Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Thursday, May 23, 2019

MIL 143: MAJLIS MAKAN MALAM MATERIEL



MAJLIS MAKAN MALAM PEGAWAI-PEGAWAI MATERIEL
SEMPENA PERSARAAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN MATERIEL
DI BALLROOM, SAMA-SAMA HOTEL, SEPANG
PADA 3 OGOS 2019



TETAMU KANAN YANG HADIR:

1.   Y.Bhg Brig Jen Dato Dr Hj Mohd Yunus bin Hj Masjuki TUDM dan Datin Hjh Norliza binti Hj Wagiyo.

2.   Y.Bhg Brig Jen Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM, 

3.   Y.Bhg Brig Jen Hj Zainal bin Abd Manaf TUDM dan Puan Hjh Norani,

4.   Y.Bhg Brig Jen Dato' Hj Othman bin Ahmad TUDM dan Datin Rahimah.


Image result for assalamualaikum

Awal mula pertama mula, marilah kita merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan ehsannya pada hari ini kita masih diberi nyawa dan kesihatan yang baik untuk menghirup udara milikNya dan melanggani pelbagai nikmatNya yang tidak terperi secara percuma.

Kedua, Sebelum lebih panjang lagi melontarkan kata saya ingin mendahului ucapan saya ini dengan permohonan maaf sekiranya ada ayat-ayat yang bakal saya lontarkan nanti tidak sesuai atau menyentuh perasaan saudara/saudari sekelian.

Ini merupakan pertemuan serta peluang berucap secara rasmi yang terakhir saya dengan Dato'-Dato' dan saudara/saudari sekelian. Jadi, walaupun saya amat gembira kerana dapat melepaskan bebanan khidmat yang telah dipikul hampir 40 tahun, sebagai insan yang mempunyai hati yang rapuh, saya tetap menyimpan rasa kesedihan dan kesayuan untuk meninggalkan organisasi yang menjadi punca pendapatan kehidupan saya dan ahli keluarga saya.

Dan ketiga, saya dan isteri ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan Materiel khususnya AKS Materiel, YBhg Brig Jen Dato' Dr Mohd Yunus yang telah memberi keizinan untuk Bahagian Materiel menganjurkan Majlis Makan Malam ini bagi meraikan persaraan saya dan rakan-rakan saya. Juga kepada saudara-saudari serta isteri atau suami yang melapangkan masa dan sudi untuk hadir dalam majlis ini, Ini adalah satu penghormatan yang amat besar untuk diri kami dan isteri kami. Pastinya majlis ini akan menjadi kenangan kami selagi saya masih memiliki daya ingatan atau sehingga saya menutup mata yang terakhir nanti.

Brig Jen Dato' Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM
AKS Materiel

Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Dalam kerjaya kita, terdapat beberapa perkara yang saya harapkan atau cita-citakan telah gagal dicapai, dan beberapa perkara yang tidak pernah diharapkan atau dijangka telah berlaku. Tidak pernah ada dalam mimpi saya untuk melangkahkan kaki keluar dari bulatan dunia TUDM ini sebagai seorang Mejar Jeneral. Kerana sebelum ini saya pernah dua kali memohon untuk bersara awal semasa berpangkat Mejar dan sekali lagi semasa berpangkat Lt Kol. Bagaimanapun kesemuanya tidak menjadi kenyataan kerana dipujuk untuk meneruskan perkhidmatan. Dan dua atau tiga tahun yang lalu, saya sudah merasakan yang saya akan bersara wajib dalam pangkat Kolonel sahaja. Bagaimanapun Allah telah menentukan segala-galanya berbeza sebagaimana yang saya rancang.

Di awal tahun 80an dulu, dalam perjawatan Materiel TUDM (waktu itu dikenali sebagai Cawang Bekalan, dan kemudiannya Logistik) hanya ada 1 Brig Gen, 2 Kol dan 6 atau 7 Lt Kol sahaja. Majoriti pegawai Materiel bersara dalam pangkat Mejar sahaja. Hari ini kita dapatai lebih dari 30 pegawai Materiel berpangkat Lt Kol ke atas. Malah malam ini, dalam sejarah TUDM kita ada 5 orang GENERAL Materiel yang masih berkhidmat. Ini adalah satu kemajuan atau peningkatan yang positif serta pengiktirafan kepimpinan TUDM kepada peranan Materiel dalam TUDM.

Riwayat hidup saya bermula dari desa/kampung, melalui kehidupan anak-anak kampung yang dikelilingi tradisi masyarakat Jawa serta kehijauan kebun kecil getah, kelapa dan kopi yang menjadi hasil dan pendapatan keluarga. Tiada bekalan paip air dan cahaya api elektrik menyinari rumah. Pergi sekolah tanpa mandi pagi adalah perkara biasa. Ubat gigi adalah satu item yang mewah. Sama ada guna lumpur atau arang sebagai ubat gigi. Kami ke sekolah dengan kasut putih dari bahan plastik tanpa stokin kerana jalan yang becak dan kotor. Sampai sekolah basuh kaki basuh kasut, pakai balik- kering sendiri.

Apabila saya gagal dalam pengajian di UTM dalam tahun 1979 dan menganggur hampir setahun di kampung, saya melangkah kaki menggadai tubuh badan untuk menjadi seorang pegawai kadet pada 2 Apr 1980 dan mengangkat sumpah ikrar taat setia pada 5 Apr.  9 bulan menjalani latihan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Panggilan ke 37 (TJP37) di SPK Port Dickson.


Sebab musabab saya masuk tentera bukanlah kerana cinta kepada negara, atau untuk berjuang melawan musuh atau berkhidmat kepada bangsa dan agama, tetapi kerana malu kerana telah mengecewakan kedua ibu bapa saya akibat gagal UTM, kerana berkhidmat dengan Kerajaan pada masa itu gaji amat rendah, kelulusan SPM gaji hanya RM370.00 manakla elaun Pegawai Kadet elaun RM400 sebulan, latihan hanya 9 bulan dapat pangkat Leftenan Muda bergaji RM700.00.


Setelah tamat latihan Pegawai Kadet di Port Dickson saya dihantar ke Sekolah Latihan Penerbangan (kemudian jadi PULATIBANG dan sekarang INSPEN) untuk mengikuti latihan asas penerbangan. Antara pegawai yang sama-sama gagal latihan penerbangan dan kemudiannya menyertai Cawang Logistik (Materiel) ialah; Mej Rajakandan a/l Ratnasingam (B), Mej Zolkeple bin Ayob (B), Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah, Mej Othman bin Md Jahim (B), Allahyarham Mej Osman bin Haroon (B) dan Kapt Selvaraj a/l Muthu (B).

Pegawai Materiel TJP37 yang ditauliahkan terus ke Cawang Materiel ialah Brig Gen Dato Yohanez Ahmad (B) dan Lt Kol Khairudin Zahari (B). Seorang lagi intake saya dalam Materiel ialah Lt Kol Ahmad Zaini bin Mohd Ali (B) dari Cawang KLLU.  Dari 10 pegawai Materiel dari TJP37, sekarang tinggal Brig Jen Mohamad Shuairi sahaja yang masih dalam perkhidmatan. Last Mohican of RMAF Materiel Intake 37. 

Setelah gagal latihan penerbangan dan pertukaran ke Cawang Logistik  diluluskan, saya  berkhidmat di TUDM Kuching sebagai DAMO. Saya hanya menghadiri Kursus Asas Pegawai Logistik pada bulan April 1983. Lima dari 18 coursemates saya adalah dari Intake TJP43 yang baru beberapa hari ditauliahkan seperti Lt M David Marshall Parnabas, Lt M Razali bin Ahmad Rogigan, Lt M Abu Hanipah bin Hussein, Lt M Mohd Yusnillah bin Mohd Yunus dan Lt M Ahmad Nazri bin Nayan (satu-satunya yang masih tinggal dalam perkhidmatan hari ini).

Yang lain adalah super seniors dari TJP 37 hingga TJP 40 dan 2 dari Regular Intake 21. Mereka ialah Lt Zambri Ahmad, Lt M Sulaiman Idris, Lt M Othman Jahim, Lt M Mior Muhammad Mior Sulaiman, Lt M Radzali Ratin, Lt M Muhd Sakir Yusof, Lt M Rusli Ibrahim Lt M Mohd Johany Abdullah, Lt M Borsra Wahab, Lt M Romlee Mat Piah, Lt M Nasir Mamat dan Lt M Lim Eng Lye.

Setamatnya Kursus Asas logistik, saya melapor diri ke TUDM Kuantan dengan menunggang motosikal Suzuki Cup 80cc dari Batu Pahat ke Kuantan.

OC (Ketua Cawang Logistik) saya di TUDM Kuantan ialah Mej Nik Hishamuddin (allahyarham) dan kemudian digantikan oleh Mej Azizan Shaari. Baru 4 bulan melapor ke Kuantan, saya dihantar mengikuti kursus selama 3 bulan di Sekolah Kor Kelengkapan di Batu Kantomen. Sekali lagi saya menggunakan khidmat motorsikal kapcai saya berulang alik KL - Kuantan setiap minggu atau dua minggu.

Pada bulan Mei 1986 saya terpilih melanjutkan pengajian ke ITM selama 3 tahun. Itulah unit terakhir saya sepanjang perkhidmatan saya, iaitu ketika berpangkat Leftenan. Pada waktu itu, terpilih ke IPTA merupakan satu kebanggaan bagi seseorang pegawai kerana dalam setahun hanya 2 atau 3 pegawai sahaja yang terpilih ke IPTA. Bersama saya ke ITM pada masa itu ialah LtM Zainal (DCS) dan LtM Kamarudin Kasim (CIT).

Setamatnya pengajian di ITM pada Jun 1989, saya ditukarkan ke MPPU, masih dalam pangkat Leftenan. Saya hanya dinaikkan ke pangkat Kapten pada bulan Ogos 1989 setelah 8 tahun perkhidmatan, walaupun telah lulsu peperiksaan pada tahun 1985 menyebabkan saya kehilangan seniority Kapt selama 7 bulan.

Pada penghujung tahun 1991 saya dipanggil temuduga kerjaya oleh PS1 SISLOG (Lt Kol Ahmad Haidir) dan seterusnya membawa saya berhijrah ke MINDEF  untuk mengambil-alih jawatan sebagai PS2 Belanjawan Latihan (perjawatan Kapten). Cabaran besar pada waktu itu ialah pelaksanaan kursus di bawah Projek MOU UK yang melibatkan berpuluh-puluh kursus pegawai dan juruteknik pesawat Hawk, Simulator Hawk dan Radar Martello. Melayani kerenah birokrasi pemilihan di peringkat Cawangan, peringkat TUDM, pejabat Pesuruhjaya Tinggi UK serta pelbagai masalah yang dihadapi pelatih TUDM di UK.

Ingatan saya kepada pegawai-pegawai muda, janganlah menyangka jika kita ditugaskan di unit luar Lembah Klang, atau di pasukan 3 khidmat (luar TUDM), kita merasa dipinggirkan atau dilupakan. Sebagai seorang pegawai, tugas kita adalah berkerja. Di mana sahaja anda ditugaskan. akan ada pegawai staf di Markas yang memantau dan menilai kebolehan dan keupayaan anda. Jangan merasa kecewa atau putus asa atau marah jika tertinggal kenaikan pangkat atau kursus berbanding rakan kita. Jika, sememangnya kita capable and eligible, giliran kita akan sampai.

Pada bulan Jun 1993, seiring dengan penstrukturan organisasi TUDM secara besar-besaran, saya ditukarkan ke jawatan PS2 SISMAT C yang menguruskan sumber manusia warga Materiel. APTU Materiel pada masa itu, allahyarham Brig Jen Abdul Rahman Rais TUDM telah menawarkan saya mennjadi Pegawai Logistik dalam Tim Projek MiG29 di Russia. Namun saya menolak kerana saya mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Saya menamakan Lt Kol Zainudin Sahak (Zico) untuk menggantikan tempat saya. Cita-cita saya dimakbulkan Allah. Pada bulan Jun 1994 saya terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di ITM, iaitu kursus ADBS (HRM) dan saya mendapat anugerah Pelajar Terbaik semasa Konvokesyen tahun 1996.

Kenapa saya menyebut perkara ini, bukan untuk kebanggaan diri saya tetapi yang paling menyentuh perasaan saya pada masa itu ialah, saya dapat membawa kedua ibu bapa saya masuk dalam Dewan Seri Budiman untuk menyaksikan saya menerima ijazah. Akhirnya saya dapat menebus malu kerana mengecewakan kedua ibu bapa saya atas kegagalan saya di UTM dalam tahun 1979 dahulu.

Satu lagi signifikan bagi pengajian saya di ITM ialah, saya mendaftar diri untuk Kursus Diploma Lanjutan (ADBS) tetapi saya konvokesyen dengan ijazah Sarjana Muda Kepujian kerana bertepatan dengan pengiktirafan ITM sebagai sebuah Universiti.

Setamatnya kursus di ITM, saya kembali ke SISMAT di bawah APTU Materiel yang baru iaitu Brig Jen Dato Mohd Idris bin Saman TUDM. Legasi saya semasa dalam jawatan tersebut saya telah memperkenalkan PAPTUM (Pekeliling APTU Materiel). PAPTUM dapat menyampaikan banyak maklumat berkaitan dasar dan amalan pengurusan kepada warga Materiel di unit-unit TUDM.

Kebanggaan saya pula ialah apabila cadangan saya menjenamakan semula SEKLOG kepada PLPL diterimapakai dan kekal sehingga ia ditukar menjadi INSMAT.  Pada masa ini saya sudah merancang untuk mengambil-alih kursus-kursus  Penstoran Bahan Letupan di ITSBL ke PLPL tetapi terpaksa ditangguhkan kerana PLPL di PU Subang tidak mempunyai prasarana yang mencukupi untuk menampung keperluan ini.

Sepanjang tahun 1999 saya berkursus di MTAT dan setelah tamat kursus saya ditukarkan ke Kementerian Kewangan (MOF) selama 4 tahun. Semasa di MOF ini saya telah dua kali menyatakan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana telah mendapat tawaran kerja yang agak baik dari beberapa buah syarikat (selain dari melihat masa depan yang tidak menggalakkan dalam kerjaya saya).  Namun, AKS Materiel pada masa itu, Brig Jen Dato' Othman Abd Majid TUDM tidak meluluskan permohonan saya.

Pada bulan Februari 2004, saya pulang ke MINDEF dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak pengurusan yang tidak membenarkan saya untuk bersara awal. Sekali lagi saya membuat tugas PS 1 SISMAT di bawah AKS Materiel yang baru, Brig Jen Dato' Amir Hashim TUDM. Setelah 5 tahun ditinggalkan, PAPTUM saya sudah semakin dilupakan. Seterusnya saya  memperkenalkan MAKSMA (Memo AKS Materiel) bagi menggantikan PAPTUM. Bagaimanapun, MAKSMA juga terkubur setelah saya meninggalkan SISMAT kerana pelaksanaannya memerlukan minat, inovasi, kemahuan serta kemahiran penulisan untuk mentafsirkan hasrat kepimpinan di Markas TUDM.

Satu perkara yang menjadi kebanggaan serta kenangan terindah saya semasa menjadi PS1 SISMAT kali ini ialah KEJAYAAN memindahkan Kursus-kursus Penstoran Bahan Letupan dari ITSBL (Butterworth) ke PLPL. Pada masa ini, PLPL telah mempunyai kampus tetap dan tersusun di TUDM Kinrara.

Pada tahun 2005 saya ditukarkan dari PS1 SISMAT ke PS1 Kontrak bagi menyusun semula pengurusan kontrak-kontrak TUDM. Pada penghujung 2006, berlaku TSUNAMI 2 di Markas Logistik Udara (MLU) di mana satu siasatan secara besar-besaran ke atas pengurusan perolehan di MLU. Ramai yang tidak tahu atau sudah lupa bahawa TSUNAMI 1 berlaku pada tahun 1985 (Lembaga Penyiasatan ke atas pengurusan perolehan di Pusat Maeriel Udara). Hasil dari Tsunami 2 itu, ramai pegawai TUDM yang berhentikan secara keji dari perkhidmatan TUDM. Lanjutan dari itu, satu rombakan besar-besaran berlaku di MLU. Brig Gen Ackbal Abdul Samad TUDM telah dilantik menjadi Panglima Logistik Udara. Saya sendiri ditukarkan dari PS 1 Kontrak ke MLU pada bulan Feb 2007 untuk mengambil-alih jawatan PS1 Pembaikan.

Selama 14 bulan menyandang jawatan sebagai PS1 Pembaikan merupakan satu tempoh yang sungguh mencabar dan mendebarkan. Selain melayani Lembaga Penyiasatan yang masih aktif dan membuat pelbagai reformasi, transformasi dan inovasi, kami diduga lagi dengan peristiwa pahit kes kehilangan dua buah Engine J85 pesawat F5E pada tahun 2008 merupakan kemuncak kepada hilangnya kepercayaan kepimpinan TUDM kepada warga Materiel. Peristiwa yang menggemparkan negara ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan dalaman saya dan rakan-rakan yang ada pada masa itu. Siasatan polis, siasatan oleh Lembaga Siasatan, siasatan SPRM, siasatan PDRM dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertindan dan berterusan.

Mantan PS2 dan PS3 Pembaikan saya, Mejar Raja Rizal Iskandar dan Mej Ammadi Atan mungkin boleh berkongsi cerita tentang bagaimana peritnya hidup di Cawang Pembaikan pada waktu itu. Pernah saya menangis di tengah malam apabila PS2 saya yang saya kenali seorang pegawai yang bersih, Lt Kol Shafiq Khee terpaksa duduk dalam sel tahanan PDRM selama seminggu untuk disoalsiasat. Terbayang juga, itu adalah tahun terakhir perkhidmatan saya dalam TUDM. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik. Walaupun keputusan mahkamah berpihak kepada individu yang dituduh dan didakwa, setidak-tidaknya staf saya di Cawang Pembaikan tidak terlibat dengan jenayah ini.

Dalam tempoh kegetiran itu, saya masih dikurniakan rezeki Allah dengan kenaikan pangkat Kolonel pada bulan Jun 2009 atas jawatan Ketua Staf Khidmat (KSK). Sebelum itu, saya sudah memangku jawatan KSK sejak bulan Julai 2008. Oleh kerana itu, saya disebut-sebut (di belakang saya) sebagai kurang layak untuk mendapat kenaikan pangkat ini kerana tidak pergi MPAT, tidak pernah buat tugas KCM selain dari masih ramai yang lebih senior dan lebih layak. Sindrom inilah yang kemudiannya menambah paku dan duri dalam perjalanan kerjaya saya kemudian.

Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Adalah diharapkan, peristiwa getir ini dapat memberi peringatan dan pengajaran  kepada semua PEGAWAI MATERIEL dan panjangkan kepada anggota di bawah perintah tentang pentingnya integriti dalam tugas seharian kita. Sudah terlalu banyak kita mendengar cerita tentang pegawai-pegawai Materiel yang disiasat polis atau SPRM, didakwa di mahkamah, dihukum dan diberhentikan dari perkhidmatan.

Selain dari sentiasa menentukan diri kita memiliki integriti yang tinggi, kita juga wajar sentiasa  dan sensitif dengan persekitaran kita. Jangan meletakkan 100% kepercayaan kepada orang sekeliling kita, mesti ada sedikit rasa sangsi jika kita melihat sesuatu yang kurang lazim pada diri seseorang. Selain itu, kita  harus berwaspada kerana sentiasa ada orang yang menunggu sedikit sahaja kesilapan kita untuk menjatuhkan kita.

Sepanjang tempoh berkhidmat di MLU saya telah dua kali mendapat pencalonan ke MPAT iaitu untuk tahun 2009 dan 2010. Namun kedua-duanya dibatalkan atas keperluan perkhidmatan.

Ketika saya sedang menunaikan Fardhu Haji pada hujung tahun 2010 saya telah mendapat berita pertukaran saya keluar dari MLU ke satu jawatan yang tidak wujud dalam organisasi TUDM, iaitu sebagai Pengarah Pengurusan Strategik.

Sepulangnya dari tanah suci, pada bulan Januari 2011 saya melapor diri ke Markas TUDM ke jawatan baru tanpa pejabat, tiada meja dan staf. Saya hanya membuat kerja di dalam pantry. Saya ditugaskan untuk menyertai tim nukleas kepada penubuhan sebuah Bahagian baru di Markas TUDM yang dinamakan Bahagian Pengurusan Strategik (BPS).

Dalam keadaan yang masih ad-hoc, tanpa perjawatan, tanpa pejabat dan tanpa staf, BPS dipertanggungjawabkan menerajui program Transformasi TUDM "Air Force Next Generation (AFNG)" kearah sebuah angkatan berspektrum penuh pada 2020. Sebagai Pengarah Pengurusan Strategik yang pertama, selain dari menyediakan draf cadangan struktur organisasi dan fungsinya, menyedia dan menguruskan penerbitan Pelan Transformasi TUDM (RMAF Transformation Plan), saya juga diperlukan membuat road-show ke semua pangkalan TUDM untuk membuat penerangan mengenai apa itu AFNG.


Semasa bertugas di BPS inilah, saya didatangi oleh beberapa orang sahabat yang bersimpati dengan situasi saya dan menceritakan beberapa cerita rekaan memfitnah saya yang disebarkan semasa saya berada di tanah suci. Mungkin, itulah antara sebab mengapa pihak atasan TUDM membuat keputusan drastik menukarkan saya keluar dari MLU semasa ketiadaan saya.

Sedikit demi sedikit Allah menunjukkan kebenaran dan kepalsuan.

Pada bulan Feb 2012, saya telah dipanggil oleh PTU (Jen Tan Sri Rodzali TUDM) yang meminta saya kembali ke MLU sebagai KSK untuk membantu Panglima pada masa itu, Mej Jen Dato' Kamalruzaman bagi memperbetulkan beberapa perkara yang melibatkan diversion ke atas sistem pengurusan yang telah ditransformed pada tahun 2007/2008 dahulu. Walaupun PTU memberi pilihan sama ada saya setuju atau tidak dengan tawarannya, saya melihat ke arah yang positif. Walaupun jawatan KSK merupakan jawatan yang panas dan sensitif, saya menerima arahan itu sebagai satu sinar baru, kepercayaan pemimpin tertinggi TUDM kepada keupayaan saya dan pada masa yang sama akan membuktikan bahawa apa yang disebarkan sebelum ini tentang keburukan saya adalah fitnah.

Pada bulan April 2013, saya telah dicalonkan untuk menghadiri Kursus Bahasa Korea selama 9 bulan diikuti oleh Kursus Staf di Korea National Defence University (KNDU) selama satu tahun.  Beberapa hari sebelum MAT bersidang saya telah menghantar surat kepada AKS Sumber Manusia bahawa saya menolak pencalonan tersebut atas beberapa alasan yang munasabah. Pencalonan tersebut dibatalkan.

Pada penghujung tahun 2013, TUDM membuat penstrukturan semula organisasinya dan nama MLU di tukar menjadi Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) dan pada bulan Julai 2013, Panglimanya, Mej Jen Dato'  Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM digantikan oleh Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM.

Pada bulan Feb 2014, saya ditukarkan ke MK ATM-KOMLEK untuk mengambil-alih jawatan Pengarah Bantuan Khidmat (PBK) bagi menggantikan Kol Kamarudin yang dirancang untuk menjawat Pengarah Materiel. Namun pertukaran tersebut dibatalkan kerana pertukaran Kol Kamarudin tidak diluluskan, maka saya kekal di MPBU.

Pada bulan Julai 2014, saya ditukarkan ke MTU-Materiel untuk menyandang jawatan Pengarah Materiel. Tapi pertukaran kali ini saya berasa amat janggal, agak pelik dan curious.  Tugas Pengarah dikosongkan oleh Kol Zaki sejak Feb 2014, tiada pemangku. Semasa mengambil-alih jawatan itu, tiada proper handing-taking over dibuat, arahan AKS (semasa membuat arrival), buat lah apa yang patut. Macamana boleh berlaku kepada satu jawatan yang penting dalam Cawang Materiel TUDM. Jawatan paling kanan selepas AKS Materiel. Tanpa memikirkan perkara yang negatif, saya terus melaksanakan tugas saya.

Setelah beberapa minggu dan bulan menduduki kerusi Pengarah, kejanggalan semakin terasa. AKS tidak pernah berbincang berkaitan 'MATERIEL' dengan saya. Tiada decision making yang dibincang bersama. Kalau ada pun, sekadar mewakili beliau dalam mana-mana mesyuarat yang beliau tidak dapat pergi kerana ada tugasan lain. Dan bertambah janggal apabila PS1 Kontrak dan PS1 Perolehan yang sepatutnya di bawah tanggungjawab Pengarah Materiel diarahkan berurusan terus dengan AKS.  Hanya PS1 SISMAT sahaja di bawah Pengarah. Banyak lagi boleh diceritakan, tapi cukuplah sekadar itu.

Saya menjadi Pengarah Materiel hanya 7 bulan sahaja. Pada bulan Mac 2015, tanpa mendapat apa-apa maklumat dan bayangan, tiba-tiba saya ditukarkan ke MK ATM-KOMLEK dan diarahkan melapor diri dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Jadi saya serahkan kepada saudara-sudari untuk membuat persepsi masing-masing tentang kepimpinan Materiel pada masa itu.





Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Itulah dunia Materiel TUDM, sifat ingin membunuh kerjaya sesama ahli keluarga ini telah berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu. Pada ahun 1978, Pengarah Bekalan berpangkat Group Captain (pegawai terkanan dalam Cawang Bekalan) telah dijatuhi hukuman 7 tahun penjara atas tuduhan rasuah. Pada tahun 1989, APTU Materiel kedua didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah juga. Alhamdulillah, dia memenangi perbicaraan dan dibebaskan. Tetapi dia kehilangan jawatan dan maruah. Beberapa tahun lalu, saya berbual panjang dengannya dan beliau memberitahu bahawa apa yang berlaku adalah fitnah dari pegawai kanannya sendiri. Kita telah 3 kali kehilangan jawatan APTU/AKS ke tangan orang lain. Bukan atas perbuatan orang luar (bukan Materiel) tetapi di kalangan kita juga.

Marilah kita belajarlah dari pengalaman ini. Berilah sokongan kepada sahabat kita yang berjaya dan yang diberi amanah untuk memimpin kita. Kecuali dia benar dan jelas melakukan jenayah untuk kita ketepikan. Mungkin kita mahukan jawatan itu kerana kita rasa kita lebih layak. Tetapi Allah Maha Mengetahui siapa yang lebih layak. Jika kita tidak mendapat tempat itu, Allah akan beri yang lain. Bukan semua pangkat dan jawatan itu satu nikmat atau anugerah, sebahagiannya adalah ujian. Untuk menguji kekuatan jiwa dan iman kita.

Pada 16 Mac 2015 saya mula bertugas di KOMLEK dan inilah kali pertama saya berpeluang bertugas di organisasi 3 KHIDMAT.  34 tahun khidmat saya di ATM sebelum itu, 7 tahun berkursus, 4 tahun di MOF, selebihnya terkurung dalam tempurung TUDM. Hampir 6 tahun di MLU, hampir 8 tahun di MTU. Tiga kali di SISMAT.

3 tahun di KOMLEK adalah satu pengalaman yang cukup terkesan di penghujung kerjaya saya. Dalam situasi membuat kayuhan mendaki bukit untuk menggapai bintang, satu persatu saya dipintas. Kalau 10 tahun yang lalu (2019), semasa saya menjadi KSK, kalau tanya 250 pegawai Materiel, lebih 90% akan kata saya adalah pengganti Dato Azizan sebagai AKS Materiel. Walaupun saya tidak bercita-cita sangat sampai ke tahap itu, namun bila semua orang sebut, datang juga PERASAAN PERASAN.

Mengikut perkiraan mudah pada tahun 2009 ialah Mej Jen Dato' Azizan akan bersara pada tahun 2016. Pada masa itu ada 3 pegawai Materiel berpangkat Kolonel iaitu Kol Mohd Zaki bersara tahun 2014, Kol Kamarudin bersara tahun 2015 dan saya akan bersara tahun 2019. Secara teorinya siapa lagi yang layak jadi AKS?. Tapi dengan kehendak Allah, teori itu tidak berlaku.

Mustahil saya tidak terasa apa-apa apabila empat orang pegawai yang dinaikkan Kolonel selepas saya telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral mendahului saya. TAPI, oleh kerana saya sendiri tidak terlalu  ambitious,  perkara tersebut tidak terlalu menekan perasaan saya. Saya terima (rezeki mereka adalah) ketentuan Allah disamping melihat sudut positif kepada mereka..

Jadi, tidak ada sebab untuk saya berasa marah atau cemburu dengan kenaikan mereka  kerana sebelum ini, walaupun dalam pangkat Kapt, Mej dan Lt Kol saya agak ketinggalan dari mereka namun semasa naik Kolonel saya telah memintas ramai senior saya. Semua itu adalah pusingan roda kehidupan kita dan itu semua kerja Allah.
Sebagai manusia biasa, saya akui saya agak terkilan, namun saya mengakui saya mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan saya yang menyebabkan kepimpinan TUDM tidak memberikan apa yang saya harapkan.  

Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara/saudari semua supaya melaksanakan tugas dengan baik dan seikhlas mungkin. Manusia biasa pastinya ada perasaan dan emosi. TETAPI Jangan sesekali tewas dengan emosi dan perasaan kita.

Apabila berada di MK ATM, saya merasakan suatu kelegaan kerana tiada gangguan hantu TUDM. NAMUN ia tidak berlaku. Satu kes AP59 bernilai RM2.54 juta yang dilakukan oleh pegawai lain telah dibebankan ke atas nama saya dan 2 orang lagi pegawai walaupun kesalahan tidak patuh kepada prosedur itu berlaku di luar bidang tugas dan pengetahuan saya. Walaupun isu itu diselesaikan tanpa tindakan kewangan tetapi image, reputasi saya telah tercalar. Pada masa yang sama saya terpaksa menghadapi kerenah menghadapi siasatan yang berpanjangan sehingga perkara itu diselesaikan.

Di KOMLEK saya menggunakan segala ilmu, pengalaman dan kepakaran saya untuk mengubah landskap dan sistem kerja di KOMLEK, terutamanya dalam pengurusan perolehan dan kontrak. Tempoh perkhidmatan saya di KOMLEK amat menyeronokkan kerana mendapat sokongan padu dari boss saya (Laksamana Pertama Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah). Saya juga berpeluang menjelajah ke seluruh pelusuk negara dari Perlis sampai ke Sabah, melawat kem-kem yang sebelum ini saya tidak pernah dengar namanya sebelum ini.  Di KOMLEK saya menimba ilmu dan terlibat secara langsung  dengan pengurusan dan pengoperasian sistem komunikasi strategik ATM seperti sistem AMSS, P4, NCO dan Satelite serta pengurusan sistem telefoni awam (PABX).

Mulai Mei 2018 saya ditukarkan ke Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral - mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik (KPOL). Memandangkan tempoh perkhidmatan saya hanya tinggal setahun perkhidmatan, maka saya sedar bahawa inilah destinasi terakhir saya sebelum bersara.


Di BLP, sebagai No. 2 Man kepada Mej Jen Dato' Razif (AKS LP) yang pada ketika itu sedang menghitung hari menunggu cuti sebelum latihan peralihan, .memberi peluang kepada saya untuk mewakili AKS LP untuk menghadiri pelbagai mesyuarat yang melibatkan pengurusan tertingggi ATM. Saya dapat menimba banyak pengalaman dan membina rangkaian dengan barisan pegawai-pegawai kanan ATM. Itu semua adalah lorong-lorong yang disediakan oleh Allah untuk saya memudahkan baki perjalanan kerjaya saya.

Apabila MG Dato Razif mula bercuti pada 17 Dis 18, saya diarahkan untuk memangku jawatan AKS LP. Selepas mengambil-alih jawatan, dalam satu pertemuan dengan YBhg PAT atas urusan kerja, saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan hal tersebut. Jawapan PAT ialah "...tak ada pengganti. You pegang sampai you habis (cuti bersara)". Kedudukan itu tidak mengubah tugas harian saya kerana saya telah banyak melakukan tugas AKS sejak saya menjadi Ketua Pengarah pada bulan Mei 18.

Sebagai AKS LP, saya merupakan ahli tetap kepada banyak jawatankuasa pengurusan tertinggi ATM. Faktor-faktor tersebut yang mungkin telah menukar nasib saya di penghujung perkhidmatan saya.

Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Sebagai seorang Pegawai Materiel, saya tidak pernah bermimpi untuk sampai ke tahap ini. TETAPI, jika telah ditaqdirkan begitu, maka kehendak Allah juga yang mempermudahkan perkara yang sulit dan sukar. Setelah bertahun-tahun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya itulah ketetapannya.

Hidup perlu ada angan-angan,
Dari angan-angan akan timbul cita-cita dan impian,
Dari impian akan datang tekad atau iltizam,
Dari iltizam akan wujud usaha dan kesungguhan,
Iringi angan-angan, impian, iltizam dan usaha dengan doa,
Setiap usaha akan ada dugaan dan cabaran,
Iringi setiap usaha dengan doa dan Tawakkal,
Kerana Allah sahaja yang Maha Pemilik dan Maha Penentu,
Iringi setiap kejayaan dengan kesyukuran,
Usah iringi kegagalan dengan kedukaan dan sumpahan,
Kembali kepada usaha, doa, tawakkal dan kesyukuran,
Kita merancang,
Allah juga merancang,
Sesungguhnya Allah jua sebaik-baik Perancang.

Oleh itu, saya menyeru saudara/saudari Tuan/Puan warga Materiel semua agar meneruskan sokongan padu dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi agar beliau lebih mudah untuk melaksanakan tugasnya yang amat berat itu.

Ayat 54: Surah Ali Imron


Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Satu perkara yang saya merasa agak terkilan ialah semasa menjadi Pengarah Materiel, saya cuba memperkenalkan dan menerbitkan buku Pelan Transformasi dan Strategik Materiel (PTSM). Ia adalah susulan kepada arahan yang ditetapkan dalam milestone Pelan Transformasi AFNG. Ia telah beberapa kali dibengkelkan, namun sehingga kini ia masih belum dizahirkan malah tidak ada hasrat untuk meneruskannya. Walaupun begitu, ia adalah hak dan bidang kuasa AKS Materiel untuk membuat keputusan ke atasnya. Mungkin ia tidak lagi bersesuaian.

Sepertimana yang saya sebutkan lebih awal bahawa semasa menjadi PS 1 SISMAt, saya telah berjaya memindahkan Kursus Bahan Letupan dari ITSBL ke PLPL (INSMAT). Pada masa yang sama saya mempunyai impian untuk mewujudkan Sekolah Integerasi Logistik dan Komputer (SILK) berasaskan kepada kedudukan pada masa itu (sehingga sekarang) bahawa kursus-kursus Integrated Logistic System dan Information Technology tidak mempunyai process owner. Andainya INSMAT beriltizam menubuhkan dan seterusnya melatih kursus-kursus berkaitan ILS dan ITC, insyaallah suatu hari nanti, kepakaran ILS dan ICT  dalam TUDM adalah produk INSMAT menjadi satu kepakaran Materiel. Saya amat berharap, generasi Materiel akan berbuat sesuatu untuk menjadikan impian ini satu reality.

Usaha dan Pencapaian bukan kerana untuk mencipta LEGASI (kerana setiap yang telah dilaksanakan itu tidak mencatakan nama sesiapa) tetapi semata-mata untuk masa depan Materiel yang lebih cemerlang.

Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Cawang Materiel sudah terlalu banyak melalui zaman kegelapan, zaman dihina dan diperlekehkan dan integriti kita dipersoalkan. Materiel akan berpecah dan lemah apabila kita bercakap bahasa kita sendiri, apabila kita menjadi haloba dengan jawatan dan pangkat, apabila kita hanya menjaga diri sendiri untuk masa depan sendiri malah kita sanggup memijak kepala kawan kita sendiri.

Materiel akan lemah apabila kita tidak mahu berkongsi maklumat, apabila kita menyekat dan menghalang kejayaan rakan-rakan kita, apabila wujud sifat dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan apabila kelemahan dan kesalahan dilindungi supaya wajah kita sentiasa kelihatan cantik dan menawan.

Materiel akan lemah apabila budaya membodek atau CARMA semakin berleluasa, apabila sindrom  menyanjung dan memuja secara berlebihan dibiarkan berterusan.

Materiel akan menjadi lemah dan lumpuh apabila INTEGRITI kita semakin rapuh dan MARUAH kita boleh dijual beli dengan harga yang murah, semurah harga bilik karaoke, green fees dan goodies.































Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

Anda semua amat beruntung dan bertuah, kerana mendapat Brig Gen Dato' Dr Yunus sebagai AKS Materiel. Dalam tempoh dua tahun menerajui Materiel TUDM, saya dapat melihat banyak perubahan yang telah dilaksanakan. Selain dari berpengalaman dan mempunyai kelayakan semua kursus kerjaya yang sepatutnya dilalui oleh pegawai ATM, setakat hari ini beliau merupakan pegawai kanan TUDM yang memiliki kelayakan akademik yang tertinggi dalam TUDM, iaitu memiliki ijazah kedoktoran (PhD) dan tiga ijazah  Sarjana.  Selain dari itu, beliau juga mempunyai banyak idea dan inspirasi untuk menaikkan martabat Materiel. 

Beliau memperkenalkan Materiel Wisdom sebagai strategic guide, menerbitkan Materiel Coffee Table, menghidupkan Penal Team Management Materiel untuk menggantikan Lembaga Kepakaran Materiel yang telah sekian lama tidak aktif, kerjasama MIPMM dan lain-lain lagi. Beliau juga amat aktif dalam pengurusan sukan serta berada di mana-mana membuat lawatan kebajikan ke atas warga Materiel. Sesuatu yang amat sukar dan berat dilakukan oleh sebahagian besar pemimpin kita.

Beliau masih ada banyak masa lagi, masih muda dan bertenaga, insyaallah mampu mencapai apa yang saya capai sekarang, malah berpeluang untuk lebih jauh atau tinggi lagi. Dengan kelayakan akademik yang ada, saya tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa beliau berpeluang untuk mencapai melebihi dari pencapaian saya. Insyaallah.

Saudara dan saudari yang saya dikasihi sekelian,

BAKAT adalah satu komplimen bukan satu komitmen. Ia satu secondary activity bukan primary.  Ia satu kegiatan sukarela bukan paksa. Kewujudannya harus menggembirakan bukan mendukakan atau menyakitkan.

Isteri atau BAKAT yang harus berbangga dengan kejayaan suami bukan suami berbangga dengan kejayaan BAKAT. Sebagai anggota ATM, yang telah bersumpah setia, BAKAT bukan alasan untuk seseorang pegawai tidak mematuhi arahan. Sebaliknya, BAKAT tidak memerlukan alasan untuk tidak mematuhi arahan dari pejabat kerana arahan yang paling mulia dilaksanakan oleh seorang ahli BAKAT adalah arahan dari suaminya. Sebab itu, SUAMI tidak diperlukan menjadi ahli BAKAT.

Bukan tujuan saya ingin demotivate untuk isteri-isteri Pegawai Materiel aktif dalam BAKAT. Aktiviti BAKAT adalah baik jika kehadirannya menggembirakan. Dan keaktifan isteri dalam aktiviti BAKAT bukan menjadi penyebab kepada seorang Pegawai Materiel yang baik terganggu kerjayanya. BAKAT harus berperanan membakar semangat suami untuk maju dan sukses dalam kerjaya dan BUKAN menjadi BATU API untuk membakar kerjaya suami ahli BAKAT yang lain.

Nasihat saya, uruslah BAKAT dengan sebaik-baiknya dengan penuh HIKMAH barulah boleh kita berbangga dengan ungkapan DI BELAKANG KEJAYAAN SEORANG SUAMI ADALAH KERANA BERDIRINYA SEORANG WANITA BERNAMA ISTERI.

Saudara-saudari sekelian,

Hampir 40 tahun dalam perkhidmatan, pelbagai jawatan dan organisasi saya berkhidmat, sudah pasti banyak kelemahan diri saya yang menyebabkan saya membuat kesilapan dalam perbuatan dan perkataan saya. Saya dengan rasa hina dan rendah diri untuk diri SAYA DAN ISTERI SAYA, ADIBAH memohon ampun dan maaf.

Sampaikan salam saya kepada sahabat-sahabat Pegawai Materiel yang tidak hadir dan yang mengenali saya. Sampaikan salam saya kepada warga Materiel di pasukan masing-masing. Jika sekiranya di belakang hari nanti, terdapat sesiapa sahaja yang menyebut kelemahan dan kesalahan saya atau isteri saya, sampaikan permohonan maaf kami kepada mereka.

Insyaallah, selagi saya ada hayat saya dan selagi saya tidak hilang ingatan, saya tidak akan melupakan dunia Bekalan, Logistik atau pun Materiel yang menjadi sebahagian dari darah daging saya dan ahli keluarga saya.

Mengejar Bintang

Pangkat itu Kuasa
Pangkat itu Gaji
Pangkat itu Keistimewaan dan layanan

Ada peluang dapat gelaran Dato' dan isteri dipanggil Datin
Dapat kereta staf Perdana - boleh parking kat rumah, boleh bawa balik kampung.
Bila bersara dapat beli kereta (Perdana) dengan harga yang murah

Bintang itu letaknya tingg
Setinggi langit
lebih tinggi dari puncak gunung
lebih tinggi dari awan yang berarak

Biar setinggi mana
Tapi manusia tetap berusaha
Tetap mencari jalan untuk menggapainya
Walaupun terpaksa pijak kepala saudara dan sahabat sendiri

Kata peribahasa
Tuah ayam nampak di kakinya
Tetapi, hanya Allah yang Maha Mengetahui Tuah hambaNya
Jodoh, maut dan rezeki Allah yang punya

Oleh kerana bintang itu tinggi
Ia memang sukar untuk dicapai
Orang berdoa siang dan malam hari
Agar terang bintang menyinari

Ada orang mencari bintang
Merangkak di padang kontang
Ada yang sanggup merenangi gelombang
Begitu sukar banyak menghalang

Ada orang mencari bintang
Memijak memanjat kepala orang
Tidak mengira dari mana ia datang
Jangan sampai permintaan diulang

Ada pula yang hanya berjalan lenggang,
Ada orang, duduk kaki bersilang
Bersiul sambil kaki bergoyang
Lalu bintang bergolek datang

Ada orang inginkan bintang
Kerana perut engkau kecundang
Ada juga yang gemuk gelumang
Bintang tetap datang

Ada yang kemaruk untuk mencapai bintang
Lalu seribu cerita dikarang
Mencari buruk dan aib orang
Agar bintang orang masuk ke longkang

Ada orang yang khidmatnya cemerlang
Bekerja tidak membilang
Berusaha tanpa berhalang
Perkara peribadi jauh dibuang
Namun bintang tidak juga datang

Ada orang yang memang dah belang
Allah tetap bagi bintang
Belangnya tak pernah hilang
Taring dan kuku semakin panjang

Dengan bintang ada yang jadi binatang
Dengan bintang dia akan tambah hutang
Dengan bintang ada yang jadi hulubalang
Dengan bintang akal dia akan hilang

Wahai insan bestari
Sementara sahaja kita di atas muka bumi
Antara hidup dan mati bagai antara dua jari
Semakin tinggi pangkat diberi
Semakin besar bebanan menghempap diri

Di atas dunia bintang dibahu membangga diri,
Esok di dalam kubur kita akan sendiri
Bintang tidak berguna lagi
Sinar bintang tidak dapat menerangi kubur kita

Lagi banyak bintang lebih berat tanggungan diri
Dosa sendiri tidak tentu terlepas diri
Dosa orang lain turut dibebani

Ingatlah wahai diri

Ingatlah wahai diri
Ingatlah wahai diri



Akhir kata saya dan isteri dengan rasa hina dan rendah diri sekali lagi memohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Selamat meneruskan perjuangan,
Selamat majujaya,
Selamat membina kerjaya yang cemerlang,
Selamat membina keluarga bahagia,
Selamat dunia selamat akhirat

WABLLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Friday, May 17, 2019

AF 138: APPROACHING MY EXIT DOOR

SATU SEJARAH SINGKAT yang amat bermakna dalam kerjayaku sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia bermula pada 17 Dis 2019, apabila aku (tanpa ada perancangan rapi) diberi tanggungjawab untuk mengambil alih jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) dati MEJ JEN DATO' PAHLAWAN MOHD RAZIF BIN HJ IDRIS.


Mengambil alih tugas AKS LP pada 17 Dis 19

Tanpa dirancang dan tanpa diduga juga, Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang pada 21 Mac 2019 telah meluluskan kenaikan pangkat ke MEJAR JENERAL TUDM berkuat kuasa pada 9 APRIL 2019.


Penyempurnaan kenaikan pangkat Mej Jen TUDM pada 19 Apr 19 oleh Panglima Tentera Udara (berkuatkuasa mulai 9 Apr 19).

Waktunya semakin hampir.

TARIKH 17 Mei 2019 merupakan hari bekerja terakhir secara rasmi untukku.

Selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 573 pada 21 Mac 2019 yang telah meluluskan permohonanku untuk bersara wajib pada 22 Nov 2109.

Majlis juga meluluskan untuk aku bercuti mulai 21 Mei 2019 sebelum aku mula menjalani latihan peralihan mulai 22 Ogos hingga 21 Nov 2019.

Walaupun tarikh sebenar persaraan pada 22 Nov 2019, masih jauh, 6 bulan lagi, namun dengan kelayakan cuti dan latihan peralihan yang ada mengikut peraturan yang berkuatkuasa, aku harus meninggalkan pejabat sebelum hari pertama percutian pada 21 Mei 2019.

Tarikh ini telah diketahuai lama, namun kesibukan kerja harian sebagai AKS LP, aku sebenarnya kurang mengambil berat tarikh ini. aku mengabaikan kelayakan dan hak aku untuk mengikuti latihan-latihan pra-peralihan.

Pada tahun lepas (2018) aku mempunyai baki cuti selama 39 hari yang perlu dihabiskan, namun aku hanya berjaya menghabiskan selama 4 hari sahaja.

Tahun ini jumlah cuti yang perlu aku ambil (setelah mengambil kira cuti luput yang layak dibayar ganti) ialah sebanyak 121 hari. namun, atas keperluan perkhidmatan cuti tersebut telah diluluskan oleh majlis angkatan tentera (mat). maka aku hanya boleh mengambil cuti terakhir selama 90 hari sahaja mulai 21 Mei 2019.

Pada 16 Mei 2019, mengadakan Mesyuarat Bulanan AKS LP Siri ke 5/2019, iaitu mesyuarat terakhir untukku. Di akhir mesyuarat aku menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua staf yang pernah bertugas di bawah pentadbiranku semasa aku menyandang jawatan AKS LP dari 18 Dis 2018 hingga 20 Mei 2019.










Dua minggu sebelum tarikh ini aku telah mengatur siri kunjungan hormat ke atas kepimpinan tertinggi atm.





MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA DARAT, JENERAL DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI PADA 061000H MEI 2019.

Dato' Seri Ahmad Hasbullah adalah satu skot dengan aku semasa menjalani latihan Pegawai Kadet (TJP37) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson mulai 5 April 1980. Di penghujung tempoh latihan, beliau telah terpilih untuk menjalani latihan di Officers’ Cadet School, Portsea, Australia. Beliau merupakan skot TJP 37 yang paling tinggi pencapaiannya. Beliau dilantik mejadi PTD ke 27 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 3 sep 2018. Sebenarnya, inilah kali pertama aku dapat bertemu secara rasmi dan dapat berbual empat mata paling lama dengan beliau, lebih setengah jam. Perpisahan kami diakhiri dengan suasana sebak.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato' Seri untuk meneruskan kepimpinan Tentera Darat yang berwibawa dan dihormati dalam dan luar negara.
  






MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA LAUT, LAKSAMANA DATUK MOHAMMD REDZA BIN TAN SRI MOHD SANY PADA 
061130H MEI 2019.


Datuk Mohd Redza adalah anak kepada Panglima ATM ke 5 (almarhum Jeneral Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaffar). Beliau dilantik menjadi PTL ke 17 pada 30 Nov 2018. Perkenalan dengan Mohd Redza bermula pada tahun 2011 semasa beliau memegang jawatan Juruiring TLDM kepada almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, SPB Yang Dipertuan Agong XIV. Ketika aku bertugas sebagai Kolonel Bertugas (TUDM) di CPU PU Subang kerap juga bertemu beliau yang mengiringi almarhum Tuanku. Kebetulan beliau tinggal di OMQ bersebelahan dengan Surau Luqman Hakim Kem KEMENTAH – jadi selalu solat berjemaah di surau yang sama. 

Terima kasih Datuk. Semoga Datuk serta keluarga dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah swt. Insyaallah satu hari nanti Datuk akan mencapai sebagaimana almarhum ayahanda Datuk capai.














MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, LEFTENAN JENERAL DATO' SERI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM 
PADA 101200H MEI 2019.


Dato' Sri Ackbal bukan seseorang yang asing dengan aku. Kami mula berkenalan sejak tahun 1984 semasa beliau menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (FLIT) pesawat MB339A di PULATIBANG III, PU Kuantan. Ketika itu sama-sama berpangkat Leftenan Muda. 

Kerjaya beliau amat pantas. Pada tahun 2006 (23 tahun perkhidmatan) telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Pada tahun 2007 apabila beliau menyandang jawatan Panglima Logistik Udara, aku menjadi PS1 Pembaikan dan kemudiannya Ketua Staf.

Banyak (terlalu banyak) perkara dan pengalaman pahit dan manis yang kami kongsi bersama.  Beliau juga amat banyak membantu dan memberi dorongan serta semangat (terutama dalam tempoh aku menghadapi ujian getir) untuk aku meneruskan perkhidmatan sehingga mencapai kedudukan sekarang.

Masih teringat lagi, hari pertama Dato' Sri (semasa berpangkat Mejar) melapur ke MINDEF - baru pulang dari UK (tamat kursus ITPS) - terus mencari saya untuk menghadiahkan sehelai jeket kulit.

Terima kasih Dato' Sri. Saya tidak mungkin dapat melupai segala budi baik Dato' Sri hingga akhir hayat. Saya berdoa supaya ada ruang untuk Dato' Sri memimpin TUDM.
















MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN PADA 140930H MEI 2019.


Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (atau ZZA) mempunyai  kesah tersendiri dalam sejarah kepimpinan ATM. Aku tidak pernah bertemu (tidak mengenali) beliau sebelum beliau menjadi PAT. Laluan kerjayanya sebelum menjadi PAT melalui likuan berduri. Sebelum ini beliau pernah menjadi Naib Canselor UPNM (2008 - 2011), Panglima Tentera Darat (2011 - 2013) dan kembali menjadi Naib Canselor UPNM (2013 - 2018). Beliau telah memulakan percutian sebelum bersara pada 11 Mei 2019 tetapi atas keperluan perkhidmatan telah dipanggl semula untuk mengambil alih tugas PAT pada 20 Jun 2019.

Kali pertama bertemu setelah beliau menjadi PAT dan aku menjadi Ketua Pengarah Operasi Logistik (BLP) yang kerap mewakili AKS LP semasa mesyuarat dengan PAT. Tan Sri ZZA juga yang memberi jalan untuk aku mengambil alih jawatan AKS LP dan seterusnya mencadangkan kenaikan pangkat ke Mejar Jeneral. Kedudukan yang yang sebenarnya telah hilang dari impianku. Pertemuan singkat membawa rahmat dan berkat.

Semoga Allah memberkati kehidupan Tan Sri serta keluarga. 


PENASIHAT KETENTERAAN KANAN (PSK) KEPADA PAT, KOLONEL DR HJ ZAHIMI BIN ZAINOL ABIDIN






MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA LAUT, LAKSMANA MUDA DATUK HJ MOHD RIDZUAN BIN HAMZAH PADA 141000H MEI 2019.


Datuk Mohd Ridzuan melalui hujung kerjaya hampir sama seperti yang aku rasai. Kami agak rapat semasa sama-sama berpangkat Kolonel/Kepten- sama-sama terpinggi dari arus perdana perkhidmatan masing-masing. Ketika aku di KOMLEK beliau di BLP dan pernah berkursus di KNDU, Seoul bersama pada bulan Feb 2017.

Pada bulan Feb 18 beliau dinaikkan ke pangkat Laksmana Pertama untuk mengambil-alih tugas AKS Materiel di MTL dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda pada bulan Nov tahun yang sama.


MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ASISTEN KETUA STAF MATERIEL, MARKAS TENTERA UDARA, BRIGEDIER JENERAL DATO' HJ MOHD YUNUS BIN 
MASJUKI TUDM PADA 141200H MEI 2019.

Dato' Dr Mohd Yunus merupakan pegawai TUDM yang pertama mendapat ijazah kedoktoran (PhD) semasa dalam perkhidmatan pada tahun 2003. Beliau menyertai Tim Projek Perolehan Pesawat SU-30MKM antara tahun 2004-2008 dan dinaikkan ke pangkat Kolonel pada tahun 2011 dan Brigedier Jeneral pada tahun 2015. Kini menjawat jawatan AKS Materiel di MTU yang juga Pengerusi Kor (Trade Master) Materiel TUDM.

Selain dari ijazah Kedoktoran, beliau turut memiliki tiga ijazah Sarjana (Master) iaitu Sarjana Perakaunan (UKM), Sarjana Sastera (Seni Ketenteraan) (Univ Alabama) dan Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan (UKM).

InsyaAllah dalam waktu terdekat, beliau akan maju setapak lagi seperti yang aku capai sekarang.








MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA STAF MARKAS ATM, LEFTENAN JENERAL DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN HJ MOHD OTHMAN TUDM 
PADA 150900H MEI 2019.


Dato' Kamalruzaman juga satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Kami juga sama-sama berkhidmat di PU Kuantan antara tahun 1983-1986. Ketika itu beliau sedang mengikuti kursus FLIT pesawat MB339A. Rumah sewa kami di Taman TAS juga berhampiran. 

Ketika beliau berkhidmat sebagai Panglima Logistik Udara mulai tahun 2010 (menggantikan Ackbal), aku masih menjadi Ketua Staf (Khidmat) sehingga beliau bertukar keluar pada tahun 2013.

Belaiu dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada tahun 2017 untuk menyandang jawatan Panglima Latihan dan Pendidikan Udara sebelum bertukar menjadi Ketua Staf MK ATM mulai bulan Okt 2018.









MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA TENTERA UDARA, JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ AFFENDI BIN BUANG TUDM PADA 161100H MEI 2019

Tan Sri Affendi seorang yang berwatak simple dan bersahaja. Beliau ku kenali semasa beliau melapor diri ke SPK Port Dickson pada bulan Julai 1980. Beliau adalah skot TJP 38 - Batalion Kasturi. Tetapi waktu itu tidak rapat kerana masing-masing sibuk dengan survival diri masing-masing.

Kami bertemu semula di PU Kuantan apabila aku melapor diri pada tahun 1983. Beliau sedang menjalani kursus peralihan pesawat pejuang (FLIT) di PULATIBANG III. Beliau masih di Kuantan semasa aku bertukar keluar pada tahun 1986.

Perjalanan kerjaya beliau dalam tempoh 5 tahun terakhir sebelum menjadi PTU amat pantas. Dari jawatan Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais di MPOU (2011-2014), kemudian menjadi Panglima Angkatan Bersama (2014), Panglima Operasi Udara (2014-2015), Timbaan PTU (2015-2016) sebelum dilantik menjadi PTU pada bulan Dis 2016.

Semasa aku membuat kunjungan hormat ini, aku ada mengatakan sebegini:

"Tan Sri, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri di atas pengiktirafan yang saya terima di akhir perkhidmatan saya (merestui kenaikan pangkat). Saya menyandang pangkat Kolonel selama 9 tahun di bawah EMPAT 'PTU'. Tetapi di bawah kepimpinan Tan Sri saya menerima DUA KALI PANGKAT JENERAL". 

Beliau ketawa.

Semoga Tan Sri bakal menjadi PAT yang kedua dari TUDM.


SELANJUTNYA AKU MENGUNJUNGI RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DI MARKAS ATM. RAKAN YANG SAMA-SAMA MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANGLIMA-PANGLIMA (JPP), FORUM PTU DAN PELBAGAI JAWATAN KUASA DI PERINGKAT ATM.


KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN
BRIG JEN DATO' HJ CHAPITI BIN HJ RIDZUAN


Dato' Chapiti dikenali rapat kerana beliau adalah ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang istiqamah. Seorang pegawai kanan yang tenang, berilmu dan berintegriti. Bakal (pasti) akan mengambil alih Ketua Jurutera TD dalam masa terdekat.


AKS PERKHIDMATAN ANGGOTA
MEJ JEN DATO' HJ AZLAN BIN ABD RAHMAN


Dato' Azlan satu intake (skot) denganku semasa latihan Pegawai Kadet di Port Dickon. Sebelum dilantik menjadi AKSPA beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima 11 Briged, panglima Briged Sempadan, Pengarah Infantri dan Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat TD.

Saya doakan, InsyaAllah, Dato' Azlan akan mencapai BINTANG yang ketiganya.


AKS KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN
LAKSDA HJ SHAMSUDIN BIN HJ LODIN


Laksda Samsudin dikenali sebagai ahli jemaah Surau Luqman Hakim yang aktif dan istiqamah, Beliau masih muda dan dilihat sebagai pemimpin pelapis untuk mewarisi kepimpinan TLDM di dekad ke 3 Alaf baru. Semoga beliau bersabar dan tabah dengan ujian yang bakal dilalui dalam perjalanan menuju ke puncak.


AKS OPERASI LATIHAN PERTAHANAN
MEJ JEN DATO' TENGKU MUHAMMAD FAUZI BIN TENGKU IBRAHIM


Datuk Tengku Muhammad Fauzi sebelum ini adalah Panglima 10 Briged Para. Seorang pegawai tinggi TD yang tenang dan berwisdom.  Berdasarkan perkenalan dalam tempoh singkat di MK ATM, aku menjangkakan beliau akan meningkat lebih tinggi lagi. Setidak-tidaknya sebagai PTD. Saya doakan.

Menerima cenderahati dari pembantu peribadi Kpl Amirul

Kunjungan hormat seterusnya ialah:


Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Hj Abd Malik bin Amid
(21 Mei 2019)


Pengarah Kor Ordnans Diraja, Brig Jen Hj Azlan bin Abu Bakar
(21 Mei 2019)


Pengarah Materiel TUDM, Kol Kamarudin bin Kassim TUDM
(21 Mei 2019)


Mantan AKS LP, Lt Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Idris
(21 Mei 2019)


AKS LP yang baru, Mej Jen Dato' Hj Hasim bin Hj Jabar


Panglima Bantuan Udara, Mej jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM
(30 Mei 2019)


Ketua Staf Sistem Markas Pemerintahan Bantuan Udara,
Brig Jen Ir Mohd Razif bin Hj Idris TUDM
(30 Mei 2019)


Ketua Cawang Materiel PU Kuala Lumpur
Lt Kol Rohaizad bin Md Dom TUDM (30 Mei 2019)

 

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (30 Mei 2019)



Brig Jen Hj Muhamamd Shafiq bin Hj Jahudi (31 Mei 2019)


Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM (31 Mei 2019)

Pada 29 Mei 2019 adalah hari bersejarah bagiku kerana pada tarikh itu, aku menyerahkan tugas dan tongkat kuasa jawatan ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN (AKS LP) kepada MEJ JEN DATO' HJ HASIM BIN HJ JABAR.



MINGGU PERTAMA DI SPK, PORT DICKSON

LANGKAH DARI PENYESALAN

DERUAN ANGIN MALAM
DEBURAN  OMBAK PANTAI PORT DICKSON
MEMECAH KESUNYIAN MALAM
TIDAK MAMPU MEMBERI KETENANGAN
TIDAK MAMPU MENGUBAT RINDU
TIDAK MAMPU MENGEMBALIKAN KEBEBASAN

TERBAYANG KEGEMBIRAAN BERSAMA ADIK-ADIK
TERBAYANG KEBEBASAN BERLIBUR BERSAMA KAWAN SEKAMPUNG
TERBAYANG MASAKAN IBU
TERBAYANG HERDIKAN AYAH KERANA KENAKALANKU

SAKIT-SAKIT SEGALA TUBUH BADANKU
SENGAL SELURUH OTOTKU
CALAR BALAR TUBUHKU

PEDIH PECAH TAPAK KAKIKU
HANCUR LULUH HATIKU
MENGAPA AKU ADA DI SINI
UNTUK APA AKU KE SINI

INGIN SAJA AKU BANGKIT DARI CAPOIKU
MENYUSUP DI CELAH-CELAH SAMUN
MENAHAN LORI MALAM
LARI KEMBALI KE DESAKU

AHHHH... MANA BOLE AKU BEGITU
KEMANA HARUS AKU TUJU
SUDIKAH AYAH KU MENERIMAKU SEBAGAI PELARIAN
SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA

AHHH..TAK MUNGKIN AKU LAKUKAN
MALU AKU KEPADA SELURUH WARGA KAMPUNGKU
WAKTU AKU MENINGGALKAN MEREKA DAHULU
JANJIKU UNTUK MENGHARUNG APA JUA HALANGAN
JANJIKU UNTUK MEMBELA KELUARGA
JANJIKU UNTUK MENJADI LEFTENAN MUDA

AKU TIDAK SELEMAH ITU
AKU TIDAK PONDAN
AKU BUKAN MAT JENIN

TERUSKAN CITA-CITAMU
HARUNGI CABARANMU
BUKTIKAN KEGAGAHANMU
TUNJUKKAN KECEKALANMU

TAMATKAN LARIANMU

SAHABAT-SAHABATKU

SAMPAI WAKTU, KITA AKAN PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI

USAH DISIMPAN KATA-KATA KEMAAFAN
KERANA DI AKHIRAT MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN

ANDAI SUATU KETIKA NANTI
TERDENGAR BERITA DUKA
DIRI INI TERLANTAR TIADA DAYA
ATAU TERPISAH JASAD DAN NYAWA
ZIARAHLAH JIKA MAMPU DIRI
ATAU DOALAH KEPADA ILAHI

HARI INI KULAMBAIKAN TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA MEDAN GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA ANGKASA
SELAMAT TINGGAL PARA BINTARA
SELAMAT TINGGAL PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA

Image result for poster ayat lain syakartum