan sebagai agen untuk menarik rakyat menyertai TUDM dengan mengambil bahagian dalam festival atau karnival yang diadakan di kawasan luar bandar dan Felda dengan meyewa ruang/booth untuk pameran TUDM.
- KEMPEN MENAMBAH DANA : Meningkatkan usaha menambah tabung PVTUDMNS dengan mengadakan Majlis Tahlil Tahunan (malam Jumaat) sempena Hari ATM atau Hari TUDM atau Hari Pahlwan di masjid-masjid utama dalam Zon. Kos jamuan boleh mohon dari ADUN atau MP dan memohon kebenaran pengurusan masjid untuk meletak tabung pada waktu Solat Jumaat.
- PENERBITAN HANDBOOK : Menerbitkan buku kecil (hand book) berkaitan peranan PVTUDMNS serta kemudahan dan bantuan kebajikan yang layak diterima oleh ahli. Handbook amat penting bagi membolehkan semua AJK yang terlibat menemui pemimpin tempatan dan juga ahli-ahli dalam kawasan tanggungjawab dapat menggunakan bahan rujukan yang standard.
- PRODUK CENDERAHATI : PVTUDMNS boleh menjana pendapatan melalui penjualan produk cenderahati berlogo (seperti mug atau key chains) dan makanan kering (IKS) semasa pamiran/festival.
Pada awal penubuhannya pertubuhan ini diketuai oleh Mr. Frederick William Palmar (merangkap Pengerusi Cawangan Selangor) dari 1922-1927. Pada ketika itu persatuan ini ditubuhkan bagi membolehkan ahli-ahli bergerak dalam kegiatan sosial sahaja. Aktiviti persatuan ini terhenti akibat meletusnya Perang Dunia II (1942-1945) dan diaktifkan semula pada tahun 1946 di Selangor dan dituruti oleh negeri yang lain.
Pada 1958, British Empire Service League telah menukar namanya kepada British Commonwealth Ex-Services League (BCEL) dan ESAM turut menjadi ahli gabungan BECL sehingga sekarang. Sejak ia digerakkan semula, sebuah urusetia telah dibentuk dan pentadbirannya telah diubahsuai, segala urusan pentadbiran dan urusan mesyuarat persatuan dilaksanakan oleh sebuah firma setiausaha yang dilantik iaitu Walgrems Ltd. Menerusi urusetia inilah sebuah persatuan veteran tentera telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada tahun 1966 dengan nama Persatuan Bekas Perajurit Malaya (PBPM).
Pada tahun 1967, dua buah lagi negeri telah diterima menjadi ahli gabungan ini, iaitu Sabah dan Sarawak dan selepas itu nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM). Jumlah keahliannya meningkat dari 2,607 orang pada tahun 1957 kepada 7,442 (1970) dan 16,257 (1974).
Nama Persatuan ini sekali lagi telah ditukar kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pada 28 Julai 1998.
Mengikut rekod dan catatan yang ada, tarikh penubuhan setiap Negeri/Bahagian adalah Selangor (1922/1952), Pulau Pinang (1950), Kedah (1968), Perak (1951/1987), Negeri Sembilan (1968), Sarawak (1957/1967), Perlis :(1968), Kelantan (1968), Pahang (1968), Johor (1968), Melaka (1968), Terengganu (1968), Wilayah Persekutuan (1976) dan Sabah :(1977).
Kerajaan Malaysia mengiktiraf PVATM sebagai peneraju dan penggerak perjuangan seluruh Veteran di Malaysia. Dengan itu, PVATM mempelopori perjuangan secara berhemah bersandarkan kepada perjuangan “Satu suara, Satu nada” dalam bersama berusaha memperjuangkan kepentingan seluruh Veteran di Malaysia.
- memperundangkan Hal Ehwal Veteran ATM: Akta ini bertujuan untuk menyediakan rangka kerja undang-undang bagi menguruskan dan memperkasakan Persatuan Veteran ATM serta perkara-perkara berkaitan.
- sebagai agensi pendaftaran Persatuan Veteran, ia mewajibkan mana-mana persatuan yang ingin menjalankan aktiviti-aktiviti veteran untuk mendaftar sebagai Persatuan Veteran di bawah Akta ini.
Persatuan Veteran TUDM merupakan sebahagian dari PVATM (mengikut Akta Veteran ATM 2012). Ia juga didaftarkan melalui JHEV. Peranan PVTUDM adalah:
- Pusat Rujukan Tenaga Pakar: PVTUDM berperanan sebagai pusat rujukan bagi agensi yang memerlukan tenaga pakar dan pekerja berkemahiran dalam pelbagai bidang yang dimiliki oleh pesara TUDM;
- Bantuan Kebajikan dan Sokongan: Persatuan ini menyediakan bantuan kebajikan kepada ahli-ahlinya, termasuk usaha untuk mencari dan mengumpul dana bagi tujuan tersebut;
- Memartabatkan dan Membela Veteran: PVTUDM aktif dalam memperjuangkan hak dan kepentingan para veteran, memastikan mereka tetap disanjung dan dihormati oleh masyarakat;
- Membina Imej Veteran: Persatuan ini turut menyumbang bakti dalam membantu dan membina imej positif para veteran dan bekas-bekas tentera, baik di peringkat kebangsaan mahupun tempatan; dan
- Sokongan Peringkat Daerah dan Negeri: Ketua-ketua cawangan PVTUDM di seluruh negara diarahkan untuk memastikan ahli-ahli menerima sokongan dan bantuan yang sewajarnya di negeri dan daerah masing-masing.
UNTUK MELIHAT PERLEMBAGAAN PVTUDM, SILA LAYARI LAMAN SESAWANG BERIKUT:
https://online.anyflip.com/wqpe/mute/files/basic-html/page2.html
EX SERVICE ASSOCIATION OF MALAYA (ESAM)
- Mr Fredrick William Palmer (1922-1927)
- Tiada rekod (1927-19xx)
- Brig Gen (Rtd) L C A Lauder (19xx-1959)
- Kdr (PSSTLDM) Dato' Mushir bin Ariff (1959-1964)
- Kapt (JVF) Dato' Abd Rahman bin Musa (1964-1969)
- Jen (B) Tan Sri Tunku Osman Jewa (1970-1975)
- Jen (B) Tan Sri Hamid bin Bidin (1975-1992)
- Dato' Hj Zainol Abidin bin Johari (1992-1997)
- Dato' Seri Hj Muhammad bin Abdul Ghani (1997-2013)
- Laks Tan Sri Mohamad Anuar bin Mohd Nor (B) (2013-2015)
- Kapt Datuk Hj Shaharudin bin Omar (2015 - kini)