SKUAD TJP37 TERBANG TINGGI
‘HANRUH’ DAN ‘PERISTA’
Pembukaan Sekolah Pegawai Kadet dan pengambilan Pegawai Kadet dalam jumlah yang besar serta memendekkan tempoh latihan dari 12 bulan kepada 9 bulan bermula dari TJP 36 (Ogos 1979) hingga TJP 42 (Ogos 1981) merupakan langkah drastik untuk meningkatkan kekuatan ATM bagi menghadapi ancaman pengganas komunis di bawah Konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan Program Istimewa Angkatan Tentera (PERISTA).
Kesan dari Teori Domino era Perang Dingin terutamanya kejayaan Vietnam Utara (berideologi komunisme) menakluk Vietnam Selatan (kapitalisme) dan pengunduran tentera USA dari konflik Indo-China berkenaan, Kerajaan Malaysia pada akhir 1970an telah merangka penggubalan doktrin "Pertahanan Menyeluruh" (HANRUH) yang membawa kepada pemodenan Angkatan Tentera Malaysia menerusi Program Istimewa Angkatan Tentera (PERISTA). PERISTA telah dilancarkan pada tahun 1979 dengan dua tujuan utama, iaitu:
(1) Memodenkan Angkatan Tentera Malaysia dengan peralatan tempur yang membolehkan ATM untuk menjadi sebuah angkatan tentera konvensional dan menghadapi peperangan bercorak konvensional (conventional warfare) tanpa kehilangan taringnya dalam peperangan bercorak menentang insurgensi (counter-insurgency/COIN warfare).
(2) Menyusun atur struktur organisasi ATM supaya menjadi sebuah angkatan tentera yang bersifat lebih organik tetapi mempunyai keupayaan tempur yang jauh lebih tinggi.
Secara amnya, objektif pertama telah membawa kepada pemodenan peralatan yang digunakan oleh ATM. Antara perolehan peralatan yang diperkenalkan dalam tempoh perlaksanaan PERISTA adalah kenderaan pengangkut anggota (Armoured Personnel Carriers/APC) Radpanzer Condor dan pesawat pejuang A4PTM Skyhawks. Kedua-dua perolehan ini menampakkan persediaan terhadap menghadapi perang dengan Vietnam. Antara aset yang diperolehi dibawah PERISTA adalah 2 buah pesawat tinjauan RF-5E Tigereye; 40 buah pesawat tempur A4PTM Skyhawk; 460 buah APC Radpanzer Condor 4 x 4; 186 buah IFV SIBMAS (162 SIBMAS AFSV-90 & 24 SIBMAS ARV); 2 buah kapal korvet kelas Kasturi (KD Kasturi & KD Lekir); dan 4 buah kapal penyapu ranjau kelas Lerici (kelas Mahamiru).
PERISTA kemudian dibatalkan sekitar tahun 1985-1986 oleh mantan Perdana Menteri keempat Malaysia disebabkan beberapa kritikan dan juga ketirisan dana.
Mujurlah Teori Domino ini terbantut di Kemboja @ Kampuchea @ Republik Khmer, tidak berjaya merentasi Thailand. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu hari ini Skuad TJP37 ini tidak berbangga dengan kelahiran 21 orang Jeneral di atas tetapi ‘mungkin’ skuad TJP37 yang tinggal hari hanya dapat mengingati dan mengenang kehilangan sebahagian besar warganya dalam pertempuran melawan serangan tentera rakyat Mao Zedung (Mao Tse Tung) dari utara sebagaimana ramainya Askar Melayu yang terkorban semasa cuba menyekat serangan tentera Imperial Jepun pada tahun 1942.
1. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=
1153328&mobile=2
2. Artikel "Dasar Pertahanan Negara: Pandangan Sekilas Lalu" oleh: Danny Liew Shan Lee yang diterbitkan Majalah Perajurit pada tahun 2007.
TJP37 DAN SEKOLAH PEGAWAI KADET
TJP37 melapor diri ke Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Port Dickson pada 2 April 1980 dan mengangkat sumpah pada 5 April 1980. TJP37 adalah pengambilan ke 2 dalam sistem dan struktur latihan Pegawai Kadet sepenuh masa selama 9 bulan di SPK, Port Dickson bagi menggantikan tempoh latihan setahun, iaitu 6 bulan di Pre-OCTU, Port Dickson dan 6 bulan di Cawangan Kadet, RMC, Sungai Besi.
Pengambilan TJP 37 merupakan pengambilan yang pertama melibatkan jumlah Pegawai Kadet yang paling besar (300 orang) dalam sejarah ATM. Begitu juga dengan jumlah pegawai yang ditauliahkan melebihi 260 orang.
TJP 37 turut menempa sejarah kerana terdapat 22 orang Pegawai Kadet wanita sebagai pengambilan pertama Pegawai Perkhidmatan Tetap Tauliah Jangka Pendek Wanita, yang terdiri dari 20 Pegawai Kadet Darat dan 2 Pegawai Kadet Udara. Sebelum ini semua pengambilan pegawai wanita adalah melalui Rejimen Askar Wataniah, pengambilan Pegawai Ikhtisas atau pun Pegawai Tugas Khas.
Apabila Pegawai Kadet TJP 36 ditauliahkan pada bulan 31 Mei 1980, kami TJP37 mendominasi Kem Sebatang Karah dan Kem Segenting. Pegawai Kadet Batalion Tuah dan Kompeni Pegawai Kadet Wanita telah menempati kompleks asal SPK/Pre-OCTU di Kem Sebatang Karah, manakala Pegawai Kadet Batalion Jebat dan Batalion Kasturi menempati Kem Segenting sehinggalah kami ditauliahkan.
Kem Segenting merupakan sebuah kem lama yang dibina semasa pentadbiran koloni British dan kemudiannya menempatkan Batalion Infantri untuk beberapa tahun. SPK hanya menghuni kem ini sehingga penghujung 1982 apabila kompleks SPK disiapkan. Kem Segenting kemudiannya diambil alih oleh Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera dari tahun 1982 hingga 1992. Ia kemudiannya menempatkan sementara rekrut Tentera Darat sebelum di musnahkan dan terbiar untuk beberapa tahun untuk memberi laluan kepada pembinaan Kolej Tentera Darat (KTD) yang disiapkan pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 ia bertukar nama menjadi Akademi Tentera Darat (ATD) sehingga hari ini.
PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN
Walaupun Pegawai Kadet TJP37 menerima latihan ketenteraan dalam keadaan serba kekurangan, terutamanya Batalion Kasturi yang menduduki berek kediaman kayu berwarna hitam yang amat daif, diwarisi dari tentera British. Batalion Tuah dan Jebat agak bernasib baik kerana berek kediaman mereka telah dibaikpulih dengan bangunan kayu yang lebih baik dan selesa.
Jumlah yang terlalu ramai juga memberi kesan kepada kualiti latihan kerana jurulatih tidak dapat memberikan tumpuan yang secukupnya kepada setiap Pegawai Kadet. Bilangan jurulatih sama ada pegawai atau LLP ditambah hampir sekali ganda untuk memenuhi keperluan latihan. Namun, pihak ATM masih mengekalkan tahap standard atau piawaian Pegawai Kadet dari segi kecergasan fizikal, keupayaan dan kualiti kepimpinan serta kemampuan akademik (pengajian ketenteraan).
Dari jumlah asal seramai 300 Pegawai Kadet yang melapor diri pada 2 April 1980, seramai 201 Pegawai Kadet Tentera Darat dan 23 Pegawai Kadet TUDM telah pada hari perbarisan pentauliahan pada 24 Januari 1981. Seramai 10 orang Pegawai Kadet yang gagal mencapai piawaian yang ditetapkan telah dilanjutkan tempoh latihan selama tiga bulan lagi dan ditauliahkan bersama Pegawai Kadet TJP 38 pada 11 April 1981. Manakala 5 Pegawai Kadet telah terpilih untuk mengikuti latihan di OCS Portsea, Australia (3) dan RMA Sandhurst, United Kingdom (2). Seramai 37 Pegawai Kadet TUDM juga tidak ditauliahkan kerana perlu menamatkan latihan asas penerbangan di Sekolah Latihan Penerbangan, TUDM Alor Setar. Bakinya seramai 24 orang Pegawai Kadet telah gagal lebih awal (penggal pertama atau kedua), memohon untuk berhenti kerana melanjutkan pengajian ke IPTA, diberhentikan atas masalah disiplin dan meninggalkan latihan tanpa kebenaran (absent or desertion).
Selanjutnya dari jumlah 37 Pegawai Kadet TUDM yang terpilih mengikuti latihan penerbangan, seramai 23 orang telah berjaya mendapat sayap penerbangan (bergelar juruterbang) dan bakinya seramai 14 orang telah gagal dan ditauliahkan ke Cawangan Kejuruteraan, Logistik dan Urusetia.
Sebagaimana kelazimannya, setelah melalui perjalanan yang sukar di dalam kerjaya perkhidmatan masing-masing, jumlah pegawai ini semakin mengecil dari semasa ke semasa. Ada yang menamatkan perkhidmatan tempoh TJP (atau lanjutan tempoh) semasa berpangkat Leftenan, Kapten dan Mejar. Ada yang meneruskan ke perkhidmatan tauliah tetap dan seterusnya bersara awal, bersara pilihan atau bersara wajib mengikut kaedah-kaedah perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Perjalanan kerja pegawai dari TJP37 adalah SUKAR dan KERAS kerana terpaksa bersaing rapat dengan senior TJP36 (Tauliah: 31 Mei 1980), TJP38 (11 April 1981), TJP39 (11 Jun 1981), TJP 40 (21 November 1981), TJP42 (6 Mac 1982) dan TJP42 (22 Mei 1982) di samping pegawai dari Regular 20 (16 Mei 1981) dan Regular 21 (17 Jun 1982).
Pencapaian kerjaya warga bekas Pegawai Kadet TJP 37 dalam perkhidmatan Tentera Darat dan TUDM amat membanggakan termasuk dari kalangan Pegawai Kadet Wanita. Seramai 99 orang telah dapat mencapai pangkat Lt Kol dan ke atas dan dari jumlah itu, 21 orang berjaya mencapai ke pangkat Brigedier Jeneral ke atas dan yang lebih membanggakan lagi ialah dua darinya mencapai pangkat Jeneral 4 Bintang dan menduduki jawatan sebagai Panglima Perkhidmatan, iaitu Panglima Tentera Darat (PTD) ke 27 dan PTD ke 28). Status dan kedudukan skuad TJP 37 pada 20 September 2023 (apabila kesemuanya telah menamatkan perkhidmatan) ialah: 2 x Jeneral, 3 x Leftenan Jeneral, 5 x Mejar Jeneral, 12 x Brigedier Jeneral, 8 x Kolonel dan 69 x Leftenan Kolonel.
JENERAL 4 BINTANG
(1) Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain (Rejimen Askar Melayu Diraja).
LEFTENAN JENERAL
(1) Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Lt Jen Datuk Haji Azlan bin Abd Rahman (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(3) Lt Jen Datuk Haji Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
MEJAR JENERAL
(1) Mej Jen Datuk Haji Romlee bin Yahya TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(2) Mej Jen Dato Haji Khairil Asri bin Bahrin TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(3) Mej Jen Dato' Haji Sanusi bin Samion TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(4) Mej Jen Dato’ Felix Gonsalvez a/l Alexander PTU TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(5) Mej Jen Dato’ Haji Toharudin bin Ab Rasid TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia - Materiel).
BRIGEDIER JENERAL
(1) Brig Jen Kamaralzaman bin Tun Dr Abdul Aziz (Rejimen Renjer Diraja)
(2) Brig Jen Haji Abdul Razak bin Hussain (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(3) Brig Jen Mohd Tahar bin Abd Razak (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(4) Brig Jen Khairul Anuar bin Yaakob (Bersara) (Rejimen Gerakhas Malaysia).
(5) Brig Jen Dato' Haji Jaafar bin Marlan (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja)
(6) Brig Jen Haji Roslan bin Shaari (Bersara) (Kor Ordnans Diraja).
(7) Brig Jen Mohd Fanashim Benson bin Hashim (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(8) Brig Jen Dato' Haji Jumali bin Salamat TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(9) Brig Jen Dato' Haji Hasaza bin Hanafiah TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(10) Brig Jen Dato’ Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(11) Brig Jen Dato' Hajah Yohanez binti Ahmad TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel) - wanita.
(12) Brig Jen Dato’ Tamilanty a/l Periasamy TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
KOLONEL
(1) Kol Haji Abdul Malik bin Ali (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Kol Ajhman bin Hj Bakor (Kor Armor Diraja) telah meninggal dunia
(3) Kol Zulkarnain bin Abu Bakar (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(4) Kol Abd Halim bin Idris (Bersara) (Kor Risik Diraja).
(5) Kol Haji Muhammad Shuhaimi bin Hj Ashari TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(6) Kol Ir Dr Mohd Asri bin Ismail TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(7) Kol Haji Mohd Sabri bin Shamsudin TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan)
(8) Kol Haji Abd Razak bin Mat TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa)
LEFTENAN KOLONEL
(1) Lt Kol Ahmad Kamal bin Hassan (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Lt Kol Haji Ahmad Nadazari bin Isa (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(3) Lt Kol Haji Ahmad Ghazali bin Puteh (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(4) Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(5) Lt Kol Mohd Shafie bin Arshad (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(6) Lt Kol Haji Miswan bin Bujang (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(7) Lt Kol Haji Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(8) Lt Kol Haji Ku Ahmad Khir bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(9) Lt Kol Haji Mohd Hairudin bin Mokri (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(10) Lt Kol Mohd Hanafiah bin Mohd Ramli (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(11) Lt Kol Mohd Sahar bin Said (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(12) Lt Kol Datuk Haji Nazli bin Alias (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(13) Lt Kol Anwar bin Mohammad Yusof (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(14) Lt Kol Haji Pazil bin Mat (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(15) Lt Kol Haji Saifulbahri bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(16) Lt Kol Din bin Ali (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(17) Lt Kol Haji Shamsudin bin Sulaiman (Bersara)(Rejimen Askar Melayu Diraja).
(18) Lt Kol Haji Salahuddin bin Daud (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(19) Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Saidi (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(20) Lt Kol Haji Roslan bin Hj Kadak (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(21) Lt Kol Azlan Shah bin Abdul Aziz (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(22) Lt Kol Johan Juan @ Juan Chow Huat bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(23) Lt Kol Hamdan bin Othman (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).– telah meninggal dunia.
(24) Lt Kol Haji Ishak bin Hj Johar (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(25) Lt Kol Mohd Rizal Tan @ Tan Chee Ser (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(26) Lt Kol Firdaus Quah @ Quah Boon Hock bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(27) Lt Kol Vasuthevan a/l Loganathan (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(28) Lt Kol Abd Mubin bin Othman (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(29) Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(30) Lt Kol Ganese a/l Jaganathan KPK (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(31) Lt Kol Goh Choon Peng (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(32) Lt Kol Haji Majdi bin Kamarudin (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(33) Lt Kol Haji Mohd Norzuki bin Mohd Yusof (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(34) Lt Kol Robert Foo Yap Sia (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(35) Lt Kol Tajri bin Joned (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(36) Lt Kol Jasni bin Mohd Noor (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(37) Lt Kol Khalid bin Ismail (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(38) Lt Kol Sam Foong Sow (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja) - wanita.
(39) Lt Kol Roslan bin Ali (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(40) Lt Kol Badrul Hisham bin Suda (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(41) Lt Kol Haji Mohd Nordin bin TP Kunjupathy (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(42) Lt Kol Haji Abd Rahman bin Tarmiji (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(43) Lt Kol Abdillah bin Awang (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(44) Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar (Bersara) (Kor Risik Diraja).
(45) Lt Kol Yusri Azhar bin Ramli (Bersara) (Kor Kesihatan Diraja).
(46) Lt Kol Hajah Nor Sabrina @ Lolly Maisie Joel binti Abdullah (Bersara) (Kor Kesihatan Diraja) - wanita.
(47) Lt Kol Haji Sazali bin Rauf (Bersara) (Rejimen Gerakhas Malaysia).
(48) Lt Kol Haji Mohd Shah bin Abd Rahman (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja).
(49) Lt Kol Norzahari bin Zeelan (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja).
(50) Lt Kol Haji Abd Razak bin Siran (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(51) Lt Kol Haji Khalid bin Hamid (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(52) Lt Kol Haji Hamdan bin Abd Rahim (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(53) Lt Kol Haji Azman bin Daud (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(54) Lt Kol Haji Lod bin Atan (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(55) Lt Kol Baharudin bin Hussein (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(56) Lt Kol Ir Haji Mohd Nasir bi Sulaiman (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(57) Lt Kol Haji Kamarudin bin Ibrahim (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(58) Lt Kol Haji Ahmad bin Ismail (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(59) Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Awang (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(60) Lt Kol Haji Zulkhurnain bin Ahmad (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(61) Lt Kol Ahmad Jamari bin Mohamad TUDM (Bersara)(Tentera Udara Diraja Malaysia-Juruterbang).
(62) Lt Kol Haji Azemi bin Mat Saud TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(63) Lt Kol Ahmad Zaini bin Mohd Ali TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(64) Lt Kol Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(65) Lt Kol Thien Pian Khong TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(66) Lt Kol Abd Razak bin Mat Salim TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Tadbir).
(67) Lt Kol Hajah Sarkiah binti Zainuddin Hipney TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Tadbir) - wanita.
(68) Lt Kol Mohd Shafie bin Ali TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
(69) Lt Kol S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
The Last of The Mohicans of SSC37 ialah Brig Jen Kamaralzaman bin Abdul Aziz yang bersara wajib pada 8 Disember 2022. Bagaimanapun, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain yang sepatutnya bersara pada 21 September 2022 telah dilanjutkan perkhidmatannya selama setahun lagi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Aku tidak mampu untuk menulis riwayat kerjaya setiap high-flyer skuad TJP 37 ini. Memadai jika aku dapat memilih kalangan yang mencapai pangkat Brig Jen (dan yang setaraf di dalam TUDM) ke atas dengan harapan mereka ini boleh dijadikan contoh atau rujukan kepada warga ATM yang mengenali mereka.
SKUAD AHMAD HASBULLAH BIN HJ AHMAD NAWAWI
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi PGAT PSM PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS PPA MA(Lancaster) MSS(USAWC) usawc mpat plsc (Canada).
Jawatan Terakhir: Panglima Tentera Darat di Markas Tentera Darat ke 27, Kementerian Pertahanan Malaysia dari 3 September 2018 hingga 10 Jun 2020.
Skuad Ahmad Hasbullah dilahirkan pada 2 November 1960 di Kuala Kangsar, Perak, mendapat pendidikan menengah di Methodist Secondary School, Sungai Siput sehingga tamat Tingkatan 5 pada tahun 1977, kemudian meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sek Men Clifford, Kuala Kangsar sehingga tahun 1979 sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson mulai 2 April 1980.
Berasaskan kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan di SPK, pada bulan Oktober 1980, beliau telah terpilih mengikuti latihan Pegawai Kadet di Officer Cadet School, Portsea, Australia selama satu tahun. Beliau telah ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 11 Disember 1981. Dari 3 orang Pegawai Kadet TJP37 yang terpilih mengikuti latihan di OCS Portsea, hanya Ahmad Hasbullah seorang yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.
Sepanjang kerjayanya dalam ATM, skuad Ahmad Hasbullah telah melaksanakan pelbagai tugas-tugas dari peringkat unit operasi dan latihan, Markas Formasi dan Markas Tentera Darat serta tugas operasi dan jurulatih di unit operasi dan latihan.
Skuad Ahmad Hasbullah memulakan kerjaya sebagai pegawai muda dengan menjawat tugas sebagai Ketua Platun diikuti oleh Pegawai Kenderaan di Batalion ke 25 RAMD, Kem Remilies Ipoh, Perak kemudiannya sebagai Ketua Kompeni sebelum ditukarkan ke Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson sebagai Jurulatih, PS3 Sel Pegawai di Departmen Tentera Darat (Cawangan Tadbir) dan Penolong Ketua Kompeni di 4 RAMD. Semasa berkhidmat di Batalion, beliau turut terlibat dalam operasi memerangi pengganas komunis sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989.
Pada 1 Mac 1991, beliau dinaikkan ke pangkat Mej untuk menyandang jawatan Ketua Kompeni di Batalion 4 RAMD. Pada 17 November 1992, skuad Ahmad Hasbullah telah dipilih untuk mengikuti kursus di Land Forces Command and Staff College, Ontario, Canada sehingga 15 Jun 1993. Setamatnya dari Canada, beliau ditugaskan sebagai Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi mulai 16 Jun 1993. Pada 20 Februari 1995, ketika berusia 34 tahun skuad Ahmad Hasbullah telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah Batalion ke 2 RAMD di Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.
Skuad Ahmad Hasbullah telah terpilih mengikuti kursus peringkat Sarjana di University of Lancaster, United Kindom dari 1 Oktober 1996 hingga 8 November 1998. Sepulangnya dari kursus itu, beliau ditukarkan ke Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat sebagai PS1 Tadbir dan selanjutnya terpilih sekali lagi untuk mengikuti kursus di MPAT, Haigate dari 7 Februari hingga 2 November 2000. Beliau merupakan Siswa Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Pengarah MPAT.
Setamatnya kursus MPAT, skuad Ahmad Hasbullah ditukarkan ke jawatan Ketua Staf di Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh mulai 3 November 2000 sehingga 1 April 2001 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Kol untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Pendidikan ATM.
Skuad Ahmad Hasbullah merupakan satu-satunya Pegawai Infantri dan juga pegawai bukan dari Kor KPA-Pendidikan yang pernah dilantik ke jawatan itu dengan misi untuk membuat reformasi di Jabatan Arah Pelajaran ATM. Dalam tempoh 2 tahun menyandang jawatan itu, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini.
Pada 18 April 2003, skuad Ahmad Hasbullah telah ditukarkan ke jawatan Kolonel Latih di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas TD. Lima bulan sahaja dalam jawatan itu iaitu pada 10 September 2003, beliau telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan mengambil alih jawatan Assisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT). Pada 27 Jun 2004, beliau telah terpilih mengikuti Interntional Fellows Program diUS Army War College (USAWC),Carlisle, Pennsylvania selama setahun.
Sepulangnya dari USAWC, beliau diamanahkan memegang jawatan sebagai Panglima 11 Briged di Kem Sungai Buloh mulai 12 Jun 2005. Dua tahun kemudian, pada 1 Februari 2007, beliau ditukarkan pula ke Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Trendak untuk mengambil alih jawatan Panglima 3 Divisyen Infantri an dinaikkan ke pangkat Mej Jen.
Pada 31 Oktober 2009, ketika berusia 49 tahun, kerjaya skuad Ahmad Hasbullah terus melonjak apabila dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan diamanahkan untuk memikul tanggugjawab sebagai Panglima Medan Tentera Darat, iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki operasi Tentera Darat.
Mengambil alih tugas PTD dari Jen Tan Sri Zulkiple Kassim
Kerjaya skuad Ahmad Hasbullah semakin menghampiri kemuncaknya apabila beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat mulai 1 Ogos 2011. Beliau menyandang jawatan tersebut selama 7 tahun di bawah pemerintahan 3 orang Panglima Tentera Darat sehingga beliau dilantik menjadi PANGLIMA TENTERA DARAT ke 27 menggantikan Jen Tan Sri Zulkiple bin Kassim pada 3 September 2018.
Sepanjang kerjayanya, skuad Ahmad Hasbullah telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre, Singleton, US Army Advanced Infantry School, Fort Benning Georgia (USA), Land Forces Command and Staff College, Kingston, Ontario, Canada dan US Army War College (USAWC), Carlisle, Pennsylvania dan Senior Executive in International Security di Harvard University. Beliau juga memiliki beberapa kelulusan akademik peringkat tertiary seperti Diploma in Training and Development dari Leicester University, United Kingdom pada tahun 1997, Master in International Relations and Strategic Studies dari University of Lancaster, United Kingdom pada tahun 1998 dan Master in Strategic Studies dari USAWC pada tahun 2005.
Di atas pencapaian kerjaya yang cemerlang sehingga ke tahap Panglima Perkhidmatan, skuad Ahmad Hasbullah turut menerima beberapa anugerah pengktirafan seperti anugerah Hall of Fame ke 11 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada 30 September 2019; graduan antarabangsa tunggal yang pernah menerima anugerah Hall of Honour dari Canadian Army Command and Staff College pada 26 Disember 2019; dan penerima ke 71 anugerah US Air War College International Fellows Hall of Fame pada 31 Mac 2020.
Dalam tempoh 6 bulan terakhir Ahmad Hasbullah menyandang jawatan PTD, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penglibatan pasukan Tentera Darat sebagai barisan hadapan memerangi serta mencegah rebakan wabak COVID-19 (terutamanya Kor Kesihatan Diraja) begitu signifikan. Sehingga YB MENHAN menggelar beliau sebagai Panglima COVID.
Skuad Ahmad Hasbullah juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang amat jarang dimiliki oleh mana-mana Panglima, khususnya Panglima Tentera Darat yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam heirarki sebuah organisasi Tentera Darat yang mempunyai kekuatan lebih 80,000 anggota tidak termasuk lebih 50,000 anggota simpanan. Beliau mempunyai kekuatan dan kebolehan menulis dan menganalisa apa yang dilihatnya setiap hari. Bermula dengan hari pertama sebagai PTD ke 27, beliau mula menulis tentang apa yang dilihat dan apa dilakukan serta segala aktiviti Tentera Darat di dalam dan di luar Negara dan seterusnya menulis pendapat beliau, merujuk kepada peraturan dan perundangan yang sedia ada, fakta kehidupan manusia di dunia, persekitaran alam dan tanpa gagal mengaitkannya dengan peranan dan tanggungjawab setiap pelaku termasuk dirinya terhadap Penciptanya, Allah Azzawajalla.
Prinsip penulisan beliau adalah berasaskan kepada Rukun Negara, semangat jati diri dan cintakan Negara, menjunjung Wasiat Raja-Raja Melayu serta memegang teguh Ikrar Kesatria. Berjaya Dunia dan Berjaya Akhirat.
Penulisan dan nukilan beliau dalam bentuk bait-bait PUISI yang diberi nama Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) ini, pada awalnya diposkan ke dalam group whatsapp Army Commanders dan Staf PTD dan mereka akan viralkan tulisan/catatan tersebut ke saloran pemerintahan masing-masing sehingga dapat ditatapi dan difahami oleh seluruh warga Tentera Darat. Kompilasi DMPTD ini bukan sahaja diedakan dalam organisasi Tentera Darat bahkan turut menjadi cenderahati kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin organisasi utama Negara.
Hasil nukilan inspirasi Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah
Sehingga hari terakhir pemerintahannya, sebanyak 4 siri DMPTD telah berjaya diterbitkan dan ditambah dengan 3 buah lagi kompilasi PTD 27. Satu hasil nukilan yang mengkagumkan dan bakal menjadi tatapan dan bahan pemikiran rakyat Malaysia, terutamanya generasi warga Tentera Darat dalam melaksanakan tugas mengawal pertahanan Negara.
Ahmad Hasbullah mnyerahkan tugasnya sebagai PTD kepada penggantinya pada 11 Jun 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sehingga tarikh persaraan wajibnya pada 10 November 2020.
Ahmad Hasbullah mnyerahkan tugasnya sebagai PTD kepada penggantinya pada 11 Jun 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sehingga tarikh persaraan wajibnya pada 10 November 2020.
SKUAD ZAMROSE BIN HJ MOHD ZAIN
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain PGAT PSM PSD SPMS DPPN PNBS SPDK DGSM SSNS DCSM PSAT DIMP DPNS PAT JMN JSM KAT KMN KSD BCK AMS PJM PPS PPA PNBB MA(UKM) DipPSP(UM) ndc (Thailand) mpat psc.
Jawatan Terakhir: Panglima Tentera Darat di Markas Tentera Darat ke 28, Kementerian Pertahanan Malaysia mulai 11 Jun 2020 hingga 21 Mac 2023.
Skuad Zamrose dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 22 September 1962. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tunku Besar Tampin mulai Tingkatan 1 hingga 3 dan sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1978. Kerjaya beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula apabila menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1980. Skuad Zamrose ditauliahkan sebagai Lt M pada 24 Januari 1981 dan menyertai Batalion Ke 8 RAMD sebagai unit pertamanya. Di sepanjang perkhidmatannya, skuad Zamrose telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat mahupun Angkatan Tentera Malaysia sebagai pemerintah, staf dan jurulatih.
Skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menyandang jawatan Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD pada tahun 2002, diikuti oleh Ketua Staf di Markas 11 Briged Infantri, Kem Sungai Buloh pada tahun 2003. Ketika beliau menjawat Ketua Staf Markas 11 Briged, Panglimanya adalah skuad Brig Jen Dato’ Ahmad Hasbullah. Dari 11 Briged beliau ditukarkan ke jawatan Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada tahun 2005. Pada tahun 2006, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Kol untuk memikul tugas sebagai Komandan Kolej Tentera Darat di Kem PULADA sehingga tahun 2008.
Pada tahun 2009, skuad Zamrose dinaikkan ke pangkat Brig Jen untuk memegang tugas sebagai Panglima 4 Briged Infantri (Mekanis) di Kem Batu 10, Gambang, Kuantan. Seterusnya pada tahun 2012, beliau ditukarkan ke jawatan Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat sehingga tahun 2014, diikuti oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Markas Tentera Darat, sehingga tahun 2015.
Pada tahun 2015, skuad Zamrose dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan ditukarkan ke jawatan Panglima Divisyen Ketiga Infantri selama setahun sebelum dihantar ke Cotabato City, Mindanao, Filipina untuk menyandang tugas sebagai Ketua Misi 11th International Monitoring Team (TPA-M 11) dari Mac 2016 sehingga bulan Mac 2017. Kecemerlangannya semasa menjalankan tugas ini beliay telah dikurniakan The Combat Commander’s (KAGITINGAN) Badge dari Tentera Darat Filipina yang disempurnakan oleh Lt Gen Romeo S Brawner Jr, Commanding General, Philippine Army pada 27 April 2022.
Sepulangnya dari Mindanao beliau dilantik menjadi Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Markas ATM sehingga tahun 2018.
Pada 2 November 2018, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan dilantik menjadi Panglima Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang, Sarawak. Pada 11 Jun 2020, tanpa melalui jawatan Timbalan PTD, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Jeneral dan seterusnya menjawat jawatan PANGLIMA TENTERA DARAT ke-28 bagi menggantikan skuad Ahmad Hasbullah.
Sepanjang perkhidmatannya di dalam ATM, skuad Zamrose telah mengikuti beberapa kursus/pengajian di dalam dan juga di luar negara. Antara kursus utama yang dihadiri adalah Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dengan pengajian Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan, Universiti Malaya pada tahun 1996, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dengan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Dasar dan Keselamatan), Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001 dan National Defence College di Thailand dari Mac 2008 hingga Julai 2009.
Skuad Zamrose merupakan satu dari dua skuad TJP37 yang masih dalam perkhidmatan sepenuh masa ketika buku ini disiapkan. Mengikut peraturan ATM yang sedia ada, tarikh persaraan wajib skuad Zamrose adalah pada 21 September 2022.() Namun sebagai penyandang jawatan PTD, Seri Paduka Baginda YDP Agong telah berkenan melanjutkan perkhidmatan beliau selama satu tahun lagi atas keperluan perkhidmatan.
SKUAD ABDUL HALIM BIN HJ JALAL
Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim bin Hj Jalal PJN PSAT DPKK PAT JMN JSM SDK KAT KMN BCK PJM PPS PPA PNBB MSc (Global Security)(Cranfield) MA(Def Strat Studies)(Deakin) LLB (UiTM) DipLaw(ITM) Dip PSP(UM) fdssc (Australia) psc.
Jawatan Terakhir: Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dari 15 Mei 2018 hingga 18 Disember 2020.
Skuad Abd Halim dilahirkan di Pasir Putih, Kelantan pada tahun 13 Mei 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Selayang Baru dan Sek Men Maxwell, Kuala Lumpur sehingga tahun 1978 sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson. Setelah ditauliahkan sebagai Lt M pada 24 Jan 1981, beliau ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion ke 24 RAMD.
Selain dari jawatan sebagai Ketua Platun, di dalam Batalion ini, skuad Abdul Halim turut diberi peluang menjawat Pegawai Rintis Serang, Pegawai Risik serta Ajutan sehingga beliau ditukarkan keluar pada 31 Disember 1986. Dari 24 RAMD, beliau diberi tugas staf di Departmen Tentera Darat (Cawangan Tadbir) sebagai PS3 Tadbir DTD Tadbir mulai 1 Januari 1987 sehingga bulan 30 Jun 1988 apabila terpilih mengikuti kursus Diploma Undang-undang di Institut Teknologi MARA selama 3 tahun. Setamatnya pengajian di ITM beliau ditukarkan ke DTD-Tadbir sebagai PS3 Undang-Undang mulai 1 Dis 1991 sehingga 30 November 1992 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Mejar dan ditukarkan sebagai PS2 Undang-Undang di unit yang sama sehingga 30 Jun 1994 untuk melanjutkan pengajian Diploma lanjutan Undang-undang (bertaraf ijazah) di ITM Shah Alam.
Setamatnya kursus di ITM, skuad Abdul Halim ditugaskan sebagai Pegawai Undang-undang MALBATT dalam misi pengaman UNROFOR di Bosnia mulai 12 Jun 1995 hingga 23 Jun 1996. Sepulangnya dari misi UNPROFOR, beliau ditugaskan di Markas TD (Cawangan Sumber Manusia) sebagai PS2 Undang-Undang.
Pada 4 Januari 1998, skuad Abdul Halim dipilih untuk mengikuti kursus staf selama setahun di MTAT Haigate dan pada 4 Januari 1999 ditukarkan ke jawatan PS2 Perundangan di Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas ATM sehingga 2 Januari 2001 apabila ditukarkan ke Batalion Pertama RAMD sebagai Ketua Kompeni.
Pada 1 Jun 2001, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan diberikan amanah untuk menjadi Pegawai Memerintah Batalion ke 14 RAMD di Kem Mahkota, Kluang, Johor sehingga 26 Ogos 2002 kerana dipilih untuk mengikuti pengajian Sarjana di University of Cranfield, United Kingdom. Sepulangnya dari United Kingdon, skuad Abdul Halim ditugaskan sebagai PS1Gerak di Markas 3 Divisyen mulai 28 Ogos 2003 dan kemuadiannya ditukarkan pula sebagai PS1 Strategik Darat di Bahagian Perancang Pertahanan, Markas mulai 20 Januari 2005.
Pada 12 Jun 2006, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Kol untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas 3 Divisyen Infantri sebelum ditukarkan ke jawatan Pengarah Rancang di MK TD-Cawangan Perancangan & Pembangunan mulai 1 Mac 2007 dan kemudiannya sebagai Pengarah Pembangunan mulai 1 Ogos 2008.
Pada 3 November 2008, skuad Abd Halim dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Panglima 12 Briged Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum terpilih mengikuti Defence Strategic Studies Course di Australia selama setahun pada mulai 3 November 2009. Sepulangnya dari Australia, beliau ditugaskan sebagai Panglima 5 Briged, Kem Loke Kawi, Sabah mulai 15 Disember 2010 dan pada 1 Ogos 2012, beliau ditukarkan pula ke jawatan Pengarah Pengurusan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.
Pada 1 April 2013, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral untuk mengisi perjawatan baru sebagai Pengarah Komponen Pertahanan di Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) yang baru ditubuhkan. Selanjutnya pada 15 Disember 2013, beliau ditukarkan semula ke Markas TD sebagai Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan sehingga 5 Ogos 2015 untuk mengambil alih tugas sebagai Panglima 4 Divisyen Infantri di Kem Wardieburn. Jawatan terakhir dalam pangkat Mej Jen adalah sebagai Ketua Staf di Markas Tentera Darat mulai 17 Mac 2016.
Pada 8 Februari 2017, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Lt Jen untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Markas ATM. Tugasnya sebagai Ketua Staf berakhir pada 15 Mei 2018 apabila beliau diberi amanah besar untuk memimpin sebuah pusat pengajian tinggi iaitu sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang kelima. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli bin Zainal Abidin yang dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera.
Skuad Abdul Halim memulakan cuti dan latihan peralihan mulai 18 Disember 2020 sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 12 Mei 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 41 tahun, skuad Abd Halim telah berpeluang mengikuti kursus tertiary dan professional military education peringkat tinggi di beberapa buah instutusi dalam dan luar negara seperti Diploma Undang-Undang (1991) dan Bachelor of Laws @ LLB (1995) dari Universiti Teknologi MARA, Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998., Master in Global Security Studies dari University of Cranfield, United Kingdom pada tahun 2003 dan Master in Defence and Strategic Studies dari University of Deakin, Australia pada tahun 2010. Selain dari itu, skuad Abdul halim juga pernah menghadiri Seminar Law of Armed Conflict di Australia dan Seminar Tranasnational Security Cooperation foe Executives di Asia-Pacific Center for Security Studies (APCSS), Honolulu, Hawaii.
SKUAD KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN
Leftenan Jeneral Datuk' Haji Kamalruzaman bin Mohd Othman PJN PSAT DSAP DIMP PAT SAP DJN KMN AAP PJM PPS PPA PNBB awc (USA) psc (NZ) jt TUDM.
Jawatan Terakhir: Ketua Staf, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dari 1 Mei 2018 hingga 17 Januari 2020.
Skuad Kamalruzaman dilahirkan pada 26 Julai 1960 di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Pulau Pinang. Setelah menamatkan latihan asas ketenteraan di SPK, Kem Segenting dari 5 April hingga Disember 1980 beliau telah terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang I (No 1 FTC) di TUDM Alor Setar sehingga berjaya mendapat sayap penerbangan pada 16 Julai 1982 dan ditauliahkan sebagai Lt M (U).
Setelah mendapat sayap penerbangan skuad Kamalruzaman telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sehingga 24 Januari 1983 dan kemudiannya pesawat MB339A dan PC7 di PULATIBANG 3, TUDM Kuantan sehingga 17 Disember 1983. Beliau kemudiannya bertugas sebagai juruterbang operasi di No 6 Skn (pesawat A4 Skyhawk) sehingga 16 Julai 1985. Beliau mengikuti Kursus QFI di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar dan seterusnya menjadi instructor terbang di PULATIBANG 1 dari 1 Januari 1988 sehingga November 1990. Pada 1 September 1992 dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan bertugas sebagai jurulatih di PULATIBANG 3 sehingga September 1993.
Skuad Kamalruzaman menyertai misi pengaman PBB di Bosnia Herzegovina dari September 1993 hingga Ogos 1994. Sepulangnya dari Bosnia, beliau dirtukarkan ke No 11 Skn untuk menerbangkan pesawat RF5E sehingga ditukarkan ke No 17 Skn, TUDM Kuantan (pesawat MiG-29) pada bulan Mac 1997.
Pada 7 Februari 2000, beliau dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah No 19 Skn, TUDM Kuantan. Pada 18 Februari 2003, beliau ditukarkan ke jawatan Pegawai Memerintah No 15 Skn, TUDM Butterworth dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.
Pada 18 Oktober 2004 skuad Kamalruzaman ditukarkan semula ke No 17 Skn, TUDM Kuantan juga sebagai Pegawai Memerintah sehingga ditukarkan ke jawatan Komander Pangkalan Udara (PU) Kuantan pada 3 April 2006. Pada 2 April 2007, beliau bertukar ke MINDEF untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Rancang dan Operasi Udara di Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Markas TUDM dan seterusnya pada 1 Oktober 2009, skuad Kamalruzaman dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan mengambil alih jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P & P).
Pada bulan 20 Ogos 2010 skuad Kamalruzaman ditukarkan ke Markas Logistik Udara (MLU) sebagai Panglima Logistik Udara dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 1 Januari 2011. Pada 1 Ogos 2013, apabila berlaku penstrukturan organisasi TUDM, beliau telah ditukarkan ke Markas ATM untuk menyandang jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan.
Pada tahun 2014, beliau ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MK AB) sebagai Assistem Ketua Staf AKS J3 sehingga tahun 2016 apabila kembali ke organisasi TUDM untuk menyandang jawatan sebagai Assisten Ketua Staf (Operasi dan Strategi), Markas TUDM. Pada 29 Januari 2018, skuad Kamalruzaman telah ditukarkan ke jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM mulai tarikh yang sama. Pada 1 Oktober 2018 beliau sekali lagi ditukarkan ke Markas ATM untuk mengambil tugas sebagai Ketua Staf dan beliau menyandang jawatan itu sehingga 7 Januari 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sebelum bersara pada 26 Julai 2020.
Sepanjang perkhidmatannya beliau telah menghadiri beberapa kursus penting seperti MiG Conversion Course di Poona, India pada tahun 1995, Senior Command and Staff College, Auckland, New Zealand pada tahun 1997, Air War College di Alabama, USA pada tahun 2002 dan Kursus JUSA di INTAN pada tahun 2010.
SKUAD AZLAN BIN ABD RAHMAN
Leftenan Jeneral Datuk Hj Azlan bin Abd Rahman PSAT PSD DSDK DSPN PAT JSM KAT KMN AMN AMK PJM PPS PPA MScSoc(Defence Studies)(UKM) Dip PSK(UKM) LEMHANNAS (Indonesia) mpat psc
Jawatan Terakhir: Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera dari 30 Oktober 2018 hingga 18 Mei 2021.
Skuad Azlan dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 19 Oktober 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Jenis Kebangsaan Kepala Batas. Setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 24 Januari 1981, skuad Azlan ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion Pertama RAMD, Kem Loke Kawi. Sabah.
Sejarah kerjaya skuad Azlan semasa menjadi pegawai muda amat padat dengan pelbagai jawatan di peringkat pasukan dan tugas staf di MINDEF serta kursus kerjaya di dalam dan luar negara. Selain dari 1 RAMD (1981-1987), beliau juga pernah berkhidmat dengan 25 RAMD di Kem Tapah, Perak dan Kem Paket, Sri Aman (1993 – 1995) sebagai Ketua Kompeni sebelum dipilih menghadiri kursus Command and Staff Course di Pakistan selama setahun mulai 24 Januari 1995.
Sepulangnya dari Command and Staff College, Pakistan beliau ditukarkan ke PULADA sebagai jurulatih mulai 27 Januari 1996, seterusnya menghadiri kursus Diploma di UKM selama setahun mulai 23 Mei 1997. Setamatnya kursus beliau ditukarkan pula ke 22 RAMD sebagai Penolong Pegawai Memerintah sehingga 31 Disember 1998 kerana ditukarkan ke MINDEF bagi membuat tugas Pembantu Ketenteraan (PK) kepada PAT (Jen Tan Sri Zahidi bin Zainudin) dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol mulai 17 Januari 2000. Beliau meneruskan tugas sebagai PK kepada PAT sehingga 1 Januari 2001 kerana ditukarkan ke jawatan Pegawai Memerintah Batalion 6 RAMD.
Pada 15 Januari 2003, skuad Azlan mengikuti kursus di MPAT dan kemudian ditukarkan sekali lagi ke jawatan PK (merangkap Pegawai Tugas Khas) di Pejabat PAT mulai 15 Januari 2004 sehingga 7 Ogos 2005. Pada 8 Ogos 2005, skuad Azlan telah dinaikkan ke pangkat Kol dan ditukarkan ke Markas Medan Tentera Darat sebagai Kolonel Tadbir dan seterusnya mengambil alih jawatan Timbalan Panglima 7 Briged mulai 1 Januari 2007.
Pada 17 Januari 2010, skuad Azlan dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan diamanahkan menjadi Panglima Briged Sempadan di Kem Bukit Keteri, Perlis sehingga 1 September 2011 kerana dpilih menghadiri Program Pendidikan Regular Angkatan 47 di Lembaga Ketahanan Nasional (LEMHANNAS), Indonesia selama setahun.
Sepulangnya dari kursus itu, beliau ditugaskan mengambil alih jawatan Panglima 12 Briged di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur mulai 22 Oktober 2012 dan seterusnya ditukarkan ke jawatan sebagai Pengarah Infantri mulai 19 September 2013 diikuti oleh jawatan Ketua Pengarah Perancangan di Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat mulai 30 Oktober 2015.
Pada 5 Mei 2018, skuad Azlan ditukas kelewatan Ketua Staf Am, Markas Pemerintahan Medan Barat (MPMB) Tentera Darat, Kem Sungai Besi dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen. Khidmatnya di MPMB hanya 5 bulan lebih sahaja keranan pada 30 Oktober 2018, beliau ditukarkan ke jawatan Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA). Kemuncak kerjaya skuad Azlan adalah pada 20 Julai 2020 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan kekal melaksanakan tugas sebagai AKSPA. Skuad Azlan mengakhiri tugas rasminya sebagai AKSPA pada untuk bercuti dan menjalani latihan peralihan sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 18 Oktober 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di dalam ATM, selain dari menghadiri kursus kerjaya, kepakaran teknikal, staf dan PME di dalam dan luar Negara skuad Azlan turut memperolehi kelayakan akademik peringkat pengajian tinggi seperti; Diploma Pengajian Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998 dan ijazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) juga dari UKM pada 2003. Selain dari itu, skuad Azlan juga pernah menghadiri beberapa seminar peringkat antarabangsa seperti International Symposium Course di Beijing, China dan Pacific Armies Management Seminar (PAMS XXXVII) di New Zealand.
.
ROMLEE YAHYA
KHAIRIL ASRI BAHRIN
TOHARUDIN AB RASID
YOHANEZ AHMAD
MOHAMMAD SHUAIRI ABDULLAH
ABDUL RAZAK HUSSAIN
KHAIRUL ANNUAR YAAKOB


KAMARALZAMAN AZIZ
MOHD FANASHIM BENSON HASHIM
ROSLAN SHAARI
DALAM PROSES PENULISAN
No comments:
Post a Comment